:: @ AL-BAKISTANI @ :: |
Posted: 21 Apr 2011 11:25 AM PDT Hari selasa minggu pertama, aku telah dijadualkan menyampaikan kuliah zohor di surau Bank Simpanan Nasional, Jalan Ampang. Dalam kuliah pada hari itu, perbincanganku banyak tentang penjagaan maruah yang ditekankan oleh Islam.Sengaja aku mengupas isu itu, kerana ketika itu isu yang sedang dibincangkan dalam negara adalah video seks. Ia rentetan tuduhan pelaku seks dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim, ketua pembangkang parlimen Malaysia. Peliknya, tuduhan itu dilakukan dari Rahim Tamby chik dan dua orang temannya. Ia dirasakan pelik dan sukar dipercayai kerana Rahim Tamby Chik itu adalah seorang bekas pemimpin tertinggi Barisan Nasional yang tidak habis-habis menyerang peribadi ketua pembangkang, Anwar Ibrahim. *** Dalam perjalanan pulang dari kuliah, aku terasa agak boring. Sedang memandu aku hidupkan radio IKIM, dan mendengar celoteh-celoteh dari DJ radio islamic itu. Aku mula membelek handphone ketika lampu isyarat menyalakan lampu merah. Ketika sedang menunggu lampu hijau menyala, aku melihat satu persatu nombor telefon yang aku simpan dalam handphone nokia yang aku beli di lowyat itu. Sedang melihat nama-nama yang tertera pada muka handphone, telihat nama Ani Ummah Centre, seorang pegawai yang bekerja di salah sebuah badan kajian yang dikenali sebagai "Ummah Centre". Ummah Centre adalah sebuah badan kajian yang aku juga turut terlibat pada penubuhannya. Ia diideakan oleh pengerusinya sendiri, iaitu Tuan Haji Izham, seorang korporat yang berjaya di Shah Alam. Aku terus menelefon Ani. kami berbual-bual perkara yang pada peringkat awalnya tidak begitu penting. "eh ustaz.. Ustaz tak ada idea ke untuk kita adakan program untuk UC.. UC lama dah tak buat program.." tiba-tiba Ani melontarkan satu pandangan. Ya.. Aku masih ingat, program yang julung-julung kami adakan adalah seminar pemikiran Dr Burhanuddin al-Helmi. Ternyata, itulah program ilmiyyah yang terakhir kami lakukan. Soalan Ani itu, menyebabkan aku terfikir sejenak. "Ani... Ana rasa, kalau kita buat kelas maqasid syariah.. Ok gak" aku mula memberi cadangan. "maqasid syariah??? Apa benda tu ustaz?" "ala.. Maqasid ni ilmu kita nak tahu rahsia-rahsia pensyariatan.. Dalam maqasid, ada teori-teori memahami syariah secara rasional, dan boleh mematahkan hujjah golongan yang mahu melihat hidup ini dengan logik jer.." penerangan ringkas yang aku berikan. "kalau macam tu, ustaz buat la proposal.. Nanti ana bentangkan kepada Haji Izham.. "Aku bersetuju dengan cadangan itu. *** Setelah meletakkan telefon, aku terus mencari nama Badri dalam handphone nokiaku. Sedang mencari-cari, satu sms telah masuk dalam Inbox. Aku buka sms itu, tiba-tiba... Bersambung..... |
Posted: 20 Apr 2011 09:24 PM PDT Kitab al-maqasid as-syariiyyah wa asaruha fi al-Fiqh al-Islami tulisan Abdul Ati muhammad Ali, ternyata memberi inspirasi baru. Tulisan pakar usul fiqh dari universiti al-azhar itu memudahkan kepada kita memahami maqasid syariah secara umum. Sebarang kitab yang aku baca, amat jarang aku membuat nota ringkas untuk menjadi bahan hafalan. Tetapi, kitab maqasid syariah tulisan Dr Abdul Ati tersebut, sememangnya membuatkan keinginanku untuk membuat nota, lalu dihafal sepertimana belajar di Al-Azhar dahulu. Kitab setebal 286 muka surat itu, berjaya aku notakan setebal 12 muka surat sahaja. Nota yang aku buat itu berbentuk peta minda, disertakan footnote yang menghurai sesuatu teori. Dalam masa 2 bulan, aku berjaya menyiapkan nota tersebut. Walau dengan tulisan tangan sahaja, tetapi ia amat berharga bagiku untuk dijadikan sebagai bahan rujukan saat aku lupa tentang sesuatu perbahasan tentang maqasid syariah. *** "malam ni nak berjumpa di mana?" soalku kepada Badri. Badri seorang pelajar di Universiti Malaya. Beliau dalam proses menyiapkan tesis Phdnya yang berkaitan dengan Maqasid Syariah. Tesis Master beliau juga tentang maqasid syariah, cuma agak terfokus kepada pengamalan maqasid yang diamalkan geng Islam Liberal di Indonesia (JIL). "kita jumpa kat tempat biasa la ustaz.. Kat Uptown" balas badri. Kami berjumpa untuk berkongsi bahan bacaan, terutama tentang maqasid syariah. Kami menjadi teman rapat diawal cadangan badri untuk menulis tesis Phd beliau tentang maqasid syariah. Beliau meminta cadangan dariku tentang fokus yang terbaik untuk beliau siapkan tesis Phd. Pada peringkat awal, aku mencadangkan kepada beliau agar menulis tesis tentang ijtihad tanzili, kerana tajuk sebegitu tidak dibincang lagi di Malaysia. Malahan di negara arab pun, ia merupakan tajuk yang agak terpencil dalam fiqh maqasid syariah. Namun begitu, tajuk cadangan aku itu, dijadikan sebagai panduan badri, tetapi beliau sendiri bercadang hendak menulis tajuk yang agak mencabar lagi, iaitu "maqasid syariah dalam teori sosialogi", tetapi sedih tajuk itu ditolak oleh penyelia Phd beliau. *** Ketika kami sedang lepak dan minum-minum di uptown, aku berkata kepada badri, "anta tengok ni nota yang ana buat" Badri melihat nota aku itu. Dia membelek-belek nota itu. Sambil-sambil beliau menyelak helaian kertas kitab maqasid syariah wa asaruha fi al-fiqh al-islami tulisan Dr Abdul Ati. "bagus kitab ni ustaz..." badri bersuara sambil membelek-belekkan kitab tersebut. "ana pun rasa, kitab ni baik. Ia kupas secara ringkas, tapi cukup berkesan untuk memahami maqasid syariah" aku memberi ulasan. "ustaz beli kat mana kitab ni?" "kat kedai kitab arab kat setapak. Fajar Ulung" jawabku. "kalau kita boleh buat kelas maqasid syariah guna kitab ni, bagus gak" sambungku lagi. "betui juga tu...kita jadikan nota ni sebagai panduan" sambut badri dengan lahjah penang sambil meletakkan di atas meja minum. Bersambung.... |
You are subscribed to email updates from :: @ AL-BAKISTANI @ :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan