WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Letupan Loji Nuklear : Kadar Radiasi Meningkat Mendadak
- Loji Nuklear Jepun Alami Letupan Ketiga
- Pakatan Anjurkan Dialog Mengenai Interlok
- Diari siasatan lengkap dibuat selepas setahun kematian Teoh
- SPRM Digesa Siasat BN Perak, Salahguna Kuasa
- Khalid: Bukan Senang Mengawal Risiko Loji Nuklear
- KARPAL BERI AMARAN KEPADA UTUSAN MELOYA....AKHBAR FITNAH TERULUNG NEGARA
- Jelajah 'DNA' Tangkis Serangan Pada Anwar
- Pakatan Bidas Peguam Negara
- AWAS...JAGA ANAK KITA..BIAR ORANG UMNO SAJA GUNA..SEBAB MEREKA TAK MEMBACA
- Kes Anwar : Campur tangan politik makin jelas, kata Karpal
- Silap selangkah hancur kesemuanya: PAS menghadapi cabaran transformasi
- Lagi gempa 5.8 magnitud landa Jepun
- Loji nuklear ketiga Fukushima meletup
Letupan Loji Nuklear : Kadar Radiasi Meningkat Mendadak Posted: 14 Mar 2011 08:37 PM PDT 15/03/2011 TOKYO 15 MAC : Tahap radiasi lebih tinggi 400 kali ganda dicatatkan hari ini di wilayah utara ibu negara Jepun, Tokyo selepas gempa bumi memusnahkan loji kuasa nuklear, lapor Kyodo News. Mengikut laporan Reuters angin perlahan yang bertiup dari loji nuklear Fukushima Daiishi akan memberi kesan terhadap wilayah Kyoto termasuk Tokyo. Menurut laporan terkini tahap radiasi kini berada pada tahap yang boleh mengancam kesihatan dan penduduk yang berada pada radius 30km daripada loji nuklear dinasihatkan berada di dalam rumah. Sebelum ini satu letupan dilaporkan di reaktor tenaga nuklear ketiga di kawasan timur laut Jepun awal hari ini - kejadian ketiga dalam empat hari selepas negara itu dilanda gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu. Seorang jurucakap agensi nuklear berkata letupan itu didengar sekitar pukul 6.10 pagi tadi (5.10 pagi waktu Malaysia). Jurucakap berkata, agensi keselamatan nuklear negara berkenaan memberitahu ia sudah dimaklumkan oleh pengendali loji bahawa tahap radiasi di Ibaraki sudah meningkat. |
Loji Nuklear Jepun Alami Letupan Ketiga Posted: 14 Mar 2011 08:34 PM PDT 15/03/2011 JEPUN 15 MAC : Satu letupan dilaporkan di reaktor tenaga nuklear ketiga di kawasan timur laut Jepun awal hari ini - kejadian ketiga dalam empat hari selepas negara itu dilanda gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu. Seorang jurucakap agensi nuklear berkata letupan itu didengar sekitar pukul 6.10 pagi tadi (5.10 pagi waktu Malaysia). Paras radiasi yang dikeluarkan selepas letupan itu melepasi had yang dibenarkan, lapor agensi berita Kyodo. Beberapa pekerja di reaktor Unit 2 juga dibawa keluar. Letupan itu terjadi ketika jurutera-jurutera Jepun cuba memasukan air laut ke dalam Unit 2 loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi selepas paras air pendingin turun, sekali gus mendedahkan rod-rod bahan api uranium. Dalam pada itu, laporan Reuters menyebut ekoran letupan terbaru pagi ini kadar radiasi telah meningkat empat kali ganda. Menurut Tokyo Eletcric Power Co, agensi keselamatan telah merekodkan bacaan radiasi yang meningkat sehingga paras 8,217 microsievert sejam pada pukul 8.30 pagi tadi (waktu Jepun) berbanding 1,941 kira-kira 40 minit sebelum itu. Pihak berkuasa di kompleks tenaga nuklear Fukushima Daiichi, yang rosak teruk ekoran tsunami dan gempa bumi Jumaat lalu, sedang cuba untuk mengelakkan kecairan di ketiga-tiga reaktor yang digunakan. Pihak berkuasa Jepun berkata tahap itu perlu mencapai paras sejuta atau lebih - peringkat yang boleh menyebabkan masalah kesihatan secara besar-besaran. Tokyo Electric Power Co juga berkata pihaknya sedang membuka injap pada saluran tekanan reaktor untuk memasukkan air laut. Unit 1 dan Unit 3 juga sebelum ini menyaksikan penurunan paras air tetapi dimasukkan air laut.
|
Pakatan Anjurkan Dialog Mengenai Interlok Posted: 14 Mar 2011 04:34 PM PDT
|
Diari siasatan lengkap dibuat selepas setahun kematian Teoh Posted: 14 Mar 2011 04:26 PM PDT 15/03/2011
KUALA LUMPUR, 14 Mac – Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock hari ini diberitahu diari penyiasatan yang lengkap mengenai soal siasat bekas setiausaha politik exco Selangor itu dibuat selepas setahun kematiannya. Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari Putrajaya Arman Alies berkata diari pada Ogos 2010 itu merupakan hasil laporan kedua selepas laporan pertama pada Julai 2009, yang ditulis dalam komputer riba miliknya, hilang akibat diserang virus. Arman juga memberitahu prosiding hari ini bahawa beliau tidak menyimpan "soft copy" laporan pertamanya itu. "Laporan pertama yang saya buat telah diserahkan kepada Jawatankuasa Aduan SPRM selepas keterangan saya diambil oleh polis pada 18 Julai 2009," katanya. Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu. Arman turut memberitahu hasil laporan kedua itu dibuat berdasarkan ingatannya sahaja dan berpandukan kepada dua helai kertas A4 yang telah dibuat catatan olehnya semasa temu bual dengan Teoh pada 16 Julai 2009. Ketika ditanya Peguam Edmund Bon, apa tujuannya membuat laporan kedua itu, Arman berkata: "Saya membuat laporan untuk tujuan simpanan saya." Beliau turut bersetuju dengan Edmund bahawa perkataan "kekerasan tidak digunakan" ditambah dalam laporan kedua yang disediakan olehnya. "Saya menambah perkataan itu untuk mengelakkan daripada tohmahan dan saya cerita benda yang benar," katanya. Arman juga tidak bersetuju dengan Edmund bahawa beliau tidak menulis perkataan "kekerasan tidak digunakan" dalam laporan pertama kerana beliau tidak berperasaan serba salah mengenai apa yang berlaku di dalam bilik bersama Teoh. Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya itu, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen memutuskan supaya kesemua komputer termasuk komputer riba dan telefon bimbit milik Arman diambil dan diserahkan kepada penyiasat persendirian Michael Leslie Squires untuk disiasat. "Kesemua komputer riba dan telefon bimbit milik pegawai lain yang terlibat akan diambil jika perlu untuk mengetahui kandungan dan butiran yang berkaitan," katanya. Sebelum ini, peguam Christoper Leong dari Majlis Peguam telah mencadangkan kepada suruhanjaya untuk mengambil semua dokumen termasuk komputer, telefon bimbit dan memo milik pegawai SPRM lain yang terlibat dalam penyiasatan Teoh. Selain Foong, suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T. Selventhiranathan, Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom. Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Jan lepas, antara lain bagi menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat ''keputusan terbuka'' berhubung kes itu. – Bernama
|
SPRM Digesa Siasat BN Perak, Salahguna Kuasa Posted: 14 Mar 2011 04:24 PM PDT
PERAK 15 MAC : Sekurang- kurangnya 20 penduduk Gunung Cheroh, Ipoh membuat satu laporan polis kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kepimpinan UMNO Barisan Nasional Perak yang didakwa menyalahgunakan kuasa demi kepentingan peribadi mereka berhubung isu pemberian hak milik tanah kepada syarikat Fasa Unggul Sdn Bhd baru-baru ini. Adun Buntong, A Sivasubramaniam berkata, selain membuat laporan kepada SPRM pihaknya turut menggesa kerajaan negeri itu bersikap prihatin terhadap kesusahan dan kebajikan rakyatnya. "Tujuan kita semua datang ke sini adalah untuk membuat laporan terhadap sprm kerana kita dapati ada unsur-unsur penyalahgunaan kuasa di mana kebanyakan penduduk telah menetap di tempat ini lebih kurang 70 tahu, "Jadi laporan ini akan dibawa kepada tuan atau puan majisteret di mahkamah terhadap kes yang akan didengar pada 23 Mac ini supaya menangguhkan penguatkuasaan terhadap rumah mereka dan kita juga akan turut menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Perak supaya beliau dapat menolong rakyat miskin ini," kata Siva Sebelum ini, satu notis mengosongkan kawasan penempatan itu dikeluarkan berikutan pemberian hak milik tanah penempatan tersebut kepada sebuah syarikat pemaju di negeri itu baru-baru ini. Menurut Sivasubramaniam, tindakan kerajaan negeri memberikan kelulusan kepada pihak lain dan bukan kepada penduduk kawasan terbabit menimbulkan keraguan pihaknya memandangkan penempatan ini sudah didiami sehingga generasi ketiga. Subramaniam berkata, permohonan penduduk bagi mendapat milikan penempatan ini juga menemui jalan buntu apabila beberapa rayuan yang dibuat tidak diendahkan kerajaan negeri dan Pejabat Tanah negeri itu. Jelas Sivasubramaniam, laporan tersebut juga berikutan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan terhadap pihak peguambela dan peguamcara V.Selva & Assoc. dengan mengarahkan penduduk di kawasan terbabit mengosongkan tanah yang mereka duduki sejak 80 tahun yang lalu. Dalam pada itu, seorang penduduk yang ditemui berkata, beliau turut mendakwa Ketua MIC Perak, Thangeswari meminta bayaran RM 10,000 sebagai yuran bagi memperjuangkan keadilan mereka dalam memiliki penempatan tersebut.
|
Khalid: Bukan Senang Mengawal Risiko Loji Nuklear Posted: 14 Mar 2011 04:17 PM PDT
KUALA LUMPUR 14 MAC: Susulan insiden kebocoran reaktor nuklear Tepco di Jepun, Pakatan Rakyat sekali lagi menyatakan kesangsiang mereka terhadap cadangan pembinaan loji nuklear di negara ini. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kejadian luar kawalan yang berlaku di negara matahari terbit itu harus dijadikan iktibar. "Kami Pakatan rakyat sentiasa menyatakan kesangsian kita terhadap projek ini. Kalau kita ada pilihan lain, kita mencadangkan adalah alebih baik kerajaan Malaysia gunakan selain daripada nuklear," kata Khalid. Beliau berkata demikian selepas perjumpaan bersama kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan wakil Duta Jepun di Kedutaan Jepun pagi tadi, bagi menzahirkan ucapan takziah dan meyuarakan simpati mereka terhadap mala petaka yang menimpa wilayah Timur Laut Jepun itu. "Pengalaman di Jepun menunjukkan bukan senang mahu kawal kerosakan yang berkaitan dengan nuklear, terutama dengan kesan radiasi dan bahan uranium," ujar Khalid. Kesempatan itu juga Khalid turut menyampaikan sokongan serta kesediaan Selangor untuk menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan. Khalid berkata, kerajaan Selangor mencadangkan dua bentuk bantuan dalam usaha membantu mangsa gempa bumi dan tsunami dearah Sendai, Jepun dimana kebanyakan penduduk adalah petani dan nelayan. Pertama adalah memberikan sumbangan kepada badan sukarelawan antarabangsa, Red Cross dan kedua menawarkan khidmat jururawat terlatih bagi meringankan beban mangsa yang trauma akibat bencana ini. Khalid turut menyampaikan pesanan daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang menyuarakan keprihatinan mereka terhadap mangsa dan menyatakan akan sentiasa berdoa untuk keselamatan serta kesejahteraan rakyat Jepun. |
KARPAL BERI AMARAN KEPADA UTUSAN MELOYA....AKHBAR FITNAH TERULUNG NEGARA Posted: 14 Mar 2011 07:06 AM PDT Karpal beri amaran : Jangan Guna media TV3 suku,RTM ! RTM 2...Kalau mau ke Mahkamah
KUALA LUMPUR 14 MAC: Peguambela Karpal Singh memberi amaran kepada pihak media arus perdana untuk tidak mengeksploitasi perbicaraan fitnah liwat 2, terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, mana-mana pihak yang berhasrat berbuat demikian untuk bersiap sedia dikenakan tindakan menghina mahkamah. "Saya memberi amaran kepada sesiapa yang cuba mengeksploitasi perbicaraan ini terutama Utusan Malaysia, kalau mereka tidak berjaga-jaga, bersiap sedia untuk masuk ke penjara," kata Karpal ketika ditemubual di perkarrangan mahkamah pagi tadi. Selain Utusan, Karpal turut menegur New Straits Times kerana membocorkan maklumat hujah pemohonan pendakwaraya untuk mendapatkan DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim sehari sebelum mahkamah bersidang. Pendedahan itu disusuli bantahan pertubuhan badan bukan kerajaan pro Umno-BN dan penyokong Umno sendiri di beberapa negeri yang menuntut Anwar menyerahkan DNA untuk tujuan penganalisaan. Bagaimanapun sambutan terhadap protes itu hambar dengan kira-kira 50 orang sahaja menghadirinya di Petaling Jaya. Peguamcara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden menafikan di mahkamah bahawa pejabat Peguam Negara bersekongkol dengan Utusan Malaysia dan media lain untuk membocor dokumen hujah beliau sehari sebelum dikemukakan di mahkamah. Sehubungan dengan itu, Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah memberi amaran supaya tiada mana-mana pihak yang cuba mencampuri urusan mahkamah selagi perbicaraan berlangsung. Karpal menyifatkan perbuatan membocorkan hujah pendakwaraya bertujuan mempengaruhi hakim untuk mengarahkan Anwar seraya mengaburi mata rakyat tentang hujah pendakwaan yang rapuh. Tambahnya, semua pihak perlu memandang serius kesalahan menghina mahkamah sekaligus melindungi integriti kehakiman negara. "Perkara utama adalah apa yang berlaku semalam. Tidak pernah terjadi permohonan disiarkan di internet, ini pertama kali. Serta cara Utusan dan NST membawa perkara itu. "Saya harap amaran daripada hakim diambil serius," ujar Karpal lagi. |
Jelajah 'DNA' Tangkis Serangan Pada Anwar Posted: 14 Mar 2011 07:02 AM PDT Jelajah 'Dato Najib Altantunya ' Tangkis Serangan Pada Anwar 14/03/2011 Share
Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menggerakkan jenteranya di seluruh negara dengan membangkitkan semula isu kontroversi sekitar kematian model Mongolia Altantuya Shaariibuu yang didakwa sesetengah pihak melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Program itu dirancang sebagai tindak balas kepada demonstrasi bersama - antaranya melibatkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) - bagi mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA kepada pihak pendakwaan di mahkamah. Ia akan digelar DNA sebagai singkatan untuk "Datuk Najib Altantuya", kata setiausaha agungnya Saifuddin Nasution dalam sidang media selepas mesyuarat majlis tertinggi Pakatan Rakyat di parlimen. Saifuddin (kiri) yang juga anggota parlimen Machang berkata program itu melibatkan ceramah dan pengedaran risalah. Ditanya tentang bantahan kumpulan NGO di ibu pejabat PKR semalam, Anwar mengaitkannya dengan usaha Umno untuk menanganinya. Menurut ketua pembangkang itu, beliau tidak takut menyerahkan sampel DNA, tetapi memandang berat kaedah yang digunakan oleh pendakwaan dan siasatan pihak polis. Secara sinis, beliau berkata dimaklumkan oleh "Tuan Judi" bahawa sampel itu disimpan dalam kabinet, bukan peti ais. Justeru, beliau meminta ditunjukkan pakar manakah yang akan menerima keputusan sebegitu.-malaysiakini |
Posted: 14 Mar 2011 07:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 14 MAC: Pakatan Rakyat menggesa kerajaan Umno-BN supaya menghormati sistem keadilan sejagat dan menjadi ahli Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
|
AWAS...JAGA ANAK KITA..BIAR ORANG UMNO SAJA GUNA..SEBAB MEREKA TAK MEMBACA Posted: 14 Mar 2011 03:07 AM PDT Larangan Penjualan Botol Susu Bayi Polikarbonat Berkuat Kuasa 1 Mac 2012 14/03/2011 Share PUTRAJAYA 14 MAC : Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan serta penggunaan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA) berkuat kuasa 1 Mac 2012. Liow Tiong Lai berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak. "Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya. Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini Isnin. "Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai". Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah, Menurutnya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan. Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya. "Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya. Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian. Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing. Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya. Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http://moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my. |
Kes Anwar : Campur tangan politik makin jelas, kata Karpal Posted: 14 Mar 2011 02:40 AM PDT Kes Anwar :DULU SAKSI UTAMA KERAJAAN CUMA AZIZAN...KINI SAKSI UTAMA SAIFOOL....CORAK SAMA ..DRAMA LAIN-LAIN...YANG NI TAK BERAPA CERDIK..DULU PUN BINGAI JUGA...TILAM TAK BERLAPIK,TARIKH CONDO TAK SIAP DI UBAH,DAN PALING BESAQ BARUA UMI HAFILDA.... KALI NI MACAM LAIN PULAK....SAIFOOL TAK BERAK 2 HARI..TARIKH JUMPA PUN BERCELARU...KALAU 2 HARI 2 MALAM TAK BERAK.....AKU TAK TAU LA....KEMUDIAN , AMBIK DNA DI LOKAP, MAI BUBUH KAT PUNGKOQ SAIFOOL...ADOIIII INGAT ORANG ASAL PUN DAH CERDIK DAH KALAU BACA......POLITIK...POLITIK..POLITIK...... Ditulis oleh Hadri Yaziz 14/03/2011
KUALA LUMPUR 14 MAC: Campur tangan politik dalam kes fitnah liwat 2, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terserlah dengan cubaan pasukan pendakwaan memanipulasi peruntukan undang-undang untuk memaksa beliau memberikan sampel DNA, kata peguambela Karpal Singh. Peguamcara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden hari mendesak Hakim Zaibdin Mohamad Diah untuk mengarahkan Anwar memberi sampel darah untuk ujian DNA sungguhpun tidak ada undang-undang sedemikian, tambah Karpal. Peguam veteran itu berkata Yusuf kini berusaha untuk "membina" semula kes terhadap Anwar menerusi ujian DNA setelah Pegawai Penyiasat Jude Pereira mengesahkan beliau memberi keterangan yang bercanggah dan mencurigakan. "Memang kes ini dipolitikkan. Malah tidak syak lagi DPP (Yusof) telah digunakan dan dieksploitasi oleh ahli politik. Dia juga turut mahu tutup kes selepas pegawai penyiasat (Jude) memberi keterangan. "Dia mengajukan perkara itu kepada mahkamah. Kami terkejut apabila dia kembali dan mahu membuat dua permohonan. Jadi sudah tentu ada seseorang yang wujud di tengah untuk bertujuan politik. Kes ini dieksploitasi oleh ahli politik," jelasnya. Antara lain, Jude mengesahkan beliau melanggar peraturan Jabatan Kimia dan Polis diraja bersabit prosedur menyimpan bukti. Beliau juga mengesahkan memberi keterangan palsu sebagai yang diperakui oleh Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia(Suhakam) tahun lalu bersabit penahanan lima peguam tanpa waran. Selasa lalu, Zabidin memutuskan polis memperolehi bukti DNA terhadap Anwar secara tidak sah apabila menahan beliau semalaman di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada 16 Julai 2008. Anwar dan dua peguamnya mengesahkan polis tidak memberikan asas penangkapan ke atas Anwar dan waran tangkap pula yang diberikan kepada Anwar tidak sama dengan yang dikemukakan di mahkamah. Yusof tidak merayu terhadap keputusan berkenaan serta merta tetapi menunggu hampir tiga hari dan selepas Jude memberi keterangan untuk berbuat demikian, sekali gus menimbulkan spekulasi Pejabat Peguam Negara menerima tekanan politik untuk mengubah keputusan hakim itu. Dalam hujahnya pagi tadi, Yusof sekali lagi mengkitar semula hujah beliau dengan mendakwa penahanan Anwar pada 16 Julai 2008 tidak salah disisi undang-undang. Karpal menegaskan Yusof berhujah dalam secara terdesak kerana mengandaikan sampel DNA yang diambil pada tubuh Saiful disahkan milik Anwar dan justeru itu mahukan Anwar memberikan sampel darah untuk tujuan perbandingan. Karpal berkata Anwar menjadi mangsa bukti reka cipta polis pada tahun 1998 dan terpaksa mengorbankan enam tahun di penjara. Justeru mantanTimbalan Perdana Menteri amat mencurigai sebarang pengambilan bukti yang membabitkan pengawasan polis, khususnya sampel darah untuk ujian DNA. "Persoalannya tidak timbul malah sebentar tadi DPP (Yusof) mengandaikan sampel DNA telah disahkan. Setakat ini tiada apa yang disahkan. (Dan) undang-undang di negara ini jelas. Anda tidak boleh memaksa seseorang untuk memberi DNA dalam apa cara sekali pun. Karpal berkata Yusuf cuba mengelirukan mahkamah dengan menyamakan sampel untuk ujian DNA Anwar sama seperti mengambil cap jari untuk tujuan perbandingan. "Ia bukan untuk tujuan perbandingan. Saya rasa dia (Yusof) memberi analogi cap jari dan tulisan di mana mahkamah boleh membuat arahan itu dan menyamakannya kepada pengambilan sampel darah. Undang-undang adalah sangat jelas dalam isu ini dan sekiranya ada pihak yang memaksa untuk mendapatkan sampel sedemikian, anda boleh menyaman mereka," tegas beliau. Esok Karpal akan memberikan hujah balas terhadap alasan-alasan Yusuf itu demi memastikan keputusan Zabidin menolak sampel tuala, berus gigi dan botol air mineral yang diambil polis secara tidak sah, dipertahankan.
|
Silap selangkah hancur kesemuanya: PAS menghadapi cabaran transformasi Posted: 14 Mar 2011 12:18 AM PDT
Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila Barisan Nasional menang dalam PRK Merlimau dan Kerdau yang dijalankan serentak. Malah bukan sesuatu yang memeranjatkan apabila BN menang dengan majoriti yang lebih besar. Suasana PRK hanya hangat selepas beberapa hari berkempen. Sepanjang tempoh berkempen, penyokong Pakatan Rakyat mulai merasakan kemungkinan untuk menghakis undi majoriti BN. Jadi, undi majoriti yang besar tetap membeliakkan sesetengah orang. Banyak mesej yang tercetus dalam pertarungan ini. Sebagaimana di Merlimau, ia menyaksikan berkecainya harapan PR untuk bertapak di Melaka. Yang menerima impak terbesar adalah cita-cita PR untuk menawan Putrajaya. Untuk menawan Putrajaya, PR perlu menerokai gelanggang baru selain kawasan yang dimenanginya ketika tsunami politik pada 8 Mac 2008. BN hilang bimbang Mungkin Melaka bukan barisan depan sebagaimana yang dalam percaturan PR. Namun seandainya PR berjaya menghakis undi majoriti BN, maka bertambahlah satu kawasan yang boleh diletakkan harapan untuk PR. Dari segi strateginya, seandainya undi majoriti BN dikurangkan, maka BN akan kehilangan satu kawasan yang "langsung tidak perlu dibimbangkan". Maka, BN terpaksa mengagihkan sumbernya, untuk memastikan semua barisannya dikawal dengan rapi. Organisasi PAS di Melaka tidak setanding dengan organisasinya di pantai timur dan utara Semenanjung. Isu tempatan, organisasi tempatan malah suasana tempatan mempunyai pengaruh yang kuat di kawasan desa Melayu. Selagi organisasi tempatan UMNO beroperasi dengan lancar, maka agak mustahil PAS menembusi kubu ini. Pengundi Cina hanya kira-kira 20% daripada jumlah pengundi Merlimau. Meskipun MCA dan DAP masih saling mempertikaikan kecenderungan pola pengundian Cina, namun pertikaiannya tidak hangat sebagaimana di PRK Tenang. Ini kerana nisbah pengundi Cina lebih rendah secara perbandingannya, malah berselerak dan sukar dianalisa. Pada hakikatnya, seandainya sokongan pengundi Cina tidak kembali kepada BN, maka ia bermakna pengundi Melayu kembali ke pangkuan BN secara mendadak - barulah ia berakhir dengan kesudahan di mana BN meraih undi majoriti yang setinggi itu. Ini mungkin khabar yang lebih buruk buat PR. Sesungguhnya, fokus yang menjadi tumpuan dalam kedua-dua PRK ini adalah pola pengundi Melayu. Undi Melayu di Galas jadi kayu ukur Walaupun berjiran dengan Kelantan, negeri yang mana PAS berakar umbi sekian lama, namun Pahang secara tradisionalnya didominasi UMNO, dan bukan senang untuk ditembusi. Jikalau analisa hanya dibuat berdasarkan menang-kalah, maka kekalahan PR di kubu UMNO hanya menunjukkan bahawa lanskap politik UMNO masih tidak tergugat. Ia tidak bermakna bahawa BN semestinya memiliki kelebihan di kawasan yang asalnya dimiliki PR, atau kawasan pinggiran. Sesungguhnya ia hanya dilihat dari sudut menang-kalah. Namun, keadaannya menjadi kompleks apabila perlu mengambil kira undi majoriti yang bertambah. Peningkatan undi majoriti BN mungkin disebabkan faktor tempatan. Sumber BN lebih tertumpu ketika PRK, ditambah pula faktor lain, ia mungkin menyumbang kepada kemenangan besar BN. PRK yang lalu, khususnya sebelum "tsunami politik", keadaan ini telah berlaku. Selain faktor tempatan, penambahan undi majoriti BN semestinya mencerminkan pola pengundian Melayu di seluruh negara. Ia agak sukar untuk dikupas kerana terlalu banyak faktor yang saling mempengaruhi. Namun, sudah jelas bahawa ianya bukan sesuatu yang tidak berasas, seandainya didakwa bahawa undi Melayu cenderung untuk kembali ke BN - jikalau diambil kira prestasi BN di kawasan desa Melayu dalam beberapa PRK yang terkini. Daripada beberapa PRK yang dimenangi BN, Galas adalah kayu ukur yang paling sesuai. Kerusi DUN Galas dimiliki PAS pada asalnya, malah terletak dalam negeri yang selama ini diperintah PAS. Pengalihan sokongan Melayu di Galas tidak boleh dipersalahkan kepada organisasi tempatan. Punca yang mendasar mungkin berkaitan dengan perubahan di seluruh negara. Peratusan pengundian yang tinggi Apa yang menarik dalam kedua-dua PRK Merlimau dan Kerdau ini adalah peratusan pengundian yang lebih tinggi berbanding PRU ke-12, dengan 79% sebagaimana yang dicatat Merlimau dan 83% di Kerdau. Seandainya peratusan pengundian tidak tinggi, maka ia mungkin menunjukkan bahawa wujudnya sesetengah pengundi yang masih sangsi terhadap PAS, pada masa yang sama juga ragu-ragu untuk mengundi BN. Golongan pengundi sedemikian kelihatan belum tahu kepada siapa mereka mahu mengundi sebelum PRU ke-13. Jadi PR masih boleh menaruh harapan kepada golongan pengundi sebegini. Tetapi kedua-dua PRK ini tidak menunjukkan keadaan peratusan pengundian rendah. Jumlah keseluruhan undi BN memperlihatkan peningkatan yang jelas. Sama ada undi ini datang daripada penyokong PAS ataupun pengundi baru, kecenderungan mereka nampaknya sukar untuk diubah dalam masa yang singkat. Kedua-dua keputusan PRK ini semestinya tidak mempengaruhi kuasa kerajaan BN di negeri berkenaan. Tetapi mengapa pengundi kampung dari kedua-dua kawasan ini begitu aktif untuk keluar mengundi? Sememangnya sikap yang positif ini (keluar mengundi) sesuatu yang baik untuk proses pendemokrasian, tetapi apakah peratusan pengundian yang tinggi dalam kedua-dua PRK ini betul dijuruskan kesedaran demokrasi? Kalau bukan kerana kesedaran demokrasi, apakah pula yang mengaktifkan pengundi untuk keluar mengundi? Ada yang membangkitkan kemungkinan bahawa peratusan pengundian yang tinggi ini disebabkan pengundi hantu dan rasuah. Jikapun begitu, ia hanya menunjukkan bahawa kemampuan parti yang terlibat menggunakan "strategi luar biasa" ini telah dipertingkatkan. Ia mungkin sukar untuk dibongkarkan seandainya diulangi pada masa akan datang. Pada hakikatnya, selain ahli parlimen Kota Melaka-DAP Sim Tong Him dan jurugambar China Press yang mendakwa melihat sendiri kejadian membeli undi, operasi "tangkap hantu" yang biasa digerakkan PR dalam PRK dahulu nampaknya tidak berhasil. Asas PAS ditembusi Kita ketepikan dahulu kemungkinan kejadian "beli undi" atau pengundi hantu. Fenomena pengundi aktif mengundi menunjukkan bahawa BN berupaya untuk mengerah penyokongnya keluar mengundi. Ia berbalik kepada faktor jaringan hubungan tempatan. Tetapi, seandainya "keaktifan" itu didorong inisiatif pengundi sendiri untuk memastikan kemenangan BN, maka ia menunjukkan penyokong setia ini cuba menghalang kemenangan PR. Di sini ia memperlihatkan perubahan pemikiran pengundi Melayu. Sama ada penyelewengan, jaringan tempatan mahupun perubahan pemikiran (apa yang lebih mungkin sebenarnya adalah kombinasi daripada faktor-faktor ini), yang menjurus kepada kemenangan BN ini - PAS-PR akan berdepan dengan masa depan yang lebih genting. Faktor penyelewengan dan jaringan tempatan mungkin diulangi di kawasan yang mirip, tetapi perubahan pemikiran Melayu mungkin mengundang kesan yang lebih besar, malah sehingga menembusi asas PAS. Selepas tsunami 8 Mac 2008, BN menyerang ketiga-tiga parti komponen PR. Untuk PKR, BN merancangkan gelombang "keluar parti", mencetuskan kontradiksi dalaman. Sehingga kini, kita gagal melihat wujudnya apa-apa faktor yang boleh menyekat PKR daripada kehilangan kerusi dan undi secara besar-besaran pada PRU yang akan datang. PAS perlu berdepan dengan kepahitan Pada hakikatnya, serangan dan strategi yang digunakan UMNO-BN terhadap PAS tidak kurang daripada apa yang dilakukan terhadap PKR. Antaranya, retorik seperti "perpecahan Melayu", "PAS diperkudakan", "derhaka", "bersubahat dengan DAP" dan sebagainya - diulangi dalam media arus perdana, dan kelihatan telah berkesan terhadap Melayu yang hanya boleh menerima maklumat daripada media arus perdana. Dalam krisis sebegini, PAS diharap agar tidak mengubat penyakitnya dengan ubat sembarangan, iaitu kembali kepada jalan lamanya yang konservatif. Perjuangan PAS yang berdekad-dekad tidak terelak daripada turun naik dan pasang surut. Untuk mengharungi keadaan merudum ini, ia perlu berpegang kepada prinsip dan semangat perjuangannya. PAS kini telah pun berada di landasan dengan hala tuju yang menunjukkan keterbukaannya. Komuniti Melayu tempatan mungkin belum bersedia dari segi fikrahnya untuk menerima konsep yang lebih progresif, maka PAS mungkin perlu menahan kepahitan di mana sokongan terhadapnya akan merudum buat sementara. Seandainya PAS berpaling dan kembali ke pangkalnya, maka imej positif yang dibina sepanjang ini akan terkubur, dan kehilangan sokongan pengundi Cina yang bukan senang untuk diperolehi sebelum ini. Malah, PAS tidak semestinya mengembalikan sokongan komuniti Melayu, jika kembali ke jalannya yang konservatif. Reaksi yang silap bakal mengundang malapetaka Untuk generasi Melayu yang muda, penafsiran Islam dengan konsep yang konservatif kurang menarik. PAS langsung gagal mengancam UMNO jikalau kembali ke jalan pangkalnya yang konservatif. Ini menjelaskan mengapa Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin tidak keberatan untuk mengkritik PAS apabila PAS mengemukakan pengharaman perjudian. Malah, jika PAS membuat pusingan "U" sejurus selepas kekalahan, langkah ini hanya mengesahkan tuduhan UMNO bahawa PAS adalah parti yang tidak menentu, mempergunakan agama untuk kepentingan politiknya. Jadi, PAS akan undur ke garisan kubunya di pantai Timur. Jika ia berlaku pada zaman dahulu, maka itu mungkin caranya untuk menyelamatkan diri. Tetapi jika ia berlaku pada zaman sekarang, ertinya menunggu untuk disingkir zaman. Jadi, golongan pemimpin PAS yang terbuka akan memahami, bahawa kekalahan PRK malah PRU, tidak semestinya memusnahkan PAS. Reaksi silap yang akan membawa PAS ke arah kemusnahan. Menyedari impaknya ini, pemimpin yang terbuka dalam PAS harus cuba sedaya upaya untuk menghalang PAS daripada kembali kepada jalan lamanya - malah jika perlu berdepan dengan keretakan parti sekali pun, ia harus diteruskan agar tidak ditimpa malapetaka "silap selangkah hancur kesemuanya". |
Posted: 13 Mar 2011 09:52 PM PDT Tsunami Di Jepun Dijangka Ragut Lebih 10,000 Nyawa Ditulis oleh shuaib ayob 14/03/2011 Share KORIYAMA 14 MAC : Polis Jepun menjangkakan jumlah angka kematian akibat gempa bumi sekuat 9 richter Jumaat lalu boleh mengorbankan lebih 10,000 orang di daerah Miyagi daerah yang paling teruk dilanda bencana itu, walaupun sehingga kini pegawai lain cuba memberi jaminan kepada orang ramai bahawa reaktor di dua loji nuklear yang rosak, tidak menimbulkan bahaya dalam jangka masa ini. "Saya menjangkakan angka kematian akan mencecah lebih 10,000 di daerah ini," Ketua polis Takeuchi Naoto-dipetik laporan NHK. Kira-kira 800 orang disahkan terkorban setakat ini di Miyagi dan beberapa kawasan lain di timur laut Jepun, yang dilanda gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu. Tiada hubungan langsung dengan kira-kira 10,000 penduduk bandar Minamisanriku. Polis berkata sebelum ini lebih daripada 2,000 orang terbunuh atau tidak dapat dikesan di kawasan terbabit, lapor agensi berita Kyodo News. Seorang pegawai perbandaran di bandar Futaba, Fukushima memberitahu Kyodo bahawa kira-kira 90 peratus rumah tiga komuniti pantai telah dihanyutkan oleh tsunami. Kira-kira 390,000 meninggalkan rumah mereka, dan kebanyakannya berteduh di lebih 1,400 tempat perlindungan sementara bertempat sekolah dan pusat komuniti, lapor NHK. Sementara itu, pegawai-pegawai Jepun memberi amaran kemungkinan letupan kedua di loji tenaga nuklear yang terjejas kerana gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu ketika negara itu bertungkus-lumus untuk mengelakkan kecairan berganda reaktor. Perangkaan yang dikeluarkan menunjukkan 180,000 orang telah dipindahkan dari kawasan loji tenaga nuklear manakala lebih 160 orang dilaporkan terdedah kepada radiasi. Empat loji tenaga nuklear di bahagian timur laut dilaporkan rosak, tetapi paling teruk di kompleks Fukushima Daiichi di mana letupan berlaku kelmarin dan yang kedua dikhuatiri. Operator-operator pula telah hilang keupayaan untuk mengawal tahap kedinginan di ketiga-tiga reaktor kompleks tersebut dan tiga lagi di kompleks berhampiran menggunakan prosedur biasa. Semalam, Ketua Setiausaha Kabinet Yukio Edano berkata letupan hidrogen boleh terjadi di Unit 3 Fukushima Daiichi.
|
Lagi gempa 5.8 magnitud landa Jepun Posted: 13 Mar 2011 09:50 PM PDT 14/03/2011 Share
TOKYO 14 MAC : Gempa berkekuatan 5.8 magnitud melanda perairan timur laut Jepun, di Ibaraki, awal pagi ini menyebabkan bangunan tinggi bergegar di ibu negara Tokyo. Bagaimanapun, menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS), gempa yang berlaku di 140 kilometer di perairan timur laut Tokyo itu tidak menyebabkan ancaman tsunami. Setakat ini belum ada laporan mengenai kerosakan dan mereka yang cedera. - AFP |
Loji nuklear ketiga Fukushima meletup Posted: 13 Mar 2011 09:50 PM PDT 14/03/2011 Share TOKYO 14 MAC : Satu letupan kuat merosakkan loji nuklear ketiga Fukushima, dengan asap tebal dan api menjulang di reaktor berkenaan, sebentar tadi. Jurucakap Ketua Kabinet Jepun, Yukio Edano berkata, maklumat yang diperoleh dari pegendali reaktor, TEPCO menyebut ia bagaimanapun tidak membawa kesan kebocoran radiasi yang besar. Sementara itu, Agensi Keselamatan Nuklear Jepun berkata, letupan itu di reaktor ketiga di Loji Nuklear 1 Fukushima dipercayai disebabkan tekanan hidrogen. Letupan hidrogen juga berlaku di reaktor nombor satu di loji sama Sabtu lalu, sehari selepas berlaku gempa kuat dan tsunami di perairan timur laut negara itu. Pihak berkuasa sehingga kini sudah mengisytiharkan zon pemindahan di kawasan lingkungan 20 kilometer dari loji berkenaan dengan 210,000 orang sudah dikeluarkan. - AFP |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan