Rabu, 16 Mac 2011

SharpShooter

SharpShooter


Demo Amk dan umno bertembung petang ini di Jawi

Posted: 15 Mar 2011 11:10 PM PDT


Sms dari Amk P. Pinang - Demo tuntut Najib serah DNA kes Altantuya @ Anwar Ibrahim di ambang penjara :: 16hb.Mac 2011, jam 5pt brkumpul di Tol Jawi Nbg.Tebal.

Sila bawa banner kecaman & skngan sdri. Anakmuda pakatan rakyat n AMKPP hadir demi solidriti keatas DSAI.. Sebarkan...

Ini pula sms dari puak2 umno..

DEMO TUNTUT ANWAR IBRAHIM SERAH 'DNA'. DTG RAMAI2 JAM 5 PTG NI, DI TOL JAWI, N.TEBAL. BAWA SEPANDUK - DESAK ANWAR BUKTIKAN DIA TAK BERSALAH.

ANAK2 MUDA PKR - DTG RAMAI2 KITA SOKONG PAK SHEIKH ANWAR IBRAHIM.

Adakah akan bertembung demo petang ini di antara AMK dan puak umno? Ayuh ke sana ramai-ramai..menarik ni..

Berita lanjut akan menyusul...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saifudin - lawan tetap lawan

Posted: 15 Mar 2011 10:07 PM PDT


Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan hari ini menuntut Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail memohon maaf atas kenyataannya yang mendakwa Gobalakrishnan dibayar untuk keluar PKR.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR itu menyerahkan surat tuntutan itu kepada Saifuddin, yang juga anggota Parlimen Machang di ruang rehat anggota Dewan Rakyat di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Bercakap kepada pemberita, Gobalakrishnan berkata beliau memberi tempoh tujuh hari mulai hari ini kepada Saifuddin untuk meminta maaf dan jika Setiausaha Agung PKR itu gagal berbuat demikian, beliau akan menyamannya RM12 juta.

Kenyataan Saifuddin di Parlimen pada 10 Mac lalu mengenai tindakan (saya) keluar parti selepas dibayar menjejaskan maruah dan integriti (saya), selain menyebabkan (saya) dipandang serong.

"Justeru, saya memberi tempoh tujuh hari kepada Saifuddin untuk memohon maaf atau akan disaman sebanyak RM12 juta," katanya.

Khamis lalu, Saifuddin dalam sidang akhbar di lobi Parlimen mendakwa beberapa anggota parti itu, termasuk beberapa bekas wakil rakyatnya meninggalkan parti itu kerana dorongan habuan yang lumayan.

Beliau turut mendakwa Gobalakrishnan telah dapat menjelaskan bayaran pajakan tanah syarikat miliknya Embun Megah Sdn Bhd di Lojing, Kelantan kepada Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd dengan nilai RM1.4 juta menerusi dua cek bank yang masing-masing bernilai RM700,000 bertarikh 12 Jan lepas dan RM701,250 bertarikh 15 Mac ini.

Saifuddin malah menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat mengenai kemampuan kewangan Gobalakrishnan.

Sementara itu, Saifuddin ketika ditemui pemberita berkata beliau tidak akan memohon maaf kepada Gobalakrishnan dan bersedia menghadapi tindakan undang-undang yang akan diambil terhadapnya.

"Saya tidak akan memohon maaf. Saya serahkan kepada peguam R. Sivarasa untuk tindakan lanjut," katanya. — Bernama


Sharpshooter - Teringat kata arwah Mat Nespu dalam filem Nujum Pak Belalang apabila Baginda Masai tidak puas hati dan ingin buat soalan tambahan...berkatalah Mat Nespu pada Ahli Nujum Negara...jangan takut..laaaawan...




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Luahan rasa derita jiwa si Ayah - PR wajar bertindak

Posted: 15 Mar 2011 08:43 PM PDT



KEJADIAN BANGUNAN RUNTUH, FAIR PARK, IPOH, PERAK
02 OKTOBER 2009 - 2 MANGSA TERBUNUH

Saya bernama Mohd Norzila b Hj Abd Rahman No Kad Pengenalan 640414-05-5323 beralamat di 48 Jalan Raja Musa Mahadi, Rapat Setia, Ipoh, Perak adalah bapa kepada Allahyarham Mohd Firdaus yang terbunuh akibat runtuhan bangunan lama pada jam 9.30 malam hari Jumaat 02 Oktober 2009.

Setelah anak saya selamat dikebumikan, saya menunggu janji-janji ADUN Sg Rapat, Ketua Penerangan Negeri Perak, Gagasan Melayu Perak dan pihak-pihak yang lain tetapi hingga hari ini tidak kunjung tiba apatah lagi untuk bertanya khabar. Saya masih boleh bersabar... tetapi bila melihat tragedi Kuala Dipang seminggu selepas itu dan tragedi pelajar UTAR lemas di Kampar yang melibatkan bangsa asing hati saya mula terdetik dan bertanya mengapa ada perbezaan daripada pemimpin-pemimpin MELAYU ini dalam memberi bantuan. Adakah nyawa orang Melayu dengan rakyat India dan Cina berbeza di mata mereka ?

Bukan saya irihati atas lambakan bantuan dan imbuhan kepada mereka mahu pun membawa isu perkauman. BAGUSLAH apabila kerajaan Negeri dan Pusat menjalankan tanggungjawab tetapi persoalannya kenapa anak saya yang berbangsa Melayu, beragama Islam... tidak ada sesiapa yang memberi dan menawarkan apa-apa bantuan dan sokongan sehingga hari ini.

"Orang Melayu harus terima takdir kerana kita orang Islam"... Inilah yang membuatkan nyawa anak saya tidak langsung dihargai dan saya dianiayai oleh Pemimpin-Pemimpin Melayu.

Laungan keramat BELA NASIB ORANG MELAYU dan JANGAN MAINKAN ISU PERKAUMAN menjadi slogan tetapi SIAPA sebenarnya yang mempermainkan isu ini ? Saya hanya ingin mencari keadilan atas kecuaian pihak Berkuasa Tempatan (MBI) dan pihak yang melakukan runtuhan... Langsung tiada langkah-langkah keselamatan yang di ambil sewaktu kejadian. Mulut MB sendiri memberitahu saya pihak yang menjalankan kerja pada malam itu tidak mempunyai lesen dan permit untuk melakukan kerja.

Tetapi saya tidak mempunyai pilihan selepas itu kerana Peguam yang mewakili saya tidak mempunyai keberanian untuk mendakwa MBI dan kes telah ditutup pada 17 Januari 2011 oleh Hakim dengan alasan dokumen tidak lengkap. Apa yang berlaku ini? Sudahlah hanya Kontraktor dan Tuan Tanah sahaja disaman... sesudah hampir 2 tahun kes ini tiba-tiba ditutup. Saya telah berjumpa dan berbincang sendiri dengan Peguam-Peguam dan pihak-pihak NGO Melayu yang lain tetapi semuanya takut dan bimbang akan PERIUK NASI yang akan tergugat bila berhadapan dengan MBI. Bukan keadilan dan amanah yang dipentingkan tetapi nikmat dunia yang dipertahankan.

Apabila mengenangkan kes yang belum selesai ini, selama setahun lebih saya tidak dapat bekerja. Saya keseorangan, mencari ke hulu ke hilir menagih simpati agar ada pihak yang tampil membantu namun tidak berhasil. Saya mendapat tahu daripada salah satu pihak NGO dalam sebuah perjumpaan hari raya puasa 2009 bahawa Datuk Bandar Ipoh telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak MBI dan kontraktor telah memberi pampasan kepada keluarga mangsa runtuhan dengan bantuan Ketua Polis Perak (CPO) padahal satu sen pun tidak pernah sampai kepada kami.

Surat dan website aduan kepada YAB Perdana Menteri dan 3 pihak di atas serta MB Perak langsung tidak dibalas. Apa fungsi website aduan tersebut saya pun tidak tahu. Pada siapa lagi saya harus meminta tolong? Hati dan perasaan saya betul-betul sedih dan marah pada Pemimpin-Pemimpin Melayu sekarang ini. Mereka memegang kuasa tetapi menghirup darah orang melayu, mengejar kemewahan dan ketamakan dunia.

Pemimpin seharusnya turun padang... menjaga dan melebihkan rakyat... bukan kantung keluarga sendiri. Pemimpin-pemimpin melayu ini sanggup menghalalkan perbuatan mereka semua terutama menindas orang melayu sendiri asalkan kedudukan, kuasa dan kemewahan ini dapat dipertahankan.

Semua sanggup sehingga menjual agama. Saban tahun menyambut Maal Hijrah dan Maulidur Rasul tetapi semuanya sandiwara sahaja. Yang menjadi sunnah dan peringatan Rasul langsung tidak dihayati. Sifat-sifat terpuji Rasul dan 4 khalifah tidak diikuti. Semua acuan ikut sedap kantung sendiri sahaja dan didokong pula oleh pengikut-pengikut yang sama-sama tamak. Dari peringkat tertinggi hingga ke Jawatankuasa Kampung yang menyambut Pak-Pak Menteri...

Setakat berpolitik dengan memakai Baju Melayu dan Baju Korporat yang sama kononnya menggambarkan keharmonian dan kesatuan hati.... Tak payah la!!! Rakyat pula terhegeh-hegeh bertungkus lumus membuat kenduri dan menjamu perut yang tidak berhenti kekenyangan ini. Mentaliti orang melayu mesti memberi dan menjamu Pemimpin sebaik-baiknya. Kekanda PM pertama kita pernah berkata, "yang orang kaya dahulu masuk politik sanggup jadi papa kedana". Sekarang orang miskin ceburi politik boleh menjadi kaya raya.

Jangan tuduh atau kata saya emosi! Jika anak sendiri "dibunuh" begini cara dan sistem keadilan tidak berpihak pada anda walau pun semua kebenaran telah terbukti, APA YANG PATUT SAYA BUAT ??? Saya tidak mendapat pertolongan dan perhatian hanya kerana saya orang melayu miskin yang tidak berpengaruh dan tidak berpolitik.

Hati dan perasaan saya ingin mencari keadilan dan meneruskan hidup dengan tenang dan menunggu dijemput Ilahi. Tetapi bagaimana saya harus mencari ketenangan jika hari-hari di kaca TV dan media cetak melihat mereka yang menggunakan pengaruh politik menahan saya daripada mencari keadilan? Saya tidak sanggup mengaminkan doa untuk Pemimpin-Pemimpin ini. Bagaimana harus saya memohon kesejahteraan PEMIMPIN-PEMIMPIN DAYUS, MUNAFIK DAN PENUH DENGAN KEPURA-PURAAN ini?

Dalam isu Teoh Beng Hock, PM berkata keluarga mendiang memainkan isu politik dan tidak mahukan kebenaran. Bagi kes anak saya pula kebenaran di pihak kami tetapi banyak pula tangan-tangan Melayu yang menghalang. Janganlah harap semua harta dan kemewahan dunia ini dapat di bawa masuk ke lubang kubur anda semua kelak. Tetapi satu perkara saya boleh jamin... kepalsuan dan pengianayaian anda semua pasti dibalas oleh Allah SWT.

Banyak lagi kepincangan yang saya hadapi berhubung dengan Pemimpin-Pemimpin ini. Kalau sudi datanglah temui saya boleh saya terangkan lagi. Rumah saya berhadapan dengan pintu Masjid Sultan Yussuf, Rapat Setia sentiasa terbuka.

Saya ingin menasihati orang–orang melayu yang lain... Carilah rezeki yang halal, jagalah keluarga sendiri dan pastikan kita berpegang kepada amanah yang ditinggalkan oleh Rasulullah. Tidak payah bergelumang dengan PENIPU, DAYUS DAN MUNAFIK MELAYU DI ATAS.

ADAKAH NASIB DAN PERTOLONGAN YANG SAYA NANTIKAN AKAN TIBA ?

Sebarkanlah risalah dan kepedihan saya ini agar menjadi iktibar akan nasib ORANG MELAYU DI DAERAH IPOH, PERAK. Hanya doa yang dapat saya balaskan dengan pertolongan saudara saudari semua. Assalamualaikum...

Sharpshooter - Wa'alaikumussalam....kepada pimpinan Pakatan Rakyat di Perak, tolong temui dan siasat keluhan luahan rasa derita jiwa si ayah ini... jangan biarkan si ayah ini terkapai-kapai...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Dakwat kekal - SPR mampu lakukan

Posted: 15 Mar 2011 07:58 PM PDT

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mencabar kerajaan Barisan Nasional untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jika perkara sekecil ini pun tak mampu dilaksanakan, usah bicara soal reformasi politik.

"Sudah tiba masanya, kerajaan menghapuskan undang-undang serta peraturan yang menyimpang dan bertentangan dengan semangat perlembagaan.

"Jika ia tidak dan dilaksanakan, ini semua akan menjadikan Barisan Nasional rejim yang anti demokratik," kata Nurul Izzah dalam ucapannya pada perbahasan menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung.

Izzah memaklumkan, pada forum anjuran Bersih bulan lalu, Timbalan Pengerusi Suruhanya Pilihan Raya (SPR) , Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengakui menjelang pilihanraya umum 2008, SPR mempunyai kuasa untuk terus melaksanakan penggunaan dakwat kekal, sekalipun Kabinet ketika itu mengarahkan pembatalan atas alasan keselamatan.

Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah (Kota Bharu) yang turut mencelah memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa, Pengerusi SPR pada waktu itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abdul Abdul Rahman telah menerima surat daripada Peguam Negara dan Ketua Polis Negara yang mengugut supaya tidak meneruskan penggunaan dakwat kekal.

Terdahulu sebelum itu, Nurul Izzah dalam ucapannya menuntut agar Dewan Rakyat pada perbahasan kali ini meluluskan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) seperti mana yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM serta Akta Pemansuhan Uundang-undang Darurat 2011.

Selepas 54 tahun merdeka, Izzah mendedahkan, Malaysia masih lagi tidak memansuhkan 4 perisytiharan Undang-undang darurat iaitu Deklarasi Darurat Konfontasi Indonesia-Malaysia 1964, perisytiharan darurat di Sarawak pada tahun 1966, perisytiharan darurat ketika Rusuhan 13 Mei 1969 dan perisytiharan darurat di Kelantan pada tahun 1977.

"Akta Darurat ini pada asalnya bertujuan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman negara. Namun selepas itu, kerajaan yang berpembagaan kembali mentadbir.

"Persoalannya, mengapa kerajaan masih tidak menarik balik undang-undang ini? Kita telah melihat sebelum ini banyak rejim yang menggunakan Akta Darurat untuk menyekat suara rakyat," kata Izzah.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

PAS menang saman Ketua Polis RM200 ribu

Posted: 15 Mar 2011 03:28 AM PDT

KUANTAN 15 MAC : Mahkamah hari ini memerintahkan bekas Ketua Polis Rompin, Hanafi Daud membayar kepada Dr Hatta Ramli dan dua pimpinan PAS Pahang, Mazlan Yassin dan Nazri Ahmad sebanyak RM200,000 sebagai ganti rugi dan kos akibat daripada penangkapan dan penahanan yang tidak sah ke atas mereka bertiga di Markas PAS Rompin di Muadzam, Pahang pada 10 Mei 2004 lalu.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuantan, Puan Sazlina Safie membuat keputusan tersebut hari ini setelah Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili defendan menyatakan kepada mahkamah bahawa anak guam beliau bersetuju membayar plaintif-plaintif RM200 ribu lapor Harakah Daily.

Kes hari ini ditetapkan untuk perbicaraan taksiran gantirugi.

Pada 26 Ogos 2009, Hakim Datuk Mariana Yahya telah memutuskan bahawa defendan telah menyalahgunakan kuasanya apabila membuat serbuan ke atas markas PAS dan menangkap serta menahan Dr Hatta, Mazlan dan Nazri.

Hakim juga memutuskan bahawa ceramah PAS yang diadakan di dalam kawasan markas tersebut adalah satu perhimpunan yang sah dan tidak memerlukan permit polis kerana ia bukan tempat awam.

Mahkamah juga memutuskan bahawa defendan juga telah melanggar Artikel 5 (3) Perlembagaan Persekutuan kerana gagal memberitahu plantif-plaintif atas alasan apa mereka ditangkap.

Setakat ini, inilah kali pertama pihak OCPD disaman oleh pimpinan PAS di atas gangguan yang dilakukan oleh pihak polis ke atas ceramah PAS, hatta hakim sendiri menemplak defendan kerana mengganggu ceramah PAS tersebut sedangkan ia berjalan secara aman dan telah banyak kali dijalankan di markas tersebut.

Dr Hatta yang juga Bendahari PAS Pusat dan ahli Parlimen Kuala Krai, Mazlan dan Nazri diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin manakala Hanapi Daud diwakili oleh Kamal Azira Hassan.

Takbir....

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: