Tukar Tiub |
- SATU LAGI - NAK MENIPU ORANG MELAYU
- KALAU DENGAR CAKAP SEMBAB KITA SEMUA HANGUS
- HANYA INI JAWAPAN RAKYAT
- SIMPATI KITA KEPADA WARGA JEPUN
- LETUPAN LOJI NUKLEAR DI FUKUSHIMA
- KENYATAAN RESMI SEMUA KELENTONG
- BANGANG SAMPAI KE TULANG SUM SUM
SATU LAGI - NAK MENIPU ORANG MELAYU Posted: 15 Mar 2011 10:23 AM PDT SIAPA KATA TAK SAMA INI DI MALAYSIA nota: mubarak ada nathanyahu mat mongol ada apco kah kah kah mubarak ada anaknya gamel mat mongol ada budak itam kah kah kah MALAYSIA TIDAK SEPERTI TIMUR TENGAH :NAJIB – mstar Najib Razak hari ini berkata suasana politik di Malaysia tidak mungkin bergolak seperti di Timur Tengah dan Utara Afrika kerana kerajaan tidak mengamalkan pemerintahan kuku besi malah sentiasa peka terhadap kehendak semasa rakyat. Najib berkata, jika rakyat tidak berpuas hati dengan pemerintahan Barisan Nasional (BN), tidak mungkin BN menang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau dan DUN Pahang kawasan Kerdau pada 6 Mac lepas dengan jumlah majoriti undi yang meningkat. "Kalau rakyat tidak berpuas hati, majoriti kita tidak akan bertambah dalam pilihan raya kecil itu," katanya KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit… INGAT... MACAM MANA BACA AKHBAR DI MALAYSIA?.... kah kah kah… kah kah kah…KALAU AKBAR NAFIKAN…ERTINYA ADA BERLAKU…. kah kah kah.. kah kah kah… KALAU MAT MONGOL KATA TAK SAMA…. ERTINYA SAMA….kah kah kah.. kah kah kah…KALAU TIDAK SAMA …. RELAK LAAA… kah kah kah.. kah kah kah… NI HEBOH KE HULU KE HILIR…. KATA TAK SAMA… kah kah kah.. woit….KENAPA SEBUT TIMUR TENGAH…KENAPA TAK SEBUT MESIR…. kah kah kah.. ini bukti mesir dan malaysia sama: mesir ada rtm – radio talivison mesir untuk menipu rakyat malaysia ada rtm – radia tv malaysia untuk menipu rakyat mesir ada anak mubarak buat duit malaysia ada adik najib buat duit mesir di perentah oleh national demokrarok parti selama 30 tahun malaysia si perentah oleh unitred malays national organisation selama 50 tahun mesir beli senjata untuk dapat komisen malaysia beli senjata untuk dapat komisen mesir tahan warga tanpa bicara malaysia tahan wargha tanpa bicara mesir guna undang undang undang darurat malaysia gua undang undang darurat tak caya! kelmarin undang undang darurat telah digunakan untuk halau orang kampong di ladang bukit jalil wahal mereka telah duduk dalam ladang ini seblum tanah melayu merdeka ada satu lagi! mesir ada suzzane first lady yang dibenci malaysia ada rosmah fat lady yang dibenci kah kah kah BACA INI BARU SAMPAI mesir ada mukhabarat malaysia ada sb tapi kelmarin sb mesir ini telah dipadamkam setalh 30 tahun menganas! CAIRO 15- March 2011 – Egypt's interior minister on Tuesday dissolved the country's widely hated state security agency, which is accused in torture and other human rights abuses in the suppression of dissent against ousted Hosni Mubarak's nearly 30-year rule. JANGAN LUPA: mubarak tipu pilihanraya najib tipu pilihanraya mubarak kata pilihanraya tanda rakyat sokong najib kata pilihanraya kecil tanda rakyat sokong mubarak ada penyedap di london najib? kah kah kah siapa penyedap najib di london kah kah kah |
KALAU DENGAR CAKAP SEMBAB KITA SEMUA HANGUS Posted: 15 Mar 2011 09:38 AM PDT SEMUA BERHATI HATI nota: malikul sembab ini seharusnya kita hantar bercuti ke falujah atau ke fukushima semua perbelanjaan di tanggung oleh rakyat - bukan bercuti smabil belajar tapi bercuti untuk diajar kah kah kah USAH PERCAYA SMS MALAYSIA DIANCAM RADIASI :MUHYIDDIN – berita hairan Muhyiddin Yassin, menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya Malaysia juga terdedah kepada bahaya kesan radiasi akibat kebocoran loji janakuasa nuklear Fakushima Daiichi di Jepun. Menyifatkan penyebaran SMS itu sebagai tidak bertanggungjawab, Muhyiddin berkata Malaysia selamat daripada sebarang ancaman dengan agensi terbabit sentiasa memantau perkembangan di Jepun dan di negara ini. Justeru, beliau meminta orang ramai supaya tidak terpedaya atau panik sebelum meneliti kesahihan maklumat tersebut. "SMS itu dikeluarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jangan kita mudah menerima apa sahaja yang dilaporkan itu dengan tidak menyemak. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit… NAMPAK BANGANG SEMBAB NI…. kah kah kah… woit… AMERIKA YANG JAUH TELAH MULA BERJAGA JAGA…. kah kah kah.. woit…HONG KONG TELAH MEMINTA WARGA BERJAGA JAGA…kah kah kah.. woit… TAIWAN MEMINTA PENDUDUK AWAS DAN WASPADA…. kah kah kah.. kah kah kah… PILIPINA SEDANG BERJAGA JAGA…. kah kah kah… kah kah kah… TOLONG TENGOK PETA SIKIT…. BERAPA JAUH SABAH DARI PILIPINA… kah kah kah… woit… BAGUSALKAH ADA YANG MENGINGATKAN KITA UNTUK BERJAGA JAGA… kah kah kah.. kah kah kah…KALAU DENGAR CAKAP SEMBAB INI HABIS RAKYAT HANGUS MATI IBRAHIM ALI…. kah kah kah.. |
Posted: 15 Mar 2011 02:18 AM PDT KALAU ANGKUH INI JAWABNYA!!! TPM : MALAYSIA AKAN TERUSKAN CITA CITA NUKLEAR - mikini Di sebalik kebocoran radioaktif di Jepun berikutan gempa bumi kuat yang mengegarkan negara itu, Malaysia tetap dengan cita-citanya membina loji tenaga nuklear, kata timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin. Katanya agensi tempatan akan melakukan yang terbaik bagi menjamin keselamatan di dua loji tenaga yang dijadual dibina di negara ini. "Semua negara di dunia memantau dan meneliti perkembangan di Jepun.Yang penting ialah soal keselamatan negara dan rakyat. Jadi dalam soal ini kita ada agensi yang bertanggungjawab. Mereka tahu apa yang mereka lakukan dan kita yakin mereka melaksanakan yang terbaik," katanya. jawapan: rakyat malaysia akan teruskan cita cita untuk menghumbankan gerombolan dan sekutunya!!! bagitu angkuh dan sombong bagitu sombong dan bongkak seperti firaun di mesir seperti dirinya wakil tuhan!!! nota: anak muda sedia bangun melawan |
SIMPATI KITA KEPADA WARGA JEPUN Posted: 14 Mar 2011 10:55 PM PDT TEKINI TERBARU - AKHIRNYA PM JEPUN SAHKAN LOJI BOCOR, PARAS RADIASI SANGAT TINGGI - mkini Radiasi yang merebak dari loji kuasa nuklear yang meletup di timur laut Jepun selepas dilanda tsunami dalam tempoh empat hari, memaksa kerajaan mengarahkan rakyat berdekatan supaya duduk dalam bangunan bagi mengelak terdedah. Dalam kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen seluruh negara, Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan, berkata kesan radiasi yang merebak dari empat reaktor di loji nuklear Fukushima Dai-ichi, wilayah Fukushima adalah kawasan paling diteruk ditimpa gempa bumi berukuran 9.0 magnitud dan ombak tsunami. "Tahap (radiasi) nampak amat tinggi dan masih wujud risiko lebih tinggi bahawa banyak radiasi akan merebak," kata Kan. UCAPAN ANAK MUDA BERTANGGUNG JAWAB!!! nota: bukan lawak bodoh dalam berita hairan lawak bangang jenis senario DARI WAN AZIZAH Salam takziah dan simpati kepada warga Jepun Menginsafi akan bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda negara Jepun beberapa hari yang lalu, saya mewakili warga kepimpinan dan akar umbi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) seluruhnya merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Jepun dan juga rakyat Malaysia yang bermastautin di sana. Tsunami yang diberitakan antara yang terburuk dalam sejarah Jepun jelas merentap sanubari. Walaupun begitu, kita seharusnya mencontohi masyarakat Jepun yang begitu berdisiplin meskipun ketika berhadapan dengan malapetaka besar. Tahap kesabaran mereka juga sepatutnya menjadi contoh kepada seluruh masyarakat dunia. Kedua-dua ciri penting ini pastinya membolehkan mereka bangkit dengan cepat bagi membina semula bandar yang musnah teruk. Apatah lagi dengan kegigihan dan kesungguhan mereka mengenalpasti kaedah dan strategi serta penyebaran maklumat cepat dan tepat kepada seluruh rakyat, pasti akan membantu. Nyata sekali insiden ini mengundang kesedihan kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga dan sahabat handai. KEADILAN mendoakan agar Tuhan mengurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi kepada mereka yang terlibat. Semoga Kerajaan Jepun cepat menyusun pembangunan semula infrastruktur yang terkesan akibat bencana ini. Dr Wan Azizah Wan Ismail KENYATAAN MEDIA 15 Mac 2011 Pagi ini kita dikejutkan lagi dengan berita letupan ketiga di loji tenaga nuklear Daiichi di Fukushima, Jepun. Mengikut laporan agensi berita Reuters serta The New York Times, letupan di reaktor No 2 telah berlaku jam 6:14 pagi waktu Jepun dan kerosakan yang timbul mungkin bersifat lebih kritikal, lalu menyebabkan senario "full meltdown" semakin mungkin berlaku. Reuters menambah bahawa kadar radiasi sekitar loji nuklear tersebut telah meningkat empat kali ganda. Oleh itu, saya berharap agar pihak Kerajaan Pusat bertindak lebih pantas tetapi tepat dalam menerangkan situasi sebenar di Jepun serta apakah akibat yang mungkin dialami rakyat Malaysia di Semenanjung, Sabah, dan Sarawak. Apakah peratusan kemungkinan radiasi dari loji tenaga nuklear ini akan tiba di Malaysia, berdasarkan senario "full meltdown"? Apakah langkah berjaga-jaga yang harus diambil rakyat Malaysia? Adakah Kerajaan Pusat benar-benar bersedia menghadapi situasi pencemaran nuklear yang mungkin terjadi? Pada masa yang sama, Kerajaan Pusat wajib menghentikan dahulu sebarang perancangan untuk membina loji tenaga nuklear mahupun pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth refinery) di negara ini. YB Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Lembah Pantai |
LETUPAN LOJI NUKLEAR DI FUKUSHIMA Posted: 14 Mar 2011 09:30 PM PDT KITA HANYA MANUSIA SEBELUM ITU BUAT INI DAHULU Wira kami meluncur meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Merlimau. Cuaca petang agak nyaman. Lalu saya meminta si Pemandu memadamkan alat hawa dingin kerana saya ingin membuka cermin kereta. Saya ingin menghidu udara petang. Berkali kali saya tekan punat tetapi sang cermin amat degil tidak mahu turun ke bawah. Si Pemandu menoleh sambil ketawa dan bersuara ' ini Proton Bro… tak kan tahu tahu… ini pun belum sampai setahun'. Kami terbarai ketawa. ( dari ingatan berkempen ke Merlimau) Saya sedang memberi kuliah di Akademi Seni Kebangsaan. Bangunan ini belum sampai lima tahun. Hujan yang awalnya renyai renyai menjadi lebat. Tertiba diluar air mencurah masuk. Atap bangunan ini telah terbarai. ( dari ingatan mengajar di ASWARA) Apabila kita membaca dan melihat apa yang sedang terjadi kepada lima buah loji nuklear di Jepun maka kita akan sedar bahawa ini adalah satu pelajaran yang amat mahal. Mata pelajaran ini sedang dibayar dengan harga darah dan nyawa oleh warga Jepun. Pelajaran dihadapan mata kita ini sedang membuktikan bahawa radioaktif ini amat merbahaya untuk umat manusia. Ini adalah kali kedua warga Jepun membayar dengan nyawa mereka untuk membuktikan kepada dunia tentang malapetaka yang akan dibawa oleh radioaktif. Kali pertama dahulu pada pada 6 dan 9 Ogos 1945. Pelajaran itu telah dipaksakan keatas warga Jepun apabila dua butir bom atom telah diledakan ke atas kota Nagasaki dan Hiroshima. Kali ini agak berbeza – bukan dengan paksaan dari sesiapa tetapi hasil dari kerja lobi para saudagar penjual loji tenaga nuklear. Lihat dan perhatikan - ketika loji nuklear di Fukushima terbakar - para saudagar tenaga nuklear, para pelobi tenaga nukelar, para kang kong pakar nuklear dan para politikus rasuah - sedang meminta kita semua bertenang. Suara paling terbanyak meminta kita bertenang datangnya dari sosok yang mengakui diri mereka sebagai arif dan berilmu dalam hal nuklear. Justeru, para profesor dan ilmuan yang arif tentang hal radioaktif kini sedang sibuk membicangkan pandangan mereka. Ilmuan kang kong dan pakar nuklear ini sedang bersilat lidah dikaca tv untuk mententeram keadaan. Para pakar ini dilihat gah dan hebat dengan ijazah berjela-jela tetapi bila kita selidiki dengan rapi maka akan kita temui bahawa mereka ini ada pertalian kepentingan dengan saudagar penjual loji tenaga nuklear. Di Malaysia para kang kong ini tidak perlu menyorokkan diri untuk berselindung. Mereka secara terbuka menyokong rancangan kerajaan untuk untuk mendirikan loji nuklear pada tahun 2021. Suara sokongan mereka sedang dijadikan alat untuk bercanang ke hulu ke hilir oleh para saudagar loji nuklear. Para kang kong ini bersuara menyokong tenaga nuklear bukan kerana mereka berilmu tetapi kerana dengan cara ini sahajalah suara mereka akan dilaporkan oleh media arus perdana. Dengan menyokong tenaga nuklear maka muka mereka akan muncul di kaca tv. Dan jika mereka rajin sadikit mereka akan dapat menulis di ruangan akhbar Utusan atau Berita Harian. Orang awam jangan terperanjat apabila diberitahu bahawa menulis di Utusan atau di Berita Harian ini juga akan diambil kira sebagai pencapaian keilmuan yang ilmiah. Ini juga akan dihitung untuk kenaikkan pangkat dan gaji. Nampaknya menulis diakhbar arus perdana di Malaysia ini telah disamakan tarafnya seperti menulis di majalah Foreign Affairs, New Scientist, Nature atau Oxford Journals Maaf. Jangan silap faham. Tulisan saya ini bukan bercita atau berniat untuk memperlekehkan para ilmuan tempatan ini. Tidak. Saya tidak perlu meperlekehkan mereka kerana mereka sendiri memang telah lama lekeh. Majoriti ilmuan kang kong ini lekeh kerana tidak pernah melahirkan buku atau menulis secara ilmiah. Kebijaksanan mereka ialah membodek dan mengampu untuk naik pangkat. Kalau kurang yakin tentang apa yang saya nyatakan disini – sila rujuk laporan akhbar minggu lalu bagaimana Najib Razak telah mengingatkan kangkong – kangkong ini agar tidak berebut-rebut untuk menjadi Naib Cancelor Biasanya para akademik yang tegar dengan ilmu pengetahun dan kajian akan menolak pangkat Naib Cancelor. Sosok yang berilmu akan menolak pangkat ini kerana ianya akan membuang masa kerana terlibat dengan kerja mentabir universiti. Cita-cita sosok yang berilmu ialah membaca, mentelaah, mengkaji, menduga, mencuba dibilik makmal dan akhirnya menerbitkan bahan kajian untuk untuk dibincangkan oleh rakan-rakan dalam dunia akademia. Seorang akademia yang bukan jenis kang kong tidak akan membuang masa untuk hadir di majlis-majlis hampeh seperti menghantar menteri ke lapangan terbang atau yang membuang masa dan tenaga untuk memastikkan mahasiswa dari kumpulan Aspirasi menang dalam pilihanraya kampus. Saya telah dan akan terus menimbul dan mempersoalkan tentang keupayaan ilmu profesor kang kong. Saya lakukan ini kerana saya yakin dalam minggu ini akan banyak suara-suara kang kong ini kedengaran. Mereka akan dijemput untuk memberi pandangan-pandangan juling tentang letupan loji nukelar di Fukushima. Komen dan pandangan profesor kang kong ini akan digunakan untuk mengolah persetujuan orang ramai agar menerima hakikat bahawa negara kita tidak ada pilihan melainkan menggunakan nuklear sebagai punca tenaga leterik dalam masa 10 tahun yang akan datang. Kang kong ini juga akan memberi pandangan kontot mereka bahawa loji tenaga nuklear ini selamat untuk diguna pakai. Para kang kong ini tidak akan menyebut berapa banyak kecelakan kecil dan besar yang telah terjadi di loji nuklear. Dengan sempoi para kang kong akan melupakan data dan sejarah. Jika ada disebut satu kecelakaan kecil maka si kang kong ini akan menyatakan yang ini terjadi pada satu ketika yang lama dahulu. Di zaman teknoloji secanggih hari ini tidak mungkin kecelakan akan berlaku lagi. Hakikatnya, kecelakan yang berpunca dari loji tenaga nuklear berlaku terus menerus. Pada tahun 1979 sebuah loji nuklear Three Mile Island di Pennsylvania Amerika telah hampir meledak. Ini kerana kesilapan teknikal. Selama tiga hari Amerika Syarikat dalam keadaan mengigil menunggu apakah akan terjadi satu letupan. Pada tahun 1986 satu lagi ledakan loji nuklear telah berlaku di Chernobyl Ukraine. Ini telah membawa mala petaka yang amat dasyhat. Hingga ke hari ini wilayah sekitar Chernobyl telah ditinggalkan kosong kerana bahaya radioaktif yang masih berkeliaran. Untuk berapa tahun lagi wilayah ini akan ditinggalkan? Berapa lama radioaktif ini akan berkeliaran? Umur radioaktif ini ditakrifkan sebagai : half life. Half life ini mungkin 300 tahun dan mungkin 3000 tahun. Half life hanyalah konsep. Kerana itu hingga ke hari ini masih ada bekas warga Chernobyl yang melahirkan bayi cacat dan tidak cukup sifat akibat serangan radioaktif. Lalu timbul persoalan – jika tenaga nuklear ini amat bahaya kenapa ianya masih digunakan. Jawapan untuk soalan ini ialah keuntungan. Para saudagar penjual loji nuklear akan mendapat keuntungan berbilion ringgit apabila ada negara yang ingin membeli loji ini. Loji tenaga nuklear bukan dijual macam kereta. Teknoloji tenaga nuklear ini amat tinggi dan canggih. Tidak semua negara dalam dunia ini memiliki keupayaan untuk mendirikan loji nuklear ini. Negara-negara yang memiliki teknoloji untuk membuat dan menjual loji nuklear ini juga terhad. Ini menjadikan harga loji ini mahal. Dalam masa yang sama kefahaman dan kesedaran orang ramai terhadap bahaya radioaktif dari loji ini telah ditumpulkan. Seperti di Malaysia banyak pekara dilakukan oleh politikus tanpa banyak perbincangan. Malah ada pekara dilakukan secara senyap-senyap tanpa diketahui umum. Contoh terbaik ialah kilang nadir bumi di Gebeng yang juga akan membawa malapetaka radioaktif tetiba muncul tanpa perbincangan. Kerana tidak ada perbincangan maka orang ramai tidak mendapat maklumat yang penuh sama ada menerima atau menolak pengunaan tenaga nuklear sebagai punca tenaga leterik. Ini di tambah pula oleh lebong para kang kong yang kerap muncul dimedia arus perdana untuk menjadi juru heboh tenaga nuklear. Pandangan ke dua atau cadangan alternatif akan dinafikan untuk untuk memastikan orang ramai dapat terus ditipu. Malah si pembawa pandangan kedua atau alternatif mungkin akan ditangkap untuk di ISAkan. Ini pernah berlaku di Bukit Merah Perak pada tahun 1987. Warga di Bukit Merah telah bangun menentang rancangan untuk mendirikan kilang nadir bumi yang kini telah dipindahkan ke Gebeng. Beberapa orang aktivis Bukit Merah telah ditahan dalam Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987. Para menteri pula akan berhujah mengatakan bahawa kita perlu tenaga nuklear kalau tidak kita akan bergelap. Cakap cakap seperti ini menakutkan orang ramai seolah-olah kita tidak ada pilihan. Di belakang cakap-cakap menteri ini ialah saudagar penjual loji nuklear. Ini samalah seperti kita membeli kapal selam dari Peranchis. Rakyat Malaysia telah dipaksa menerima kapal selam ini kerana ada menteri yang telah menerima suapan dari saudagar kapal selam. Saudagar penjual loji nuklear ini juga bergerak sama seperti saudagar senjata. Malah kadang kala yang menjual senjata ini juga menjual loji tenaga nuklear. Untuk saya keputusan sama ada Malaysia akan menggunakan tenaga nuklear atau tidak cukup senang untuk dibuat. Kita tidak perlu melihat ke Jepun atau ke Chernobyl. Kita hanya perlu melihat kereta keluaran Proton. Berapa ramai pembeli kereta Proton telah menyumpah dan menyesal kerana cermin tingkap kereta Proton tidak boleh dipakai. Juga kita sering terbaca bangunan kerajaan runtuh. Malah kita juga terbaca bagaimana atap bangunan Parlimen telah runtuh. Kali terakhir ialah berita runtuhnya stadium di Kuala Terangganu. Untuk saya sebelum kita mendirikan loji nuklear di bumi ini marilah kita meminta secara jujur agar para ilmuan, para saintis dan para jurutera kita dapat memperbaiki cermin tingkap kereta keluaran Proton. Ini adalah asas teknoloji. Kalau yang asas ini pun selalu kantoi bayangkan apa yang akan terjadi apabila loji nuklear meledak. Mari berfikir sejenak. Sebelum ke sekolah kita ke Alif Ba Ta dahulu. Sebelum buat itu – buat ini dahulu.(TT) nota: tulisan ini terbit dalam suara keadilan yang sedanga dalam pasaran sekarang sila dapatkan suara keadilan atau berlanggan dengan memukul talipon: 03 -22-72-40-45 |
KENYATAAN RESMI SEMUA KELENTONG Posted: 14 Mar 2011 07:47 PM PDT INI lihat KOMENTAR YANG JUJUR MELETUP LAGI - TIPU MASIH MENIPU nota : hari sabtu saudagar loji ini mula mula kata: tak bahaya kemudian kata under control kemudian kata panas tapi under control hari ahad satu meletup tuan saudagar minta warga sepuluh kilo meter pindah warga 25 kilometer pindah warga seluruh wilayah pindah hari isnin meletup lagi satu tuan saudagar kata yang lain uder control kemudian kata sedang diusahakan kemudian kata sedang di bunuh air laut hari selasa bam! meletup satu lagi tuan saudagatr kata ini bukan macam chernobyl nota: belajar dari semua ini kata dari saudagar tuan empunya loji dan juru cakap kerajaan tidak boeh dipercayai mereka bersekongkol NOTA: lihat kenyataan kedutaan peranchis radioaktif akan sampai ke tokyo dalam masa 10 jam !!! FUKUSHIMA, Japan (Reuters) – Japan's prime minister said on Tuesday that radioactive levels had become high around an earthquake-stricken nuclear power plant after an explosion there, and there was a risk of radiation leaking into the atmosphere. Naoto Kan urged people within 30 km (18 miles) of the facility north of Tokyo to remain indoors and the French embassy in the capital warned in an advisory that a low level of radioactive wind could reach Tokyo within 10 hours. Tuesday's explosion was the third at the plant since it was damaged in last Friday's massive earthquake and tsunami. Whilst the Fukuskima plant's No.1 and No.3 reactors both suffered partial fuel rod meltdowns, operator Tokyo Electric Power Co (TEPCO) had earlier said the No. 2 reactor was now the biggest concern. A sudden drop in cooling water levels when a pump ran out of fuel had fully exposed the fuel rods for a time, an official said. This could lead to the rods melting down and a possible radioactive leak. TEPCO had resumed pumping sea water into the reactor early on Tuesday. "This is nothing like a Chernobyl," Murray Jennex, a nuclear expert at San Diego State University, said earlier. "At Chernobyl you had no containment structure -- when it blew, it blew everything straight out into the atmosphere." An explosion at the Soviet Chernobyl plant sent radioactive fallout across northern Europe. |
BANGANG SAMPAI KE TULANG SUM SUM Posted: 14 Mar 2011 07:44 PM PDT SEKALI BIK MAMA BUKA MULUT SELURUH NEGARA KETAWA SAMPAI TERKENTUT nota: dengar betapa bangang dan bodohnya betina gemok ini sudah ah gemok bangang pulak sudahlah bangang gemok pulak kah kah kah pakai cakap tak tentu hala ikut sedap mulut tak tahu apa yang dicakap woit... pergi isap ais krim nota: malaysia sebenarnya boleh mendirikan loji nuklear tapi dengan satu syarat EIEI dari bangsa bangsa bersatu telah memberi satu syarat syarat ini ialah: rosmah mansor tidak dibenarkan berjogging |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan