Khamis, 14 April 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


From Raja Petra Kamaruddin.. abouts TV3 Interview

Posted: 14 Apr 2011 07:27 AM PDT

Sometimes we need a storm to get people's attention. Maybe now the police will do what I have been asking them to do these last three years: that is, investigate my statutory declaration and ascertain the truth behind what Lt Kol Azmi Zainal Abidin alleged.

Q1: Why make the revelation now, why didn't you correct the media reports soon after your SD came out two years ago?

Actually the SD was signed 3 years ago, not 2 years ago. And it was published the very next day and I was arrested and charged almost immediately. I have been writing article upon article over the last 3 years saying that I did not make any allegation about Rosmah Mansor and the two Lt Kols husband and wife. What I said was that an informer had informed me about the matter.


By the way, have you read my SD yet? I would suspect not, as many who comment do so without reading it.

That is why you said 2 years instead of 3. Or else you would have known it was signed in June 2008.

Anyway, is it my job to correct what the mainstream media intentionally distorts? And did anyone from the mainstream media talk to me? Most of the mainstream media actually covered my trials but still they misreported the whole thing.

Are you saying I am to blame for the misdeeds and malicious acts of others? Their job is to whack me and that is what they did. Now, after 3 years of getting whacked, I am whacking back. Is this not my right? Anyway, the interview was done 2 months ago, not now.

People ask me why now, just before the Sarawak elections? 2 months ago there was no confirmation of the Sarawak elections. So when do I do it? After the Sarawak elections? Then, after the Sarawak elections, people will say why now, just before the 13th GE? So I wait until after the 13th GE and people will still ask, why now, just before a by-election? So when should I do it? After Malaysia bans elections?

Q2: Can you comment on Din Merican's denial that he was involved in the attempt to discredit Rosmah and Najib?

Did I say he was involved? I just asked him to check with Anwar Ibrahim the background of Lt Kol Azmi Zainal Abidin and that was what he did. And he admitted this in his Blog posting. So what is the issue? Why accuse me of something I did not do?

Q3: Aside from your Statutory Declaration, do you have any proof of the involvement of the people you mentioned in the attempt to discredit Najib and Rosmah?

What do you mean by proof? Video recordings of them in towels in a hotel room? Define 'proof'. Anwar was convicted and sentenced to 15 years jail in 1999 based on testimony. Testimony is proof and that was good enough to sentence Anwar to 15 years jail. My testimony is even better. It is in the form of an SD.

Q4: Now talks on the ground is that your sudden revelation is because you want to return to Malaysia. Your comment?

Talks on the ground is that Najib was caught kalwat in a Port Dickson hotel room. Do you want to ask Najib this? Who cares about talks on the ground? If the government says I am welcome back in Malaysia and I tell the government to go to hell because I love it in the country of my birth what then are you going to say? And what 'sudden revelation'? Have you not heard what I said? I have been repeating this again and again over the last 3 years. What's so sudden about saying the same thing over 3 years? You mean I kept silent the last 3 years and only today I am talking?

Q5: You have also been accused of shifting attention from the Sarawak election with your latest allegation. Your thoughts. Shifting attention?

You really must improve your communication skills because I don't understand what you mean. I have also been accused of going to church every Sunday and that my wife and I have left Islam to become Catholics. Do you really think I care what they say? My interview was done before the announcement of the Sarawak elections. Maybe they held the Sarawak elections to shift attention from my interview since my interview came first.

Q6: Where does your loyalty lie now that you have turned the tables against Anwar and the opposition front?

You must be smoking something. Let me know what it is so that I can get some. My loyalty from Day One was always with the rakyat: dulu, kini dan selama-lamanya. Now, which part of the word rakyat don't you understand?

Raja Petra Kamarudin
Malaysia Today

Sarawak : Najib tak mampu tolak Taib

Posted: 14 Apr 2011 06:06 AM PDT




14 APRIL : Penasihat DAP Lim Kit Siang menyatakan sebarang kepincangan dalam kempen Barisan Nasional adalah berpaksi kepada keengganan Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud, meletak jawatan secepat mungkin.

Kit Siang turut menyatakan betapa pengunduran Taib dari jawatan itu merupakan 'satu-satunya' isu dan senjata berkesan menentang Barisan Nasional dalam PRN ke 10 ini.


Malah menurut Kit Siang, hakikat itu turut disedari oleh Perdana Menteri Najib Razak tetapi nyata beliau tidak berupaya mempengaruhi Taib untuk berundur.

"...Yang menyatukan rakyat Sarawak tidak kira bangsa atau agama (ialah mereka menolak Taib)…bukanlah kerana umur Taib atau tempohnya menjadi Ketua Menteri tapi kerana kurang kebertanggungjawaban, ketelusan dan tata kelola baik di bawah pemerintahannya,"kata Kit Siang.

Beliau hadapi pelbagai tuduhan penyalahgunaan kuasa dan korupsi yang tidak berjaya dinafikan olehnya," tambah Kit Siang.

"Bukannya Najib tak sedar kelemahan Barisan Nasional ini tapi beliaupun tak berupaya membuat Taib mengundurkan diri," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad 'mengingatkan' Taib mengenai beberapa kekalahan BN kerana ketuanya tidak mahu mengundurkan diri.

Mahathir merujuk kepada seorang Menteri Besar yang tidak mahu mengundur diri selepas 25 tahun menerajui negeri itu dan akhirnya ditolak rakyat.

Kit Siang menyatakan rancangan Najib untuk 'mengikat Taib' supaya mengundurkan diri lebih awal dipatahkan oleh Ketua Menteri itu.

Najib berjanji kepada rakyat Sarawak bahawa Taib akan mengundur diri walaupun terdapat laporan Taib hanya akan berundur dua atau tida tahun lagi.

"Contohnya, bila Najib 'menutup' Putrajaya selama enam hari, dan bawa seluruh kabinetnya ke Sarawak untuk berkempen bagi PRN ini, mesej pertamanya ialah menyatakan rakyat Sarawak pertukaran kepimpinan negeri dalam tempoh terdekat.

"Tapi Taib enggan bekerjasama dan dengan jelas mengatakannya di hadapan Najib, bahawa dia tidak mempunyai sebarang rancangan untuk berundur dari jawatan Ketua Menteri 'dalam temph terdekat," kata Kit Siang lagi.


TVS News

Sarawak : Wang akan mula ditabur...

Posted: 14 Apr 2011 05:31 AM PDT




Tinggal 36 jam lagi sebelum hari pengundian dalam pilihan raya Sarawak, Pakatan Rakyat bakal berdepan cabaran paling sukar setelah sepuluh hari berkempen – 'politik wang' di kawasan luar bandar.

Bukan lagi rahsia, BN dikatakan sentiasa bersandar kepada imbuhan pilihan raya pada saat-saat akhir pengundian, taktik yang tidak mampu ditandingi gabungan PKR, DAP dan PAS.


Seorang kapitan daripada kawasan majoriti Iban di Sri Aman mendakwa, petugas BN akan menabur wang tunai kepada pengundi di rumah-rumah panjang pada malam 15 April bagi mempengaruhi undi pada hari sesudahnya.

"Saya dengar kali ini mereka beri RM50 untuk seorang pengundi," katanya sambil mendakwa jumlah itu cukup bagi pengundi Iban di kawasan itu yang pendapatan bulanan mereka antara RM100 hingga RM300.

"Bulan lalu saya sudah kumpulkan senarai di kawasan saya dan berikan pada agen BN. Mereka akan mengedarkannya hari ini atau esok. Saya masih perlu kemaskini senarai itu."

Jawatan kapitan atau pemimpin masyarakat Cina merupakan jawatan lantikan kerajaan yang dicadangkan oleh wakil rakyat BN setempat. Mereka mendapat elaun RM850 sebulan. Jawatan yang hampir sama bagi masyarakat Iban dipanggil tuai rumah (ketua rumah panjang).


Malaysiakini

Taib tak belajar dari Sejarah - Mahathir

Posted: 14 Apr 2011 02:40 AM PDT




"Ada satu MB yang berkeras mahu terus berkuasa dan kita hilang negeri itu. Jika kita belajar daripada sejarah, kita tidak akan lakukannya lagi," kata...

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud supaya 'belajar daripada sejarah' apabila membuat keputusan mengundurkan diri.


Meskipun tidak memberikan jawapan langsung apabila ditanya sama ada Taib harus berundur, Mahathir memberi beberapa contoh kekalahan BN kerana pemimpin negeri enggan melepaskan jawatan masing-masing.

"Ada satu MB yang berkeras mahu terus berkuasa dan kita hilang negeri itu. Jika kita belajar daripada sejarah, kita tidak akan lakukannya lagi," katanya kepada wartawan selepas melancarkan persidangan pelancongan Islam di ibu negara.

Walaupun Mahathir tidak menamakan menteri besar itu, adalah dipercayai beliau merujuk kepada Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, yang menerajui Terengganu dari 1974 hingga 1999.

PAS mengambil-alih negeri itu pada pilihan raya umum 1999 dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi menteri besar.

Seorang lagi menteri besar yang dijadikan contoh Mahathir adalah Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo, yang menerajui Selangor dari 2000 hingga 2008, apabila negeri itu dirampas oleh Pakatan Rakyat.

Mahathir juga tidak cenderung untuk mengulas apabila ditanya mengenai kemungkinan keputusan pilihan raya negeri Sarawak Sabtu ini dengan ura-ura Pakatan Rakyat mampu menafikan kemenangan dua perita untuk BN.

"Saya fikir BN akan menang," katanya dan enggan mengulas apabila soalan berkaitan terus diajukan oleh wartawan.


Malaysiakini

Andaikata Analisa ini Tepat... Alhamdulillah.

Posted: 14 Apr 2011 01:17 AM PDT


Ini bukan gambar dari Dataran Tahrir tapi dari Miri, Sarawak


Barisan Nasional (BN) diramal kalah apabila hanya memenangi 21 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Ahad ini, menurut satu kaji selidik.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga diramalkan tumbang di DUN N51 Balingian, yang telah disandangnya selama tiga penggal itu.


Kaji selidik dikeluarkan oleh Zentrum PRN Sarawak dan diselia oleh Zentrum Future Studies Malaysia yang diasaskan oleh Dr Hassan Hayastani.

Dalam pertandingan tiga penjuru, calon bebas yang juga sepupu kepada Ketua Menteri itu, Datuk Salleh Jafaruddin menerima sokongan tertinggi apabila memperolehi 38 peratus sokongan dan Taib dengan 36 peratus.

Dalam perebutan kerusi yang sama juga menyaksikan calon PKR, Suriati Abdullah pula menerima 28 peratus.

Menurut kajian tersebut, Pakatan Rakyat yang membariskan calon PKR, DAP dan PAS mendapat 31 kerusi.

Keputusan daripada persepsi sokongan pengundi Sarawak itu juga menunjukkan sebuah lagi parti yang menentang BN, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) menerima sokongan tertinggi di 15 kerusi dan empat DUN pula didominasi oleh calon bebas.

Bagaimanapun keputusan kaji selidik yang dinamakan 'PRN Sarawak prediksi period 1′ tersebut merupakan keputusan bagi kajian persepsi semasa dan tidak mustahil berlaku perubahan data dalam jangka masa terdekat.

Persepsi kepercayaan politik mengikut kaum

Bagi persepsi untuk perbandingan persepsi kepercayaan politik mengikut kaum pula, BN mendahului parti-parti lain dalam meraih sokongan dari kaum Melayu dan Melanau dengan meraih 48 peratus sokongan.

Manakala PR pula mengekori BN di tempat kedua apabila meraih sokongan sebanyak 40 peratus, SNAP dengan 10 peratus dan masing-masing Parti Cinta Malaysia (PCM) dan bebas satu peratus.

Bagaimanapun data dari statistik itu juga menunjukkan BN ditinggalkan jauh di tempat kedua oleh PR yang memperolehi 46 peratus sokongan masyarakat cina dan
BN dengan 34 peratus.

Turut meraih sokongan dari masyarakat Cina yang umumnya mendiami di kawasan bandar ialah parti SNAP dengan 18 peratus diikuti PCM dan bebas dengan masing-masing juga satu peratus.

SNAP sebuah parti kaum Dayak di Sarawak pula mengungguli sokongan kaum Iban apabila dijangkakan mampu meraih sokongan sebanyak 38 peratus berbanding PR di tempat kedua dengan 32 peratus.

BN yang mengekori di tempat ke tiga bagi persepsi sokongan kaum yang sama pada ketika ini meraih sebanyak 23 peratus sokongan dan bebas dengan tujuh peratus.

PR sekali lagi meraih populariti tinggi apabila diramalkan menerima sokongan terbanyak di kalangan pengundi kaum Bidayuh dengan 40 peratus manakala SNAP mengekori rapat di tempat ke dua dengan 38 peratus.

Ketika hanya mampu meraih 20 peratus sokongan masyarakat Bidayuh, BN meninggalkan jauh pesaingnya apabila dijangka meraih 51 peratus sokongan di kalangan masyarakat Orang Ulu.

Menurut hasil kajian PRN Sarawak prediksi period 1 itu lagi, PR pula memperolehi 36 peratus dan SNAP pula sebanyak 10 peratus juga bagi masyarakat Orang Ulu.

Bagi lain-lain kaum pula, BN memperolehi 53 peratus, PR dengan 21 peratus dan SNAP pula dengan 17 peratus.


Free Malaysia Today

Pek Mo, Dulu disayangi Kini sudah dibenci SUPP

Posted: 14 Apr 2011 12:17 AM PDT


"Sila turunkan papan iklan yang menunjukkan gambar calon kami bersama Ketua Menteri. Awak tidak ada hak menggunakan gambar mereka."

Papan iklan "Saya sayang Pek Mo" yang didirikan oleh DAP pagi ini dikatakan menghantui dan memberangkan presiden SUPP dan calon Piasau, Tan Sri Dr George Chan dan dua calon parti itu.


Menurut ketua DAP Johor, Boo Cheng Hau pada sidang akhbar di hadapan papan iklan itu seorang peguam SUPP - David Siaw - telah menghantar sms yang bernada keras kepada pengarah pilihan raya DAP.


Dalam satu daripada sms yang ditunjukkan kepada Malaysiakini, peguam SUPP itu mahu DAP menanggalkan papan iklan itu ataupun menghadapi tindakan undang-undang.

"Sila turunkan papan iklan yang menunjukkan gambar calon kami bersama Ketua Menteri. Awak tidak ada hak menggunakan gambar mereka. Harap ambil perhatian, kami akan menyaman fitnah."

Dalam satu lagi mesej, pengirimnya memberi amaran parti komponen BN akan bertindakbalas jika papan iklan itu tidak diturunkan.

"Awak mungkin akan saksikan calon DAP berkata perkara-perkara yang memihak BN." DAP, bagaimanapun enggan menurunkan papan iklan tersebut dan mendakwa mereka tidak memfitnah sesiapa.

"Kecuali awak kata tidak sayang Pek Moh, maka tiada unsur fitnah," kata Lim Sie Keong, calon DAP yang akan menentang Chan di Piasau.


Malaysiakini

Sarawak : Berita yang diharamkan siar oleh BN.

Posted: 13 Apr 2011 09:49 PM PDT


Meskipun terus dipulaukan media arus perdana, ceramah Pakatan Rakyat di Sarawak terus menjadi tarikan masyarakat di Sarawak.

Di Sri Aman, lebih 1,000 orang bagi mendengar ceramah DAP oleh pemimpin veterannya, Lim Kit Siang. Ini dikatakan ceramah terbesar yang pernah diadakan di Sri Aman sejak hari penamaan calon.


Selain kehadiran lebih 1,000 orang, majlis itu berjaya mengutip RM8,252 sumbangan daripada penyokong DAP.

Meskipun hujan renyai, hadirin tidak berganjak apabila Kit Siang mula berucap sambil dipayungkan oleh seorang penyokong DAP.

Menurutnya, pertelagahan antara Najib dan Taib membuktikan ketua menteri lebih 30 tahun itu tidak berhasrat melepaskan jawatannya.

"Jika bukan kerana ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak, Najib sudah menjadi ketua pembangkang di Parliament. Sebab itu beliau tidak berani memaksa Taib letak jawatan," kata Lim.

Calon DAP untuk kerusi Kota Sentosa di Kuching, Chong Chieng Jen, juga datang membantu rakannya, Leon Donalad, calon Simanggang.

Simanggang adalah kerusi majoriti pengundi Iban yang terletak di bandar Sri Aman.


Katanya, pembinaan infrastruktur di Kuching dipercepatkan oleh kerajaan BN setelah pembangkang menawan kerusi Kuching.

"Lagi awak tolaknya (parti pemerintah BN), lagi baik dia akan layan awak. "Jadi kita mesti bagi tahun BN, kita mahu hospital baru (tetapi) kita juga mahu undi DAP!" katanya merujuk kepada pengumuman Najib berhubung pembinaan sebuah hospital baru, tiga hari lalu.

Ceramah DAP di Miri yang menampilkan calon PKR bagi kerusi Senadin, Michael Teo, pula menarik kehadiran tidak kurang 4,000 orang.

Antara pencermahnya termasuk pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, timbalan ketua menteri Pulau Pinang, P Ramakrishnan, ahli parlimen Taiping Nga Kor Ming, ahli parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun, ahli parlimen Kota Kinabalu Hiew King Cheu dan exco Pulau Pinang Chow Kon Yeow.


Malaysiakini

Sarawak : Dah kerah semua Menteri Kabinet ke Najib?

Posted: 13 Apr 2011 08:11 PM PDT

KUCING - Kehadiran tiga buah pesawat rasmi kerajaan Malaysia di Lapangan Terbang Kuching membayangkan betapa 'seriusnya' perasaan cemas pemimpin Barisan Nasional menghadapi pilihanraya negeri (PRN) Sarawak ke-10.

Sebuah pesawat ACJ 319 keluaran Airbus, bernilai antara USD 55-60 juta diletakkan di terminal utama, manakala sebuah lagi jenis Bombardier Global Express, ketika dirakam gambarnya semalam Rabu 13 April, sedang menghampiri terminal yang sama.

Sementara itu sebuah lagi pesawat jenis Falcon 900A diletakkan di 'hangar' TUDM di lapangan terbang terbabit.


Pesawat rasmi tersebut dilaporkan adalah untuk kegunaan dua pemimpin utama kerajaan Malaysia iaiu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri

Kedua-dua pemimpin kanan BN yang juga adalah pemimpin Umno dilaporkan layak menggunakan pesawat khas rasmi kerajaan Malaysia untuk tujuan urusan rasmi sahaja.

Namun begitu, adakah menghadiri kempen pilihanraya negeri Sarawak merupakan urusan rasmi kerajaan?

Dan persoalan yang timbul adalah, siapa pula yang menggunakan pesawat rasmi yang ketiga?

Garis panduan penggunaan pesawat udara adalah berdasarkan kepada Surat Pekeliling Am Sulit Bil. 1 Tahun 1987 Peraturan-Peraturan Penggunaan Jet Eksekutif Kerajaan dan Pesawat-Pesawat TUDM yang memperuntukkan pesawat-pesawat jet eksekutif kerajaan adalah untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Kedudukan BN Sarawak dalam PRN Sarawak dalam keadaan genting sebagaiamana dilaporkan Harakahdaily, sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak didakwa sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat.

Menurut akhbar rasmi internet PAS itu lagi, 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.

Dari 71 kerusi yang dipertandingkan, BN pula setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang Jaya di sini.

Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan.

Sehubungan itu, Presiden Umno, Najib Razak, pada sidang media selepas menghadiri Program Mesra Rakyat di Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya, semalam, mengakui BN menghadapi tentangan hebat di kawasan bandar, dan cabaran yang dihadapi kali ini "mungkin yang paling sukar dalam sejarah politik Sarawak".


Buletin Online

Exclusive!! Video interview Raja Petra di TV3..

Posted: 13 Apr 2011 11:10 AM PDT

Video Interview diakhir entry..

Ramai yang marah dan keliru kerana Raja Petra membenarkan dirinya di interview oleh TV3.. Jika kita amati betul-betul apakah tujuan video itu disiarkan .. akan jelas kepada kita hanya satu nama yang ditekankan di sini iaitu Anwar Ibrahim.. Anwar yang kini sedang mengepalai Pakatan Rakyat di Sarawak mara untuk menafikan majority 2/3 BN di Sarawak..

Apabila nama Anwar Ibrahim disebut berulang kali mereka cuba untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia seolah-olah kisah pembunuhan Altantuya itu bermula dari Anwar..

Aku malas nak komen panjang-panjang pasal TV3 biasanya tidak akan menyiarkan sebarang interview yang boleh membawa keuntungan kepada gembalanya iaitu UMNO/BN dan Raja Petra pun masih hidup lagi.

Jadi bersamalah kita nantikan apakah tajuk utama media – media cetak yang dikuasai UMNO/BN esok yang kini telah dilarang dari menyiarkan sambutan rakyat Sarawak terhadap kempen Pakatan Rakyat di Sarawak..


Berikut adalah transcript interview yang terdapat di www.tv3.com.my

Saya tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan kes Altantuya Sharibuu.

Itu pengakuan pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin yang muncul buat pertama kali setelah sekian lama menghilangkan diri.

Raja Petra berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil-alih sebagai Perdana Menteri.

Dalam satu temubual eksklusif bersama Ashraf Abdullah yang menjejaki beliau di Perth, Australia baru-baru ini, Raja Petra berkata, akuan bersumpah yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008, hanyalah bersandarkan maklumat yang diperolehi daripada beberapa individu ini

Menurut Raja Petra, ramai orang termasuk polis, membuat tuduhan tanpa meneliti akuan bersumpahnya.

Dalam akuan bersumpah itu Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

RAJA PETRA KAMARUDIN, PENGENDALI BLOG MALAYSIA TODAY

"Di dalam sd saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita. Dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini. Itu yang saya tulis dalam sd. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian. Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi dan untuk orang-orang ini kedepan. Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan polis."

Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat berkenaan, daripada beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka ialah Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican.

Menurut Raja Petra seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.

"Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi tempat itu kerana tempat itu kerana kawasan itu tempat hutan dan saya dok fikir dia nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, pukul 12 malam, saya ingat mustahil kot."

Tambah Raja Petra, tujuan mereka ialah untuk memastikan Datuk Seri Najib tidak mengambil alih sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.

Menurutnya dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau bertanya kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu.

"What do you hope to achieve? Dia kata Pak Lah akan letak jawatan, kalau kita tak block Najib, Najib akan menjadi Perdana Menteri, ganti Pak Lah"

Menurut Raja Petra, beliau kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan Datuk Seri Anwar.

"Din Merican pun contact saya balik dia kata dia dah cakap dengan anwar dan anwar pun bagi green light. Dia kata ok, orang ini no problem, apa dia cakap kita boleh percaya. Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa anwarleftenan kolonel ini. Dan dia pun banyak bercerita kepada anwar tentang isu inidia kata proceed. Saya pun proceed."

Beliau berkata, kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau di dakwa di mahkamah.

Ikuti bahagian kedua temubual ini dalam Buletin Utama esok.

Bila Dayak telah marah maka Gugurlah BN (Video)

Posted: 13 Apr 2011 10:16 AM PDT

Kunci kepada pembebasan Sarawak ini ialah Nasionalisma Dayak! Naikkan Nasionalisma Dayak! Apabila Dayak telah marah.. maka Barisan Nasional akan gugur!! Hanya orang-orang Dayak yang akan menentukan kemana arahnya Sarawak ini!!! - Hishamuddin Rais Saksikan video ucapannya diakhir entry..

DAYAK BARU MEMBERONTAK

Hishamuddin Rais

Kota Miri kota dipesisiran laut. Kota sempadan. Kota Golok untuk orang Brunai. Bersih, baru dan tersusun. Kota hujung minggu tempat orang Brunai 'melepas geram'. Cukup jelas watak kota sempadan ini.


Aku ke sini untuk melihat dengan dekat apa yang sedang berlaku di Sarawak. Lebih jujur kalau aku katakan melihat dengan kaca mata aku wilayah disekitar Miri. Secara jujur tak mungkin dalam satu minggu aku mengetahui dan memahami Sarawak. Kalau ada sesiapa yang berkata sedemikian maka orang ini pasti pelebong yang mungkin juga berani mengakui dirinya adalah sepupu kepada Saddam Hussein.

Menginap di sebuah hotel murah tidak jauh dari Bilik Gerak Pusat PKR Miri. Aku sebenarnya memang tidak mengetahui banyak tentang Sarawak. Aku dibesarkan dengan Dolah Sarawak, Siput Sarawak dan Nenas Sarawak - Sarawak-Sarawak yang lain haram aku tidak mengetahui. Susur galur pensejarahan Sarawak tidak juga aku ketahui. Berapa banyak sukubangsa yang wujud di Sarawak tidak juga aku ketahui.

Kalau anak kecil - aku datang ke Sarawak ini seolah-olah untuk disunatkan - agar aku mengetahui lebih dalam dan intim tentang wilayah yang telah menjadikan Malaysia kaya raya.

Malam pertama, aku telah dibawa ke perkampong Kedayan - Kampong Sugai Subak daerah Sebuti. Bersama aku dalam kereta ada dua orang lagi pekerja parti. Seorang aktivis Pas dari Klang dan seorang jurutera aktivis PKR anak tempatan. Aku diberitahu kampong ini dua jam perjalanan ke luar kota.

Kami memulakan perjalanan agak lewat. Kereta kami melintasi kawasan kawasan mewah yang rumah-rumah tersergam indah - sepuluh ratus kali lebih gah dari Country Height Kajang - seakan-akan aku sedang melintasi Sunset Boulevard ke Beverley Hills di Los Angeles di mana bintang Hollywood membina sarang mereka.

Rumah-rumah angkuh, gedang dan bergemerlapan. Siapa agaknya yang bersarang di rumah rumah ini. Pemandu kami - juga aktivis PKR - tanpa segan silu telah bekata semua ini adalah rumah-rumah 'China Kaya'. Jelas unsur politik Semenanjung di sini.

Kereta kami memasuki luar kota. Kawasan makin gelap. Aku tidak tahu apa yang di kiri dan apa yang di kanan. Sesekali aku ternampak cahaya lampu. Jelas aku di dalam perut hutan Sarawak. Tidak ada kereta yang memotong kami dan tidak ada juga kereta berseliseh. Wah! Aku merasakan amat jauh hendak berpolitik ke kampong ini.

Belum pernah aku merasakan berjalan dalam gelap untuk berpolitik bagini jauh. Dulu di Tenang pernah aku berjalan dari Labis ke Kampong Sawah Baru. Memang jauh aku rasakan - tetapi kali ini beratus kali jauhnya. Memang Sarawak ini wilayah yang maha luas. Dan ramai warganya tinggal di pendalaman. Hendak tahu erti pendalaman datanglah ke Sarawak.

Jalan batu aspal agak baik terutama lima atau sepuluh kilometer dari kota Miri - terutama di daerah rumah orang kaya kaya. Hampir dua jam kemudian jalan semakin rahai. Ini bermakna kami telah mengambil jalan kecil memasuki kampong yang dituju.

Wah! Amat jelas bezanya rumah yang aku lihat tadi dengan apa yang ada dihadapan mata. Tadi aku melihat Istana sekarang aku melihat rumah kotak buruh kontrek bangunan Mat Indon yang didirikan di tepi bangunan yang sedang dibina di Damansara. Aku difahamkan ini adalah perkampongan sukubangsa Kedayan. Nah! Ini lah kali pertama aku mendengar nama sukubangsa ini.

Untuk orang di Semenajung jangan tersilap faham - ini bukan ceramah kelompok - ini juga bukan ceramah umum - bukan forum dan bukan seminar. Ini kerja politik di Sarawak. Bila aku keluar dari kereta yang aku dengar ialah gendang Melayu asli. Bunyi musik seakan-akan Zainurin Mat Dom senang berdendang dengan lagu Alah Emak Kahwinkan Aku.

Cahaya hanya datang dari lampu rumah - justeru kawasan sekeliling agak gelap. Bila aku hampiri maka aku nampak tujuh lapan bayang-bayang sedang bertandak di tengah jalan. Tidak sampai tiga puluh orang yang ada pada pesta ini. Yang aku nampak hanya bayang bayang hitam.

Mata aku mencari arah musik. Wah! Empat orang perempuan sedang duduk di bawah rumah yang bertiang tinggi - mereka memukul gendang dan menyanyi. Bila aku dengar amat jelas pantun pantun mereka adalah pantun perjuangan:

Adik bergendang abang menari
Jangan lupa kepada kami
Bila PKR telah pergi
Adik tinggal seorang diri

Di dalam gelap aku nampak bayang-bayang anak muda yang tersusun berdiri. Lalu aku hampiri. Mereka ini telah mengambil bahagian dalam perlawan futsal anjuran AMK sebelum ini. Aku bertanya-tanya. Semua mereka bukan pengundi. Tiga orang anak muda Kedayan yang aku rapati semuanya telah meninggalkan sekolah dalam umur yang masih muda.

Keciciran! Ini bukan keciciran. Ini dasar Taib Mahmud yang tidak mahu Kedayan ada ilmu dan berpelajaran. Dari segi jumlah sukubangsa Kedayan lebih ramai dari Melanau yang kini berkuasa di Sarawak. Kedayan yang juga beragama Islam ini dilihat oleh Taib sebagai berpotensi untuk melawan hegemoni Melanau.

'Darik manak?' perbualan kami yang terputus-putus kerana Kedayan ini memiliki bahasa tersendiri. Mereka berbual dengan aku menggunakan bahasa Melayu yang loratnya tidak pernah aku dengari. Aku selalu tertanya tanya kerana tidak faham buah butir.

'Apa Keadilan ini?' soalan ini datang dari Shahrulnizan anak muda berumur 16 tahun. Dia telah meninggalkan sekolah dua tahun dahulu. Lalu aku bertanya kenapa dia datang ke pesta ini. Jawabnya senang 'kawan saya main futsal'. Nah! Jelas anak muda di Sarawak perlu disedarkan.

Gendang terus dipalu. Pantun berbals balas. Aku akhirnya bertandak dan berjoget. Malam pertama aku di Miri tidak akan aku lupakan. Bila aku diminta berpantun aku menolak. Entah kenapa lidah aku kelu kerana terlalu seronok dengan pengalaman baru sehinggakan aku kehilangan modal untuk berpantun.

Sebelum hadiah diberikan ada sadikit ucapan dari aktivis PKR - memohon sokongan untuk calon PKR yang juga dari sukubangsa Kedayan. Si Pencermah berucapa dalam bahasa Kendayan. Yang aku dengar hanyalah nama Taib Mahmud yang disebut puluhan kali. Amat jelas kebencian warga Sarawak terhadap Taib Mahmud samalah seperti kebencian warga Malayasia di Semenanjung terhadap Mahathir Muhamad. Taib dan Mahathir ini dilihat sebagai orang jahat di mata rakyat. Dua dua mereka ini dilihat sebagai perompak dan lanun yang mengkayakan anak bini dan kroni.

Tetiba suara halus dari bawah tangga kedengaran. Seorang perempuan meluahkan perasaan tentang bau busuk yang sampai ke kampong mereka. Lalu aku difaham oleh Shahrulnizan bahawa tidak jauh dari kampong mereka ialah tempat pembuangan sampah kota Miri. Aku diberitahu bahawa air sungai telah hitam dan kawasan telah tercemar. Taib Mahmud bukan sahaja meminggirkan Kedayan malah kampong mereka juga diracuni oleh toksik sampah kota Miri.

Tengak hari esoknya aku dibawa untuk melawat rumah panjang pula. Kali ini aku bersama dengan tim perubatan percuma PKR yang datang dari cabang Tuaran Sabah. Tim ini menuju ke Rumah Panjang Logan Talajin - 4 jam perjalanan dari Miri.

Kami meninggalkan kota Miri sebelum jam 1.00 - siang terang benderang. Kami mengambil jalan dipersisiran pantai. Aku merasakan jalan ini telah aku pernah lintasi. Wah! Betul inilah jalan malam kelmarin. Ketika gelap aku tidak nampak pesisiran laut. Rupa-rupanya d isinilah rumah para elit balak dan towkay China yang kaya raya setelah bersekongkol merompak Sarawak dengan Taib Mahmud. Kawasan tepi laut ini idaman mereka. Berapa ramai nelayah telah dihalau dari kampong mereka tidak pula aku ketahui.

Kemudian kami melintasi kawasan sawit, kampong kampong kecil, kampong nelayan. Lagi jauh kami berjalan - jalan semakin buruk. Akhirnya kami sampai ke rumah panjang yang dituju. Aku ternampak kain rentang Barisan Nasinal telah terpasang. Bila aku naik ke tangga aku lihat banyak poster kecil dan besar - poster BN - telah terpasang. Ertinya pekerja parti Taib Mahmud telah sampai ke sini.

Rumah Panjang 33 pintu ini membukakan aku kepada stau lagi dunia yang baru. Tim Perubatan Percuma dari Tuaran amat professiolanl. Mereka terus melakukan apa yang wajib dilakukan. Ibu dan ayah datang untuk bertemu doktor dan mendapat ubatan percuma. Ketika tim perubatan membuat tugas amal, aku meleser melihat rumah panjang yang pertama dalam hidup aku.

Ini kawasan yang subur di itepi sungai. Bila kau hampiri sungai ini amat jelas sungai ini telah berlumpur - seperti air teh susu yang kotor. Di kepala sungai ini pasti ada pembalakan. Ketika aku di tepi sungai itu aku ternampak seorang Ibu Iban sedang mandi bersabun. Saheh! Sungai ini memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat Iban di rumah panjang ini.

Kemudian aku terdengar bunyi mesin. Bila aku hampiri aku ternampkak seorang ayah sedang memesin padi. Mereka berhuma selain dari bersawait. Dari apa yang aku difahamkam orang Iban di sini hanya diberi 300 batang pokok sawit sebagai mata pencarian. Aku tak tahu berapa luas ladang sawit untuk 300 pokok ini. Ada juga warga yang bertanam getah tetapi tidak ramai. Mereka juga berhuma padi bukit. Kebun sayuran tidak kelihatan. Pokok bukan buah ada tetapi tidak lumayan.

Ketika aku mundar mandir di balkony rumah seorang laki Iban datang dan menarik tangan aku. Dia ingin bercerita dan aku pula memang ingin mendengar. Aduh! Perbualan kami terputus-putus sama seperti aku dengan anak muda Kedayan dahulu. Dia menggunakan banyak istilah Iban yang tidak aku fahami tapi nasib baik ada seorang aktivis AMK anak tempatan yang menjadi juru terjemah.

Si Iban ini namanya Jenau Anak Belang. Bila aku tanya umurnya dia berkata telah hampir 80 tahun. Dia gagah dan sasa. Pasti dari darah tani yang hidup berkhidmat setia kepada bumi. Jenau berkesah tentang bagaimana mereka dipaksa berpindah dari kawasan asal mereka pada tahun 1963. Tanah adat merek telah dirampas oleh syarikat balak. Kemudian tanah adat mereka dijadikan ladang sawit. Mereka mengundur ke tepi Sungai Lagan ini.

Ini puluhan tahun dahulu. Jenau anak Belang terus bercerita bagaimana tahun demi tahun mereka cuba menuntut kembali tanah adat mereka - semua gagal.

Kemudian Jenau menyatakan bahawa kali ini secara senyap senyap Rumah Panjang ini akan menyokong Keadilan. Bendera dan poster Barisan yang telah dipasang di kawasan mereka itu hanyalah decoy untuk menyelamatkan Rumah Panjang ini dari dianggap kubu pembangkang. Orang Iban ini telah arif.

'Ini poleeeteek...ini poleeteek Iban' Jenau menerangkan bahawa kali ini kemungkian Taib Mahmud akan kalah amat jelas.

'Sampai hari ini Taib Mahmud tak mahu mengaku yang dia ambil tanah kami' inilah kata-kata dari Jenau anak Belang. Dia memegang tangan aku dengan kuat. Aku aku ternampak tatoo di betisnya. Lalu aku bertanya apa makna tatoo ini.

'Ini kail.. tanda aku berani...' Aku merasa amat gembira dapat bertemu dengan Jenau anak Belang sang pembawa naratif yang menyampaikan turun termurun kesah kesah tanah adat mereka yang dirampas. Ini sejarah rakyat. Ini kesah Sarawak.

Jelas sosok seperti Jenau inilah yang tidak memutuskan tali perjuangan puluhan tahun dahulu. Sosok ini membawa naratif hingga ke tahun 2011. Tahun ini adalah tahun di mana ombak dayak memberontak tidak dapat di kafankan lagi. Tanah adat yang dirampas akan menjadi tanah kubur Taib Mahmud dan Barisan Nasional di Sarawak. Kalau tidak Jenau bukan anak Belang. Anak Belang bermakna anak hariamu yang berani.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://www.eldredgelibrary.org/wp-content/upgrade/tramadolonline/#use tramadol legal to buy online - tramadol hcl purchase