Ahad, 24 April 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Mamat Khalid, AC Mizal sertai UMNO.

Posted: 23 Apr 2011 11:26 PM PDT


Kejayaan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini mencetuskan trend positif apabila semakin ramai rakyat terutamanya dalam Parlimen Ipoh Barat menyertai parti keramat orang Melayu iaitu UMNO.

Terbaru, pengarah kelahiran Perak, Mamat Khalid yang terkenal dengan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dan ahli perniagaan yang juga artis, Datuk AC Mizal dan isterinya, Datin Emylia Rosnaida turut mengambil keputusan menyertai UMNO.

Exco Kanan negeri merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata, UMNO adalah parti keramat orang Melayu kerana tiada parti lain selain UMNO yang mampu membela nasib orang Melayu dari segi agama, bangsa dan tanahair sejak dahulu, kini dan selama-lamanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Jom Sertai Umno adalah anjuran Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat, diketuai oleh Syamsul Baharin Putra yang berlangsung di Restoran Simpang Tiga Greentown Square, malam tadi.

Kira-kira 500 ahli baru turut diterima masuk menyertai UMNO pada majlis itu yang disempurnakan oleh Hamidah yang juga merupakan Adun Sungai Rapat.

Dalam perkembangan sama, Hamidah menjelaskan, selepas pilihanraya negeri Sarawak, UMNO menerima banyak permintaan terutamanya daripada orang muda yang berminat untuk menyertai parti berkenaan.

Perkembangan itu katanya, amat dialu-alukan oleh UMNO kerana dalam situasi hari ini, orang Melayu perlu bersatu demi mempertahankan hak mereka di bumi Malaysia.

"Orang muda juga amat diperlukan sebagai pelapis untuk menggantikan pemimpin yang sedia ada apabila tiba masanya kelak," katanya lagi.

Menurutnya, keputusan pilihanraya negeri Sarawak yang memihak kepada BN antara faktor utama yang menimbulkan kesedaran kepada orang muda untuk menyertai UMNO dan beliau menjangka lebih ramai akan menyertai parti terbabit selepas ini.

Sementara itu, AC Mizal yang ditemui pengamal media sejurus program selesai berkata, beliau bersedia untuk membantu UMNO memenangi pilihanraya umum ke 13.



"Saya bukan masuk UMNO untuk menjadi ahli sahaja tetapi saya juga bersedia membantu jentera UMNO untuk menarik lebih ramai ahli baru masuk ke dalam parti ini dan sama-sama bergiat cergas," katanya.

Terima kasih warga kerja Petronas.

Posted: 23 Apr 2011 11:08 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : Pengalaman ngeri gua isi minyak Petronas Kubang Kerian

Baru2 ni, gua ada tulis n publish satu N3 seperti link sumber di atas. Melalui bro Jaafar Osman, Petronas telah pos barangan cenderahati kepada gua. Gua tak pasti sama ada itu adalah polisi rasmi Petronas atau inisiatif warga kerja Petronas. Apa pun, gua terus ucapkan terima kasih kepada warga kerja Petronas lah secara keseluruhan.

Ni dia antara barangan yang telah dipos kepada gua.
  • Beg kertas Petronas
  • T Shirt berkolar Petronas
  • Topi Petronas
  • Sticker kereta Petronas
  • Buku memo kecil Petronas
  • Pen Petronas
  • Key chain Petronas
  • Tabung syiling Petronas.



So, kalau berlaku lagi kejadian dikejar makhluk misteri yang bernilai selepas gua isi minyak Pimax Xtra, gua boleh tangkap dan masukkan makhluk itu ke dalam bekas ini. Hua3...

Terima kasih daun keladi kepada warga kerja Petronas amnya, kepada Bro Jaafar Osman khususnya.

Yee yeeaarghhh!


Tidak ada lelaki itu dalam jemaah Islam Melayu.

Posted: 23 Apr 2011 08:24 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Seorang lelaki muda. Berpendidikan tinggi. Berakhlak baik. Genius dan licik. Terpanggil menentang peneraju jemaahnya, lillahitaala. Kerana Allah. Walau tahu berada dalam arus terbalik dan songsong. Taboo apabila meminta amanah dari orang lemah yang memudaratkan.

"Saya tahu kemungkinan saya kalah adalah tinggi dalam suasana terbalik jemaah Melayu muslim ketika ini. Saya tahu saya seakan menggali kubur karier politik dengan tampil seperti ini. Tetapi, ketahuilah, sesungguhnya, saya terpanggil demi tadjid kerana Allah. Saya tidak menjadikan politik itu sebagai karier sebagaimana saya tidak kisah ianya terkubur kerana ini."

"Seperti PAS yang meminta amanah dari UMNO dengan sekian sebab, saya juga meminta amanah dari Presiden PAS dengan sekian sebab. Ini adalah manifesto saya. Tadjid demi Allah. Dalam menyediakan satu sistem terbaik jemaah untuk generasi akan datang."

[1]
Tadjid pemilihan.
1. Perwakilan dipilih ahli sendiri. Bukan secara tuding2 jari dalam mensyuarat sesama puak sendiri. Ada pemilihan untuk menjadi perwakilan. Macam biasa, Majlis Syura punya power veto. Calon2 yang bertanding anytime boleh dibatalkan dengan hujah bertulis. Guna dakwat kekal. Pengiraan undi secara terbuka.

Kerusi2 pimpinan pusat dipilih oleh perwakilan, yang telah dipilih oleh ahli. Guna dakwat juga. Pengiraan secara terbuka. Bukan macam skang. Tertutup, lewat dan sangat2 mengundang fitnah. Macam biasa, Majlis Syura punya power tertinggi. Calon2 yang bertanding anytime boleh dibatalkan dengan hujah bertulis.

2. PAS negeri pilih PJ sendiri. Supaya saya sebagai Presiden tidak boleh membuka ruang2 untuk selesa berlaku tamak kuasa kepada saya sendiri. Jika PJ saya pilih, sudah tentu ketua cawangan org2 PJ. Sudah tentu perwakilan yang menentukan kepentingan parti pun akhirnya orang2 saya juga.

3. Membela unit amal melalui ekonomi. Selama ni Unit Amal ni dah macam tenaga kerahan. Tapi tiada pembelaan ekonomi. Puluhan tahun duit derma hangus tanpa mampu diternak dan diberanakan.. Derma, derma dan derma berpuluh tahun.

Saya mencadangkan perniagaan francais. Bila francais, bermakna dibimbing oleh ahli dalam peniagaan. Kalau ahli dalam politik berniaga, dibimbangi menjejaki KOHILAL. Berapa orang Unit Amal? 100 000? Sepatut kini sudah ada 50 cawangan francais bagi membela 100 000 Unit Amal. Kalau tak mampu dari segi gaji, dari segi perlindungan insuran tetap atau unit trust pun satu target yang munasabah untuk 10 tahun permualaan.

4. Adakan hizbah atau KPI atau apa sahaja istilah yang sesuai. Jika saya Presiden, berapa kali saya ke luar negara, dan berapa belanja party yang saya gunakan. Berapa kali saya keluar negara ketika parti menuntut Presiden berada di dalam negara menguruskan isu. Berapa kekerapan penjelasan saya sebagai Presiden per isu. Semuanya direkodkan oleh Unit Khas ini. Ada statistik.

Kemudian, kira jumlah masa untuk party per hari termasuk masa dalam perjalanan. Berapa lama dia sampai ke ceramah / program, berapa lama dia berada di situ. Puratakan dalam sebulan. Then, bandingkan dia dengan jumlah isteri dan anak2. Bahagikan baki masa dengan setiap isteri2, setiap anak2. Agak2 tidak layak untuk menjadi Presiden / Timbalan /, di mana dia memudaratkan kepada pencapaian jemaah Islam, unit ini akan bawa usul pecat ke Majlis Syura.

5. MP dan ADUN PAS diberi kursus intensif Public Relation.Buat satu polisi pengurusan media. Siapa yg berhak bercakap, bab2 yg dia berhak bercakap Semua MP dan ADUN PAS diberi kursus pengurusan Pejabat Perkhidmatan Rakyat. Kalau boleh biar betul dr segi Branding (signboard, warna,etc), tatacara pengurusan (respond time pada setiap kes rakyat,etc) dan lain2 lagi.

6. Isytihar harta kesemua pimpinan pusat, DUN dan parlimen PAS.

7. Presiden hanya 2 penggal sebelum automatik turun. Selepas sepenggal, dia layak bertanding semula sebagai Presiden. Setiap penggal ada pemilihan. Setiap penggal berjumlah 3 tahun. Bermakna, dalam 1 penggal PRU, mungkin 1 dan mungkin 2 pemilihan berlaku kepada party.

8. Mursyidul Am selagi diperlukan party. Anggota Majlis Syura pula dilantik secara syura sesama mereka.

Namun, dalam jemaah genetik Melayu, tiada lelaki seperti ini. Yang bersedia kalah demi tadjid dalam perjuangan Allah. Sangat berani untuk mengubah arus yang terbalik.


[2]
Dauble standard Islam oleh ulama Melayu.

Islam itu mempunyai 1 standard yang tetap. Tetapi yang menyadikan 2,3 dan 4 standard berbeza ialah tafsiran ulama.

Double standard 1.
Ahli PAS boleh kritik Presiden UMNO.

Bukan ahli PAS tidak layak kritik Presiden PAS.



Double standard 2.
"Kempen adalah dibenarkan, namun ianya sesekali tidak boleh memperlekeh dan memperburuk pihak-pihak lain. Cuma kena jaga adab, jangan perlekeh atau burukkan pihak lain." Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sumber : Harakahdaily

"Umpat yang dibenarkan ialah dedah keburukan lawan." Hadi Awang.
Sumber : Pemuda PAS


Double standard 3.
Apabila ulama meminta amanah, dibenarkan. Tidak kira ulama Melayu lebih lemah dari Abu Zhar sahabat Nabi saw atau tidak, tetapi asalkan ulama, ia dibolehkan.

Apabila bukan ulama meminta ulama, apatah lagi menyebabkan ulama lemah itu dikehendaki turun dari amanah, maka, standardnya ialah :

عن عبد الرحمن بن سمرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم " يا عبدَ الرحمنِ لا تَسْأَلِ الإمَارَةَ فَإنَّكَ إِنْ أُوتِيتَها عن مَسْأَلَةٍ وُكِلْتَ إليها وإِنْ أُعْطِيتَها مِن غيرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عليها

Maksudnya: Daripada Abdul Rahman bin Samurah, daripada Nabi SAW sabdanya: "Wahai 'Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau dibebankan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)

(Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)




Tidak ada lelaki itu dalam jemaah Islam Melayu.

PAS Kawasan Kuala Nerus tolak keras tuduhan ke atas Presiden PAS.

Posted: 23 Apr 2011 07:30 PM PDT

Sumber : Buletine Online

KUALA NERUS - PAS Kawasan Kuala Nerus menolak sekeras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan ke atas Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan berdiri teguh di belakangnya.

Yang DiPertuanya, Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Mesyuarat Agung kali ke 34 kawasan tersebut pada Sabtu 23 April, di masjid Tqwa, Batu Enam disini.

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/mesyagungknerus%20061.jpgBeliau merujuk kepada tuduhan yang dibuat oleh pihak tertentu yang mengatakan bahawa Dato' Seri Abdul Hadi adalah sebab kekalahan PAS di Sarawak pada pilihanraya negeri itu baru-baru ini dan juga di negeri Terengganu pada pilihanraya umum ke-11 tahun 2004.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu turut menyelar pihak yang berkata bahawa era kepimpinan ulamak dalam PAS telah berakhir.

Mesyuarat Agung Kali ke-34 PAS Kuala Nerus dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Turut hadir adalah Dato' Ustaz Abdu Bakar Chik dan Ustaz Satiful Bahri Mamat, kedua-duanya Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu

Tiada ulasan: