Ahad, 20 Mac 2011

shalehudin

shalehudin


Muhyiddin wajib baca nih

Posted: 20 Mar 2011 02:00 AM PDT

Mimpi ngeri nuklear Jepun

PEMBUNUHAN Alexander Litvinenko, 44, pada penghujung tahun 2006 menjadi kisah sensasi dunia perisikan. Litvinenko, seorang ejen badan perisikan Rusia, KGB, jatuh sakit pada 1 November 2006 selepas makan di sebuah restoran sushi di London. Dia baru sahaja menerima bukti tentang satu kes pembunuhan lain semasa makan di situ.

Pada 3 November, kesihatan Litvinenko bertambah buruk dan dia terpaksa dikejarkan ke Hospital Barnet di London. Pihak berkuasa Britain mengenal pasti bahawa Litvinenko telah diracun menggunakan bahan radioaktif polonium-210.

Gambarnya di hospital menunjukkan dia berkepala botak dan kelihatan tenat. Dia meninggal dunia tiga minggu kemudian.

Pembunuhan Litvinenko dikatakan mirip kisah dalam filem Hollywood bahkan ia didakwa sengaja dirancang oleh pihak berkuasa Rusia sendiri.

Insiden yang dialami Litvinenko boleh dikatakan merupakan kes keracunan bahan radioaktif terbaru yang menarik perhatian dunia sebelum beberapa siri letupan loji nuklear berlaku di Jepun lebih seminggu lalu. Loji nuklear Fukushima Daiichi meletup selepas utara Pulau Honshu dilanda tsunami sekali gus mendedahkan penduduk Negara Matahari Terbit itu kepada radiasi yang dikhuatiri boleh mengancam nyawa.

Radiasi boleh ditemui secara semula jadi di persekitaran hidup manusia. Haba, cahaya dan ketuhar mikro semuanya menghasilkan radiasi tetapi tidak berbahaya kepada tubuh manusia.

Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (AS), kira-kira 80 peratus radiasi datang daripada sumber semula jadi manakala selebihnya daripada sumber buatan manusia terutama mesin sinaran X di hospital.

Semasa letupan nuklear, manusia terdedah kepada jumlah radiasi yang tinggi dalam tempoh yang singkat dan boleh menyebabkan sindrom radiasi akut.

Bagaimanapun, insiden di Fukushima dikatakan tidak memberi kesan langsung kepada penduduk Tokyo apatah lagi Malaysia yang terletak sejauh 6,000 kilometer dari Jepun.

KEROSAKAN teruk pada bangunan loji nuklear yang meletupkan reaktor akibat tsunami menjadi kebimbangan Jepun dan negara serantau.

Ini diakui oleh Ketua Program Sains Nuklear, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Redzuwan Yahaya.

Redzuwan yang lebih suka menggunakan perkataan sinaran berbanding radiasi memberitahu, sinaran nuklear tersebut tidak mendatangkan kesan terhadap manusia seperti kebarangkalian mendapat kanser dan menyebabkan kematian.

"Bagi rakyat di Jepun, sinaran tersebut tidak berbahaya kerana penyebarannya adalah kecil. Inikan pula kita yang berada jauh di Malaysia," katanya kepada Jurnal.

Tahan 30 tahun

Menurutnya, sememangnya sinaran nuklear tersebut akan tersebar dan wujud di udara dalam tempoh masa yang lama tetapi ia tidak memberikan kesan. Sebagai contoh, bahan radioaktif paling berisiko daripada 250 bahan radioaktif lain seperti caesium dan strontium.

Dua bahan radioaktif ini dikatakan jika tersebar di ruang udara mampu bertahan selama 30 tahun.

Namun di Jepun, kesan sinaran nuklear yang tersebar hanya diibaratkan seperti rakyatnya menjalani satu rawatan sinaran X. Itu pun jika mereka duduk di luar sepanjang hari untuk beberapa hari tanpa perlindungan.

SEORANG petugas perubatan menggunakan alat pengukur radiasi Geiger di Niigata, Jepun pada 16 Mac lalu.

Bagaimanapun, Redzuwan yang berpengalaman selama hampir 20 tahun mengajar dalam bidang sains nuklear juga tidak menolak sinaran nuklear pada paras tertentu boleh membahayakan kesihatan dan nyawa manusia.

Antara yang mungkin terjadi, jika kesan sinaran berukuran 100 rems, ia akan merosakkan sistem peredaran darah dan menyebabkan sel limposit dalam darah berkurangan.

"Pendedahan kepada sinaran berukuran 200 rems pula akan mengakibatkan keguguran rambut dengan cepat, kerosakan saluran usus yang menyebabkan mual, muntah-muntah dan cirit birit," katanya.

Mandul

Pada kekuatan ini juga ia boleh menjejaskan sistem peranakan wanita.

Ujarnya, sinaran nuklear yang berukuran 1,000 rems pula akan mengakibatkan kerosakan pada pembuluh darah.

Bagi mereka yang terdedah secara langsung terhadap sinaran berukuran lebih 5,000 rems pula akan menyebabkan sel otak rosak. Lebih teruk lagi, ia boleh menyebabkan perubahan pada asid deoksiribonukleik (DNA) sehingga menyebabkan kematian.

Ulasnya, disebabkan itu pekerja yang bekerja di kawasan teknologi nuklear untuk tempoh masa yang lama akan dipindahkan ke bahagian dalam pejabat bertujuan untuk menghilangkan atau mengurangkan kesan sinaran yang mungkin terkena semasa bekerja.

Redzuwan juga menolak kemungkinan kesan sinaran di Jepun akan meningkat dan menyamai kesan sinaran akibat letupan kuat loji nuklear Chernobyl di Ukraine pada 26 April 1986.

FUKUSHIMA merupakan wilayah paling aktif dengan industri nuklear di Jepun.

Tragedi Chernobyl menyebabkan 32 orang terbunuh akibat kesan langsung keracunan radiasi sementara 8,000 yang lain mengalami kesan pencemaran radioaktif akibat bahan radioaktif tersebar ke udara sehingga ke barat Eropah.

"Kebiasaannya kesan radioaktif hanya berlaku di kawasan lingkungan yang terlibat malah kesan tersebut tidak akan mencecah tahap yang lebih tinggi kerana Jepun telah pun melakukan tindakan bagi menyejukkan loji jana kuasa nuklear yang lebur dengan mencurahkan air laut ke dalam loji dengan menggunakan helikopter," katanya.

Menerangkan lebih lanjut mengenai loji nuklear tersebut, Redzuwan memberitahu, apabila loji nuklear tersebut lebur ia akan mengeluarkan tiga jenis bahan radioaktif ke udara iaitu caesium, iodin dan strontium.

Ulasnya, selepas seminggu letupan itu berlaku, loji nuklear tersebut masih panas ibarat seperti memasak 620,000 biji telur dalam masa tiga minit sekali gus menyebabkan penyebaran sinaran nuklear. Namun begitu, Jepun sedang bertungkus-lumus berusaha untuk menyejukkan loji nuklear tersebut.

Tahniah... ya, ya, tahniah... ya, ya, tahniah... haha...

Posted: 20 Mar 2011 12:28 AM PDT

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud (kiri) bersalaman dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada Sabtu.

Odyssey Dawn terhadap Libya

Posted: 19 Mar 2011 06:57 PM PDT

Kapal USS Barry melepaskan peluru berpandu Tomahawk ke arah Libya dari Laut Mediterranean, sebahagian daripada misi Odyssey Dawn semalam. — Foto Reuters

Libya diserang, 110 peluru berpandu dilancar

Penyokong Muammar Gaddafi membawa bendera Libya di pekaranagn kediaman pemimpin itu di Tripoli selepas tentera perikatan menyerang negara itu. — Foto Reuters

TRIPOLI, 20 Mac — Tentera perikatan Amerika Syarikat dan Eropah melancarkan tindakan ketenteraan — dinamakan operasi Odyssey Dawn — ke atas Libya semalam (tengah malam dan awal pagi ini, waktu Malaysia) untuk memaksa Muammar Gaddafi menghentikan serangan ke atas rakyatnya sendiri, sekali gus meninggalkan tampuk kepimpinan.

Kempen perikatan itu dilihat sebagai yang terbesar sejak Perang Iraq hampir lapan tahun lalu. Ekoran serangan itu, televisyen kerajaan Libya melaporkan negaranya "diceroboh musuh".

Pesawat-pesawat perang melepaskan serangan pertama dengan memusnahkan kereta kebal pasukan tentera kerajaan di Benghazi, sebelah timur Libya.

Selain Amerika Syarikat, perikatan Barat itu terdiri daripada Britain, Perancis, Kanada dan Itali.

Beberapa jam kemudian (awal pagi ini waktu Malaysia), kapal perang dan kapal selam Britain dan Amerika Syarikat melancarkan lebih daripada 110 peluru berpandu ke atas pangkalan pertahanan udara di sekitar Tripoli - ibu negara Libya dan bandar raya Misrata di sebelah barat, yang dikuasai tentera Muammar.

Pentagon berkata operasi ini diadakan untuk menguatkuasakan resolusi PBB yang mengenakan zon larangan terbang dan apa jua pendekatan bagi menghentikan tindakan ketenteraan Muammar di negaranya ekoran kebangkitan rakyat yang berlarutan sejak sebulan lalu.

Resolusi itu diluluskan tiga hari lalu.

Malah serangan ini dilancarkan beberapa jam selepas perikatan itu dan negara Arab mengadakan mesyuarat khas di Paris semalam.

"Ini bukan hasil yang Amerika Syarikat atau mana-mana rakan kami mahukan," kata Presiden Barack Obama yang sedang mengadakan lawatan ke Brazil.

"Kita tidak boleh berdiri begitu sahaja apabila seorang penzalim memberitahu rakyatnya bahawa tidak ada belas kasihan," kata beliau.

Tidak sampai dua jam selepas Obama mengeluarkan kenyataan itu, Muammar pula muncul di televisyen sambil merayu kepada negara-negar Arab dan Amerika Latin supaya "berdiri bersama rakyat Libya, menentang pencerobohan ini yang tidak akan membawa apa-apa kesan, sebaliknya menjadikan rakyat Libya lebih kuat dan bersatu."

Di Washington, Laksamana Muda William E. Gortney berkata, peluru berpandu dilepaskan daripada beberapa kapal pemusnah Amerika Syarikat dan juga kapal-kapal selam serta satu daripada milik Britain.

Katanya, serangan itu mengenai lebih daripada 20 lokasi tentera udara Libya sepanjang kawasan pantai Mediterranean dan sebelah barat.

Katanya, serangan ini hanya bahagian pertama siri kempen mereka dan lebih banyak serangan sudah dirancang.

Kapal Amerika Syarikat yang terlibat termasuklah USS Barry, USS Stout, USS Providence, USS Scranton dan USS Florida manakala satu kapal selama Britain Westminster.

Dalam pada itu, laporan terbaru pagi ini menyebut Libya mahu Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar ekoran serangan Barat sejak semalam.
Laporan stesen televisyen Al Jazeera dan Al Arabiya yang menyiarkan harapan itu tidak memberi sumber bagi berita tersebut.

Perkasa Libya digunakan Gaddafi sebagai benteng

Posted: 19 Mar 2011 05:38 PM PDT

Penduduk Benghazi, sebelah timur Libya, bergegas meninggalkan kawasan itu ke arah bandar Tobruk ketika diserang tentera penyokong Muammar Gaddafi, semalam. — Foto Reuters

Jelas bagi mana mana diktator dunia sekalipun, rakyat akan dipergunakan sebaik mungkin untuk mempertahankan pemimpin kuku besi kononnya masih kukuh atas dokongan kuat rakyat. Padahal ia masih dibangku pemerintahan hasil dari salah guna wang rakyat mempersiapkan kuasa ketenteraan dan sekarang menyalahgunakan kelengkapan tentera itu pulak menghenyak rakyat sendiri.

Pemimpin Libya Muammar Gaddafi berkata beliau akan menghimpunkan rakyatnya untuk mempertahankan negara itu daripada serangan perikatan Barat, yang beliau melabelkan sebagai "penjajah, penceroboh."

Tentera perikatan melancarkan serangan sejak lewat semalam dengan melepaskan lebih 100 peluru berpandu.

"Kini perlu untuk membuka semua gedung dan membekalkan rakyat dengan senjata, dengan segala jenis senjata, untuk mempertahankan kemerdekaan, perpaduan dan maruah Libya," kata Muammar dalam ucapannya yang disiarkan menerusi televisyen beberapa jam selepas serangan itu.

Kahkahkah... Makna Umno, tidur Umno, berak Umno, kencing Umno, cakap Umno, senyum Umno, kentut Umno... kahkahkah...

Posted: 19 Mar 2011 05:12 PM PDT

Macam budak budak la korang ni, berkelahi sikit mengacum kat mak... kahkahkah...

Zaid Ibrahim buat laporan polis dakwa diugut Karpal Singh
March 19, 2011

KOTA BAHARU, 19 Mac – Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim hari ini membuat laporan polis mendakwa diugut Pengerusi DAP Karpal Singh berhubung kenyataannya menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyerahkan sampel DNA tanpa perlu menunggu perintah mahkamah dalam perbicaraan kes liwat.

Zaid, yang diiringi beberapa penyokongnya, membuat laporan itu di Balai Polis Kota Baharu pada 9.36 pagi.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau mendakwa laporan tersebut dibuat berikutan ugutan Karpal menerusi kenyataan di beberapa portal dan akhbar iaitu Malaysiakini, Malaysian Insider dan The Star.

"Saya mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa ugutan Karpal Singh ini mendatangkan satu ancaman yang sangat serius ke atas keselamatan saya, sekaligus menyebabkan saya berada dalam keadaan ketakutan, sedangkan nasihat saya kepada Anwar dibuat secara baik, malah turut dibuat pelbagai pihak lain.

"Perbuatan mengugut adalah satu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan. Saya meminta polis membuat siasatan ke atasnya dan meminta polis melindungi keselamatan saya," katanya.

Zaid juga berkata Anwar tidak perlu takut jika dia tidak bersalah.

"Pemimpin seperti Anwar ini cakap bergetar (lantang), oleh itu, saya hanya cadangkan beliau tidak berselindung dari segi teknikal," katanya. – Bernama

Man U 1 - 0 Bolton

Posted: 19 Mar 2011 05:01 PM PDT

Pemain Manchester United, Dimitar Berbatov (atas), melompat selepas berjaya memperdaya penjaga gol Bolton Wanderers, Jussi Jaaskelainen (bawah), dalam Liga Perdana Inggeris, di Stadium Old Trafford, Manchester, sebentar tadi. Manchester menang 1-0 - Foto AP

1Malaysia: Tulus atau telus?

Posted: 19 Mar 2011 04:23 PM PDT


Wira Arjuna
Pendedahan bahawa 35 ribu naskhah terjemahan alkitab Injil dalam bahasa Melayu ditahan di Pelabuhan Kelang dan Pelabuhan Kuching menjadi ujian terbaru kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan pimpinannya untuk mengotakan gagasan 1Malaysia.

Jelas, penahanan kitab suci Krisitian itu tidak diambil kira dalam skrip yang digubal oleh syarikat- yarikat perunding seperti Apco dan Mckinsey untuk "menjual" Najib sebagai berjiwa Malaysia dan pelindung hak penganut semua agama.

Jika skrip itu, yang disusun teliti dengan upah yang lumayan, dituruti tanpa rintangan, maka Najib dan BN sudah lama mencapai matlamat menjadikan konsep 1Malaysia senjata politik paling berkesan untuk meraih semula kepercayaan rakyat.

Ini kerana semua lapisan masyarakat, Melayu dan bukan Melayu, menerima kesan buruk sekian lama daripada dasar- dasar Umno-BN yang akhirnya hanya memperkayakan ahli kerabat pemimpin dan sahabat handai mereka.

Manusia merancang namun Tuhan menentukan...setiap kali Najib dilihat maju satu, dua langkah ke depan dalam perang untuk menawan hati rakyat, timbul pendedahan yang membongkar tembelang kepimpinan sebenar beliau.

Penahanan 30,000 naskhah alkitab Injil di Pelabuhan Kuching sejak awal tahun ini dan 5,000 lagi di Pelabuhan Kelang sejak 2009 semata- mata kerana ia berbahasa Melayu menempelak gagasan 1Malaysia dan kebebasan beragama yang dijamin di bawah Perlembagaan.

Pejabat Perdana Menteri membisu seribu satu bahasa. Begitu juga dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Turut bungkam adalah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini tidak pernah melepaskan peluang untuk membidas Pakatan Rakyat walaupun berada di luar negara.

Terus bungkam

Namun, seperti Najib dan Hishamuddin, beliau juga membisu seribu bahasa atas isu yang melibatkan kepentingan awam, khususnya masyarakat Kristian.

Mungkinkah sikap bungkam "pejuang-pejuang' ini kerana masih "mencongak" kelebihan atau dividen politik yang bakal diperolehi sekiranya sesuatu keputusan diambil?

Dalam maksud lain, nampaknya pendekatan yang diguna-pakai Najib serta Umno-BN pimpinannya, yang menjadi paksi kepada keputusan adalah bukan apa yang wajar tetapi apa yang boleh mendatangkan kelebihan dari sudut kertas undi.

Sekian lama, kerajaan Umno-BN menjadikan aspek ini asas dalam segala pertimbangannya. Lebih-lebih lagi kerajaan sekarang.

Oleh kerana bimbang sokongan akan merudum, sama ada dari orang Melayu mahupun bukan Melayu, maka Umno-BN mencari pelbagai helah untuk menunda merungkai isu- isu yang membabitkan kepentingan rakyat.

Akibat terjebak dalam politik perkauman, Umno-BN memastikan isu penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan Kristian terus dibelit birokrasi mahkamah walaupun sudah lama berlarutan.

Media arus perdana pula diperalatkan untuk menutup arahan pegawai khas perdana menteri supaya tidak ada nyanyian lagu suci atau simbol nabi Isa ketika perdana menteri menghadiri majlis rumah terbuka Hari Natal tahun lalu.

Lesen judi

Lesen perjudian baru dikatakan dikeluarkan kepada syarikat milik seorang jutawan Cina tetapi kemudian ditarik balik selepas rakyat beragama Islam dan bukan Islam sama-sama membantah tindakan itu.

Sekali lagi soal sokongan politik menjadi asas pertimbangan proses membuat keputusan, bukannya halal haram judi atau pun kesan amalan itu ke atas masyarakat.

Pada masa sama, untuk mengimbangi pemberian ratusan ribu sijil kewarganegaraan kepada penduduk Cina dan India, perdana menteri memupuk hubungan dengan pertubuhan bukan kerajaan Melayu tegar seperti PERKASA.

Politik perkauman sempit dimainkan menerusi PERKASA dan Datuk Ibrahim Ali serta satu lagi senjata yang masih bisa iaitu Tun DrMahathir Mohamad.

Semuanya untuk memastikan Umno terus didukong sebagai pelindung agama Islam, institusi Raja dan pejuang hak-hak keistimewaan orang Melayu.

Strategi ini dilaksanakan secara licik – ibarat lontar batu, sembunyi tangan.

Masyarakat umum yang bergantung kepada media arus perdana semata- mata pula ibarat tangan kanan yang tidak tahu perlakuan tangan kiri iaitu Umno-BN.

Strategi ini amat berbahaya dan tidak menghairankan, ketegangan kaum semakin dirasai. Kecurigaan dan prasangka antara kaum ini adalah terjemahan program- program tajaan Najib yang berselindung di sebalik topeng 1Malaysia.

Apabila berita penahanan alkitab Injil, arahan-arahan pegawai perdana menteri kepada gereja, kenyataan rasis Menteri Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar (hanya beberapa contoh) dilaporkan menerusi portal- portal berita di Internet, skrip yang digubal begitu teliti oleh Apco dan Mckinsey mula kelihatan rapuh dan tidak lebih daripada gimik politik.

Politik perkauman yang mewarnai pemerintahan Umno-BN masih dan amat menebal sekali di jiwa Perdana Menteri Najib Razak dan menteri- menteri Umno.

Tiada ulasan: