Khamis, 3 Mac 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Hakikatnya, membeli undi adalah merasuah pengundi, haram.

Posted: 03 Mar 2011 08:37 PM PST

Mengundi dalam pilihanraya adalah suatu proses penting dalam perjalanan negara dan perlaksanaan Syarak itu sendiri. Ia adalah salah satu penentu dalam membina sesebuah negara dan umat. Oleh itu wajib kita meletakkan kedudukan Pilihanraya itu dikedudukannya yang sahih, mengatasi segala bentuk tawar menawar atau jual beli yang salah.


 Membuat pemilihan dalam sesuatu pilihanraya adalah satu bentuk persaksian. Oleh itu tidak boleh seseorang muslim itu mengambil upah dalam mengemukakan persaksiannya.
Firman Allah swt bermaksud, "Dan tegakkanlah persaksian itu kerana Allah"
(surah At-Talaq:2).
Membayar atau membeli undi juga adalah satu bentuk rasuah, sedang rasuah adalah pendapatan yang kotor (As-Suht) dan diharam oleh Islam sehingga Hari Kiamat. Jual beli undi dalam pilihanraya merosakkan akhlak, memusnahkan pandangan pengundi dan mempermainkan manusia. Apabila Rasulullah saw mengutuskan Abdullah bin Rawahah ra kepada satu kaum Yahudi untuk menailai kadar Kharaj (cukai) yang wajib mereka keluarkan kepada negara, mereka cuba mengemukakan ganjaran kepadanya lalu Abdullah bin Rawahah ra berkata,
"Adapun apa yang kamu hendak kemukakan dari bentuk rasuah ini, sesungguhnya ia adalah pendapatan yang kotor dan kami tidak memakannya (kotoran seperti itu)".
(hadis riwayat At-Tarmizi).
Allah swt berfirman bermaksud, "Dan janganlah kamu memakan harta benda kamu sesama kamu dengan cara yang batil, yang kamu kemukakannya kepada pemerintah agar sebahagian orang memakan dari harta manusia dengan cara dosa sedang kamu mengetahui" (Al-Baqarah:188).
Ulamak telah ijmak (sepakat) mengharamkan perbuatan-perbuatan seperti itu dan melaknat siapa yang melakukannya. Islam juga mengharamkan orang-orang Islam lelaki dan perempuan dari mengikut jalan seperti itu seperti menerima rasuah berkenaan jika ditawarkan kepadanya. Rasulullah saw bersabda,
"Laknat Allah ke atas Rasyi (pemberi rasuah) dan Murtasyi (orang yang menerima rasuah)" (hadis riwayat Ahmad dan At-Tarmizi). Dalam satu hadis riwayat Imam Ahmad dan Al-Hakim dari Thauban bermaksud, " Rasulullah melaknat Rasyi (pemberi rasuah), Murtasyi (penerima rasuah) dan Ra'isy (broker/orang tengah urusan rasuah)".
Hendaklah kita faham bahawa tersebarnya penyakit ini di dalam masyarakat di dunia adalah sebenarnya merosakkan masyarakat tersebut bahkan boleh memusnahkannya. Ini adalah kerana rasuah boleh mengkedepankan sesuatu yang sepatutnya dikemudiankan dan mengkemudiankan sesuatu yang sepatutnya dikedepankan, lalu berubahlah masyarakat tersebut menjadi masyarakat yang naf'iyyah (opportunistic), masyarakat yang hidup atas kepentingan diri tanpa prinsip, tanpa memiliki akhlak, hati budi, tidak menunaikan kewajipan yang sepatutnya, bahkan hidup memakan harta benda haram dan pendapatan yang kotor dan memakan harta orang secara batil. Semua yang demikian adalah haram.
Apabila kejadian rasuah yang diharamkan Allah swt hingga ke Hari Kiamat seperti ini semakin menjadi-jadi, khususnya ketika musim-musim Pilihanraya, jadilah operasi membeli undi sebagai perkara utama dan menjadi perkiraan, menggantikan prinsip yang sepatutnya diamalkan iaitu memberi khidmat kepada rakyat dan tanahair, berusaha untuk memberikan kehidupan sejahtera kepada mereka, menyediakan peluang pekerjaan yang mulia untuk mereka dan sebagainya.
Oleh itu rasuah boleh meminggirkan orang yang mempunyai kebolehan, lebih mahir dan bermenfaat untuk masyarakatnya dan orang yang boleh mempertahankan hak-hak umat. Ini adalah kerana undi pengundi telah dimiliki oleh calon-calon yang memiliki wang ringgit semata-mata dan tiada lagi pertimbangan dan perkiraan yang lain.
Sesetengah tokoh parti politik memfatwakan "Jika orang beri duit, kita ambil. Jika orang beri kain pelikat, kita ambil. Tapi kita tetap tidak akan undi mereka". Melihat kepada kemenangan jangka pendek, mungkin fatwa ini nampak kebenarannya. Juga apabila dikuatkan dengan alasan wang tersebut adalah wang rakyat, diberikan kepada rakyat juga dan atas alasan-alasan yang lain.
Saya berpandangan yang berbeza. Menabur wang untuk membeli undi adalah rasuah. Allah swt melaknat pemberi dan penerima rasuah. Rasuah merosakkan jiwa umat dan boleh membunuh umat itu sendiri. Apabila Dakwah Islam itu adalah Dakwah Tarbiyah, iaitu mendidik umat dan merubah jiwa mereka, kita tidak boleh bersetuju dengan apa sahaja bentuk yang boleh merosakkan jiwa umat. Pertarungan sebenar kita adalah pertarungan merubah jiwa umat.
"Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib sesebuah umat sehingga mereka merubah apa di dalam jiwa mereka" (Al-Quran).
Menang pilihanraya tetapi rosak jiwa adalah satu kekalahan, apatah lagi jika kalah dalam kedua-dua pilihanraya dan akhlak. Sebaliknya jiwa sesebuah umat itu menang jiwa, sudah pasti mereka akan menang bukan sahaja dalam pilihanraya tetapi juga mereka akan menang mendokong dan mempertahankan keputusan pilihanraya tersebut, seperti yang berlaku di Gaza, Palestin.
Di sana, mereka bukan sekadar pengundi, tetapi mereka semua adalah pejuang, pembangun tamaddun baru, tidak kira lelaki atau perempuan, dewasa maupun kanak-kanak. Adakah cita-cita kita mahu supaya umat Malaysia menjadi pemimpin dan pembimbing umat-umat di dunia, atau sekadar cukup mereka menjadi pengundi parti kita?
Undi seseorang pengundi adalah amanah, persaksian dan tazkiah (recommendation). Kesemua itu disebut di dalam Al-Quran.
Firman Allah swt bermaksud, "Wahai orang-orang beriman jangan kamu mengkhianati Allah, Rasul dan amanah-amanah yang diberi kepada kamu sedang kamu mengetahui …" (surah Al-Anfaal).
"Dan jangan kamu menyembunyikan persaksian. Siapa yang menyembunyikannya sungguh berdosa hatinya" (Al-Quran).
"Wahai ayahku (Nabi Syu'ib) ambillah dia bekerja. Sungguh pekerja yang terbaik ialah yang kuat (tekun dan cekap) dan amanah" (Al-Quran).
Perlembagaan Mesir di segi ruh dan objektif umumnya –
(i) Syura,
(ii) Hak umat memilih pimpinan, dan
(iii) Kebebasan – adalah tidak bertentangan dengan kaedah dan ajaran Al-Quran Al-Karim, khususnya telah dinaskan bahawa agama resmi negara adalah Islam.
Jika pun Perlembagaan itu perlu dipinda, maka ia sendiri telah menyebut bahawa pindaan dan usaha mematangkannya menjadi hak wakil rakyat, melalui cara yang berlandaskan undang-undang, maka perwakilan rakyat di Parlimen ketika itu adalah cara yang ideal ke arah mencapai slogan Ikhwan Muslimin".
[Imam Hasan Al-Banna]
Terlibat dalam pilihanraya pula adalah wajib di segi Syarak dan di segi kenegaraan. Tujuan mengundi ialah untuk memilih yang terbaik yang akan bekerja untuk kebaikan dan kebahgiaan umat, menyatukan dan membangunkan mereka di kedua-dua aspek moral dan material, menyelesaikan permasalahan dan menjauhkan umat dari kepincangan dan bahaya.
Adalah wajib memberi undi kita kepada mereka yang mengajak ke arah mengembalikan keagungan dan kepimpinan umat ini, mengembalikan struktur dan kedudukan umat Islam di tengah-tengah umat di dunia. Jika tidak ada calon seperti itu, maka dipilih calon yang terbaik yang ada, yang mahu menyebarkan kebaikan, membenteras mudharat dan kerosakan masyarakat, menjaga amanah dan menjalankan tanggungjawab.
Adapun memberi undi di atas asas kabilah dan asabiah calon tanpa mengenali hal keadaannya, maka ini adalah amalan yang tidak sihat. Seorang Muslim adalah orang yang memiliki kesedaran yang sihat, memahami agamanya, tidak taasub melainkan untuk Kebenaran, tidak berdiri melainkan bersama-sama dalam barisan orang-orang yang menggunakan akal yang terbimbing (Al-Uqamak Ar-Rasyidin).
Jauhilah orang yang merosakkan umatnya dan memusnahkan kepentingan tanahair. Dengan ini, seorang muslim itu diberi ganjaran kerana akhlaknya yang mulia.
Firman Allah swt bermaksud, "Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah. Bercakaplah dengan perkataan yang benar. (Nanti) Allah akan membaiki amalan-amalan kamu, mengampunkan dosa-dosakamu. Sesiapa yang mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah berjaya dengan kejayaan yang besar" (Al-Ahzab:71).

The Bangang, The Bengong and The Tongong

Posted: 03 Mar 2011 08:35 PM PST


'Tolak pemimpin cuai dari terus terajui negara'

Aku setuju sesangat dengan pandangan Kak Wan, agar rakyat tolak pemerintahan yang diterajui oleh mereka yang mudah sangat diperdaya dan ditipu. Pulak tu... ditipu oleh kengkawan dalam satu pasukan. Memalukan sungguh..... [sini]

Mereka mendakwa, kononnya hanya UMNO/BN saja yang mampu untuk mentadbir dan memerintah negara. Dengan terbongkarnya Skandal PKFZ, yang mendedahkan penipuan yang dilakukan oleh kedua-dua malaun daripada MCA terhadap kabinet yang dipimpin oleh Mahathir dan seterusnya, Dolah Badawi, apalah hebatnya sangat kepimpinan mereka?? Eleh.... tak hebat pun. Mana hebatnya, kalau senang-senang jer kena tipu... Hisy....maluler!!

The Bangang, yang kononnya hebat, tapi.... alahai, kalau buta-buta dah kena tipu dengan Cina MCA.... memang sah ler bangang. Tak mana pandainya..... Lingkup dan hangus duit rakyat kena gasak dengan perompak-perompak tu. Tapi, rasanya mereka ni tak 'makan' sorang. Ada juga yang lain, kenyang....

The Bengong pulak, memang dari awal nampak tak cerdik dan tak berkarisma. Tapi, apa nak buat.... dah nak ikut tradisi punya pasal, maka.... naiklah juga dia jadi PM, mewarisi negara yang sedang 'sakit tenat'. Malangnya, di bawah dia... negara semakin hancuss. Dia tak alert langsung apa yang berlaku di sekelilingnya. Tidor memanjang.... Pasal tu lah, dalam tidor, dia kena tipu!! Bengong!! Tak boleh harap langsung.....

Yang terkini.... The Tonggong. Dia ialah anak didik The Bangang. Yang ni.... satu lagi masalah. Otak kontot, kemetot dan kecut. Dia ada otak but got no brain.... Otaknya tandus dan gersang dan tidak ada idea langsung. Yang dia pandai ialah menciplak dan meniru idea orang lain and claim dia punya.

Agar dia kelihatan hebat..... dia guna dan bazirkan duit rakyat, upah syarikat Yahudi laknatullah untuk jadi 'otak' dia. Kalau cakaaaapp.... menyembor-nyembor ayor lior, tapi apo pun takdo. Hopeless..... Sebab tu, bini kena buat kerja lebih untuk cover kebodohan dia. Last-last bini pulak ter-over.... ngalahkan dia pulak jadi piem. Bini jadi laki dan laki pulak jadi bini. Usiy.... tak ke haru-biru negara jadinya. Eeeee.... tak mengasi betoi.

Selepas yang terkini.... tak tahulah siapa lagi. Muhyiddin ke??

Pleazzzze not him. Nauzubillah.... Not this tengin!!

Kesan daripada kepimpinan merekalah, pentadbiran negara hancuusss, ekonomi negara bungkuuss!! Ek ele.... kalau macam tu, pandai sangatlah pemimpin UMNO/BN memerintah negara, ya??

Siapa yang kata pandai, sah..... mereka, bangang, bengong dan tongong.

Sebenarnya.... kerosakan yang dilakukan oleh para pemimpin UMNO/BN ke atas seluruh sistem pemerintahan dan ekonomi negara, sudah menjadi terlalu parah. Mereka telah dikuasai oleh sifat tamak haloba, busuk hati, dendam kesumat serta gila kuasa, hinggakan mereka sudah hilang fokus untuk mentadbir dan mengurus negara dan ekonominya dengan baik dan cekap. Prioriti mereka sudah lari daripada landasan yang sepatutnya.

Sebab itu, kita kena tolak mereka. Ketidakcekapan mereka merugikan kita. Kerakusan mereka, menindas kita. Kezaliman mereka menjadikan kita derita dan sengasara.

Aaaaahhhhh..... Sudah tiba masanya kita tolak saja mereka. Habis cerita!!

Buku Jingga : Selangor Peruntuk RM20 Juta Bantu Miskin Bandar..!!

Posted: 03 Mar 2011 08:33 PM PST


PELABUHAN KLANG 4 MAC : Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM20 juta sebagai permulaan untuk membantu masyarakat miskin bagi kawasan bandar di negeri ini.

Usaha murni kerajaan itu dilaksakan dalam skim Mikrokredit Miskin Bandar atau Mimbar yang bertujuan membantu masyarakat miskin bandar negeri ini dengan agihan pinjaman dari RM1,000 hingga RM5,000.

Menteri besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, skim ini bertujuan untuk menaiktaraf hidup rakyat Selangor selain memupuk semangat berdikari rakyat untuk terus memajukan diri dan keluarga.

"Salah satu dasar yang paling penting dalam usaha kita ialah menentukan pembangunan negeri Selangor ini dibuat secara menyeluruh iaitu tidak satu kumpulan masyarakat yang tertinggal dalam pembangunan ini.
"Tidak satu keluarga yang tertinggal dalam pembangunan ini. Itu yang penting dalam melaksanakan program pembangunan negeri Selangor,"kata Khalid ketika berucap merasmikan Program Mikrokredit Miskin Bandar (Mimbar) di Dewan Taman Pandamar Indah 2, di sini.

Menurut Khalid, Mimbar menyediakan program pembangunan usahawan dan kerjaya kepada rakyat sebagai alternatif supaya rakyat tidak bergantung kepada mana-mana pinjaman dan subsidi.

Program ini antara lain adalah untuk membantu masyarakat miskin di Selangor untuk meningkatkan pendapatan mereka seterusnya melebili Paras Garis Kemiskinan (PGK) yang ditetapkan negeri Selangor iaitu melebihi RM1,500 bagi seisi rumah.

Jika program ini berjaya katanya, lebih banyak peruntukan akan diberikan tetapi ia bergantung kepada penerima dalam melaksanakan tanggungjawab membayar semula pinjaman yang diberikan.

"Yang perlu dalam masyarakat yang kecil ialah pinjaman yang kecil dan pinjaman yang kecil ini tidak terdapat dalam mana-mana perbankan besar di negara ini.

"Ia hanya boleh dilakukan hanya kerana ia dianggap satu tanggungjawab sosial bukan satu tanggungjawab bisnes,"kata Khalid.

Menurut beliau, 80 peratus pemohon skim ini rata-ratanya kaum wanita dan ibu tunggal.

Turut hadir pada majlis sama ialah Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari dan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew.

Program yang dilancarkan secara rasmi semalam menyaksikan bantuan berjumlah RM3000 diberikan kepada 102 peserta yang berjaya melepasi sesi temuduga sebelum ini.

Mimbar dipengerusikan Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail.

Apa lagi mahu diharap pada kerajaan BN

Posted: 03 Mar 2011 08:25 PM PST

KEPALA BATAS, 4 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, negara tidak memerlukan pemimpin yang jahat dan bodoh tetapi mahukan individu yang baik akhlak, amanah dan bijaksana dalam mengatur peluang untuk memajukan negara.
Tambahnya lagi, kepimpinan yang ego, rakus dan gilakan kuasa pastinya merugikan pembangunan negara kerana bertindak bukan berdasarkan kehendak rakyat sebaliknya mengikut kepala atau arahan pihak ketiga walaupun tahu setiap arahan itu rakyat yang menanggungnya.
"Negara tidak memerlukan seorang pemimpin yang jahat dan bodoh kerana sikap tersebut tidak menguntungkan pentadbiran negara.  Bertambah parah kalau individu itu tidak berakhlak, melakukan penyelewengan dan bersikap ego," ujarnya ketika berucap pada majlis Karnival Penang Harmoni di Dewan Millenium, di sini malam tadi.
Kerakusan dan kezaliman ketika memerintah, tegasnya, bukan sahaja dirasai oleh rakyat bahkan pelabur juga terasa bimbang untuk meneruskan usaha menaman modal di negara ini.
Sebab itu, hari ini ekonomi Malaysia semakin mengucup setelah kebanyakan pelabur lari.
Bagaimanapun, katanya sejak kebelakangan ini apabila empat negeri di bawah Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor menunjukan prestasi ekonomi membanggakan berbanding negeri di bawah Barisan Nasional (BN).
Katanya, untuk mencapai tahap negara maju, rakyat harus menolak pemimpin jahat yang merampas harta rakyat dan gagal merencanakan pembangunan mengikut acuan sebenar, bukannya program 'mi segera' yang akhirnya menguntungkan kroni.
Sekarang ini, ujarnya kepimpinan negara seakan filem 'Ali Baba dan 40 orang penyamun' kerana menipu dan ditipu.
"Apa tidaknya, di era kepimpinan Tun Dr Mahathir, beliau yang dianggap pandai merampas hak rakyat akhirnya ditipu pula oleh Menteri Pengangkutan ketika itu," katanya.
Begitu juga dengan Perdana Menteri kelima, Tun Abddulah Ahmad Badawi juga menjadi mangsa penipuan Menteri Pengangkutan.
"Apa lagi nak harapkan BN memerintah nanti semua harta rakyat dikebas satu persatu. Melainkan rakyat bangkit jadi 'Marjinah' hasil lakonan Seniwati Negara, Sarimah yang mengajak rakannya menuang air panas ke dalam tong yang ada penyamun," katanya disambut gelak ketawa hadirin.
Turun berceramah pada malam tadi ialah Ketua Wanita DAP, Choong Eng dan penulis lirik, Bob Lokman.

Fitnah II : Video Jude Buat Keputusan Sendiri Tahan Anwar, Mohon Sampel Darah

Posted: 03 Mar 2011 08:21 PM PST

Prk Merlimau : Video Ali Rustam Mungkin Dalang Bawa Ummi Hafilda...

Posted: 03 Mar 2011 08:19 PM PST

Tekanan Taib : Najib tidak tolak kemungkinan pilihan raya umum awal

Posted: 03 Mar 2011 08:13 PM PST

Najib di Melbourne hari ini. — Foto Reuters
MELBOURNE, 4 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menolak kemungkinan akan mengadakan pilihan raya umum awal, yang disebut-sebut bakal diadakan tahun ini. Bagaimanapun tegas Najib beliau tidak memerlukan mandat baru menerusi pilihan raya umum ke-13 untuk meneruskan pembaharuan-pembaharuan seperti memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan.
Dalam temu bual dengan Reuters sempena lawatan ke Australia hari ini, Najib berkata, prestasi yang baik pada pilihan raya negeri Sarawak akan membantu menilai tanggapan orang ramai dan kemungkinan akan memberikan petanda ke arah pilihan raya umum awal.
Mandat semasa kerajaan pusat hanya berakhir April 2013.
Di DUN Sarawak, BN kini memiliki 63 daripada 71 kerusi.
Najib, yang perikatan pimpinannya Barisan Nasional (BN) yang menyaksikan prestasi buruk tiga tahun lalu, berjanji untuk memulihkan keyakinan pelabur di Malaysia dengan melaksanakan pembaharuan termasuk memperkenalkan cukai tertangguh berganda.
Ketika pilihan raya umum 8 Mac 2008, Najib merupakan timbalan perdana menteri. Beliau menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri Najib April 2009.
"Ia persoalan mengenai penilaian di akar umbi, bagaimana rakyat fikir tentang kerajaan, sama ada kita boleh ada faktor rasa selesa dan rakyat ada keyakinan ke atas kerajaan dan kedudukan pembangkang," katanya.
"Saya tidak menolak apa jua kemungkinan. Kemungkinan awal atau kemungkinan kemudian. Saya masih menilai situasi. Sarawak akan menjadi sebahagian daripada penilaian (saya), sudah pasti," kata Najib yang juga pengerusi BN.
Najib merujuk kepada kejayaan BN dalam empat daripada lima pilihan raya kecil yang lalu, mengatasi Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang turut berhadapan dengan kes liwat kedua dalam hidupnya.
BN berhadapan dengan dua pilihan raya kecil serentak iaitu DUN Merlimau dan Kerdau dengan pengundian pada Ahad ini.
"Setakat ini ia (kedudukan, sokongan) nampak baik. Setakat ini laporan dari lapangan agak menggalakkan tetapi kami tidak boleh memandang ringan, kerana pembangkang akan lebih bersungguh-sungguh kali ini untuk menerokai laluan di Sarawak," kata beliau.
Katanya perkembangan-perkembangan itu adalah usaha ke arah membentuk keyakinan menjelang pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun Najib mengakui bahawa pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri bukan segala ukurannya jika mengambil kira keputusan akhir pilihan raya umum. — Reuters

Rasuah Prk : Mengapa Modus Operandi NGO 1 Malaysia Mirip Gaya Umno-BN?

Posted: 03 Mar 2011 08:11 PM PST


SHAH ALAM 4 MAC : Pertubuhan NGO 1Malaysia yang dikatakan misteri apabila muncul sebagai penyumbang barangan keperluan serta menaja jamuan makan malam kepada pengundi setiap kali pilihan raya kecil, dianggap satu lagi agenda Barisan Nasional (BN) yang berasaskan kepada kepentingan kepada parti itu.

Timbalan Ketua Penerangan AMK Pusat, Rozan Azen Mat Rasip ketika ditemui Tv Selangor berkata, agak menghairankan bagi sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menyifatkan mereka tidak menyokong mana-mana parti namun tampil pada setiap kali pilihanraya kecil diadakan. 
"Sekiranya ini ada satu pertubuhan yang bebas dan tiada kepentingan, mengapa NGO misteri 1Malaysia ini muncul di setiap pilihanraya kecil dan berkempen untuk  BN. Jadi ini satu persoalan yang perlu kita lihat dan siasat, ini adalah satu NGO tajaan pihak-pihak tertentu yang mempunyai niat yang berkepentingan,"kata Rozan.

Semalam portal Malaysiakini melaporkan, sumber yang rapat dengan NGO misteri itu berkata, mereka bergerak secara sendiri dan bukan NGO pro-Umno.

Ironinya, majlis makan tengahari dan makan malam percuma yang dianjurkan oleh pertubuhan itu mirip satu majlis yang diadakan pada pilihanraya kecil Tenang  akhir Januari lalu.

Pada majlis itu, pengundi turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah, dan para pengundi juga dihiburkan dengan tarian seksi gadis-gadis genit.

Kali pertama NGO misteri ini tampil ialah pada kempen pilihanraya kecil Galas dengan menggunakan modus operandi sama, menarik perhatian pengundi bukan Melayu.

Justeru itu, Rozan mempersoalkan, adakah NGO ini ditugaskan untuk memancing undi masyarakat bukan Islam sahaja? Jika itu berlaku, parti komponen BN tidak  wajar berpeluk tubuh dan harus memberikan penjelasan.
"Tapi satu persoalan yang menarik, NGO ini dilihat menarik minat para pengundi bukan Melayu, jadi ini perlu dijawab dan saya rasa pihak yang perlu menjawab
adalah BN, MCA, MIC dan Gerakan.

"Kalau berdasarkan bukti, fakta yang kita lihat dari segi gerak gaya kempen mereka juga cenderung ke arah yang diamalkan BN, kita tidak menuduh tetapi inilah
panduan kita melihatkan gerak kerja mereka," kata Rozan lagi.                           

Pada kempen pilihanraya kecil Merlimau yang sedang berlangsung ini, NGO 1Malaysia itu mengulangi modus operandi dengan mengadakan makan tenghari dan makan malam secara percuma hampir setiap hari.

Ia lazimnya dihadiri oleh pengundi bukan Melayu yang jumlahnya daripada ratusan dan ada kalanya mencecah ribuan.

Sambil menjamu selera dengan dikelilingi poster gergasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan logo rasmi 1Malaysia, mereka juga dihiburkan dengan persembahan daripada gadis-gadis muda dengan berpakaian seksi.

Terbaru, pertubuhan itu dikatakan mengadakan program makan malam bersama masyarakat India di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Merlimau malam tadi.

Setiap pengundi diberikan tiket untuk menghadiri program tersebut. Mereka yang tiada tiket tidak dibenarkan masuk termasuk wartawan.

Selain itu, program anjuran pertubuhan misteri itu dikawal ketat petugas yang memakai kemeja-T 1 Malaysia.

Ketika ditanya mengapa wartawan tidak dibenarkan masuk, petugas terbabit berkata hanya mereka yang mempunyai tiket dibenarkan untuk menyertai program yang
dianjurkan.

Namun, wartawan kemudiannya dibenarkan masuk apabila Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam datang untuk memberikan ucapan.

Ali bagaimanapun ketika ditanya wartawan berkata, beliau tidak tahu kewujudan NGO itu dan hanya singgah apabila melihat ramai orang hadir ke majlis berkenaan.

Merlimau, Kerdau far from the Utopia painted by Ali Rustam, Najib

Posted: 03 Mar 2011 08:09 PM PST


BN, with the help of the mainstream media, has made it seem as if the people in Merlimau and Kerdau are very happy and everything is "fine and hunky-dory" because of the current high commodity prices. BN leaders have also promised that the Opposition would have no issues to raise in these two by-elections.
In fact, the mainstream newspapers may have exagerrated the situation somewhat and portrayed the life-style in Merlimau and Kerdau as similar to Utopia, which dictionaries define as an ideally perfect place, especially in its social, political, and moral aspects.
But in reality, things are really much less than ideal.
DAP assemblyman for Sekinchan Ng Suee Lim of Sekinchan has been campaigning hard on the ground meeting Malay, Chinese and Indian voters. To him, it is irresponsible to give the impression of bountiful development and progress in both state seats.
"The development in Melaka is not planned properly and not well-thought out. If Ali Rustam thinks that development and progress is the be-all and end-all in the state of Melaka, then he is clearly in denial," Ng told Malaysia Chronicle.
"The people of Merlimau and Melaka on the whole want more than that. National issues such as corruption, justice, human rights and equal opportunities for everyone have taken root here."
Ambitious Ali Rustam and his wasteful mega projects
Ng was referring to Melaka Chief Minister Ali Rustam, who has boasted that under his tenure the state has achieved top-notch development. He even insists the city of Melaka has achieved city status. But are his words really true or to dupe the unsuspecting public?
While Melaka city has been listed in the Unesco list of the World Heritage Trust together with Georgetown in Penang, Ali has often been accused of launching wasteful mega projects such as the under-utlised international airport, the Eye of Malaysia and a tram network.
"There is actually a strong need for the government to be transparent, clean and corruption-free," sais Ng.
"There are many white elephants in Melaka, small and big ones as well. Progress and development are only a small part of good governance, the people want much more than that but BN has failed to see the big picture."
Najib again relies on 'instant noodles'
In the sprawling Merlimau constituency, Pakatan Rakyat has farmed out duties to each of its partners DAP, PAS and PKR. So far, response has been good and Pakatan has been able to draw the crowds after an initially slow start.

"All 3 Pakatan parties are in town in full force. I have been exchanged greetings with Ustaz Nasharuddin (PAS Bachok MP), Tian Chua (PKR Batu MP) and Shamsul Iskandar (PKR Youth Chief) who are here to help push our campaign. But we have much ground to cover," said Ng.
Meanwile in rural Kerdau, PAS MP for Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad has been busy with his daily statements to the press.
"So far, Kerdau has been neglected but now with the by-election, the BN government has promised all sorts of instant goodies," Dzulkefly told Malaysia Chronicle.
"The water problem has been plaguing the residents for the longest time but now suddenly the BN Government has announced an allocation of RM9.25 million to upgrade the water treatment plant in Batu Sawar to alleviate the problem."
The Federal government has also promised Kerdau folk a new community hall worth at least RM400,000, an Indian temple costing RM100,000 and a voluntary fire brigade station of RM150,000.
Prime Minister Najib Razak himself announced the allocations when he visited Kerdau last Sunday. As usual, there were also mass distribution of hampers to the poor with the pictures of Najib and the tagline 'Putting An End to the Era of Poverty'.
Bribing voters with 'You help me, I help you'
In a replay of the controversial Sibu incident, Najib was even reported to have told the Kerdau constituents that, "it is not that I want to buy votes. But if you support us, I will increase the allocation tomorrow or the day after tomorrow on condition that you show your support to BN first."
Pahang PAS Youth has cried foul and accused the PM of bribing voters. So far, they have lodged reports with the police, the MACC and the Election Commission over the allocation for the water treatment plant which they claimed was in violation of the Election Act.
"Before the influx of the VVIPs from the BN promising this and that, this area was just a cowboy town and it was certainly long neglected. Even the supply of clean water was one of the major problems here. There has been no development and no jobs. Only now after the death of the BN state assemblyman, there are suddenly countless promises to develop the place," Dzulkefly said.
In the Sibu by-election which was held in May last year, Najib had told the Rejang Park voters, "you help me, I help you!".
Even so, the Sibu by-election was won by DAP's Wong Ho Leng who defeated SUPP's Robert Lau by a slim majority of nearly 400 votes. However, it is unlikely that Kerdau, which has only about 400 Chinese voters and 100 Indians out of a total electorate size of 8,000 plus, will become another Sibu for Pakatan.

Prk Kerdau : Lensa Kempen Calon Dan Pimpinan Pakatan - 7

Posted: 03 Mar 2011 08:07 PM PST


























Foto : Prk Kerdau

Ketuanan Setan : Lelaki ini rela dicium, dipeluk & diraba oleh peminat? Zaman Bik Mama Halal.....

Posted: 03 Mar 2011 07:52 PM PST

Itulah jadinya apabila HALAL dan HARAM diketepikan dalam kehidupan. Islam dengan jelas menerangkan batas-batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan mahram. Menurut hukum Islam, haram bagi lelaki dan wanita yang bukan mahram bersentuhan apatah lagi bercium dan berpelukan....
Saya petik:
[MStar] KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Anuar Zain, 41, yang bakal mengadakan persembahan Amazingly Anuar Zain April's Affair sempena Minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen Sime Darby pada 6 April depan, rela diperlakukan apa sahaja oleh peminatnya sekalipun aksi tersebut kurang disenangi segelintir pihak.
Menjawab pertanyaan berhubung reaksi peminat yang teruja sehingga sanggup memeluk, mencium dirinya pada acara yang serupa tahun lalu, Anuar berkata, perkara itu sebaliknya telah disensasikan daripada realiti sebenar.
"Memang benar peminat menyerbu, memeluk dan melakukan macam-macam apabila saya menghampiri mereka dalam persembahan tetapi perkara itu lebih disensasikan daripada kenyataan yang sebenar.
"Sebagai penyanyi, mereka (peminat) adalah keutamaan saya. Saya rela diperlakukan dengan apa juga reaksi spontan mereka," jawabnya sambil menguntumkan senyuman.
Tambah penyanyi yang kini popular dengan lagu Sedetik Lebih itu, dia tiada sebarang masalah dengan keterujaan mereka walaupun ke tahap melakukan aksi yang dianggap keterlaluan oleh segelintir pihak.
"Bukan saya mahu galakkan atau sokong peminat bertindak memeluk dan melakukan aksi yang mungkin dianggap keterlaluan, cuma ia berlaku secara spontan dan tidak boleh dielakkan.
"Acara begini hanya berlangsung setahun sekali dan sememangnya untuk meraikan para peminat daripada golongan setiausaha, jadi biarlah.
"Saya rela dan tidak kisah pun selagi tindakan itu masih boleh dikawal, tidak mengganggu persembahan dan tidak melanggar batas," katanya yang dijangka menyampaikan sepuluh buah lagu dalam majlis itu.
Selain Anuar, majlis Amazingly Anuar Zain April's Affair turut menampilkan pelakon Fahrin Ahmad selaku pengacara majlis.
Bertemakan Taman Romantik, majlis makan tengah hari pada 6 April depan itu bakal diacarakan oleh pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad bermula 12 tengah hari hingga 3 petang.
Dalam majlis itu peminat diminta untuk berpakaian mengikut tema warna iaitu putih, merah jambu atau lavender (ungu muda).
Peminat yang mengenakan pakaian terbaik berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik termasuklah lima set rantai mutiara berjumlah RM25,000 sumbangan Rafflesia, pakej penginapan di PNB Darby Park dan percutian ke Paris, Perancis.
Bayaran bagi menyaksikan minggu setiausaha anjuran PNB Darby Park ini dikenakan di antara RM450++ hingga RM550++ bagi setiap orang. Untuk tempahan dan keterangan lanjut, hubungi 03-7490 3443/3496/3579 atau layari www.pnbdarbypark.com.

Prk Kerdau : Sogokan/ rasuah/ pancing/ beli undi dan penyelewengan pihak UMNO@BN

Posted: 03 Mar 2011 07:49 PM PST


1.    Pihak Felda turut membantu BN di PRK Kerdau membeli undi melalui pengumuman bayaran ses di bawah Skim Insentif Tanam Semula yang diberi kepada 433 peneroka dengan bayaran wang insentif RM1,000 sehektar atau bersamaan RM4,000 seorang  yang kesemuanya bernilai RM1.8 juta. Majlis membeli undi itu dijadualkan pada Jumaat ini (4 Mac), dua hari menjelang pengundian (Umno online 2 Mac; Utusan online 3 Mac).


2.    PAS menerusi Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Sabki telah mengadu secara rasmi kepada pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melibatkan penggunaan jentera kerajaan/premis awam pihak BN di Kerdau sebagai tindakan salah guna kuasa dan penggunaan melampau premis Sekolah Rendah Batu Sawar, Padang Awam Teluk Sentang dan Dewan Orang Ramai Felda Jengka 23 serta Balai Raya Kuala Tekal. Di situ telah didirikan khemah dan menaikkan bendera parti serta aktriviti kempen.

   3.    Tan Sri Muhyiddin telah berjanji bersifat menyogok 300 seramai ibu bapa merupakan pengundi Dun Kerdau sedia meluluskan pembinaan blok tambahan untuk bengkel kemahiran hidup dan makmal bernilai RM5 juta di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau dan turut mempengaruhi pengundi sebagai pancing undi dengan sanggup dimasukkan cadangan dalam projek Rancangan Malaysia ke-10. Di samping turut berjanji untuk menyiapkan 18 sekolah di parlimen Kuala Krau yang akan diberikan peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM1.9 juta (Malaysiakini 1 Mac).

 4.    Berlaku pengedaran kotak barangan kepada pengundi Cina di Kerdau dan dilihat menyogok dan merasuah pengundi apabila peenerima diarahkan memasang pelekat BN pada rumah masing-masing dan dibuktikan lagi (sogokan dari BN) kerana pada kotak itu ada gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil. Setiap kotak mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin (Malaysiakini 28 Februari).

 5.    Datuk Seri Najib Razak mengumumkan satu nilai sogokan untuk memancing undi berjumlah hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau menjelang hari penamaan calon. Pengumuman itu dibuat di dua majlis perjumpaan berasingan di hadapan pengundi di Batu Sawar dan pengundi Cina, India dan Orang Asli di Kampung Baru Kerdau. Sogokan sebanyak RM10 juta itu dalam bentuk sogokan projek mengganti paip bernilai RM9.25 juta, gelanggang serbaguna masyarakat Cina RM400,000, membina kuil Hindu RM100,000, dan Balai Bomba sukarela RM150,000 (Malaysiakini 27 Februari).

 6.    Kehadiran Mohd Najib dan isterinya Rosmah menaiki helikopter berkempen sebelum penamaan calon di sekitar daerah mengundi Kerdau dan 'kawasan 3+1' – gugusan Felda Jengka 22, Felda Jengka 23, Felda Jengka 25 dan Felcra Rumpun Makmur dilihat sebagai salah guna kuasa kerana menggunakan wang kerajaan. Helikopter itu tidak dibiayai oleh Umno Kerdau (Malaysiakini 28 Februari).

Kg Baru: Alasan tangguh bukti kerajaan tergesa-gesa

Posted: 03 Mar 2011 07:36 PM PST

KUALA LUMPUR, 4 Mac: Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) mendesak kerajaan agar menghentikan usaha untuk membentangkan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2010 yang akan dibuat pada Jun 2011 ini.
Rang undang-undang itu dijadualkan akan dibentangkan di Parlimen pada sesi Mac hingga April 2011 ini, namun ditangguhkan ke bulan Jun 2011.
Timbalan ketuanya, Mohd Shahir Abu Hassan berkata, alasan kerajaan menangguhkan pembentangan rang undang-undang itu bagi memberi ruang kepada pemilik dan pewaris memberikan pandangan menunjukkan bahawa kerajaan selama ini bertindak secara tergesa-gesa sedangkan di pihak rakyat belum bersedia menerima perubahan.
"Ini juga membuktikan kerajaan belum mengkaji sepenuhnya kesan dan akibat dari pembentangan tersebut kepada penduduk Kampung Baru," ujarnya. 
DPPKT, katanya mempersoalkan apakah pemilik dan pewaris benar-benar memahami perubahan yang akan berlaku apabila rang undang-undang itu diluluskan kelak serta implikasi yang akan mereka hadapi.
"Benarkah kerajaan telah berbincang secara masak dengan semua pemilik dan pewaris Kampung Baru sebelum ia dibentangkan kelak?" soalnya.
Tambahnya, DPPKT merasa sangsi kerana kerajaan baru menggugurkan klausa "tidak boleh dicabar" atau imuniti dalam Rang Undang-Undang tersebut ekoran desakan Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru serta Jawatankuasa Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa. (PKWR) .
Ini, ujarnya menunjukkan banyak perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk terhadap rang undang-undang tersebut yang menjadi pertikaian.
"Bayangkan sekiranya pihak Jawatankuasa PKWR serta MAS tidak membantah dan membangkitkan isu ini, sudah pasti rang undang-undang ini diluluskan secepat mungkin tanpa mendapat persetujuan semua pihak," katanya.
Justeru, tambahnya DPPKT merasakan kerajaan perlu menghentikan pembentangan rang undang-undang itu di Parlimen demi kebaikan penduduk Kampung Baru.
"Akhir sekali DPPKT menegaskan agar pentadbiran Kampung Baru harus diserahkan kepada Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru yang telah mentadbir selama 110 tahun tanpa campurtangan pihak yang berkepentingan terhadap warisan kampung Melayu yang berharga itu," katanya lagi.

Prk Kerdau : Anwar, Ummi Hafilda 'bersilat' lidah...

Posted: 03 Mar 2011 07:33 PM PST

Ceramah sulung melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ummi Hafilda Ali - saksi penting kes liwat 1998 - di Kerdau pada Khamis malam dicemari ejek-mengejek, sindir-menyindir dan jerit-menjerit antara penceramah dan penonton yang hadir.

NONESejak awal lagi, perkara itu dijangka berlaku apabila Ummi Hafilda yang juga adik kepada Azmin - timbalan presiden PKR - mengadakan ceramah di Felcra Rumpun Makmur, di tempat yang sama dengan Anwar bagi "merungkai segala rahsia" ketua pembangkang itu.

Suasana panas seawal jam 9 malam lagi apabila pengerusi majlis juga saling cabar-mencabar antara satu sama lain, lebih-lebih lagi apabila tempat ceramah cuma dipisahkan sebatang jalan raya.

Ketika ceramah bermula, daripada 1,000 penonton - 700 di pihak Pakatan Rakyat dan 300 di pihak BN - ratusan orang masih berdiri di bahu jalan untuk menjerit, menyorak, mengejek dan mengebu lawan mereka.

NONEBagaimanapun, suara penyokong Pakatan Rakyat nyata menenggelamkan sorakan lawan mereka yang rata-rata terdiri daripada golongan tua.

Ummi Hafilda mula berucap kira-kira jam 10 malam diikuti Anwar sepuluh minit kemudiannya yang disambut suara takbir dan pelbagai laungan seperti "hidup rakyat", "reformasi", "hidup Anwar" dan "sokong Anwar".

'Peliwat, penipu, perogol bersiri'

Memulakan ceramahnya dengan menegaskan soal akhlak Islam, Anwar nampaknya tidak berminat menjawab segala dakwaan dan pelbagai label yang dilontarkan padanya seperti "peliwat", "penipu", "agen Yahudi" dan "perogol bersiri" oleh Ummi Hafilda.

Bagaimanapun sesekali beliau mencelah dan meminta hadirin ceramah tidak melayan wanita tersebut.

NONE"Jangan layan dia. Lagi dilayan harganya makin naik, daripada upah RM500 jadi RM600," sindir Anwar sesekali.

Ummi Hafilda bagaimanapun dilihat terus mengasak Anwar dan mengulang-ulang hujah dan melontarkan label terhadap ketua umum PKR itu sambil meminta jawapan diberikan.

Dalam ucapannya, beliau juga memuji pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan bekas perdana Tun Dr Mahathir - tindakan yang menyebabkan Anwar secara berjenaka menyindir sekali lagi.

"Ada lagi ke Mahathir (dalam kerajaan)?" tanyanya sambil disambut gelak ketawa.

Sukar beri tumpuan

Suasana begitu bingit apabila pembesar suara daripada kedua-dua pihak boleh didengar daripada tempat masing-masing sehingga hadirin sukar memberikan tumpuan kepada butiran ceramah.

Anwar menamatkan ceramahnya dan diikuti Ummi Hafilda kira-kira 10 minit selepas itu.

Sepanjang ceramah, kira-kira 200 penyokong kedua-dua belah pihak terus berdiri di sepanjang jalan raya seakan-akan menanti sebarang kemungkinan berlakunya insiden atau pergaduhan.

Bagaimanapun, kawalan jalan raya oleh Unit Amal PAS, termasuk pihak polis di hujung ceramah berjaya melancarkan keadaan sekitar kawasan itu.

Tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Malam Rabu lalu, Ummi Hafilda turut berkongsi pentas dengan penceramah BN di Merlimau, tetapi dengan penampilan berbeza dengan suara yang menggeletar dan menangis ketika menceritakan apa yang berlaku pada tahun 1997 dan 1998.

Dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau pada 6 Mac ini, calon PAS Hassanuddin Salim akan menentang calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Prk Kerdau :Rahimi, Ummi Hafilda bawa ‘rahsia’ Anwar

Posted: 03 Mar 2011 06:47 PM PST

Dengan baju berlogokan 1 Malaysia dan BN Rahimi Osman menjawab soalan pemberita di Kerdau semalam. — Foto oleh Choo Choy May
TEMERLOH, 4 Mac — Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali turun padang dalam pilihan raya kecil Kerdau di mana beliau mahu mendedahkan "rahsia" Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pengundi.
Katanya beliau juga mahu membersihkan nama baiknya yang dicalarkan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
"Tujuan saya adalah untuk membetulkan persepsi (terhadapnya) yang dicipta oleh Anwar dan geng selama 13 tahun. Jadi saya perlu bersihkan nama baik saya," katanya pada sidang media di sini semalam.
Ummi Haiflda, adik kepada Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan saksi utama perbicaraan pertama kes sodomi membabitkan Anwar, baru-baru ini mengendalikan sebuah laman blognya yang banyak menulis tentang Anwar.
Beliau menyangkal dakwaan PAS bahawa tindakannya membangkitkan isu Anwar dalam pilihan raya kecil Kerdau sebagai tidak relevan.
"Bagi saya ia adalah relevan kerana Anwar adalah Ketua Pembangkang dan masih berceramah di sana sini. Lainlah kalau Anwar dah tak masuk politik," katanya.
"Saya masih ada perkara nak didedahkan. Kalau dia masih angkuh dengan menuduh saya ini dapat upah, konspirasi dan sebagainya, saya tak keberatan (mendedahkan)," katanya merujuk kepada Anwar yang turun berkempen di sini malam tadi.
Ummi Hafilda menyertai satu sesi ceramah di bilik gerakan Kampung Sekoh, Rumpun Makmur. 
Sementara itu, bekas pembantu Anwar, Muhamad Rahimi Osman yang turut hadir pada sidang media itu berkata, beliau juga akan mendedahkan "rahsia" Anwar termasuk hubungannya dengan Israel.
"Saya akan turun beri penerangan kepada orang kampung, orang Felda supaya tidak mudah percaya dengan cakap-cakap Anwar," katanya.
Rahimi menolak dakwaan pembangkang kononnya beliau dibeli Umno berhubung tindakannya mendedahkan rahsia dua akuan bersumpah (SD) yang ditandatanganinya pada Jun 2008 mengenai kes liwat Anwar.
Beliau membuat laporan polis Oktober tahun lepas bahawa beliau telah dipaksa untuk menandatangani akuan bersumpah berkenan.
"Soal Umno beli tak timbul, ini lebih kepada soal kesedaran. Dulu saya memang ahli PKR. Umno tak beli, tak payah. Saya sedar selepas saya kerja dengan Anwar, saya tahu apa kerja dia, saya tahu apa kesilapan dia dan saya tahu apa agenda Pakatan Rakyat.
Beliau jgua berkata kehadiran Anwar pada PRK Kerdau adalah petanda bahawa pakatan pembangkang ketinggalan di belakang dan memerlukan "talian hayat". — Bernama

Prk Kerdau :Jamil Khir minta PAS henti main isu syurga dan neraka

Posted: 03 Mar 2011 06:45 PM PST

TEMERLOH, 4 Mac — Kerajaan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) sentiasa mendoakan agar PAS insaf dan kembali ke perjuangan Islam sebenar dan berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan umat Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata perbuatan PAS mengeluarkan kenyataan berupa fatwa yang melibatkan syurga dan neraka dilihat semakin melampau lebih-lebih lagi jika ada pilihan raya.
"Ketika suasana pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan Merlimau ini misalnya, tindakan pemimpin PAS yang mengatakan sokongan kepada mereka akan dijanjikan syurga sebaliknya jika menyokong BN, pengundi akan berhadapan balasan perlu dihentikan.
"Kita sentiasa berdoa dan berharap mereka (PAS) akan insaf dan kembali semula ke pangkal jalan memperjuangkan Islam yang sebenar bukannya dengan cara begini.
"Mana mungkin pilihan raya politik disamakan dengan konsep syurga dan neraka yang sama sekali berbeza dengan politik dan perbuatan ini boleh mengelirukan rakyat," katanya kepada pemberita di Felda Jengka 23 dekat sini malam tadi.
Jamil turut bertahlil dan membaca surah Yasin bersama peneroka Jengka 23 sebelum melawat Jengka 25 dan berceramah di sana.
Peneroka di Felda Jengka 23 termasuk di dalam DUN Kerdau bersama-sama dengan peneroka Jengka 22 dan Jengka 25 yang bakal mengundi pada pilihan raya kecil Kerdau Ahad ini.
BN diwakili oleh Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, dan PAS diwakili oleh Ketua Penerangan PAS Pahang Hasanuddin Salim, 43.
Semasa di Jengka 23, beliau menekankan kepada pemberita bahawa Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abduk Razak telah meninggalkan dua warisan yang amat bernilai untuk rakyat Malaysia iaitu Felda dan juga anak Allahyarham iaitu Perdana Menteri sekarang Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata Felda yang diilhamkan Tun Razak telah memberi nikmat kepada sebilangan besar peneroka Felda seluruh negara.
"Bukan itu sahaja, beliau turut mewariskan anaknya Najib yang kini menjadi pemimpin negara yang bijak merancang serta komited mempertahankan Felda seperti mana ayahnya lakukan ketika mentadbir negara sekitar tahun 60-an," katanya. — Bernama

SPR Bisu Dan Pekak @ SPR Cawangan UMNO

Posted: 03 Mar 2011 05:00 PM PST

Oleh: mohdnoorawang

"Ternyata SPR (suhanjaya pilihanraya Malaysia) menjadi sebahagian daripada cawangan umno. SPR macam JKKK. Jadi SPR ayam daging.
SPR menjadi bisu dan pekak segera.
Pilihanraya kecil Dun Merlimau dan Dun Kerdau TERNYATA BN/UMNO BERKEMPEN SECARA RASUAH DAN MENYALAHI PERATURAN SPR.

Tuan tuan sedia maklun puluhan juta janji projek segera dan bantuan segera dilakukan oleh BN/UMNO. Tidak ada kesalahan. SPR hanya lihat takut untuk bertindak kerana akur pada pemimpin BN/UMNO.
Cukup meluat dan cukup benci kepada SPR Malaysia.
Ayuh kita rakyat Malaysia PRU13 kita tumbangkan BN/UMNO.

Media Kroni Mengambil Alih Tugas IBLIS Dan SYAITAN

Posted: 03 Mar 2011 04:58 PM PST

Oleh: wfauzdin_ns

"KELMARIN sebuah stesen TV telah mempersendakan artis terkenal Bob Lokman yang telah menyertai PAS malahan telah pun mula memasuki medan juang bersama PAS di Merlimau dan di Kerdau. Jika dulu, artis ini disanjung dan dipuja tetapi bila artis ini memilih untuk berubah kepada yang lebih baik maka beliau dipersendakan.

Jika cara itu bukan cara Iblis dan Syaitan, cara siapa lagi? Bukankah Iblis dan Syaitan tidak akan bergembira sekiranya seseorang itu insaf dan ingin kembali mendekati Tuhannya? Saya ingin memperingatkan artis yang lain, jika kamu tidak mahu menyokong perjuangan Islam, kamu jangan terikut-ikut dengan rentak media yang berlidahkan Iblis dan Syaitan itu. Sekiranya ada mana-mana artis yang bersubahat dengan media berkenaan untuk memburuk-burukkan mana-mana artis yang ingin kembali ke pangkal jalan, kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengadakan kempen memboikot artis bangsat berkenaan

Jika kamu tidak ada keberanian untuk berubah, jangan kamu hina orang yang mahu berubah. Biarkan media bangsat itu yang bekerja untuk Iblis dan Syaitan. Kepada Bob Lokman, kamu telah memilih jalan yang betul. Walaupun usia kamu lebih banyak dihabiskan bersama mereka yang lalai itu, tetapi akhirnya kamu kembali kepada Islam. Kamu lebih mulia dari mereka yang memegang gulungan ijazah dari Universiti Al-Azhar tetapi masih berada di dalam gerombolan parti yang sekular sekutu Apco yahudi itu.

Apakah Pakatan Rakyat Benar- benar Mahu Menang Di Sarawak

Posted: 03 Mar 2011 04:55 PM PST

Oleh  Jebat Simunjan

71 kerusi DUN Sarawak kini terus mengamit perhatian seluruh rakyat Malaysia. Persoalan demi persoalan mengenai tarikh pembubaran DUN Aarawak sehingga kini masih lagi menjadi misteri semua pihak kecuali pemegang kunci mohor Dun Sarawak iaitu Tan Sri Pehin Taib Mahmud.
Hanya beliau sahaja yang tahu bilakah pembubaran DUN harus dilakukan. Dalam pada masa yang sama PRU 13 juga dikaitkan dengan tarikh pilihanraya DUN Sarawak memandangkan semakin kuat desas desus menunjukkan kepimpinan BN Sarawak merasakan goyah dengan suara-suara kebangkitan Sarawak.


Jika BN sarawak goyah maka pastinya BN Pusat juga goyah. Justeru itu salah satu cara yang paling selamat untuk menyelamatkan situasi goyah ini ialah dengan mengadakan pilihanraya serentak Sarawak dengan PRU 13. Maklumat demi maklumat pastinya diselidiki oleh pihak BN kerana mereka tidak mahu dalan PRU 13 nanti kedudukan mereka akan berkubur di tangan PR yang dipilih oleh rakyat. Tentunya persoalan ini cukup menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Samada pilihanraya DUN Sarawak berasingan atau serentak dengan PRU 13 itu tidaklah semustahak dan sepenting kemenangan yang ingin dicapai oleh pihak Pakatan Rakyat. Sesungguhnya keinginan pihak PR untuk menang dan menumbangkan calon BN dalam setiap pilihanraya cukup tinggi.
Namun jika pihak PR ingin menumbangkan kekuatan BN maka kerusi Sarawak yang dilabelkan sebagai simpanan tetap BN harus dilumpuhkan. Bukan mudah untuk meroboh kekuatan BN Sarawak di bawah pimpinan Taib Mahmud tetapi tidak mustahuil perkara itu boleh dilakukan. Kemenangan pihak PR menumbangkan beberapa kerajaan kuat BN dalam PRU 12 yang lalu masih segar dalam ingatan.
Semuanya boleh berlaku jika strategi perlaksanaan yang betul dan tepat boleh dilakukan oleh pihak PR untuk melakukannya. Dan jika pihak PR benar-benar ingin merobohkan kubu BN di Sarawak maka beberapa aspek penting perlu diperhatikan dan pertingkatkan kawalan bagi memastikan peluang untuk rakyat memilih calon PR di Sarawak boleh diperolehi. Tidak dapat tidak pihak Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) Sarawak merupakan fokus perhatian pihak PR. Sejak kekalahan BN pada PRU 12 yang lalu dan kemenangan PR di PRK Sibu yang lepas, semakin jelas tindakan dan peranan pihak SPR untuk mengekang kemaraan pihak PR dalam pilihanraya. Perkara ini mungkin mudah dinafikan oleh pihak SPR tetapi rakyat sudah semakin jelas nampak dan mengagak hala tuju peranan SPR dalam kerajaan BN. Pihak SPR telah bertemu dengan parti-parti politik yang akan bertanding dalam pilihanraya DUN sarawak pada 19 Februari yang lalu. tentunya semua pihak telah membincangkan banyak perkara berkaitan dengan sistem pilihanraya di Sarawak. Namun itu semua tidak menjanjikan pilihanraya yang akan dilangsungkan di Sarawak merupakan pilihanraya yang seadil-adilnya dan sebebas-bebasnya sperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Pertemuan itu hanya secara formaliti sahaja. Tetapi apabila berlaku pada peringkat perlaksanaannya tidak semua yang dibincangkan dan dipersetujui dalam pertemuan dgn pihak SPR akan dilaksanakan. Justeru itu maka pihak PR haruslah sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan terjadi. Dalam sistem pilihanraya perkara paling penting dan menentukan sesuatu kemenangan mutlak calon ialah undi rakyat. Maka pihak PR seharusnya bersiap sedia memastikan bahawa rakyat mempunyai hak yang sebebas-bebasnya dan dilindungi dalam proses membuang undi ini. Mungkin banyak pihak terlepas pandang aspek kerahsiaan undi ini. Meskipun sistem nombor siri sudah dihapuskan pada kertas undi tetapi itu belum cukup menjamin kerahsiaan undi rakyat. masih lagi ada suara-suara berani daripada pihak BN yang sentiasa membawa cerita bahawa undi rakyat masih boleh diketahui oleh pihak kerajaan jika mereka mengundi calon lain.
Dan inilah salah satu yang menyebabkan masih ramai rakyat yang takut untuk memangkah calon PR lebih-lebih lagi mereka yang kurang memahami status undi rahsia. namun ia tidak mustahil berlaku ? dalam sistem BN semuanya boleh berlaku. Tidak ada yang mustahil jika ia mampu memenangkan calon BN.
Pihak PR harus peka kepada aspek kerahsiaan ini. Jangan sekali-kali membiarkan hak rakyat untuk memangkah PR tersekat dek ketakutan undi mereka akan diketahui oleh pihak pemerintah. Keadaan ini mungkin membawa kesan buruk lebih-lebih lagi jika calon BN yang menang dan kuasa masih berada di tangan mereka. Kalau mereka kalah perkara ini mustahil untuk di ketahui.
Tetapi jika BN menang, pastinya post mortem melibatkan kertas undi ini boleh dilakukan oleh pihak BN. Kuasa berada di tangan mereka. bagi memastikan keselamatan dan kerahsiaan ini maka pihak PR seharusnya bersedia untuk mencadangkan agar TIDAK TERCATAT APA-APA MAKLUMAT PADA CERAIAN KERTAS UNDI. Ceraian kertas undi inilah yang masih mempunyai nombor siri.
Harus diingat kerani pengundian yang bekerja di pihak SPR, SPR pula bekerja di bawah kerajaan BN. Dan kebiasaan yang dilakukan oleh kerani pengundian ialah mereka mencatatkan nombor siri pengundi pada daftar pemilih setelah kertas undi diberikan kepada pengundi pada ceraian kertas undi yang tertinggal ini.
Jika tidak pun kerani pengundian tersebut akan mencatatkan nombor siri pada ceraian itu pada nama pengundi yang telah mengundi. Tindakan ini akan ditafsirkan oleh pengundi bahawa undi mereka masih dapat dikesan sekiranya mereka mengundi calon pembangkang. Perkara inilah yang menakutkan pengundi untuk memilih calon PR. Justeru itu adalah diharapkan agar pihak PR perlu memastikan perkara ini tidak berlaku dalam proses pengundian nanti.
Bagi memastikan perkara ini tidak berlaku maka pihak PR bolehlah meminta agar ceraian kertas undi yang dipegang oleh kerani pengundian tersebut diperiksa setelah proses mengundi tamat. Pastikan tidak tercatat sebarang nombor siri dicatatkan oleh kerani pengundian pada ceraian kertas undi atau pada nama pengundi pada daftar pemilih. Jika perkara ini mampu dilakukan oleh pihak PR maka nescaya keberanian rakyat untuk mengundi calon PR akan lebih terjamin lebih-lebih lagi bila berada dalam kubu kuat BN. Rakyat sebenarnya sudah muak dan sanggup untuk memangkah calon PR tetapi keselamatan mereka tidak terjamin sepenuhnya.
Ingat ! Jika pihak PR benar-benar mahu menang dalam pilihanraya Dun Sarawak atau PRU 13 nanti maka aspek ini perlu diperjuangkan oleh pihak PR sebaik-baiknya. Biarlah kebebasan rakyat itu terjamin dengan adanya sistem yang tidak menimbulkan keresahan dan ketakutan kepada rakyat dalam membuang undi mereka.
Pihak PR seharusnya tidak memandang enteng perkara ini kerana inilah kunci sebenarnya kekuatan undi BN. Agen tempat mengundi pihak PR juga seharusnya memahami perkara ini agar segala proses mendapatkan undi rakyat itu berjalan dengan lancar.
Jika PR mahu mendapat undi rakyat maka seharusnya keselamatan undi rakyat harus mereka perjuangkan dan pertahankan. Janganlah terlalu yakin dengan pihak SPR kerana mereka juga mendapat gaji, pangkat dan kedudukan melalui pemimpin-pemimpin BN. Diharapkan dengan kesunguhan tindakan pihak PR dalam meastikan aspek keselamatan undi rakyat ini mampu menjadikan demokrasi negara kita benar-benar membuktikan aspirasi rakyat terhadap pemimpin dan kerajaan yang dipilih.
* Jebat Simunjan. TQ.

Prk Kerdau : Janji Sanggang belum tertunai, apa pula untuk Kerdau?

Posted: 03 Mar 2011 04:51 PM PST

oleh: Mat Zain Mat Isa
Pertarungan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau, Pahang, secara rasminya bermula sebaik selesai proses penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu, 26 Februari. Ia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad dengan calon PAS, Hassanuddin Salim.


Kerusi N.28 Kerdau kosong ekoran kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 12 Februari. Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, Zaharuddin menewaskan Hassanuddin dengan majoriti 1,615 undi. Beliau mengambil alih kerusi berkenaan daripada Dato' Redzwan Harun.
Redzwan merupakan wakil rakyat sulung bagi Dun Kerdau apabila kerusi itu pertama kali diperkenalkan pada PRU 2004, ekoran persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2003.
Difahamkan sebahagian kawasan Dun berkenaan melibatkan Dun Sanggang yang ditiadakan. Di atas faktor Redzwan selaku penyandang terakhir kerusi Dun Sanggang, beliau diberi peluang menyambung tugasnya di Kerdau pula.
Justeru, Kerdau boleh disifatkan wujud sebagai ganti Sanggang. Banyak persamaan geo-politik dikongsi antara keduanya, termasuk dari segi komposisi pengundi, latar sosio-ekonomi penduduk, tahap pembangunan infrastruktur dan seumpamanya.
Oleh kerana penduduk di situ pernah didedahkan dengan suasana PRK Dun Sanggang, 1 April 2000 lalu, pengalaman itu sepatutnya menjadi pengajaran berguna untuk mereka menilai apa yang dilakukan parti-parti bertanding di Kerdau kini. Apatah lagi setakat ini pun kedua-dua proses demokrasi itu telah menampakkan beberapa persamaan.
Alhamdulillah, proses penamaan calon di Kerdau tidak menyaksikan ada pemimpin BN menungging punggung dan memberikan isyarat lucah ke arah penyokong PAS. Aksi memalukan itu dilakukan tidak lain daripada Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakub sendiri. Ia disaksi ribuan mata, malah sempat dirakamkan orang ramai, pada penamaan calon PRK Sanggang, 21 Mac 2000.
Walau pun Adnan tidak mengulangi perangai kebudak-budakan itu Sabtu lalu, beliau dianggap turut mengulangi kontroversi di Kerdau. Dengan tak semena-mena beliau mendakwa kononnya PAS menuduh calon BN tidak lulus pengajiannya di Universiti Al-Azhar, Mesir.
Sedangkan menurut Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, tiada satu pun kenyataan dikeluarkan mana-mana pemimpin PAS mengenai isu tersebut.
"PAS kesal kerana dituduh menyebarkan fitnah kepada calon BN, Syed Ibrahim, yang dikatakan gagal menamatkan pengajian di Mesir.
"Sedangkan isu ini tidak pernah keluar daripada mana-mana pemimpin PAS. Ia dicetuskan oleh blogger yang tiada kena mengena dengan PAS," katanya yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS PRK Kerdau.
Sebelum ini, Tuan Ibrahim juga telah memberikan komitmen bahawa partinya tidak akan menggunakan isu peribadi calon BN, termasuk menyerang peribadi beliau sepanjang kempen.
Kita melihat isu ini sengaja ditimbulkan bertujuan memfitnah PAS dan mewujudkan persepsi negatif terhadap parti itu di kalangan pengundi Kerdau. Telahan itu agak munasabah, terutama mengambilkira penerbitan dan penyebaran risalah memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat (PR) telah pun berlaku sebelum penamaan calon lagi.
Antara risalah berkenaan ialah yang bertajuk "Kalau Program 100 Hari Pakatan Rakyat Dilaksanakan". Risalah memuatkan karikatur itu disertakan logo ketiga-tiga parti PR. Ia bagaimana pun secara jelas cuba mengapikan sentimen perkauman apabila menggambarkan kononnya pihak paling beruntung dan gembira jika PR memerintah negara ialah DAP.
Fitnah dicipta BN itu mewarnai permulaan kempen Kerdau, sama sepertimana isu kontroversi dicetuskan Adnan di Sanggang dulu. Persamaan lain antara keduanya ialah soal penampilan calon. Kedua-dua parti nampaknya mengekalkan "selera" yang serupa.
Di Sanggang dulu, BN memilih Redzwan. Selaku bekas Penyelia Masjid-masjid Daerah Temerloh, beliau adalah calon berlatarbelakang pendidikan agama. Pemilihan Syed Ibrahim, yang juga bekas Pegawai Agama Menteri Besar, kini juga pada landasan sama.
PAS pula mengekalkan calon berlatarbelakang profesional. Dato' Hishamuddin Yahaya yang mewakili PAS di Sanggang dulu seorang peguam dan ahli perniagaan. Kini parti itu memilih Hassanuddin, seorang usahawan industri pembinaan dan pernah terlibat industri minyak dan gas.
Namun persamaan paling dijangkakan ialah taburan janji-janji pembangunan serta curahan projek-projek segera oleh BN. Manakala PAS selaku parti pembangkang yang serba daif dan miskin hanya mampu melihat BN memanipulasi kekuasaan material bagi meraih sokongan pengundi.
"Tuan-tuan mintalah apa sahaja. Musim ini tuan-tuan, kalau nak sungai pun mereka akan lulus. Kalau tuan-tuan nak luruskan jalan yang bengkang bengkok pun, mereka akan buat," kata Tuan Ibrahim sinis.
Pun begitu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengingatkan rakyat di Kerdau agar jangan lupa janji-janji BN semasa PRK Sanggang sebelum ini.
Difahamkan antara janji yang sangat diingati penduduk ialah projek perumahan awam di Paya Taram, yang hingga kini gagal ditunaikan.
Justeru, Tuan Ibrahim mengingatkan, watak-watak yang sama akan datang lagi ke Kerdau menaburkan janji-janji serupa.
"Namun tuan-puan kena ingat, jangan sampai tertipu buat kali kedua," katanya kepada pengundi Kerdau.

Prk Merlimau : Program misteri 1 Malaysia, Ali Rustam kata ‘saya tak tahu’

Posted: 03 Mar 2011 04:41 PM PST


Mohd Ali Rustam singgah untuk memberikan ucapannya tetapi berkata beliau tidak tahu-menahu program tersebut. — Foto oleh Jack Ooi
Pemandangan luar lokasi program NGO 1 Malaysia dengan hadirin diwajibkan memakai kemeja-T 1 Malaysia.
JASIN, 4 Mac — Kewujudan pertubuhan misteri yang menggunakan nama 1 Malaysia ketika kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau menimbulkan pelbagai persoalan besar mengenai motif sebenar badan itu.
Malah pertubuhan itu, yang turut menganjurkan pelbagai jenis program termasuk majlis makan malam dikatakan mempunyai kaitan dengan Barisan Nasional (BN).
Selain itu, kewujudan pertubuhan misteri itu dilihat membantu kempen BN dengan menawarkan pelbagai hadiah dalam setiap program yang dianjurkan.
Difahamkan pertubuhan itu beroperasi atas nama 1Malaysia dan hanya muncul dalam kempen pilihan raya kecil untuk mengagihkan barangan keperluan termasuk mengedarkan kemeja-T tertera logo 1 Malaysia kepada pengunjung khususnya pengundi kawasan Merlimau yang hadir.
Pertubuhan ini dikatakan mengadakan makan tengah hari dan makan malam secara percuma kepada pengundi. Difahamkan program itu dihadiri pengundi bukan Melayu yang jumlahnya begitu ramai.
Terbaru, pertubuhan itu telah mengadakan program makan malam bersama masyarakat India di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Merlimau di sini malam tadi.
Setiap pengundi diberikan tiket untuk menghadiri program tersebut. Mereka yang tiada tiket tidak dibenarkan masuk termasuk wartawan.
Selain itu, program anjuran pertubuhan misteri itu dikawal ketat petugas yang memakai kemeja-T 1 Malaysia.
Ketika ditanya mengapa wartawan tidak dibenarkan masuk, petugas terbabit berkata hanya mereka yang mempunyai tiket dibenarkan untuk menyertai program yang dianjurkan.
"Maaf, hanya mereka yang ada tiket sahaja yang boleh masuk. Ini adalah arahan pihak atasan, saya tidak boleh benarkan," kata petugas yang mengawal di pintu utama sekolah itu.
Selain makan malam, masyarakat India yang hadir turut dipersembahkan dengan dendangan lagu dan cabutan bertuah.
Wartawan yang menunggu di hadapan pintu masuk sekolah itu hanya dibenarkan masuk ketika Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam hadir memberikan ucapan.
Bagaimanapun ketika ditanya mengenai pertubuhan itu, Mohd Ali berkata beliau tidak tahu tentang kewujudannya.
"Saya tak tahu, saya datang sini sebab ada ramai orang, jadi saya singgah.
"Tapi kalau ia sokong 1 Malaysia saya juga sokong," katanya.
Pertubuhan 1 Malaysia ini pertama kali muncul pada kempen pilihan raya kecil di Galas November lalu dengan sejumlah sukarelawannya mengagihkan beg barangan itu kepada pengundi, khususnya di kawasan yang ramai pengundi berbangsa Cina.
Keadaan yang sama juga disaksikan pada pilihan raya kecil Tenang.

Prk Kerdau : Moga-moga jadi teladan ....jangan musim pilihanraya jerk..!!!

Posted: 03 Mar 2011 04:34 PM PST

Salam sejahtera,
Alhamdulillah, ini baru aku lihat seorang pemimpin tertinggi UMNO boleh menjadi Imam dalam sembahyang berjemaah, Tahniah...
,

Kira hebat TPM Malaysia,, dibelakangnya yang jadi makmum pun kalau kita perhatikan calon UMNO Syed Ibrahim lulusan AlAzhar sendiri menjadi makmum, agak-agak Najib bila pulak naj jadi Imam, teringin juga aku nak tengok... Kalau Najib jadi Imam aku rasa makmum yang kat belakang paling lekeh pun ulamak besar Yusuf Qardawi...,

Ekonomi Mantap : ‘Susah nak cari makan’..barang makin murah..!!!

Posted: 03 Mar 2011 04:30 PM PST

Oleh Norasikin Daineh dan Shuhada Mansor
MAHAL...harga daging meningkat mendadak.
MAHAL...harga daging meningkat mendadak. 
 
KUALA LUMPUR: "Harga minyak naik, harga barang pun naik, susah peniaga nak cari makan," keluh peniaga burger, Asraf Ahmad, 24 berikutan kenaikan beberapa harga barang yang memberikan kesan kepada perniagaan yang diusahakannya di sini.
Katanya, harga sedozen roti burger yang dibelinya sebelum ini RM9, namun baru-baru ini ia naik sehingga RM12.80 sedozen.

"Selain itu, harga sos, mayonis dan kicap turut mengalami kenaikan," katanya.
Sementara itu, tinjauan Harian Metro di beberapa kawasan di sini mendapati beberapa barang kegunaan harian mengalami kenaikan harga, malah ada beberapa barang makanan utama mengalami peningkatan harga sehingga menyebabkan peniaga serba salah untuk menaikkan harga.

Kenaikan itu dakwa mereka kerana harga ditawarkan pemborong amat tinggi berbanding harga sebelumnya.

"Payah sebab kami nak jaga pelanggan, tapi harga daging naik pula," kata Kamarulzaman Ghazali, 55, yang kini berada dalam dilema untuk menaikkan harga daging dalam pasaran.

Menurut Kamarulzaman, harga borong bagi sekilogram daging tempatan RM18 dan harga daging import antara RM12 hingga RM13, namun berlaku perubahan harga yang mendadak baru-baru ini.

"Harga baru kami terima dari pemborong semalam RM24.50 bermakna harga daging tempatan naik RM6.50," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Sementara itu, beberapa pelanggan yang ditemui berkata, kenaikan harga barang membebankan mereka. Menurut Rafei Jamil, 32, harga makanan mentah utama tidak perlu dinaikkan kerana ia akan membebankan.

"Sepatutnya harga makanan mentah seperti ayam, daging dan ikan tidak perlu naik kerana harga sekarang pun membebankan," katanya.

Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, ketika mengulas isu kenaikan harga barangan, berkata keadaan ini sukar untuk dikawal memandangkan sifat tamak sesetengah peniaga yang mengaut keuntungan mudah menaikkan harga barang sesuka hati.

Katanya, sifat tamak peniaga sukar untuk dikikis memandangkan mereka tahu pembeli pasti akan membeli barangan keperluan harian berkenaan.

Menurutnya, bagi menangani masalah ini pengguna mempunyai hak bagi membasmi penularan kenaikan harga barang.

Revolusi Rakyat : Jet Gaddafi bom bandar Libya

Posted: 03 Mar 2011 04:28 PM PST

Samsu Setan : Ramai muntah darah

Posted: 03 Mar 2011 04:27 PM PST

Ramai muntah darah
PENGSAN...penagih arak murah terbaring akibat penangan minuman keras terbabit.
PENGSAN...penagih arak murah terbaring akibat penangan minuman keras terbabit. 
 
IPOH: Bukan akibat ilmu hitam atau disantau, namun ramai belia dilaporkan mengalami simptom muntah darah gara-gara ketagihan sejenis minuman keras digelar 'tonik gila' atau 'samsu setan'.
Lebih mengejutkan apabila gejala penyakit berkenaan dikesan berpunca daripada kadar alkohol terlalu tinggi sehingga mencecah 43 peratus di dalam minuman terbabit, sekali gus mengancam nyawa individu yang ketagih minuman itu.

Gejala menakutkan ini kian serius selepas tinjauan mendapati minuman terbabit mudah dibeli hampir di semua kedai runcit dan kedai ubat tradisional Cina.
Tinjauan Harian Metro mendapati minuman terbabit dengan kandungan 150 mililiter itu dijual RM3.30 sebotol.

Hasil tinjauan di lebih 10 kedai runcit sekitar bandar raya ini, terdapat kira-kira lima jenama minuman keras yang dijual murah dengan kadar alkohol terendah 27 peratus.

Seorang penagih tegar minuman terbabit yang hanya mahu dikenali Man, 21, berkata dia kini menderita penyakit hepatitis atau bengkak hati akibat ketagih minuman itu sejak lebih setahun lalu.

Dia yang ditemui ketika mendapat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, berkata kini dia kerap muntah darah selain sakit pada hulu hati.

"Doktor memberitahu penyakit saya itu berpunca daripada kesan toksik pada alkohol minuman keras. Saya dinasihatkan berhenti meminumnya kerana doktor bimbang hati saya bertambah rosak. "Malah, kini saya cepat pitam dan buang air besar bercampur darah," katanya.
Man berkata, dia ketagih arak terbabit selepas bercampur kumpulan Mat Rempit dan bahan berbahaya itu dengan pelbagai jenama dijual tidak melebihi RM3.

Menurutnya, minuman keras yang dijual di dalam botol itu dianggap lebih 'power' berbanding arak di dalam tin.

"Arak dalam tin hanya mendatangkan kesan mabuk jika diminum melebihi tiga tin, namun tonik gila ini boleh menyebabkan mabuk dengan hanya empat teguk.

"Selain minuman keras berlogo candi, terdapat juga beberapa minuman keras seangkatannya yang menggunakan simbol kapak dan nombor tertentu," katanya.

Menurutnya, arak itu menjadi pilihan remaja dan belia berikutan harganya murah dan kebanyakan individu yang meminumnya golongan berpendapatan rendah.

"Minuman keras biasa dijual antara RM7 hingga RM9 setin, namun samsu setan ini boleh dibeli semurah RM3.

"Ada juga remaja yang terjebak dalam gejala seks bebas percaya arak itu mampu menambah daya seksual, namun saya tidak pasti kebenarannya," katanya.

Menurutnya, minuman terbabit membawa mudarat apabila menyebabkan individu yang meminumnya jatuh pengsan untuk tempoh masa lama.

"Sebab itu ramai kaki botol yang minum samsu murah ini boleh hilang kawalan dan tidur tersadai di kaki lima. "Rasa minuman keras ini tidak sesedap mana, namun kesannya amat pantas dan lebih 'kaw' jika diambil selalu," katanya yang kini bergantung ubat hospital.

Sementara itu, tinjauan turut mendapati ramai penagih minuman terbabit seperti penagih dadah apabila terbaring mabuk atau tidak sedarkan diri di kaki lima bangunan.

Ini dibuktikan apabila rata-rata kaki botol ditemui bersama terbaring bersama botol minuman terbabit di samping mereka.

Tiada ulasan: