WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Semakin Hebat Diaibkan, Semakin Ramai Sokong Anwar
- SAYA BUKAN LELAKI DALAM VIDEO TERSEBUT
- Anwar : Video Seks Fitnah Diselaras Pada Peringkat Tertinggi (KEMASKINI)
- Saifuddin : Video Seks Serangan Peribadi
- Mahkamah Tangguh, Hakim Semak Keputusan Perbicaraan Dalam Perbicaraan
- Penulis blog setuju henti siar artikel fitnah Rais
Semakin Hebat Diaibkan, Semakin Ramai Sokong Anwar Posted: 21 Mar 2011 06:39 AM PDT PETALING JAYA 21 MAC: Walaupun dikaitkan dengan pelbagai fitnah termasuk digelar agen Yahudi, pengamal hemoseksual dan terbaru dikaitkan dengan video rakaman seks yang diedarkan hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah hilang sokongan rakyat. |
SAYA BUKAN LELAKI DALAM VIDEO TERSEBUT Posted: 21 Mar 2011 05:11 AM PDT |
Anwar : Video Seks Fitnah Diselaras Pada Peringkat Tertinggi (KEMASKINI) Posted: 21 Mar 2011 05:07 AM PDT 21/03/2011 » Video Seks- Bahan Reka Cipta Untuk Aibkan Anwar, Kata PAS PETALING JAYA 21 MAC : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti awal dalam menolak dakwaan fitnah beliau kononnya dirakam mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Febuari lalu. Anwar menegaskan beliau mempunyai rekod membuktikan pada hari kejadian itu didakwa berlaku, beliau mengemaskini maklumat di Twitternya dan berada di rumah bersama isteri, anggota keluarga lain termasuk cucunya dan kakitangan yang bekerja untuk beliau. Anwar menegaskan beliau akan membuat laporan polis bersabit video itu pagi esok di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi. " Tindakan mengundang pertubuhan media tertentu untuk menyaksikan video berkenaan diselaraskan pada peringkat tertinggi,"tegas Anwar. Beliau berkata, dalam video itu mempunyai sokongan langsung pihak berkuasa dan membabitkan polis cawangan khas serta penggunaan peralatan canggih. Anwar juga berkata orang yang dirakam melakukan persetubuhan itu jelas mempunyai "perut yang jauh lebih besar" berbanding beliau Klip video itu ditayangkan untuk pihak media yang terpilih pagi tadi di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 21 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan. |
Saifuddin : Video Seks Serangan Peribadi Posted: 21 Mar 2011 01:59 AM PDT VIDEO SEPERTI INI PERNAH DI PERTONTONKAN SEJAK 12 TAHUN DAHULU.KENAPA SEKARANG INYA DITIMBULKAN SEMULA? SEBANYA IALAH KERANA KEPUTUSAN MAHKAMAH MENGENAI DNA DI DAPATI TIDAK KUKUH SEHINGA MEMAKSA ANWAR MEMBERIKAN DNA NYA. APA YANG PALING PENTING SEKARANG IALAH MOTOF MENGALIHKAN PANDANGAN UMUM PILIHANRAYA SARAWAK YANG MANA SEKIRANYA JATUH BANYAK KERUSI PARLIMEN, SUDAH TENTULAH SAHAM BN AKAN TERGUGAT. SELAIN ITU..ISU INI AKAN DI BAWA KEPADA PILIHANRAYA UMUM.KENAPA DATO "T" ATAU SI TOLOL INI TIDAK MENDEDAHKAN TERUS SAHAJA , AKAN TETAPI HANYA MENGELUARTKAN KENYATAAN BAHAWA INI ADALAH SEBUAH RAKAMAN YANG DI LAKUKAN DI SEBUAH HOTEL DI KUALA LUMPUR... ADAKAH ANWAR MELAKUKANNYA DI KUALA LUMPUR??? SEDANGKAN BELIAU SERINGKALI BERADA DI LUAR NEGARA...JADI KESIMPULANNYA ,IANYA ADALAH SKRIP BARU DALAM DRAMA "SODOMEE....." Setelah semuanya gagal, kini datang video palsu? SHAH ALAM : Seorang pemimpin pembangkang yang didakwa mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur menafikan fitnah itu dan akan memberi kenyataan penuh dalam masa terdekat. "Beliau menafikan semua ini dan akan menjawab secara lebih terperinci dalam masa terdekat," kata seorang pegawai kepada pemimpin berkenaan kepada TV Selangor. Wartawan menonton video selama 21 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan. |
Mahkamah Tangguh, Hakim Semak Keputusan Perbicaraan Dalam Perbicaraan Posted: 21 Mar 2011 12:15 AM PDT 21/03/2011 Share KUALA LUMPUR 21 MAC: Perbicaraan kes fitnah kedua ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersambung hari ini ditangguhkan pada Rabu bagi memberi laluan kepada hakim Zabidin Mohd Diah menyemak penghakimannya pada prosiding perbicaraan dalam perbicaraan sebelum ini. Beliau terdahulu diminta menyemak semula penghakimannya oleh pihak pendakwwaan berhubung keputusan berkenaan dan juga mahu mahkamah mengarahkan Anwar menyerahkan sampel DNAnya bagi tujuan profailing.
|
Penulis blog setuju henti siar artikel fitnah Rais Posted: 21 Mar 2011 12:06 AM PDT March 21, 2011 KUALA LUMPUR, 21 Mac — Seorang penulis blog, yang disaman oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berhubung satu artikel yang didakwa memfitnah beliau, bersetuju berhenti daripada menyiarkan tulisan itu, demikian menurut peguam bagi menteri itu hari ini. Badrul Munir Bukhari, peguam yang mewakili Rais, berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh Rais bagi menghalang Amizudin Ahmat daripada terus menyiarkan artikel dalam blog, sharpshooterblogger.blogspot.com. sehingga saman oleh Rais terhadap Amizudin selesai. Badrul Munir memberitahu pemberita bahawa permohonan itu dibenarkan berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak. Amizudin diwakili peguam Gan Chee Wei. Mahkamah menetapkan 6 April ini untuk pengurusan kes tuu. Pada 2 Feb lepas, Rais berjaya dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi untuk mengarahkan Amizudin mengeluarkan daripada blognya artikel berkenaan dan gambar Rais. Hakim juga membenarkan permohonan Rais bagi menghalang Amizudin atau ejennya daripada terus menyiarkan artikel didakwa berunsur fitnah itu atau yang seumpamanya terhadap beliau sehingga permohonan inter-parte itu selesai. Pada 31 Jan, Rais memfailkan saman fitnah terhadap Amizudin, yang juga anggota jawatankuasa sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung artikel yang disiarkan dalam blog Amizudin, bersama gambar Rais, sekitar 28 Dis tahun lepas. Beliau menuntut antara lainnya ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk selain perintah terhadap defendan supaya mengeluarkan daripada blognya artikel itu dan melarangnya daripada terus menyiarkannya. Dalam kenyataan tuntutannya, Rais, 69, berkata maksud artikel dalam bahasa Melayu itu berniat jahat dan memfitnah beliau. Katanya tulisan itu membawa makna beliau bersalah melakukan jenayah serius merogol dan mampu membunuh pembantu rumah beliau dari Indonesia. Rais juga berkata tulisan fitnah itu membawa maksud beliau seorang manusia dan/atau pemimpin yang tidak bermoral. Menteri itu berkata bahawa ekoran daripada penerbitan artikel itu, reputasi beliau sebagai seorang individu dan/atau sebagai seorang profesional di peringkat nasional dan antarabangsa telah tercemar teruk, dan membuat beliau malu dan tertekan. Rais telah menafikan alegasi itu selepas seorang penulis blog menamakan beliau. Ekoran itu, seorang wanita yang pernah bekerja dengan beliau selama lapan tahun, dilaporkan oleh sebuah portal berita Indonesia, telah menafikan yang beliau pernah dilayan buruk atau dirogol oleh majikannya. — Bernama
|
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan