Rabu, 9 Mac 2011

SharpShooter

SharpShooter


Siapakah MP katak sumpahan beli tanah 1.5 juta?

Posted: 08 Mar 2011 10:51 PM PST

Sekadar gambar hiasan

Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan di Parlimen hari ini beberapa keping cek ditandatangan oleh seorang ahli parlimen bagi membeli tanah bernilai RM1.5 juta.

Beliau mendedahkan perkara tersebut semasa membahaskan ucapan menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung petang tadi menjelaskan, cek tersebut ditandatangani oleh seorang ahli parlimen PKR yang baru-baru ini keluar parti tetapi yang menghairankan beliau ialah ahli parlimen tersebut berkemampuan membeli tanah tersebut dalam masa dua bulan sahaja selepas keluar parti.

Beliau menegaskan parti PKR bukanlah tempat untuk menjadi kaya ataupun membuat duit seperti tanggapan segelintir yang keluar parti, maka ahli yang tidak berpuas hati bertindak keluar parti dan mula melontarkan tohmahan yang tidak benar terhadap parti.

"Yang tak dicerita apa dia? Bila berada dalam barisan pembangkang, khususnya PKR ini, bukannya lesen nak jadi kaya. Kalau hidup berpendapatan RM10, jangan berbelanja RM100. Ketidakupayaan untuk menambah RM90 kadang-kadang menyebabkan mereka tewas dengan ujian," kata beliau.

Beliau menjelaskan, ada ahli yang mula membuat pelbagai dakwaan liar terhadap parti selepas keluar parti, bahawa kononnya parti ini telah meninggalkan perjuangan membela rakyat, parti dipimpin pengkhianat, seorang ketua yang mahu menjadi Perdana menteri walau apa cara sekalipun dan bermacam lagi semata-mata sebagai alasan keluar parti.

"Pada saya ini ada salinan cek yang ditandatangani oleh satu daripada enam rakan saya yang keluar parti. Satu cek, RM700 ribu bertarikh 12 Januari, 2011. Satu cek lagi, 15hb Mac, 'post dated'. Tujuannya apa? Bayar harga tanah, nilainya RM1.5 juta," ujar beliau.

Saifuddin kemudiannya mempersoalkan punca pendapatan tersebut sehingga dapat memberi kemampuan luar biasa kepada ahli parlimen tersebut membuat pembelian semewah itu.

"Duduk dalam parti, (dia) tanya tak dapat itu ini. Keluar sahaja, dapat bayar tanah RM1.5 juta. Dari mana dapatnya duit ini? Itu sahaja persoalannya," tegas beliau.

Katanya lagi, beliau ingin tahu samada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan memulakan siasatan atau tidak terhadap ahli parlimen tersebut selepas beliau mendedahkan perkara tersebut.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Boleh baling batu pada kereta Mat Sembab?

Posted: 08 Mar 2011 10:10 PM PST


Video Ucapan Saifudin dalam parlimen

Saifuddin Nasution membidas Muhyddin Yassin kerana bersikap angkuh dalam menangani insiden kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibaling batu pada kempen pilihanraya kecil di Kerdau baru-baru ini.

Menurut Saifuddin, kenyataan Muhyiddin bahawa pihak di sebalik jenayah itu berhak berbuat demikian mencerminkan kedangkalan pemimpin nombor dua negara itu.

"Mengikut media arus perdana, Timbalan Perdana Menteri berkata masyarakat Felda bertindak demikian kerana menyampah dengan Anwar. Kejadian berlaku di kawasan mereka, dan itu hak mereka". Menggunakan logik yang sama, saya kira jika Muhyiddin datang ke Machang,dan kalau orang Machang menyampah dengan beliau, maka orang Machang boleh baling batu ke kereta TPM.

" Ini kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Mana ada TPM yang berkata begitu. Beza politik, bezalah. Kena ingat, dulu kita pun berkawan. Takkanlah benci dan meluat sampai begitu sekali, sehinggakan perkara salah pun dikata betul,"katanya.

Saifuddin berkata demikian semasa membahas titah Yang di-Pertuan Agong di Parlimen hari ini.

Beliau dipilih menggantikan slot Anwar yang digantung dari parlimen selama enam bulan kerana mendedahkan urusan Umno-BN dengan syarikat pro rejim Yahudi Apco Worldwide.

Dalam ucapannya, Saifuddin berkali-kali menyebut bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini terikat dengan sindrom penafian.

Pelbagai perkara yang berlaku di dalam negara ini cuba dinafikan oleh pemerintah termasuk insiden yang meragut nyawa pembantu kepada exco Selangor, Teoh Beng Hock, kematian dalam tahanan yang melibatkan seorang lelaki India, A.Kugan, kes penyelewengan dalam Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan banyak lagi.

Malah dalam isu kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia juga turut dinafikan oleh kerajaan.

"Memang kerja pembangkang guling kerajaan seperti mana di Selangor, Umno-BN asyik hendak menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat. Di Kedah, di Pulau Pinang, Kelantan, dan di Perak, mereka sudah rampas. Jadi ini kita lihat lebih kepada sindrom penafian. Ketika satu dunia mengucapkan tahniah atas kebangkitan rakyat Timur Tengah, pemimpin kita pula berhempas pulas meyakinkan rakyat bahawa di sana, tidak sama dengan di sini.

" Sebab itu juga saya mengajak rakan-rakan saya dalam Barisan Nasional untuk melihat secara jujur, ini bukan berkisar tentang pembangkang bercakap di luar negara, tapi ini soal persepsi yang terang di depan mata,"tambah beliau lagi.

Menurut Saifuddin, titah Tuanku Mizan semalam harus dijadikan panduan kepada kerajaan pada hari ini.

Di sebalik negara yang aman dengan ekonomi yang masih baik, Tuanku masih mengingatkan tentang pentingnya menjaga soal reputasi.

Hujah Saifuddin, kerajaan tidak seharusnya menyalahkan pembangkang apabila integiriti negara terus dipertikai dunia sehingga menyebabkan Perdana Menteri terpaksa melantik firma perunding, Apco Worldwide yang didakwa untuk menangkis serangan pembangkang.

Beliau juga turut mengingatkan kerajaan supaya menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat dengan jujur dan amanah.

"Saya mengajak rakan-rakan Barisan Nasional supaya tidak menyempitkan konsep bersyukur ini kepada bersyukur kepada kerajaan yang memerintah, tugas kita ialah sebagai khalifah, memakmurkan alam ini dan menguruskan alam ini dengan agama. Ekonomi bukan hanya tentang wang dan saham.

" Tetapi ia amat berkait dengan integriti dan reputasi. Kata pujangga 'losing money is bad, losing reputation mission is worse,"tambah Saifuddin.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: