shalehudin |
- Rakyat ke jalanraya tuntut hak mereka
- Polis kepung rumah YB Azmin?
- Tabung pilihanraya
- Politik fitnah
- Bukan Umno... kahkahkah...
- Parti Ketuanan Melayu Menjatuh Maruah Melayu
- Tak kenai maka tak boleh mengata... kahkahkah...
- Umno hidup atas fitnah
- Tak dak sapa peduli Nazri... kesian...
- Video penyebar fitnah nombor satu negara
- Perut Mahfuz lebih besar dari perut Anwar... kahkahkah...
| Rakyat ke jalanraya tuntut hak mereka Posted: 27 Mar 2011 11:00 AM PDT Penunjuk perasaan memakai penutup mulut membantah loji nuklear di depan Ibu Pejabat Tokyo Electric Power Co (TEPCO) di Tokyo hari ini. Tahap radiasi amat tinggi yang dikesan pada air di loji nuklear Fukushima Daiichi yang terjejas akibat gempa bumi dan tsunami lalu menyebabkan usaha mengawal keadaan di kompleks berkenaan terbantut. Seorang petugas di loji berkenaan hari ini mengesan tahap radiasi 10 juta kali ganda daripada biasa pada air di reaktor kedua. - Foto AFP |
| Posted: 27 Mar 2011 09:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Sepasukan polis 'menyerbu' rumah Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali di Taman Tunku Abdul Rahman (TAR), Ampang di sini, kira-kira jam 11.30 malam ini. Bagaimanapun, Azmin tiada di rumah kerana menghadiri satu mesyuarat parti. Hal ini disahkan pembantu kepada Azmin, Juwairiya Zulkifli kepada KeadilanDaily. Difahamkan, kehadiran pihak berkuasa itu bertujuan menyerahkan arahan supaya Azmin untuk memberi keterangan kepada polis mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah kepada Ahli Parlimen Gombak itu. Kehadiran polis itu dipercayai berkaitan ceramah pelancaran Kempen Tolak Fitnah II dan DNA: 'Datuk Najib-Altantuya' yang dihadiri ribuan penyokong Pakatan rakyat di Taman Melawati, semalam. Dalam pada itu, beberapa paparan di laman facebook menyatakan polis mengepung rumah Azmin tetapi kesahinan maklumat itu belum dapat dipastikan. Dalam ceramah di Taman Melawatiu, kekecohan berlaku apabila polis mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim turun dari pentas ceramah hingga menimbulkan kemarahan rakyat.- Keadilan Daily |
| Posted: 27 Mar 2011 09:10 AM PDT Pakatan Rakyat adalah pakatan yang dibentuk demi rakyat. Pakatan yang diwujudkan atas inspirasi rakyat marhaen ini memang diketahui umum bukanlah pakatan yang kaya raya macam parti BN. Jadi, demi meneruskan perjuangan untuk rakyat yang jauh dari selesai terutama sekali dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 nanti maka sumbangang dana berbentuk wang ringgit perlu lah disediakan. Maka KEADILAN hari ini telah melancarkan kutipan dana sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Sarawak dan Pilihan Raya Umum ke-13 yang boleh disalurkan di laman ini. Biarpun baru dilancarkan, atas semangat jitu terhadap pejuangan rakyat marhaen, sejumlah RM802,000 berjaya dikumpulkan setakat ini. |
| Posted: 27 Mar 2011 08:25 AM PDT Politik fitnah atasi kebajikan rakyat Harakahdaily PARIT BUNTAR, 26 Mac: Kerajaan Umno BN didakwa semakin hilang pertimbangan apabila lebih mementingkan politik fitnah berbanding fokus menyelesaikan permasalahan rakyat. Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim berkata, perkara itu dapat dilihat dengan perkembangan terkini politik tanah air, apabila isu video seks pula ditimbulkan bagi memburukkan Pakatan Rakyat. "Nampaknya pemimpin BN menghabiskan masa dan tenaga untuk burukkan pimpinan Pakatan Rakyat yang amat jelas ia sengaja direka dengan niat jahat mereka,"tegasnya. Perkara itu katanya bukan sahaja memalukan, tetapi juga cuba menolak nilai Islam yang mengharamkan fitnah terhadap seseorang. Tambahnya, kerajaan seharusnya memberi fokus kepada menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat dan bukan sibuk merancang bagaimana untuk memburukkan musuh politik mereka. "Perkembangan terkini politik tanah air menyaksikan BN sudah hilang pertimbangan untuk memikirkan sesuatu yang lebih penting untuk rakyat" katanya "Sepatutnya mereka mesti menggunakan segala sumber dan masa yang ada untuk memikirkan dasar-dasar yang mesra rakyat dalam segenap aspek dan keperluan" jelasnya yang juga Adun Titi Serong. Sehubungan itu, beliau mahu rakyat menilai sikap pemimpin BN dan berubah dengan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat bagi menghentikan segala kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan sekian lama oleh pemimpin BN dengan segera. "Rakyat perlu menyokong gerakan kebangkitan bagi menyingkir kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan sekian lama oleh pemimpin BN pada PRU akan datan," tegasnya. |
| Posted: 27 Mar 2011 02:00 AM PDT Apahal Najib ni, riuh rendah tak mengaku video lucah terbaru yang panas di perkatakan di tanah air kita ni bukan konspirasi Umno. Kalau kau mengaku pun kita tak heran la... kahkahkah... memang Umno dengan konspirasi ni dah bagai isi ngan kuku. Memang Umno dengan fitnah ni dah bagai aur dengan tebing... kahkahkah... Kalau kau tak mengaku pun, satu dunia dah tau yang tali barut dibelakang video seks tu adalah orang orang kuat Umno. Persoalannya sejak bila pulak si Rahim Thamby Chik keluar umno... bukankah dia jadi pengerusi Risda pun atas kapasitinya ahli Umno dan mantan KM Melaka yang banyak jasa pada budak budak pompuan? Kantoi saja.. bukan Umno. Apa ni, pi tipu mak cik ngan pak cik Felda boleh la... Ahli parti sendiri pun dah tak kenai.... kahkahkah... Bila pulak undang undang kita ada pindaan berkenaan seseorang atau pesalah yang menyebar dan menayang video lucah terlepas dari kesalahan perlakuan tersebut.... dah tu tak ditahan oleh bapak polisi pun... tak double standard lagi ka undang undang rimba nih... Ini menandakan ada yang tak betul dalam isu kontroversi video lucah ini , nampak sangat hanya untuk memerangkap seseorang bukan untuk menjelaskan kebenaran... Kantoi mantoi... kahkahkah... Terima kasih Umno kerana berjaya menyatukan kembali pembangkang... kahkahkah... Terima kasih Datuk T kerana hasil bangang korang telah heret sama Umno ke laut... kahkahkah... |
| Parti Ketuanan Melayu Menjatuh Maruah Melayu Posted: 27 Mar 2011 01:12 AM PDT Oleh: Iqbal " ![]() Rasanya macam tak sanggup lagi nak ikut perkembangan politik tanahair. Marah dan kecewa yang amat sangat terbuku dihati. Kadang2 tertanya juga pada diri sendiri, apakah politik begini rupa ? Namun oleh kerana kemarahan dan kebencian yang meluap-luap didalam dada mendorong aku memberi penjelasan dan penerangan kepada individu2 yang ku kira masih lagi rasional pertimbangan mereka. Disamping itu doa yang tidak putus2 ku panjatkan kepada ALLAH agar segera menurun bantuan dalam menghadapi parti melayu yang tidak bermoral ini. Sewaktu peristiwa 1998 berlaku , waktu itu kita tidak terfikir bahwa orang melayu tergamak melakukan konspirasi seburuk itu. Bayangkan cerita seks dipaparkan dalam akhbar2 yang ianya boleh dibaca oleh para remja malah budak bawah umur. Melayu yang mendalangi konspirasi waktu tidak memikirkan langsung tentang maruah Melayu sedang mereka tahu negara ini berbilang bangsa penduduknya. Tapi difikirkan seks ala itu saja yang diyakini berkesan memberi pukulan maut kepada lawan maka ianya dilaksanakan. Sudah pasti waktu kita ditertawakan oleh bangsa lain. Tentu sekali waktu itu kita diperlekehkan oleh kaum2 lain. Anehnya orang2 yang berada didalam parti ini juga berarak kesana kemari membawa panji2 ketuanan melayu. Mereka yang sebenarnya memalukan melayu tetapi bangsa lain dikambing hitamkan. Beberapa hari lepas sekali melayu dari parti melayu terbesar didunia memalukan bangsa melyu. Dalam mereka kononnya nak dedahkan akhlak musuh politik mereka , tanpa mereka sedari kesan yang lebih besar telah menimpa bangsa melayu. Lebih2 yang didedahkan itu adalah fitnah belaka. Melayu dari parti melayu memang tidak mengendahkan peringatandan amaran ALLAH. Agaknya mereka rasa mereka tiak akan mati. Wajar MAZ mengajak masyarakat agar menolak parti yang suka menyelak kain orang. Maka sebab itu moral pembawa cerita lucah ini sebenarnya sangat rendah. Dan ia sebenarnya mencerminkan peribadi dan kegiatan mereka. Mana mungkin orang yang baik sanggup melakukan fitnah seburuk ini. YA ALLAH SEGERAKAN LAH KAU MUSNAHKAN PEMBAWA FITNAH SERTA PARTINYA SEBAGAIMAN KAU MUSNAH KEKUASAAN HOSNI MUBARAK DENGAN SEKELIP MATA. YA , MEREKA ADA PDRM , ADA SPR, ADA SPRM ,ADA PEGUAM NEGARA TAPI KAMI ADA ENGKAU YA, ALLAH.KAULAH PENENTU SEGALA-GALANYA YA, ALLAH." |
| Tak kenai maka tak boleh mengata... kahkahkah... Posted: 26 Mar 2011 08:58 PM PDT ![]() Kenali individu di sebalik 'Datuk T' Shazryl Eskay Abdullah ![]() Muka iras iras Anwar tapi perangai teruk. Nama dia pun pelik sikit, Eskay, berumur 51, asal dari Naka, Kedah. Dia adalah seorang ahli fisioterapi yang pernah bekerja di Amerika Syarikat dan berkhidmat dengan sebuah pasukan di liga football negara itu dan juga pasukan kebangsaan mereka. Sekembalinya ke tanah air, beliau berkhidmat dengan Persatuan Badminton Malaysia dan kini adalah seorang pengarah Aman Agropreneurs Sdn Bhd. Pada 2005, beliau dilantik oleh Raja Thai sebagi konsul kehormat negara itu ke Malaysia di Langkawi bagi mewakili kepentingan rakyat Thai dan menjaga hubungan baik kedua-dua negara. Sepanjang tahun 2006 hingga 2007, Eskay dan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai orang tengah bagi menyelesaikan konflik di selatan Thai yang dikenali sebagai Rundingan Damai Langkawi. ![]() Sepanjang tempoh 2008 hingga 2011, beliau dilantik sebagai pengerusi kehormat konsular kor di Malaysia. Namun, ahli perniagaan itu yang juga pernah merawat sakit tulang belakang Anwar, mencuri tumpuan awal bulan ini berikutan saman RM20 jutanya ke atas Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan pengarahnya, Datuk Yahya A Jalil. Fokus ke atas Eskay semakin menyerlah minggu ini, apabila beliau mengakui sebagai sebahagian daripada anggota kumpulan Datuk T bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim yang berperanan dalam pendedahan video lucah itu. Rahim Tamby Chik ![]() Nama penuh dia Rahim Thamby Chik atau lebih glamour dengan Rahim punai kecik. Rahim ni adalah bekas ketua menteri Melaka dan pernah dilantik sebagai ketua pemuda Umno. Beliau pernah diberi pujian kerana dikatakan berjaya membangunkan Melaka daripada terus dibuai mimpi sebagai sebuah negeri mundur. Beliau juga bertanggungjawab memindahkan pentadbiran negeri daripada kota Melaka ke Ayer Keroh. Semua ini, sebelum beliau bersara daripada semua jawatan politik berikutan dakwaan terbabit merogol seorang gadis sekolah di bawah umur. Rahim telah menafikan pertuduhan itu dan mendakwa Anwar adalah dalang di sebaliknya. ![]() Anwar bagaimanpun menafikan terbabit dengan pemecatan Rahim. Beliau juga adalah dalam kumpulan Wawasan yang bersama Anwar, Najib Razak dan Muhyiddin Yassin yang menamatkan kerjaya politik timbalan perdana menteri ketika itu, Tun Ghafar Baba. Ooo... besa jadi pencacai Anwar la jugak yerrk... kahkahkah... Shuib Lazim ![]() Sebelum dilantik sebagai bendahari PERKASA, Shuib adalah seorang senator dan ahli parlimen Sungai Petani. Beliau berasal dari Sungai Petani dan adalah juga bapa saudara kepada MP Sungai Petani ketika ini, Johari Abdul. Beliau juga adalah bapa mertua kepada naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal. Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali pernah dilaporkan berkata Shuib telah memaklumkan kepadanya hasrat beliau ingin berundur sebagai bendahari. Meskipun didakwa sebagai anggota ketiga kumpulan Datuk T, Johari mempertahankan bapa saudaranya dan berkata beliau tidak percaya yang Anwar adalah lelaki dalam video seks itu.- Malaysiakini |
| Posted: 26 Mar 2011 08:46 PM PDT Politik fitnah atasi kebajikan rakyat Harakahdaily PARIT BUNTAR, 26 Mac: Kerajaan Umno BN didakwa semakin hilang pertimbangan apabila lebih mementingkan politik fitnah berbanding fokus menyelesaikan permasalahan rakyat. Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim berkata, perkara itu dapat dilihat dengan perkembangan terkini politik tanah air, apabila isu video seks pula ditimbulkan bagi memburukkan Pakatan Rakyat. "Nampaknya pemimpin BN menghabiskan masa dan tenaga untuk burukkan pimpinan Pakatan Rakyat yang amat jelas ia sengaja direka dengan niat jahat mereka,"tegasnya. Perkara itu katanya bukan sahaja memalukan, tetapi juga cuba menolak nilai Islam yang mengharamkan fitnah terhadap seseorang. Tambahnya, kerajaan seharusnya memberi fokus kepada menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat dan bukan sibuk merancang bagaimana untuk memburukkan musuh politik mereka. "Perkembangan terkini politik tanah air menyaksikan BN sudah hilang pertimbangan untuk memikirkan sesuatu yang lebih penting untuk rakyat" katanya "Sepatutnya mereka mesti menggunakan segala sumber dan masa yang ada untuk memikirkan dasar-dasar yang mesra rakyat dalam segenap aspek dan keperluan" jelasnya yang juga Adun Titi Serong. Sehubungan itu, beliau mahu rakyat menilai sikap pemimpin BN dan berubah dengan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat bagi menghentikan segala kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan sekian lama oleh pemimpin BN dengan segera. "Rakyat perlu menyokong gerakan kebangkitan bagi menyingkir kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan sekian lama oleh pemimpin BN pada PRU akan datan," tegasnya. |
| Tak dak sapa peduli Nazri... kesian... Posted: 26 Mar 2011 06:43 PM PDT Ikut kata Ng Yen Yen, sapa pun tak peduli kat Nazri apa yang dia nak kata dan yang bestnya tak dak sapa pun yang suruh dia minta mohon maaf pun... tapi dia minta maaf... kahkahkah... ![]() Naib Presiden MCA Ng Yen Yen mengulangi bahawa parti itu tidak meminta Nazri Aziz meletak jawatan atau memohon maaf di atas kenyataan kontroversinya mengenai MCA, MIC dan Gerakan. "Bagi MCA, orang yang pandangannya paling penting bagi kami ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Jadi kami tak ambil peduli kenyataan Nazri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bagi mengumpul dana Yayasan Perubatan 1MCA, di sini malam tadi.- TMI Kahkahkah... tak dak sapa ambil pot pun... kahkahkah... Tu dalam parti sendiri pun dah tak laku... kahkahkah... Korang agak agak la kalau diluar parti... kahkahkah... |
| Video penyebar fitnah nombor satu negara Posted: 26 Mar 2011 06:35 PM PDT |
| Perut Mahfuz lebih besar dari perut Anwar... kahkahkah... Posted: 26 Mar 2011 04:00 PM PDT |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |













Tiada ulasan:
Catat Ulasan