Rabu, 20 April 2011

Biaqpila

Biaqpila


Projek emel 1Malaysia, mustahil tidak dibiaya kerajaan

Posted: 20 Apr 2011 03:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, mustahil projek emel 1 Malaysia yang menelan kos RM50 juta, dibiayai sepenuhnya oleh syarikat Tricubes Berhad, yang disenarai sebagai syarikat bermasalah di Bursa Malaysia.
Menurutnya, bukan pertama kali Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sesuatu projek yang kononnya dijalankan pihak swasta tanpa mendapat sokongan kewangan daripada kerajaan.
"Selepas sebulan atau dua bulan projek itu diumumkan ada sahaja kos yang dibiayai kerajaan,
"Rekod sebelum ini menunjukkan semua projek yang dikatakan dijalankan pihak swasta, dibiayai kerajaan samada menerusi pinjaman boleh ubah, pinjaman yang dijamin kerajaan atau melalui pemberian hartanah," katanya kepada Keadilandaily.com
Beliau merujuk projek pembinaan Aliran Transit Massa (MRT) oleh syarikat MMC-Gamuda yang pada awalnya diumumkan Najib dibiayai sepenuhnya syarikat tersebut.
"Tapi tak sampai 5 hingga 6 bulan, MMC dibiayai sepenuhnya dari kerajaan. Serupa juga dengan projek pembangunan semula Sungai Besi yang diambil tanah milik kerajan untuk diberikan kepada pihak swasta," katanya.
Ditanya mengenai pulangan atau keuntungan yang mampu dihasilkan menerusi penyediaan perkhidmatan emel 1Malaysia, beliau berkata terdapat dua kaedah iaitu menerusi pengiklanan dan caj perkhidmatan yang dikenakan kepada kerajaan.
"Tetapi mustahil keuntungan daripada iklan dalam emel ini berbaloi dengan hampir 1 bilion penduduk dunia yang menggunakan gmail atau hotmail. Tidak mungkin sistem emel ini sebaik gmail atau google.
"Jadi satu-satunya cara adalah dibiyai kerajaan melalui caj perkhidmatan atau pengiklanan besar-besaran seperti kempen 1Malaysia melalui emel tersebut. Ia akan dikenakan yuran perkhidmatan atau pengurusan, atau yuran pengiklanan supaya kerajaan dapat membiayai projek tersebut.
"Akhirnya kalau diteliti semula pengurusan kewangannya, tindakan BN yang bagi tender RM50 juta kepada Tricubes ini sama lah tindakan kerajaan menyelamatkan syarikat yang hampir bankrap.
"Keadaan ini sama seperti kerajaan bail out untuk menyelamatkan syarikat yang hampir muflis," ujarnya yang juga Pegawai Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.
Katanya, kerajaan juga perlu mendedahkan kertas tender yang dikeluar Unit Pemodenan tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) kepada syarikat-syarikat pembida projek penyediaan sistem emel berkenaan.
Ini berdasarkan kenyataan Tricubes kepada Bursa Malaysia pada 4 April lalu di mana syarikat teknologi maklumat itu memaklumkan ia telah dianugerahkan projek berkenaan oleh Mampu.
"Kerajaan memberi tender RM50 juta kepada Tricubes yang dipersoal kelangsungan kewangannya kerana disenarai sebagai Syarikat GN3 dalam Bursa Malaysia, berdasarkan prestasi kewangannya yang buruk dan dijangka akan bankrap,"ujarnya.KD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Bila Kira Undi Je Blackout,Bila Blackout Je Kira Undi

Posted: 20 Apr 2011 05:00 AM PDT

SPR.. Kenapa Bila Nak Kira Undi Je 'Blackout' ?



Berlaku di Miri, semasa pengiraan undi dalam Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, pembantu peribadi Elizabeth Wong ditangkap di atas kesalahan yang tidak diketahui hujung pangkalnya oleh polis dan berlaku kekecohan dimana SPR dituduh menipu undi. Kami nak tanya satu je, apa sebab dia ditangkap? Berita ini tidak keluar di mana-mana media besar, jadi kami ingin kongsikan kepada anda.Terdapat kekeliruan di sini dimana, jika dilihat daripada video dibawah, Pakatan Rakyat telah meminta pengiraan semula undi atas beberapa sebab yang telahpun dinyatakan kepada SPR, namun ditolak bulat-bulat.







Ini adalah info yang kami terima dari beberapa sumber yang berada di tempat kejadian sewaktu proses pengiraaan undi dijalankan. Kalau dilihat dari info diatas, kelihatan SPR memang menipu terhadap undian di Miri.Kami nak tanya, mengapa selalu sangat berlaku blackout sewaktu pengiraan undi dijalankan? Dah macam resam pula kejadian blackout ini. Dan yang paling menghairankan, bagaimana pula dengan undi pos yang hanya sekadar 500+, boleh merosakkan majoriti calon PKR yang sedang mendahului 1000+ majoriti sewaktu pengiraan kotak undi terakhir?



Fikir logiklah nak kira undi dalam stadium sewaktu blackout.SPR,oh SPR. Kalau dah blackout tu, apa kata berhenti mengira undi sehinggalah masalah blackout tu dah selesai.Tak ada lah nampak SPR tidak berlaku adil.



Dan yang paling pelik, dengan hanya undi Pos 500+, boleh menidakkan majoriti 1000+ calon PKR, memang mustahil.Matematik mudah sahaja.Bukan pakai algebra.Kalupun semua undi pos memihak kepada calon SUPP, mustahil beliau boleh menang.dengan majoriti hanya dipisahkan 58 undi, wajar rasanya pengiraan undi di adakan semula.



Dan yang terakhir, atas alasan apa pula pembantu peribadi Elizabeth Wong ditangkap? Inikah cara Polis menangani masalah?Bagitahulah dulu apakah kesalahan yang dilakukan sekurang-kurangnya.Perlu terus tangkap dan pegi balai sahaja.Tidak perlu libatkan emosi dan profesionalisme dalam menjalankan kewajipan.



Namun begitu, kami nak tanya pendapat anda.Mungkin ada orang Miri yang lain, yang sanggup berkongsi tentang apa yang terjadi semasa proses pengiraaan undi waktu itu?/BS


addin77

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

ABC atau KFC?

Posted: 20 Apr 2011 03:00 AM PDT



Oleh Keris Silau

Sebelum anak-anak belajar ABC
Mereka sudah pandai mengeja KFC
Atau pun mereka sudah kenal McD
Makanan kegemaran satu famili
Dan iklan meluas fast food industry
Itulah satu faktor meningkatnya obesiti
Dan peningkatan penyakit diabesity
Penyakit diabetes disebabkan obesiti
Diabetes pada peringkat umur muda lagi


Sukan fizikal kurang disekolah dan kindy
Banyak main games kat PS2 dan PC
Itu banyak menggunakan senaman jari
Kurang sangat bersukan sebagai hobi
Main bola renang atau lumba lari
Melepak merupakan satunya aktiviti
Makan junkie sambil tengok tv dan movie

Ditambah pula makanan berlemak tinggi
Makan nasi lemak roti canai pagi-pagi
Kueh-mueh roti telur dan pulut inti
Nasi kandar dan nasi goreng di tengahari
Singgah Mc D order Big Mac and McFlurry
Mee goreng mamak dan sifu mee kari
Malam makan koay teow dan tandoori
Mee segera seperti Maggi dan Mamee
Dikantin dijual makanan tak berkualiti
Sotong ball nugget coke dan pepsi
Benda tu semua akan tersekat di arteri
Jangan hairan muda-muda dah mati
Walaupun mati ditentukan oleh Ilahi

Tukar diet bagi roti serat tinggi
Banyak makan sayur yang leafy
Buah-buahan yang banyak Vitamin C
Kuatkan antioksidan dan antibodi
Karbohidrat yang memberi energi
Telur setengah masak sekali sehari
Sumber protin yang murah dan asli
Asalkan bukan telur buatan sendiri
Lemak seperti ikan kod baru jadi brainy
Otak yang sihat dan ada jati-diri
Jangan bergantung kepada air jampi
Walaupun diendorse Ismail Dictionary
Untuk menguatkan otak dan memori
Makan protin soya dan Vitamin B
Anak yang sihat akan rajin studi
Anak yang obese pula banyak MC
Oleh itu biar dia kenal ABC sebelum KFC.

Keris Silau
18 April 2011
TKO

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Video Lucah : Siapakah "Whistle Blower" Sebenar?

Posted: 20 Apr 2011 12:00 AM PDT



SHAH ALAM 19 APRIL : Sejak 21 Mac, gandingan Datuk T diangkat oleh pemimpin Umno dan juak-juaknya termasuk Perkasa dan Utusan Malaysia sebagai 'whistle blowers' yang harus dilindungi.

Pada tarikh itu, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Shazryl Eskay dan Shuib Lazim menayangkan video kepada media dan ahli politik terpilih untuk "membuktikan' Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

Suara-suara Umno mengenai keperluan melindungi Datuk T sebagai "whistle blower" semakin lantang dengan pengumuman terbaru polis bahawa tiga individu berkenaan mungkin dihadapkan ke mahkamah kerana menayangkan video lucah.

Persoalan timbul sama ada Datuk T layak dipanggil "whistle blower" kerana kononnya mendedahkan perbuatan sumbang Anwar.

"Whistle blower" adalah pihak yang mendedahkan sesuatu skandal , khususnya yang mempunyai implikasi kepentingan nasional.

Umumnya orang yang membuat pendedahan itu terbabit secara langsung dalam skandal berkenaan, justeru keperluan untuk memastikan keselamatan beliau.

"Whistle blower" berkenaan juga dikecualikan daripada pendakwaan demi memastikan agenda lebih besar ialah membongkar skandal itu dan menghukum "ikan jerung" yang bertanggungjawab, mencapai matlamatnya.

Merujuk kepada kes Datuk T, seseorang yang memegang bukti dan mahu menegakkan kebenaran tidak akan membuat tempahan bilik hotel dan menjemput media serta ahli politik tertentu (Zaid Ibrahim) untuk menonton video lucah.

Tindakan itu bukan amalan rasional bagi pihak yang menuntut keadilan tetapi lebih mirip kepada ahli politik yang mahu memastikan rakaman itu dipancarkan ke seluruh media tempatan dan antarabangsa.

Pihak yang berjiwa Islam dan tidak mahu mengaibkan sesiapa (seperti mana yang didakwa Datuk T) tidak akan menggunakan media untuk membuat ugutan terbuka terhadap Anwar dan isterinya untuk berundur dari politik.

Sejak 21 Mac, motif Eskay, Rahim Thamby Chik dan Shuib bersabit video itu terbongkar sedikit demi sedikit.

Kecacatan-kecacatan dalam video berkenaan turut diperinci dan didedahkan oleh pihak-pihak tertentu, untuk membuktikan rakaman itu adalah fitnah licik semata-mata.

Dukacita dimaklumkan gandingan Datuk T tidak boleh memakai topi "whistle blower" supaya kebal dari pendakwaan di mahkamah undang-undang mahupun menghadapi penilaian di mahkamah rakyat.

Segala tindakan yang diambil mereka mempunyai agenda tertentu dan ianya amat berkait dengan agenda besar Umno untuk Datuk Seri Anwar.

Benar, "whistle blower" harus dllindungi, tetapi siapakah "whistle blower" dalam kes ini, mahupun dalam politik Negara?

Jawapannya Anwar Ibrahim.

Susulan tindakannya mendedahkan pelbagai skandal di Dewan Rakyat dan di ceramah-ceramah, Anwar digantung enam bulan dari Parlimen Disember lalu.

Ceramah-ceramah beliau di Kuala Lumpur, Johor dan negeri-negeri lain menjadi sasaran serbuan polis.

Di Sarawak, ceramah-ceramah Anwar dihadiri ribuan orang, di bandar dan kawasan pedalaman, dengan pengundi Melayu-Melanau, Cina, Iban dan Dayak hadir mendengar kepincangan-kepincangan BN.

Sehingga hari ini, Perdana Menteri dan menteri-menteri Umno khususnya tidak menjawab beberapa skandal yang dibongkarkan oleh Anwar.

Ini termasuklah pemberian kontrak lebih RM2 bilion Kementerian Pertahanan kepada seorang pemimpin Umno dari Perak sejak tahun 2008 yang mencerminkan budaya kronisme masih menebal dalam Umno.

Najib juga tidak mengulas dakwan Anwar bahawa 1Malaysia Development Corporation (MDB) dan syarikat milik keluarga Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud menjalankan urusniaga mencurigakan dengan Petro Saudi.

Urusniaga itu melibatkan hampir RM6 bilion ringgit.

Contoh-contoh ini hanya secebis daripada pendedahan yang dibuat oleh Anwar di Parlimen dan di luar dewan sejak beliau menjadi Ketua Pembangkang Ogos 2008.

Kebanyakan daripada dakwaan itu tidak dijawab oleh menteri berkenaan, sebaliknya Ketua Pembangkang diaib dan dicaci dengan kata-kata kurang sopan di dalam Parlimen serta juga di luar oleh juak-juak Umno.

Sejak 2008, Umno mencari helah bagaimana untuk mengekang "whistle blower" bernama Anwar Ibrahim.

Perbicaraan fitnah liwat sekali lagi menjadi senjata politik Umno untuk menyerang Anwar dengan keyakinan pengundi Melayu mudah dipengaruhi atas isu-isu agama dan moral.

Juak-juak Umno seperti Umni Hafilda dikitar semula manakala "pejuang-pejuang bangsa" seperti Senator Ezam Mohamad Nor dan S.Nallakarupan diberikan liputan luar biasa dalam media arus perdana.

Apabila "tsunami fitnah" Umno tidak dapat menghakis sokongan untuk Anwar KERANA orang Melayu menolak budaya sedemikian, parti itu tidak berundur malah memperhebatkan serangan.

Maka sampailah giliran gandingan Datuk T pula memegang "obor kebenaran" Umno dengan video seks demi membela agama bangsa dan negara.

Dan jika video seks babak pertama gagal mencapai maksud yang dihajatkan oleh Umno, usah bimbang kerana kilang fitnah parti itu sentiasa rancak dengan senjata-senjata lain.

Perlu ditanya, jika Anwar tidak lantang dan hujahnya tidak meyakinkan, adakah Umno akan mengambil peduli terhadapnya?.

Apakah rakyat di Semenanjung dan di Sarawak akan menerima secara membuta tuli segala pendedahan Anwar, jika ia tidak disokong dengan bukti dan fakta?

Jelas, Umno mempunyai kepentingan untuk membisukan "whistle blower" terbesar di negara ketika ini dengan apa cara sekali pun sama ada menerusi mahkamah atau pun menggunakan video untuk menabur fitnah. - tvs

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Bogel bawah katil pelamin

Posted: 19 Apr 2011 09:00 PM PDT


DUNGUN – Detik hitam mewarnai awal kehidupan seorang remaja lelaki apabila dia ditangkap anggota penguat kuasa ketika sedang melakukan persediaan untuk mengadakan hubungan seks dengan kekasihnya, yang juga janda anak tiga.

Remaja itu yang masih bujang dihadapkan ke mahkamah selepas beberapa bukti ketika tangkapan dibuat menguatkan lagi dakwaan ke atasnya.

Berikutan itu, tertuduh yang berumur 19 tahun hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi semalam bagi mendengar pertuduhan dikenakan selepas satu waran tangkap dikeluarkan atas kegaga-lannya hadir pada perbicaraan sebelumnya.

Tertuduh, berasal dari Rumah Murah Jalan Sekolah Kebangsaan Pusat menghadapi pertudu-han mengikut Seksyen 29 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu atas tuduhan perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan dengan pasangan bukan muhrim.

Mengikut fakta kes, remaja terbabit ketika ditangkap anggota penguat kuasa pada kira-kira jam 9 pagi di sebuah rumah Jalan Nibong Stesen bersama pasangannya yang berstatus janda berumur 24 tahun itu bersembunyi dalam keadaan bogel di bawah katil pelamin.

Pendakwa Raya Syarie, Azmi Tengah melalui hujah pemberatannya memohon mahkamah mengenakan hukuman paling setimpal ke atas tertuduh berikutan kesalahan terbabit amat serius dari segi agama selain menyumbang kepada keruntuhan moral sehingga menjatuhkan institusi masyarakat.

Bagaimanapun, Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah selepas mengambil kira rayuan tertuduh akhirnya menjatuhkan hukuman denda RM2,800 atau tiga bulan penjara ke atas tertuduh.SH


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Khutbah Jumaat Bersungut Sebaran Filem Lucah

Posted: 19 Apr 2011 06:00 PM PDT

Oleh Hj Subky Latif

KHUTBAH Jumaat Wilayah Persekutuan 08 April 2011 telah menyentuh wabak gejala tayangan filem lucah dalam usahanya membincangkan perkembangan isu semasa yang berlaku dalam masyarakat dan negara.

Subjek filem lucah yang dikhutbahkan adalah satu sentuhan secara umum, tidak khusus menyentuh filem lucah VIP yang menggemparkan negara sekarang.



Makmum tentunya tidak ngantuk dengan khutbah itu kerana ia adalah filem yang berputar di sekitar golongan VIP. Ia disebar beerterangan oleh kumpulan VIP, mengenai individu VIP dan sasaran sebaran asalnya juga di kalangan VIP.

Khutbah itu mengecam wabak penyebaran filem budaya kuning itu. Sekali pun ia adalah perkara haram dan haram dari segi agama Islamnya disentuh secara umum dan sambil lalu.

Wabak itu memang telah merayap lama dalam masyarakat secara senyap dan tidak seteruk wabak dadah dan mat rempit, jarang atau boleh dikatakan tidak menjadi berita gempar yang disensasikan. Jika tidak kerana filem terkutuk yang memfitnah Anwar Ibrahim itu, mungkin ia tidak menjadi tema khutbah Jumaat.

Apabila subjek itu disentuh, terbeliak semua mata jemaah dan masing-masing teringatkan filem milik kumpulan Datuk T.

Filem lucah yang banyak itu tersebar sulit tetapi filem lucah Datu T itu tersebar luas dan belum ada sesiapa ditahan kerana menonton dan menayangnya.

Orang surau bertanya saya adakah saya menontonnya kerana ia disebarkan melalui saluran internet tertentu. Ternyata lebai-lebai surau lebih maju dan mendahului saya mengikutinya.

Entah bagaimana saya tertengok secara sepintas lalu dan secepat kilat keratan filem itu di salah satu stesyen TV kita ketika TV itu menyentuh isu itu.

Kalau slot kilatnya boleh terlihat di TV, maka filem yang tidak diluluskan oleh lembaga penapis filem itu dihalal sebarkan. Ertinya filem lucah yang terlarang dan diharamkan selama ini telah masuk ke semua premis. Mungkin dewan solat di masjid dan surau saja ia tidak sampai.

Jika ia boleh ditayang di hotel istana Seri Carcosa, saya tidak fikir tembok Istana Negara cukup kalis dengan sampah itu. Dan dapat dibayangkan Seri Perdana yang didiami oleh Perdana Menteri dan suri Wanita Pertamanya ikut menjadi panggung eksklusif.

Jika Datuk Mursyidul Am kita yang membenci filem itu digesa menengoknya, tiada mustahil ada Sahibus Samahah menengok curi.

Apabila ada lebai yang termakan penzina jantan dalam filem lucak Datuk T itu adalah Anwar, maka saya ditanya boleh percaya atau tidak?

Sayang yang belum melihatnya adalah orang terakhir sebelum Datin Seri Wan Azizah Ismail untuk mempercayainya.

Dan apabila saya tertengok keratan kilat video itu di TV, ternampak belakang si jantan yang berdiri dan si betina yang baru berpakaian. Ada pun satu lembaga lagi melintas. Ranjangnya tidak berorang, mungkin maksiat itu baru selesai.

Tanggapan saya, ada tiga lembaga dalam bilik laknat itu. Satu belakang si jantan, satu lagi si betina dan satu lagi yang melintas.

Kalau jantan yang ditengok belakangnya itu adalah Anwar, maka bodohlah Anwar buat kerja itu disaksikan oleh orang ketiga. Babak zina yang disaksikan oleh orang lain di mana-mana lokasi ia d

inamakan tiger show. Masakan orang secerdik Anwar boleh jadi pelakun tiger show! Kalau Anwar buat kerja itu, dia mesti lakukan sesulit-sulitnya. Kerja itu amat bahasa bagi imej dan maruah besar yang ada padanya. Empat puluh tahun dia bina imej mulia, masakan dia mahu musnahkan dengan menjadi penzina terbuka.

Pada saya Anwar tidak bodoh. Adakah semua percaya dia orang bodoh? Kalau Ketua Polis Negara boleh tunduk kepada pandangan pakar, maka tidak terfikirkah para pakar Anwar boleh jadi sebodoh itu. Lebih teruk dari bodoh Pak Pandir.

Dengan semua perkembangan atas video keparat itu, saranan khutbah jadi seperti tidak berkesan.

Khutbah menyarakan supaya semua menyokong usaha kerajaan membenteras tayangan dan sebaran filem lucah. Kerajaan dikatakan berhempas pulas membenteras gejala filem lucah.

Khutbah amat menyanjung tinggi usaha kerajaan membendung semua aspek memajukan filem lucah. Berterima kasihlah sekalian kepada kerajaan dan usaha kerajaan khususnya dalam perkara lucah itu.

Secara sambil lalu saja khutbah menyebutkan filem itu haram dan berdosa besar kepada Islam. Tetapi yang banyaknya ialah usaha kerajaan memerangi wabak itu secara bersungguh dan berterusan. Yang banyak jaga ialah tentang salahnya perbuatan itu dari segi undang-undang negara serta menyebutkan denda dan hukum atas kesalahan itu.

Tidak disebut dan tidak dianjurkan supaya sekalian umat Islam menentang gejala filem lucah itu mengikut kehendak Islam. Semua Tuan Mufti dan para khatib bahawa hukum zina pada Islam begitu dan begini. Tetapi tidak mufti dan khutbah menganjurkan supaya pelaksana hukuman dan kuat kuasa undang-undang dibuat mengikut yang ditentukan oleh Islam.

Bukan sekadar denda dan penjara yang ditentukan oleh khanun jenayah oleh sebuah kerajaan awam yang ada.

Khutbah itu betul-betul menanamkan rasa takut orang kepada peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh kerajaan, tetapi menanamkan rasa gerun kepada undang-undang yang disediakan oleh Islam.

Takut pada kerajaan semasa belum dihukum dan sebelum mati. Seberat mana pun hukumnya berakhir setelah mati termasuklah hukum mati. Habislah takutnya apabila mati.

Tetapi takutkan hukum Allah sebukan sekadar sebelum mati tetapi selama-lamanya selepas mati. Hukuman menonton dan menayang filem lucah, seberat mana pun tidak seberat balasan hukum yang dikenakan oleh Islam selepas mati.

Tidak berakhir hukuman itu pada hari mati, tetapi yang lebih berat ialah hukuman selepas mati.

Khutbah saran jangan tengok filem lucah. Tetapi kumpulan Datuk T ajak orang ke Seri Carcosa tengok filem lucah. Yang dilarang ialah menayang dan menonton. Yang membuat filem lucah tidak ditangani.

Zaman dulu larangan kepada maksiat bukan sekadar apabila maksiat itu dilakukan. Justeru ada maksiat berpunca dari menyembah pokok besar, sekali pun pokok besar itu mengindahkan taman dan besar sumbangannya kepada alam sekitar, tetapi pembesar memerintahkan pokok besar itu ditebang sebagaik usaha mencegah maksiat itu dari sumbernya.

Orang besar yang berterang-terang mengatakan filem lucah yang memfitnah Anwar itu haram hanya Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pendikar Amin Mulia.

Ada wakil rakyat mendesak supaya ia ditayangkan di Dewan Rakyat supaya sekalian Yang Berhormat dalam melihatnya dan seterusnya membahasakannya.

Tan Sri Pendikar berkara, di sisi Islam filem lucah adalah haram, maka dia menolak menayangkannya. Tetapi Speaker berkuasa di Parlimen saja. Dia tidak berkuasa di luar Parlimen.

Yang berkuasa di luar Parlimen ialah polis. Dan polis saja yang dapat menghalangnya. Kalau Tan Sri Pendikar jadi Ketua Polis Negara, mungkin dia buat seperti yang dibuatnya di Parlimen.

Menjadikan filem lucah sebagai thema khutbah Jumaat adalah langkah yang betul, tetapi khutbah yang baru disampaikan itu memerlukan satu sambungan lagi supaya ia tepat dengan yang diperlukan oleh masyarakat zaman ini.

Bukan sekadar memuji kerajaan kerana adanya peruntukan pencegahannya tetapi sebagai medan penting bagi membincangkan masalah yang dihadapi oleh umat, ia mesti menyebutkan sama masalah dan kelemahan yang dihadapi oleh kerajaan sehingga pencegahan itu tidak dapat berjalan.

Sayang khutbah menyuruh jangan didedar dan ditayang filem lucah tetapi ada saluran sesawang menyalurkan video lucah paling meletup hingga seramai-ramai dapat melihat dan dapat dosa kerananya. Ia menjadikan khutbah itu tenggelam selepas solat itu selesai.



DD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: