Addin |
- Panas!! “AC Mizal Nak Masuk Liang Lahad Pun Orang Tak Peduli…”
- Awas!! Be End Kini Menipu Di Alam Siber..
- Hanya Kerana 20 Sen, Seorang Pelajar OKU Di Belasah
- GAMIS - RM50 Juta Sedia E-mel Tidak Munasabah, Membazir
- Peguam Syaki Polis Mahu Tahan Raja Petra, ISA kan Di Malaysia
- Kuasa Rakyat.. Presiden Yaman Terpaksa Berundur
- Eskay Kata "Hotel Dan Pelacur", Polis Kata "Kondo Dan Pelajar".. Mana Satu Betul Ni?
- E-Mel 1Malaysia : Propaganda Di Transformasi Kepada Pemantauan?
- Kaum Asli Penentu Pertukaran Kerajaan
- 40 Mahasiswa Pro-M Kena Singkir
Panas!! “AC Mizal Nak Masuk Liang Lahad Pun Orang Tak Peduli…” Posted: 24 Apr 2011 05:00 PM PDT KUALA LUMPUR - Pengacara dan pelakon 'terkenal', AC Mizal menggamatkan dunia maya, apabila beritanya menyertai Umno tersebar petang ini. Berita yang turut dimuat naik dalam portal Malaysikini itu turut menerima reaksi pembaca, majoritinya berpandangan negatif. Lebih kelakar dan mencuit hati, AC dilapor membuat kenyataan turut ditawar menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi. Bagaimanapun, katanya, beliau menolak tawaran itu kerana tidak bersetuju dengan 'dasar' yang diperjuangkan parti berkenaan. Akibatnya, kenyataan AC itu menerima kecaman di ruangan komen berita itu oleh pembaca-pembaca Malaysiakini. Seorang pembaca bernama Mohd Hishamuddin Hasan berkata, "Orang bisnes mana boleh menunjuk-nunjuk sangat condong ke arah parti mana. Projek gelang sakti dia tu jangan lupa orang PR pun ramai yang melabur kat gelang dia tu. Ayuh orang PR.. boikot je diri korang dari menyokong bisnes mamat ni..dah pilih Umno tu jangan nak kutuk pihak lain pulak. Diam-diam sudah," katanya. Manakala seorang pembaca bernama Rusidah Salim Shida pula berkata "Sesuai ke ko duduk dalam pembangkang? Isyyy… tolong tengok cermin ok!," katanya. Bagi seorang pembaca bernama Mus Mulyadi Trisno pula, beliau berkata "Pembangkang pun tolak dia, pembangkang tak minat dia ni.." komen beliau. Manakala seorang pembaca bernama Ipoh Mali pula, mendakwa bisnes yang dijalankan Ac, menipu orang ramai dan turut menghubungkan alamat sebuah laman web yang memuatkan cerita itu. "Jenis Penipu Macam AC Mizal elok masuk UMNO.. Kah Kah.. Jual gelang modal RM40.. Jual RM1000.. telan /tipu ramai peniaga melayu! Baca sini penipuan AC MIZAL http://www.zonartis.com/panas-ac-konsortium-milik-ac-mizal-penipu," ujar beliau. Seorang pembaca bernama Otman Leh pula menulis "Umno pilihan tepat bagi AC Mizal. Kalau pilih parti lain, alamatnya susah nak dapat kontrak atau projek. Dia kata Umno parti yang mengamal keadilan, tapi untuk ahli dan pengikut Umno saja.. kalau kamu tak sokong Umno, siap kamu boleh bungkus..," ujarnya. Mohd Rozany Abdullah lebih mencuit hati, tetapi agak kasar apabila membuat komen demikian "woi AC, hang nak masuk liang lahad pun aku peduli apa..bodo*," katanya./KD |
Awas!! Be End Kini Menipu Di Alam Siber.. Posted: 24 Apr 2011 07:34 AM PDT Artikel ini aku cilok kat web Sarawak Reports bulat-bulat..Takde masa aku nak edit..boleh diambil perhatian.. PENIPUAN SIBER BN! Sebagaimana kita semua tahu, seseorang penipu bukanlah seorang yang handal dan hebat. Dia juga seorang yang pemalas dan maruahnya amatlah rendah. Akhirnya – dia tidak akan menonjol dan pastinya akan gagal. Si penipu akan sentiasa mendampingi dan berusaha meniru orang yang paling dia gemari dan sanjungi dan orang yang dia ketahui lebih hebat darinya. Para penandanya dapat mengesan ketika mereka masih berada jauh lagi. Kini BN menggunakan penipuan siber yang tidak akan memberikan apa-apa impak ke atas para pengundi yang telah meninggalkan mereka! BN kini kelihatan telah menyedari bahawa mereka sedang mengalami masalah akibat kebanjiran maklumat mengenai kegiatan mereka menjelang akhir tahun lalu. Dengan adanya internet mereka terpaksa bekerja lebih keras setelah mereka merasa selesa mengawal media-media cetak dan elektronik (bentuk penipuan mereka selama ini adalah dengan mengawal media cetak). Kini mereka menghadapi masalah dan kesukaran membidas tuduhan-tuduhan ke atas kekayaan haram berbukti Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud Pada mulanya mereka telah mendiamkan diri. Namun setelah buah mulut bertukar menjadi rungutan yang semakin bising, maka mereka terpaksa melakukan sesuatu untuk menghalangnya. Malah Perdana Menteri Najib Razak pernah didengar sebagai mengingatkan Ketua Menteri jika beliau gagal "memenangi perang siber" beliau berkemungkinan akan tumpas dalam pilihanraya! Ianya telah mendesak BN untuk mengatur beberapa langkah untuk perang siber, namun mereka telah mengupah beberapa orang untuk melakukannya untuk mereka. Pada saat ini, sudah begitu terlambat untuk mereka. Sejak pertengahan bulan Mac dan kini beberapa hari lagi menjelang pilihanraya dilaksanakan, BN Sarawak kelihatan kelam kabut menyusun tindakbalas mereka, dengan mewujudkan pelbagai laman web, yang hanya dilihat seolah-olah membesar-besarkan lagi rasuah yang telah menjadikan mereka kaya. Taktik-taktik kotor BN Maka, apakah pendekatan perang mereka di mana mereka telah kelihatan tumpas akibat keangkuhan mereka? Bagaimanakah cara mereka menyembunyikan semua maklumat yang didedahkan kepada umum dan telah sebati dalam minda kebanyakan rakyat? Apa yang telah BN pertaruhkan adalah wang, iaitu sesuatu yang mereka sering anggap sebagai penyelesai kepada semua masalah. Maka mereka juga telah menggunakan banyak wang dalam "perang siber". Justeru, jawapan mereka kepada persoalan-persoalan yang diterbitkan dalam Sarawak Report adalah tumbuhnya berpuluh-puluh laman web bagaikan tumbuh selepas hujan, yang dikendalikan oleh Ketua Penerangan Pemuda PBB, Abdul Aziz bin Tan Sri Adenan. Bapa Aziz, Adenan Satem adalah Ketua Penerangan PBB. Maka si budak Aziz adalah anak saudara Taib Mahmud. Kesemua laman web yang dibuat adalah sama seperti akhbar Borneo Post dan adalah amat membosankan di segi kandungan yang hanya mengetengahkan propaganda BN pada setiap liputannya. Tetapi, usaha kebanggaan Abdul Aziz adalah laman web rekaannya yang dikenali sebagai Sarawak ReportS. Bak kata orang, 'peniruan adalah suatu bentuk pengampuan yang ikhlas, maka, seperti yang kita tahu bahawa budak Aziz mengganggap laman web kita adalah suatu kejayaan dan dengan itu dia ingin juga mengharapkan pelawat datang mengunjungi laman webnya dan mempercayai bahawa mereka sedang berkunjung ke laman web kita. Cubaan meniru laman web kita sebenarnya adalah taktik yang amat popular di kalangan pemasar tiruan. Mereka berharap agar seseorang yang ingin mencari, misalnya sebuah mesin pembasuh, akan menggunakan enjin pencarian untuk mencari laman web yang bereputasi tetapi akan terserempak dengan laman web replika sahaja. Malangnya kerja keras si budak Aziz membina Sarawak ReportS, kerana pembaca ingin mencari bahan-bahan berita yang serupa, pengunjung setia kita yang terserempak dengannya akan dengan cepat menyedari bahawa mereka disajikan dengan propaganda dan pembohongan BN yang ketara – bukannya yang mereka kehendaki. Uekk! Namun, BN telah secara berterusan membelanjakan wang ke atas kerja-kerja ini. Setelah mereka gagal dengan taktik pengklonan laman kita, mereka seterusnya membayar perkhidmatan iklan untuk mendapatkan bahagian teratas dalam enjin pencarian Google bagi mengatasi laman kita, Sarawak Report. Justeru dengan cara ini mereka dikenakan bayaran untuk setiap lawatan pengunjung mereka, tapi kita tak kisah sangat. Dalam usaha mereka menyembunyikan penglibatan mereka pada laman web mereka itu, mereka telah mengupah seorang yang bernama Todd Ash dari Easy Internet Marketing di Scottsdale, Arizona, USA (yang juga merupakan pangkalan kepada Sterling Pacific, syarikat hartanah yang mempunyai kaitan dengan syarikat gergasi Samling dan Taib). Promosi mengenai kerja-kerjanya boleh menjelaskan siapakah Todd Ash sebenarnya, yang gemar menggelarkan dirinya sebagai "jutawan" dan sering mengancam sebarang kritikan terhadap skim-skim cepat kayanya, termasuk penggunaan air sebagai pengganti petrol hingga ke pasaran berangkai. Sila lihat pada http://toddash.com/ Bersiap-sedia untuk berperang Nampaknya kesemua cubaan penipuan yang BN lakukan itu telah menemui kegagalan. Sungguh memeranjatkan! Sementara laman kita, Sarawak Report telah dikunjungi (hits) bilangan pembaca yang di luar dugaan kita sejak beberapa bulan yang lalu, namun, laman web binaan si budak Abdul Aziz telah menerima bilangan kunjungan yang menyedihkan dengan memaparkan sekerat komen (yang, jika adapun, mereka tidak berani nak paparkan untuk bacaan umum). Kini, pada minggu terakhir kempen pilihanraya umum Sarawak, BN telah menyerang kita secara habis-habisan dengan menggunakan opsyen penipuan yang lebih mahal, yang mereka harapkan dapat memusnahkan kita! Sejak beberapa minggu yang lalu Sarawak Report telah mengalami beberapa gangguan, yang menghalang akses-akses kepada laman kita. Sejak lebih 24 jam yang lalu, serang terhadap kita telah mereka tingkatkan. Menurut pengesahan dari syarikat server kita, BN telah menggunakan serangan yang dikenali sebagai "Distributed Denial of Service Attack" (DDOS), di mana pihak penyerang mengupah robot-robot untuk menyuntikkan serpihan-serpihan software ke atas server kita dengan tujuan untuk menghentikannya sama sekali. Keadah ini juga telah digunakan untuk menyerang laman Wiki leaks. Serangan seperti ini hanya mampu menghentikan perkhidmatan sesebuah laman selama beberapa jam sahaja, dan dalam pada itu si mangsa masih sempat berpindah ke tempat lain, namun taktik serangan itu adalah mirip kepada pemberontakan si bayi! Kesian kamu, BN, usahlah menangis lagi. Apabila kamu menjadi semakin dewasa dan berhadapan dengan demokrasi yang sebenarnya, kamu juga akan merasakan perlunya kita bermain secara adil dan membidas hujahan lawan dengan hujahan juga, bukan menggunakan kekerasan dan bersifat kebudah-budakan. Dalam usaha untuk mengembalikan maruah diri, pihak penyerang telah juga membelanjakan wang yang banyak dengan menghantar SMS untuk mengingatkan orang ramai untuk berkunjung ke laman mereka! Matlamat-matlamat diri Sementara itui, pasukan Sarawak Report mengaku telah terhibur dengan gelagat dan telatah bala tentera-siber BN beberapa minggu yang lalu. Matlmat diri mereka telah juga memanfaatkan matlamat diri pihak penaja mereka. Kita tahu bahawa isu-isu yang berkisar pada pilihanraya Sarawak adalah suatu impak yang besar kepada masa depan generasi kemudian hari, tetapi dalam kita berusaha bersungguh-sungguh dan serius melakukan sesuatu, adakalanya kita beroleh pengalaman yang baru dan berasa terhibur./SR |
Hanya Kerana 20 Sen, Seorang Pelajar OKU Di Belasah Posted: 24 Apr 2011 05:00 AM PDT BAGAN DATOH - Kerana 20 sen, seorang pelajar OKU dibelasah seorang pelajar senior di sebuah sekolah di Bagan Datoh, Perak.Mangsa yang dtitendang di bahagian perut dan di kepala, hampir pengsan dan dikejarkan ke Hospital Sungai Sumun oleh guru sekolah yang menyedari kejadian tersebut. Semasa kejadian 1.30 petang itu, Nalson John, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Khir Johari, Sungai Sumun, Bagan Datoh yang juga orang kelainan upaya (OKU), ditahan pelajar senior ketika sedang berjalan di hadapan kelasnya. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang, berkata pelajar senior itu dikatakan meminta 20 sen tetapi mangsa enggan memberikan wang itu lalu mereka menendang di bahagian perut dan kepala. "Tendangan itu telah mengakibatkan mangsa hampir pengsan dan tak sedarkan diri sebelum dibawa ke Klinik Sungai Sumun oleh guru sekolah selepas diberitahu mengenai kejadian itu oleh pelajar lain," katanya di sini hari ini. Goh Kok Liang berkata, pelajar terbabit kemudian dihantar ke Hospital Teluk Intan (HTI) oleh guru sekolah berkenaan untuk mendapatkan rawatan. Beliau berkata, bapa mangsa juga membuat laporan berhubung kejadian itu dan polis sudah mengambil keterangan daripada pelajar senior terbabit. "Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya. Sementara itu, bapa mangsa, K Agashdin, 41, seorang pekerja kilang kelapa sawit di Sungai Dulang, Bagan Datuh, terkejut apabila diberitahu kejadian itu dan bergegas ke HTI untuk melihat anaknya. Isu belasah dan buli pelajar lain di sekolah ini, makin lama main menjadi-jadi.Kali ni, pelajar OKU pulak yang jadi mangsa.Makin lama makin teruk.Disebabkan 20 sen, seorang manusia boleh menjadi syaitan. Pelajar sekolah sekarang memang dah tiada adab dan nilai-nilai murni.Kami percaya, ada banyak kes buli di sekolah yang tidak dilaporkan.Bukan hanya setakat ini sahaja.Pelajar-pelajar ini, kalau dari sekolah tidak diambil tindakan, dila dah habis sekolah nanti, akan jadi lebih teruk lagi sikap mereka. Guru-guru selepas ini, sepatutnya lebih peka pada kejadian dan tindak tanduk anak murid mereka di sekolah.Ibu-bapa pelajar bermasalah juga perlu bekerjasama dalam hal ini.Jangan hanya tahu nak buat anak sahaja, tapi nak mendidik anak seperti melepaskan batuk di tangga. Apa pandangan anda bagi isu pelajar OKU dibelasah ini? |
GAMIS - RM50 Juta Sedia E-mel Tidak Munasabah, Membazir Posted: 24 Apr 2011 03:00 AM PDT Pelaburan RM50 juta oleh kerajaan Malaysia bagi menyediakan akaun e-mel kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas, dianggap sebagai tidak munasabah dan merupakan satu pembaziran nyata yang dilakukan oleh kerajaan. Menurut Ketua Penerangan GAMIS Pusat, Mohd Yusof Hadhari , rakyat melihat hari ini, pelbagai penyedia perkhidmatan e-mel percuma seperti Yahoo, Gmail, Hotmail dan lain-lain sedangkan kini kerajaan Malaysia dengan murah hati menyediakan RM50 juta untuk perkhidmatan emel tambahan kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas. "Emel@1Malaysia dikhabarkan akan diguna bagi urusan menghantar bil dan sebagainya. Jadi, apa perlunya kerajaan berbelanja RM50 juta untuk memperkenalkan e-mel 1Malaysia?"Adakah untuk mengintai maklumat peribadi pengguna emel yang berurusan dengan kerajaan?" soalnya. Menurutnya lagi, lebih meragukan, apabila kontrak bagi menyediakan perkhidmatan e-mel 1Malaysia ini diberikan kepada sebuah syarikat IT tempatan, Tricubes Berhad yang sedang menghadapi masalah kewangan dan juga sebuah syarikat yang mempunyai rekod kewangan yang buruk. "Saya kira RM50 juta satu nilai yang cukup tinggi, projek emel 1Malaysia ini jelas kepada kita satu projek yang tidak munasabah dan merupakan pembaziran paling nyata jika diteruskan juga."Saya cadangkan supaya RM50 juta itu di salurkan atau ditambah dalam dana pendidikan. Sepertimana yang kita maklum, biaya pendidikan yang harus ditanggung para mahasiswa kini semakin membengkak," ujarnya. Gamis juga, katanya mengharapkan kerajaan akan menimbang semula cadangan untuk menyediakan akaun e-mel 1Malaysia tersebut./Gamis |
Peguam Syaki Polis Mahu Tahan Raja Petra, ISA kan Di Malaysia Posted: 24 Apr 2011 02:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 24 April - Peguam dan isteri Raja Petra Kamarudin mengesyaki langkah polis Malaysia mahu menemu bual blogger kontroversial itu di premis kedutaan negara di Bangkok kemungkinan bertujuan membawa dia balik ke Malaysia dan menahan semula di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kakitangan Kedutaan Malaysia dan polis Malaysia telah mendampingi Raja Petra di Florida Hotel, Bangkok untuk mendapatkan keterangan beliau malam tadi. Bagaimanapun urusan itu tidak menjadi sehingga awal hari ini. Peguam Raja Petra, Haris Ibrahim (gambar) berkata beliau, seorang lagi peguamnya Amarjit Sindhu dan isteri blogger itu Marina Abdullah tidak begitu "senang" untuk melihat dia pergi ke Kedutaan Malaysia untuk diambil keterangan. Mereka, kata Haris, membuat andaian sedemikian memandangkan pihak polis pernah mengambil keterangan daripada Raja Petra sebelum ini iaitu mengenai akuan bersumpah (SD) ketika ditahan di bawah ISA tiga tahun lalu. "Amarjit dan saya tidak begitu selesa dengan idea Raja Petra pergi ke kedutaan untuk memberi kenyataan," kata Haris dalam entri blognya hari ini. "Sementara itu, sebelum majlis dialog bermula (sempena pelancaran semalam), kedua-dua Amarjit dan saya menerima panggilan demi panggilan dan SMS daripada orang ramai dari tanah air mengatakan bahawa sudah ada berita media bahawa RPK akan disoal siasat di kedutaan. "Ada juga khabar angin bahawa dia sudah ditahan atau akan ditahan," kata Haris lagi. Kata Haris beliau dan Amarjit juga telah memujuk Raja Petra daripada pergi ke kedutaan memandangkan polis boleh datang ke hotel untuk mengambil kenyataan di mana kedua-dua mereka akan hadir. "Kami menyuarakan kekhuatiran bahawa kedutaan, di bawah undang-undang antarabanga dianggap sebagai bumi Malaysia, kami bimbang keseluruhan (tujuan) urusan mengambil kenyataan ialah membawa dia ke sana (ke kedutaan), menahan dan kemudian, dengan ataupun tanpa bantuan pihak berkuasa tempatan, membawanya ke Kamunting," katanya lagi./TMI |
Kuasa Rakyat.. Presiden Yaman Terpaksa Berundur Posted: 24 Apr 2011 12:32 AM PDT SANAA - Presiden Yemen Ali Abdullah Saleh bersetuju untuk meletakkan jawatan di bawah pelan peralihan kuasa 30 hari, sekali gus menamatkan rusuhan terhadap 32 tahun pemerintahannya. Pegawai-pegawai di Sanaa, ibu negara Yemen mengesahkan kerajaan telah menerima rancangan yang dirangka oleh negara-negara Teluk. Ali Abdullah akan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada naibnya dalam tempoh sebulan selepas perjanjian ditandatangani dengan pembangkang bagi mendapatkan kekebalan daripada pendakwaan. Sekurang-kurangnya 120 orang terbunuh sepanjang protes. Jika Ali Abdullah meletakkan jawatan sebagaimana diharapkan, beliau menjadi pemimpin Arab ketiga berbuat demikian, selepas Zine al-Abidine dari Tunisia dan Hosni Mubarak sejak awal tahun ini. |
Eskay Kata "Hotel Dan Pelacur", Polis Kata "Kondo Dan Pelajar".. Mana Satu Betul Ni? Posted: 23 Apr 2011 11:40 PM PDT KUALA LUMPUR - Terdapat banyak percanggahan antara kenyataan yang dikeluarkan pihak Polis Diraja Malaysia dan kenyataan yang dibuat salah seorang Trio Datuk T, Datuk Eskay Shazryl Abdullah berhubung video seks palsu membabitkan Ketua Pembangkang. Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar semalam, bahawa polis mengambil masa untuk menyiasat video tersebut. "Eskay sebut kepada saya (kejadian itu) berlaku di Club House. Itu dia sebut kepada saya. Saya tidak tahu kalau dia sebut hotel kepada media. "Polis tak perlu pergi jauh-jauh pun. Pergi cari mana-mana club house dulu. "Tetapi polis kata kondo, mana yang betul. Saya tak nak mengajar polis. Polis sepatutnya mendapatkan ketetapan Eskay dulu, kenapa susah sangat. Kecualilah kalau mereka mahu melindungi sesuatu," katanya ketika dihubungi keadilandaily.com. Johari turut mempersoal kenyataan Polis bahawa pelaku wanita dalam video berkenaan adalah seorang pelajar swasta di ibu negara. "Eskay kata pelacur, kemudian polis kata student. Yang mana betul ni? Sebab itu saya minta polis supaya siasat dulu, kerana lagi banyak buat statement lagi banyak nampak tembelang mereka," katanya yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN. Johari adalah satu-satunya ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditunjukkan rakaman video seks itu oleh Trio Datuk T yang terdiri daripada Eskay, Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa, Datuk Shuib Lazim, 21 Mac lalu. Namun beliau menafikan sekeras-kerasnya pelaku lelaki dalam rakaman video berkenaan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan bentuk tubuh dan lenggok pelaku tersebut. Justeru Johari ketika dihubungi memberi amaran kepada pihak polis supaya tidak bermain politik dan laksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab serta profesional. "Saya mendesak dan menasihati pihak polis supaya lengkapkan siasatan secara profesional sebelum membuat sebarang kenyataan. Kalau dah kenal pasti individu dalam video itu, tak payah buat kenyataan. Kerja polis adalah siasat secara profesional. "Polis jangan main politik, polis sepatutnya lanksanakan tanggungjawab dengan profesional. Kerja polis adalah menjaga keselamatan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan orang ramai terhadap polis sangat tinggi, tetapi rakyat di bawah sudah hilang keyakinan," katanya. Laporan media sebelum ini menyatakan bahawa polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang dikaitkan dalam video berkenaan iaitu seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota, berusia 26 tahun yang juga seorang warga China. Ia bertentangan sama sekali dengan kenyataan Eskay bahawa wanita berkenaan adalah seorang pelacur warganegara China dan kejadian tersebut berlaku di sebuah hotel di ibu negara./KD |
E-Mel 1Malaysia : Propaganda Di Transformasi Kepada Pemantauan? Posted: 23 Apr 2011 11:15 PM PDT Geram betul otak durianku! Sementara kita menyaksikan bagaimana isu fitnah video seks membawa masyarakat Malaysia ke arah kegilaan peradaban, kini rejim Najibnomics cuba membawa 16 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas ke arah kegilaan pemantauan (surveillance).Bertopengkan slogan seperti "transformasi" dan "ETP" yang cuba mendoidoikan rakyat, Kerajaan Najib nampaknya sedang berusaha menangani cabaran dunia siber dan politik semasa dengan projek E-mel 1Malaysia yang cuba menyeragamkan tabiat warga siber lantas memudahkan kawalan terhadap warga siber atas nama keselamatan transaksi urusniaga kerajaan (awam) - tetapi dikendalikan oleh syarikat swasta yang terjalin hubungan nepotisme. Bukankah transformasi yang diwar-warkan sepatutnya membawa perubahan ke arah emansipasi insan dan bukannya ke arah kegilaan? Otak durianku tidak faham, siapa yang mengilhamkan idea pemantauan ini kepada Perdana Menteri yang agung lagi mengagungkan? Selain percubaan menyelamatkan Syarikat Tricubes Berhad yang berdepan dengan masalah kewangan melalui pemberian kontrak E-mel 1Malaysia bernilai RM50 juta, apakah Kerajaan Najib cuba meyakinkan rakyat Malaysia bahawa unit PEMANDU yang dipertanggungjawabkan dengan "tugas transformasi" sebenarnya merupakan "unit propaganda" demi menyelamatkan rejim UMNO-BN?Mengapa PEMANDU memasukkan projek bersifat pemamtauan dalam senarai panjang Program Transformasi Ekonomi (ETP)? Bukankah insan bergelar Idirs Jala (gambar kanan) kelihatan seperti seorang hero yang membawa pelan transformasi yang maju ke depan? Takkan beliau tidak tahu apa itu hak dan kebebasan peribadi atau privacy seseorang? Takkan beliau tidak membaca buku sejarah dan memahami bagaimana rejim pemerintah masa lampau melancarkan propaganda bertopengkan agenda transformasi masyarakat dan cuba memperbodohkan rakyat sesebuah negara lantas memudahkan kawalan terhadap rakyat dilakukan? Propaganda yang dimaksudkan otak durianku merujuk kepada keadaan di mana rakyat dipaksakan untuk menyetujui "secara sukarela" dan secara massa sesuatu program kerajaan yang pelaksanaannya berkecenderungan menyeragamkan tabiat rakyat sehingga kawalan berkesan dalam era siber menjadi mungkin. Percubaan membentuk ketaksuban rakyat terhadap segala projek 1Malaysia sehingga retorik 1Malaysia berubah daripada slogan kepada identiti warga Malaysia secara paksaan sedang bergiat secara aktif.Sedarkah Idris Jala bahawa Orang Asli, Iban Laut, Kadazan, Bidayuh, Melanao, Penan, Kelabit, Melayu, India, Cina dan etnik lain telah berdekad lama diperbodohkan oleh rejim pemerintah yang melakukan kawalan hampir sepenuhnya semenjak seseorang dilahirkan hingga dikuburkan? Kini warga siber pula cuba diperbodohkan? Sesungguhnya, Kerajaan Najib telah membelanjakan sekitar RM60 juta untuk kegunaan penubuhan "unit propaganda" dan tambahan sekitar RM60 juta lagi untuk operasi unit tersebut…… Alamak! Terlanjur kata pula. Takkan duit berpuluh-puluh juta digunakan untuk propaganda, mestilah duit itu digunakan untuk "transformasi" dan "kebaikan rakyat". Inikan Kerajaan 1Malaysia 1Melayu 1Bumi?Sukar untuk otak durianku menggalur-galur asal-usul idea propaganda yang begitu canggih. Jangan-jangan APCO lagi yang mengilhamkan idea sedemikian kepada pemimpin teragung yang sedang memikirkan kaedah menyelamatkan UMNO-putra bertopengkan Najibnomics! Kalau ya, adakah APCO cuba meyakinkan Perdana Menteri bahawa perkhidmatan e-mel percuma seperti Hotmail dan Gmail merupakan agenda "imperialisme budaya Barat", maka agenda Najibnomics haruslah memasukkan suatu pelakaran yang menggambarkan Najib sebagai seorang hero anti-imperialisme budaya Barat dengan berbekalkan E-mel 1Malaysia kepada 16 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas? Tahukah Kerajaan Najib pengintaian maklumat peribadi tidak kira oleh pihak kerajaan atau pihak swasta adalah bercanggah dengan perlindungan hak peribadi seseorang yang diutamakan oleh dunia yang bertamadun seperti yang digariskan di bawah Artikel 12 Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 seperti berikut: "Tiada sesiapa pun yang boleh dikenakan kepada sebarang gangguan sewenang-wenangnya terhadap keadaan peribadi (privacy), keluarga, rumahtangga atau surat-menyuratnya, atau percerobohan ke atas maruah dan nama baiknya. Setiap orang berhak kepada perlindungan undang-undang terhadap gangguan atau percerobohan sedemikian." Sedarkah Kerajaan Najib bahawa laporan yang dikemukakan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa Privacy International bahawa, Malaysia menduduki tempat terakhir bersama-sama dengan China dan Russia yang dikategorikan sebagai "endemic surveillance societies" dengan markah indeks serendah 1.3 pada tahun 2007? Menyentuh China sebagai surveillance societies atau masyarakat pemantauan, umum sedia maklum bahawa Kerajaan China merupakan Kerajaan Komunis yang sedang giat mengawal aktiviti dunia siber warga China dengan seribu bentuk kawalan. Kesan kawalan ketat yang dirasai warga China sekian lama mirip dengan kesan kawalan berbentuk panoptisme. Menurut ahli falsafah British Jeremy Bentham, rekebentuk Panopticon adalah sebegitu rupa sehingga segala gerak geri banduan (dianalogikan dengan warga China) diawasi oleh penyelia (dianalogikan dengan rejim komunis) yang bertugas dalam menara Panopticon, tetapi pada masa yang sama, banduan tidak dapat melihat keadaan dalam sekitar menara Panopticon. Dalam tesis penulisan Ketua Pengarang MerdekaReview Chang Teck Peng, beliau memetik penjelasan Bentham iaitu perlakuan dan fungsi kuasa berbentuk panoptisme adalah sedemikian rupa di mana kuasa seharusnya nyata (visible) dan tidak dapat diketahui (unverifiable). "'Nyata' membawa maksud bahawa banduan sentiasa menyedari kewujudan menara pusat yang tinggi itu di depan mata, manakala 'tidak dapat diketahui' bermaksud banduan itu tidak mengetahui sama ada dia diawasi pada mana-mana ketika, tetapi dia sudah pasti bahawa dia memang sentiasa diawasi." Dalam sejarah tamadun manusia dan emansipasi insan, kawalan secara tidak langsung dan hampir sepenuh yang dilakukan oleh rejim komunis seperti yang dilakarkan dengan konsep panoptisme juga dapat dilakukan oleh mana-mana rejim pemerintah yang lain.Apakah rejim Najibnomics sesungguhnya menyokong kawalan berbentuk panoptisme bertopengkan agenda transformasi ekonomi? Jika tidak, Kerajaan Najib sewajarnya memberhentikan projek E-mel 1Malaysia dan bukannya membiarkan PEMANDU memasukkan projek tersebut dalam senarai panjang ETP, kemudian menjelaskan kononnya penggunaan E-mel 1Malaysia adalah secara sukarela. Semasa Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Data Peribadi 2009 untuk bacaan kedua pada 5 April 2010, beliau menegaskan bahawa fungsi akta tersebut merangkumi perkara-perkara berikut: 1. Melindungi data peribadi individu supaya tidak disalah guna; 2. Mematuhi Undang-undang Perlindungan Data Peribadi supaya hak rakyat terpelihara; dan 3. Tindakan penguatkuasaan untuk membanteras penyalahgunaan data peribadi. Sepanjang perbahasan RUU tersebut, persoalan sama ada RUU tersebut dapat mengawal selia data peribadi dalam transaksi yang melibatkan urusan kerajaan menjadi tajuk perbahasan hangat. Hal ini kerana di Malaysia, kerajaan merupakan pihak yang paling banyak terlibat dengan data peribadi, bukan mana-mana pihak yang lain. Namun tanpa bilangan ahli parlimen yang cukup ramai daripada pihak pembangkang, Akta Perlindungan Data Peribadi 2009 diluluskan tanpa mengeluarkan frasa kata "transaksi komersial" atau memasukkan frasa kata "urusan awam atau kerajaan", maka Seksyen 2 telah menetapkan bahawa akta tersebut hanya merangkumi transaksi komersial dan berbunyi seperti berikut: 2. (1) Akta ini terpakai bagi— (a) mana-mana orang yang memproses; dan (b) mana-mana orang yang mempunyai kawalan terhadap atau membenarkan pemprosesan, apa-apa data peribadi berkenaan dengan transaksi komersial. Meskipun PEMANDU menjelaskan E-mel 1 Msia ialah inisiatif diterajui swasta, oleh Tricubes Berhad, dengan pelaburan daripada syarikat swasta dan bukannya kerajaan, tetapi masih banyak tanda tanya yang menanti-nanti jawapan daripada Kerajaan Najib.Memandangkan akta tersebut hanya mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial, sementara Tricubes Berhad semasa melancarkan perkhidmatan "Citizen Inbox" – myemail.my, menegaskan bahawa perkhidmatan e-mel tersebut akan membolehkan rakyat Malaysia secara langsung berkomunikasi dengan pemimpin-pemimpin kerajaan dan menerima maklum balas secara langsung daripada mereka, maka persoalannya adalah, adakah data peribadi warga Malaysia dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2009 apabila kegiatan dan urusan tidak bersifat komersial seperti komunikasi dengan pemimpin kerajaan dilakukan melalui perkhidmatan tersebut? Sesungguhnya, jika diteliti mesej yang dipaparkan dalam laman web myemail.my, memang ditekankan aspek interaksi dan komunikasi antara warga negara dengan kerajaan, adakah kegiatan sedemikian dianggap melibatkan transaksi komersial? Jika tidak, apakah projek myemail.my akan diberhentikan sehingga kerajaan membentangkan pindaan terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi 2009 yang menjamin perlindungan data peribadi warga Malaysia untuk sebarang urusan dan bukannya terhad kepada transaksi komersial sahaja? Nampaknya, kini tiba waktu di mana pengundi Malaysia wajar mempertimbangkan bagaimana undi kita dapat menyumbang kepada pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2009 agar hak peribadi kita dilindungi bukan sahaja dari segi transaksi komersial tetapi juga dari segi urusan kerajaan. Sebelum menggunakan perkhidmatan E-mel 1Malaysia, bacalah karya George Orwell berjudul "1984". Maka fahamlah anda bahawa myemel.my bermaksud "Abang Besar sedang mengawasi anda!"/MR |
Kaum Asli Penentu Pertukaran Kerajaan Posted: 23 Apr 2011 08:00 PM PDT DAP berjaya menumpaskan SUPP untuk menjadi parti politik kedua terbesar di Sarawak selepas PRN Sarawak 2011, malah menggantikan SUPP sebagai parti bertunjangkan Cina yang memiliki kerusi DUN terbanyak di Sarawak.Ramai penganalisa menumpu kepada "sokongan pengundi Cina bandar memihak kepada pembangkang" ketika membincangkan kunci kemenangan Pakatan Rakyat di kawasan bandar. Kesimpulan sedemikian pada hakikatnya mengabaikan konteks politik Sarawak yang istimewa. Nampaknya kita perlu meneliti wakil rakyat di sana untuk memahami persekitaran politik tempatan.Pertama, Sim Kwang Yang (gambar kiri, melambai tangan). Beliau terpilih sebagai ahli parlimen Kuching pada tahun 1986. Dalam PRU tahun 1995, BN merasuah pengundi dengan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (cina), maka beliau mengorbankan diri untuk kepentingan masyarakat Cina. Kedua, Chiew Chiu Sing. Mempertahankan kerusi Kidurong, satu-satunya ADUN DAP yang bertahan untuk tiga penggal. Beliau tetap utuh walaupun pada waktu yang paling genting untuk DAP. Dalam PRN Sarawak kali ini, terlalu ramai "bintang baru" yang menenggelami sinarannya. Ketiga, Baru Bian. ADUN baru untuk Ba'Kelalan, Pengerusi PKR Sarawak. Keempat, See Chee How, ADUN baru Batu Lintang, pernah menjadi pembantu Sim Kwang Yang. Kelima, Ali Biju, ADUN Krian yang baru.Sesungguhnya "angin perubahan" di kalangan komuniti Cina menjadi punca bertambahnya bilangan ADUN Pakatan Rakyat, namun apakah persamaan di antara wakil rakyat yang tersenarai di atas? Fasih bertutur bahasa Cina? Mungkin bukan masalah untuk bertutur dalam dua tiga ayat yang mudah. Menang atas sokongan Cina? Untuk calon ketiga dan kelima, lihatlah struktur pengundinya untuk mengetahui jawapannya. Atau, kita lihat dari perspektif lain, apakah faktor yang memenangkan mereka? Adakah warna kulit, kepercayaan agama atau reputasi sosial? Perbezaaan mungkin lebih daripada persamaan jikalau diteliti kriteria tersebut. Bukan sahaja di Sarawak, jawapan yang lebih tepat adalah, wakil rakyat atau mantan wakil rakyat ini mengusahakan kawasan pengundian mereka untuk jangka yang panjang, terutamanya menentang pemerintah untuk mempertahankan hak tanah adat kaum asal. Keluar dari bingkai perkauman Ketika Sim Kwang Yang menyandang ahli parlimen, beliau disanjung tinggi kerana berhempas pulas untuk membantu kaum asli ketika tanah adat Iban diceroboh tycoon. Chiew Chiu Sing mendalami kawasan desa, berkecimpung untuk mengusahakan pendidikan politik. Malah beliau telah celik untuk bertutur dalam bahasa Iban. Baru Bian, See Chee How dan Ali Biju sudah tentu tidak asing untuk komuniti kaum asli Sarawak kerana mengendalikan banyak kes tanah di mahkamah.Mereka berpegang kepada keadilan, berprihatin terhadap hak tanah adat. Keprihatinan mereka yang melangkaui batas perkauman telah meletakkan asas untuk kemenangan. Mereka telah memenangi kepercayaan dan sokongan daripada semua kaum. Kesungguhan untuk berkhidmat di kawasan desa memenangkan Baru Bian dan Ali Biju di kawasan kaum asli, yang secara tradisionalnya dimenangi BN. Pada hakikatnya, inilah benih politik berbilang kaum (majmuk) yang disemai untuk membuahkan pertukaran kerajaan di negeri Sarawak satu hari nanti. Juga, usaha Sim Kwang Yang dan See Chee How di akar umbi sekian lama telah menjurus kepada kemenangan PR di kawasan DUN tersebut. Untuk Chiew Chiu Sing, kegigihannya telah memenangkan dirinya. Sememangnya, parti yang berjinak-jinak dengan politik pilihan raya boleh terus menunggu peluang keemasan seperti munculnya parti Semangat 46 atau Reformasi yang dicetuskan Anwar. Pada hari-hari yang biasa, nasibnya terumbang-ambing ditentukan perubahan senario politik. Sama ada nasib memihak kepadanya, sama ada partinya menjadi kukuh, semuanya ditakdir Tuhan. Gagal hanya dengan undi Cina DAP mendakwa untuk membawa "perubahan" dan menumbangkan regim Taib Mahmud, apakah matlamat ini akan berjaya jika hanya menang di kesemua kawasan Cina? Apakah Roket yang mendukung "Malaysia untuk orang Malaysia" gagal membariskan lebih ramai pemimpin yang bekerja di peringkat akar umbi seperti Sim Kwang Yang, Chew Chiu Sing - untuk menerokai kawasan luar bandar, lantas menawan kubu PBB, atau bergantung kepada prestasi rakan partinya di luar bandar, tetapi dirinya berundur dan bertahan di kawasan Cina yang "selesa" untuk menunggu detik pertukaran kerajaan?Harus diberi perhatian, adalah realiti bahawa populasi Cina semakin menurun tahun demi tahun. Jikalau BN berpeluang untuk merampas semula majoriti dua pertiga, persempadanan semula kawasan pengundian semestinya tidak memihak kepada PR. BN semestinya akan mengurangkan kawasan majoriti Cina (kawasan hitam untuk BN), untuk meningkatkan peluang kelangsungan BN pada masa depan. Berbekalkan dua faktor ini, seandainya DAP masih bergelut dalam keterbatasan ini, maka kita boleh menyimpulkan bahawa bilangan wakil rakyat DAP pada hari ini, adalah prestasi yang paling unggul untuk DAP dalam sejarahnya. Seandainya DAP keluar dari kawasan Cina, ia semestinya akan membawa persaingan kepada rakan partinya. Namun, persaingan akan membawa kemajuan, dan persaingan sihat ini akan menawarkan peluang kepada pengundi untuk membuat pilihan. Pengundi akan mempertimbangkan parti manakah yang boleh menawarkan perkhidmatan dan idealisme yang lebih direstui. Secara perbandingan, PAS yang memiliki Kelab Penyokong PAS - kini sudah dinaik taraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS, boleh membariskan calonnya untuk pilihan komuniti yang berbeza. Walaupun Sim Kwang Yang tidak pernah bertanding di kawasan bumiputera, namun beliau telah menjadi teladan apabila bersuara lantang memperjuangkan masyarakat minoriti. Ia telah menjadi asas kepada politik majmuk di Sarawak. Namun, mengapa generasi seterusnya tidak berdiri di atas bahunya untuk memandang ke arah Putrajaya?/MR |
40 Mahasiswa Pro-M Kena Singkir Posted: 23 Apr 2011 06:00 PM PDT KUALA LUMPUR - Lebih 40 mahasiswa, termasuk dua pemimpin Pro Mahasiswa (Pro-M) disingkir dari Kolej Kediaman Kedua Universiti Putra Malaysia (UPM) walaupun memenuhi merit minimum, kata jururcakap Pro-M, Siti Zulaikha Rusmadi. Siti Zulaikha berkata, dua pimpinan Pro-M itu termasuklah Zuhairah Hayati Hared yang mempunyai 142 merit dan Norhidayah Abdul Rahman 100 merit dengan syarat minimum menduduki kolej kediaman di UPM hanyalah 60 mata merit minimum. "Seorang pemimpin mahasiswa yang enggan namanya diketahui mendakwa pengetua kolej, Rosna Abdul Raman merupakan dalang tindakan tidak berperundangan itu. "Rosna sejak seminggu lalu menghilangkan diri ketika diminta menjelaskan motif penyahsenaraian mahasiswa dari menghuni di kolej tersebut," katanya dalam kenyataan media.Zuhairah adalah bekas Timbalan Presiden II Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) manakala Norhidayah ialah Exco Pembangunan Siasah dan Integrasi, Kolej Kedua UPM. Siti Zulaikha menyelar tindakan berat sebelah Rosna yang membenarkan pelajar Pro Aspirasi, Yohana Masrol menetap di kolej itu walaupun hanya mendapat 52 merit. Pro-M dlihat memiliki pandangan yang agak kritikal terhadap kerajaan Malaysia manakala Pro-Aspirasi dilihat cenderung dan menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN). "Rosna adalah pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM dan boleh dihubungi melalui 03-894 673 57 begin_of_the_skype_highlighting 03-894 673 57 end_of_the_skype_highlighting. "Kolej tersebut boleh menampung melebihi 350 penghuni, namun sehingga kini khabarnya masih banyak tempat dikosongkan," kata Siti Zulaikha lagi./KD |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan