Selasa, 29 Mac 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


INGATAN BUAT PIMPINAN PR, JANGAN JEMPUT `WAKIL LIDAH SYAITAN' DI DALAM APA JUA SIDANG AKHBAR

Posted: 29 Mar 2011 09:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

UTUSAN Meloya sudah dikenalpasti sebagai `penyambung lidah syaitan' yang menjalankan kerja-kerja fitnah jahat serta kaki putar belit demi kepentingan Apco Yahudi Laknatullah. Telah beberapa kali akhbar pencacai taraf terendah ini terbukti melaporkan perkara yang tidak benar, fitnah dan putar belit.

Sebab itu, tidak menghairankan akhbar ini `dibuang' begitu sahaja oleh sebuah sekolah Cina walaupun diberikan percuma. Cuma, masih ada yang sedia bodoh atau sanggup diperbodohkan membeli dan membaca akhbar syaitan seperti ini.

Terbaru, kenyataan Ketua Pemuda PAS Us Nasruddin Hassan Tantawi telah diputarbelitkan oleh mereka. Akhbar jijik ini melaporkan bahawa Ketua Pemuda PAS tersebut bersetuju agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat pita video lucah yang kununnya melibatkan seorang tokoh Pembangkang. Sebaliknya, Us Nasruddin tidak pernah berkata sedemikian. Memetik penjelasan daripada Ketua Pemuda PAS ini, beliau hanya berkata "Yang menuduh dan memfitnah kena bagi bukti saksi yang jelas dan pengadilan mesti diberikan," Beliau menegaskan, siasatan selepas video itu disebar kepada umum adalah tindakan yang salah.

"Tuduh merata-rata dulu selepas itu baru nak nak buat siasatan, ini tindakan tak betul," katanya. Tambahnya, Pakatan Rakyat tidak takut untuk disiasat namun keadilan mesti diutamakan. "Kita tidak takut pada siasatan tapi keadilan mesti ditegakkan. Suruhanjaya atau apa itu mekanisme. Prinsipnya keadilan dan ini mesti ditegakkan dulu," katanya (Harakahdaily)

Saya tidak tahu samada masih ada pimpinan di dalam PR yang masih berselera untuk memanggil wartawan akhbar jijik seperti ini di dalam sidang akhbar mereka. Mungkin kenyataan mereka dipetik oleh Utusan Meloya melalui akhbar lain tetapi diputar belitkan sesedap rasa. Tetapi jika benar wartawan akhbar ini sememangnya dipanggil di dalam sidang media, itu bermakna memang sengaja kita menjemput `wakil lidah Syaitan' untuk mendengar apa yang ingin kita perkatakan. Adakah `Syaitan' akan jujur kepada kita?/wfauzdin.blogspot.com

BEKAS KETUA WIRA PERKASA HADIR CERAMAH MENENTANG FITNAH II DAN BAKAL SERTAI PR ?

Posted: 29 Mar 2011 12:11 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA ada mengulas tentang pengunduran Ketua Wira Perkasa iaitu Arman Azha daripada jawatannya di dalam Perkasa. Beliau bagaimanapun mengakui masih menjadi ahli Perkasa seumur hidup dan masih memegang jawatan di dalam Pemuda Umno Bahagian Petaling Jaya Utara.

Di antara sebab beliau meletakkan jawatannya di dalam Perkasa adalah kerana beliau menganggap perjuangannya di dalam Perkasa tiada `political Will' atau keupayaan politik untuk merubah keadaan. Ini bererti Arman mempunyai cita-cita politik yang tinggi untuk mencapai sesuatu.

Mengikut berita yang dikeluarkan oleh Pahang Daily, Sdr Arman mengaku beliau telah hadir di dalam program Ceramah Perdana menentang Fitnah II ke atas DS Anwar yang telah diadakan di Stadium Melawati baru-baru ini. Ulasan yang dipetik dari Pahang Daily adalah seperti berikut;

"Arman memberitahu, beliau belum berundur daripada UMNO tetapi akan melihat mana-mana parti politik yang akan mengangkat martabat agama, bangsa dan negara sebagai prinsip perjuangannya. "Saya tidak cakap akan menyertai mana-mana parti politik tetapi saya akan melihat dan mengkaji parti yang memperjuangkan prinsip saya. Hanya dengan kuasa politik saja, kita dapat memastikan kuasa, hak dan martabat bumiputera khususnya dikekalkan. "Walaupun saya dilihat berada di Stadium Melawati untuk mendengar caramah tentang fitnah kedua, itu menunjukkan saya terbuka untuk mendengar apa yang disuarakan kedua-dua pihak," tambahnya. Terdapat kemungkinan Arman akan bersama Pakatan Rakyat dalam masa terdekat ini. Apakah dakwaan itu benar atau sebaliknya. Sama-sama kita tunggu seterusnya" (Ulasan Pahang Daily Online)
Suka saya mengingatkan Sdr Arman, sekiranya beliau ingin memilih PR sebagai wadah perjuangannya beliau terlebih dahulu mesti keluar dari kepompong Perkasa. Idealogi Perkasa samasekali bertentangan dengan hasrat PR untuk mewujudkan sebuah negara yang adil dan saksama tanpa mengira kaum dan agama. Di dalam PR, tiada pendekatan `rasist' terhadap mana-mana kaum yang sering ditonjolkan oleh Perkasa. Lebih-lebih lagi, PR melihat Perkasa seolah-olah komponen di dalam Umno bukan komponen di dalam Bn.

Seandainya beliau memilih untuk menyertai PR, beliau mestilah ikhlas tanpa memikirkan habuan atau tempatnya menjelang Pilihanraya Umum Ke 13 nanti. Kita juga mengharapkan agar mana-mana pemimpin dari PR agar tidak mudah menerima sesiapa sahaja yang baru menyertai kita untuk diletakkan sebagai pemimpin atau calon di dalam pilihanraya. Sejarah banyak mengajar kita tentang beberapa peristiwa yang berlaku. Kita boleh terima mereka sebagai ahli biasa tanpa syarat.

Ini bukan bermakna kita bersikap buruk sangka kepada mereka yang ingin menyertai kita tetapi kita harus berhati-hati apatah lagi kita akan menghadapi pilihanraya umum tidak beberapa lama lagi. Keyakinan ramai pihak bahawa PR mampu berada di Putrajaya selepas Pilihanraya Umum Ke 13 nanti mungkin menarik minat mereka di luar sana untuk mendapatkan sesuatu. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh membaca niat hati seseorang cuma kita perlu lebih berhati-hati./wfauzdin.blogspot.com

TINDAKAN SELAMAT OLEH KETUA WIRA PERKASA

Posted: 29 Mar 2011 07:09 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

AMAT bijak tindakan yang dibuat oleh Ketua Wira Perkasa, Arman Azha hari ini yang telah mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Wira pertubuhan yang tidak disenangi oleh Nazri Aziz itu.

Katanya, beliau membuat keputusan itu "atas dasar prinsip" kerana PERKASA tidak mempunyai political will atau keupayaan politik dalam perjuangannya (Petikan Malaysiakini). Sememangnya kita sedari Perkasa tidak boleh pergi ke mana kerana pertubuhan itu tidak menguntungkan sesiapa samada kaum Melayu atau bukan Melayu jauh sekali untuk menguntungkan Islam. Banyak tindakan Perkasa kita lihat amat mengelirukan terutamanya mengelirukan Umno sendiri yang memperlihatkan perjuangan Perkasa yang tidak tentu arah. Tidak hairan jika Nazri Aziz sendiri menganggap Perkasa penghalang cita-cita 1 Malaysia yang dibawa oleh Najib.

Perkasa selalu perasan sendiri kununnya pertubuhan itu boleh menentukan mana-mana calon di dalam pilihanraya umum nanti terutamanya calon kaum Melayu menang atau kalah. Mereka lupa, nasib Presiden mereka sendiri Ibrahim Ali pun belum tentu ke mana. Tindakan Ketua Wira Perkasa berbuat demikian dikira bijak kerana jika beliau mahu naik di dalam politik di negara yang berbilang kaum ini, beliau harus menjauhkan diri dari menonjol di dalam Perkasa.

Tidak boleh disembunyikan lagi, Perkasa amat tidak disenangi oleh parti-parti komponen di dalam Bn seperti MCA, Gerakan dan MIC. Bahkan, di dalam Umno sendiri pun ramai pimpinan Umno yang tidak sebulu dengan Perkasa seperti Nazri Aziz dan Ketua Pemuda Umno sendiri.

Justeru itu, memang bijak Arman Azha bertindak sedemikian kerana beliau pun tahu pilihanraya umum ke 13 nanti semakin hampir. Tindakan `mencari makan' dengan selamat. Syabas!! /wfauzdin.blogspot.com

TEMBELANG SUMPAH EZAM PECAH

Posted: 29 Mar 2011 12:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

EZAM raja sesumpah di dalam mana-mana ceramahnya selepas menganut fahaman Umno, tidak lekang dari mulutnya menyebut keburukan DS Anwar bekas bos pujaannya itu. Bukan Ezam raja sesumpah sekiranya dia berceramah tidak menyebut nama Anwar kerana beliau tahu populariti beliau sebagai pencacai Umno hanyalah bergantung kepada tokoh ternama ini.

Sebelum ini, beliau kerap menjaja sumpahnya walaupun tiada siapa meminta beliau bersumpah. Kini, ilmu sesumpah beliau berjangkit kepada betina yang dibuang dari ahli keluarga sendiri iaitu makcik Umi. Makcik ini pun akan bersumpah sesuka hati bila dan di mana sahaja beliau mahu asalkan sumpahnya itu boleh menjadikan orang yang mendengarnya menjadi jahil atau bodoh.

Selain daripada Ezam raja sesumpah suka bersumpah, beliau ke hulu ke hilir mencabar agar Anwar juga turut bersumpah dan menjadi bodoh sepertinya. Mainan sumpah ini kerja orang bodoh, tidak bertamadun dan orang tidak berilmu. Jika dilihat cara Ezam raja sesumpah sebelum ini yang bersungguh-sungguh mahu Anwar bersumpah di atas salah laku moralnya, seolah-olah jika Anwar bersumpah Ezam raja sesumpah akan percaya Anwar itu benar dan beliau akan melutut minta ampun pada Anwar.

Tetapi itu dulu, kini Ezam raja sesumpah terbelit. Semenjak isu video seks yang ingin memerangkap Ketua Pembangkang itu `terkantoi', Ezam raja sesumpah mungkin sudah merasai betapa segala perancangan ke atas Anwar selalu gagal dan tidak dipercayai oleh rakyat. Kini, martabat Anwar bertambah berkali ganda akibat fitnah yang terkantoi itu. Sebaliknya, maruah Ezam raja sesumpah tercemar kerana beliau lah yang paling keras dan banyak membawa cerita keaiban Anwar. Sumpah tidak lagi membawa makna kepada Ezam kerana hati kecilnya sendiri mungkin sedar apa yang berlaku sebenarnya kepada Anwar. Maklumlah, bukan mudah untuk mendapat Senator hanya menjadi ahli Umno biasa sahaja.

Di dalam kenyataannya di akhbar, Ezam raja sesumpah kini tidak berminat lagi dengan sumpah oleh Anwar. Seandainya Anwar bersumpah sekali pun, Ezam raja sesumpah tidak akan mempercayainya. " Ezam berkata, sebagai individu yang lama mengenali Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, beliau sama sekali tidak akan percaya terhadap Anwar walaupun bekas ketuanya itu bersumpah menggunakan al-Quran. "Saya yakin Anwar akan bersumpah jika dia diletak di dalam suatu suasana terdesak dan jika dia sudah tidak ada jalan keluar (berhubung dakwaan yang dihadapinya)," katanya (Berita Harian Online)

Jelas, selama ini cabaran Ezam raja sesumpah terhadap Anwar hanyalah bersifat mengampu sahaja. Beliau tahu Anwar tidak bermasalah untuk bersumpah asalkan ianya berlandaskan hukum Islam yang sebenar. Sebab itulah Anwar seboleh-bolehnya mahu merujuk kes yang beliau hadapi itu mengikut perundangan Islam kerana ada kaedah di mana Anwar mungkin diperintahkan untuk melakukan sumpah. Seperti yang Anwar selalu sebut, beliau bersedia untuk melakukan sumpah sekiranya itulah perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah Syariah atau mengikut perundangan Islam. Presiden PAS sendiri sebut, jika Mahkamah Syariah memerintahkan Anwar perlu bersumpah, maka Anwar kena melakukannya. Masalahnya, mengapa beliau dihalang dari mengikuti proses mengikut perundangan Islam?

Oleh yang demikian, Ezam raja sesumpah secara jelas telah menunjukkan sikap beliau yang sebenarnya terhadap Ketua Umum PKR itu. Apa pun yang dilakukan oleh Anwar, pasti Ezam raja sesumpah tidak akan mempercayainya lagi. Sebaliknya, Ezam raja sesumpah lebih mempercayai Najib dan Rosmah walau apa pun yang mereka lakukan. Sebagai contoh, di dalam isu video seks yang terkantoi ini, ada kah Ezam raja sesumpah ingin mengulas? Tidak. Mengapa? Sebabnya mulut sudah terkunci rapat, maka kebenaran tidak lagi mampu untuk diluahkan./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: