Rabu, 20 April 2011

ANAK SENGAT

ANAK SENGAT


DDP WILAYAH SANGGAH AZIZ

Posted: 19 Apr 2011 07:22 AM PDT

Tahniah pemuda Wilayah antara yang awal mempertahankan Presiden... Jangan biarkan pengaruh luar menguasai PAS... PAS tak perlu penasihat luar...jika berminat...sila sertai PAS... Jangan jadi pencacai di pinggir.... KENYATAAN PENUH

BILA PENONTON TAK SEDAR DIRI.....

Posted: 19 Apr 2011 01:19 AM PDT

Oi..kaki bangku, kuda kayu.... sepak la bola tu.... Main macam orang cacat... buta ke??? ....itu luahan penonton yag masuk stadium pun berbayar.. Kadang kadang jeritan itu datang dari Grand Stand... tempat duduk berbumbung....

Sayangnya yang kata kaki bangku duduk pun di kerusi berbayar.... tak sedor diri... ha...ha...ha.... Hanya orang bodoh dan rela di lihat sebagai orang bodoh rela menjerit begitu.... walaupun ianya bergelar seorang doktor.... itu adalah luahan emosi...mungkin terlalu marah sebab masuk kena bayar......

Di medan tempur... ramai yang tak berani ikut.... di medan Uhud... Tentera Islam dilihat kalah.....Munafiqin menyerlahkan kebencian dan kesumat kepadaRasulullah yang memimpin perang... sedangkan munafiq adalah gologan bacul yang menanti peluang.....tak ikut berperang menanti ruang .... melahirkan kebencian..

Di medan politik memang ramai pengkritik... sayangnya dari kerusi empuk dan bilik dingin... menanti maklumat dari rakan dan sahabat.... lalu buat komen.... lawak lawak....

Mngkin ada yang kata itu sifat terbuka... tapi bagi aku... ini kalangan bacul politik ..... Kata DSAI... kalau takut pada kesusahan.... jangan bicara soal perjuangan....

Dalam PAS kami berjuang dari dulu dengan matlamat dakwah..... Aziz Bari yang duduk di kerusi UIA tak perlu ajar kami.... kalau mahu bersama..... medan kami sentiasa terbuka.... malah tak salah kalau nak tawar diri jadi presiden....

Ahli PAS bukan hanya petani dan buruh yang ikhlas berjuang.. jua ribuan pakar dari uiversiti... pakar segala bidang.. Kami hormati Aziz sebagai PAKAR UNDANG UNDANG... tatapi mungkin pakar undang undang yang tidak terjun dimedan perjuangan lebih bodoh dari petani yang sekian lama berjuang...

kata pepatah .... ukur baju di badan sendiri..... kata aziz ....

KUALA LUMPUR, 19 April — Penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari yang lazimnya memberi pandangan terbuka mengenai PAS menegaskan, kepimpinan parti Islam itu perlu berubah terutama Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini dilihat sebagai liabiliti kepada komponen Pakatan Rakyat itu.

Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini.

Lebih-lebih lagi pandangan ini dilontarkan selepas PAS sekali lagi gagal memperoleh sebarang kerusi di Sarawak apabila tewas di kesemua lima kerusi yang ditandinginya.

Sehubungan itu kata Aziz, Hadi, 64, yang juga Ahli Parlimen Marang dilihat telah gagal mempertahankan parti dalam beberapa isu berbangkit.

"Ini dapat dilihat apabila Terengganu jatuh (semula) kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Beliau juga dikatakan antara punca rancangan 16 September Pakatan Rakyat musnah," kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.

Hadi menjadi Presiden PAS pada 2002 dan mempertahankan kedudukannya pada 2009 tanpa saingan.

Kata Aziz, keadaan itu menyebabkan ahli-ahlinya kurang kepercayaan kepada kepimpinan Hadi yang menyulitkan perkembangan PAS dan kegagalan menyerlah sebagai 'kapten' kepada parti itu.

Malah, Aziz juga berkata, tindakan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa tidak relevan.

"Husam membuat keputusan tanpa pertimbangan yang cekap kerana sepatutnya menunggu respons dari kawasan lain yang masih belum membuat mesyuarat kawasan," kata ahli akademik Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini.

Pada 13 April lalu, Husam yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat secara rasmi mengumumkan tidak akan bertanding bagi jawatan presiden parti pada pemilihan Jun ini.

Jelas Husam, beliau memberikan sokongan penuh kepada Hadi untuk terus menerajui parti Islam itu.

Justeru beliau menolak sebarang pencalonan dari mana-mana kawasan PAS yang mencalonkannya bertanding jawatan nombor satu parti sambil menegaskan hanya akan bertanding bagi ahli jawatankuasa PAS pusat.

"Saya menyokong 100 peratus kepada kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi kerana bagi saya beliau adalah seorang yang berwibawa dan boleh menyatukan PAS.

"Jadi saya harap kawasan-kawasan lain tidak mencalonkan saya bagi jawatan presiden, saya tidak pernah berhasrat untuk bertanding jawatan setinggi itu apa lagi dipertembungkan dengan Datuk Seri Abdul Hadi," katanya.

Pada pemilihan 2009, Husam yang ketika itu merupakan naib presiden parti bertanding jawatan timbalan presiden dan tewas.

Kemudian Hadi melantik beliau sebagai ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Bagaimanapun Husam mengucapkan terima kasih kepada PAS kawasan Bukit Bintang kerana telah mencalonkan beliau bagi jawatan itu.

"Mungkin PAS (kawasan) Bukit Bintang mempunyai sebab-sebab yang tertentu sehingga mencalonkan saya," katanya.

Husam berkata jawatan ahli jawatankuasa PAS pusat adalah pilihan yang terbaik memandangkan beliau juga perlu memikul tanggungjawab untuk memastikan PAS terus memerintah Kelantan.

Akhbar yang sama memetik Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, jawatan presiden partinya boleh dipertandingkan kerana termaktub dalam perlembagaan.

Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam berkata, ia memerlukan sekurang-kurangnya dua pencalonan bagi melayakan calon bertanding untuk jawatan berkenaan.

"Kita tidak pernah menghalang sesiapa untuk bertanding jawatan itu kerana dalam perlembagaan PAS, tiada sebarang syarat bahawa jawatan itu tidak boleh dipertandingkan.

"Jawatan presiden dan timbalan presiden bukannya jawatan mutlak bagi seseorang pemimpin kerana sesiapa sahaja boleh jadi calon untuk jawatan itu," kata beliau yang juga ahli biro politik PAS.


INILAH MASALAHNYA ... BILA PENONTON TAK SEDAR DIRI....

Tiada ulasan: