Khamis, 3 Mac 2011

Era Pasca

Era Pasca


PANAS : SYURGA DIBAWAH TAPAK NIK AZIZ!!!

Posted: 03 Mar 2011 03:01 AM PST

Entri dibawah diambil dari blog penyokong UMNGOK.(Kalau dia tak padam lagi la..)

PANAS : SYURGA DIBAWAH TAPAK NIK AZIZ!!!

Dalam banyak-banyak makhluk tuhan, inilah manusia yang paling gagal dijadikan Allah...mancari jalan pintas untuk masuk syurga. Aapa dia ingat dengan berjumpa dengan Nik Aziz dan tolong Nik Aziz bekempen dalam pilihan raya dapat tiket masuk syurga. Ingatkan dah jumpa turning point.....rupa-rupanya salah jumpa simpang rupanya...

"Saya bukan nak berpolitik dan saya bukannya pandai dalam politik pun.." kepala hotak lu la...cakap pandai...habis tu datang pilihanraya ni bagi ceramah sana-sini mengumpat, mengata bukan politik lagi...berapa banyak agak bayaran kepada Bob Lokman kepada untuk berceramah...

Rasa pelik juga tengok tiba-tiba Bob Lokman bertongkat, sejak bila pula dia bertongkat, adakah selepas berguru dengan Nik Aziz baru Bob Lokman bertongkat?? Agak-agaknya kalau tiru Nik Aziz pakai tongkat ni dapat pahala dan masuk syurga kot.

Sudah-sudah la tu...dulu dapat saham pasal melalaikan dan melekakan orang, sekarang ni nak cari saham tipu orang pula..Kalau rasa diri tu dah banyak menyimpang, jangan la pula nak tarik orang lain join sama...bawak-bawak la sedar bahawa politik tu bukan Islam. Perjuangan PAS sekarang ni pun bukannya nak menubuhkan negara Islam.

Dulu Isabella sekarang sejak-sejak jumpa Tok Guru isapBESTla...sudah tukar kaa...kalaulah betul-betul Bob Lokman ni insaf dan nak berjuang kerana Allah..haramkan semua lagu diciptanya dari dinyanyikan oleh artis, di karaoke dan diputarkan di corong-corong radio kerana ini akan menyebabkan orang lalai dan la'gho apabila mendengarnya...haram makan duit royalti tu...TAKEBEER!!! - Dari blogger UMNGOK


BLOGGER UMNO TAK MENGAJI ATAU MEMANG SUKA MENGEJI?

Bertongkat adalah sunnah Rasulullah s.a.w. 

Kata Ibnu 'Abbas r.a. :
Bermula bertongkat itu drp perangai Anbiyaa` (Nabi-nabi) dan adalah Nabi saw bertongkat ia dan menyuruh ia dgn dia. [Maksudnya : Disamping Baginda saw sendiri bertongkat, beliau saw pun menyuruh orang lain supaya mamakai tongkat.]

Sabda Rasulullah s.a.w..
"Sesiapa yg menghidupkan sunnahku maka sesungguhnya dia telah menyintai akan daku,dan sesiapa yg menyintai akan daku adalah ia bersamaku di syurga,"

Note: Tak tahu nak kata macam mana. Mungkin boleh dikatakan kurang ajar atau ulama umno memang tak pernah ajar penyokong umno ni. Inilah muka-muka manusia yang sering menjauhkan diri dari islam. Bila orang mengikut sunnah dicercanya macam-macam. Tanpa mahu sedar akan kebodohan diri sendiri. Yang mereka terlupa adalah mereka sedang menghina sunnah Rasulullah s.a.w. Entah bernabikan apa la agaknya penyokong umno ni sehingga sebegini berani dia menghina sunnah Rasulullah s.a.w.

Note: Tengok ayat budak umno ni... "Agak-agaknya kalau tiru Nik Aziz pakai tongkat ni dapat pahala dan masuk syurga kot". Kah..kah..kah.. Oooo pakai tongkat tu tiru nik aziz rupanya... Kah..kah..kah..kah.. Apa nak dikata.. Pemimpin umno pun bukan mengaji agama.. inikan pula penyokongnya... Kalau pakai tongkat tiru nik aziz, tak pakai pakai tudung tu kira tiru rosmah la kan.. Tak ajar bini tutup aurat tu kira tiru najib la kan.. Agak-agaknya masuk syurga jugak ke... Kah..kah..kah..kah..

Ka'ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae'i dan Hakim.



Hantar Suara Anda untuk mendesak NAJIB menarik balik tuduhan kepada YUSUF AL-QARADAWI (klik button like) & share pada rakan

PANDANGAN ULAMAK DUNIA dan MALAYSIA TERHADAP YUSOF QARADAWI! << WAJIB BACA!! >>

Posted: 02 Mar 2011 05:15 PM PST

  1. Muhammad Al-Ghazali mengatakan, "Yusuf Al-Qaradawi merupakan seorang yang mengabungkan antara fiqih teori dengan realitas. Dahulu beliau merupakan murid dan saya merupakan gurunya tetapi sekarang beliau merupakan guru dan saya menjadi muridnya pula."
  2. Abul Hassan An-Nadwi menyifatkan Al-Qaradawi sebagai seorang yang benar-benar sebagai alim, ulama serta pendidik yang terkemuka. Menurut An-Nadwi, Al-Qaradawi merupakan ulama lulusan Al-Azhar yang bergiat dalam bidang dakwah dengan menggabungkan aspek kefahaman Islam yang benar dengan realitas dunia sekarang. Beliau menggabungkan ciri-ciri dakwah dan manhaj Hasan Al-Banna dengan akademik yang diperolehi di Al-Azhar. Beliau mengabungkan ciri-ciri tradisi dan modern yang merupakan sebaik-baik manhaj."
  3. Mustafa Az-Zarqa' menyebutkan Al-Qaradawi sebagai seorang tokoh masa kini yang merupakan anugerah ilahi kepada umat Islam sekarang. Beliau menambahkan bahwa ada empat orang ulama yang merupakan anugerah Allah kepada umat Islam pada zaman kini yaitu Syeikh Ali Tantawi, Abu Hassan Ali An-Nadwi, Muhammad Al-Ghazali dan Yusuf Al-Qaradawi. Menurutnya lagi, buku Fiqih Awalawiyat karya Al-Qaradawi adalah buku yang terbaik dan bernilai dalam menjelaskan keutamaan dalam Islam yang sangat diperlukan oleh umat Islam sekarang.
  4. Tariq Basri menyebutkan bahwa kita sekarang berada dalam zaman Al-Ghazali dan Al-Qaradawi.
  5. Taha Jabir Al-Alwani, Pengerusi Institut Pemikiran Islam Antarbangsa menyatakan Al-Qaradawi seorang ahli fiqih yang bercirikan da''i dan da''i yang bercirikan ahli fiqih.
  6. Muhammad Fathi Utsman, seorang pemikir Islam menyebutkan Al-Qaradawi seorang fuqaha dan da''i yang terkemuka yang berinteraksi dengan realitas kehidupan.
  7. Ahmad Ar-Risuni, Ketua Persatuan Tauhid dan Tajdid di Maroko mengatakan bahwa Al-Qaradawi adalah seorang ahli fiqih yang yang memahami tujuan-tujuan syariat.
  8. Adil Husain, seorang penulis Islam Mesir mengatakan Al-Qaradawi sebagai seorang ahli fiqih yang beraliran sederhana dalam zaman kini.
  9. Husain Ahmad Qadhi, Ketua Jamiah Islamiah, Pakistan menyebutkan bahwa ketika Al-Maududi meninggal dunia, ribuan orang telah menshalatkan jenazahnya. Kami bermusyawarah untuk memilih sipakah yang layak untuk menjadi imam solat jenazah tersebut. Lalu kami memilih Yusuf Al-Qaradawi. Peristiwa tersebut mengambarkan penghormatan kami terhadap beliau.
  10. NAJIB TUN RAZAK ulamak paling tersohor seantero dunia yang mempunyai isteri solehah kata Yusuf Qaradawi bukan terorist tapi kalau nak bertanding pilihan raya tinggalkan fahaman terorist..
Hebat tak ULAMAK TERSOHOR NO. 10 tu punya pandangan... Korang rasa ULAMAK yang mana yang menipu...? Atau korang pun macam ustat nor derih? ada Kashaf?

Hantar Suara Anda untuk mendesak NAJIB menarik balik tuduhan kepada YUSUF AL-QARADAWI (klik button like) & share pada rakan

ALI RUSTAM KUTUK SPR PASAI TAK RETI WAT KEJE... kahkakhah

Posted: 02 Mar 2011 07:45 AM PST

kahkahkah SPR tu kan geng BN awat nak marah pengundi ilang? atau ang nak tuduh PAS ilangkan pengundi? kahkahkah

Ini pangai maca KJ dulu.. depa tuduh PAS bawak pengundi hantu... padahal BN yang bawak.. kahkahkah

SAH!! UMNO NIH TAK AKAN BERUBAH!!

Posted: 02 Mar 2011 06:06 AM PST

Kalau kamu undi PAS, semua peruntukan kami tarik balik. Ugut-mengugut dah jadi darah daging pemimpin Umno-BN. Duit peruntukan yang memang sepatutnya rakyat dapat, depa duk jadikan umpan ugutan. Depa ingat duit tu, bapak depa punya kot.

Dah tak tahu dah bagaimana cara nak bagi rakyat jauhi PAS, ugutan lah jadi senjata utama pemimpin dan barua Umno-BN dalam pilihanraya kecil Merlimau sekarang ini.

Kerana terlampau takut sangat dengan kekalahan. Maklum sajalah, Melaka Ali Rustam anggap kubu kuat yang belum ditembusi pengaruh Pakatan Rakyat (PR). Jadi walau apa usaha sekali pun, tak kira kotor atau tidak, pasti depa akan gunakan. Yang penting, kuasa mereka kekal.

Kalau di Kerdau depa gunakan tenaga pakar dari Amerika untuk rancang strategi hadapi PAS. Hebat betul PAS, sehinggakan Umno-BN terpaksa guna tenaga dari Amerika untuk hadapi PAS. Barua-barua Umno-BN yang duk Malaysia semuanya bodoh-bodoh belaka. Bukan aku yang kata, tapi YB Umno yang duk bawak pakar Amerika datang ke Kerdau yang iktiraf.

Tapi di Merlimau, Umno-BN guna cara ugutan.

Malaysian Insider melaporkan, Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, pihaknya mendapat aduan daripada pengundi bahawa Umno mula menggunakan pendekatan 'mengugut' sejak semalam.

Tambah beliau, ia dibuat melalui kempen rumah ke rumah dan juga dalam ceramah-ceramah yang dianjurkan BN.
"Ada pihak tertentu dari Umno yang ugut pengundi supaya tak undi PAS, mereka cakap kalau undi PAS semua peruntukan akan ditarik balik." 
"Itu adalah satu ugutan cara jahat supaya orang undi Umno, wang peruntukan itu duit rakyat kenapa mesti nak tarik?," katanya pada sidang media di Markas PAS di Jasin.
Halim yang juga Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya PAS Merlimau berkata, pengundi di DUN Merlimau perlu membuat perubahan dengan memilih calon PAS Yuhaizat Abdullah.

Tegas Halim, BN masih mengamalkan pendekatan "mengugut" kerana terdesak untuk mendapatkan sokongan pengundi di Merlimau yang majoritinya orang Melayu.

BN gunakan kempen rumah ke rumah, ada pihak tertentu dari Umno ugut penduduk dan kita jangka ini akan berterusan sampai hari pengundian.

BN masih main kotor, pilihan raya kecil tidak ubah (kerajaan negeri) Melaka, kalau PAS memang kerajaan (negeri) tak jatuh," katanya

UMNO IS DEAD MAN!!

Tiada ulasan: