Rabu, 9 Mac 2011

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

RM2.14 Juta Diperuntuk Hantar Pelajar Pulang Ke Mesir-Hassan Ali

Posted: 09 Mar 2011 05:56 PM PST

SHAH ALAM 9 MAC: Kerajaan negeri dan Lembaga Zakat Selangor memperuntukkan RM2.14 juta untuk menghantar pulang pelajar Selangor melanjutkan pengajian mereka kembali di Mesir pada 14 Mac ini.

Jumlah tersebut meliputi 556 pelajar tajaan negeri dan 440 orang lagi adalah di bawah tajaan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Exco Hal Ehawal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hassan Ali berkata, usaha dilakukan kerajaan negeri dan LZS itu adalah sebagai tanda sokongan kepada semua pelajar di negeri ini yang menuntut di Mesir untuk meneruskan pengajian mereka.

"Pelajar-pelajar Selangor ya seramai 440 orang yang telah ditaja Lembaga Zakat Negeri Selangor yang akan dibayar wang kepulangaan mereka ke Mesir dan
sebahagianya iaitu l556 orang akan dibayar oleh kerajaan negeri jadi jumlahnya sebanyak sembilan ratus sembilan puluh enam," katanya.

Dr Hassan berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat exco di sini hari ini.

Tambahnya, kos penghantaran pulang seorang pelajar dianggarkan RM2,150 setiap seorang.

"Kita mengharapkan dengan sokongan daripada Lembaga Zakat Selangor dan sokongan daripada kerajaan negeri untuk membawa pulang pelajar-pelajar ini daripada Malaysia ke Mesir, dengan cara itu mereka akan dapat meneruskan pengajian dengan baik," katanya.

Penghantaran semua pelajar Selangor ke Mesir melibatkan lima penerbangan bermula 14 hingga 18 Mac ini melalui penerbangan KLIA ke Kaherah, Mesir.

Benarkah Mahathir hanya ikut telunjuk orang lain?

Posted: 09 Mar 2011 04:28 AM PST

Benarkah Mahathir hanya ikut telunjuk orang lain?

Adakah keterlaluan jika dirumuskan Tun Mahathir Mohamad tidak mempunyai banyak kuasa selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri ? Kesimpulan ini mungkin boleh dibuat berasaskan nilai "pengakuan" beliau sendiri dalam buku kisah hidupnya, "Doctor in the house".

Atau, adakah Mahathir sekadar berbohong untuk menutup pekung di dada dan menghalalkan segala penyelewengan kuasa, pemborosan dan rasuah dan kronisme yang mewarnai pemerintahan beliau?

Bersandarkan buku "A doctor in the house" dan pengakuan Mahathir sendiri, mantan perdana menteri itu mahu awam percaya bahawa bukan keputusan beliau memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas pada tahun 1988.

Malah beliau juga tidak bertanggungjawab ke atas penangkapan lebih seratus orang aktivis masyarakat dan ahli politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri menerusi Operasi Lalang pada tahun 1987.

Dalam buku nukilannya sendiri, Mahathir meletakkan beban pemecatan Salleh Abas kepada mantan Sultan Johor Al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar.

Almarhum yang mangkat tahun lalu, kononnya mendesak Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu untuk memecat Salleh.

Selain itu Mahathir, mengikut pengakuannya sendiri, terpaksa akur desakan Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar untuk melancarkan Ops Lalang.

Mungkin perlu ditambah kepada pendedahan Mahathir itu adalah tema yang sering dikitar oleh beliau, bahawa Anwar Ibrahim kononnya "menggadaikan" negara apabila berurusan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF.

Mahathir mahu rakyat mempercayai bahawa walaupun menjadi Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri atau dalam erti kata lain, orang paling berkuasa di Malaysia, beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menegur Anwar mengenai tugas-tugasnya.

Mahathir juga mahu kita mempercayai bahawa beliau TIDAK sama sekali mengarahkan Petronas menggunakan hasil minyaknya untuk membeli kapal-kapal tangki bernilai lebih RM1bilion untuk menyelamatkan anaknya Mirzan ketika kemelesetan ekonomi 1997.

Begitu juga dengan keputusan Petronas untuk membiayai projek-projek seperti pembinaan Putrajaya, Lapangan Terbang KLIA dan sebagainya. Kesemua pelaburan berjumlah lebih RM100 bilion ringgit itu itu adalah berasaskan keputusan dibuat oleh pengurusan Petronas sendiri dan bukan atas kehendak Mahathir.

Jadi rakyat tidak boleh dipersalahkan jika merumuskan Mahathir adalah seorang Perdana Menteri yang mengaku dirinya sebagai tidak mempunyai kuasa dan hanya mentadbir di bawah telunjuk pihak lain.

Semalam, ketika melancarkan buku nukilannya itu, Mahathir berkata beliau mengambil masa lapan tahun menulisnya dan menunggu masa sesuai sebelum melancarkan buku itu.

Amat mendukacitakan Almarhum Sultan Mahmud sudah mangkat dan tidak dapat membela diri terhadap tuduhan Mahathir bersabit pemecatan Salleh Abas. Pemecatan beliau bersama lima hakim kanan yang lain masih menjadi detik hitam dalam sejarah perundangan negara.

Mahathir mengelak daripada memikul tanggungjawab mencalar dan menghakis kewibawaan sistem kehakiman negara tetapi sebaliknya menyalahkan seorang Sultan yang sudah mangkat.

Dalam kes Anwar, Mahathir mengelak untuk memberi keterangan di Mahkamah, tetapi ibarat seorang pengecut, beliau melontarkan fitnah dan tuduhan dan berlindung di bawah payung Umno yang melihat Anwar sebagai musuh politik utamanya.

Mungkin kini sudah sampai masanya pihak Istana menegur Mahathir kerana sifat celuparnya mengheret keluarga diraja Johor semata-mata untuk menghalalkan tindakannya memecat Salleh Abas demi menyelamatkan diri beliau dan Umno pada tahun 1988.

Dan, mungkin sampai masa Mahathir sedar bahawa lebih banyak beliau bercakap, lebih terserlah pembohongannya.

Rosmah Lawat Negara Luar Tanpa Kelulusan Kabinet?

Posted: 09 Mar 2011 02:25 AM PST

09/03/2011

KUALA LUMPUR 9 MAC : Lawatan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor ke tiga negara Timur Tengah dan Bangladesh baru-baru ini menelan belanja RM134 ribu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz.

Lawatan rasmi itu dibiayai dengan duit rakyat sungguhpun Rosmah tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.

Nazri , dalam jawapan bertulis kepada Parlimen, tidak menyenaraikan isteri Perdana Menteri itu sebagai antara yang diberi kelulusan oleh Jemaah Menteri untuk melakukan lawatan berkenaan Januari lalu.

Yang diberikan kelulusan berkenaan adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Sharizat Jalil, beberapa Menteri Besar dan Ketua Menteri BN serta beberapa pegawai kanan kerajaan, kata Nazri.

Menurut beliau, Rosmah melawat Riyadh, Arab Saudi, dari 6 hingga 10 Januari lalu untuk menyampaikan ucapan di seminar mengenai pengurusan kualiti pendidikan atas jemputan Timbalan Menteri Pelajaran negara itu.

Rosmah memberitahu pengundi di Kerdau baru-baru ini, beliau dijemput ke Arab Saudi kerana dianggap orang yang paling layak bagi menyampaikan ucaptama berkenaan.

Dari 16 ke 18 Januari pula, Rosmah melawat Muscat, Oman dengan alasan dijemput oleh Menteri Pembangunan Sosial, Oman sebelum ke Dhaka, Bangladesh.

Saiful Dakwa Liwat, Pakar Tak Pasti

Posted: 09 Mar 2011 12:25 AM PST

Saiful Dakwa Liwat, Pakar Tak Pasti
09/03/2011

KUALA LUMPUR 9 MAC: Saksi ke-23 kes fitnah liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang Patologis Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Razuin Rahimi menjelaskan kepada mahkamah bahawa beliau menandakan cubaan meliwat pada borang 'pro-forma' berikutan tidak pasti sama ada zakar tertuduh sampai ke rektum.

Razuin seterusnya mengakui tiada perbuatan meliwat sekiranya zakar tidak sampai ke rektum apabila ditanya Karpal Singh.

"Saya keliru. Ada panetrasi pada dubur tapi saya tidak pasti ianya sampai ke rektum. Saiful cakap Anwar mencapai klimaks di dalam duburnya," jelas beliau.

Dalam keterangannya, Razuin yang ketika itu bekerja sebagai pegawai perubatan forensik di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata telah dimaklumkan oleh pegawai perubatan hospital itu pada 28 Jun 2008 tentang mangsa liwat dan seterusnya mengarahkan laporan polis dibuat terlebih dahulu.

Sejurus tiba di HKL, beliau diperkenalkan kepada pengadu Saiful Bukhari Azlan oleh Superintenden Jude Blacious Periera dan kemudian merekodkan kejadian.

Saiful kemudian mendakwa diliwat tiga kali oleh Anwar tanpa rela selain dipaksa melakukan oral seks namun ditolak beliau.

Temubual selama setengah jam tersebut turut mencatit dakwaan Saiful mengalami pendarahan pada kali pertama dan kedua sewaktu diliwat.

"Menurut Saiful, ada pendarahan pada kali pertama dan kedua," katanya ketika mengisi borang tersebut pada 28 Jun 2008.

Namun menurut Razween, tiada sebarang bentuk pendarahan direkodkan pada hari terakhir kejadian dua hari sebelum itu.

Razuin kemudiannya mengarahkan Dr Khairul Nizam Hassan dan Dr Mohd Razali Ibrahim untuk membantu beliau dan Dr Siew Sheue Seng melakukan pemeriksaan fizikal terhadap pengadu.

Beliau menjelaskan borang 'pro-forma' tersebut tidak sesuai untuk kes sodomi dan seterusnya mencatit sebahagian daripada maklumat pada sehelai kertas kosong.

"Saya isi 'pro-forma' tetapi kemudian Dr Siew kata borang ini tidak sesuai untuk kes ini. Selepas itu saya menulis di pada sehelai kertas dan kemudian menyerahkannya nota tersebut bersama 'pro-forma' kepada Dr Siew ," kata beliau di hadapan Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.

Timbalan Pendakwaraya (DPP) Yusof Zainal Abiden merujuk kepada mukasurat lima borang 'pro-forma'.

Razuin berkata beliau dimaklumkan oleh Saiful bahawa pengadu enggan diperlakukan dan badannya menjadi keras.

Beliau yang disoal balas Karpal berkata DSP Jude mengambil keterangannya sebanyak dua kali iaitu pada Januari 2010 dan Februari 2011 berhubung borang 'pro-
forma' yang ditulis sendiri oleh beliau.

Sebelum itu pendakwaya memanggil penyelia Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Ahmad Humaizi Awang memberi keterangan di kandang saksi.

Ahmad Humaizi memberitahu mahkamah bahawa kereta jenis Audi Wald bernombor plat WMK 6 adalah milik Anwar bin Ibrahim didaftarkan pada 25 Julai 2008.

Katanya, nombar daftar kenderaan tersebut sebelum itu didaftarkan kepada kereta jenis MG Rover berwarna hitam dikaitkan dengan kenderaan kepunyaan Anwar yang dilihat hadir ke kondo Desa Damansara melalui video rakaman kamera keselamatan (CCTV).

Pendakwaraya turut memanggil Ketua Pekerja pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ibrahim Yakob ke kandang saksi.

Ibrahim menjelaskan pada hari kejadian telah mengarahkan Saiful untuk menghantar sampul surat kepada Anwar di Kondominium Desa Damansara sekitar jam 12 tengahari yang ketika itu sedang bermesyuarat ekonomi bersama pakar-pakar.

"Saya sibuk dan suruh Saiful menghantarnya kepada Datuk Seri Anwar. Beliau menggunakan kenderaan MPV berwarna merah," jelas Ibrahim.

Beliau kemudian memberitahu mahkamah Saiful meletakkan jawatan pada 27 Jun 2008 melalui email kepada Anwar dan beliau.

"Dalam email dia (Saiful) kata, dia tidak dapat melakukan tugasan dengan baik," katanya lagi.

Hakim Zabidin kemudian menangguhkan perbicaraan jam 9 pagi esok untuk memberi ruang persediaan kepada peguam sebelum memanggil saksi terakhir DSP Jude.

Pakar Patologis : Tiada Kejadian Liwat Jika Zakar Tidak Sampai Ke Rektum

Posted: 08 Mar 2011 09:24 PM PST

09/03/2011

KUALA LUMPUR 9 MAC: Saksi ke-23 kes fitnah liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang Patologis Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Razween Rahimi menjelaskan kepada mahkamah bahawa beliau menandakan cubaan meliwat pada borang 'pro-forma' berikutan tidak pasti sama ada zakar tertuduh sampai ke rektum.

Razween seterusnya mengakui tiada perbuatan meliwat sekiranya zakar tidak sampai ke rektum apabila ditanya Karpal Singh.

"Saya keliru. Ada panetrasi pada dubur tapi saya tidak pasti ianya sampai ke rektum. Saiful cakap Anwar mencapai klimaks di dalam duburnya," jelas beliau.

Dalam keterangannya, Razween yang ketika itu bekerja sebagai pegawai perubatan forensik di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata telah dimaklumkan oleh pegawai perubatan hospital itu pada 28 Jun 2008 tentang mangsa liwat dan seterusnya mengarahkan laporan polis dibuat terlebih dahulu.

Sejurus tiba di HKL, beliau diperkenalkan kepada pengadu Saiful Bukhari Azlan oleh Superintenden Jude Blacious Periera dan kemudian merekodkan kejadian.

Saiful kemudian mendakwa diliwat tiga kali oleh Anwar tanpa rela selain dipaksa melakukan oral seks namun ditolak beliau.

Temubual selama setengah jam tersebut turut mencatit dakwaan Saiful mengalami pendarahan pada kali pertama dan kedua sewaktu diliwat.

"Menurut Saiful, ada pendarahan pada kali pertama dan kedua," katanya ketika mengisi borang tersebut pada 28 Jun 2008.

Namun menurut Razween, tiada sebarang bentuk pendarahan direkodkan pada hari terakhir kejadian dua hari sebelum itu.

Razween kemudiannya mengarahkan Dr Khairul Nizam Hassan dan Dr Mohd Razali Ibrahim untuk membantu beliau dan Dr Siew Sheue Seng melakukan pemeriksaan fizikal terhadap pengadu.

Beliau menjelaskan borang 'pro-forma' tersebut tidak sesuai untuk kes sodomi dan seterusnya mencatit sebahagian daripada maklumat pada sehelai kertas kosong.

"Saya isi 'pro-forma' tetapi kemudian Dr Siew kata borang ini tidak sesuai untuk kes ini. Selepas itu saya menulis di pada sehelai kertas dan kemudian menyerahkannya nota tersebut bersama 'pro-forma' kepada Dr Siew ," kata beliau di hadapan Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.

Timbalan Pendakwaraya (DPP) Yusof Zainal Abiden merujuk kepada mukasurat lima borang 'pro-forma'.

Razween berkata beliau dimaklumkan oleh Saiful bahawa pengadu enggan diperlakukan dan badannya menjadi keras.

Tiada ulasan: