Khamis, 21 April 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Penghakisan Adat dan Budaya - Raja Nazrin

Posted: 21 Apr 2011 02:45 PM PDT

IPOH: Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah hari ini, bertitah penghakisan adat dan budaya bangsa boleh bermula dengan sikap memandang ringan dan tidak menghormati adab berpakaian dalam sesuatu majlis.Baca seterusnya di sini

Maka sama-samalah kita ingat mengingati sesama manusia.Tidak kira seorang raja atau seorang rakyat biasa akan firman Allah yang maksudnya :

"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah supaya mereka selalu ingat. - Al A'raaf (26)

Dan antara ciri-ciri pakaian taqwa adalah : lidahnya berkata benar dan jujur - bukan kerana mulutnya disumbat dengan kata-kata orang lain , perutnya tidak diisi dengan makanan yang haram atau sumber yang sebegitu, tidak mengkhianati hak orang lain atau mengambil yang bukan haknya… berkatalah benar walaupun ia pahit!

Tiada ulasan: