Generasi Pewaris Khilafah |
Isu Azan : Ini betul-betul bukan main-main Posted: 15 Mar 2011 05:32 AM PDT Assalamualaikum .. salam hormat Dalam dada akhbar dipaparkan mengenai kenyataan JAKIM mengenai persenda azan.Pada pandangan saya isu ini bukan isu yang sepatutnya dipandang remeh akan tetapi isu sebenarnya disini ialah masalh pendidikan keagamaan. Masalah yang ditimbulkan dikatakan kanak-kanak mempersendakan azan dan ditayangkan dalam youtube. Persoalan yang ingin saya lontarkan disini ialah masalah kanak-kanak bukan isu utama akan tetapi yang tukang masukkan tu isu yang utama. Dah tau kanak-kanak tu tak tau apa yang disebut kenapa dimasukkan dalam Youtube? Yang kedua, Kita dok sibuk mengatakan isu orang persenda agama islam tapi kat mana penguatkuasaan terhadap hukum mempersendakan agama? saya lihat seolah-olah tak ada tindakan drastik yang diambil. Oleh yang demikian tidak hairanlah ramai yang kurang faham tentang agama bahkan mengambil contoh yang tidak baik mempersendakan agama. Pada saya yang lebih berbahaya ialah apabila orang yang tahu tentang agama tetapi memperlekehkan malahan sampai tahap menghina hukum agama. Diharapkan semua pihak dapat mengambil cakna terhadap perkara yang berlaku. |
You are subscribed to email updates from Minda Assirkami To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan