Jumaat, 4 Mac 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Prk Kerdau : Lonjakan politik bila ahli UMNO Jengka 22 dan 23 menyertai PAS.

Posted: 04 Mar 2011 08:51 PM PST

TEMERLOH, 5 Mac: PAS terus mendapat lonjakan politik dengan penyertaan ahli-ahli Umno dari kawasan Felda Jengka 22 dan Jengka 23.
Dalam satu majlis bersama Persatuan Anak Peneroka Feda Kebangsaan (Anak) di Jengka 23, PAS menerima kemasukan 18 orang keahlian baru yang kebanyakannya ahli Umno yang kecewa dengan pretasi Barisan Nasional selama ini.
Dalam majlis tersebut, borang keahlian PAS mereka diserahkan kepada Pengarah Pilihanraya PAS PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sementara itu, PAS terus mendapat sokongan daripada penghuni di Jengka 22 apabila 30 ahli baru yang kebanyakannya bekas ahli Umno juga mengambil keputusan menyertai perjuangan PAS.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hasan Tantawi dalam satu mesej di Twitter mengumumkan bahawa Anak menerima 176 penyertaan ahli baru dari Felda Jengka 23, 22, 25, 16 dan 18 semasa Majlis Pelancaran Anak di Felda Jengka 23, malam tadi.
Perkembangan terbaru ini menggambarkan harapan baik bagi PAS untuk pilihan raya kecil Kerdau kali ini.
Hari ini, dijangkakan akan berlaku lebih ramai kemasukan ahli baru di beberapa peti undi lagi.
Namun, Tuan Ibrahim, yang juga Naib Presiden PAS mengingatkan para petugas PAS untuk PRK Kerdau untuk berwaspada dengan strategi akhir yang digunakan oleh BN bagi mengugut pengundi dengan pelbagai tawaran kewangan yang telah dan akan diumumkan.

Merlimau Poll : 750 phantom voters in Merlimau?

Posted: 04 Mar 2011 08:45 PM PST

PAS Merlimau election chief Datuk Halim Abdul Rahman has accused Barisan Nasional (BN) of paying 750 students to become phantom voters in tomorrow's by-election here. The Pengkalan Chepa MP told The Malaysian Insider that students have been offered a reward to vote by using identity cards of registered voters in Merlimau.
"We have received information about students that have been paid by BN to vote in the by-election. These are students are from here (Merlimau).
"I have also received information that the students have been offered rewards to become voters and about 750 students will vote representing voters in Merlimau," he said.
Merlimau is home to a polytechnic with over 5,000 students.
He added that others have also been offered to become phantom voters by BN.
Halim said the phantom voters were to cast their ballots in all voting districts but could not reveal the amount of reward offered.
The Merlimau state seat has seven voting districts: Ayer Merbau, Chinchin, Jasin Lalang, Merlimau Utara, Merlimau Pasir, Permatang Serai and Pengakalan Samak.
The by-election will be a straight fight between PAS's Yuhaizat Abdullah and Umno's Roslan Ahmad.
BN currently controls 23 of the state assembly seats, while DAP is the only opposition with five.
The late Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasson retained the Merlimau state seat in the last general election after he defeated PAS's Jasme Tompang by a majority of 2,154 votes. In Election 2004, he won the seat by 5,087 votes.
Merlimau is located within the Jasin parliamentary constituency, a stronghold of BN, which won all the five state seats in Election 2008.

Menteri Pertahanan Digesa Perjelas Pembelian Kapal TLDM RM6 Bilion

Posted: 04 Mar 2011 08:40 PM PST

PETALING JAYA 5 MAC : Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menyatakan Menteri Pertahanan Datuk Zahid Hamidi tidak menyatakan jenis kapal yang hendak dibeli Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan kos RM 1 Billion setiap satu dan beliau hanya menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat.
Sebelum ini Tony dikritik hebat oleh media arus perdana kerana mendedahkan harga RM 1 Billion untuk satu Kapal Peronda Tentera Laut nyata terlalu mahal.
"Sebagai ahli Parlimen bertanggungjawab kepada wang rakyat, kita tanyalah yang sepatutnya , saya tanyalah apa jenis kapal, yang dibeli, RM 1 Billion setiap satu, bukan satu yang murah," katanya.
"Bila saya bertanya kepada Menteri Pertahanan, mengenai Tentera Laut nak beli Kapal Peronda berjumlah RM 6 Billion. Tapi Menteri tak bagi 'detail' terperinci, hanya kata RM 6 Billion untuk 6 kapal dan RM 2 Billion untuk vendor tempatan. Tapi dia tak beritahu apa jenis kapal yang sendak dibeli, " ujarnya.
Menurut Tony lagi, Kementerian Pertahanan sebelum ini telahpun terlibat dengan pembelian 'meragukan' seperti Kapal Selam Scorpene, pembelian Kereta Perisai bernilai RM 31 juta setiap satu dari DRB Hicom tahun lalu, selain skandal kehilangan enjin jet F5 AE
Malah pembelian kapal peronda TLDM sebelum ini turut mendatangkan keraguan apabila PSC Industries Bhd. (PSCI) yang bertanggungjawab membina kapal itu gagal menyebabkan ia diambil alih Boustead Holdings dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)
Pengerusi PSCI sebelum itu Tan Sri Amin Shah telah melarikan diri ke Dubai dan beliau diisythiar muflis di negara ini beberapa tahun lalu dan hal ini dikritik oleh Lembaga Audit Negara.
Ironinya, antara syarikat yang terlibat dalam tempahan dan pembelian Kapal Peronda kali ini ialah Boustead sendiri.
"Dulu beli kapal peronda harganya RM 4.5 Billion, tempatan, syarikat kroni, Amin Shah kalau ingat. 6 Kapal tak boleh siap dalam masa yang ditentukan.
"Perkara ini bukan dikritik oleh Pembangkang, tapi oleh Lembaga Audit Negara milik Kerajaan. Dia kritik Kementerian Pertahanan kerana penyelewengan berlaku kerana kerja kerja belum siap, wang sudah bayar. Bukan saja wang sudah bayar tapi mintak wang lagi," katanya.
Menurut Tony lagi, ini merupakan cara pengurusan ekonomi kerajaan BN yang hanya akan menyebabkan negara ini makin mengalami kerugian.
"Ini cara BN menjalankan pengurusan ekonomi di negara kita. Kita tak tahan lagi. Semua wang dibazir melalui rasuah, penyelewengan, komisyen dan melalui pembelian alat-alat yang tak perlu. Apa yang rakyat perlu tak diberi. Sebab itu kita kena berubah dan selamatkan Malaysia," katanya.

Tekan Dan Susahkan Rakyat, Pemerintah Sedia Hadapi Kebangkitan Rakyat

Posted: 04 Mar 2011 08:37 PM PST


PETALING JAYA 5 MAC : Tindakan menekan dan menyusahkan rakyat akan menyebabkan rakyat membenci pemerintah dan mencetuskan kebangkitan rakyat, jelas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali.
Azmin mengulas mengenai kebangkitan rakyat di Mesir, Tunisia dan Timur Tengah yang bangkit kerana tidak tahan dengan cara hidup pemimpin mereka yang bermewah dengan penyelewengan yang dilakukan terhadap rakyat.
Beliau turut menolak tuduhan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa berkata tindakan pemimpin pembangkang membandingkan Malaysia dengan negara-negara tertentu yang sedang menghadapi krisis politik itu adalah tidak bertanggungjawab.
"Tapi saya nak ingatkan Najib, Rosmah dan Muhyiddin. jangan sombong. Saya tak kata sistem di Egypt sama di Malaysia tapi prinsipnya sama. Pemimpin jangan sombong. Pemimpin jangan rasuah. Kekayaan negara jangan berlegar di kalangan anak-anak dan rakan-rakan. Gunakan kekayaan untuk serah kembali kepada rakyat di bawah," ujarnya.
Azmin turut menyatakan bahawa Pakatan Rakyat akan terus menggunakan cara demokrasi bagi menewaskan Barisan Nasional sambil memuji bahawa rakyat Malaysia merupakan rakyat terbaik di dunia.
"Saya bukan nak mengajak rakyat untuk adakan huru-hara. Rakyat Malaysia ni rakyat paling baik dalam dunia. Kalau inilah pemimpin seperti sekarang ni berada di Egypt, dah lama dihumban ke dalam laut oleh rakyat Egypt. Tapi kita baik. Kita menghormati demokrasi walaupun SPR itu agensi haprak yang tidak ada gunanya langsung. Tapi kita baik, kita pegi undi, ada kawasan kita menang, ada kawasan kita kalah," katanya.
Mengulas mengenai amaran Muhyiddin kepada rakyat agar tidak bermain dengan api dan menghancurkan negara, Azmin menjelaskan prinsip BN tidak memikirkan apa yang dimahukan rakyat kerana menjaga kepentingan sendiri.
"Apa yang saya nak sebut ialah ini langkah kerajaan. Dia tak fikir rakyat susah. Tak fikir harga barang naik. Tak fikir korupsi makin melarat dalam masyarakat dan pentadbiran. Ini mesej yang nak diberi bukan nak anjurkan huru-hara," katanya.
Memberi contoh kepada pengumuman 'mengejutkan' Perdana Menteri Najib Razak pada pembentangan belanjawan lalu, Azmin meminta rakyat menggunakan kebijaksanaan untuk membuat pilihan pada pilihan raya umum akan datang.
"Rakyat susah. Turunkanlah harga barang yang membebankan rakyat. Harga gula. Harga minyak, harga ikan, bukan harga seluar dalam.
"Cuba kalau kita pergi Singapura, jumpa 'Fund Managers' dia tanya bagaimana cara Malaysia menjana pertumbuhan ekonomi.Kita jawab 'Kami kurangkan cukai baju dalam berjenama. Saya malu," tegas Azmin.

Kerdau Poll : Din and bustle wakes up sleepy town

Posted: 04 Mar 2011 08:35 PM PST

A sleepy hollow has become a hive of activity but the people of Kerdau are not used to outsiders 'invading' their small forgotten town.

KERDAU: Fatimah Dollah, 62, sells food and drinks by the roadside leading into Kerdau, Pahang. She has watched the numerous banners being put up for the upcoming by-election, but feels none of the excitement that comes with the odd bustling of activity in a small oft-forgotten town.
Kerdau was once known as Sanggang, which was then under the Mentakab parliamentary constituency. It is now under the Kuala Krau parliamentary constituency. Kerdau is a typical semi-rural area. A drive to Kampung Kerdau, from which the constituency earned its name, reflects the unhurried pace of life here.
"There are many of us who feel we are only remembered when it's voting time. After that," Fatimah shrugs her shoulders with palms facing upwards, "no one bothers about us anymore."
"They leave behind all their banners, signs and posters which they stick all over the place. All of them are the same," she adds, with a wry smile on her weather-beaten face.
And are the banners hoisted! From afar, the navy blue pennants and green ensigns look quite fetching, pretty even, fluttering in the wind on what is an overcast day. But a closer look will show that some are harnessed to broken street lights and hoisted on bus stands while others are impaled on the ground, resembling blue flames on a matchstick.
It seems that the banners, buntings and bills outnumber the residents of Kerdau who number about 2,000 in total. Driving into and across the district, there is a good chance that you will see more chickens and mud-covered buffaloes than people.
War chest
The ones that were seen didn't look too happy at the sight of visitors in their sleepy town. Even the police on duty didn't take too fondly to photographs being taken by the roadside where they lounged around at their post.
One policeman even crossed the road to ask what the photographs were for. He seemed uncomfortable to be included in a photograph taken of a banner behind him and his colleagues. In case you're curious, it was a Barisan National (BN) banner.
He was only pacified when a friend who followed this writer said, "We are taking pictures of you to show that the police are guarding this area well."
Where the village folk were concerned, their eyes would literally follow one's movement. This was more so evident at a little shop that had been turned into a PAS centre of sorts.
A PAS flag big enough to sail a small boat is hung between two columns facing the entrance of the shop. There is a foldable plastic table on which stands a collection box with these words, "Tabung Jihad Pilihanraya (By-election war chest)." Photos aren't allowed of course, with a request turned away by these words, "Tak payalah."
WiFi Village
Photography is something many here are shy or rather suspicious of, unless it's taken with a politician giving away something, holding a baby or visiting a family in a dilapidated house.
When this is mentioned to Mohd Jusoh, a 53-year-old farmer, he says, "It's not that we are unfriendly. I think many of us know that all these politicians come here to take pictures with us to look good.
"So some of us think that everyone with a camera is coming for this reason," he laughs. "Maybe there should be more people coming to fix things in this kampung and help us, then maybe we will be more friendly," he adds in jest.
Mohd Jusoh and his friends are asked what are some of the things that would help Kerdau. His reply is a slap on the knee and the shake of the head as if to say, "How much time have you got?" He lists the trinity of clean running water for everyone, good public transport into towns, and more work opportunities. What he doesn't understand is the WiFi Village and asks the writer to explain what it is.
A total of 300 villages in Pahang will get the WiFi wireless Internet through the Kampung WiFi programme by year-end. Information, Communication and Culture Minister Rais Yatim said this entailed the construction of 863 telecommunication towers in stages. Recently when launching the WiFi Village in Kampung Murni Kerdau, Rais said that no parliamentary and state constituencies in Pahang will be left out.
"Maybe I'm old and don't understand all this. But as someone who has lived here all my life, I don't know how many of my friends are going to use this WiFi technology. Now, if you give us equipment to work the land and some one to teach us how to do business with it, then I think we would benefit much more," Mohd Jusoh says while his friends enthusiastically nod their agreement.
The final word? Mohd Jusoh and his friends are asked who they think will win the Kerdau by-election. Four of them say BN while the other two say PAS. After they exchange views and reasoning, the final count is five for BN and one for PAS.
Only on Sunday will the people of Kerdau know which way the wind will blow.

Prk Kerdau : RM 13 Ribu Tunai Isnin Ini, Dugaan Buat Peneroka Felda Dengan Ang Pow BN..!!!

Posted: 04 Mar 2011 08:30 PM PST

Oleh: wfauzdin_ns

" ISNIN nanti dapat atau tidak Peneroksa Felda seramai 260 wang tunai sejumlah RM 13 Ribu seorang bagi pembayaran CESS? Wang itu dijanjikan oleh Maslan di Kerdau iaitu kawasan pilihanraya kecil yang mana majoritinya adalah pengundi dari Peneroka Felda.

Jangan lupa, Ahad ini hari mengundi. Siapa pemenang belum tentu dan Kerdau dikatakan amat panas buat Umno sekarang. Pengundi mungkin tidak percaya cakap Najib, Muhyiddin jauh sekali mahu percaya anak terbuang Mak Cik Umi itu. Tetapi, bila sebut ada wang tunai seorang boleh dapat RM 13 Ribu, bagaimana agaknya?

Hanya iman dan takwa berlandaskan kebijaksanaan yang boleh membuat keputusan. Jika perut diletakkan ke depan berbanding nilai maruah, maka sudah pasti wang tunai satu pilihan terbaik. Masalahnya, jika Umno tewas adakah wang tunai itu diserahkan? Tahniah, buat ANAK satu pertubuhan yang sanggup dikeji dan dihina semata-mata untuk menjaga kebajikan para Peneroka. Hasilnya, Isnin ini ada wang buat para Peneroka berkenaan. Fikir-fikirkanlah.

Prk Merlimau : Pengusaha lembu kecewa TEKUN tahan pinjaman

Posted: 04 Mar 2011 08:25 PM PST

Empat puluh pengusaha penternakan lembu feedlot berkelompok di Lanchang, Melaka kecewa apabila pihak Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) menahan sebahagian besar wang pinjaman mereka daripada nilai keseluruhan kira-kira RM1.2 juta, meskipun ia sudahpun diluluskan pihak terbabit.

Ketua projek berkenaan, Fahruzridza Jaafar, 34, berkata, jumlah tersebut berdasarkan setiap pengusaha melakukan pinjaman berjumlah RM30,000.

Menurutnya, segala-galanya bermula pada 1997, apabila beliau dicadangkan oleh ahli parlimen Jasin ketika itu, Datuk Mohd Said Yusof supaya menjalankan projek ternakan lembu dengan mencari satu tapak sesuai.

Fahruzridza yang juga pengerusi Persatuan Seni Silat Langkah Bromo (PSSLB) berkata, beliau telah mengambil peluang itu dan juga menyarankan 39 ahlinya yang lain supaya menyambut peluang itu bagi menjayakan projek ternakan lembu mereka.

"Secara kebetulan ketika itu sejak tahun 2005, saya memang ada memajak tanah di Semujuk, Sungai Rambai dengan keluasan kira-kira 3 ekar lebih bagi penanaman pisang dan sebaik muncul projek itu saya telah korbankan projek tanam pisang lalu bertukar kepada ternakan lembu.

"Dalam masa yang sama kami terus memohon untuk pinjaman daripada TEKUN dengan berbekalkan segala sokongan daripada beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar Melaka, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

"Akhirnya, kelulusan kami perolehi pada 28 Januari 2008 dan sebagai fasa awal TEKUN telah mengeluarkan sebahagian daripada pinjaman terbabit kepada kami yang berjumlah RM416,875 untuk menjalankan projek itu.

"Tetapi malangnya projek itu tertangguh selama lapan bulan apabila mendapat bantahan daripada penduduk kampung di Semujuk dengan alasan projek berkenaan tidak sesuai dilakukan di kawasan terbabit.

"Kami hairan mengapa mereka tidak menyokong sedangkan ada pusat ternakan lain, malah saiznya jauh lebih besar terletak bersebelahan kawasan tempat kami merancang untuk projek berkenaan," katanya ketika ditemui di rumah seorang daripada peserta projek berkenaan di Jasin.

Fahruzridza berkata, dengan bantuan ADUN Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman, pihaknya cuba mencari jalan menyelesaikan perkara itu sehingga akhirnya terpaksa memindahkan projek berkenaan dari Semujuk ke Lanchang dengan keluasan tanah kira-kira lapan ekar.

"Kami berdepan masalah apabila jumlah pinjaman awal adalah untuk dimanfaatkan untuk tanah di Semujuk yang sudah tersedia beberapa kemudahan seperti laluan tambak, saliran, tanah yang sudah diratakan dan pondok pekerja.

"Ia berbeza dengan tanah di Lanchang yang saiznya jauh lebih besar dan ditambah pula tiada sebarang kemudahan berkenaan di mana kami terpaksa keluarkan belanja yang besar untuk meratakan tanah, buat saliran, kandang, jalan dan pelbagai lagi.

"Ketika projek menyediakan kandang sudah hampir siap, kami cuba untuk memohon agar pihak Tekun mengeluarkan sebahagian lagi pinjaman yang sepatutnya untuk memasuki sejumlah lembu tetapi malangnya mereka enggan atas alasan kandang yang dibuat tidak mengikut spesifikasi.

"Kami hairan mengapakah TEKUN boleh mempersoalkan pasal spesifikasi, sedangkan perkara itu sepatutnya dilakukan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan lagi pun sebelum itu pun pihak Tekun tiada pun sentuh soal sebarang spesifikasi.

"Menurut TEKUN lagi, jumlah pinjaman yang diberi kepada kami sepatutnya sudah mencukupi biarpun peringkat awalnya mereka sudah luluskan RM1.2 juta.

Menurut Fahruzridza, dia kesal kerana setiap langkah yang dilakukan adalah atas nasihat Jabatan Haiwan dan Jabatan Kesihatan tetapi malangnya Tekun memberi alasan berkenaan.

"Beberapa mesyuarat yang di pengerusikan wakil rakyat kawasan pada awalnya TEKUN bersetuju untuk mengeluarkan sebahagian lagi baki pinjaman tetapi malangnya mereka mencabul keputusan mesyuarat.

"Projek kami akhirnya tergantung sehingga kini dan lebih malang lagi usaha kami untuk menemui pelbagai pihak berolehi kehampaan termasuk mengadukan masalah berkenaan di Jabatan Perdana Menteri, sehingga kini masih belum ada jawapan," katanya.

Fahruzridza berkata, dia bersama 39 rakannya yang lain berusia antara 21 hingga 40 tahun berasa kecewa dengan tindakan pihak TEKUN dan menganggap itu satu penganiayaan.

"Bayangkan mereka dah luluskan RM1.2 juta kepada kami tetapi hanya beri kami RM416,875 sahaja. Bagaimana kami nak teruskan projek ini. Semua kami sudah laksanakan, cuma hanya menunggu masuk lembunya sahaja.

"Lebih malang lagi, mereka mengarahkan kami memulang baki pinjaman berjumlah RM735,605 sedangkan kami tidak perolehi pun duit pinjaman berkenaan.

"Selain itu, kini kami diarah untuk membayar pinjaman untuk setiap peserta berjumlah RM14,000 dan sekiranya kami gagal nama kami semua akan disenarai hitamkan.

"Sikap TEKUN yang jelas mahu membunuh kami amat dikesali bagaikan sengaja membina kapal di tengah lautan tetapi tidak menyiapkan layarnya dan kami terus hanyut," katanya.

Najib Razak Dicabar Dedah Skandal PKFZ

Posted: 04 Mar 2011 08:24 PM PST

PETALING JAYA 5 MAC : Ketua Pembangkang  Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengakui mengetahui laporan Kabinet daripada Kementerian Kewangan dan Peguam Negara yang menolak projek 'Zon Bebas Pelabuhan Klang' kerana kosnya terlalu tinggi.
Cabaran Anwar ini dipercayai berkaitan dengan dakwaan beberapa media dan blog mengenai Najib, Perdana Menteri dan semua menteri dalam kabinetnya bertanggung jawab ke atas kelulusan retrospektif kepada peningkatan kos projek PKFZ dari RM1.088 bilion kepada  lebih RM4 Billion dua tahun lalu.
"Saya cabar PM, Peguam Negara dan Kementerian Kewangan bahawa dalam laporan kertas kabinet berkenaan, bahawa Kementerian Kewangan dan Peguam Negara telah menolak kos projek tersebut."
"Saya cabar mereka, yang mereka nampak laporan itu , dan laporan itu menyatakan secara kategorikal bahawa cadangan Kementerian Pengangkutan itu tidak boleh dipertahankan. Maknanya masa itu telah ada tiga pihak menyanggah dan menolak. Bahawa pada masa itu, sudah ada dari tiga-tiga menyanggah dan menolak. Saya nak tanya macam mana Perdana Menteri boleh setuju? Macam mana boleh kata dia tak tau,"Anwar berkata demikian ketika menyampaikan Ceramah Umum kepada lebih 500 rakyat di Petaling Jaya semalam.
Minggu lalu, bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chang Kong Choi, telah dihadap ke mahkamah atas dakwaan menipu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mengenai projek ini yang mirip tuduhan sama kepada juga bekas rakan sejawatnya sebelum ini Tun Ling Liong Sik yang turut didakwa sebelum ini kerana menipu Tun Mahathir.
Pendakwaan ke atas kedua-dua bekas Menteri Pengangkutan itu mengundang persepsi apakah Perdana Menteri Malaysia begitu senang ditipu tatkala memiliki pegawai-pegawai di Jabatan Perdana Menteri, khususnya Unit Perancang Ekonomi selain pelbagai penasihat serta pemimpin Umno yang sering mendabik dada mereka cekap menguruskan ekonomi.
Anwar bagaimanapun menganggap hal ini sebagai hanya wayang sahaja kerana hanya pemimpin yang telah bersara dan daripada parti selain UMNO didakwa sedangkan keputusan dibuat oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Anwar membayangkan kes ini bakal menjadi seperti kes Perwaja Steel dahulu ketika beliau memegang jawatan Menteri Kewangan di mana Perdana Menteri ketika itu keberatan untuk mendakwa Eric Chia.
"Macam PKFZ dia buat senang aja, dakwa Ling Liong Sik. Sebelum dia berhenti kita dah tau dia terlibat dengan PKFZ, curi duit orang bawah, berbillion dapat. Lepas tu angkat jadi Tun, Tun sebab apa? Sebab curi duit rakyat?. Sistem apa yang mereka gunakan?!Perwaja, semasa saya Menteri Kewangan, saya lantik Price Waterhouse Coopers siasat.PM rasa tak senang waktu itu, tapi saya mintak siasat. Dia bagi bukti, Yang salah Eric Chia. Lepas tu tutup kes. Lama-lama bukak balik, pertuduhan sikit sahaja, sampai Eric Chia meninggal dunia.
Justeru Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat menganggap kerajaan UMNO BN sudah tidak yakin lagi dengan tempat mereka di Putrajaya.
"Adakah UMNO belajar dari pengalaman ini. Saya nak sebut, kalau parti biasa dengan kejutan 2008 tewas undi popular di Semenanjung Malaysia. Biasanya dia akan sedar dan buat perubahan. Ini tak, dia (UMNO) pilih untuk rompak lebih cepat sebab takut tak bertahan di Putrajaya," tegas Anwar.

Prk Merlimau : PAS membawa suara pembangkang Melayu dan Islam

Posted: 04 Mar 2011 08:22 PM PST

Oleh ZAILI MUHAMMAD

Pemimpin pemuda yang dikenali ramai, mesra dan mudah didekati iaitu Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah, menjadi taruhan PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Merlimau, pada esok  6hb. Mac.2011 . Ikuti wawancara khas oleh Zaili Muhammad bersama Yuhaizad mengenai misi dan visi beliau.


 
 Apakah sebab utama yang mendorong saudara bertanding dalam PRK ini?
Seperti yang kita sedia maklum bahawa di Melaka ini satu-satunya negeri yang belum lagi mempunyai wakil PAS samada di peringkat Dun atau Parlimen dan juga negeri yang masih belum mempunyai wakil pembangkang daripada kalangan orang Melayu-Islam. Maka menyebabkan berlakunya satu kelompangan atau kekosongan suara yang memperjuangkan hak orang Melayu dan Islam khususnya di persidangan Dun Melaka. Itulah sebabnya Umno yang diterajui oleh Dato' Seri Mohd Ali Rustam bertindak sewenang- wenangnya walaupun ternyata ianya merugikan orang Melayu atau Islam.
PAS ingin mengimbangi situasi yang berat sebelah ini kerana wakil Umno yang ada langsung tidak sensitif dengan isu yang melibatkan kepentingan orang Melayu-Islam contohnya isu salahguna wang zakat RM13.85juta dan penyelewengan tanah wakaf bagi membina Kompleks MAIM.
Kalau menang apa yang akan saudara buat dan kalau tidak menang apa yang saudara akan lakukan?
Saya akan berusaha memberi khidmat yang terbaik khususnya kepada pengundi di Dun Merlimau ini dan membawa pelbagai permasalahan mereka yang gagal ditangani selama ini. Walaupun kita belum menjadi kerajaan kita akan buktikan bahawa kita juga mampu membantu dari segi kebajikan kepada rakyat di Melaka seperti Skim Penyayang PAS Melaka berupa sumbangan kepada waris mangsa yang meninggal dunia bagi meringankan kesusahan keluarga tersebut.
Sekiranya tidak menang saya akan tetap meneruskan usaha yang telah dibuat sebelum ini untuk membantu masyarakat dan cuba mempertingkatkan lagi agar masyarakat dapat menilai bahawa gerakerja PAS bukan sekadar di musim pilihan raya.
Seumpammanya calon- calon kita yang belum menang sebelum ini tetap meneruskan usaha membantu masyarakat tetapi dalam ruang lingkup atau kemampuan yang ada kerana kita belum menjadi kerajaan.
Apakah yang saudara ingin lakukan bagi membantu golongan muda?
Mereka adalah aset terpenting bagi sesebuah negara dan bakal menjadi pemimpin di masa depan yang akan membawa halatuju negara itu samada ke arah kesejahteraan atau kehancuran. Jadi proses pembentukan pemuda itu sendiri amat penting agar berjaya membentuk pemuda yang bersedia dari segi mental, fizikal dan spritual. Ini perlu bagi menghadapi cabaran hari mendatang yang begitu hebat.
Kita mahu pemuda mengetahui jatidirinya yang sebenar dan halatuju yang membawa kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat bukannya seperti program yang dirangka oleh Umno-BN hari ini.
Boleh jelaskan isu-isu yang ingin saudara bangkitkan?
Antaranya adalah isu-isu yang berkaitan pembaziran di dalam negeri Melaka seperti Eye On Malaysia, Litar Go-Kart Ayer Keroh, Lapangan Terbang Antarabangsa, replika jam bunga di depan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Monorel Melaka dan Ayer Terjun buatan di Bukit Sebukor.
Isu pembaziran sebegini menyebabkan kerajaan mengalami kerugian dan bagi menampungnya kembali maka rakyat ditekan denggga mengenakan kenaikan harga cukai dan seterusnya mengakibatkan kenaikan harga barang yang menyusahkan rakyat.
Saya juga ingin mengangkat isu campurtangan politik ke dalam institusi masjid dan surau sehingga menyebabkan ianya tidak bermaya dan lesu berbanding dengan negeri Pakatan Rakyat yang begitu imarah dengan pelbagai program seperti di Selangor.
Kita mahu institusi ini dibebaskan dan diberikan hak kepada ahli kariah di situ untuk memilih mereka yang difikirkan layak.
Bagaimana saudara melihat Merlimau yang dikatakan 'kubu kuat BN' mampu ditawan pada 6 Mac nanti.
Saya yakin dengan beberapa srategi yang telah digariskan oleh parti dan gerakerja yang penuh komitmen para petugas PAS serta rakan dalam Pakatan Rakyat seperti DAP dan KeADILan mampu meraih sokongan pengundi. Kita juga merasakan ianya tidak mustahil kerana pada 2008 BN kehilangan hampir 3,000 undi. Malah dengan pelbagai perkembangan yang memihak kepada Pakatan Rakyat mutakhir ini dan ditambah pengundi yang sudah bijak menilai, saya yakin kemenangan akan berpihak kepada PAS.
Apa pesanan saudara kepada pengundi di luar sana?
Saya mengharapkan pengundi Dun Merlimau yang akan mengundi pada 6 Mac kelak menggunakan kesempatan dan peluang yang terbaik ini untuk melakukan perubahan dengan memilih Pakatan Rayat dan menolak BN bagi kebaikan kita bersama.
 

Dr M: Melayu masih perlu dibantu

Posted: 04 Mar 2011 08:17 PM PST

Majoriti usahawan Melayu tidak mampu bersaing dengan bukan Melayu, Dr Mahathir mendakwa. — gambar fail
JITRA, 5 Mac — Orang Melayu masih memerlukan bantuan kerajaan kerana dasar ekonomi yang digubal bagi membantu mereka masih belum mencapai matlamatnya, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata walaupun terdapat segelintir usahawan Melayu berjaya tetapi majoriti daripada mereka tidak mampu bersaing dengan usahawan bukan Melayu.
"Masa belum tiba bagi kerajaan menghentikan bantuan kepada orang Melayu kerana dasar ekonomi sekarang belum mencapat matlamat.
"Tongkat ini (bantuan kerajaan) bila diguna berkali-kali akan lemah tetapi itulah satu-satunya kuasa yang ada untuk membantu mereka buat masa ini," katanya semasa berucap pada majlis makan malam amal Persatuan Kontraktor Melayu Kedah (PKMMK) di Dewan Wawasan di sini, malam semalam.
Dr Mahathir berkata kontraktor Melayu masih bergantung kepada kerajaan kerana pihak swasta amat sedikit memberikan tender atau projek kepada mereka.
"Sekarang inipun ramai kontraktor Melayu tidak mendapat kontrak" katanya dan menasihatkan mereka supaya membaiki kelemahan dan menjaga nama usahawan Melayu agar tidak tercemar untuk mendapat kepercayaan bangsa asing.
Katanya kelemahan utama usahawan Melayu adalah daripada segi pengurusan kewangan dan mereka perlu belajar dalam perkara ini untuk berjaya dan menurutnya kajian menunjukkan bangsa Melayu sendiri tidak berminat memberikan projek kepada bangsa sendiri kerana masalah tersebut.
Beliau berkata bidang francise adalah satu jenis peluang perniagaan yang mudah mendapat untung cuma perlu mengikut peraturannya tetapi itupun masih ada Bumiputera yang gagal dalam bidang ini.
"Mereka gagal kerana tidak cekap menguruskan kewangan dengan bijak. Yang cekap urus akan mendapat pulangan besar dan yang tidak pandai pula tidak akan mendapat apa-apa malah akan rugi pula," katanya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Datuk Mokhtar Samad.
Kutipan pada majlis makan malam amal itu akan disumbangkan kepada rumah-rumah anak yatim dan pusat-pusat pengajian Islam di Kedah. — Bernama

Dun Perak : SPR nafi kenaikkan mendadak undi pos

Posted: 04 Mar 2011 08:16 PM PST

Suruhanjaya Pilihan Raya menafikan dakwaan PKR Perak yang kerusi dewan undangan negeri Pangkor menyaksikan kenaikan mendadak jumlah pengundi pos.

NONEDalam email kepada Malaysiakini, setiausaha bahagian pendaftaran pengundi SPR, Yusniati Ishak berkata jumlah pengundi pos tetap kekal pada angka 1,356 sejak pilihan raya umum Mac 2008.

Jumlah itu jauh lebih kecil berbanding 5,669 yang dibuat oleh PKR Perak dengan dakwaan tambahan pengundi pos itu dimasukkan ke dalam daftar pengundi untuk Pangkor pada 2010.

"Untuk makluman, jumlah pengundi pos bagi Pangkor semasa pilihan raya ke-12 adalah 12,460. Bagaiamanapun jumlah pengundi pos bagi Pangkor sehingga ST4/2010 (suku akhir 2010) adalah 13,816," katanya.

chan ming kai @ zeng min kai 02Yusniati mengulas dakwaan yang dibuat oleh timbalan pengarah pilihan raya PKR Perak, Chan Ming Kai yang dibuatnya pada Selasa lalu.

ADUN Simpang Pulai mendakwa sejumlah 8,470 nama pengundi baru pos telah dimasukkan dalam senarai pengundi di enam kerusi DUN di Perak tahun lalu - langkah yang didakwa oleh PKR negeri, bertujuan untuk menguntungkan Umno.

Dakwa Chan lagi, jumlah teramai adalah dalam senarai pemilih di DUN Pangkor, yang diwakili oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

dr zambry abd kadir perak new cm bn 050209Pada tahun 2008, Zambry memenangi kerusi dengan majoriti selesa 5,785 undi, menewaskan calon PKR, Pkhrazi @ Pakhrazi Muda, yang memperolehi 5,121 undi.

Kerusi Pangkor terletak dalam parlimen Lumut yang dimenangi calon BN, Datuk Seri Kong Cho Ha dari MCA - dengan majoriti tipis 298 pada 2008.

Prk Kerdau : Projek rumah terbengkalai 20 tahun, BN tipu rakyat!

Posted: 04 Mar 2011 08:14 PM PST

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
"Ibarat menunggu buah tak jatuh", begitulah nasib pembeli-pembeli rumah projek perumahan awam rakyat (PAKR) di Kampung Paya Taram, Kerdau yang terus dibelenggu dengan projek tidak berprospek untuk disiapkan.
Sudah lebih 20 tahun, projek perumahan rakyat di Paya Taram di Kerdau, terbengkalai tanpa mendapat perhatian pihak kerajaan negeri yang diterajui Umno-Barisan Nasional (BN).


Projek membabitkan 198 buah rumah teres ini dikendalikan di bawah Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang mana ian
ya mula dibangunkan pada tahun 1988.

Dalam tinjauan yang dibuat Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man 1 Mac lalu mendapati, semak samun menutupi kawasan projek,

Sementara hampir kesemua rumah di sini menunggu masa untuk runtuh dan menyembah bumi.

Terdapat tingkap rumah yang telah pecah serta jeriji besi penghalang tingkap sudah dicabut mungkin oleh pengutip besi buruk.Tidak kurang pintu-pintu yang sudah menyembah tanah.

Jalan masuk ke kawasan ini juga dipenuhi dengan semak samun, namun ada beberapa rumah berhampiran yang didiami oleh beberapa keluarga.

Maklumat penduduk setempat menyatakan, ada juga pembeli yang terpaksa mendiami rumah meskipun kemudahan air, elektrik dan kemudahan asas lain terpaksa diusahakan sendiri.

Projek ini boleh dikelaskan sebagai projek yang tiada prospek untuk dibangunkan semula memandangkan tempoh terbengkalainya sudah mencapai 20 tahun.

Sementara pembelinya ada yang telahpun meninggal dunia, dan beberapa buat lot tanah sudah bertukar nama.

Kawasan PAKR ini tidakpun menjadi tumpuan kepada pimpinan Umno-BN berkempen secara terus kerana, pengundi di sini masing-masing sukar melakukan perubahan dan setia kepada Umno-BN.

"Inilah kerja pemimpin Umno, janji mahu menyiapkan rumah, pembeli terpedaya, tetapi akhirnya projek tidak siap, hutang terpaksa ditanggung oleh pembeli sekian lama," kata Tuan Ibrahim yang turut diiringi Ahli Parlimen Kuala selangor, Dr Dzulkefly Ahmad ketika tinjauan bersama Harakah.

Menurut beliau, pemilikan lot di sini yang sudah bertukar tangan dua tiga kali, namun projeknya masih tidak disiapkan.

Malah jika dilihat kepada keadaan yang ada, projek ini pastinya tidak akan siap sampai bila-bila, katanya.

"Inilah nasib di kawasan yang sudah sekian lama pengundi di sini memberikan undi kepada wakil rakyat Umno, namun tidak juga selesai.Kali ini pengundi di sini perlu lakukan perubahan," katanya.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, jika pengundi bijak, mereka boleh menekan kerajaan untuk menyiapkan juga projek tersebut dengan memberi undi kepada pembangkang.

Perkiraannya mudah kata Tuan Ibrahim, lihat sahaja di Triang, apabila kawasan tersebut diwakili oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP, Leng Ngah Ngah sejak tiga penggal lalu, kemajuan ketara berlaku di kawasan tersebut.

Kebijaksaaan pengundi di sana (Triang) melakukan perubahan, akhirnya mendatangkan faedah dengan mereka (pengundi) mendapat pembangunan yang cukup baik, katanya.

"Di sini pengundi perlu lakukan perubahan, undilah calon PAS, untuk menyuarakan hak dan masalah penduduk di sini," katanya.

Prk Kerdau : BN terdesak gandingkan Ibrahim Ali, Ezam, Raja Gelek

Posted: 04 Mar 2011 07:57 PM PST

Sorak menyorak dan jerit-menjerit antara satu sama lain di Kerdau berlaku lagi apabila PAS dan BN sekali lagi mengadakan ceramah di tempat berdekatan di Felcra Rumpun Makmur pada Jumaat malam.

Bagaimanapun, kehangatan kini beralih ke pihak BN apabila mereka menggandingkan tiga 'selebriti' dalam bidang masing-masing, iaitu Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali, Senator Ezam Mohd Nor dan Raja Gelek Datuk M Daud Kilau.

Cuma dipisahkan sebatang jalan, Pakatan Rakyat menampilkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang kemudiannya berulang kali diperlekehkan oleh Ezam yang juga bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dengan gaya berpidato mirip Anwar, Ezam dilihat berjaya menarik tumpuan dan menaikkan semangat kira-kira 200 anggota Umno di samping memperlekehkan pemimpin PKR yang didakwanya "tidak pernah lihat gari dan pintu penjara."

Beliau mengulangi beberapa kandungan ceramahnya sebelum ini, antaranya berhubung penjualan bir di Shah Alam, penyebaran gambar intim exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong dan 'hubungan'Anwar dengan pemimpin Yahudi.

Bagaimanapun, penampilan kali pertama Ibrahim ke Kerdau terus menaikkan semangat dan mengikat penonton BN dengan penyampaiannya yang mencuit hari walaupun melalui penggunaan kata-kata keras seperti "balaci".

Majoriti sehingga 3,000


Malah, secara berjenaka, sekiranya tidak percaya, beliau meminta penonton bertanyakan Ezam yang disifatkannya sebagai bekas "balaci nombor satu Anwar", menyebabkan penonton terus ketawa.

Penampilan Ibrahim, walaupun dinafikannya atas nama PERKASA, bagaimanapun dilihat berjaya memberi momentum baru kepada BN yang kebiasaannya asyik tewas dengan sorakan penyokong Pakatan dalam ceramah-ceramah sebelum ini.

Keadaan ini secara kebetulan tergambar dalam ucapan pembuka kata anggota parlimen Pasir Mas itu bahawa beliau datang untuk "menjual ubat yang lebih mujarab (daripada Pakatan), yang tahan lama dan keras".

Mengambil kesempatan menjelaskan sebab beliau tidak lagi bekerjasama dengan PAS, Ibrahim berkata beliau mahu memastikan kepentingan agama, bangsa dan negara terjaga.

Sehubungan itu, Ibrahim menyeru agar pengundi di Kerdau dapat memastikan supaya BN dapat memperoleh peningkata majoriti sehingga 2,000 hingga 3,000 undi bagi memastikan Pakatan tidak boleh menjaja isu itu di kemudian hari.

"Mereka cuma hendak peningkatan majoriti. Kalau satu undi pun tak apa," katanya lagi.

Perolok hasrat ke Putrajaya


Memilih terus menyerang Anwar, beliau memperlekehkan hasrat Pakatan mahu menuju ke Putrajaya yang sering diulang-ulang kebelakangan ini.

"Nak pergi, pergilah. Naik bas boleh, naik teksi boleh. Nak suruh saya hantar pun boleh. Tetapi tak boleh duduk dua-dua oranglah. Bahaya," katanya disambut gelak ketawa dan tepukan penonton.

ketika itu, kira-kira 200 lagi penonton di sebelah kawasan Pakatan mula melaungkan perkataan "lompat, lompat" sebagai mengejeknya yang banyak bertukar parti sebelum ini.

Di kemuncak ceramah, ramai yang tidak menyangka M Daud juga turut berkongsi pentas malam itu dengan sebuah lagu popularnya. Beliau diiringi pasukan kugiran lengkap.

Tampil dalam pakaian hijau labuh berkilat-kilat, M Daud menarik perhatian menyebabkan penonton sesekali tampil mengikutinya menyanyi.

Penonton BN ketika itu bertambah ke angga 300 orang, pertama kali melebihi jumlah penyokong pembangkang ketika itu.

Dokumentari: Video Ustaz Fadzil Noor_3

Posted: 04 Mar 2011 07:07 PM PST

Dokumentari: Video Ustaz Fadzil Noor_2

Posted: 04 Mar 2011 07:06 PM PST

Dokumentari: Video Ustaz Fadzil Noor_1

Posted: 04 Mar 2011 07:05 PM PST

Prk Merlimau : Tabur Risalah Perkauman, Taktik Kotor Umno-BN

Posted: 04 Mar 2011 07:00 PM PST

Ahli Parlimen Kapar, S.Manikavasagam yakin tindakan menyebarkan risalah berbaur perkauman pada pilihanraya kecil DUN Merlimau adalah sebahagian taktik kotor Umno-BN dan usaha terdesak parti itu.
Beliau berkata, risalah yang disebarkan tertera perkataan 'Keling tak sedar diri' dengan logo Pertubuhan Pribumi PERKASA itu, jelas menunjukkan bahawa Umno-Bn sudah kehilangan modal apabila sanggup menanam kebencian kaum dikalangan masyarakat di Merlimau.
"Ketua Pemuda AMK sudah membuat laporan. Kita minta pihak polis menyiasat. SPR juga harus siasat, bagaimana risalah ini boleh dikeluarkan. ini memang menyentuh perasaan terutama masyarakat india," katanya.
"Keluar risalah seperti ini memburukkan orang India, saya ingat tidak betul. Ini bukan caranya. Dulu tidak ada provokasi sebegini (perkauman), berbanding sekarang terlalu banyak menyentuh sensetiviti dan menghina, cukuplah," ujarnya lagi.
Beliau menambah, pilihanraya yang bersifat demokrasi seharusnya dijalankan tanpa sebarang kejadian yang boleh mencetuskan ketegangan kaum di antara masyarakat Melayu, Cina dan India.
Namun, beliau kesal, apabila ada sesetengah penyokong yang bertindak agresif serta tidak memikirkan sensetiviti perkauman di negara ini.
"Pilihanraya ini bebas. saya sedih melihat keadaan seperti di Merlimau apabila saya sendiri tidak boleh masuk ke estate. kalau pilihanraya bebas, mana-mana parti atau orang boleh berjumpa.
"saya minta perkara ini disiasat secara serius dan secepat mungkin," katanya.
Beliau turut mempersoalkan tindakan pihak polis yang dilihat seolah-olah menutup mata apabila hanya bertindak cepat jika laporan yang diadukan oleh pihak Umno-BN, sebaliknya, tidak mengambil tindakan sekiranya aduan dibuat oleh Pakatan Rakyat.
"Risalah-risalah (menghina kaum) yang dikeluarkan itu harus diambil tindakan. Kalau Umno-BN buat laporan terus mereka (polis) dengan cepat mengambil tindakan. tetapi jika kita (PKR) tidak diambil tindakan atau siasat.
"Sepatutnya SPR adil, jika PKR gantung banner dia turunkan. Tapi kalau BN, dia tak turunkan malah lebih banyak lagi yang dinaikkan. Ambillah tindakan. Pihak kita (PKR) tidak ada satupun banner seperti itu dinakkan," katanya lagi.
Ketua AMK PKR, Shamsul Iskandar Md Akin sudah membuat dua laporan di balai polis Merlimau berkenaan tindakan liar pihak tertentu menyerang kenderaannya dan risalah berbaur perkauman yang tertera dengan logo PERKASA
Laporan kedua PKR dibuat oleh Shamsul adalah berhubung 'serangan' ke atas beberapa kenderaan PKR termasuk yang digunakan bagi membawa Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Serai pada 2 Mac lalu.
Risalah berbaur perkauman itu dijumpai di peti surat penduduk sekitar Kampung Ayer Merbau semalam.
Ia kelihatan seperti halaman utama akhbar Utusan Malaysia, milik Umno dengan perkataan "Keling tak sedar diri".
Dua hari sebelum hari penamaan calon, beberapa risalah yang dijumpai melabelkan Cina sebagai 'pengkhianat'.
Kain rentang PAS di sekitar Merlimau juga dirosakkan manakala sebuah pentas yang didirikan oleh DAP bagi majlisnya juga turut dibakar.

Bik Mama : Surat Terbuka Untuk Mu..!!!

Posted: 04 Mar 2011 06:48 PM PST

Anak muda

Surat Terbuka daripada seorang pelajar untuk Datin Seri Rosmah Mansor
Assalamualaikum Datin Seri. Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH, andai diizinkanNya, Julai nanti genaplah usia saya 19 tahun.

Saya perkenalkan diri, sebagai remaja yang ingin tahu. Apa jua medium yang termampu saya pergunakan, saya usahakan sebaiknya agar saya dapat mengikuti perkembangan semasa, khususnya berkenaan negara Malaysia yang tercinta ini.

Iya, Datin Seri. Umur saya, sangat muda. Kedudukan saya, jauh benarlah kiranya dibandingkan dengan Datin Seri. Namun, saya yakin dan percaya, andai umurlah yang menjadi penentu kelayakan seseorang untuk bersuara, tidaklah layak sama sekali untuk suami Datin Seri memegang amanah pentadbiran negara sekarang, kerana di luar sana terdapat ramai yang lebih tua usianya!

Tegas saya, saya adalah remaja yang memerhati. Saya tidak mahu, sekadar menjadi manusia yang kerjanya memuaskan tembolok sendiri. Tidak juga hanya terpaku di bilik darjah, 'menelan' buku teks sekolah. Saya percaya, erti hidup pada memberi!

Datin Seri Rosmah Mansur yang saya hormati,
Saya pohon jutaan kemaafan, andai surat kecil ini menyinggung Datin Seri. Saya tidak berniat untuk menyakiti hati Datin Seri, jauh sekali memburuk-burukkan. Surat kecil ini, hanyalah usaha kerdil saya, menyampaikan isi hati. Ia hanyalah suara hati dan pandangan seorang anak muda.

KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT

Datin Seri,
Pernah suatu pagi, saya dibawa ibu untuk menziarahi jenazah anak tunggal seorang jiran kami. Kanak-kanak kecil itu, baru berusia 6 tahun. Khairani namanya. Runtun rasa di hati, sebaik melihat keadaan rumah tempat tinggalnya kanak-kanak itu bersama ibunya. Saya cuba membayangkan, bagaimanalah andainya hujan lebat menimpa bumbung rumah itu. Atapnya berlubang-lubang, hinggakan saya fikir memadai dengan cahaya matahari yang 'mencuri' masuk melaluinya untuk menyinari ruang dalam rumah daif itu. Saya terpaksa melangkah berhati-hati, kerana lantainya berkeriut dan goyah sekali.

Hadir insaf dan syukur di dalam hati saya, bahawa betapa saya memiliki hidup yang jauh lebih baik dan selesa berbanding ramai lagi rakyat kebanyakan.

Di sekolah, saya punyai rakan-rakan yang sulit sekali melangsaikan yuran bulanan asrama. Bukan culas, bukan malas, tetapi kesempitan hidup menyukarkan mereka. Adik-beradik ramai yang masih bersekolah, ditambah taraf hidup dan kos keperluan yang kian meningkat dari sehari ke sehari, semuanya membebankan!

Datin Seri,
Sungguh saya tidak mampu mengelakkan rasa kecewa, apabila mengetahui yang Datin Seri bermalam di sebuah hotel di Dubai dengan kos melebihi RM100, 000 semalaman. Sehingga ke hari ini, saya  masih teringatkan rumah daif adik Khairani, juga nasib ramai lagi yang saya temui sepanjang umur ini. Saya tahu, betapa besarnya urusan Datin Seri, juga kedudukan Datin Seri. Mungkin memang Datin Seri berhak, tetapi, apakah Datin Seri langsung tidak teringatkan kami, rakyat yang kesusahan? Apakah Datin Seri langsung tidak terfikirkan nasib ratusan, ribuan lagi rakyat yang tidak bernasib baik?

Apakah tiada langsung rasa bersalah di hati Datin Seri? Rasa bersalah kerana tinggal hanya untuk semalaman tetapi dengan kos yang boleh menyamai lebih kurang pendapatan selama 66 bulan bagi 40 peratus rakyat Malaysia! 40 peratus inilah rakyat yang pendapatan bulanan bagi setiap keluarga adalah lebih rendah daripada RM1500 sebulan. Bahkan setiap 3 daripada 4 keluarga ini, adalah sebangsa dengan Datin Seri, bangsa MELAYU!

Atau apakah Datin Seri tidur dengan lena malam itu?

Hingga hari ini, sudah bertahun saya tidak ke restoran Pizza Hut, McDonald dan seumpamanya. Kerana cukup dengan hanya melihat dari jauh, hadir rasa pilu mengenangkan saudara-saudara seagama, anak-anak muda seusia saya atau kanak-kanak, wanita dan orang tua yang dibunuh kejam di Palestin oleh rejim zalim Israel hasil sumbangan restoran-restoran ini.

Ia dipanggil, kasih sayang Datin Seri. Maafkan saya, tetapi saya terpaksa bertanya, apakah tiada langsung walau secebis pun rasa kasihan kepada rakyat Malaysia yang hidup serba kesusahan? Rakyat yang terpaksa melupakan impian dan keinginan kerana kesempitan hidup, namun terpaksa pula menanggung kos penginapan Datin Seri dan rombongan di luar negara untuk hanya semalaman!? Bayangkan pula kos penerbangan untuk keseluruhan rombongan selain daripada penginapan!

Peningkatan kos sara hidup waktu ini, sangatlah membebankan. Suami Datin Seri berterusan meminta seluruh rakyat berjimat, sedangkan isterinya? Hasil tindakan kerajaan pimpinan suami Datin Seri, mengurangkan subsidi untuk rakyat terbanyak sedangkan untuk para taukeh-taukeh besar dikekalkan, juga 'penyelarasan-penyelarasan' harga, teramatlah menyulitkan kami semua.

Sungguh Datin Seri, kami sangat terbeban meskipun harga petrol dinaikkan walau beberapa sen. Ia akan mempengaruhi seluruh kehidupan kami. Harga makanan, pakaian, kos pengangkutan dan semuanya akan semakin menyulitkan kami. Saban hari, saya melihat ibu mengeluh kerana gajinya sukar sekali untuk disimpan, ia sekadar mencukupi untuk setiap bulan.

Kami rakyat tidak meminta Datin Seri turut menaiki kereta biasa atau tinggal di rumah biasa seperti kami. Hanya yang kami rakyat pinta, supaya Datin Seri dan suami menyelami hakikat kesukaran yang terpaksa kami tempuhi.

Malangnya, tindakan Datin Seri berbelanja mewah begini adalah sama sekali tidak menggambarkan Datin Seri dan suami bersama-sama kami. Sungguh, ini amat mengecewakan saya. Sukar sekali untuk saya mewajarkannya. Maafkan saya Datin Seri, sungguh ia tidak dapat saya terima.

IFF dan ISLAM

Datin Seri yang dihormati,
Tiadalah yang lebih mengecewakan dan membangkitkan kemarahan, melainkan ketika melihat Datin Seri dan suami di Festival Fesyen Islam Monaco. Bagaimana tidak, pakaian yang diperagakan langsung tidak menggambarkan Islam! Langsung tidak menutup aurat, menampakkan bahagian-bahagian yang sepatutnya sulit dan yang paling dahsyatnya, nama RasuluLlah SAW yang mulia tertera pada pakaian yang tidak menutup aurat!

Apakah Datin Seri tidak menyedari, bagaimana kemarahan yang telah Datin Seri cetuskan? Nama RasuluLlah SAW yang mulia dihina sebegitu rupa! Namanya cukup mulia, hinggakan apabila disebut namanya, dikira manusia yang paling kikir sekiranya tidak dipanjangkan nama itu dengan selawat ke atasnya. Tiba-tiba, nama itu dihina sebegitu rupa! Bahkan, Datin Seri yang menghadapi teguran, kritikan, kecaman dan tunjuk rasa langsung tidak memohon maaf. Langsung tidak!

Sedangkan para Ulama' masih berbahas, bagaimana cara paling baik untuk mengagungkan Manusia Mulia ini, tiba-tiba Datin Seri kelihatan meredhai perbuatan yang jelas MENGHINA Baginda Nabi SAW!

Sebenarnya, Datin Seri sudah dari awal menunjukkan kecekalan Datin Seri melanggar syariat Allah. Datin Seri tidak menutup aurat, bersentuhan, berlaga pipi dan berpelukan dengan lelaki bukan mahram yang disepakati sekalian Ulama' sebagai perbuatan yang HARAM!

Menyentuh anjing atau khinzir, hukumnya juga Haram. Namun, hilang kotornya dengan perbuatan menyamak. Malangnya, tiada apa yang mampu 'membersihkan' haram dan kotornya nya menyentuh lelaki ajnabi kecuali API NERAKA!

Lalu, dengan semua perlakuan Datin Seri, apakah mungkin Datin Seri fikir kami rakyat akan menerima dakwaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan pimpinannya berusaha keras berjuang demi Islam dan bangsa. Sedangkan isterinya sendiri, tidak memelihara Akhlak dan Syariat Islam, juga adab-adab kesantunan Melayu malahan!

RAKYAT MENGIKUTI PEMIMPIN MEREKA

Kata ahli hikmah, "Agama manusia itu, di atas Pemimpin mereka". Tinggi sahsiahnya, baik akhlaknya, ikhlas hatinya, patuh dan taat kepada Allah, maka begitulah jua rakyatnya. Rakyat akan terpengaruh dengan ketua mereka.

Malaysia hari ini, dalam keadaan yang benar-benar dahsyat bagi saya. Setiap masa perlu di dalam keadaan berjaga-jaga, kerana penjenayah menunggu kita alpa. Gerun saya melihatkan kanak-kanak yang bermain sendirian di halaman rumah, bimbang kalau-kalau ada manusia busuk hati yang berniat jahat kerana jenayah hari ini langsung tidak mengenal beza usia!

Budaya Hedonisme melampau. Nafsu 'disembah' sebagai Tuhan. Remaja Melayu Muslim tidak segan silu memakai pakaian yang jauh menyimpang daripada Islam dan adab Melayu. Tidak kekok mengogok arak di pesta-pesta jamuan nafsu. Saban hari ada sahaja kes bunuh bayi lewat pergaulan tanpa batas! Hari ini, remaja mati dengan sia-sia. Samada mati dalam ketagihan najis dadah, atau kemalangan dalam perlumbaan haram!

Bahkan seribu satu lagi, penyakit-penyakit sosial yang sedang membarah, membusuk di dalam negara tercinta!

Bukanlah saya menuding jari kepada Datin Seri dan suami, saya akui malahan, bahawa Datin Seri kelihatan cuba berusaha sedikit sebanyak bagi menangani masalah-masalah ini. Namun, hakikatnya, keadaan rakyat sesuai dengan keadaan pemimpinnya!

Manusia yang jelas disabitkan kesalahan rasuah, diangkat menjadi pemimpin! Manakala pemimpin lain yang mengkritik tindakan ini, di arah supaya tutup mulut dan diambil tindakan! Apa sudah jadi pada negara!? Sedangkan Nabi SAW bersabda, "Apabila amanah diberikan kepada BUKAN ahlinya, maka tunggulah KEHANCURAN!"

Pemimpin negara tidak memelihara adab pergaulan Islam, tidak memelihara batas aurat, berbelanja boros tanpa timbang rasa kepada rakyat, justeru, bagaimana mungkin kita mengharapkan yang baik-baik daripada rakyat?

Saya gerun melihat perkembangan ini, Datin Seri. Hari ini, kita mengeluh kerana ramainya anak-anak luar nikah yang didaftarkan. Bayangkanlah, apa yang mungkin kita keluhkan 5 atau 10 tahun akan datang!

Antara sifat agama kita, INQILABIYYAH Datin Seri. Ertinya, adil dan zalim mustahil begerak seiring. Kebenaran dan kebatilan sama sekali tidak akan bercampur. Syariat Islam dan yang bercanggah dengannya, pasti tidak akan ditemui titik temu antara keduanya. Justeru, Datin Seri berusahalah sehebat manapun untuk memperbaiki masalah sosial, gejala buang bayi dan sebagainya, selagi suami dan kerajaan Datin Seri terus mengesampingkan hukum Allah, dasar Allah, syariat Allah, maka Datin Seri tidak akan BERJAYA! Berani saya kata!

Bagaimana tidak? Datin Seri berusaha mengelakkan masalah bunuh bayi yang kita semua maklum ia bermula daripada pergaulan bebas, sedangkan hub hiburan malam, lesen judi dan konsert-konsert mega sebenarnya adalah penyumbang besar kepada masalah ini! Kerajaan pimpinan suami Datin Seri, umpama membina dan meruntuhkannya semula. Bina dan runtuh, kemudian bina dan runtuhkan lagi. Itulah kitarannya.

KUASA

Datin Seri ke luar negara untuk bertemu pemimpin negara luar, pernah juga Datin Seri menyambut kehadiran Perdana Menteri luar negara ke Malaysia, dana RM111 juta untuk PERMATA, pertemuan First Lady dan liputan-liputan meluas setiap aktiviti Datin Seri di media dalam dan luar negara, itu bagi saya menunjukkan yang Datin Seri seolah-olah punya kuasa di dalam pentadbiran negara.

Justeru, sebagai anak muda yang penuh persoalan di minda, saya bertanya dengan baik, bagaimana ini semua berlaku? Sedangkan, kami rakyat tidak pernah melantik Datin Seri sebagai pemimpin negara. Suami Datin Seri yang memimpin kerajaan yang telah dipilih rakyat melalui proses Pilihan Raya! Atau apakah dengan hanya menjadi isteri kepadanya, menjadikan Datin Seri turut berkuasa?

Datin Seri pasti tahu, berkenaan kebangkitan rakyat yang menyemarak di Timur Tengah. Kerajaan yang tidak bertimbang rasa diterjah dan dihalau rakyat! Antara isunya ialah bagaimana berkuasa dan kaya rayanya isteri kepada pemimpin-pemimpin yang telah tumbang itu.

Saya cintakan negara saya. Tidak sanggup saya melihat negara porak peranda, namun, kiranya Datin Seri berterusan mengikut jejak langkah isteri-isteri pemimpin yang tumbang itu, maka mungkin Datin Seri dan suami boleh menerima nasib yang sama. Kami rakyat semakin tidak tertanggung lagi dengan tekanan-tekanan kewangan dan keperluan hidup sekarang!

Datin Seri,
Surat ini bukanlah ancaman, bukan juga ugutan. Ia sekadar luahan rasa, nasihat dan pandangan yang cuba seorang anak muda sampaikan. Ingin benar saya ingatkan, kedudukan yang Datin Seri nikmati hari ini, adalah kerana rakyat memilih suami Datin Seri. Kuasa di tangan kami, untuk menentukan jatuh dan bangunnya Datin Seri dan suami. Dan sebenarnya, kami rakyat hanyalah 'jalan' bagi Allah untuk mengatur ketentuan ini, Allah jualah yang meletakkan kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Justeru, berbaiklah dengan kami. Patuhilah suruhan Allah. Kami tidak pinta lebih, sekadar bertimbang-rasa untuk kami.

Datin Seri yang dihormati,
Surat ini mungkin sampai ke tangan Datin Seri. Mungkin sampai sendiri, atau terhenti di tangan pembantu-pembantu Datin Seri atau tidak mampu hampir sama sekali. Kiranya ia selamat sampai ke tangan Datin Seri, saya pohon maaf, kalaulah surat kecil saya ini mengguris rasa Datin Seri. Maafkan saya, kalau ia kerana kesilapan-kesilapan bahasa dan cara penulisan. Namun, andainya Datin Seri terasa hati kerana menerima teguran, tidak akan saya pohon maaf untuk itu! Teguran ini adalah benar, justeru tiada apa yang perlu saya risaukan dengan kebenaran. Ia pasti menang dan tertegak!         (edisi Weblog M@RHAEN)

Inilah PENCAK kami! PENCAK ANAK MUDA!

Prk Kerdau : Video Hapus Budaya Berat Sebelah Atau Berdepan Kebangki...

Posted: 04 Mar 2011 06:45 PM PST

Minda Pejuang : Video Almarhum Ust Fadzil Noor 1986

Posted: 04 Mar 2011 06:43 PM PST

Kerdau-Merlimau: Beware, Najib's sweet words will enslave you

Posted: 04 Mar 2011 06:37 PM PST

Kerdau-Merlimau: Beware, Najib's sweet words will enslave you "It is not that I want to buy votes. But if you support us, I will increase the allocation tomorrow or the day after tomorrow on condition that you show your support to BN first." Those were the famous words of Prime Minister Najib Razak to voters in Kerdau at the start of the by-election that is due to be balloted on Sunday.
To those who were following the Sibu by-election in May 2010, it was deja vu. Then in Rejang Park, he told some 3,000 that if, "You help me, I help you!". However, more Sibu folk rejected his offer than accepted, helping DAP's Wong Ho Leng to snatch a victory against SUPP's Robert Lau by a mere 400 votes.
It is unclear if the voters at Kerdau will show the same sort of spine. Even Election Commission Abdul Aziz Mohd Yusof has buckled down to pressure from the mighty federal government machine, refusing to chastse Najib or even say that his words contravened election rules.
"This is a blatant and outright act of vote-buying and it is against the 1960 Election Act," PKR vice president Fuziah Salleh, who is also the Kuantan MP, told Malaysia Chronicle in an interview.

"The awful thing is that because the EC allows him to get away with it, he keeps doing. He is truly a bad example to all Malaysians and makes a laughing stock of the entire country and its claim to holding free and fair elections."
Spineless institutions
Fuziah also had harsh words for the EC for shirking its duty in hauling up the Prime Minister.
"The EC does not have the power to act against Najib as it is just a toothless tiger. The EC claims it only manages elections and those other institutions that are also supposed to be independent like the police and the Malaysian Anti-Corruption Commission do not want to take action because the Prime Minister is their boss," said Fuziah.
"We have brought this matter up in Parliament and taken the stand that the EC and MACC should fall under the powers of Parliament but Minister in the Prime Minister's Department Nazri Aziz had rejected it outright. Nazri says BN controls the Parliament anyway and therefore there is no need to put EC and MACC under the purview of Parliament. This is the mindset of the BN."
Fuziah also accused the BN-controlled media of being another culprit or accomplice in the conspiracy to suppress the people.
"The rakyat must wake up to the government's dirty tactics but government-controlled mainstream media has always continued to manipulate the people's minds and kept the people ignorant. This dumbing-down of the rakyat is being done intentionally. It is sad to say this, but the mainstream media is another tool of the government," said Fuziah.
Enslaving not freeing the people
The PKR leader, who was formerly her party's elections director, minced no words urging an awakening amongst voters especially in the rural areas, where the poor had suffered the most from the BN's excesses.
She said endemic corruption had robbed the masses of the country's wealth and while Najib claimed to champion the Malay race, the community actually formed the greatest number of poor people despite BN being in power for more than 5 decades.
"The BN government keeps the people below the poverty line and it is in their interest to do so. This way they can manipulate the people during elections and vote-buying like what Najib has offered in Sibu, Kerdau and Merlimau becomes effective," said Fuziah.
"The people are tricked by this gimmick and they continue to vote BN because they feel grateful for what little help BN has given to them. But in actual fact, this is the most cruel form of slavery orchestrated by a government to oppress the poor and the downtrodden who will continue to be paupers even as they continue to vote BN."
Kerdau is a small rural state seat with an electorate of 8,000 plus voters that are predominatly Malay. In Merlimau, Malacca, a by-election is also taking pace and will be balloted simultaneously. Merlimau is semi-rural with a slighter larger voter base of 10,000-plus, of which 35 per cent are non-Malay.

Merlimau Poll : PAS comes under more attacks

Posted: 04 Mar 2011 06:35 PM PST

PAS has lashed out at BN and Perkasa over a theatening text message and racist leaflets.

MERLIMAU: With one day left before Merlimau goes to the polls on Sunday, more attacks have been launched at the Pakatan Rakyat contingent and its PAS candidate, Yuhaizad Abdullah.
The latest attack came from an unknown person via a text message sent to Yuhaizad. The person claimed to be a member of a gang named Geng Jebat Derhaka.
The message warned that the gang would disrupt Pakatan ceramahs which it said were being used as a platform to split the Malays.
It threatened to smash cars if any ceramah takes place.
Yuhaizad received the text message at 7.20pm yesterday.
The message read, "Geng Jebat Derhaka akan terus mengganas di ceramah-ceramah PR yang menjadi pentas memecah belahkan Melayu. Sekiranya anda mahu kejadian pecah kenderaan di Chin Chin dan Jalan Pahlawan berterusan hadirla ke ceramah2 PR pd mlm ini and seterusnya, awas keselamatan kereta anda tidak dijamin".
Two nights ago, the windows of a few cars were smashed at venues where PR ceramahs were held.
PAS vice-president, Salahuddin Ayub, told a press conference today that although the identity of the text message sender is unknown, he has reason to believe that it originated from Barisan Nasional (BN).
"We deeply regret that BN has resorted to such tactics," he said. "We have lodged a police report and we hope that investigations can begin immediately. We're very concerned that such uncontrolled incidents will affect voting on Sunday."
Salahuddin also said that stones were allegedly thrown at the car carrying Pakatan leader Anwar Ibrahim when he visited Merlimau on Tuesday night.
"What was worse is that the police who were present merely stood by," he said."Nothing like this happened during the Tenang by-election and I call on (Malacca Chief Minister) Mohd Ali Rustam to take responsibility and put a stop to this."
Racist leaflets
One incident, however, appeared to be a repeat of the one that happened in Tenang. According to PKR Youth chief Shamsul Iskandar Akin, leaflets with racial overtones were making the rounds in a few residential areas.
The leaflet bore the headline "Keling Tak Sedar Diri" and a front-page picture of the Hindraf rally carried by Utusan Malaysia. Keling is a derogatory term for the Indians.
"A voter handed one of these leaflets to the PKR operations centre today," he said. "We have already lodged a police report."
When asked who he believed was behind it, Shamsul pointed a finger at Perkasa.
"Perkasa's name is not on the leaflet," he said. "But the design is the same as the anti-Chinese leaflets at the Tenang by-election which were also said to be distributed by Perkasa."
But Perkasa Youth chief, Arman Azha Abu Hanifah, laughed off the accusations, saying PAS is concocting "nonsense" to make up for its lack of ideas.
"Perkasa has never bothered the Chinese or the Indians before," he told FMT. "Why would we start now? I laughed when we were accused of distributing the leaflets in Tenang and I'm laughing again now."
"This is purely provocation by PAS to tarnish Perkasa's image. They are running out of ideas and are making Perkasa the scapegoat. Whatever they are saying is completely false."

Merlimau Poll : Free gifts to woo Indian voters

Posted: 04 Mar 2011 06:33 PM PST

In the race to lure the Indian community, BN throws dinner parties, while Pakatan Rakyat shows off its achievements in the states it rules.

MERLIMAU: Going into the final lap, both Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat are still working hard to woo over the Indian community.
To ensure it locks up the Indian vote bank, BN has established seven command centres to concentrate on the 1,567 Indian voters.
As usual, the BN is using the same, old tactics – throwing dinner parties, holdings concerts, distributing uniforms to students and sarees to women, showing movies and giving out small financial assistance.
And the Merlimau Indians rushed to attend all these events – and they get paid too.
For example, it is alleged that every Indian voter who attended a dinner organised by an anonymous 1Malaysian NGO supporters' club received RM100, 1Malaysia T-shirts, and food with a lucky draw thrown in.
BN is confident it can net about 75% to 80% of the Indian voters.
Not to be outdone, Pakatan is also working the ground, going from door to door to fish for votes.
In their walkabouts, the Pakatan campaigners never failed to highlight the achievements of the party in the states it controlled, namely, Selangor, Kedah and Penang.
A local PKR Youth leader M Sivakumar said that Pakatan is optmistic that PAS can garner 50% of the Indian votes.
"I have been working on the ground since last month, and from what I see, the Indians are unhappy with BN," he told FMT.
For example, Malacca Chief Minister Mohd Ali Rustam said that there are no poor Indian
families in Merlimau. But in reality, 50% to 60% of the Indians are living below the poverty line.
But he admitted that although the Indians are rushing for free gifts, it does not mean they are favouring BN.
"I can say that Merlimau Indians will become a 'silent killer' to the BN," he added.

Dua Pelajar Sekolah Menengah Agama di Melaka Murtad

Posted: 04 Mar 2011 06:30 PM PST


Maklumat yang saya terima semalam dua orang bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Sharifah Rodziah di Telok Mas Melaka yang merupakan salah sebuah sekolah kluster dan sekolah agama terkenal di sini digemparkan dengan dua orang pelajar asrama sekolah berkenaan yang murtad memeluk agama kristian


Walau bagaimanapun kedua-dua pelajar sekolah agama itu yang kini berada di tingkatan lima telah disingkirkan daripada asrama dan sekolah agama berkenaan dan kini bersekolah di salah sebuah sekolah terkenal di bandaraya Melaka.

Apa yang lebih dikesalkan, pihak sekolah seperti lepas tangan daripada menangani kes murtad berkenaan. Apa pula peranan Majlis Agama Islam Melaka yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Muhd Ali Rustam bagi menyelamatkan akidah pelajar berkenaan?

Apakah Ali Rustam lebih sibuk serta berbangga dengan Sekolah Harapan (sekolah budak mengandung) dan menjadikan Melaka sebagai pusat filem Bollywood daripada isu murtad ini? Dalam hal ini Ali Rustam selaku Ketua Menteri tidak boleh lepas tangan kerana selama ini beliau bertanggungjawab bersetuju dengan program yang melalaikan golongan muda di negeri ini.

Lihatlah sahaja kempen di Merlimau, penyebaran gambar lucah menghina ulama, tarian seksi untuk meraih undi. Siapa di sebalik kempen yang tidak bertamadun ini?Malah Ali Rustam lebih sibuk dan beria-ia hendak menjadikan Melaka lokasi perkampungan artis dan Melaka sebagai pusat filem Bollywood dan menjemput Datuk Shah Rukh Khan membuat filem di sini. Tidak lain dan tidak bukan program seumpama ini boleh melalaikan dan menyuburkan budaya tidak sihat di kalangan muda mudi serta boleh menyumbang kepada gejala murtad berluasa
Angkasanuri 

Harussani terkena racun sekular BN

Posted: 04 Mar 2011 06:28 PM PST

TEMERLOH, 5 Mac: Dewan Pemuda PAS Pusat berpendapat, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sudah terkena racun sekular apabila cuba mendakwa politik tiada kaitan dengan syurga neraka.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, kenyataan itu telah memperlihatkan bahawa fahaman sekularisma- 'agama suku politik suku'- yang dibawa Umno BN telah meresap bukan sahaja kepada pemimpin mereka, tetapi juga agamawan termasuk mufti.

"Akhiryna mufti sendiri tidak dapat beza kefahaman Islam sebenar sehingga memberi pandangan songsang.

"Nabi sendiri berpolitiik dan menjadikan agama sebagai asas berpolitik,"katanya ketika ditemui di markaz induk PAS di sini.

Mufti Perak itu sebelum ini mendakwa syurga neraka bukannya ditentukan melalui pemilihan parti politik sebagaimana ditegaskan oleh Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam perkembangan sama, PAS Kelantan menyifatkan Harussani masih ingin mengelirukan masyarakat Islam di negara ini.

Ketua Penerangan PAS Kelantan Dr.Muhammad Fadzli Hassan berkata PAS tidak pernah mengatakan syurga dan neraka itu hak pemimpin PAS.

Namun tambahnya, Islam tidak pernah menyuruh umatnya duduk diam, dan goyang kaki semata-mata untuk menunggu syurga dan neraka.

"Jadi, berpolitik itu adalah sebahagian amalan yang boleh dibuat dan memilih pemimpin yang baik adalah dituntut, malah ulama mengatakan menegakkan politik dan hukum Islam dalam sebuah negara adalah antara kebaikan yang paling besar"ujar beliau.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan Harunssani ditekan oleh pihak tertentu sehingga dia kini cuba mempertikaikan perkara yang sudah jelas kebenarannya.

"Inilah akibat kalau sering mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan, semakin terserlahlah kebatilan beliau walaupun cuba menegakkan benang yang basah," katanya lagi.

Menyentuh tindakan Harunssani menuduh PAS bersekongkol dengan bukan Islam sehingga melanggar hukum agama, Fadzli berkata ini adalah satu tuduhan yang berat dan PAS tidak dapat menerima tuduhan ini.

"Jelaskan satu persatu hukum hakam yang manakah PAS telah melanggarinya, sila kemukakkan bukti dan jangan membuat kenyataan umum dan kita juga minta beliau menjelaskan pendirian dalam isu kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan BN sekarang ini,"jelasnya.

Tiada ulasan: