Rabu, 9 Mac 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Kekecohan Di 'PRK Kerdau', Timbalan Pengerusi SPR Tidak Wajar Tuduh Provokasi Daripada PAS Sedangkan Hakikat Sebenar Adalah Sebaliknya !!

Posted: 09 Mar 2011 06:38 AM PST

Biar pun Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau telah berakhir hujung minggu lalu. Namun ada sesuatu yang perlu diperbetulkan sebenarnya. Ia berkaitan dengan kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang kononnya kesal dengan sikap penyokong parti politik yang mencetuskan provokasi hingga menyebabkan ketegangan di luar kawasan pusat mengundi. Baru-baru ini Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (foto) berkata tindakan berkenaan dikhuatiri akan menyebabkan pengundi berasa takut untuk keluar mengundi apabila melihat ketegangan yang dicetuskan penyokong parti yang kebanyakannya adalah orang luar. "Sudah menjadi perangai penyokong parti yang masih lagi degil dan tidak mahu mengikut arahan pihak SPR dan polis agar tidak berkumpul beramai-ramai di luar pusat mengundi. "Tindakan provokasi dan perang mulut ini sebenarnya boleh menakut-nakutkan pengundi untuk keluar mengundi," katanya. Beliau mengulas mengenai insiden pergaduhan kecil diluar pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau yang berlaku kira-kira pukul 8.55 pagi tadi. Pergaduhan berkenaan dipercayai berlaku akibat provokasi penyokong PAS yang memasuki kawasan penyokong Barisan Nasional (BN) yang hanya dipisahkan dengan sebatang jalan. Persoalannya, maklumat mana yang dirujuk oleh Wan Ahmad Omar tentang insiden ini?. Beliau sepatutnya memanggil kedua-dua belah sebelum mengeluarkan apa jua kenyataan. Bukan hanya mendengar pandangan sebelah pihak sahaja. Krew kami yang berada dilokasi mendedahkan apa yang berlaku sebenarnya pada pagi kejadian. Kekecohan berpunca daripada sikap seorang pemimpin UMNO Pahang yang juga Exco Kerajaan Negeri iaitu Dato' Sharkar Shamsuddin yang sengaja lalu di kawasan penyokong PAS pada pagi itu.


Inilah dia pemimpin UMNO yang dipercayai terlibat dalam insiden itu

Jika dia tidak lalu di kawasan penyokong PAS nescaya tiada kekecohan
Beliau dipercayai telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengguriskan hati penyokong PAS yang berada disitu. Kononnya jangan berlaku kurang ajar kerana beliau adalah orang situ. Difahamkan pemimpin terbabit yang juga merupakan ADUN Lanchang dipercayai cuba membuat provokasi terhadap penyokong PAS yang rata-rata anak muda dari luar. Sudah semestinya mereka tidak kenal siapa Dato' Sharkar itu sebenarnya. Maka timbulkan adengan yang tidak diingini berlaku pada hari kejadian. Maka dalam kes ini, siapakah yang cuba menjolok sarang tebuan sebenarnya dan siapa yang menimbulkan provokasi?. SPR jangan pandai menuding jari semata-mata dengan mangatakan penyokong PAS memasuki kawasan penyokong BN, sedangkan pemimpin BN itu sendiri yang sengaja memasuki kawasan PAS. Mungkin perkara ini dapat dielakkan jika beliau memberhentikan kenderaannya dan turun di kawasan yang menempatkan penyokong BN sendiri. Bukankah ini satu trick politik sebenarnya yang bertujuan untuk menjatuhkan imej parti PAS di mata rakyat sebenarnya!.

[Dalam keadaan masing-masing bersemangat ketika itu, maka sudah semestinya keadaan tidak dapat dielakkan berlaku. Malah, Dato' Sharkar sebagai seorang Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang dan Exco Kerajaan Negeri Pahang, tidak wajar bertindak membuat provokasi sebegitu rupa terhadap anak-anak muda. Beliau harus sedar kedudukannya sebelum mahu menunjukkan lagaknya kepada mereka. Masih kita ingat, adengan lucah yang dilakukan oleh MB Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto) di Pilihan Raya Kecil DUN Sanggang satu ketika dulu. Kini, tingkah laku yang sama dilakukan pula oleh timbalannya. Ini membuktikan sememangnya ada sesetengah pemimpin UMNO itu sendiri memang ingin menonjolkan kehebatannya tidak bertempat. SPR juga perlu pastikan mana-mana pemimpin agar tidak melalui kawasan penyokong parti lawan bagi tidak menimbulkan situasi yang tidak baik selepas ini. Bukan hanya menyalahkan kononnya penyokong PAS bertindak ganas tanpa merujuk perkara sebenar yang berlaku. Buatlah siasatan terperinci dengan memanggil saksi-saksi tertentu sebelum keluarkan kenyataan itu!].

Ketua 'Pembangkang', Datuk Seri Anwar Ibrahim Nafi Tuduhan Dan Sifatkan PM Mahathir Sebagai Pendusta Dan Pembohong Besar Dalam Bukunya

Posted: 09 Mar 2011 06:03 AM PST

KUALA LUMPUR [9 Mac] - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan kandungan buku Tun Dr Mahathir, A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyentuh dirinya dan menyifatkan bekas Perdana Menteri itu sebagai pendusta. Dalam emel yang dihantar kepada portal berita, Malaysia Insider, semalam, Anwar yang dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998 mendakwa Dr Mahathir mengalami hilang ingatan (amnesia) yang selektif. "Dr Mahathir pembohong besar, (dengan) amnesia yang selektif," kata Anwar bagi menjawab perkara yang ditulis Mahathir dalam buku berkenaan. Anwar berkata, dakwaan Dr Mahathir beliau dibekalkan dengan empat wanita untuk mengadakan hubungan seks pada 1998 bukan sesuatu yang baru dan secara konsisten sudah menjawab isu itu sebelum dipecat. "Saya telah menafikan dakwaan ini secara terbuka sejak 1997. Rujukan beliau kepada empat wanita, saya nafikan," katanya. Anwar berkata, beliau tidak mengulas dakwaan berhubung aktiviti homoseksual kerana dari segi konteks yang sebenar beliau sudah pun menafikan dakwaan berkaitan hubungan seks membabitkan empat wanita. "Dalam konteks berkenaan, saya tidak menyebut mengenai (dakwaan) liwat," katanya. Anwar berkata, keputusan Dr Mahathir untuk memecatnya bukan disebabkan isu moral, tetapi berhubung keputusannya supaya Price Waterhouse Coopers menyiasat penyelewengan Perwaja membabitkan Tan Sri Eric Chia.

[Sementara itu, isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, mendakwa Dr Mahathir sengaja melemparkan tuduhan liar terhadap Anwar untuk melariskan bukunya. "Percayalah, jika Anwar dibelit dengan isu moral, tidak mungkin Dr Mahathir menyimpan beliau selama 18 tahun dalam barisan penyokong politiknya. 'Berita' dan 'bukti' keterlanjuran Anwar, jika benar, sudah tentu sampai lebih awal kepada Dr Mahathir untuk diambil tindakan," kata beliau dalam laman blog peribadinya. Nampaknya Anwar juga perlu terbitkan pula bukunya selepas ini bagi menjawab apa yang telah didedahkan oleh Mahathir. Jika tidak sudah pasti rakyat akan terus keliru dengan apa yang telah digambarkan oleh bekas Perdana Menteri itu. Nampaknya, Mahathir masih berdendam dengan Anwar sampai bila-bila agaknya. Inilah senario yang berlaku sebenarnya].

Pesuruhjaya PAS Sarawak Sanggup Jadi Calon Di DUN Sadong Kirannya Barisan Nasional Memilih Anak Ketua Menteri Sarawak Bertanding Di Situ !

Posted: 09 Mar 2011 05:23 AM PST

KUCHING [9 Mac] - Pembangkang akan meletakkan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid (foto) sebagai calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sadong Jaya, sekiranya Barisan Nasional (BN) memilih anak kedua Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, sebagai calonnya. Adam, 61, bekas Setiausaha Sulit Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Wahab Suhaili dari Barisan Nasional (BN), antara 1990 hingga 1995, mengesahkan beliau akan bertanding di kawasan berkenaan pada pilihan raya negeri akan datang. "Saya sedia menentang siapa saja dan memang bagus sekiranya BN mahu meletakkan Datuk Seri Mahmud (Abu Bekir) sebagai calonnya di DUN Sadong Jaya. Soal menang atau kalah itu adalah urusan Allah. "Memang kami mengetahui BN akan meletakkan calon baru di DUN Sadong Jaya tetapi saya tidak menjangkakan Datuk Seri Mahmud kerana beliau lebih terkenal sebagai ahli perniagaan," katanya semalam. Kelmarin, Ketua Kampung Semera Hilir, Ain Mahli, bersama ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dari kawasan itu hadir di Ibu Pejabat PBB, Jalan Bako di sini, bagi menyerahkan memorandum memohon Mahmud Taib menjadi calon mereka di kerusi Dewan Undangan Negeri Sadong Jaya.

[Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2006, BN melalui Wan Abdul Wahab memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 858 undi, selepas menewaskan calon PKR, Piee Ling, namun Wan Abdul Wahab mengumumkan akan berundur pada November lalu. Mengulas mengenai permohonan PAS bagi bertanding di enam kerusi DUN, Adam mengakui berlaku pertindihan kawasan antara parti terbabit dan parti pembangkang lain berikutan mereka turut berminat meletakkan calon di kawasan sama. "Kita bercadang untuk meletakkan calon di DUN Beting Maro, Sebangan, Sadong Jaya, Tupong, Senadin dan Jepak, namun PKR dan DAP turut berminat untuk bertanding di dua dari enam kawasan berkenaan," katanya lagi].

Mahathir Sifatkan Buku Memoir Terbarunya Itu Membuktikan Bahawa Beliau Bukanlah Seorang Diktator Seperti Yang Di Gambarkan Selama Ini !

Posted: 09 Mar 2011 04:34 AM PST

KUALA LUMPUR [9 Mac] - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (foto) mengharapkan buku "A Doctor In The House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad" yang ditulisnya sejak lapan tahun lalu dapat membuktikan kepada orang ramai yang beliau bukan diktator seperti digambarkan pengkritiknya. Menyifatkan buku pengkisahan hidup ketika memimpin negara itu adalah pandangan beliau mengenai Malaysia dan dirinya, bekas Perdana Menteri berkata, selama 22 tahun menerajui negara, pelbagai kritikan dilemparkan termasuk melabelkannya sebagai pemerintah kuku besi. "Melalui memoir ini saya cuba buktikan yang saya bukan diktator, tetapi sudah tentu ia tidak boleh meyakinkan semua pihak," katanya pada majlis pelancaran buku itu, di Midvalley Megamall semalam. Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab terbuka dengan wakil media dan orang ramai yang menyaksikan Dr Mahathir menjawab soalan dalam gaya yang bersahaja tetapi sinis. Kepada soalan mengenai pemilihan tajuk, Dr Mahathir berkata beliau terfikir untuk menggunakan tajuk seperti Mahathir the Napolean atau Mahathir the Great sebelum memilih tajuknya. "Saya patut digambarkan sebagai doktor kerana itu adalah saya," katanya menyifatkan mentadbir negara juga ibarat doktor yang menjaga pesakitnya. Mahathir berkata, buku itu itu mengambil masa lama disiapkan kerana tidak mahu ia menjadi sebuah memoir yang hanya tertumpu kepada dirinya sehingga menyebabkan pembaca bosan selain faktor dirinya yang tidak menaip tetapi menulis tangan sehingga menyebabkan proses menyiapkan draf mengambil masa. Beliau juga menyifatkan penulisan memoir itu seperti menyiapkan versi baru buku kontroversi Malay Dilema yang ditulis pada tahun 1970. Menjawab soalan seorang peminatnya dari India mengenai mesej penulisan kepada dunia, beliau berkata 'orang biasa' sepertinya mampu melakukan apa saja dengan syarat tidak berputus asa dan terus bangun walaupun terjatuh. Beliau yang turut menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'individu yang penuh cabaran' yang sanggup mencabar sesiapa saja bagi memastikannya harapan dia dapat menawan Putrajaya.

[Mahathir kini boleh berbuat apa saja biar pun beliau sudah tidak bergelar Perdana Menteri Malaysia. Ini kerana legasi pemerintahan beliau kini disambung pula oleh PM Najib Razak. Bukti jelas apabila Najib menolak menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin menyertai kabinetnya. Dalam masa yang sama beliau melantik anak Mahathir, Mukriz ke jawatan penting dalam kabinet beliau. Sedangkan dia tahu Khairy adalah Ketua Pemuda UMNO yang menang ke atas Mukriz. Bahkan sudah menjadi tradisi pemimpin sayap parti itu akan dilantik ke jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan. Anehnya pula, Timbalan Ketua Pemuda UMNO dilantik pula ke jawatan dalam kabinet. Ini jelas untuk memalukan Khairy sebenarnya. Maka itulah, kita tidak hairan kini Mahathir selesa melakukan apa saja, dan media begitu rakus membuat liputan setiap aktiviti beliau. Seolah-olah dia kembali berada di puncak kuasa biar pun sudah bersara].

Posted: 09 Mar 2011 03:02 AM PST


Terkini: Bicara Liwat, Doktor Forensik Mendakwa Saiful Bukhari Turut Mengadu Dadanya Telah Di Ramas Anwar Sebelum Insiden Tersebut Berlaku

Posted: 08 Mar 2011 08:53 PM PST

KUALA LUMPUR [9 Mac] - Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu seorang doktor patologi forensik bahawa terdapat cubaan seks oral tetapi dia menolak untuk melakukannya. Dalam kejadian yang berlaku pada 26 Jun 2008 selama 30 minit itu, bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang berkenaan juga mendakwa dadanya telah diramas. Bekas pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang kini bertugas di Hospital Sungai Buloh, Dr. Razuin Rahimi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, perkara tersebut dimaklumkan kepadanya semasa beliau mengambil latar belakang kejadian daripada Mohd. Saiful Bukhari. Selain Razuin, pihak pendakwaan turut mendengar keterangan daripada Ketua Rekod Bahagian Pendaftaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan, Ahmad Jumadi Awang dan Ketua Staf kepada Anwar, Ibrahim Yakob. Perbicaraan bersambung esok dengan keterangan daripada pegawai penyiasat, Supritendan Judy Pereira.

[Perkembangan terakhir yang berlaku sekarang ini menambahkan lagi kecelaruan kepada kes liwat II yang sedang dihadapi oleh Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari ini. Semoga kes ini dapat ditangani secara dengan lebih berkesan lagi hendaknya. Rakyat sudah tidak sabar dan ternanti-nanti apakah kesudahannya kes yang cukup kontroversi ini. Semoga, segala keputusan yang akan dibuat oleh mahkamah nanti dapat diterima oleh semua pihak hendaknya. Jalan kebenaran yang dicari nampaknya masih tidak ditemui. Apakah kita harus menunggu lagi untuk lihat lebih banyak lagi adengan yang cukup mengejutkan berlaku selepas ini hendaknya].

Kerana Mahu Bawa 'Perubahan' Buat Mahasiswa, Akhirnya Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Pula Di Desak 'Letak Jawatan' Oleh Blogger Pro UMNO !

Posted: 08 Mar 2011 07:48 PM PST

Gara-gara tindakan beliau yang lebih terbuka dalam isu kebebesan untuk mahasiswa, kini Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah (foto), pula dikritik dan diserang oleh blogger dan penyokong UMNO BN. Bagi mereka, tindakan Ahli Parlimen Temerloh yang mahu memberi ruang kepada mahasiswa untuk menentukan pendirian masing-masing semasa di kampus membuktikan Saifuddin telah terikut-ikut dengan "budaya pembangkang". Kononnya saranan Saifuddin agar kerajaan tidak melabel-labelkan mahasiswa kepada kumpulan tertentu menunjukkan yang menteri terbabit sebenarnya "tali barut pembangkang" dalam kerajaan. Lantaran itulah pihak terbabit sanggup membuat laman sembang sosial "Facebook Khas" untuk mendesak agar Saifuddin meletakkan jawatan beliau. Soalnya sekarang, apakah dosa dan kesalahan menteri terbabit hingga menyebabkan pihak terbabit bertindak demikian. Dek kerana perasaan marah apabila Saifuddin sering membela dan mempertahankan hak serta kebebasan mahasiswa, maka beliau akhirnya ditekan sebegitu rupa. Sedangkan apa yang mahu dilaksanakan oleh Saifuddin itu adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh golongan mahasiswa. Mereka mahu diberi ruang sebebasnya untuk menentukan pilihan masing-masing. Tindakan kerajaan melabelkan mereka sebagai "pro-aspirasi" dan "pro-mahasiswa" jelas sekali tidak wajar sebenarnya. Ini kerana, ia jelas sekali menyebabkan golongan mahasiswa itu sendiri berpecah dua.


Inilah dia Facebook yang dibina untuk desak Saifuddin letak jawatan
[Kerajaan seolah-olah mahu "kepala otak" mahasiswa hanya menyokong ke "satu arah" iaitu "pro-aspirasi" semata-mata. Mereka takut, mahasiswa menjadi pemimpin pembangkang satu hari nanti. Lantaran itulah dilabelkan "pro-mahasiswa" yang kononnya menyokong pembangkang. Elok benarlah tindakan Saifuddin Abdullah mahu mengkaji dan menhapuskan tanggapan ini. Sesungguhnya Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) itu dikaji semula, kerana jelas ia mengongkong mahasiswa untuk menyatakan pendirian secara bebas sebenarnya. Oleh itu kami amat menyokong tindakan Saifuddin dan berharap agar beliau dapat bawa agenda perubahan untuk kembalikan kegemilangan mahasiswa].

Tiada ulasan: