Ahad, 27 Mac 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Selepas Rahim, Daim pula dikerah UMNO..

Posted: 27 Mar 2011 08:24 AM PDT

Selepas Rahim Tambi Chick dikerah mereka kini Daim pula diguna untuk menyerang Anwar.. Bukan mereka mahu menyerang sebenarnya mereka terpaksa menyerang demi mempertahankan harta yang dikumpul semasa berkuasa.

Mereka telah nampak atau sedar ada kemungkinan UMNO/BN menjadi pembangkang selepas PRU13 begitu juga dengan pemimpin yang berada di pertengahan juga mula sedar dan khuatir tetapi hanya pencacai mereka yang masih buta!


PKR Tidak Boleh Menjadi Teras Kepada Pakatan Pembangkang : Daim

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak boleh menjadi teras kepada pakatan pembangkang kerana parti itu hidup kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan untuk Anwar.

Katanya bukan saja pakatan pembangkang tidak mempunyai asas politik yang kukuh, dalam PKR pun yang mana Anwar adalah penasihatnya, terus bergelumang dengan masalah.

"Bolehkah PKR menjadi teras kepada kumpulan ini dan bolehkah pakatan begini meyakinkan rakyat yang ia boleh menjamin masa depan bangsa dan negara lebih baik daripada Umno dan BN (Barisan Nasional) yang sudah membina negara seadanya selama lebih 50 tahun? tanyanya dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia.


Daim, bekas Menteri Kewangan dan Menteri Tugas-Tugas Khas berkata pembangkang yang relevan ialah yang mengawasi dan menegur kerajaan, yang tidak chauvinistik dan tidak berpandangan sempit, yang boleh menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.

"Jika kita perhati kepada keadaan parti pembangkang sekarang, jelas mereka tidak hilang arah. Cuma, masing-masing ada arah sendiri. Mereka mengamalkan prinsip kahwin monyet," katanya.

Daim berkata mereka juga mencedok format BN tapi secara setengah jalan saja, bukan sepenuhnya dan ini bukan satu alternatif yang unggul bagi rakyat.

"Pakatan Rakyat, saya pernah berkata, hanyalah satu konspirasi politik. Saya lihat kumpulan ini tak akan dapat capai kata sepakat dalam hal penting mengenai kebaikan negara kerana masing-masing parti taksub kepada pendirian dan prinsip sendiri," katanya.

Dalam wawancara itu Daim turut membidas Anwar kerana pendirian yang sentiasa berubah-ubah.

"Tanya kawan Anwar, mereka kata Anwar pakai macam-macam topeng sejak masih di universiti. Waktu dia jadi pelampau bahasa Melayu, bahasa Inggeris diketepikan hingga ramai anak kita yang lahir selepas tahun 1969 hilang kompetensi dalam bahasa Inggeris. Dalam dunia globalisasi, Internet dan teknologi komunikasi sekarang, kekurang fasihan warga kita dalam bahasa Inggeris adalah satu kemunduran.

"Tapi sekarang ini Anwar menjadi pejuang 'multi-culturalism' dan 'liberalisme utopia' pula, sehingga ada di kalangan mereka mempersoalkan kedudukan Raja-raja Melayu. Sikap dan tindakan politik begini yang menggadai segala harga diri, maruah, martabat dan prinsip untuk mendapat sokongan tertentu mengingatkan kita kepada watak utama drama Christopher Marlowe, Dr Faustus," katanya.

Daim juga berkata apa yang berlaku sehingga Anwar dipecat dari Umno bukan satu konspirasi politik.

Katanya teori konspirasi politik itu sengaja dicipta Anwar kerana mahu dirinya dilihat sebagai 'The Fall Guy, iaitu insan yang dianiayai bagi meraih simpati serta sokongan bagi menutup hakikat kecacatan peribadi sendiri.

Katanya tanpa Tun Dr Mahathir Mohamad dan jentera Umno di belakangnya, Anwar tak mungkin menjadi Timbalan Presiden parti.

Pada pengamatan ramai, Anwar tidak menunjukkan kebolehan luar biasa sebagai pentadbir. Tidak nampak sebarang 'reformasi' di mana-mana kementerian yang dipegangnya ketika menjadi Menteri, katanya.

"Kehebatannya lebih kepada seorang, yang pintar berpidato bagi membakar semangat dan emosi khalayak walaupun isi ucapan cuma igauan politik saja. Berdasarkan ini, sekarang ini rakyat tak yakin Anwar boleh jadi pemimpin yang berkesan, meskipun setelah kesnya di mahkamah selesai," katanya.

Mengenai pergolakan di Timur Tengah, Daim berpendapat soal kebebasan dan hak asasi manusia, bukan penyebab utama kepada pergolakan itu.

"Yang lebih penting ialah soal kelembapan ekonomi, peluang pekerjaan dan pembangunan serta kurangnya infrastruktur yang asas dan moden," katanya.

Katanya jika salah satu punca utama keresahan rakyat di Timur Tengah iaitu Palestin menjadi reda, potensi negara-negara Teluk dan lingkungan Arab itu, baik dari segi politik ataupun ekonomi, akan lebih terserlah.- BERNAMA

Semalam di Permatang Pauh : Biar Hujan.. Lawan tetap Lawan !! (Gambar)

Posted: 27 Mar 2011 01:05 AM PDT

Hujan yang menyirami Pulau Pinang bermula dari pagi hingga ketengah malam semalam dan hanya berhenti seketika sebelum ceramah bermula dan hujan renyai-renyai kembali setelah setengah jam ceramah bermula seolah-olah menyejukkan hati para penyokong DS Anwar Ibrahim dibumi Permatang Pauh ini yang mula panas setelah DS Anwar Ibrahim difitnah lagi ..

Biarpun hujan mencurah dan padang yang kering bertukar lecah.. namun ceramah terpaksa dijalankan juga bak kata seorang sahabat dari anggota beruniform tetapi tidak memakai uniform ketika bertugas.. "Bro!! Biar hujan .. Lawan tetap lawan!!"


Semalam 2 Mac 2011, sebagaimana yang telah dirancangkan dan diwar-warkan Satu Solat Hajat dan Ceramah Perdana Fitnah III telah berlangsung dikawasan Parlimen Permatang Pauh,.


Solat hajat telah diadakan di Masjid Bandar Perda dengan Ustaz Mutallib dari An- Nahdoh menjadi imam, Manakala ceramah Perdana pula telah berlangsung di Padang Awam Taman Pauh Indah, Bukit Mertajam.

Menurut sms yang diterima pada sekitar jam 8.00 malam mengatakan empat jalan utama dua lorong yang menghala ke tapak ceramah telah ditutup satu lorong menjadikannya satu lorong oleh pihak Polis menyebabkan aliran trafik menjadi sangat perlahan..

Aliran yang telah perlahan itu diperlahankan lagi dengan pemeriksaan terhadap setiap kenderaan oleh Anggota Polis yang terpaksa menurut arahan Pegawai mereka..

Laporan juga mengatakan sebanyak lapan truck FRU dan dua Water Cannon telah digerakkan ke padang tempat ceramah diadakan, laporang yang menyebabkan seluruh petugas keselamatan dari UKP diletakkan dalam keadaan bersedia dengan segala kemungkinan.

Sedikit sebanyak laporan yang mengatakan lapan truck FRU bersama dua water cannon itu memang menyakitkan hati dan ramai yang bertanya adakah Polis Pulau Pinang juga mahu menurut jejak langkah Polis di Selangor yang telah menggangu dan menghentikan ucapan Anwar di Selangor kelmarin?

Tetapi semalam terbukti Pihak Polis terutamanya Ketua Polis Pulau Pinang jauh lebih professional jika dibandingkan dengan pihak Polis dan Ketua Polis Selangor.

Sekatan jalanraya dilakukan bagi memastikan keselamatan para pemimpin iaitu DS Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, TKM1 Pulau Pinang Datuk Mansor Othman, YB Johari Abdul, Khalid Jaafar dan Chegubard terjamin..


Semua mereka memberikan ulasan tentang isu Video Lucah.. YB Johari Abdul dengan pendedahannya mengenai konspirasi UMNO melalui lelaki yang pernah dikaitkan dengan kejadian merogol kanak-kanak bawah umur.

Khalid Jaafar menceritakan siapa itu Rahim Tambi Chick..



Guan Eng yang pernah dipenjara kerana membela seorang gadis berbangsa Melayu yang dikatakan telah menjadi mansa rogol Rahim Thambi Chik sambil memuji pihak Polis Pulau Pinang yang telah Berjaya menurunkan indeks jenayah di Pulau Pinang sebanyak 22.7% mempertikaikan siapa Rahim Thambi Chik, seorang yang kononnya mempunyai moral sesuci embun pagi kini menjadi dalang Video Lucah dan pernah dikaitkan dengan isu rogol kanak-kanak bawah umur yang mempersoalkan moral Anwar pula.. itulah contoh ayam jantan yang berkokok berdegar-degar tapi ekor penuh najis!

DS Anwar Ibrahim pidatonya hampir sama dengan pidatonya yang boleh dilihat di SINI cuma loghat bahasa berbeza, memendekkan ucapan untuk memberikan laluan kepada Chegubard.

Sedang menurunkan autogeraf diatas buku tulisannya "Disebalik Misteri Pembunuhan Altantuya"

Chegubard yang dijemput memberikan ucapan oleh DSAI sendiri menceritakan kisah bagaimana semuanya kisah mengenai Video lucah itu bermula, dengan sikit tambahan yang aku kira menyakitkan hati sekelompok pemimpin yang berlindung dibawah ketiak Anwar.

Yang tak pernah dengar pendedahan itu, bacalah di SINI.

Katanya beliau sedar beliau bukanlah seorang yang baik untuk menjadi ahli politik, kerana beliau kurang satu lagi criteria yang diperlukan iaitu BODEK atau mengampu pemimpin untuk naik… Aku setuju 110%..

FRU yang dihantar juga bagi mengelakkan sebarang rusuhan atau kekacauan tercetus, mereka digerakkan tetapi tidak terus ketapak ceramah sekadar berkhemah di perhentian bas yang setengah kilometer letaknya dari tapak ceramah..

Tiada sebarang provokasi dicetuskan mereka cuma satu sms yang diterima meminta kalau boleh berhentilah tepat jam 12.00 malam jangan ulang seperti di Cheruk Tok Kun hari itu yang berakhir jam 12.30 malam..

Bagi menghormati permintaan wakil mereka itu ceramah yang dihadiri oleh hampir 3000 orang ini telah dihentikan tepat jam 11:58 malam, dua minit lebih awal..

Biar hujan.. mereka masih setia berdiri mendengar

Bukan wartawan menjadi sasaran.. lelaki ini muncul lagi..

Siapa lelaki yang menutup kepalanya dengan surat khabar itu??
jawapannya ada di SINI

Masih setia.. ketika hujan renyai-renyai..

Ribuan hadir untuk mendengar penjelasan, kerana bagi mereka
Media elektronik kini berat sebelah




Gambar dirakam dari tepi padang..


Tahniah buat semua yang terlibat menjayakan program ceramah Fitnah III ini, kerana dalam masa yang pendek (4 hari) notis diberikan segalanya berjalan lancar..

‘Siapa’ Soi Lek, Rahim Thamby Chik untuk cakap soal moral?

Posted: 27 Mar 2011 12:14 AM PDT

Kedua-duanya hanyalah umpama ayam bapak yang berkokok berdegar-degar tapi ekor bergelumang najis..

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Chua Soi Lek dan Tan Sri Rahim Thamby Chik tidak layak bercakap soal integriti dan moral, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Beliau merujuk kenyataan The Star memetik seruan Soi Lek supaya Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan bukti tak bersalah dalam kes video seks palsu.

"Seluruh rakyat Malaysia mual apabila politikus yang mempunyai rekod tak bermoral yang diketahui umum, berbicara mengenai moral dan integriti.


"Kalau benar mereka ini nak bersyarah pasal moral, mereka perlu tunjuk teladan yang baik kepada rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tian Chua, Ahli Parlimen Batu itu menyelar Soi Lek kerana menukar prinsip keadilan bahawa yang menuduh perlu membawa bukti dan seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya.

"Kenyataan Soi Lek jelas mahu meletakkan beban bukti kepada Anwar sedangkan kumpulan yang menuduh beliau mempunyai rekod yang buruk di dalam politik," katanya.

Beliau berkata, situasi Anwar jauh berbeza dengan Soi Lek yang mengakui melakukan hubungan seks di luar perkahwinan manakala Rahim Thamby Chik dituduh di mahakamah atas dakwaan merogol gadis bawah umur.

"Mereka tidak wajar campur tangan dalam skandal video seks yang didalangi UMNO ini kerana rekod moral mereka sangat memualkan.

"Bila yang tak bermoral ini bersyarah, jelaslah bukti mereka ini terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Anwar, yang tak habis-habis di fitnah Umno BN," katanya.

Tian juga mengulangi desakan supaya Soi Lek dan Rahim Thamby Chik meletak semua jawatan dalam kerajaan.

"Soi Lek patut bersara terus sebagai tanda insaf. Rahim Thamby Chik juga harus meletak semua jawatan dalam kerajaan terutama sebagai Pengerusi Risda kerana penglibatannya dalam kes rogol gadis bawah umur yang masih kekal dalam ingatan rakyat," katanya.


Keadilandaily

Video Lucah : Tindakan bodoh UMNO..

Posted: 26 Mar 2011 09:11 PM PDT

Terima Kasih buat para Pemimpin UMNO yang telah melakukan satu kesilapan besar dengan menggerakkan Fitnah III iaitu Video Lucah ini.. Satu kesilapan besar!!!

Terima Kasih!! Terima Kasih!! Terima Kasih!! ada momentum yang menarik bila aku perhatikan dalam Ceramah yang telah berlangsung di sini semalam.. buat sementara aku tidak mengulas momentum ini panjang lebar..




'Kasihan Anwar! Dia diainaya dan dizalimi'.Inilah kata-kata yang terhembur keluar dari mulut individu-individu yang duduk berbincang sesama mereka , di mana sahaja sempat mereka bertemu dan berkumpul.


Inilah reaksi spontan orang ramai yang baru didedahkan dengan berita panas yang membabitkan Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim dengan video seks yang telah ditayangkan kepada para wartawan dan individu tertentu termasuk ahli politik di beberapa buah hotel di sekitar Kuala Lumpur termasuk Hotel Carcosa Sri Negara yang sebelum ini dijadikan hotel tempat penginapan tetamu negara yang melakukan lawatan resmi ke negara ini.

Belum pun selesai kes liwat yang kini sedang dibicarakan di mahkamah, Anwar dihadapkan pula dengan fitnah baru video seks yang mengaitkan pemimpin Pakatan Rakyat itu. Konspirasi fitnah ini didalangkan untuk membunuh karekter Anwar bagi menghalang kemaraan pemimpin yang bercita-cita untuk menawan Putrajaya dan mengambil alih pimpinan negara, melalui gabungan Pakatan Rakyat, selepas pilihanraya ke-13 nanti.

Dengan penetapan tarikh penamaan calon dan pilihanraya DUN Sarawak , masing-masing pada 6 April dan 16 April ini, maka pilihanraya umum ke-13 dijangka diadakan tahun hadapan, sebelum tamat tempuh mandat lima tahun yang sepatutnya berakhir pada 2013. Waktu semakin suntuk, untuk menyelamatkan Umno-BN, Anwar perlu dihalang segera sebelum menjelang pilihanraya ke-13.

Bergantung kepada keputusan pilihanraya DUN Sarawak,Umno-BN akan mempercepatkan tarikh pilihanraya umum, jika BN dapat mengekalkan kuasa di Sarawak, tetapi jika sebaliknya, atau BN tidak dapat mengekalkan majoriti dua-pertiga di DUN Sarawak, BN akan menunggu tamatnya tempoh mandat yang ada.

Konspirasi fitnah video seks ini menunjukkan tindakan desperado Umno-BN terhadap Anwar bagi menggagalkan keupayaan Pakatan Rakyat , gabungan PAS,PKR dan DAP yang dijangka akan membuat kehadiran yang kuat dalam pilihanraya ke-13 ini.

Umno-BN sedang diburui ketakutan dan kebimbangan untuk menghadapi pilihanraya akan datang dan bagi mengekalkan kuasa, Umno-BN akan menggunakan apa sahaja cara , tipu daya sehingga sanggup merencana fitnah , tindakan di luar tatasusila, tidak berakhlak , semata-mata untuk terus memerintah.

Tindakan pembunuhan karekter Anwar mampu membendung kemaraan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang , kerana Pakatan Rakyat tanpa Anwar, pada anggapan Umno-BN tidak mampu membuat kehadirannya dirasakan.

Kes liwat kedua kelihatan tidak berupaya memanjarakan Anwar seperti kes siri pertama pada tahun 1998 yang menyebabkan Anwar merengkok dalam penjara selama enam tahun. Tetapi ternyata konspirasi kes liwat pertama dulu penuh dengan pelakuan salahguna kuasa, penyelewengan apabila berlaku campurtangan kuasa eksekutif terhadap sistem keadilan dan kehakiman.Tidak wujud pembahagian antara kuasa eksekutif dengan kuasa kehakiman sebagaimana sewajarnya.

Kes liwat pertama adalah satu konspirasi di peringkat tertinggi dan begitu juga dengan kes yang sedang dibicarakan. Pihak pendakwa perlu membuktikan kes tanpa sebarang keraguan dan inilah cabaran besar yang sedang dihadapi oleh pihak pendakwa.

Jika kes liwat siri kedua ini gagal untuk mengaitkan Anwar maka video seks yang mengaitkan Anwar dan didalangi oleh tiga orang datuk ,Tan Sri Rahim Thamby Chik, Shazryl Eskay Abdullah dan Shuib Lazim, Bendahari Perkasa , juga akan memakan tuan.

Anwar keluar dari siri konspirasi fitnah ini lebih kuat dengan semangat juang lebih gigih dan kental, mendapat simpati rakyat terbanyak. Umno-BN kini terpaksa melakukan kawalan kerosakan yang dilakukan oleh kuncu-kuncu pemimpin tertinggi mereka. Adalah wajar dan tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa pendalangan video seks ini diketahui dan direstui oleh pimpinan tertinggi Umno-BN.

Siapa yang tidak kenal dengan Rahim Thamby Chik, bekas Ketua Menteri Melaka dan seterusnya ramai yang mengetahui sejarahnya semasa dia memegang tampuk kuasa. Pendalangan ini adalah satu dendam politik yang tidak berkesudahan terhadap Anwar.

Anwar berperanan menyebabkan karier politik Rahim tersungkur, rentetan dari kes Rahim dengan saorang gadis. Ketika itu karier politik Rahim dalam Umno sedang mendaki puncak dan sebagai Ketua Menteri Melaka, dia di antara pimpinan kerajaan negeri yang dikagumi Perdana Menteri (PM) ketika itu, Dr Mahathir Mohammad.

Anwar kini sedang menghadapi mehnah akibat dari penyertaannya dalam Umno sehingga dia menjadi Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri (TPM), sebelum dia dipecat Mahathir kerana cuba mencabar kedudukan Mahathir sehinggalah timbul konspirasi siri kes liwat pertama.

Semasa Anwar membuat keputusan untuk menyertai Umno banyak pihak menasihati Anwar supaya tidak menyertainya, tetapi Anwar tetap dengan pendiriannya setelah merujukkan perkara itu kepada beberapa pihak yang rapat dengannya termasuk dari luar negara.

Walaupun perkara ini sudah menjadi sejarah, tetapi tidak salah untuk merenung sejarah. Anwar telah diingatkan bahawa dengan menyertai Umno, maka mau tidak mau , terpaksalah bergelumang dengan budaya kotor dan jijik dalam Umno. Jika kita tidak terlibat dengan budaya kotor dan jijik itu, paling kurang , terhidu juga bau kotor dan jijik itu. Inilah yang sedang menimpa Anwar sehingga sekarang.

Tindakan konspirasi fitnah datuk T atau Trio Umno ini tidak diambil tindakan segera oleh pihak berkuasa. Anwar telah membuat laporan polis, tetapi kenapa pihak polis mengambil masa yang lama untuk bertindak. Kes ini mudah, tidak berbelit-belit. Pihak yang merancangnya telah pun membuat pengakuan.

Selain siasatan terhadap individu yang memangil diri mereka sebagai datuk T,pihak polis juga sepatutnya mengambil tindakan terhadap siapa pemilik video seks itu dan penayangannya. Saksi-saksi terdiri dari para wartawan dan individu tertentu tentu telah dikenal pasti. Kenapa setakat ini tiada tindakan diambil.

Pemilikan video seks atau lucah adalah satu kesalahan, apalagi jika ia ditayang untuk tontonan ramai. Kalau premis-premis menjual video lucah atau seks diserbu dan diambil tindakan kerana menyalahi undang-undang, kenapa pihak polis tidak bertindak menahan mereka yang terlibat memiliki video berkenaan dan penayangannya kepada umum.

Rakyat sedang melihat gelagat pihak berkuasa. Bagaimana mereka akan menanggani kes ini. Kementerian Dalam Negeri yang begitu ghariah pada permulaan perkara ini didedahkan dan menggesa mereka yang dilibatkan supaya membuat laporan polis, kini membisu setelah Anwar yang dikaitkan dan menafikan penglibatan beliau membuat laporan polis.

Apa akan jadi kepada datuk T yang memiliki dan menayangkan video berkenaan? Adakah pelaksanaan undang-undang negara ini berbeza mengikut individu. Kredibaliti pasukan polis sedang tercabar dan pihak polis dilihat dalam keadaan serba salah.

Ketelusan pihak polis dalam melaksanakan siasatan sangat diharapkan oleh rakyat bagi membawa kes berprofil tinggi ini ke muka pengadilan. Budaya politik kotor dan menjijikkan ini perlu dihentikan. Bersainglah dalam medan pilihanraya melalui proses demokrasi yang sebenar dalam ruang lingkup padang permainan demokrasi yang setara, seimbang dan samarata.

Kes konspirasi fitnah ini mampu melonjakkan kemarahan dan kebangkitan rakyat dan ia dikhuatiri permulaan kepada petanda yang boleh mencetus dan mengancam kesetabilan dan keselamatan negara, apabila rakyat bosan dengan tindak-tanduk ahli politik yang tidak bermoral dan rendah harga diri, akal dan hatibudinya.


Harakahdaily

Saya Tidak Pernah Kesal Bersuamikan Anwar - Wan Azizah

Posted: 26 Mar 2011 09:02 PM PDT

KUALA LUMPUR 27 MAC :Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau tidak pernah menyesal bersuamikan Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebalik siri dakwaan menyentuh soal moral Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu, termasuk terbaru rakaman video seks.

"Saya tidak pernah menyesali. Sebelum Anwar, saya pernah menerima lamaran lain. Tetapi solat istikharah, apabila Anwar melamar untuk menjadikan saya isterinya, saya bermimpi melihat banyak poster yang seperti poster pilihan raya.


"Dan, semua poster ini adalah gambar Anwar. Bagi saya itu petunjuk yang diberi Tuhan. Maka saya pilih Anwar," kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini kepada Sinar Harian edisi hari ini.

"Allah janjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Allah tidak pernah mendustai kita. Jadi, tidak pernah timbul rasa kesal di hati saya. Ya! Saya tidak pernah menyesal," kata beliau yang mendirikan rumah tangga dengan Anwar 30 tahun lalu.

Akhir 1990-an, Anwar berhadapan dengan tuduhan liwat dan salah guna kuasa.

Tiga tahun lalu, Anwar berhadapan dengan kes liwat kedua yang kesnya sedang berlangsung.

Tiga hari sebelum pasukan pendakwaan menutup kes liwat kedua ke atas Anwar, tiga "Datuk T" membuat pendedahan rakaman video seks, yang didakwa dirakamkan pada 21 Februari lalu, dan dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Anwar menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai konspirasi politik pemimpin-pemimpin Umno.

Dr Wan Azizah berkata, sehingga kini keyakinan beliau dan keluarganya ke atas Anwar tidak pernah luntur.

"Saya sentiasa tanamkan dalam diri terima segala dugaan yang Allah datangkan. Melaluinya dengan sabar, sentiasa berdoa memohon Allah permudahkan segalanya dan tunjukkan kebenaran.

"Dan, saya tidak pernah membenaekan rasa sesal singgah di dada," kata beliau.

Mengenai soalan keyakinan terhadap cita-cita Anwar untuk menjadi perdana menteri, Dr Wan Azizah berkata: "Sejak usia 20 tahun hingga sekarang, pelbagai perkara sudah dilaluinya. Insya-Allah dia mampu. Boleh.

"Sudah terlalu banyak dugaan ditempuhnya. Dengan dugaan yang pernah dilaluinya itu, Anwar boleh jadi perdana menteri yang bagus. Saya yakin itu," kata bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Pada Ogos 2008, beliau mengosongkan kerusi itu untuk membolehkan Anwar bertanding, sekali gus menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.


TVS News

Menipu Waktu Tweeter : Utusan dan Blogger UMNO bakal disaman..

Posted: 26 Mar 2011 08:36 PM PDT

Satu langkah bijak!! Saman!! terutama sekali blogger UMNO dari utara tu..


KUALA LUMPUR: Utusan Malaysia yang memetik laporan blog tajaan Umno, kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membuat sebarang twit ke akaun twitternya pada masa rakaman video palsu itu berlangsung, didesak memohon maaf atau berdepan saman dari KEADILAN.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Anwar menghantar sembilan pesanan ke akaun twitternya antara jam 10.38 malam hingga 11.06 malam berbanding waktu rakaman video berkenaan antara jam 10.20 malam hingga 10.41 malam.


"Semua laporan mereka yang menonton rakaman itu tidak menyebut sipelaku melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan twitter," katanya pada satu kenyataan media, hari ini.

"Pesanan yang dihantar jelas dibuat Anwar kerana lenggok bahasa dan interaksinya dengan pengikut yang diketahui umum. Mustahil sipelaku dalam video adalah Anwar," katanya yang mengemuka bukti sekali gus mematahkan fitnah yang disiarkan blog yang dibiayai Umno sebelum dipetik Utusan Malaysia.


Rafizi juga kesal kerana Utusan Malaysia mendakwa wujud perbezaan masa antara laman facebook dan twitter, kononnya pesanan yang dirakam di facebook sejam lebih lambat dari twitter.

"Ini pembohongan besar yang sengaja direka. Dua petikan skrin dari twitter dan facebook Anwar yang menunjukkan pesanan yang dibuat melalui twitter dihantar ke facebook, dua minit kemudian," katanya.

Rafizi berkata, pesanan pada jam 12.22 tengah hari pada 26 Mac 2011 di twitter dicatat waktunya sebagai 12.24 tengah hari di facebook.

"Ini membuktikan kepada rakyat Malaysia betapa hinanya Utusan Malaysia yang tanpa segan silu menyiarkan fitnah tanpa usul periksa. Asal dapat menyebarkan dakyah tuan punya iaitu Umno.

"KEADILAN mendesak Utusan Malaysia memohon maaf. Jika enggan berbuat demikian, KEADILAN akan mempertimbang tindakan lanjut terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog Umno itu," katanya


Keadailandaily

Tiada ulasan: