Rabu, 30 Mac 2011

shalehudin

shalehudin


Video: Hidup mati ku ditangan Allah s.w.t

Posted: 30 Mar 2011 11:00 AM PDT

Asri masuk PAS lah senang... hihi...

Posted: 30 Mar 2011 08:30 AM PDT

Situasi politik semasa yang begitu meloyakan tekak sekali lagi meletakkan mantan mufti Perlis, Dr Asri jauh ke depan berbanding dengan rakan rakan ulama yang lain terutama dalam menegakkan apa yang patutnya ditegakkan. Beliau dilihat begitu konsisten dengan isu ini malah menyeru rakan rakan mufti yang lain yang masih selesa menghirup gaji sebagai mufti negeri negeri wajar bersuara menyatakan pendirian masing masing terhadap politik selak kain yang sedang bermaharajalela sekarang nih.

Menurut Dr Asri, para mufti wajar menyatakan pendirian mereka berhubung isu "politik selak kain" susulan tayangan video seks seorang lelaki yang didakwa mirip ketua umum PKR, sdr Anwar Ibrahim. Ini bagi menghindarkan politik sebegini akan terus mendominasi perjalanan politik negara.

 
Sekiranya mufti mufti yang dianggap ilmuan dan ulamak di setiap negeri hanya diam bagai memberi restu terhadap apa yang ditontonkan dewasa ini, kita khuatir masyarakat tak boleh lagi nak membezakan bagaimana berpolitik cara Islam dan yang bagaimana pulak berpolitk tak mengikut pantang larang agama.

Kita bercakap tentang prinsip. Apa nak jadi, kalau ahli politik bercakap mengenai melondeh kain orang. Apa yang rakyat dapat. Bahkan prinsip Islam pun menentang perkara-perkara seperti ini. Jadi para mufti perlu berkata sesuatu mengenai perkara ini.

Ketegasan Dr Asri memang menarik minat ramai malah majoriti rakyat juga bagai tidak sabar hendak mengetahui pendirian politik Dr Asri. Bagaimana sekiranya kita cadangkan agar Dr Asri mohon untuk menyertai perjuangan PAS dalam menegakkan yang haq dalam negara tercinta ini bersama sama jemaah PAS yang lain... haha... 

Tiada ulasan: