Rabu, 23 Mac 2011

shalehudin

shalehudin


Elizabeth Taylor meninggal dunia

Posted: 23 Mar 2011 10:00 AM PDT

LOS ANGELES: Aktres legenda Hollywood, Elizabeth Taylor meninggal dunia di Pusat Perubatan Cedars Sinai, hari ini akibat sakit jantung.

Beliau berusia 79 tahun. Jurucakap aktres itu, Sally Morrison berkata ketika menghembuskan nafas terkhirnya, semua anak Elizabeth berada di sisinya.

Aktres itu dilaporkan sering sakit sejak beberapa tahun lalu, dimasukkan ke hospital itu enam minggu lalu kerana masalah jantung. Elizabeth terkenal dalam lakonannya dalam filem termasuk Cleopatra, Who's Afraid of Virginia Woolf dan National Velvet. - The Guardian

Dah kantoi baru buat helah nak dedah

Posted: 23 Mar 2011 09:25 AM PDT

"Saya Kini Sedia Dedahkan Segala-galanya" - Datuk Eskay Abdullah

KUALA LUMPUR: Datuk Shazryl Eskay Abdullah - orang yang bertanggungjawab mendedahkan kepada media kandungan klip rakaman video yang menunjukkan aksi seks seorang yang didakwa sebagai pemimpin sebuah parti pembangkang kini berkata; "Saya sudah bersedia mendedahkan segala-galanya pada polis."

Eskay berkata, pada mulanya beliau tidak mahu membuat laporan polis berhubung video seks berkenaan kerana tidak mahu perkara tersebut dilabelkan sebagai satu konspirasi politik.

"Saya bukan ahli politik, saya hanya seseorang yang mengenalinya (pemimpin yang didakwa itu). Saya akan hanya berikan kenyataan kepada pihak polis sekiranya saya dipanggil untuk berbuat demikian.

"Kini saya sedia beri kerjasama...walau apa pun kenyataan yang diminta saya akan beri kerjasama saya...tiada masalah.

"Apa yang penting kita tidak takut kerana kita di pihak yang benar," ujarnya lagi.

Ketika ditanya para pemberita apakah beliau pasti yang muncul dalam klip rakaman video itu adalah orang yang beliau dakwa sebagai pemimpin tertinggi sebuah parti pembangkang, Eskay sekadar menjawab; "Saya (ada) dalam video tu..."

Malangnya beliau enggan mengulas panjang kerana kes itu telah pun menjadi kes polis.

Eskay yang berasal daripada Kedah mendakwa telah lama mengenali pemimpin pembangkang berkenaan iaitu sejak tahun 1996 lagi.- mStar

Woiii... mai tengok lawak ni oii... kahkahkah...

Posted: 23 Mar 2011 09:12 AM PDT

Kenyataan bangang dari pemimpin Umno bangang. Ketiga tiga ekoq jebon yang memperkenalkan diri mereka sebagai Datuk T tu ahli Umno, Umno totok, darah biru punya...

Apasal pulak kita tak boleh katakan ni semua kerja busuk Umno?

Pemimpin-pemimpin Umno mula dah kecut perut ngan kecut teloq sekali, dah mula menjauhkan diri mereka selepas Rahim Thamby Chik yang didakwa "toron" anak dara sunti di Melaka suatu masa dulu bersama dua yang lain mendakwa mereka adalah "Datuk T" dan bertanggungjawab atas pendedahan rakaman video seks, yang mendakwa Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan pelacur.

"Kami parti dengan tiga juta orang ahli, jika seorang atau dua menggunakan hak mereka untuk memawa perkara ini, tiada apa yang kami boleh lakukan," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz (gambar) ketika ditemui di bangunan Parlimen hari ini.

"Mereka melakukan atas kapasiti sebagai individu tanpa pengetahuan kami. Umno tidak mahu dikaitkan dengan ini (pendedahan ini)," kata Ahli Parlimen Padang Rengas.- TMI

Nampak macam muka Anwar...

Posted: 23 Mar 2011 05:28 AM PDT

Laaa... sekali pandang memang ada pun iras iras muka Anwar... patut la si Zul Kulim yang selalu dok ikut bontot Anwar heret beg dulu ni pun boleh tertipu... kahkahkah....

Tapi si Zul ni memang layak dok kena tipu camni... kahkahkah... bangang...

Sumber: Era Pasca

Rahim Tamby Chik nak bagi seluar dalam... kahkahkah... bangang

Posted: 23 Mar 2011 05:18 AM PDT

Dalam masa yang sama, Abdul Rahim meminta Anwar yang sering dirujuknya sebagai "si fulan itu" menimbang meletak jawatan seperti yang dilakukannya sebelum ini ketika berdepan dakwaan tuduhan melakukan hubungan seks dengan gadis bawah pada 1994.

Abdul Rahim menegaskan, beliau meletak jawatan kerana dianggap sebagai beban kepada parti walaupun mahkamah memutuskan beliau tidak bersalah.

Sementara itu, mereka juga memberitahu akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis yang menyiasat perkara itu.

"Kita akan berikan apa sahaja kepada pihak polis. Seluar dalam (sendiri) pun kita akan beri kalau dia mahu," selorohnya sambil disambut gelak ketawa pemberita dalam dan luar negara.

Sidang media itu menarik perhatian kira-kira 50 wakil media dari dalam dan luar negara hadir membuat liputan walaupun mendapat notis di saat-saat akhir.- Malaysiakini

Hahaha... dah agak dah...

Posted: 22 Mar 2011 10:39 PM PDT

 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengubah keputusan bicara dalam bicara sebelum ini untuk membenarkan berus gigi, tuala dan botol air yang diperoleh dari lokap tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan, dikemukakan sebagai bukti.

Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan pihak pendakwa untuk memaksa Anwar menyerahka sampel DNAnya. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga berkata tangkapan ke atas Anwar oleh pengawai penyiasat DSP Jude Blacious Pereira adalah sah dan sehubungan itu, barangan berkenaan perlu diterima.

"Selepas mempertimbangkan bukti dengan kenyataan dari IO (pegawai penyiasat) dan pegawai yang menangkap (Supt Ahmad Taufik Abdullah) saya memutuskan bahawa tangkapan itu adalah sah."

"Dengan itu, barangan yang diperolehi dari sel - (botol air minuman, berus gigi dan tuala) boleh diterima sebagai bukti," katanya.

Berikutan keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata beliau akan meminta dua saksi pendakwa tampil sekali lagi bagi mengemukakan barangan tersebut untuk dijadikan bukti.

Malaysia meriah

Posted: 22 Mar 2011 07:00 PM PDT

DNA LAGI, KALI INI JAM OMEGA PULA JADI MANGSA

Oleh: WFAUZDIN NS

KERANA seorang Datuk `T', satu Malaysia kecoh pasal video seks yang kununnya melibatkan DS Anwar. Siapa Datuk T ? Itu aku tidak peduli samada dia bernama Taik, Temberang atau pun Tajuddin Wahab. Pada aku yang penting kandungan di dalam video tersebut samada benar `dilakonkan' oleh Anwar atau pun `si perut buncit' yang rupanya mirip Anwar.

Malaysiakini melaporkan hari ini, Datuk T tidak akan menyerahkan kepada pihak polis pita video berkenaan kununnya bimbang Anwar akan tuduh pihak polis manipulasi pita berkenaan. Datuk T macam tahu-tahu pula pihak Polis selalu berbuat demikian. Satu tuduhan jahat kepada pihak Polis walaupun mungkin ada beberapa Polis yang mungkin berbuat begitu. Datuk T mahu pita itu diselidiki oleh badan bebas termasuk dari negara asing tentang ketulinan video berkenaan. Masalahnya, siapa yang pertikaikan video itu tulin atau tidak? Yang dipertikaikan pelakun berperut buncit itu, siapa?

Petikan dari Malaysiakini menyebut bahawa Datuk T juga akan menyerahkan jam tangan Omega yang didakwa dimiliki oleh ahli politik tersebut yang tertinggal di sebuah bilik hotel di mana rakaman itu dibuat. "Suruhanjaya itu boleh menghantar jam berkenaan kepada pakar forensik bagi menentukan sama ada DNA yang terdapat pada jam itu sepadan dengan Anwar," katanya.

Bertambah lucu jalan cerita Fitnah III ini. Bagaimana jam Omega itu berada di tangan Datuk T ? Ceritanya, beliau disuruh ambil oleh tuan jam berkenaan di hotel tersebut apabila dikatakan jam tersebut tertinggal. Jika beliau disuruh ambil jam tangan berkenaan, apakah beliau tidak menyerahkannya kepada tuan jam ? Katalah Anwar yang tertinggal jam itu, dan Datuk T disuruh ambil jam berkenaan, mengapa jam tangan itu tidak diserahkan kepada Anwar? Sekiranya Datuk T tidak serahkan kepada Anwar, adakah lojik Anwar berdiam diri jam yang amat penting itu tidak dikembalikan? Masakan Anwar tidak bertanya, di mana jam itu? Persoalannya, mengapa jam tangan masih berada di tangan Datuk T?

Maka, sekali lagi kita ingin diperbodohkan oleh orang yang sedia bodoh dengan saranan Datuk T agar pihak forensik mengadakan ujian DNA pada jam berkenaan. Sampai bila rakyat Malaysia mahu dibutakan dengan kisah DNA ini? Malu kita dengan dunia luar yang menganggap pihak berkuasa atau undang-undang di negara ini hanya perlu DNA sahaja untuk menyelesaikan sesuatu kes jenayah. Jika ada DNA Datuk T pada jam tersebut, maka jam itu kepunyaan Datuk T dan Datuk T adalah pelakun sebenar di dalam video berkenaan. Bolehkah kita fikir begitu?

DNA bukan tidak penting, ianya penting sebagai menyokong keterangan atau siasatan. Paling penting di dalam kes ini adalah benarkah Anwar yang beraksi di dalam video berkenaan? Benarkah Anwar berada di tempat lain sewaktu rakaman dibuat? Benarkah Anwar memiliki jam Omega sama seperti jam yang ada pada Datuk T? Mengapakah jam tersebut berada di tangan Datuk T sedangkan beliau hanya disuruh mengambilnya di hotel berkenaan? Mengapa Anwar tidak meminta jam tersebut setelah Datuk T mengambilnya? Paling penting, mengapa Datuk T enggan serahkan kepada pihak Polis atau jika hilang kepercayaan kepada pihak Polis, mengapa tidak serahkan kepada Majlis Agama Islam?

Inilah Malaysiaku yang negara luar kagumi. Tiada yang mustahil di dalam negara ini hatta DNA yang berlainan jenis berterabur pada punggung seseorang pun dikira seorang juga yang bersalah. Bertuahnya kita menjadi rakyat Malaysia yang sentiasa disajikan dengan peristiwa pelik dan ajaib seperti ini. Jika tidak pelik, masakan Altantuya meletup tiba-tiba tanpa sebab./wfauzdin.blogspot.com

Satu dunia dok perati mahkamah Malaysia

Posted: 22 Mar 2011 06:17 PM PDT

Hidup kena diteruskan, jangan simply rentikan apa yang sepatutnya kita buat. Yang menoreh getah teruskan menoreh walaupun sekali sekala nak celah jugak dengarkan keputusan penentu hari ini berkenaan kes liwat II Anwar Ibrahim tu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membicarakan kes liwat membabitkan Anwar tu dijangka membuat keputusan hari ini sama ada membenarkan dua permohonan daripada pihak pendakwaan. Permohonan itu bagi semakan semula keputusan perbicaran dalam perbicaraan yang menolak tiga barangan sebagai bahan bukti dan juga bagi mengarahkan ketua pembangkang itu memberikan sampel DNAnya.

Bagi pencinta keadilan, aku rasa tak payah la nak letakkan harapan yang tinggi kat mahkamah di Malaysia ni, permohonan bagi memaksa Anwar menyerahkan sampel DNA ni telah dimainkan semahunya bagi menekan keputusan hakim. Tak tekan mai mana lagi dah, hampir setiap hari geng geng papagomo dan parpukari punya goreng benda yang bakal dihakimkan tu. Hampir setiap minit TV dan radio mainkan tentang kononnya kebangkitan rakyat meminta DNA secara ikhlas diberi oleh Anwar.

Usaha yang sebenarnya 'bukan lazim' ni dan belum pernah dilakukan dalam sejarah Malaysia, negara-negara Komanwel dan juga dunia, bakal dibenarkan di Malaysia ni cerah. Sampaikan Najib sendiri pun dah langkah masuk bagai mengarahkan hakim berbuat sesuatu terhadap keengganan Anwar memberikan DNA secara sukarela.

Jika mahkamah yang mempunyai pilihan sama ada membenarkan kedua-dua permohonan itu atau membenarkan satu daripadanya, ini pasti satu tamparan kepada Anwar. Manakala jika mahkamah menolak kedua-duanya pula, kes pendakwaan akan terjejas teruk.

Apa pun keputusannya kita tunggu hari ni...

Terpaksa kena cekal laa...

Posted: 22 Mar 2011 01:13 PM PDT

Cekal... Wanita warga Jepun dari bandar Minamisanriku ini gigih membawa bekas berisi air yang diambil dari sungai berhampiran untuk kegunaan membasuh pakaian selepas tempat tinggal mereka musnah dilanda gempa bumi bermagnitud 8.9 yang mengakibatkan tsunami, baru-baru ini. - Foto AP/Yomiuri Shimbun, Kunihiko Miura

Tiada ulasan: