Tun Saban Balek |
PETRONAS UNTUNG BERPULUH BILLION MINYAK TETAP NAIK HARGA Posted: 04 Mar 2011 07:18 PM PST PETRONAS UNTUNG BERPULUH BILLION MINYAK TETAP NAIK HARGA
|
projek perlis darul umno-malaysiakini Posted: 04 Mar 2011 01:48 AM PST Seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Arau yang dilaporkan hilang oleh rakannya apabila tidak pulang ke rumah sewa mereka selepas membeli-belah di Jitra malam kelmarin, ditemui mati akibat terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Arau-Kodiang, berhampiran Jelempuk, dekat sini, pagi semalam.Mayat Umi Kalsum Abdul Majid (gambar), 21, ditemui orang awam yang lalu di situ pada jam 7.30 pagi semalam, iaitu selepas kira-kira lapan jam mangsa yang menunggang motosikal bersendirian terbabit dalam kemalangan.Apabila menyedari mangsa tidak pulang ke rumah sewa mereka di Arau, rakan serumahnya membuat laporan polis mengenai kehilangannya pada jam 3 pagi semalam selepas puas mencarinya.Mangsa yang juga pelajar jurusan Sains Komputer dan berasal dari Mersing, Johor sebelum itu dikatakan pergi ke Jitra untuk membeli-belah bersama beberapa rakannya yang menunggang motosikal berasingan, tetapi dia pulang lebih awal, kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Deputi Superintendan Ibrahim Idris, berkata motosikal ditunggangi mangsa dipercayai terlanggar kon yang diletakkan di jalan berkenaan yang kerja pembinaannya terbengkalai sejak lima tahun lalu.Katanya, mangsa mungkin tidak nampak kon berkenaan kerana lokasi kejadian yang gelap dan pengguna melalui jalan di situ juga dipercayai tidak menyedari kemalangan terbabit."Rakannya yang mendapati mangsa tiada di rumah kemudian membuat laporan polis pada jam 3 pagi tadi (semalam) kerana khuatir sesuatu yang buruk berlaku ke atasnya."Mayatnya hanya ditemui orang awam kira-kira jam 7.30 pagi tadi (semalam) dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di tepi jalan di situ, sebelum memaklumkannya kepada polis," katanya di sini, semalam.Ibrahim berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk dibedah siasat.Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -BH Note: Ajal itu ketentuan Allah.. Yang menyedihkan jalan tu dah terbengkalai sejak lima tahun lalu. Sayangnya di Kerdau dan Merlimau hanya memerlukan masa seminggu saja, semua jalan dan lorong hatta halaman rumah pun diturapnya. Najib kata kerajaan turap jalan untuk keselesaan rakyat bukan untuk memancing undi di tempat adanya PRK. Tapi kini terbukti tempat yang tidak ada pilihan raya kecil walau sudah lebih 5 tahun terbengkalai projek naiktaraf jalannya kerajaan buat derk jer... |
You are subscribed to email updates from Tun Saban Balek To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan