Khamis, 3 Mac 2011

SharpShooter

SharpShooter


Peniaga Taman Pelangi lega

Posted: 02 Mar 2011 03:03 PM PST

JURU – Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) mendesak Kerajaan Negeri dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) supaya menyediakan kemudahan tapak kepada peniaga di Taman Pelangi sebelum tindakan roboh dikenakan.Ketuanya, Amir Mohd Ghazali berkata, ia bagi memastikan tiada lagi kesulitan berlaku pada masa akan datang ketika MPSP menjalankan operasi penguatkuasaan, sepertimana yang berlaku hari ini.

Menurutnya, kedua-dua pihak perlu melihat dari pelbagai sudut terutama aspek kemanusiaan sebelum membangunkan sesebuah kawasan, sebagai contoh, Auto City yang dirancang dengan baik.

"Masalah timbul hari ini apabila tapak perniagaan yang disediakan terhad kerana ia tidak dirancang dengan baik ketika kawasan perumahan ini dibangunkan dahulu. Pertambahan jumlah peniaga setiap hari menyebabkan mereka mengambil jalan dengan membina stuktur yang tidak sah dan apabila tindakan diambil, mereka tiada tempat lagi untuk berniaga.

"Jika PDC menyediakan tempat secukupnya sejak awal lagi, masalah ini pasti tidak akan timbul dan MPSP juga dapat menjalankan tindakan dengan mudah dan berkesan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan surat kelulusan tapak sementara kepada lapan daripada 18 peniaga yang terlibat dengan operasi roboh oleh MPSP, 7 Februari lalu.

Turut diserahkan pada petang itu adalah dua buah khemah sumbangan peribadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah, Ong Chin Wen yang diwakili pembantu khasnya, Amizudin Ahmat.

Amir dalam pada itu berkata, tapak yang diluluskan MPSP di kawasan taman permainan itu hanyalah tapak sementara dan keutamaan diberikan kepada peniaga makanan dan minuman sahaja. Manakala, tapak bagi 10 peniaga lain akan diberikan kemudian.

Katanya, pihaknya kini dalam proses perbincangan dengan PDC bagi mendapatkan kelulusan untuk menempatkan peniaga di satu kawasan terbiar berhampiran jalan masuk ke taman perumahan itu.

Jelasnya, tapak di situ dilihat sesuai kerana ia tidak pernah dibangunkan sejak 18 tahun lalu dan berharap PDC dapat meluluskannya untuk dijadikan tapak kekal agar peniaga dapat menjalankan perniagaan mereka secara sah.

"Operasi penguatkuasaan akan tetap dijalankan selepas ini. Justeru, saya berharap mereka yang mendapat notis supaya mengambil tindakan sendiri sebelum MPSP datang merobohkan premis bagi mengelakkan sebarang kesukaran pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pengerusi Penaja Persatuan Peniaga Kecil (PPK) Taman Pelangi, Abdul Kadir Mohamad yang mewakili peniaga mengucapkan berterima kasih kepada MPSP kerana memberi kelulusan dan kebenaran meneruskan perniagaan di tapak gerai sementara di kawasan padang itu.

Katanya, dengan adanya tapak sementara itu mereka dapat kembali meneruskan perniagaan yang sebelum ini terjejas selepas gerai dirobohkan - Azila - Sinar Harian


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tiada ulasan: