Briged Al-Akhdor LR2 |
Gaji Menteri Malaysia (VVIP) VS Rakyat Malaysia Posted: 20 Mar 2011 05:49 AM PDT Jika tahun 1980 Gross Domestic Product bagi Malaysia adalah sama dengan Korea Selatan. Kalau tanya sekarang? Sekarang sudah jauh berubah yang mana Malaysia di mana nisbah GDP Malaysia dengan Korea adalah 1:2. Vietnam? Erm….Vietnam pun pada masa itu tak sampai 1% pun. Sekarang Vietnam sedang giat memacu ekonomi mereka yang mana pelaburan luar Malaysia dan Vietnam sudah pun hampir sama iaitu sekitar RM8 billion dan tidak mustahil Vietnam bakal jauh ke hadapan daripada segi jumlah pelaburan luar. Kalau dahulu 35% daripada pelaburan luar di Asia Tenggara ini masuk ke Malaysia.
Adakah kita sudah selesa dengan keadaan sekarang. Sekarang ini, kepercayaan penuh diberikan kepada Kerajaan Malaysia diharap dapat memacu ekonomi seperti yang kita nikmati dahulu. Diharap, jangan ada cakap-cakap 20 tahun lagi, kita masih menang dengan timor leste dan setaraf dengan Zimbabwe. (Harap-harap dijauhkan sekali). Memang harus diakui pendapatan rakyat Malaysia sekarang ini semakin kecil nilai. Sepatutnya kerajaan dah mula dan patut menyasarkan industri yang berpendapatan besar. Manufacturing dah tak boleh hidup sangat disebabkan kos tidak mampu menyaingi negara China dan Vietnam. Pasti akan ada yang mempersoalkan tentang,
Mudah sahaja. Satu perkataan yang terbaik untuk jawapan kepada persoalan ini. PENINGKATAN. Takkan kita hanya nak ikut Singapura apabila sebut bab subsidi minyak sahaja semasa ingin menaikkan harga minyak. Sekarang ini kita bercakap kedudukan ekonomi Malaysia jika dibanding dengan Singapura contohnya. Kalau dahulu ekonomi Malaysia di mana? Singapura? Sekarang ini, Singapura sudah bergerak jauh ke hadapan disebabkan PENINGKATAN daripada segi mereka berjaya memacu ekonomi mereka.
Malaysia perlu berusaha lebih gigih untuk melonjakkan ekonomi negara dalam usaha menjadi negara berpendapatan tinggi, setanding dengan negara maju yang lain. Kesempatan ini mari kita lihat gaji menteri Malaysia serta Ahli Parlimen di Malaysia. Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005.
P/S : Kalau kita nak berubah ke arah lebih baik, kita mestikan menjadikan negara yang lebih baik sebagai satu negara yang boleh dijadikan contoh. Pastinya kerajaan Malaysia mempunyai mekanisme terbaik untuk memacu ekonomi Malaysia seterusnya mampu meningkatkan pendapatan rakyat di Malaysia. PP/S : Satu sahaja ingin dikatakan di sini, mungkin pahit untuk ditelan. Malaysia sebenarnya "kaya" dan Malaysia boleh maju juga jikalau pemimpin tidak rasuah, ikhlas berkhidmat untuk rakyat dan bukannya disebabkan kuasa semata-mata. |
You are subscribed to email updates from Briged Al-Akhdor LR2 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan