kalam Perantau |
- Pemilihan PAS dan PRU ke-13
- 30 Dalil Mengapa Taib Mesti Berundur!
- PAS tanding 5, DAP 15 kerusi di Sarawak
Posted: 29 Mar 2011 04:00 PM PDT Oleh : Shuhaimi Al-Maniri Ketika semua parti bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 yang dijangkakan akan diadakan pada pertengahan tahun ini atau selewat-lewatnya sukuan pertama tahun 2011, kebanyakkan parti terutamanya dari komponen Barisan Nasional telah menagguhkan pemilihan kepimpinan mereka kepada selepas selesai Tetapi sebaliknya berlaku bagi komponen Pakatan Rakyat. Mereka tetap meneruskan proses pemilihan kepimpinan mereka seperti biasa. Pada hujung tahun lepas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengadakan pemilihan kepimpinan mereka berkonsepkan 'satu ahli, satu undi' buat pertama kalinya dalam sejarah parti-parti politik di negara kita. Pada pertengahan tahun ini, PAS pula akan mengadakan pemilihan kepimpinan parti mereka yang diadakan selama 2 tahun sekali. Kali terakhir pemilihan PAS adalah dalam muktamarnya yang ke-55 pada tahun 2009 yang diadakan di Shah Alam, Selangor. Pada tahun tersebut, pemilihan lebih tertumpu kepada kerusi Timbalan Presiden dan Naib Presiden. Dalam pertandingan 3 penjuru Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa berjaya mengekalkan kerusinya mengatasi dua calon lain, iaitu Husam Musa dan Mohamad Sabu. Kedua-duanya tidak mempertahan kerusi Naib Presiden yang disandang mereka sebelum itu. Seorang lagi Naib Presiden, iaitu Ustaz Ahmad Awang juga tidak bertanding. Akhirnya, PAS berjaya memperolehi 3 Naib Presiden yang baru terdiri dari Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Sallahuddin Ayub dan Mahfuz Omar. Ketika dihubungi oleh seorang exco Kerajaan Negeri beberapa hari lepas, saya berpendapat pemilihan kali ini sekiranya berlaku (dan saya yakin tetap berlaku), ianya tidaklah sehebat pada tahun 2009. Dia berkata, 'ya ka?'. Saya berkata, sekiranya diserahkan kepada aktivis parti sepenuhnya, saya yakin pemilihan kali ini akan berakhir dengan aman seperti zaman sebelum adanya dunia blog, facebook, twitter dan lain-lainnya. Beberapa calon yang disebut-sebut akan bertanding telah dimulakan oleh media dan blogger-blogger tertentu bagi memporakperandakan ketenangan dan keharmonian PAS sebagai sebuah parti politik dan jamaah Islam. Pemilihan ini nampak rancak dalam dunia maya sahaja, hakikatnya di peringkat bawah ahli-ahli PAS lebih bertumpu untuk pilihanraya umum ke-13 tanpa 'ambil pusing' secara berlebihan tentang pemilihan kepimpinan parti dalam muktamar PAS kali ini. Bagi sesetengah dari mereka, apa pentingnya tukar kepimpinan parti, kalau kalah pilihanraya. Pemilihan PAS kali ini sengit? Dalam keadaan perhatian tertumpu kepada Pilihanraya Negeri Sarawak pada 6 hingga 16 April ini, sebuah akhbar harian yang dipercayai banyak dibaca oleh ahli-ahli PAS pada keluaran 28hb. Mac, 2011 telah memberikan tajuk utama 'Siapa Ganti Nasha' dengan memasukkan 4 gambar dibawah tajuk tersebut, iaitu Sallehuddin, Tuan Ibrahim, Mahfuz dan Husam. Sejak kerusi Timbalan Presiden dipertandingkan secara terbuka sejak beberapa sesi lepas, kerusi ini sentiasa menjadi fokus setiap kali pemilihan PAS diadakan. Banyak pihak yang sukakan pertandingan sebegini berlaku kerana merancakkan 'politicking' dalaman PAS. Harakahdaily melaporkan Tuan Ibrahim Tuan Man awal-awal lagi telah mengumumkan tidak mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden. Sallehuddin dilaporkan dalam akhbar harian berkenaan tidak berminat untuk mengintai kerusi Timbalan Presiden. Dilaporkan juga oleh akhbar berkenaan, Mahfuz Omar dan Husam Musa tidak memberikan kata putus tentang kemungkinan bertanding kerusi Timbalan Presiden PAS pada pemilihan kali ini. Husam pernah bertanding kerusi berkenaan dalam pemilihan sesi lepas. Manakala Mohamad Sabu yang pernah bertanding Timbalan Presiden pada sesi lepas juga dilaporkan dalam satu media tertentu sedang 'tunggu dan lihat' perkembangan selanjutnya setelah mendapat pencalonan pertama dari kawasan Kubang Kerian. Selain mengadakan 'adu domba' dalam pemilihan kali ini, media juga kelihatan bersungguh-sungguh hendak memerangkap pemimpin PAS terutamanya Mursyidul Am dan Presiden PAS untuk menonton video lucah (18SX) bikinan "Trio UMNO" yang Anwar Ibrahim dikatakan sebagai pelakon utama. Jika Anwar sudah tidak berpengaruh, biarkan sahaja ianya ditolak oleh rakyat dalam PRU ke-13 nanti. Kenapa UMNO dan BN beria-ia nak PAS berpisah dengan PKR dan DAP? Biarkan sahaja rakyat yang tentukan sama ada nak undi BN semula atau memilih PR! Sama ada rakyat memilih UMNO atau PAS, kerusi tersebut tetap ditangan kepimpinan Melayu. Sama ada PR atau BN, teras politik masih lagi ditangan orang Melayu. Sebab itu PAS telah lahirkan slogan terbarunya, "PAS Ganti UMNO" sesudah "PAS For All" diterima dengan baik oleh masyarakat. Artkile ini diterbit untuk akhbar Siasah |
30 Dalil Mengapa Taib Mesti Berundur! Posted: 29 Mar 2011 02:12 AM PDT Press Release from the Movement for Change, Sarawak Embargo for 26 March, 2011 MoCS gives 30 reasons why Taib must go KUCHING – There is no joy in the air among Sarawakians as Chief Minister Abdul Taib Mahmud celebrates his 30th anniversary as Sarawak's chief executive today. "I doubt the people of Sarawak are in the mood to celebrate with their chief minister although Taib has achieved the historic milestone as the country's longest serving CM," said Movement For Change, Sarawak leader Francis Paul Siah. "Taib's legacy is one of blatant abuse of power. To Sarawakians and Malaysians, he will be remembered as one of the nation's most corrupt political leaders who perpetuated money politics and the politics of patronage, nepotism and despotism. He is also the grandmaster of the politics of fear and intimidation," he said. Siah pointed out that Taib's alleged acquisition of enormous wealth through illegal and dishonest means has caused a lot of suffering to Sarawakians. "Business opportunities are almost zero for those not linked to Taib or his family and cronies. The massive land grabs have caused untold sufferings to the people, particularly the Dayaks. The fraudulent destruction of Sarawak's forests has created an environmental disaster for the state," he said. "With all these negatives stacked against the chief minister in Sarawak, who is in the mood to celebrate with him? In fact, Taib should have stepped down long ago. "With his declared intention to stay on, it is now clear that people's power is the only way to remove him. If the April 16 state election fails to do that, then Sarawakians will have to take other courses of action," Siah said. The MoCS leader reminded Taib of the movement's deadline for him to go, i.e. August 13 this year. "If he is still around by then, we will know what to do," Siah added.MoCS has also compiled a list of 30 reasons why Taib Mahmud must step down as chief minister in conjunction with his 30th anniversary today.
|
PAS tanding 5, DAP 15 kerusi di Sarawak Posted: 29 Mar 2011 01:34 AM PDT Oleh Nazri Abdullah KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat hari ini mengesahkan PAS bertanding di lima kerusi dan DAP 15 pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang, manakala PKR pula masih meneruskan perbincangan pembahagian dengan SNAP. “…selebihnya itu (kerusi) Keadilan dan kita sampai tengahari tadi masih ada rundingan dengan SNAP,” kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perkara itu diumumkan pada sidang media selepas mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen hari ini. Turut serta pada sidang media itu, Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan, Idris Ahmad, Presiden PKR, Datin Sri Dr Wan Azizah Ismail, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga hadir pada mesyuarat sebelum itu bagaimanapun terpaksa keluar awal kerana mempunyai urusan. “Nama-nama kerusi dan calon itu serah kepada parti masing-masing dan akan diumumkan di Kuching. “Pandangan kita tak perlu umum di sini kerana kita hanya dapat input dari negeri. Kita hanya mengesahkan perundingan di negeri,” kata Anwar lagi. Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ketika dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan rundingan PAS dengan PKR dan DAP selesai. Beliau yang juga Pengarah Pilihanraya PAS bagi pilihan raya negeri Sarawak berada di sana sejak minggu lalu bagi urusan perbincangan kerusi tersebut. “Kita sekarang sedang memantau persiapan kita di semua kerusi yang kita bertanding di sini,” katanya |
You are subscribed to email updates from kalam Perantau To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan