WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- ALAHAI HARUSSANI, TOLONG AJAR PAS BOLEH?
- LEBIH BAIK MUHYIDDIN JAGA KEMENTERIANNYA YANG SEMAKIN TERUK ITU
- BILA KUCING TIADA, KATAK PUN MENJADI HERO
ALAHAI HARUSSANI, TOLONG AJAR PAS BOLEH? Posted: 09 Mar 2011 09:00 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS MUFTI Perak, Harussani Zakaria dikatakan enggan membuat penjelasan kepada tuan Guru Nik Aziz berhubung isu `Undi PAS Masuk Syurga'. Sebelum ini Tuan Guru Nik Aziz telah menghantar surat kepada Harussani agar memberikan penjelasan tentang penulisan beliau berkaitan isu tersebut. Memetik dari yang dilaporkan oleh Malaysian Insider, Mufti Perak itu berkata, "Saya tak perlu untuk buat penjelasan terhadap beliau (Nik Aziz), kalau saya jelaskan nanti sama juga apa yang akan beliau katakan. "Saya tegaskan masalah Nik Aziz kerana mengaitkan hukum agama dalam politik, saya tahu dalam Islam politik dan agama memang tak boleh lari tapi masalahnya apabila ada pemimpin yang gunakan hukum Islam untuk raih undi," katanya. Pelik sungguh, beliau mengaku bahawa Islam tidak boleh dipisahkan dari politik tetapi tidak mahu kaitkan hukum Islam di dalam politik. Jadi, mahu dikaitkan dengan hukum agama apa pula? Mahu PAS kaitkan dengan agama Kristian, Budha atau Hindu? Atau, adakah PAS akan berpolitik seperti orang sekular berpolitik? Kita bayangkan, seorang Jurulatih Bolasepak akan mengajar pelatih-pelatihnya tentang bermain badminton atau bercucuk tanam. Apa akan jadi? Adakah maksud Harussani agar PAS hanya bercakap pasal pembangunan, bina jalanraya, janji sediakan WIFI, janji padang Futsal, janji peruntukan berjuta-juta semasa berkempen sepertimana puak di sebelah sana sering amalkan? Cuba Harussani sebutkan secara jelas sepatutnya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam apakah yang patut PAS lakukan sewaktu berkempen? Mungkin Harussani masih beranggapan bahawa Umno lebih memperjuangkan Islam dari PAS, justeru itu pelik apanya Harussani memberi komen yang senada dengan pimpinan Umno. Saya juga tidak merasa pelik jika beliau berdiam diri jika ada orang yang mengaku Islam mengalungkan bunga ke kubur Kamal Antartuk. Pelikkah kita jika beliau berdiam tatkala Muhyiddin mengkritik Kerajaan PAS Kelantan yang ingin mengharamkan judi di negeri tersebut? Sebaik-baiknya Harussani berdepan dengan Tuan Guru Nik Aziz dan berilah pendapat beliau berpandukan hukum Islam. Jika PAS sebuah parti Islam tentulah PAS akan bercakap di mana-mana pun berkaitan dengan Islam. Jika Harussani sebagai seorang Mufti, masakan Harussani akan bercakap atau memberi ilmu tentang bagaimana untuk menjadi seorang ratu cantik yang terkenal. Itu bukan Mufti namanya./wfauzdin.blogspot.com |
LEBIH BAIK MUHYIDDIN JAGA KEMENTERIANNYA YANG SEMAKIN TERUK ITU Posted: 09 Mar 2011 06:00 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS BETAPA bankrapnya Muhyiddin berhujah sebagai orang politik. Timbalan Presiden Umno ini mendakwa bahawa Anwar adalah liabiliti kepada PAS. Terlalu berat untuk Muhyiddin akui betapa Anwar lah seorang tokoh yang paling digeruni dan ditakuti oleh Umno. Betapa tidak, kerusi Permatang Pauh sewaktu ditandingi oleh DS Wan Azizah, isteri Anwar pun Umno tidak boleh makan. Bila Anwar bertanding di situ, ghuyub Umno menikus tidak tunjuk muka. Muhyiddin cari jalan lain untuk pecah belahkan PR terutamanya PAS dengan PKR. Beliau kata PAS sebenarnya tidak suka Anwar turun berceramah di pentas PAS, tetapi Anwar sahaja yang mahu turun sesuka hati. Lihat sendiri betapa `cerdik'nya hujah Muhyiddin ini. Ruginya ahli Umno jika tabalkan Muhyiddin lagi sebagai Timbalan Presiden Umno kerana pemikirannya lebih teruk dari pemikiran Ketua Cawangan Umno. Ketua Cawangan Umno sendiri pun tidak percaya dengan apa yang beliau sebut. Di dalam setiap program ceramah PAS, semua penceramah undangan telah ditetapkan lebih awal. Selepas itu, poster atau banner program ceramah dipamerkan. Mana lojik Anwar sesuka hati hadir untuk berceramah jika beliau tidak diundang? Bak kata Naib Presiden PAS sendiri, PAS jika boleh mahu Anwar turun setiap hari dalam program partinya. Mana kita mahu dengar samada cakap Muhyiddin atau Mahfuz? Hakikatnya, Muhyiddin yang menjadi liabiliti kepada Kementerian Pelajaran. Apa sudah jadi dengan prestasi pendidikan di negara ini? Apa sudah jadi dengan isu moral dan disiplin budak-budak sekolah sekarang ? Berapa banyak wang rakyat rugi kerana tersilap mencetak buku teks budak sekolah? Jika yang ini pun Muhyiddin tidak boleh urus dan kawal, pelik apanya jika dia bercakap merapu umpama Ketua Cawangan Umno di ulu kampung? /wfauzdin.blogspot.com |
BILA KUCING TIADA, KATAK PUN MENJADI HERO Posted: 09 Mar 2011 08:12 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS APABILA kucing tiada, katak pun berani. Apabila Anwar dan Azmin tiada di dalam Parlimen, katak hitam dari Bagan Serai pun bukan main lagi hari ini. Maklumlah spesis baru di dalam kerabat katak kena lah tunjuk hebat di kalangan spesis katak. Dulu katak hitam ini ada mendakwa kununnya Azmin pernah gelar dia `paria' di dalam satu mesyuarat. Lepas tu dia dakwa Azmin menghina orang India dengan gelaran `paria'. Dulu di era reformasi, ramai yang gelar Mahdey Kutty tu `Mahafiraun', adakah semua Melayu atau mamak terasa mereka adalah `Mahafiraun'? Tidak, itu hanya untuk Mahdey Kutty saja. Maka, jika benar Azmin ada gelar katak hitam ini sebagai `paria' maka itu khusus untuk dia saja. Nampaknya terasa hebat dan hero lah puak-puak sekutu Apco di dalam Parlimen bila Anwar digantung menghadiri Parlimen. Jika tidak, teruk mereka mahu menjawab depan Anwar sampai Najib pun panas keluar Parlimen bila Anwar berucap. Begitulah hebatnya mereka yang sentiasa penakut baik di dalam Parlimen mahu pun di luar. Tempat mereka tunjuk hebat hanyalah di depan kamera TV dan akhbar Utusan Meloya./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan