Selasa, 5 April 2011

Biaqpila

Biaqpila


Media Harus Fokus 'Datuk T' Bukan Individu Yang Belum Dikenalpasti

Posted: 05 Apr 2011 03:00 PM PDT



KUALA LUMPUR 5 APRIL : Walaupun polis mendakwa ia hampir selesai menyiasat laporan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap rakaman video seks yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara minggu lalu, ketiga-tiga individu bergelar "Datuk T" masih bebas tanpa sebarang dakwaan.



Justeru anggota keluarga Anwar hari ini kecewa dengan sikap media kawalan Umno-Barisan Nasional (BN) yang cuba mengalih perhatian terhadap identiti lelaki yang masih belum dipastikan dalam rakaman video tersebut.



Bercakap pada sidang media di kediamannya pagi tadi, anak Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah berkata pengamal media seharusnya mendesak polis menahan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan Datuk Eskay Shazryl dan Bendahari Perkasa, Shuib Lazim ditangkap dengan segera.



Itu tidak dilakukan sebaliknya sesetengah media mengajukan soalan dengan agenda untuk "memerangkap" mereka sekeluarga, kata Nurul.



"Saya berasa kecewa kerana kami "dipaksa" untuk mengikut kehendak skrip. Namun tiada seorang pun bertanya mengapa orang-orang ini tidak ditahan. Anda ada dua undang-undang berlainan di mana orang membuat demostrasi di rapat umum dan tiga orang ini mengaku dan menyebarkan bahan lucah tapi mereka masih bebas.



"Saya rasa tidak mengapa untuk ditanya soalan lain tapi asasnya masih jelas mengapa mereka (Datuk T) tidak diambil tindakan oleh polis. Marilah kita kembali kepada soalan pokok," jelas Nurul Izzah.



Seterusnya, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu ditanya samada wajar video tersebut ditayangkan di parlimen, Nurul Izzah menjelaskan tindakan itu relevan jika klip tersebut masih belum tersebar luas di internet.



"Sekarang kita berhadapan dengan situasi di mana klip aksi adegan awal sudah dipaparkan kepada umum. Jadi mahu cakap tentang minta ahli parlimen untuk lihat saya fikir tidak berbangkit," ujarnya lagi.



Rata-rata anggota keluarga yang berada di kediaman Anwar sebentar tadi menyatakan kekesalan terhadap fitnah terbaru yang disebarkan kepada umum mengaitkan Anwar termasuk bapa Ketua Umum itu sendiri.



Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh, dan Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof.

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KEPUTUSAN LIGA SUPER 5/4/11

Posted: 05 Apr 2011 08:24 AM PDT

PENYEBAR FITNAH RAKYAT

Posted: 05 Apr 2011 05:00 AM PDT



UMPORNO PRODUCTION TERPAKSA MENGGUNAKAN PENGARUH MEDIA MELOYA MEREKA BAGI MEYAKINKAN RAKYAT.

GAMBAQ PERUT BUNCIT DEPA TAK BUBUH PULAK KAT MUKA DEPAN TU.

LIHAT BETAPA JIJIKNYA CARA PENYEBAR FITNAH INI MENCARI REZEKI.

KITA TENGOK APA TINDAKAN PIHAK POLIS YANG MASIH MENYIASAT KES INI.

ADAKAH TINDAKAN AKAN DIAMBIL TERHADAP BLOG2 PRO UMNO YANG MULA2 MASUKKAN RAKAMAN VIDEO INI DI BLOG MEREKA?

ADAKAH TINDAKAN AKAN DIAMBIL TERHADAP UTUSAN MELOYA KERANA MENYIARKAN GAMBAR DARI VIDEO YANG MASIH DALAM SIASATAN?

JIKA TIADA,BENARLAH INI KONSPIRASI JAHAT.


Polis siasat video seks dimuat di Internet

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis turut menyiasat sebahagian rakaman video seks yang didakwa menunjukkan aksi seorang pemimpin utama pembangkang, yang dimuatkan di Internet.

Beliau mengesahkan bahawa siasatan itu turut meliputi individu yang terlibat memuatkannya di laman video Youtube dan di laman blog.

"Kita siasat secara menyeluruh," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Dilaporkan, video pendek itu merupakan suntingan video yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan dan individu berkepentingan sejak 21 Mac lalu.

Dalam pada itu, beliau turut ditanya bagaimana video berkenaan boleh dibocorkan di Internet.

Beliau ditanya demikian memandangkan individu yang mengaku bertanggungjawab ke atas video berkenaan, telah menyatakan hanya terdapat satu salinan sahaja.

"Itu kata dia," kata Ismail lagi sambil menambah beliau tidak boleh mendedahkan kesemua siasatan polis.

Rakaman itu dilaporkan telah diserahkan kepada polis.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan bahawa polis belum membuat sebarang tangkapan berhubung video lucah tersebut.MK



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Video Seks: Made in Thailand? (Part 2)

Posted: 05 Apr 2011 03:00 AM PDT


MUKA MACAM ANWAR TAPI SAYANG PERUT BUNCIT
KALAU TIDAK KANTOI ANWAR
PATUT HANG PI MINUM JUSMATE5 DULU BARU BERLAKON
KAH! KAH! KAH!
VIDEO TULIS SIAM apabila diterjemah menyebut "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011" kenapa?? TAPI KATA DIRAKAM DI KL.

MAKIN HAIRAN AKU TENGOK PIHAK BERKUASA
TAKAT NI TAK DAK TINDAKAN LANGSUNG
DARIPADA MULA VIDEO SEKS NI DITAYANGKAN DI CARKOSA
DIULANG TAYANG PULAK DI BTN DAN KEMAS
SAMPAI VIDEO YANG MASIH DALAM SIASATAN POLIS MASUK YOUTUBE
HARAM SORANG PUN TAK KENA TANGKAP
MANA PI POLIS? MANA PI MCMC? MANA PI SPRM?
SPR AKU TAU LA DEPA PI SARAWAK
JPJ PULAK SIBUK DOK BLACKLIST SAMAN EKOQ
KEMENTERIAN PERDAGANGAN SIBUK DOK PENAIK HARGA MINYAK
KAH! KAH! KAH!




KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Video Lucah : Pencacai UMNO yang percaya tu.. tolong jawab soalan ni sat..

Posted: 05 Apr 2011 12:00 AM PDT

Buat pencacai UMNO yang yakin dengan berita yang dibawa oleh manusia fasik itu hingga menulis “Dengan nama Allah Yang Maha Besar - saya bersaksi sesungguhnya orang-orang PKR dan PAS wajib bertaubat nasuha atas segala sokongan yang telah mereka berikan kepada Anwar Ibrahim selama ini. Tiada dosa yang lebih besar daripada bersekongkol dengan manusia yang terang-terang melakukan maksiat dan kemudian memfitnah orang lain seolah-olah dirinya telah dizalimi.”

Dan buat pembaca yang meninggalkan komen kat artikel aku sebelum ini.. (tengok komen di SINI)

Kalau aku nak bertanya lebih detail tentang Anwar Ibrahim mungkin anda tidak seperti aku yang terpaksa berjumpa dengan Anwar sekurang-kurang dua atau tiga kali dalam masa satu bulan atau bila saja dia balik ke Permatang Pauh..


Jadi untuk mempermudahkan segalanya.. jawab soalan ini sudahlah.. Dato’ T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut “Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011” kenapa??

Adakah ini kerana video ini telah dirakamkan di Kuala Lumpur kemudiannya dihantar ke Thailand untuk proses dubbing???

Nik Nazmi Tambah Yakin Bukan Anwar Lepas Tonton Video

SHAH ALAM 4 APRIL : Sewaktu ‘Dato’ T’ mula-mula menayangkan video skandal seks yang kononnya melibatkan pemimpin pembangkang di Carcosa Seri Negara dan saya tegaskan bahawa video tersebut palsu, tukang sorak-tukang sorak UMNO bertanya bagaimana saya yakin bahawa video tersebut bukan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila saya belum menontonnya.

Hari ini saya terpaksa menonton sedutan video tersebut. Selepas menonton video tersebut, kenyataan awal saya terbukti benar memandangkan sosok dan lenggok badan watak utama termasuk perut yang menonjol jelas sekali bukan sosok badan Anwar.

Hakikat ini mungkin tidak jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar secara dekat, tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit beliau selama dua tahun saya tahu bahawa itu bukan Anwar.

Apatah lagi saya mengenali keperibadiannya sebagai seorang Muslim dan pemimpin keluarga yang baik.

Jelas sekali video ini dibuat untuk tujuan politik. Tarikh video ini ditayangkan kepada wartawan dan seterusnya kini didedahkan sedutannya kepada umum dibuat untuk tujuan strategik sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Enam persoalan asas masih belum terjawab:

1. Mengapa Rahim Tamby Chik, Shazril Eskay dan Shuib Lazim tidak berani mendedahkan diri mereka ketika mula-mula menayangkan video kepada editor-editor kanan milik Barisan Nasional di Carcosa?

2. Siapakah individu ketiga dalam video tersebut? Kehadiran lelaki ketiga yang bertindak seperti pengarah video menggambarkan ini bukan rakaman CCTV rahsia sebagaimana didakwa Dato' T.

3. Adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri ataupun khuatir bahawa rakyat akan menyimpulkan video ini satu lagi usaha UMNO-Barisan Nasional untuk menyerang Anwar memandangkan ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan UMNO khususnya Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Najib Tun Razak?

4. Dato’ T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut “Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011”. Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia?

5. Mengapa UMNO diam membisu tentang pandangan tiga mufti: Dr Juanda Jaya (Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan) yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Malah, Tan Sri Harussani Zakaria (Perak) juga mengeluarkan pandangan serupa tetapi menurutnya tidak dilaporkan Utusan Malaysia.

6. Mengapa pihak polis yang tegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar video Chua Soi Lek dahulu (yang diakui Soi Lek sendiri benar) tidak mengambil pendekatan sama kali ini?

Sudah sampai masanya kita menghentikan politik fitnah kotor dan keji yang merendahkan wibawa politik negara kita.

Pada awal tahun ini rakyat menaruh harapan terbitnya Buku Jingga Pakatan Rakyat akan memulakan budaya baru politik mengenai idea dan polisi yang menandakan kematangan masyarakat negara kita.

Malangnya bukan sahaja Najib menolak berbahas mengenai buku jingga, tetapi dalam keadaan beliau terdesak kini nampaknya membiarkan budaya politik busuk terus bermaharajalela.

Ketika arus demokrasi berkembang pesat di seluruh dunia, politik Malaysia nampaknya masih lagi pada takat yang lama.


NIK NAZMI NIK AHMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Keadilan Rakyat


darisungaiderhaka

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

VIDEO SEKS: KENAPA TAK GUNA KAMERA INFRARED BERWARNA?

Posted: 04 Apr 2011 09:00 PM PDT


Color Infrared Camera Real Night Vision - 56 LED's - Indoor/Outdoor

VIDEO SEKS FITNAH ANWAR TELAH MULA DITAYANGKAN DI YOUTUBE
BLOG PRO UMPORNO BERPESTA MEMBUAT TAYANGAN UMUM
MUNGKIN TERDESAK DENGAN HAMPIRNYA PRU SARAWAK

WALAUPUN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA KLIP VIDEO ASAL
NAMUN IANYA DISUNTING SEDEMIKIAN RUPA
BAGI MENONJOLKAN WAJAH PELAKON MIRIP ANWAR ITU

BLOG-BLOG UMPORNO MEMBERI ALASAN KENAPA VIDEO HITAM PUTIH
SEBAB KAMERA INFRARED NAK RAKAM IMEJ DALAM GELAP
LU ORANG BACA PAK SHEIKH NI PUNYA NAK KOVERLINE KAT SINI
TAPI GUA TENGOK,WAKTU LAMPU DOK BUKA PUN HITAM PUTIH JUGAK
PATUTNYA WAKTU ADA LAMPU DIA RAKAM IMEJ BERWARNA
BILA LAMPU TUTUP BARU LA DIA AUTOMATIK JADI HITAM PUTIH


JIKA BETUL ANWAR TELAH MASUK PERANGKAP MEREKA
KENAPA TAK GUNA KAMERA INFRARED BERWARNA?
SEKURANG-KURANGNYA SEBELUM LAMPU DI TUTUP, KAMERA AKAN MERAKAM DALAM MOD WARNA
MAKA IMEJ MUKA PELAKON AKAN LEBIH JELAS
JADI GUA PUN BOLEH TERUS LOMPAT MASUK UMPORNO
KAH! KAH! KAH!

KALAU SETAKAT PELAKON MIRIP ANWAR
DIRAKAM DALAM FORMAT HITAM PUTIH
SUSAH LA ORANG NAK PERCAYA
DAH LA PERUT BUNCIT
LAGIPUN KALAU ITU BETUL-BETUL PUNYA ANWAR
APA PASAL TAK PANGGIL JABATAN AGAMA TANGKAP KHALWAT TERUS
DARIPADA NAK BUANG MASA DAN DUIT RAKYAT NAK TUBUH SURUHANJAYA PULAK?
LU PIKIR LA SENDIRI


MUKA MACAM ANWAR TAPI SAYANG PERUT BUNCIT,KALAU TIDAK KANTOI ANWAR
KAH! KAH! KAH!
VIDEO TULIS SIAM apabila diterjemah menyebut "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011" kenapa?? TAPI KATA DIRAKAM DI KL.

MAKCIK2 PAKCIK2 FELDA TENGOK NI:



TIADA APA YANG MUSTAHIL DALAM DUNIA TANPA SEMPADAN

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

ANTARA MENTERI ISMAIL SABRI ,MAK CIK KANTIN DAN JADI ORANG BUJANG

Posted: 04 Apr 2011 06:00 PM PDT

Pernah seorang rakan aku mengeluh,"sudah tidak ada Ahli Parlimen lain ke di Malaysia ni?".Lantas aku bertanya, kenapa?



"Iyalah.Bayangkan seorang bekas peguam dilantik menjadi Menteri Jaga Barang.Patutlah tidak pernah nak turun-turun.Apapun,aku tabik pada Shahrir Samad.Dulu dia graduan Universiti Malaya,Ijazah Statistik.Lepas itu sambung pelajaran dalam bidang perniagaan.Maka munasabahlah dia menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna @ Menteri Jaga Barang.Sebelum Shahrir,Shafie Apdal pun sekurang-kurangnya ada Ijazah Ekonomi dan Perniagaan.Ini menteri lulusan undang-undang jaga harga,apa dia ingat mahkamah ke?"



Aku mengangguk-angguk mendengar hujah kawanku itu.Hebat juga rakan aku boleh bercakap latarbelakang menteri,di mana agaknya dia tahu?Cis,selepas diselidik,rupanya perkara itu telah lama ada di Wikipedia!



Apapun,kredibiliti Ismail Sabri sebagai Menteri Jaga Barang memang cukup-cukup dipertikaikan.Beliau dilihat gagal untuk menjadi seorang menteri yang prorakyat,lebih terdesak untuk mengikut arus kapitalisme semata-mata.Jika diikutkan kaum pemodal,harga petrol Ron 97 mencecah RM3 pun mereka kata masih murah.Dulu,Shahrir Samad sanggup turun daripada jawatan Menteri setelah menganggap dirinya gagal sebagai Menteri Jaga Barang.Dan kini,adakah Ismail Sabri rasa dia berjaya sebagai seorang Menteri?



Selain itu,aku tertanya-tanya,di manakah authoriti seorang Menteri seperti Ismail apabila kenaikan harga minyak kebelakangan ini dibuat oleh Persatuan Pemilik Stesen Minyak.Lebih baik,taukeh stesen minyak yang jadi menteri!Pada aku,dalam bab konsumerisme ni,Ismail memang out.Banyak isu berbangkit gagal dijawab dan diatasi.Contoh mudah,harga barang naik.Bagaimana senangnya Ismail dibuli  oleh para peniaga besar.



Tak percaya?Lihat sahaja dalam isu gula.Memang para pengeluar gula sudah lama membuat taktik bodoh menyorok gula dengan tujuan mengugut kerajaan menaikkan harga gula.Aku masih ingat,sehari sebelum kenaikan gula tahun lalu,aku ke kedai runcit,dan jawapan biasa peruncit adalah gula tiada.Tup tup,esoknya harga gula naik.



Pelik bin wal ajaib apabila secara tiba-tiba bekalan gula pulih seperti biasa.Sebab itu aku lihat betapa mudahnya Menteri kita dibuli oleh peniaga.Dulu tahun 2006,masa itu aku masih di asrama.Aku masih ingat bagaimana beruntungnya kami masa itu.Gula kehabisan stok di Terengganu.Akhirnya,tiap-tiap hari kami para pelajar di asrama dapat minum air bersusu.Namun,aku tabik juga menteri pada masa itu.Peniaga kluk klek, tapi menteri tegas.Akhirnya bekalan gula pulih seperti biasa.Mungkin kerana takut apabila Menteri mengugut untuk mengimport gula daripada luar.



Itu bab gula dan minyak.Seperti yang kita sedia maklum,minyak Ron 97 telah naik lagi 20 sen beberapa hari yang lalu.Bila berkait dengan soal minyak,setiap kali harga minyak naik,setiap kali jugalah harga barang naik.



Semalam,aku pergi beli air Teh Ais bungkus di kantin.Bukanlah main melebat lagi dua orang mak cik itu bercerita tentang kenaikan harga minyak.Pada masa itulah,mak cik itu menyumpah seranah Umno kerana cuba mengalihkan perhatian rakyat kepada isu seks Anwar."Tengok,depa dok sibuk bab video seks, tup tup harga minyak naik!Celaka punya Umno".Dalam hati aku berkata baguslah begitu.Semua peringkat masyarakat telah sedar betapa Umno itu celaka.Sementelah lagi apabila mendapat nasihat Apco akhir-akhir ini.



Kerana setiap hari aku membeli air di situ,maka aku memang sudah hafal harga teh ais bungkus,RM1.30. Tiba-tiba Mak Cik Kantin berkata, "Dik,harga air dah naik.Jadi RM1.50.Susu pekat pun dah naik harga."



Aku terkejut."Aik,baru pagi tadi saya beli kat sini jugak.Cepatnya naik!". Apapun,bayar sajalah.Takkan nak bertekak kes dua puluh sen.Mak cik tu pulak yang memberi syarahan kepada diriku betapa anak muda janganlah menyokong BN.Menyusahkan orang ramai dan peniaga kecil.Aku pun mengangguk-angguklah tanda bersetuju dengan cakap Mak Cik Kantin itu.



Dalam hati aku sebenarnya masih mempertikaikan.Bagaimana harga susu pekat boleh naik?Tidak silap aku, sudah lama harga RON95 dan diesel tidak naik.Takkanlah kenaikan RON97 mahu dijadikan alasan para pengilang dan pembekal?Milo peket khabarnya turut naik.Takkanlah lori hantar barang pakai RON 97? Hebat benar para pemandunya menjaga enjin,sehingga susu pekat pun boleh naik empat puluh sen setin!



Menteri dan Mak Cik Kantin : DAN INILAH HIDUPKU SEORANG BUJANG



Kenaikan apa jua jenis barang,baik minyak dan makanan siap sebenarnya seringkali memberi impak kepada para bujang.Ada daripada kami yang memilih untuk memasak.Tapi bagaimana yang masih belajar di universiti?Aku masih ingat,di hampir kesemua universiti periuk nasi adalah BARANG TERLARANG di kampus.Nak makan nasi,pergi beli di kedai.



Oleh kerana itulah,ramai daripada bujang-bujang yang akan makan sehari-hari di luar.Kadangkala,ianya lebih menjimatkan berbanding masak sendiri.Jimat masa,jimat belanja bahan mentah.



Tapi akhir-akhir ini,kehidupan makan di luar menjadi cabaran apabila satu demi satu kedai makan menaikkan harga makanan mereka.Awal tahun lalu,harga roti canai telur naik sehingga RM2.00.Aku juga sudah lama tidak minum milo ais dan nescafe ais di kedai mamak apabila harganya hampir sama dengan harga air buah iaitu RM2.20.



Itu belum kira di kedai-kedai lain.Nasi kukus,nasi campur,nasi dagang,nasi beriani,masakan panas dan lain-lain,satu demi satu naik harganya.Tidak percaya?Cuba tanya harga sepinggan nasi pada tahun lepas dan tahun ini.Banyak yang telah naik.Cumanya,kita yang tidak terperasan.Inilah nasib para bujang,selagi Menteri yang tidak berkaliber menjaga harga barang.



Akhir kata,Apa Nak Jadi Dengan Malaysia?

propartiislammalaysia

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: