Jumaat, 18 Mac 2011

shalehudin

shalehudin


Flip flop jugak Gaddafi ni yerk... kahkahkah...

Posted: 18 Mar 2011 08:53 AM PDT

Libya isytihar gencatan senjata

TRIPOLI: Menteri Luar Moussa Koussa berkata Libya mengisytiharkan gencatan senjata segera dan menghentikan semua operasi ketenteraan.

Keputusan itu dibuat selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan resolusi pelaksanaan zon larangan terbang dan membenarkan "segala tindakan perlu" bagi melindungi rakyat Libya, termasuk serangan udara.

Koussa berkata, gencatan senjata itu akan "membawa negara kembali selamat" dan memastikan keselamatan semua rakyat Libya.

Namun, beliau menyelar kelulusan tindakan ketenteraan antarabangsa yang disifatkan sebagai mencabuli kedaulatan Libya. - AP

Peluang Chelsea balas dendam...

Posted: 18 Mar 2011 08:52 AM PDT

Misi balas dendam Chelsea... kahkahkah...

Nuklear: Malaysia berpantang undur sebelum ajal... kahkahkah...

Posted: 18 Mar 2011 07:00 AM PDT

Krisis Nuklear : Malaysia Tetap Akan Bina Loji Nuklear


Meskipun Jepun menghadapi kemungkinan krisis nuklear, namun perkembangan itu tidak membantutkan niat Malaysia daripada meneruskan cita-cita nuklearnya dengan membina dua pusat loji yang mampu menjana 1,000 megawatt kuasa.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili pada sidang media hari ini berkata kecuali kabinet memutuskan sebaliknya projek nuklear negara akan diteruskan.

Video selepas tsunami di Jepun

Posted: 18 Mar 2011 06:34 AM PDT

Dah lama Libya jadi dinasti

Posted: 18 Mar 2011 05:00 AM PDT

Libya tak takut serangan tentera yang diluluskan oleh PBB, ini bukan kata kata Gaddafi tapi adalah kata kata dari anaknya seperti yang dilaporkan oleh stesen TV Al Arabiya.

Ini jelas menunjukkan Libya telah lama bertukar pemerintahannya menjadi ala dinasti sama seperti yang diamalkan oleh Umno di Malaysia. Jangan dok harap la anak orang lain boleh jadi Piem Umno selain dari anak anak Razak, anak anak Hussein Oon dan anak anak Mahathir. Yang tu pun puak puak Umno dok tak sedar diri lagi.. kahkahkah...

Libya melalui anak Gaddafi menyatakan bahawa mereka tidak bimbang dengan resolusi PBB yang membolehkan tindakan ketenteraan yang bertujuan melindungi orang awam dilancarkan jika perlu, lapor stesen televisyen Al Arabiya memetik Saif al-Islam, anak lelaki Muammar Gaddafi (gambar) hari ini.

Al Arabiya tidak mengatakan bila atau di mana kenyataan itu dikeluarkan.

Kementerian Pertahanan juga memberi amaran tindakan balas, termasuk menjangkaui garisan hadapan Libya — negara pengeksport minyak yang turut berhadapan dengan kebangkitan rakyat dan serangan pemberontak sejak sebulan lalu. — Reuters

Amanat... kahkahkah...

Posted: 18 Mar 2011 04:20 AM PDT

AMANAT... Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memberikanamanat kepada belia Sarawak ketika menyampaikan ucapan perasmianPerhimpunan Belia Sarawak 2011 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching diSarawak, Jumaat. - Foto BERNAMA


Amanat... kahkahkah...
Dalam maknanya tuh.... kahkahkah...

Selalunya amanat ni mai dari orang yang dah nak mati... kahkahkah...
Selalunya amanat ni mai dari orang yang dah tau dia nak jatuh... kahkahkah...
Selalunya amanat ni mai dari orang yang dah rasa kuasanya tak lama... kahkahkah...
Selalunya amanat ni mai dari orang yang banyak harta bendanya... kahkahkah...

Kahkahkah... lawak gila... dah nyanyuk lagu tu laa... kahkahkah...

Posted: 18 Mar 2011 02:00 AM PDT

Mahathir Kantoi Lagii..Jumpa Dengan "Hantu" Orang Dah Mati..??


Tun Dr Mahathir Mohamad menolak tanggapan kononnya beliau tersilap fakta dalam memoirnya berhubung pertemuan dengan bekas Presiden Singapura, Benjamin Henry Sheares, sambil menjelaskan bahawa pemimpin republik itu gurunya dan tidak mungkin beliau terlupa siapa yang beliau temui.

"Saya berjumpa dengan Sheares kerana beliau pernah mengajar saya. Ia satu kunjungan mesra. Tetapi ia (pertemuan itu) bukannya ketika saya berjumpa Perdana Menteri (Lee Kuan Yew) dalam lawatan pertama saya," katanya ketika diminta membuat penjelasan oleh seorang wartawan asing.

Wartawan dari The Straits Times Singapura itu, menyatakan rekod akhbarnya menunjukkan pada masa itu, Sheares sudah meninggal dunia dan beliau (Dr Mahathir) sebenarnya mengadakan pertemuan dengan presiden lain iaitu Devan Nair pada satu majlis makan tengah hari.

Catatan mengenai pertemuan dengan Sheares itu terkandung dalam buku kisah hidup Dr Mahathir berjudul A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilancarkan minggu lalu dan mendapat sambutan hangat.

"Bahagian pertama (bab berkenaan) adalah mengenai pertemuan saya dengan Lee Kuan Yew dan bahagian kedua, saya juga pergi (berjumpa Sheares), bukan pada hari yang sama atau lawatan yang sama.

"Yang pasti, saya bertemu Sheares. Saya pergi bersama isteri saya dan beliau boleh mengesahkan sama ada ia benar atau tidak," kata Dr Mahathir.

Juragan : Dah Nyanyuk la tuuu..sepatutnya bukan tajuk buku tu Memori...tetapi Hilang Memori..Inilah kesan doa mereka-mereka yang di zalimi oleh beliau semasa era pemerintahan kuku beruangnya...itu pun masih ada lagi manusia yang percaya akan segala fitnah beliau yang berubah-ubah terhadap DSAI...Fuhhhh Hampehhhh Umnoo...

Burung belatok jambul merah... kahkahkah...

Posted: 17 Mar 2011 11:00 PM PDT

Kalau DNA Zul Kulim Di Dubur Babi , Amacam ?
Oleh: wfauzdin_ns

"
SINAR hari ini menyiarkan kenyatan YB Zul Kulim yang mencabar DS Anwar untuk menyerahkan DNA nya sepertimana desakan beberapa kumpulan yang jahil berhimpun baru-baru ini. Jelas motif YB Zul Kulim hanyalah untuk mengampu Najib dan sekutu Apco walaupun beliau sedar apa sebenarnya yang berlaku.

YB Zul yang sinonim digelar `firaun besar' ini dahulunya adalah salah seorang dari Tim Peguambela DS Anwar di dalam kes fitnah liwat I walaupun banyak dilihat hanya membawa beg dan fail sahaja.

Begitu juga di dalam setiap ceramahnya, Zul Kulim ini menjajaja ke hulu ke hilir menyebut kezaliman Kerajan Umno/Bn kerana menfitnah DS Anwar sehinggakan beliau berucap seperti mahu menangis kerana terlalu sedih mengenangkan nasib DS Anwar dan keluarganya. Di dalam kes fitnah liwat terbaru ini, beliau juga awalnya terbabit di dalam peguam DS Anwar di dalam kes qazaf yang mahu difailkan di dalam mahkamah Syariah yang akhirnya ditolak atas bantahan yang dikemukakan oleh Jamil Khir, seorang menteri yang kununnya tokoh Islam di dalam Umno. Soalnya, mengapa sekarang YB Zul begitu lapar kepada DNA DS Anwar?

Semuanya berubah setelah tidak lagi berjuang dengan kebenaran. Beliau dipecat dari PKR, dan semenjak itu mulutnya terkunci dari menceritakan kebenaran. Jika dahulu beliau dilihat seperti menyanjung tinggi perundangan Islam, kini beliau `beriman' dengan DNA. Al-Quran tidak lagi dijadikan hujah untuk mengadili kes-kes seperti ini sebaliknya DNA dijadikan dalil atau nas terkuat. Saya tidak dapat bayangkan jika ada pihak yang meletakkan DNA Zul Kulim pada dubur babi, dan Zul Kulim dikatakan ada melakukan perbuatan liwat dengan babi tersebut. Apakah Zul Kulim redha dengan tuduhan sedemikian? Jika ada yang percaya bahawa DNA adalah bukti kukuh melebihi dari keadilan Islam itu, sudah tentu mereka akan percaya bahawa Zul Kulim telah meliwat seekor babi.

Di mana ilmu yang Allah kurniakan kepada Zul Kulim selama ini? Ilmunya terus hancur lebur dan tiada keberkatannya lagi setelah bersekongkol dengan puak yang zalim serta sekutu Apco. Mengapa YB Zul tidak menyoal Saiful siapakah pemilik DNA yang lain yang dikatakan berterabur pada punggung pemuda yang pernah tidak mencuci duburnya selama beberapa hari itu? Mengapa sasarannya DS Anwar sahaja? Itu sudah cukup menunjukkan betapa rendahnya moral Zul Kulim yang mudah dibeli.

Saya sarankan kepada Zul Kulim, jika kamu lapar sangat kepada DNA DS Anwar, sila kutip DNA tersebut pada tilam yang pernah diusung oleh Musa Hassan sewaktu kes fitnah Liwat I dahulu. Kamu boleh simpan dan buat perhiasan atau tangkal di rumah kamu.

Injil di Melayukan

Posted: 17 Mar 2011 08:40 PM PDT

Salam semua...

Saja la Pak Long nak peringat sikit ni. Kalau kita tewas... tak bermakna lawan kita tu kuat dan bijak... yang pastinya diri kita ni masih jauh dari kesempurnaan. Jadi perjuangan kita sebenaqnya adalah menyempurnakan diri kita hadapi lawan yang berpeluang untuk tewaskan kita tu. Macam tu la jugak kalau iman kita ni tungging langgang habih hanya kerana Injil nak di Melayukan, tak bermakna pihak belah sana tu betoi dan pandai... sebenaqnya kekuatan akidah kita ni yang indah kabar dari rupa... Jadi perjuangan kita sebenaqnya adalah perindahkan rupa seperti yang dikabarkan...

Sebab tu la, depa nak tulih dalam bahasa apa pun al-kitab depa tu mampuih pi kat depa laa... bagi Pak Long, yang tu semua bukan isu yang sebenaqnya... isu yang sebenaqnya disini ialah ketidakyakinan kita terhadap kesempurnaan Islam sebagai agama terbaik anutan kita... tu saja...

Kata kita ni Islam, tinggai dalam negara Islam... takkan Injil dah di Melayukan pun tak terlawan. Mana dia keindahan Al-Quran yang kononnya jadi panduan... haha... Mana dia kekuatan Muhammad yang di wasiatkan kat umat dia... satu pun hangpa tak pakai ka... Kita takkan ketaq lutut sampai macan ni kalau keindahan, kekuatan dan kebijaksanaan yang diwasiatkan Muhammad nabi junjungan dulu tu, kita amalkan... Kita takkan jadi gelabah bewak macam ni kalau keagungan Islam yang diwar warkan, sebagai agama Allah tu kita pegang betoi betoi...

Islam bukan boleh dok ambik setengah setengah, yang tak suka letak sebelah...

Betoi, Pak Long setuju... mungkin ada antara kita yang takut akan ada budak budak kita yang terpengaruh dengan Injil yang di Melayukan tu... (serupa la macam selama ni tak dak lagi anak Melayu yang dah rosak... haha...) Mengkalu takut anak bangsa jadi murtad, pakat pakat asuh la depa ngan ilmu akidah, bukannya dok biaq hiburan bersepah sepah. Mana dia tugaih kerajaan untuk letakkan Islam ditempatnya, dah puaih hati dah ka kerja buat hangpa setakat ni... apa dia pulak tugaih jabatan jabatan agama, takkan nak bertindak tangkap orang tak posa saja kot...

Pak Long nak peringat sangat sangat kat kita semua, kelemahan kita sendiri jangan pulak nak di mangsakan pada ajaran orang lain... hodoh sungguh... haha...

Pak Long tak suruh la hangpa semua pi baca Injil yang dah di Melayukan tu... haha... tak pasai pasai nanti Mak Long hang hamput Pak Long pulak... haha... tapi kalau la Pak Long tak tau apa yang terkandung dalam Injil tu benda apa, agak agak hangpa la... Pak Long boleh tau ka Islam tu indah dan sempurna. Takkan la Pak Long nak rekomenkan agama yang buruk ajarannya dan hodoh pembawakannya kat Mak Long hang, kan Pak Long sayang kat Mak Long hang... Maknanya kita kena kenai jugak apa yang lain tu ada... baru kita boleh tengok kesempurnaan apa yang ada kat kita...

Bukan saja saja woii... Pak Long nak puji, tapi Mak Long hang ni memang lawa... haha... Lebih cantik lepaih Pak Long kenai dia luaq dan dalam. Lebih lebih lagi la indahnya kalau Pak Long boleh kenai syariat dan hakikat diri dia... haha... Kalau Pak Long tak kenai ngan orang lain, mampuih Pak Long tak tau kelebihan dan kekurangan Mak Long hang. Kecantikan Mak Long hang terserlah lepaih Pak Long kenai dia siang dan malam serta luaq dan dalam. Keindahan hakikat disalut ngan keelokan syariat... wallawoiii... haha...

Nak pi tengok Mak Long hang sat, pakai bedak dak lagi... haha...

Wassalam...

Pak Long Din

Gambar terkini kerosakan loji nuklear Jepun

Posted: 17 Mar 2011 07:45 PM PDT


Gambar terbaru reaktor nuklear Fukushima Jepun yang rosak teruk yang diambiil dengan helikopter...

Kita tengok Gaddafi nak lari mana pulak lepas ni

Posted: 17 Mar 2011 07:39 PM PDT

PBB benarkan serangan udara di Libya

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Majlis Keselamatan PBB mengundi membenarkan serangan udara bagi menghentikan asakan tentera Muammar Gaddafi terhadap kawasan yang dikuasai pemberontak dengan pengeboman dijangka dilancarkan tidak lama lagi. - AFP

Tokyo kelam kabut

Posted: 17 Mar 2011 06:26 PM PDT

Bandar raya Tokyo kelam-kabut


SEBAHAGIAN warga China menunggu di kaunter daftar masuk di Lapangan Terbang Narita, Tokyo untuk meninggalkan Jepun.

TOKYO - Ribuan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) tidak berfungsi di bandar raya ini semalam manakala berjuta-juta warganya mula menyimpan beras dalam jumlah yang banyak ekoran ketakutan terhadap radiasi dari loji nuklear Fukushima Daiichi yang terletak kira-kira 240 kilometer dari sini.

Lebih memburukkan keadaan, Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, Banri Kaieda berkata dalam satu kenyataan, negara itu akan berdepan dengan masalah bekalan elektrik selama beberapa bulan lagi.

Amaran itu diberikan kerana bekalan tenaga elektrik ketika ini tidak mencukupi disebabkan masalah kerosakan di loji nuklear Fukushima Daiichi.

Loji nuklear itu telah meletup sebanyak empat kali selepas gempa bumi kuat berukuran 9 pada skala Richter melanda timur laut Jepun pada minggu lalu sehingga mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter.

Para pekerja kini berusaha untuk menyejukkan loji nuklear itu yang dikendalikan oleh Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) dengan menggunakan air laut.

Usaha itu dilakukan bagi mengelak lebih banyak kadar radiasi tersebar ke udara sehingga mengancam kesihatan penduduk.- Kosmo

Tiada ulasan: