Rabu, 23 Mac 2011

Addin

Addin


Sejarah Berjenaka Lagi Dengan Anwar

Posted: 23 Mar 2011 09:00 PM PDT

Cuba anda bayangkan, mungkinkah White House, kediaman Presiden Amerika Syarikat menyewa Blair House, iaitu rumah tetamu rasminya kepada orang yang tidak diketahui identitinya, untuk menayangkan "filem lucah", sebagai serangan terhadap pembangkangnya?Kelmarin, seorang lelaki yang menggelar dirinya Datuk T (gagal dikenalpasti kesahan gelaran Datuk-nya, memandangkan semakin ramai Datuk muncul buat masa kini) telah menayangkan satu klip video di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur.

Pengamal media yang diundang menerima sms pada awal pagi, "terlepas peluang keemasan kalau tak datang".
Maka suasana pemandangan Tasik Perdana yang aman dan tenang di sekitarnya berkocak, diusik dengan "kegemparan" tersebut. Menurut laporan, penganjur amat berwaspada sepanjang proses ini. Mereka yang hadir diminta untuk memakai jubah. Motifnya cukup meragukan dengan aturan sedemikian. Hotel yang berkelas tinggi biasanya tidak akan menyewa tempatnya kepada pihak sedemikian, agar tidak menimbulkan kebimbangan penyewa hotal yang lain - melainkan jikalau tujuannya dijelaskan.

Seandainya Datuk T berterus-terang, maka "tayangan" tersebut semestinya dibatalkan. Mustahil untuk mana-mana hotel yang memiliki reputasi antarabangsa menyewa tempatnya untuk tujuan membongkar keperibadian orang lain. Hal ini berkaitan dengan jenama, maruah dan tanggungjawab undang-undang - yang mustahil untuk dikompromi.

Jadi, Carcosa Seri Negara yang dimiliki sepenuhnya kerajaan menjadi satu-satunya pilihan. Keadaannya mudah dikawal, kesepian kerana terasing dari kesibukan bandar, maka tidaklah menarik tumpuan orang yang tidak berkenaan.

Tadi saya menyebut "keperibadian". Betul, kejadian ini melibatkan keperibadian orang lain. Dari segi perundangan jenayah di Malaysia, ia cukup untuk disabit dengan pelbagai tuduhan jenayah. Namun demikian, seperti kes Chua Soi Lek yang berlaku tiga tahun lalu, dari Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein hinggalah IPD Kuala Lumpur - semuanya tidak berminat dengan perakam video, sebaliknya meminta agar mangsanya membuat laporan polis terlebih dahulu. Ia seolah-olah apabila anda dirompak peragut, dan anda meminta pertolongan daripada polis yang sedang menyaksikan apa yang berlaku - kemudian anda dibalas oleh polis tersebut, "Sudahkah kamu buat laporan polis?"

Lebih-lebih lagi, "Datuk T" menyiarkan klip video seks secara terbuka, malah mendesak agar orang yang kononnya dalam video tersebut berundur bersama isterinya, dan mengugut "(babak yang lebih hebat) akan datang lagi". Takkanlah seseorang begitu angkuh, seandainya tidak disokong dengan kuasa yang besar di sebalik tabir?

Seandainya anda menghantar sms, malah mengundang media dalam facebook untuk menonton bersama di sebuah kafe tertentu - klips video seks penyanyi terkenal Indonesia, Ariel bersama teman wanitanya - malah mendakwa "akan datang (lagi adegan-adegan yang hebat)". Saya sanggup "potong" - jikalau tiada apa-apa berlaku kepada anda selepas itu.

Bangunan bersejarah jadi mangsa politik jijik

Carcosa Seri Negara dibina atas cadangan Residen-Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir Frank Swettenham pada ketika itu. "Carcosa" dinamakan Sir Frank Swettenham sendiri, dan menjadi kediaman rasmi wakil-wakil tertinggi British. Pada September 1956, Tunku Abdul Rahman yang bermurah dengan hati "rakyat", meluluskan usul dalam mesyuarat untuk menjadikan bangunan di atas bukit ini sebagai kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi British selepas merdeka.

Keputusan ini semestinya tidak direstui nasionalis dalam UMNO. Pada pertengahan tahun 1980-an, Ketua Pemuda UMNO ketika itu, Anwar Ibrahim (gambar kanan) cuba menyerang dengan wacananya, seiring langkah "decolonize" oleh Mahathir Mohamad - berjaya memaksa London untuk melepaskan aset ini kepada kerajaan Malaysia pada tahun 1987. Tunku Abdul Rahman biarpun marah apabila dituduh oleh generasi muda bahawa beliau cuba "memikat hati British", namun hanya boleh mengeluh kerana senario tidak lagi memihak kepada dirinya pada ketika itu.

Perubahan berlaku mengikut peredaran zaman. Setelah Carcosa menjadi rumah tetamu rasmi negara, maka ia juga jatuh ke dalam genggaman UMNO. Anwar Ibrahim yang didakwa sebagai lelaki dalam klip video seks itu, mungkin lebih rela "Carcosa" masih "Carcosa" yang asalnya - melihat kepada nasib dirinya pada hari ini. Sebagai bangunan rasmi kediaman diplomat asing, ia semestinya tidak akan menjadi mangsa pergelutan kuasa politik yang jijik.

Penulis Jerman, Thomas Mann pernah berkata, "Tief ist der Brunnen der Vergangenheit. Sollte man ihn nicht unergruendlich nennen?". Maknanya, masa silam terlalu kompleks, sarat dengan kontradiksi yang tidak terhingga. Apabila terlalu ke depan untuk memperjuangkan nasionalisme, ia tidak terelak untuk membayar harganya. Ada kalanya, jenaka sejarah ini cukup zalim./Merdeka Review

Yusri KRU Dikaitkan Dengan Video Seks Fitnah?

Posted: 23 Mar 2011 06:00 PM PDT

Datuk Shuib Lazim, yang merupakan salah seorang daripada trio "Datuk T" yang mendedahkan rakaman video aksi seks seorang pemimpin sebuah parti pembangkang Isnin lalu, amat yakin bahawa kebenaran akhirnya akan terbongkar. "Malah kami telah meminta pandangan produser filem Yusri (gambar) daripada Studio KRU dan dia kata, adalah hampir mustahil untuk melakukan superimpose ke atas wajah seseorang dalam sebuah video yang bergerak.

"Lebih-lebih lagi rakaman video itu dibuat dari empat sudut yang berbeza, menjadikannya lebih sukar untuk seseorang melakukan superimpose wajah orang lain ke atas subjek berkenaan," katanya sambil menambah bahawa Yusri adalah seorang pakar dalam bidang teknologi canggih perfileman.

Shuib yang juga merupakan bendahari Perkasa telah dinamakan bersama-sama seorang ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah oleh bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik sebagai trio yang selama ini bergelar "Datuk T".

Mereka telah mendedahkan kandungan rakaman video berkenaan kepada wakil-wakil media terpilih termasuk wakil dari Harakah Isnin lalu. Shuib juga mendakwa, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali akan melakukan inisiatif untuk membentuk pasukan panel penyiasat untuk mengesahkan ketulenan rakaman itu.

Ibrahim pula ketika ditemui para pemberita di parlimen menjelaskan, apa yang dilakukan oleh Shuib adalah atas kapasitinya sebagai seorang individu dan tiada kena mengena langsung dengan Perkasa. "Tetapi saya puji mereka kerana berani mendedahkan kewujudan rakaman video klip tersebut," katanya.

Shuib, katanya lagi, telah tidak menghadiri mesyuarat Perkasa sejak enam bulan yang lalu kerana tidak sihat. Bagaimanapun kata Ibrahim, isunya di sini ialah bukanlah sama ada Shuib telah melakukan satu kesalahan atau tidak tetapi ialah sama ada orang yang muncul dalam pita rakaman itu adalah benar-benar orang yang dituduh.

"Jika anda lihat kes ini dari perspektif yang saya katakan itu maka apa yang telah dilakukan oleh Shuib dan rakan-rakannya wajar dihargai," kata Ibrahim. Ibrahim berkata, sebuah panel penyiasatan bebas wajar dibentuk kerana ini telah menjadi satu isu nasional dan beliau bersedia untuk duduk sebagai salah seorang ahli panel."Lagi ramai lagi bagus kerana kita hendak mencari kebenaran," katanya./Merdeka  Review

Panas!! Identiti Dato 'T' Telah Terbongkar..Ini Dia Orangnya..

Posted: 23 Mar 2011 06:30 AM PDT

Dato 'T'
Breaking News: Dato Shazril Eskay Abdullah is the Dato' T!  Bendahari PERKASA pun terlibat ??Rahim Thambichik juga terlibat ??? Pegang projek jambatan bengkok? Dengarnya Jambatan Bengkok tu projek Datuk T !!! Jom siasat !!!actually aku jumpa something dalam sebuah blog 'malaysian unpluge';harap boleh nilai sendiri, Aku copy and paste di bawah;

Who is Dato T? He is Dato Eskay.The guy who sue Dato Yahya Jalil on Jambatan Bengkok.Now case in High Court. Who book hotel room at Carcosa? RISDA. Who is the Chairman (of RISDA) ? Tan Sri Rahim Tamby Chik. Is the police involve? I am not sure. But the police officer invite Johari MP for Sungai Petani to Hotel Flamingo Ampang to view the Video. The IGP must come clean of this.Otherwise the police credibility at stake. Who is the other guy at Hotel Flamingo? Dato Shuib Lazim. He try to convince Johari to leave PKR.They promise him million.
WHO ARE THESE INDIVIDUALS?

Datuk Shazryl Eskay Abdullah



BACKGROUND:

".... Shazryl Eskay Abdullah, the plaintiff in the case had filed the suit in January 2002, claiming a breach of contract by defendants — Merong Mahawangsa Sdn Bhd and Datuk Yahya A. Jalil — for failing to pay him RM20 million after he had procured the project for them.

In the statement of claim, the plaintiff stated that Yahya, who is the executive director and major shareholder of Merong Mahawangsa, had enlisted his help to procure the project from the government and to secure a RM640 million foreign fund for the project.He claimed that the second defendant had sought his help for his "discretion and good relations" with the government.Shazryl said the second defendant suggested a RM20 million remuneration for his services, which has not been paid...." Read here for more


Tan Sri Rahim Tamby Chik, Chairman of RISDA


Background:
Tan Sri Rahim Tamby Chik is a former vice-president of the United Malays National Organization. He was aligned with Dr. Mahathir during the 1987 UMNO General Assembly. He was the chief minister of Malacca from 1982 to 1994. In 1994 Rahim was charged with statutory rape of a minor, however, the public prosecutor later withdrew the charge citing lack of evidence.[1] Opposition politician Lim Guan Eng was later charged with sedition for printing and distributing pamphlets containing details of the allegation against Rahim. (source: Wikipedia)


Johari Abdul, MP Sg Petani from PKR



Background:
Dato' Johari Abdul is a Malaysian politician and is currently the Member of the Parliament of Malaysia for the Sungai Petani constituency in Kedah, Malaysia. He is a member of the People's Justice Party (PKR) in the opposition Pakatan Rakyat coalition. Johari was elected to the Sungai Petani seat in the 2008 election, defeating Information Minister Zainuddin Maidin of the ruling Barisan Nasional coalition.He was previously a director of the National Civics Bureau.[3] He has a Master's degree in Strategic Studies from the University of Lancaster. (source: Wikipedia)


Dato Shuib Lazim - Treasurer of PERKASA

Di cilok dr edyesdotcom 

Taib Mahmud Suka Berbomoh?

Posted: 22 Mar 2011 11:00 PM PDT

BOMOH BERAMBUT PERANG RAZIAH 'MEMUKAU' TAIB!

Antara rahsia-rahsia yang kini mulai terbongkar pada masa regim Taib Mahmud yang kian roboh, salah satu perkara yang pelik adalah kebergantungannya selama ini kepada seorang bomoh wanita berambut perang yang dibekalkan oleh adiknya, Raziah! Sejak kematian isterinya Laila, Taib dikatakan semakin giat menggunakan perkhidmatan bomoh, dan menurut ahli keluarganya, Raziah telah mulai masuk campur dengan memperkenalkan bomoh wanitanya kepada abangnya itu.

"Seseorang yang memperkenalkan bomoh adalah seseorang yang lebih berkuasa", kata seorang pemberi maklumat kepada Sarawak Report, dengan merujuk kepada Raziah yang sedang mempergiatkan usahanya memperolehi kontrak-kontrak dan geran-geran tanah dari kerajaan negeri.

Seorang lagi pemberi maklumat kami memberitahu kami,"Ketua Menteri Sarawak yang sebenarnya adalah Raziah. Raziah telah menggunakan ilmu hitam ke atas saudaranya itu!"

Stella!

Stella, sebagaimana dia dikenali di kalangan keluarga Taib Mahmud, sebenarnya seorang rakyat Australia berketurunan Lebanon bernama Kharleen Tashman. Stella (yang dikatakan datangnya dari kaum gipsi di Sydney) telah dibawa masuk oleh Robert dan Raziah dalam tahun 2002 untuk menjadi penasihat peribadi ilmu hitam kepada Raziah!

Selepas itu, Raziah telah dengan cerdiknya mengembangkan kekuasaan ke atas Taib, dengan mengeksploitasi kesedihan Taib di atas kematian saudara kegemarannya, Arip, yang telah meninggal dunia akibat serangan barah paru-paru dalam tahun 2005. Menurut ahli keluarga mereka, Stella dikatakan telah 'memindahkan roh Arip' kepada Raziah, dengan mendakwa Raziah kini berkarisma seperti Arip!

Nampaknya Raziah telah berjaya meyakinkan Taib dengan mendakwa dirinya kini layak menggantikan Arip sebagai rakan-niaga dan perancang kepada Taib (dahulunya tugas tersebut dilaksanakan oleh saudara mereka, Onn Mahmud, yang kemudiannya telah bersengketa dengan Raziah dan ahli-ahli keluarga mereka yang lain).

Nasihat kerohanian membawa kebaikan kebendaan!

Mendiang Arip, sebagaimana yang telah dilaporkan di dalam Sarawak Report, telah memperolehi tanah-tanah yang amat luas yang diserahkan oleh Taib sejak tahun 2000, kebanyakannya adalah tanah-tanah NCR. Selepas itu Raziah telah berjaya menggantikan tempat mendiang. Data-data rasmi, yang kini didedahkan di dalam Sarawak Report, menunjukkan bahawa Raziah, di kalangan adik beradik Taib, telah memperolehi pegangan tanah negeri yang terluas sejak beberapa tahun ini – di mana menurut perkiraan kasar kami, keluasan yang sebesar pulau Singapura. Anak perempuan (Elia) dan suaminya (Robert Geneid) juga turut memperolehi beratus juta ringgit, berdasarkan jual-beli tanah-tanah, di mana kegiatan tiga beranak ini telah menimbulkan rasa cemburu di kalangan keluarga Taib Mahmud sendiri!

Ilmu Hitam

Sebelum ini kami pernah melaporkan mengenai ketaksuban Taib terhadap nasihat-nasihat bomohnya. Pemberi maklumat kami pernah menceritakan bagai mana rumah beliau di Demak Jaya yang dipenuhi dengan artifak-artifak yang berkaitan dengan ilmu hitam.

Menurut pemberi maklumat kami lagi, Stella senang dengan cara dia mempengaruhi Taib, dipermudahkan lagi kerana dia tinggal bersama keluarga Raziah, bersebelahan dengan kediaman Taib.

"Setiap awal pagi Stella akan datang ke laman rumah Taib untuk melakukan upacara mengusir mahluk-mahluk jahat" kata seorang lagi pemberi maklumat kami.

Seorang lagi kenalan rapat keluarga Taib juga memberitahu kami, "Ketamakan Taib semakin menjadi-jadi dibawah pengaruh Raziah. Dialah yang paling berkuasa di Sarawak, bukannya Taib. Taib telah dipukau. Dia telah berkuasa ke atas Taib sebaik sahaja Laila meninggal!"

Sebahagian dari keluarga Taib

Kehadiran Stella di beberapa majlis keluarga dan majlis-majlis kenalan rapat mereka dibuktikan dengan beberapa gambar, di mana dia sering diajak bergambar bersama keluarga itu. Pada majlis perkahwinan Elia pada tahun 2010, Stella juga turut dijemput duduk bersama-sama tetamu kehormat mereka. Malah Stella juga turut menghadiri Pertunjukan Fesyen Pakaian Islam di Monaco, yang dibiayai oleh Taib bagi pihak isteri PM, Rosmah Mansor, sebagai suatu cara meyakinkan Najib menjelang pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak kini.

Penasihat termahal kepada Ketua Menteri!

Amaun upah yang diterima Stella amatlah menakjubkan ketika dia berada di kemuncak kegiatan kebomohannya. Biasanya dia akan menerima upah sebanyak RM10,000 sekali dalam dua bulan. Setelah mendapat upah dia akan kembali ke Sydney. Malah, kami juga diberitahu, bahawa ibu kepada empat orang anak itu telah menerima setengah juta ringgit sebagai upah perkhidmatan-perkhidmatannya!

Namun, segala semua yang baik pastinya akan berakhir, dan kami difahamkan bahawa bomoh wanita telah kelihatan cuba campur tangan dengan keluarga semasa kematian Laila Taib, yang kemudiannya telah mengakibatkan hubungannya menjadi renggang dengan anak-anak Taib.

Kharleen Tashman, telah digantikan dengan seorang lagi wanita Lebanon, yang lebih berkuasa dan lebih menarik – kami difahamkan bahawa wanita berkenaan juga diperkenalkan kepada Taib oleh adiknya Raziah!

Hubungan keluarga Geneid dengan isteri muda Taib

Kami sebenarnya merujuk kepada Ragat Waleed al Kurdi, isteri muda Ketua Menteri. Ketika Taib mula berkhidmat sebagai menteri ketika Ragat dilahirkan, maka ianya merupakan sesuatu yang bermisteri kepada orang lain. Namun, Sarawak Report, menerusi maklumat dari sumber dalaman yang amat dekat dengan keluarga Taib, mengatakan bahawa Ragat sebenarnya anak saudara kepada Robert Geneid, iaitu suami Raziah!

"Taib telah terpukau oleh Rosie (Raziah), dialah yang mengawal segalanya. Dialah yang mengawal semua kontrak dan tanah-tanah yang diserahkan", rungut seorang ahli keluarga Taib yang menyuarakan rasa cemburunya terhadap adik bongsu Taib itu.

Langkah bijak Raziah?

Motif Raziah memperjodohkan abangnya berkahwin semula selepas kematian isterinya Laila tidaklah sukar untuk diteka. Keluarga Taib Mahmud telah semakin terdesak dengan usia abang mereka itu yang semakin meningkat, bagi memanjangkan lagi tempoh kekuasaan mereka di Sarawak dan bagi menentukan pengganti itu harus datang dari darah daging keluarga mereka sendiri (terdahulu dari ini, Taib telah dilaporkan membuat Najib marah pada senarai 10 orang ahli keluarganya untuk bertanding nanti).

Namun, Raziah telah diketahui beriya sangat untuk memantapkan pengaruh keluarga Geneid untuk masa depan Sarawak. Bagi suaminya, Robert Geneid, yang merupakan anak seorang penaja buah-buahan yang tidak mempunyai asas-asas perniagaan, perkahwinan anak saudaranya (Ragad) sudah pastinya akan mencerahkan peluangnya untuk berkuasa ke atas segala kemewahan dan kepentingan perniagaan di Sarawak sejak dia mengahwini adik Ketua Menteri itu.

Jika BN masih lagi diberikan peluang untuk menang pada pilihanraya kali ini, maka inilah orang-orang yang akan mengawal masa depan Sarawak, kata amaran dari salah seorang pemberi maklumat kami. Namun, pasangan suami-isteri yang telah diketahui sedang menunggu peluang untuk berkuasa itu akan mendapati calon isteri abang mereka itu adalah lebih sesuai dari bomoh Kharleen Tashman. Tetapi, jika mereka ingin mengubah fikiran nanti, adakah mudah bagi mereka untuk melucutkan jawatan Ragad?/Sarawak Report


Panas !! Najib Dan Muhyiddin Mahu Singkir Taib Mahmud

Posted: 22 Mar 2011 06:00 PM PDT

NAJIB DAN TIMBALANNYA DATANG KE SARAWAK UNTUK MELUCUTKAN TAIB DARI JAWATANNYA – EKSKLUSIF

Sarawak Report merasa amat bertuah kerana berpeluang mendapat maklumat daripada orang dalaman BN di KL, yang menyatakan bahawa Najib Razak dan timbalannya, Muhyiddin Yassin, datang melawat Sarawak bukannya untuk memberi sokongan kepada Taib, tetapiInilah sebabnya lawatan serentak yang belum pernah dilakukan oleh dua ketua negara ke negeri Sarawak.

"Seorang memegang pistol dan seorang lagi memegang keris sambil berkata 'kini sudah tiba masanya untuk kamu berundur. Kami sudah tidak dapat berkompromi dengan kamu lagi, kamu harus umumkan keputusan sekarang atau lihatlah nanti!" kata sumber kami tersebut

Veteran yang berusia 74 tahun yang telah memerintah selama 30 tahun itu telah berjaya mendapat penangguhan dari kedua-dua ketua negara itu – atas dasar bahawa dia bersetuju untuk mengadakan pilihanraya secepat mungkin dan meletakkan jawatannya sebaik sahaja 'tempoh peralihan' dapat ditubuhkan oleh penyandangnya yang sesuai. 

Menurut sumber kami itu, Ketua Menteri, yang telah banyak kali enggan mengundur diri sehingga suatu masa yang difikirkannya selamat untuknya menjaga kekayaannya, telah menimbulkan rasa marah rakan-rakannya dalam BN di KL dengan caranya melewat-lewatkan pilihanraya. Mereka khuatir beliau akan bertahan hingga ke saat-saat akhir, yang sudah pastinya akan memburukkan lagi keadaan.

"Kini dia siap" – bukti yang memusnahkan dari pasukan rahsia BN!

Sumber kami mengesahkan bahawa masalah utama bagi Taib dibuktikan dengan kemerosotan sokongan pengundi, sebagaimana diperolehinya pada keputusan pengundian secara rahsia yang dilakukan. Maklumat sedemikianlah yang menyukarkan pihak BN untuk menyembunyikan.

Walaupun menampakkan wajah berani dan secara berterusannya mengeluarkan kenyataan-kenyataan umum bahawa Taib 'tidak boleh kalah', namun pihak BN di peringkat persekutuan begitu yakin bahawa Taib pastinya akan kecundang teruk dan pastinya akan kehilangan kerusinya.

Pemberi maklumat kami itu, yang begitu rapat dengan tokoh-tokoh utama dalam BN, mengatakan bahawa Jabatan Maklumat Taib telah membuat pengundian rahsia secara menyeluruh sejak beberapa bulan yang lalu. Sampel-sampel pengundian rahsia yang melibatkan sekurang-kurangnya 2,000 orang pengundi dari setiap kawasan pilihanraya dan mendapati keputusannya sungguh menggerunkan BN.

Pihak kami telah diberitahu bahawa keputusan persampelan itu menunjukkan parti PBB Ketua Menteri itu sendiri akan kehilangan 'sekurang-kurangnya' 14 dari 30 kerusinya dan parti SUPP pimpinan George Chan akan kehilangan sehingga 90% undi semasanya, iaitu sejumlah 17 daripada 19 kerusi! Parti SPDP pimpinan William Mawan dan PRS pimpinan James Jemut Masing juga akan kehilangan satu kerusi tiap-tiap satunya. "Kerusi-kerusi tersebut berada pada kawasan hitam, bukan kawasan kelabu", kata sumber kami itu, maknanya kali ini BN pastinya akan kalah teruk. BN akan menerima hakikat bahawa parti-parti yang ada sekarang akan kehilangan sekurang-kurangnya 33 daripada 70 kerusi dan keputusan sebenar nanti mungkin lebih teruk dari itu.

Pandangan-pandangan yang mengatakan bahawa pihak pembangkang yang dikatakan akan menafikan BN dengan majoriti dua-pertiga di Sarawak sekarang nampaknya ketinggalan zaman, jika berdasarkan perangkaan yang diperolehi. Pihak BN sendiri dikatakan akan dilanda tsunami perubahan dan mereka akan mengutuk Taib Mahmud atas kecundangnya "simpanan tetap" mereka itu.

Pihak SPRM sedang menunggu masanya sehingga selepas pilihanraya!

Sarawak Report percaya bahawa penggunaan pendekatan menyuntikkan maklumat rahsia oleh penokong-penyokong setia BN, walaupun kritikan-kritikan berterusan kami ke atas kerajaan BN Sarawak, adalah merupakan suatu sebab mengapa tokoh-tokoh BN di peringkat Kerajaan Persekutuan mulai menjauhkan diri mereka

Sejak beberapa lama Taib telah berada begitu kukuh di kalangan para pemimpin di Malaysia, tetapi kini para pemimpin BN pusat terpaksa membuat beliau tunduk kerana memandangkan kemerosotan popularitinya.

Kemarahan dan kebencian sebenar ke atas ketamakan dan sifat kleptokrasi Taib selama ini telah memburukkan lagi rekod jenayah rasuah BN. Sesungguhnya, kami telah dimaklumkan bahawa usaha-usaha telah dijalankan untuk menjejak dan mengambil balik aset-aset Taib di luar negara hasil dari kecurian dan rompakan yang dilakukannya selama ini.

"Kini habislah dia. Ini bukannya persoalan perletakan jawatannya, tetapi ini adalah persoalan bahawa dia akan didakwa atas kesalahan rasuah. Pihak SPRM menunggu sehingga selesainya pilihanraya" Sarawak Report diberitahu.

Rancangan keluar Taib kini telah disekat, sebagaimana disahkan, yang akan memburukkan lagi tekanan antara kerajaan-kerajaan Persekutuan dan Negeri. Strategi Ketua Menteri itu untuk mengundur diri, yang dirancangnya pada tahun lepas, adalah untuk menerima perlantikan sebagai Tuan Yang Terutama, sebagai suatu helahnya untuk memperolehi kekebalan daripada didakwa. Tetapi Najib menafikannya. Akibatnya, penangguhan pilihanraya oleh Taib bagi membolehkannya mencari opsyen-opsyen baru telah menyebabkan krisis yang ada sekarang.

Tiada lagi laluan selamat untuk Taib

Strategi semasa Ketua Menteri itu adalah untuk mempastikan bahawa beliau diganti oleh seseorang yang liat dan beliau telah banyak kali memaksa KL untuk merestui pengganti pilihannya, Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber. Awang Tengah kini sedang membina sebuah kediaman yang amat besar di Kuching, suatu simbol kekayaan yang digemari oleh Taib sebagai menjadikannya kelihatan selari dengan gaji besar seseorang ahli politik!

Namun KL telah berkeras mencadangkan Taib diganti oleh Abang Zohari Tun Openg, yang menurut mereka, merupakan seorang ahli politik yang memiliki kejujuran dan kesopanan. Namun Taib seringkali menafikan Abang Zohari. Kami juga diberitahu, bahawa tetamu-tetamu dari Persekutuan itu telah kecewa dengan calon bakal pengganti yang dikemukakan oleh Taib pada hujung minggu lepas. Taib dikatakan telah menyediakan suatu senarai sepuluh calon yang terdiri dari ahli-ahli keluarga terdekatnya. Namun Najib dan timbalannya yang gagah itu mengarahkannya untuk melupakan senarai nama calon-calon pilihannya itu.

"Hubungan dengan KL kini semakin busuk"

Jadi, mereka berpura-pura tersenyum di hadapan kamera. Tetapi di belakang kamera kita tahu bahawa gambarannya adalah krisis dalaman BN, pada masa mereka melaung-laungkan tuduhan melulu bahawa pihak pembangkang kian bersengketa menjelang pilihanraya.

Dengan keadaan ahli-ahli politik tempatan yang kebanyakannya berdiam diri kerana gerun dengan reputasi garang Taib, beliau membuktikan kepada Najib bahawa penggantiannya adalah sukar dilakukan sebelum pilihanraya. Namun, BN telah menyedari bahawa beliau sebenarnya akan kalah, seorang yang malang yang mereka benci dan seorang yang malang yang ingin mereka jadikan sebagai contoh dan tauladan.

Dan dalam masa beberapa minggu yang akan datang, KL kini mencari jalan keluar dan ingin melihat suatu imej yang bukannya Taib dan semua "bagasinya'. Namun, setelah mereka bertoleransi dengan kecurian dan rompakan yang dilakukan oleh Rajah Berambut Putih Sarawak itu, mereka akan mengalami kesukaran untuk menjernihkan pandangan para pengundi mereka!/Sarawak Report

Tiada ulasan: