Kami Sokong Tokguru |
Peringatan Untuk Ahli Dan Pimpinan PAS Posted: 02 Mar 2011 08:25 PM PST Tag: Isu Semasa Setiap pejuang Islam termasuk para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS diingatkan memainkan peranan lebih berkesan dalam dakwah kerana penubuhan PAS bukan semata-mata untuk politik Islam, tetapi juga berdakwah. Oleh itu, setiap pemimpin dan ahli-ahli PAS bukan sahaja perlu mendekati orang-orang Islam, tetapi juga mereka yang bukan Islam bagi mengajak mereka bersama-sama mengesakan Allah di muka bumi ini. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, menyedari hakikat itulah, PAS sentiasa bersedia menjalin kerjasama dengan mereka yang bukan Islam asalkan mereka boleh menerima perjuangan PAS. Menurut beliau, perkara itu memang sudah amat jelas sejak sekian lama dan ia tidak sepatutnya disalah anggap oleh pihak-pihak lain, melainkan mereka yang sememangnya berniat tidak baik terhadap PAS. "Dalam rangka kerjasama dengan mereka yang bukan Islam, kita tidak perlu takut ditipu kerana sekiranya ditipu cukuplah bagi kita Allah yang menolong kita," katanya dalam pertemuannya dengan para editor dan wartawan Harakah serta Harakahdaily di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini. Jadi kepada yang beragama Islam, menurut beliau, tetapi tidak beramal dengan ajaran Islam, perlulah didekati oleh para pemimpin dan ahli-ahli PAS untuk menyedarkan mereka supaya kembali ke jalan Allah. "Manakala kepada yang bukan Islam, perlulah kita dekati mereka untuk mengajak mereka bersama-sama dengan kita untuk mengesakan Allah," katanya. Dalam pertemuan itu, beliau turut mengingatkan, dalam menyampaikan dakwah, penulisan merupakan suatu medium yang amat berkesan, lebih-lebih lagi dengan kewujudan internet kini sehingga membolehkan munculnya media online. Sejajar dengan itu, setiap penulisan perlulah dioleh dengan baik agar mendatangkan kesan yang baik kepada mereka yang menjadi sasaran penulisan itu dan pihak lain yang turut membacanya. Beliau turut mengingatkan agar setiap penulisan yang dihasilkan oleh para editor dan wartawan Harakah dan Harakahdaily bersih dari serangan peribadi seseorang kerana ia boleh menimbulkan kesan tidak baik dalam kegiatan dakwah. "Jika kita hendak membetulkan Umno BN, fokus kita adalah dengan menegur dasar-dasarnya yang tidak betul, penyelewengan yang dilakukan, salah guna kuasa yang berlaku dan sebagainya," tegasnya. Dalam menyampaikan dakwah pula, beliau turut mengingatkan semua pihak agar berhemah dan berdakwah dengan lemah lembut seperti yang diarahkan oleh Allah kepada Nabi Musa dan Harun ketika berdakwah kepada Firaun. "Dengan itu, barulah dakwah kita akan mendatangkan kesan yang baik, bukannya dengan cara berperang. Malah kalau berperang pun, kita tetap juga diperintahkan Allah agar menjaga syarat-syaratnya kerana dalam Islam, berperang pun adalah juga untuk berdakwah," ujar beliau -ijoks2009- Sebagai pendakwah mestilah bijak dalam berdakwah,jika dengan cara menghina dan mencari keaiban musuh,kita tak ubah sama saja dengan mereka.Tunjukkan akhlak islam sebenar kepada musuh.macam kata Bob Lokman jika kena kaedah dan caranya bukan sahaja Hisyamudin Tak mustahil najib pun boleh masuk pas. Jika Rasulullah s.a.w berdakwah secara kasar dan membalas kejahatan dan cacian musuh-musuh dengan cacian juga tak mungkin Islam dapat berkembang macam hari ini.Jika Rasulullah s.a.w memberi keizinan pada malaikat untuk meruntuhkan kota Thaif ketika baginda dilontarkan dengan batu oleh pemuda-pemuda jahiliah pada masa itu adakah islam akan dapat bertapak di Thaif pada hari ini? Dekatilah mereka secara berhikmah. "Ya Allah, ampunilah kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui". (Riwayat al-Bukhari, no. 3218 & 6417 dan Muslim, no. 3347) | ||||
Sewa Rumah RM 1000 Sehari Di Kerdau Posted: 02 Mar 2011 03:13 PM PST Tag : Isu Semasa
Ternyata pilihan raya membuka pintu rezeki kepada mereka yang bijak mencari peluang dan itulah yang berlaku ketika ini. Poster rumah yang boleh disewa dapat dilihat di mana-mana saja di sekitar pekan Kerdau sejak hari penamaan calon, 26 Februari lalu. Bagi yang nampak dengan peluang itu, mereka sedar petugas pilihan raya terutama dari parti Barisan Nasional (BN) yang datang dari seluruh negara, pasti mahu mencari rumah sewa hingga hari membuang undi, 6 Mac ini. Seorang ejen rumah sewa, Rahmat Talib, 48, berkata, masih ada dua rumah di Kampung Ketam dan Desa Murni Kerdau yang masih belum disewa oleh sesiapa. "Saya sudah beberap kali mendapat panggilan untuk menyewa rumah itu tetapi apabila saya sebutkan harganya, ramai yang tidak jadi. Mungkin ia agak tinggi tetapi kedua-dua rumah itu lengkap dengan segala kemudahan seperti penyaman udara, perabot dan kelengkapan lain. "Rumah di Kampung Ketam itu memang tidak berpenghuni dan ia milik saudara saya. Pemiliknya menetap di Perak tetapi saya berani jamin rumah itu terjaga dengan baik. "Bagi rumah di Desa Murni Kerdau pula, pemiliknya sanggup pindah sementara ke rumah ibunya yang terletak bersebelahan jika ada orang yang mahu menyewa rumahnya itu," katanya. Rahmat berkata, sepanjang PRK DUN Kerdau ini, beliau sudah berjaya mencari penyewa untuk beberapa rumah yang kini diduduki kakitangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta petugas Umno dari beberapa negeri. "Mulanya harga sewa rumah di Kampung Ketam dan Desa Murni Kerdau ini lebih mahal lagi tetapi memandangkan hari mengundi sudah semakin hampir, maka saya sedia mengurangkan harganya," katanya. mymetro -ijoks2009- Itu sajalah peluang rakyat biasa nak tambah pendapatan,tunggu pilihanraya kecik.Tiap kali PRK disamping projek mee segera,dapat jumpa orang-orang besar dari kayangan putrajaya ,apa saja yang diminta pasti dibagi.Jika tidak kerana PRK jangan harap nak jumpa dan ambik tahu masaalah rakyat.Saya tengok macam nilah trend parti politik di Malaysia,hanya mendekati rakyat setiapkali pilihanraya,lepas pilihanraya,lesap tunggulah 5 tahun lagi atau kalau2 ada PRK lagi.Sepatutnya kalau betul YB berjiwa rakyat sekurang-kurangnya turunlah sebulan sekali misalnya takpun 2 bulan sekali mendengar masaalah rakyat bawahan. |
You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan