Khamis, 31 Mac 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


seekor musang dalam Yayasan Selangor....!!!!

Posted: 31 Mar 2011 07:07 AM PDT



Sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka Pasukan Risikan Pakatan Rakyat Selangor mendakwa bahawa mantan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Yayasan Selangor, Mohd Saifulruddin Sulaiman merupakan musuh dalam selimut kepada pentadbiran Yayasan Selangor.

Pasukan tersebut mendapat maklumat bahawa Saifulruddin mempunyai hubungan rapat dengan mantan pemimpin Barisan Nasional yang tidak dinamakan.

Justeru itu, mereka mendakwa Saifulruddin telah memulakan kontroversi sambutan hari ulangtahun Yayasan Selangor ke-40 pada 15 September 2010.

"Antara tuduhan yang dilemparkan terhadap Mohd Saifulruddin ialah beliau telah mengusulkan sambutan besar-besaran diadakan dengan belanjawan bernilai RM300,000.

Rancangan penerbitan buku peringatan sebelum ini telah ditolak.

"Anggaran mengendalikan acara sambutan rasmi ialah RM 285,000. Sebanyak RM 91,000 dibayar untuk mendirikan tiga set khemah "marquee".

Bayaran tambahan sebanyak RM 93,982.40 dibayar kepada Drift Z Enterprise untuk penambahan khemah "marque" bernilai RM 30,412.80," kata wakil kumpulan Pasukan Risikan Pakatan Rakyat dalam satu e-mel yang dihantar kepada FMT hari ini.

"Kontrak menyediakan pakaian rasmi untuk acara tersebut pula telah diberikan secara langsung kepada TL Tinala Enterprise."

Semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, walau bagaimanapun menunjukkan bahawa TL Tinala yang dimiliki Fatimah Omar tiada kepakaran dalam bidang jahitan.

Mohd Saifulruddin juga didakwa merupakan muflis. Notis kemuflisan pernah dikeluarkan terhadap beliau dalam bulan September 2009 yang dilanjutkan selama 12 bulan.

Apa yang lebih menghairankan adalah pada usia 31, beliau telah pun memegang jawatan Timbalan Pengurus (Pengurusan) yang bersamaan dengan pegawai berpangkat Jusa C dalam perkhidmatan awam.

Tambah mengejutkan lagi sebelum jawatan ini Mohd Saifulruddin didakwa hanya menjawat jawatan eksekutif akaun di syarikat pemaju hartanah selama 6 hingga tujuh tahun di Shah Alam.

Perbelanjaan berleluasa Yayasan Selangor menyebabkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengumumkan tindakan untuk tidak menghadiri majlis ulangtahun yayasan menerusi mantan Setiausaha Kerajaan Selangor Datuk Ramli Mahmud dan setiausaha sulit baginda, Dato' Munir Bani.

Mohd Saifulruddin telahpun dipecat daripada jawatannya pada 18 Mac tahun ini selepas Yayasan Selangor mengalami kerugian RM7.41 juta ringgit

nak tunggu bukti lubang jubor masuk ke anak tekak menteri hisap puting....baru nak tangkap penayang video lucah...!!!

Posted: 31 Mar 2011 06:12 AM PDT



kenyataan Menteri Dalam Negeri bahawa masih belum ada tangkapan lagi berhubung penayangan video lucah berkenaan. Kenyataan dipetik, "Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein hari ini menafikan laporan media bahawa beberapa siri tangkapan telah dibuat berhubung video seks yang didedahkan oleh 'Datuk T' minggu lalu. "Tidak pada pengetahuan saya," katanya ketika diminta mengesahkan tangkapan berkenaan pada sidang medianya di bilik mesyuarat bangunan parlimen (Malaysiakini).

Mengapa slow sangat? Ada orang telah mengaku menayangkan video lucah, tempat sudah dikenalpasti dan laporan polis telah pun dibuat. Adakah tidak cukup bukti dengan pengakuan dari Rahim Thamby Chik dan Eskay tersebut? Isu siapa yang beraksi, itu mungkin dalam siasatan tetapi yang menayangkan video tersebut sepatutnya tidak perlu lagi siasatan yang begitu lama kerana sudah ada pengakuan dari mereka. Mungkin mereka tidak bersalah kerana mereka `berniat baik'?

Bayangkan jika kita berpakat dengan kawan-kawan kita menayangkan video lucah, kemudian kita panggil beberapa remaja lelaki dan perempuan menontonnya. Apabila kita ditangkap, kita memberitahu bahawa kita `berniat baik' menayangkan video tersebut untuk menunjukkan kepada remaja-remaja berkenaan cara melakukan seks dengan `selamat' atau menunjukkan kepada mereka jangan lakukan perbuatan seperti yang mereka tonton itu. Boleh ke? Adakah kita boleh lepas dari tindakan undang-undang? Atau, si ayah menayangkan video lucah kepada anak gadisnya dengan `niat baik' untuk mengajar anak gadisnya cara-cara atau teknik melakukan hubungan suami isteri. Boleh ke?

Cukup-cukup lah dengan bermacam auta untuk menipu rakyat. Jika mahu lepaskan si Rahim atau Eskay tu berterus terang sahaja lah. Kita pun tahu Rahim Thamby tu orang baik-baik belaka, jika tidak masakan dilantik menjaga Risda.

hantu dan jembalang semenanjung yang terbang ke serawak

Posted: 31 Mar 2011 05:49 AM PDT



Rakyat Sarawak sudah banyak yang mengetahui tentang rahsia KM Sarawak Taib Mahmud yang menghisap darah rakyat Sarawak. Sebab itu Sarawak tidak pernah menjadi negeri terkaya walaupun di perut buminya terdapat harta yang bernilai iaitu minyak.

Siapakah yang menjadi kaya raya di Sarawak sekarang? Siapa yang sedut hasil minyak dan balak di Sarawak?

Mereka ini adalah `hantu' dan `jembalang' yang mungkin dimaksudkan oleh Muhyiddin Yassin sewaktu berucap di dalam Majlis Bersama Rakyat di pinggir Sungai Sarawak di kampung Boyan-Gersik, Kuching semalam.Katanya, " Rakyat Sarawak perlu menolak "hantu" dan "jembalang" yang akan datang dengan mulut yang manis membuat pelbagai janji dan tawaran tetapi sebenarnya hanya pembohongan dan kepalsuan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (petikan Malaysiakini).

Rakyat Sarawak juga harus ingat, selain dari `hantu' dan `Jembalang' yang telah berpenunggu selama lebih kurang 30 tahun memerintah, terdapat `hantu dan jembalang' yang lebih `power' akan datang untuk menghisap darah mereka di bumi kenyalang ini. `Hantu' dan `Jembalang' ini datang dengan `sayap terbang' dari Putrajaya melintasi lautan luas dan akan memomokkan rakyat Sarawak. Makhluk ini lebih merbahaya kerana di Semenanjung sudah banyak menjadi mangsanya. Di Semenanjung, makhluk dari Putrajaya ini sanggup melakukan apa saja atau bersekongkol dengan sesiapa sahaja hatta pengedar video lucah asalkan hasrat mereka tercapai.

Adakah rakyat Sarawak akan menerima kata-kata mereka yang bersekongkol dengan kegiatan lucah ini? `Hantu' dan `Jembalang' dari Putrajaya ini amat khuatir jika `sarang' mereka di Putrajaya dimusnah dan dirampas, justeru itu mereka mahu rakyat Sarawak bersama mereka. `Hantu berkepala botak' dan `Jembalang bermuka lebam' ini sudah banyak menipu manusia. Kedua makhluk ini sanggup menyamar menjadi orang susah ketika cuba mempengaruhi rakyat yang susah di Sarawak, hatta diminta mengecat rumah atau masjid pun mereka sanggup. Di suruh menaiki perahu menyeberang Sungai Sarawak pun mereka akan lakukan. Tetapi, setelah mendapat apa yang diingini mereka akan kembali terbang bersayap ke sarang mereka di Putrajaya.

Rakyat Sarawak mesti renung seketika, sampai bila mahu hidup susah di negeri yang kaya dengan balak dan minyak? Jangan dilihat kerja amal mereka pada waktu ini menjelang pilihanraya, tetapi renungkan berpuluh tahun kebelakangan ini apa yang mereka buat untuk rakyat Sarawak. Rakyat Sarawak tidak boleh makan kenyang dan harga barang menjadi murah dengan hanya melihat isteri baru yang muda dari KM mereka sahaja.

Justeru itu, jadilah rakyat yang bijak menilai dan tidak terus diperbodohkan. Inilah peluang untuk rakyat Sarawak mengubah nasib mereka. Jika PR memerintah Sarawak dan rakyat Sarawak masih juga susah, maka rakyat Sarawak perlu juga cerdik untuk mengubah kerajaan yang lain pula. Berani untuk mencuba sesuatu adalah satu tindakan bijak, tetapi tidak berani untuk berubah merupakan satu kejahilan yang akan terus berpanjangan.

UMNO peralatkan agama bila ada kepentingan....!!!

Posted: 31 Mar 2011 05:18 AM PDT



Sikap membelakangkan peranan dan teguran dari mufti dan pemimpin agama jelas menunjukkan wajah sebenar Umno dalam meneruskan kelangsungan politik mereka yang kian dilupakan rakyat.

Walaupun teguran dan peringatan telah diberikan dari kalangan ahli agama kepada parti pemerintah namun sikap tidak ambil pusing yang dipamerkan membuktikan, pimpinan Umno-BN hanya mendokong agama apabila ia selari dengan agenda mereka.

Mereka hanya memperalatkan mufti, mereka tidak menghormati mufti pada hakikatnya, apabila kepentingan mereka memihak kepada politik, mufti tidak digunakan, apabila kepentingan dari segi agama, (barulah) mufti diutamakan.

Mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menegaskan pendedahan rakaman video seks yang didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaibkan Ketua Pembangkang itu kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.

Pendedahan mengenainya dibuat oleh tiga individu yang menggelarkan diri mereka sebagai "Datuk T" pada 21 Mac lalu.

Mereka terdiri daripada bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Shuib dalam perkembangan terbaru mengakui bahawa beliau bertanggungjawab dalam pendedahan video seks fitnah ke atas Anwar.

Selain Harussani, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya juga menggesa umat Islam menyiasat dahulu akan kesahihan klip video 21 minit itu sebelum membuat tuduhan membuta tuli dan menjatuhkan maruah individu lain.

Dalam al-Quran, Allah berfirman dalam surah al-Hujurat, apabila datang berita daripada orang fasik, hendaklah kamu selidik dahulu berita itu.

Dan kalau tidak cukup empat orang saksi, sepatutnya penuduh dikenakan hukuman Qazaf. Hukum orang fasik ini, dia tak layak lagi jadi saksi untuk sebarang kes kerana sudah hilang kredibeliti...

Mengulas kenyataan mufti yang tidak mendapat respon balas dari pimpinan Umno-BN,  ia perbuatan normal bagi mereka yang hanya mengejar kekayaan dunia, pangkat dan darjat sehingga sanggup melakukan apa jua untuk menjatuhkan seteru mereka.

Mereka tahu Anwar tidak melakukan perkara itu, tetapi oleh kerana mereka rakus dengan politik untuk menjatuhkan karier poltik Anwar di bumi Malaysia, memang Umno tidak kisah dosa pahala demi kepentingan kegelojohan, ketamakan dan kerakusan politik, mereka sangup buat apa sahaja...

Manakala media di negara ini yang dilihat semakin terhakis ketelusannya apabila hanya memberi liputan yang memihak kepada parti pemerintah.Media itu tidak lagi menjunjung kebenaran, media bukan lagi alat untuk memperkatakan lagi kebenaran, sebaliknya ahanya menjadi alat kepada warga politik Umno yang rakus, inilah hakikatnya di negara kita sekarang, ianya amat mendukacitakan...

sibuk nak saman anwar...menteri hisap puting lupa polis polis belaannya mati kena kencing tikus...!!!

Posted: 31 Mar 2011 05:02 AM PDT



KHABARNYA Menteri Dalam Negeri (KDN) Hishamuddin Hussein akan menyaman Anwar Ibrahim. Kesalahannya kerana Anwar dakwa beliau dan abang sepupunya Najib Razak terlibat dalam pembikinaan video lucah yang mengaitkan dirinya.

Saman menyaman itu hak Hishamuddin dan sesiapa saja. Kalau kita merasakan dianiaya maka mahkamahlah tempat mengadu. Adulah kepada mahkamah dan mahkamah akan menentukan apakah yang didakwa itu benar atau tidak.

Tindakan Hishamuddin itu satu keberanian untuk menafikan dia terlibat dengan pendedahan video itu. Tindakan Hishamuddin itu boleh dianggap berani kerana untuk berlawan dengan Anwar bukan calang-calang orang. Tenguklah hari ini dalam semua orang menghala muncung senjata, bedil, keris dan segala macam ke arahnysa, dia masih mendapat sokongan. Hanya orang yang memiliki kuasa ajaib sahaja boleh surivive bila diserang begitu rupa.

Pun begitu kita nak ingatkan  sikit kepada cucu Onn Jaafar itu, daripada dia sibuk hendak menyaman Anwar elok kalau dia jenguk ke Pulapol  di Jalan Gurney melihat apa yang berlaku di situ sebaik mungkin. Kejadian di pusat latihan polis itu cukup membimbangkan dan sewajarnya diberikan perhatian serius.

Menurut laporan berita tv  setakat ini sudah tiga orang pelatih meninggal dunia di Pulapol kerana terkena air kencing tikus. Manakala empat orang lagi sedang dirawat di hospital dan sebanyak 59 orang pelatih pula diasingkan.

Ini kes berat ini. Seingat aku  inilah pertama kali pelatih mati 'percuma' di dalam pusat latihan. Memalukan lagi bila mana kematian itu disebabkan air kencing tikus.

Jadi adalah baik Hishamuddin selesaikan dulu masalah virus berkenaan daripada bercakap soal-soal politik yang lebih untuk menyembunyikan fakta. Rasanya tindakan menghalau tikus lebih afdal daripada menyaman Anwar.

Masalah yang berlaku itu melibatkan nyawa manusia dan maruah pasukan polis dan negara ini.

Kalau dunia dengar nanti macam mana nak jawab pelatih yang dalam kewalan begitu eksklusif pun boleh diserang tikus. Macam mana pula dengan rakyat yang berada di luar, lebih-lebih lagi terdedah dengan bahaya itu.

Kita tidak mahu dengar selepas ini kerana kelalaian dan pengabaian keselamatan dan kebersihan akan ada pula anggota polis atau bekas KPN yang mati kerana terpijak ekor tikus. He he he..




sumber ..mso

Tiada ulasan: