Selasa, 5 April 2011

Ajijoi

Ajijoi


Video lucah: Muka macam Anwar, badan macam Najib

Posted: 05 Apr 2011 06:14 AM PDT


Ramai yang marah-marah apabila video yang didakwa sebagai video lucah seorang pimpinan tertinggi pembangkang dimuatnaikkan kedalam laman video youtube sehingga semua peringkat umur rakyat Malaysia dapat menontonnya. Jika sebelum ini, hanya wartawan terpilih sahaja yang bertuah mendapat jemputan tayangan video tersebut disebuah hotel eksklusif.

Ramai juga yang kehairanan dan tertanya-tanya, bagaimana video yang telah diserahkan kepada pihak polis boleh terlepas kealam maya?

Mungkin segala apa yang berlaku mengenai video lucah tersebut satu persatu berjalan mengikut seperti yang telah dirancang. Jangan ditanya mengapa polis masih tidak mengambil tindakan terhadap trio Datuk T yang lepas bebas sehingga hari ini, bagaimana video tersebut ditayangkan dimerata ceruk negara dan kini menyusup masuk kesetiap rumah yang berinternet, bukan sahaja dinegara kita malah seluruh dunia.

Biarpun video yang dimuatnaikkan kedalam laman youtube itu hanya sebagai 'pembuka selera' sekitar seminit lebih berbanding dengan video asal yang berdurasi selama hampir setengah jam, ianya lebih berbentuk 'rahmat' kepada pihak pembangkang. Terutamanya Anwar sendiri.

Jika sebelum ini, semua penyokong Anwar menghentam 'pembikin filem' lucah ini tanpa menontonnya terlebih dahulu. Hentaman itu pula dilantunkan dimasa faktanya masih diawang-awangan, segalanya menggunakan logik akal. Mana mungkin Anwar berbuat begitu, kata mereka membela.

Dengan adanya 'teaser' video tersebut sedia ditonton dilaman youtube, semua rakyat boleh menyaksikannya dengan mata kepala sendiri untuk menilai akan 'ketulenan' dakwaan yang dilemparkan kepada Anwar. Video tersebut telah disahkan tulen oleh pihak polis tetapi apa yang dimahukan oleh orang ramai adalah pengesahan ketulenan pelakon video tersebut. Benarkah Anwar ataupun pelanduk dua serupa?

Tidak dinafikan video tersebut bisa berkesan kepada penonton yang hanya melihat dipermukaannya sahaja dan mungkin juga terus mengiyakan bahawa memang Anwarlah yang mereka saksikan bertuala didalam bilik hotel dengan seorang gadis berkulit putih.

Manakala bagi penonton yang sedikit teliti, dengan sekali tonton sahaja mereka bisa menemui beberapa kejanggalan yang terpapar divideo tersebut. Banyak persoalan akan menerjah keminda mereka, mengapa begitu dan mengapa begini. Tidak akan terus menelan bulat-bulat tetapi akan mengunyahnya dahulu.

Rata-rata komentar orang ramai yang menonton video tersebut akan berpusat kepada susuk tubuh 'pelakon' itu berbanding dengan bentuk badan Anwar sendiri. Bahu yang lebar dan bongkok, berbuah dada dan perut yang buncit memang jauh sekali daripada potongan badan Anwar. Tetapi lebih kepada susuk tubuh Najib, ada juga yang mengandaikannya begitu.

Tulisan yang merentang skrin sepanjang video tersebut juga menjadi tandatanya. Mengapa ada tulisan siam pada video yang dikatakan dirakam dengan kamera cctv disebuah hotel ditengah bandaraya Kuala Lumpur pada bulan Februari yang lalu? Apakah kamera yang digunakan buatan Thailand sehingga tulisan tersebut tersiar sama?

Apabila diterjemahkan tulisan itu, ternyata ianya adalah nama sebuah jalan di bandar Bangkok, Thailand. Apa kena mengena nama jalan di Bangkok dengan rakaman disebuah hotel di Kuala Lumpur? Satu lagi persoalan besar yang perlu dijawab oleh trio Datuk T.

Jika suatu masa dahulu heboh dengan video seks artis-artis Malaysia, tetapi sebenarnya hanyalah video seks daripada Thailand yang muka pelakonnya seiras dengan artis negara ini, lalu digunakan oleh pihak penjual untuk melariskan video seks mereka itu. Gimik orang berniaga.

Mungkin pendekatan yang sama juga digunakan oleh trio Datuk T yang mempunyai motif yang cukup kuat untuk mengenakan Anwar, sayangnya sehingga kini mereka langsung tidak disentuh oleh pihak polis walaupun laporan polis telah dibuat dan pengakuan penglibatan mereka disiarkan semua rangkaian berita negara.

Politik untuk menjatuhkan seseorang pemimpin dinegara ini semakin hilang arah. Tersasar daripada landasan maruah dan moral. Semakin jijik dari hari kehari semata-mata untuk bergayut kepada kuasa yang ada. Generasi sekarang telah runtuh akhlaknya dengan gejala sosial yang menakutkan, apakah politik negara mahu generasi yang akan datang menjadi lebih teruk lagi sehinggakan menonton video lucah itu 'dihalalkan' atas nama 'menegakkan kebenaran'?

ajijoiblog

Rakaman video seks di Thailand, bukan Kuala Lumpur

Posted: 04 Apr 2011 04:57 PM PDT

Kantoi jangan tak kantoi! Gambar di atas menerangkan segala-galanya!!

Kepada yang belum melihat video klip suntingan 2 minit dalam youtube, sila klik di sini untuk menontonnya terlebih dahulu (sekiranya sempat sebelum youtube memadam buat ke sekian kalinya). Kemudian sila amati analisis penting di bawah yang diakhiri dengan sebuah kesimpulan.

Pertama, cuba kita imbas kembali kata-kata Eskay yang sebelum itu dikenali sebagai Datuk T;
"Selepas meneliti, saya temui empat kamera litar tertutup (CCTV), saya kemudian cuba membuka dua laci dari meja solek berkenaan dan mendapati salah satu daripadanya berkunci.

"Saya cuba buka laci berkenaan dengan mengumpil kuncinya sebelum menemui perakamCCTV yang masih aktif, saya putuskan wayarnya dan ambil perakam itu," - Eskay
Sekarang dapatkah anda lihat kedudukan meja solek di dalam gambar di atas? Dalam keadaan bilik hotel yang serba sederhana, dengan hanya menawarkan katil, almari solek dan sebuah almari telivisyen, apakah yang boleh dijangka untuk satu lagi almari solek berlaci bersebelahan dengan tv? Itu hanyalah sebuah almari tv, bukan almari solek kerana almari solek terletak berhadapan dengan katil.

Sekarang cuba pula lihat perut gendut pelakon porno tersebut. Adalah sangat tidak serupa dengan perut milik anwar Ibrahim yang genetiknya kurus (sepertimana anak-anak DSAI yang kurus tinggi). Sangat jelas sekali, keboroian itu seperti seorang yang pemabuk todi.

Kepada yang sempat melihat video klip yang diedit untuk memasuki youtube, anda harus perasan saat ke 0.29 hingga 0.32, didapati bukan satu remote control yang dipegang tetapi dua. Satu untuk video kamera (yang didakwa CCTV) dan satu lagi remote TV. Seolah-olah orang ketiga dalam video tersebut ingin memastikan status video kamera itu dalam keadaan 'record'.

sila lihat 2 gambar di bawah;

Seolah-olah video kamera yang digunakan benar-benar berada di hadapan orang ketiga ini tanpa selindung, menguatkan lagi hujah rakaman ini adalah kemungkinan untuk kegunaan peribadi.

Seperkara lagi, tahukah anda tulisan berbahasa Thai yang tertera dalam video tersebut setelah dialih bahasa adalah menunjukkan nama sebuah jalan di bangkok. Phaholyothin Road Bangkok adalah nama jalan di mana terletaknya hotel yang kononnya dikatakan berlaku di sekitar Kuala Lumpur tetapi sebenarnya berlaku di Thailand. Lihat gambar di bawah dan klik gambar untuk pandangan lebih jelas;


Terdapat beberapa hotel di Phaholyothin Road Bangkok, dan aktiviti paling digemari sekitar Phaholyothin Road adalah aktiviti pelacuran. Justeru itu, masihkah anda percaya aksi ini berlaku di Kuala Lumpur sepertimana didakwa Trio yang dikepalai oleh Rahim Thambichik? Masihkah anda percaya dengan Trio pembawa fitnah jahat ?


Kesimpulan

Videoklip yang menjadi senjata fitnah terbaru terhadap DSAI ini adalah dikutip dari negara jiran kita iaitu Thailand. Secara kebetulan, wajah pelakon utama mempunyai mirip DSAI tetapi tidak kepada perutnya yang boroi. Jika benarpun Eskay mengaku bahawa dia adalah salah seorang lelaki yang ada dalam video tersebut, maka pelakon utama itulah Eskay !

Berbalik kepada mengapa saya katakan video tersebut dikutip dari ribuan video seks amatur Thai? Faktornya ialah pelacur itu, dan sarikata dalam video itu yang berbahasa Thai. Mengapa sarikata itu tidak dibuang (dengan cara cut kesemua di bawah aras sarikata tersebut)? Kerana ia akan menyebabkan ketulinan video tersebut tercalar sama sekali. Jadi mereka membiarkan sahaja sarikata itu seperti sediakala tanpa mengusiknya walau sedikitpun.

Kehilangan jam omega, mengumpil laci berkunci dan sebagainya adalah satu helah menyedapkan jalan cerita. Akhirnya klip yang sepanjang hampir dua minit yang telah diedit khas inilah yang akan dipapar satu negara waima dalam pejabat KEMAS, di kelas BTN ataupun di pejabat JKKKP. Mereka tidak akan tayang video penuh kepada semua orang dengan alasan, ianya menimbulkan aib, maka cukuplah dengan video klip yang masuk youtube ini.

Orang kebanyakkan pastinya hanya akan mahu melihat cebisan-cebisan video yang tidak mengandungi aksi ranjang dengan alasan, kurang sedikit dosanya berbanding melihat kesemua rakaman 21minit video asal. Pihak pengfitnah yang jahat akan mengambil peluang ini sebaiknya sedangkan video itu jika dilihat secara penuh terutamanya ketika perut buncit itu kelihatan lebih jelas, barulah orang boleh memberi penilaian lebih tepat.

Kesimpulan dipermudahkan seperti berikut - Video 21 minit ini adalah satu dari ribuan video klip seks amatur yang boleh didapati di Thailand. Pelakon mirip DSAI tetapi saya yakin 110% bukan DSAI berdasarkan postur tubuh badan beliau. Di atas mirip yang sama ini, kesempatan di ambil walaupun dengan tanpa memadam sarikata berbahasa Thai tersebut.

Anwar Ibrahim yang difitnah untuk ke sekian kali menerbitkan rasa simpati yang lebih besar terhadapnya. Sekali lagi saya nyatakan bukan kerana sosoknya Anwar tetapi kerana keadilan untuknya.

Namun sedikit ingin saya sentuh, di manakah perginya hulubalang-hulubalang AMK yang menang atas nama 'wahyu' dalam pemilihan 2010 tempohari? Apakah strategi yang dirancang oleh AMK untuk mengekang asakan pengfitnah jahat ini selain daripada mengheret DSAI untuk membuat laporan polis?? Saya melihat kita sejak dari awal bertindak defensif sekali, macam kaldai tunggu disembelih!

Cuba lihat tindakkan pantas chegubard. Bukan saya nak lambung puji kepada chegubard, saya yakin beliau tak hidup dek puji tak mati dek maki. Tetapi tindakkan awal beliau wajar di puji. Berita dari rangkaian TV Selangor saya jumpa ketika menulis artikel ini dan antara petikan dari Chegubard adalah seperti di bawah;
"Klip itu adalah dari sumber yang sama tetapi ia di edit (sunting) sedemikian rupa untuk meyakinkan (orang ramai). Tetapi tempat-tempat yang begitu ketara, hodoh dan tidak sama dengan Anwar tidak disiarkan. Ini memang kita sudah jangkakan berlaku" - chegubard

Akhir sekali, adalah menjadi tanggungjawab kita di lap-lap terakhir ini untuk menyampaikan keyakinan kita untuk diyakinkan kepada mereka yang tersentap akibat dari pendedahan klip suntingan yang memberi kelebihan kepada pengfitnah jahat. Perlawanan kita sudah masuk ke lap yang terakhir yakni lap yang penuh dengan selekoh-selekoh tambahan. Pusingan terakhir ini, kita akan lawan habis-habisan!! Mereka fitnah, dan kita lawan !! Mereka tetap fitnah dan kita tetap lawan !!

Lawan fitnah jahat ini hingga ke penghujung nyawa, nescaya kalau kita mati dalam perjuangan ini sekalipun, kita berjuang menentang yang bathil!

LAWAN FITNAH 1, 2 DAN 3 !!! LAWAN !!!

EDYES @ edyesdotcom

Chegu Bard : Video Lucah Disunting Untuk Perbodohkan Rakyat

Posted: 04 Apr 2011 04:55 PM PDT

SHAH ALAM 4 APRIL : Video lucah hampir dua minit yang dimuatkan di YouTube disunting sebegitu supaya ia hanya memperlihatkan adegan-adegan individu yang mirip wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia Badrulhisham Shahrin.

Badrul menyaksikan keseluruhan video 21 minit itu pada 21 Mac lalu dan mengesahkan klip yang dimuat naik di Youtube diambil daripada rakaman asal. Bagaimanapun klip video di YouTube disunting untuk mempengaruhi orang ramai bahawa individu dalam rakaman itu adalah Anwar, kata beliau.

"Klip itu adalah dari sumber yang sama tetapi ia di edit (sunting) sedemikian rupa untuk meyakinkan (orang ramai). Tetapi tempat-tempat yang begitu ketara, hodoh dan tidak sama dengan Anwar tidak disiarkan. Ini memang kita sudah jangkakan berlaku" kata beliau kepada TVSelangor.

"Mereka tidak akan siarkan semua, dan kenapa mereka tidak siarkan semua contohnya dengan posisi perut yang buncit, itu mereka tidak siarkan, sebaliknya mereka hanya mengambil yang mirip (Anwar) untuk memperbodohkan rakyat," tambah beliau.

Badrul yakin Umno berperanan dalam memuatnaikkan video yang disunting itu ke Youtube, malah telah meramalkan tindakan Umno itu dalam wawancara dengan TVSelangor pada minggu lalu.

Beliau yakin tidak ada tindakan akan diambil terhadap pihak yang memuatkan rakaman itu di Youtube.

"Perdana Menteri Malaysia (dan) rejim ini terlibat dalam melindungi sindiket ini yang menyiar video ini kepada umum. Mereka tidak akan kena apa-apa," kata Badrul.

Badrul menegaskan bahawa video itu dimuat keYoutube untuk dicanang sebagai modal BN pada pilihanraya umum Sarawak.

"Ianya lebih menyerlah lagi apabila penyebaran video ini ialah terdesaknya mereka dan apabila berada diambang pertempuran di piliharaya di Sarawak ini".

Badrul dan Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungei Petani adalah dua orang yang tampil memberi perakuan mereka diundang oleh bekas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik untuk menyaksikan rakaman penuh video itu secara berasingan pada 21 Mac lalu.

Johari ditawarkan imbuhan untuk membawa keluar wakil rakyat PKR dengan menggunakan video itu manakala Badrul pula diminta untuk menyampaikan rakaman itu kepada isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Bagaimanapun kedua-dua mereka, secara berasingan, yakin orang dalam rakaman itu bukan Anwar walaupun akur individu berkenaan mempunyai iras hampir serupa dari sudut tertentu kamera.

Badrul dan Johari berkata bahasa badan Anwar dan susuk tubuhnya termasuk perut berlainan dengan individu dalam rakaman itu.

Anwar bertegas menolak beliau adalah individu dalam rakaman itu.

Ketua Pembangkang itu menegaskan beliau di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya serta berinteraksi dengan kenalan menerusi Twitter ketika rakaman itu diambil pada 21 Februari lalu.

Penayangan video di Hotel Carcosa Kuala Lumpur didalangi oleh gadingan Datuk T yang merangkumi bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

Mereka hanya menyerahkan video itu kepada pihak berkuasa setelah Anwar membuat laporan polis dan mendedahkan identiti mereka.

Ketiga-tiga Datuk T itu dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak di Bangunan Parlimen susulan laporan polis yang dibuat oleh Anwar.

PKR makin yakin video seks ‘Datuk T’ palsu, aju enam soalan

Posted: 04 Apr 2011 04:47 PM PDT

KUALA LUMPUR, 4 April – Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpendirian tegas menolak bulat-bulat lelaki dalam rakaman video seks, yang kini disebarkan menerusi dunia siber, yang didakwa melibatkan aksi seks Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menyifatkannya sebagai "palsu" dan bermotifkan "politik."

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sewaktu "Datuk T" mula-mula menayangkan video skandal seks yang kononnya melibatkan pemimpin pembangkang di hotel Carcosa Seri Negara, beliau telah menegaskan bahawa video tersebut palsu, "tukang sorak-tukang sorak Umno bertanya bagaimana saya yakin bahawa video tersebut bukan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila saya belum menontonnya."

"Hari ini, saya terpaksa menonton sedutan video tersebut. Selepas menonton video tersebut, kenyataan awal saya terbukti benar memandangkan sosok dan lenggok badan watak utama termasuk perut yang menonjol jelas sekali bukan sosok badan Anwar," kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan segera dikeluarkan lewat petang ini.

Nik Nazmi menambah, hakikat ini mungkin tidak jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar secara dekat, tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit beliau selama dua tahun, "saya tahu bahawa itu bukan Anwar."

"Apatah lagi saya mengenali keperibadiannya sebagai seorang Muslim dan pemimpin keluarga yang baik," katanya.

"Jelas sekali video ini dibuat untuk tujuan politik," kata beliau sambil menambah, tarikh video tersebut ditayangkan kepada wartawan dan seterusnya kini didedahkan sedutannya kepada umum dibuat untuk tujuan strategik sempena pilihan raya negeri Sarawak.

Klip video dua minit yang mengaitkan Anwar melanggan seorang pelacur asing kini dimuatkan dalam YouTube dan beberapa blog pro-Umno.

Difahamkan klip itu disebarkan dalam dunia siber sejak semalam.

Klip itu yang panjangnya 107 saat menunjukkan dua lelaki dan seorang wanita berada di sebuah bilik sebelum aksi seks dengan pelacur berkenaan, didakwa dari China.

Rakaman asal yang dipertontonkan kepada media di hotel Carcosa Seri Negara dua minggu lalu dilaporkan 21 minit.

Klip itu muncul di Internet dua hari selepas polis mengesahkan bahawa rakaman video itu adalah tulen.

Sehubungan itu dalam kenyataannya, Nik Nazmi juga mengemukakan enam persoalan, antaranya mengapa bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuib Lazim tidak berani mendedahkan diri mereka ketika mula-mula menayangkan video kepada editor-editor kanan milik BN di Carcosa Seri Negara.

"Siapakah individu ketiga dalam video tersebut? Kehadiran lelaki ketiga yang bertindak seperti pengarah video menggambarkan ini bukan rakaman CCTV rahsia sebagaimana didakwa Datuk T," katanya lagi.

Oleh itu kata beliau, adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri ataupun khuatir bahawa rakyat akan menyimpulkan video ini satu lagi usaha Umno-BN untuk menyerang Anwar memandangkan ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan Umno khususnya bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Datuk T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan dalam video tersebut (bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011'. Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia?" katanya lagi.

"Mengapa Umno diam membisu tentang pandangan tiga mufti, Dr Juanda Jaya (Muftri Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Mufti Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Mufti Kelantan) yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Malah, (Mufti Perak) Tan Sri Harussani Zakaria juga mengeluarkan pandangan serupa tetapi menurutnya tidak dilaporkan Utusan Malaysia.

"Mengapa pihak polis yang tegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar video (Datuk Seri Dr) Chua Soi Lek dahulu (yang diakui Soi Lek sendiri benar) tidak mengambil pendekatan sama kali ini?" kata beliau.

Nik Nazmi seterusnya berkata sudah sampai masanya rakyat menghentikan politik fitnah kotor dan keji yang merendahkan wibawa politik negara ini.

"Pada awal tahun ini rakyat menaruh harapan terbitnya Buku Jingga Pakatan Rakyat akan memulakan budaya baru politik mengenai idea dan polisi yang menandakan kematangan masyarakat negara kita.

"Malangnya bukan sahaja Najib menolak berbahas mengenai buku jingga, tetapi dalam keadaan beliau terdesak kini nampaknya membiarkan budaya politik busuk terus bermaharajalela. Ketika arus demokrasi berkembang pesat di seluruh dunia, politik Malaysia nampaknya masih lagi pada takat yang lama," kata beliau yang juga Adun Seri Setia.

-MalaysianInsider

Tiada ulasan: