WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- YANG MAHU KITA DENGAR DARI MERLIMAU...
- MACAM BIASA....AKTIVITI WAJIB BILA ADA PILIHANRAYA
- TV 3 SUKU MENGAMBIL ALIH TUGAS IBLIS DAN SYAITAN
- PKR DAN UMNO TIDAK MUNGKIN BOLEH SAMA
YANG MAHU KITA DENGAR DARI MERLIMAU... Posted: 02 Mar 2011 10:00 PM PST Cerita dari Merlimau Oleh: cucupakkasim "Kerenyih sampai telinga itu bahasa kasar gurkah-gurkah politik di'port' kepada Anwar selepas melihat riak wajah dia malam kelmarin dulu lebih kurang jam 2.45 pagi semasa dia dan konvoi berlepas pulang dari Melaka selepas membuat tiga perhentian untuk ceramah kempen di Merlimau. Laporan lain pula bagi tahu dekat gurkah-gurkah ini kata... masa dalam kereta Anwar membuat beberapa 'phone call' dan ayat yang didengar ialah "I am surprised, but i am damn happy!". Kiri kanan jalan sejauh satu kilometer lebih sikit penuh dengan kereta. 'Crowd' cukup besar, menjadikan jalan raya kawasan ceramah tersebut hanya satu lorong untuk laluan kereta sahaja. 'Crowd' malam tu...95 persen melayu, orang-orang tempatan semua, ini bermakna banyak undi boleh dipancing pada malam ceramah tu. Itu yang buat Anwar kata dia terkejut dan very happy. Yang best... pada masa yang sama juga kira-kira 1 kilometer dari tempat Anwar ceramah, BN juga ada buat ceramah dengan menampilkan superstar mereka si-anak omak KJ. Sedih... memang sedih kalau nak dibandingkan dengan ceramah Anwar. Yang ada selepas dihitung... ada laa lebih kurang dalam 120 orang dok dengar ceramah merapu dari KJ, benda lain yang di-perasan ialah, kebanyakan yang sedang dengar KJ berceramah tu dia orang punya pakaian... fuhhh..cukup smart... seluar hitam dengan baju BN warna biru (hitam dengan biru..memang striking laa..). Kasut pula berkilat, seluar yang dipakai pun boleh tau yang bukan murah punya, semua tempah... Size seluar dan baju...terpacak! Nampak macam mereka ini semua adalah Ketua-Ketua pemuda atau AJK-AJK pemuda. Kalau dilihat pada senario tu, gurkah-gurkah kata ini bukan kempen pilihanraya, ini macam mesyuarat pemuda... Kah..Kah..Kah.. Jadi, lagi sekali bila melihat pada suasana ini, gurkah-gurkah kata dengan tinggal lagi 2 hari nak undi, silap haribulan mau 'menungging' Ali Ketam. dollah yankee - Mana tau mungkin orang-orang Merlimau dah nak ubah selera pulak??!! Baru laa ... cempedak sudah jadi nangka ...
dari blog: http://dollahyankee.blogspot.com |
MACAM BIASA....AKTIVITI WAJIB BILA ADA PILIHANRAYA Posted: 02 Mar 2011 09:21 PM PST Pada pilihan raya kecil terbaru di Merlimau yang sedang berlangsung ini, NGO 1Malaysia mengulangi modus operandi dengan mengadakan makan tenghari dan makan malam secara percuma hampir setiap hari. Ia lazimnya dihadiri oleh pengundi bukan Melayu yang jumlahnya daripada ratusan dan ada kalanya mencecah ribuan. Sambil menjamu selera dengan di kelilingi poster gergasi Perdana Menteri, Datuk SeriNajib Abdul Razak dan logo rasmi 1Malaysia, mereka juga dihiburkan dengan persembahan daripada gadis-gadis muda dengan berpakaian seksi.Orang ramai yang menghadiri majlis itu juga berpeluang memenangi beberapa hadiah menarik dalam cabutan bertuah./Berita Penuh Di Malaysiakini |
TV 3 SUKU MENGAMBIL ALIH TUGAS IBLIS DAN SYAITAN Posted: 02 Mar 2011 07:00 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS KELMARIN TV3 suku mempersendakan artis terkenal Bob Lokman yang telah menyertai PAS malahan telah pun mula memasuki medan juang bersama PAS di Merlimau dan di Kerdau. Jika dulu, artis ini disanjung dan dipuja tetapi bila artis ini memilih untuk berubah kepada yang lebih baik maka beliau dipersendakan. Jika cara itu bukan cara Iblis dan Syaitan, cara siapa lagi? Bukankah Iblis dan Syaitan tidak akan bergembira sekiranya seseorang itu insaf dan ingin kembali mendekati Tuhannya? Saya ingin memperingatkan artis yang lain, jika kamu tidak mahu menyokong perjuangan Islam, kamu jangan terikut-ikut dengan rentak media yang berlidahkan Iblis dan Syaitan itu. Sekiranya ada mana-mana artis yang bersubahat dengan media berkenaan untuk memburuk-burukkan mana-mana artis yang ingin kembali ke pangkal jalan, kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengadakan kempen memboikot artis bangsat berkenaan Jika kamu tidak ada keberanian untuk berubah, jangan kamu hina orang yang mahu berubah. Biarkan TV3 suku bangsat itu yang bekerja untuk Iblis dan Syaitan. Kepada Bob Lokman, kamu telah memilih jalan yang betul. Walaupun usia kamu lebih banyak dihabiskan bersama mereka yang lalai itu, tetapi akhirnya kamu kembali kepada Islam. Kamu lebih mulia dari mereka yang memegang gulungan ijazah dari Universiti Al-Azhar tetapi masih berada di dalam gerombolan parti yang sekular sekutu Apco yahudi itu./wfauzdin.blogspot.com |
PKR DAN UMNO TIDAK MUNGKIN BOLEH SAMA Posted: 02 Mar 2011 12:20 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS PKR adalah parti berbilang kaum dan ugama, namun parti ini dilihat jauh lebih baik dari Umno atau Bn di dalam beberapa aspek. Apabila membaca penulisan di sini, yang menganggap bahawa PKR sama seperti Umno hanya kerana PKR akan mengadakan satu konsert hiburan bagi saya agak keterlaluan. Pertamanya, harus difahami PKR mempunyai keahlian daripada berbagai bangsa dan ugama termasuk kepimpinan di semua peringkat. Di dalam aspek hiburan seperti yang ingin dianjurkan oleh PKR itu, tentulah amat sukar buat PKR melaksanakan seperti apa yang telah PAS laksanakan. Apa yang PKR boleh lakukan, mereka hendaklah menentukan hiburan yang ingin mereka adakan itu tidak seperti hiburan yang mana Umno/Bn pernah adakan. PKR harus mempunyai identiti sendiri di dalam aspek hiburan ini kalaupun tidak mampu melaksanakan seperti yang telah PAS lakukan. Konsert hiburan yang berunsur Islam yang telah PAS adakan sebelum ini pun menjadi sasaran pihak mereka, apatah lagi jika PKR yang adakan. Sepatutnya konsert itu hanya terbuka kepada mereka yang bukan berugama Islam terutamanya bagi para penyokong PKR atau DAP serta masyarakat Non Muslim yang lain. Bagi pemimpin PKR atau ahli PKR yang berugama Islam, mereka tentu boleh berfikir sendiri samada konsert itu bertentangan dengan Islam atau tidak. Penganjurannya yang dikatakan untuk mendekatkan golongan remaja Non Muslim kepada PKR dikira satu kaedah yang baik . Justeru itu, amat cantik jika konsert itu dijemput artis-artis yang terdiri dari Non Muslim kerana kita mahukan mereka yang hadir itu terdiri hanya di kalangan Non Muslim sahaja. Untuk orang-orang Islam, PKR boleh anjurkan konsert yang bertepatan dengan kehendak Islam dan PAS mungkin boleh membantu dari segi bantuan nasihat perlaksanaannya. Pada saya, di dalam konsep hiburan ini PKR belum mampu untuk mengubahnya sekarang tetapi PKR mesti berusaha untuk mengubahnya. Apa pun, PKR jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Umno/Bn yang lebih kerap mengadakan konsert yang lebih menggila, termasuk di dalam TV. Bukan sahaja konsert, malah drama dan berbagai sitkom hiburan yang kerajaan anjurkan banyak yang melanggar hukum Islam serta nilai-nilai moral. PKR jarang sekali mengadakan konsert hiburan dan sepatutnya PKR lebih banyak mengadakannya asalkan penganjuran konsert hiburan yang dianjurkan tidak sama seperti yang Umno/Bn anjurkan./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan