shalehudin |
- April Fool tu menipu
- Malek Noor rebah main bola
- Kacau Anwar, siasat Anwar, tangkap Anwar... hihi...
- Kahkahkah... ni berita lawak...
- Video: Awat kamera elak fokus muka... kahkahkah...
- Baca sudah, jangan komen... depa tu ketua agama...
- Asri masuk PAS lah senang... hihi...
- Sepakat yer... kita tunggu Pilihanraya nanti... kahkahkah...
Posted: 31 Mar 2011 10:00 AM PDT Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim] Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: "Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya." [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai'e] Rasulullah SAW juga bersabda: "Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran". [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda: "Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim." [HR Abu Daud] Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab : 1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah. 2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam. 3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan. 4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan. Sheikh Atiyyah Saqr pula menyatakan : Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan. Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan darurat. Di dalam kes tersebut, kaedah "darurat menjadikan yang haram harus" digunakan. Darurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut. Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah SAW bersabda: "Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu." [HR al-Bukhari dan Muslim]. Ummu Kalsum binti 'Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, "Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi iaitu ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri." Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan. Sheikh Shalih Fauzan menyatakan : Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari April Fool, mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka." Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur. www.solihinzubir.com |
Posted: 31 Mar 2011 09:30 AM PDT Tentu ramai yang masih ingat dengan Malek Noor kan? Ya la, bekas jagoan bina badan negara la katakan... Tapi terkini berita yang agak mengejutkan bilamana aku terbaca si Malek Noor ni jatuh diserang sakit jantung ketika bermain bola. Dia dikejarkan ke sebuah hospital swasta selepas diserang sakit jantung ketika menyertai perlawanan bola sepak di antara pasukan Menteri Besar Perak dan pasukan Pilihan Veteran Kebangsaan di Stadium Perak, malam tadi. Ooo... kiranya si Malek ni penyokong BN jugak laa... haha... tak pa la kan, pendirian politik tu memasing punya hak. Si Malek Noor ni yang menjadi penjaga gol bagi pasukan Pilihan Veteran Kebangsaan dikatakan memegang tiang gol ketika kejadian berlaku dan diberi bantuan kecemasan sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan. Pihak hospital yang dihubungi sebentar tadi mengesahkan keadaan Malek stabil dan sedang berehat. |
Kacau Anwar, siasat Anwar, tangkap Anwar... hihi... Posted: 31 Mar 2011 06:15 AM PDT Oppsss... sori, aku cari gambaq Anwar tadi nih... hihi... Pada 30 Mac 2011, pihak polis telah mengemukakan satu notis di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah ke atas Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim. Notis tersebut mengarahkan beliau untuk hadir ke Pejabat Polis Daerah Ampang untuk disoalsiasat polis berkaitan ceramah yang beliau sampaikan pada hari Jumaat, 25 Mac 2011 di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak. Polis,secara salah telah mengacau-ganggu ceramah sebaik saja Anwar memulakan ceramah, melakukan tangkapan tidak sah dan mengasari Ahli Parlimen Gombak yang juga Timbalan Presiden KEADILAN, YB Azmin Ali. Penyiasatan terbaru ke atas Anwar ini di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967. Kedua akta zalim dan bercanggah dengan perlembagaan ini, lazimnya digunapakai oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menghalang kebebasan bersuara dan berhimpun. Kami memerhatikan BN secara terus menerus bertindak di luar batas moral dan undang-undang untuk merendahtarafkan keluhuran undang-undang dan menjadikan negara ini sebagai negara polis. Jelas terbukti, BN sedang bersedia untuk menggunakan apa jua kaedah-kaedah yang jelek dan berniat jahat untuk mengukuhkan cengkaman mereka ke atas negara untuk kekal berkuasa. Di dalam sistem demokrasi berparlimen, adalah merupakan satu hak yang sah dalam konteks perlembagaan mengenai peranan Ketua Pembangkang untuk membuat kritikan dan menyediakan peranan 'semak dan imbang' ke atas semua tindakan dan dasar kerajaan. Menyalahguna dan memanipulasi kuasa untuk mensasar,mencabul dan menakuti Ketua Pembangkang lebih bersifat satu bentuk serangan ke atas sistem demokrasi kita. Penyiasatan terbaru ke atas Anwar ini jelas bermotifkan politik, berniat jahat dan satu bentuk penyelewengan kuasa polis yang terang dan jelas. Kami mendesak agar siasatan tidak berasas ini dihentikan pada kadar segera dan semua yang bertanggungjawab menginstitusikan penyelewengan ini dihadapkan ke muka pengadilan, tanpa mengira setinggi mana kedudukan ataupun kuasa mereka. Kami juga mendesak agar sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bertujuan untuk menyiasat penyalahgunaan dan penyelewengan Barisan Nasional atas pihak polis dan kuasa pendakwaan dalam menyerang, memalukan, menjatuhkan hukuman dan memenjarakan politisi pembangkang, aktiviti masyarakat, dan pihak-pihak yang kritis ke atas pemerintah. N SURENDRAN NAIB PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT |
Kahkahkah... ni berita lawak... Posted: 31 Mar 2011 04:31 AM PDT 'Pegawai SPRM tonton pornografi selepas soal Teoh' Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan memuat turun dan menonton pornografi pada komputer milik pejabat selepas sejam menyoal-siasat Teoh Beng Hock. Perkara ini didedahkan oleh pengerusi Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh, Tan Sri James Foong hari ini.- Seterusnya di Malaysiakini |
Video: Awat kamera elak fokus muka... kahkahkah... Posted: 31 Mar 2011 01:00 AM PDT |
Baca sudah, jangan komen... depa tu ketua agama... Posted: 31 Mar 2011 12:00 AM PDT Elia Suhana Sah Isteri Sultan Ismail Petra KOTA BARU: Cik Puan Elia Suhana Ahmad disahkan kekal sebagai isteri kedua bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra, setelah Mahkamah Rayuan Syariah di sini, Rabu menolak rayuan permohonan pengesahan lafaz cerai terhadap beliau. Panel Hakim Mahkamah Syariah yang dipengerusikan Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri, Datuk Daud Muhammad, serta Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Dr Johari Mat dan Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria, membuat keputusan itu setelah perayu, Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman, tidak hadir ke mahkamah, Rabu. Panel hakim itu juga menolak rayuan kes itu disebabkan peguam Nik Rorhana, Zainul Rijal Abu Bakar telah menarik diri daripada kes itu tiga hari lepas dan penarikan itu dimaklumkan kepada pihak mahkamah melalui sepucuk surat. Daud berkata penolakan rayuan permohonan pengesahan lafaz cerai diputuskan mengikut Seksyen 121 (C) Enakmen Tatacara Syariah 2002. Pada 5 Dis tahun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini menolak permohonan pengesahan lafaz cerai Sultan Ismail Petra terhadap Elia Suhana, 32, yang difailkan oleh Nik Rorhana pada 9 Mac tahun lepas. Dua minggu selepas itu, Elia Suhana melalui peguam syarie yang mewakilinya, Fakhrul Azman Abu Hassan, mengemukakan permohonan untuk membatalkan permohonan pengesahan lafaz cerai oleh Sultan Ismail Petra terhadapnya yang difailkan oleh Nik Rorhana. Sultan Ismail Petra, yang ketika itu masih Sultan Kelantan, didakwa menjatuhkan talak tiga terhadap Elia Suhana pada 12 Feb tahun lepas di hadapan beberapa orang saksi ketika dirawat di Hospital Mount Elizabeth di Singapura. Ketika ditemui di luar mahkamah, Elia Suhana berkata beliau gembira dan bersyukur dengan keputusan mahkamah berkenaan serta menganggapnya sebagai satu hadiah buat suaminya sempena hari keputeraan baginda esok. "Saya amat gembira, sekarang ini saya boleh tumpukan kes tuntutan hak lawatan ke atas suami saya," katanya. Pada 4 Feb tahun lepas, Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan Elia Suhana melawat Sultan Ismail Petra tetapi pihak Istana Mahkota di Kubang Kerian menghalang beliau daripada bertemu suaminya dan kes itu tertangguh berikutan permohonan pengesahan lafaz cerai berkenaan yang dibuat oleh pihak ketiga, iaitu Nik Rorhana. - BERNAMA |
Asri masuk PAS lah senang... hihi... Posted: 30 Mar 2011 07:00 PM PDT Situasi politik semasa yang begitu meloyakan tekak sekali lagi meletakkan mantan mufti Perlis, Dr Asri jauh ke depan berbanding dengan rakan rakan ulama yang lain terutama dalam menegakkan apa yang patutnya ditegakkan. Beliau dilihat begitu konsisten dengan isu ini malah menyeru rakan rakan mufti yang lain yang masih selesa menghirup gaji sebagai mufti negeri negeri wajar bersuara menyatakan pendirian masing masing terhadap politik selak kain yang sedang bermaharajalela sekarang nih. Menurut Dr Asri, para mufti wajar menyatakan pendirian mereka berhubung isu "politik selak kain" susulan tayangan video seks seorang lelaki yang didakwa mirip ketua umum PKR, sdr Anwar Ibrahim. Ini bagi menghindarkan politik sebegini akan terus mendominasi perjalanan politik negara. Kita bercakap tentang prinsip. Apa nak jadi, kalau ahli politik bercakap mengenai melondeh kain orang. Apa yang rakyat dapat. Bahkan prinsip Islam pun menentang perkara-perkara seperti ini. Jadi para mufti perlu berkata sesuatu mengenai perkara ini. Ketegasan Dr Asri memang menarik minat ramai malah majoriti rakyat juga bagai tidak sabar hendak mengetahui pendirian politik Dr Asri. Bagaimana sekiranya kita cadangkan agar Dr Asri mohon untuk menyertai perjuangan PAS dalam menegakkan yang haq dalam negara tercinta ini bersama sama jemaah PAS yang lain... haha... |
Sepakat yer... kita tunggu Pilihanraya nanti... kahkahkah... Posted: 30 Mar 2011 04:00 PM PDT Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (enam dari kiri) bergandingan tangan tanda sepakat dengan para pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) dari kiri Presiden SPDP Datuk Seri William Mawan (lima kiri), Presiden PBB Tan Sri Abdul Taib Mahmud (tengah), Presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan (empat kanan) dan Presiden PRS Datuk Seri James Jemus Masing (kanan) selepas mengadakan perbincangan mengenai senarai calon-calon pada Pilihan Raya Negeri Sarawak di sini hari ini. SPR menetapkan 6 April sebagai tarikh penamaan calon dan 16 April sebagai tarikh pembuangan undi untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 - Foto BERNAMA |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan