Anak Sungai Derhaka |
- Kalau UMNO/BN rugi berbillion pun tak apa.. tapi PR tidak...
- Video : Pemandangan dari darat sekitar kawasan di landa Tsunami, Jepun.
- Hah! Jawablah Gani Patail..
- DNA : UMNO sudah tiada modal.. (Video Inside)
- Siasat Taib untuk elak indeks rasuah merosot
- Nasib pesara GLC
- Sidang DUN Perak, Diharap Tiada Sekatan Polis
- UMNO bergantung kepada jubur untuk 'mileage' politik
- Loji Nuklear : Barisan Nasional tak berhati perut..
Kalau UMNO/BN rugi berbillion pun tak apa.. tapi PR tidak... Posted: 18 Mar 2011 04:25 AM PDT Inilah yang membezakan antara kerajaan Pakatan Rakyat dengan kerajaan UMNO/BN.. setelah terbukti berbelanja secara tidak telus dan menyebabkan kerugian hampir RM7.41juta Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor Mohd Saifulruddin Sulaiman telah dipecat.. Dipecat oleh kerajaan PR Selangor demi menjaga amanah yang diberikan rakyat Selangor. Kalau UMNO/BN membazir, berbelanja secara ikut suka malah rugi hingga berbillion-billion.. tak apa.. asalkan dia itu pemimpin UMNO ataupun dia itu mempunyai kabel dengan pemimpin UMNO.. kalau yang nak didakwapun.. pencacai UMNO sajalah.. pasal pencacai UMNO ni bengong sikit dan mudah diperbodohkan pemimpin UMNO.. Yayasan Selangor Rugi RM7.41 Juta, Timbalan Pengurus besar Dipecat SHAH ALAM 18 MAC : Kerajaan Selangor memecat Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor Mohd Saifulruddin Sulaiman setelah badan itu mengalami kerugian hampir RM7.41juta ringgit sehingga November lalu akibat perbelanjaan yang tidak telus dan tidak munasabah. Pengurusan tidak berhemah, antara lain, menyebabkan kos sambutan Ulang Tahun ke 40 yayasan itu mencecah hampir RM1 juta, dengan syarikat pengurus sambutan itu dibayar upahnya walaupun aktiviti belum dilaksanakan. Perbelanjaan boros untuk sambutan itu ditegur oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana ia membabitkan duit rakyat yang harus diguna untuk kebajikan awam. Susulan teguran baginda, sambutan itu dibatalkan atas arahan kerajaan negeri. Pasukan audit Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dikerah untuk memeriksa akaun Yayasan Selangor. Dalam mengumumkan hasil pemeriksaan audit itu hari ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata antara salah laku yang dikesan adalah pemberian elaun-elaun yang tidak patut di bayar kepada Ahli Mesyuarat. "Terdapat 12 keputusan tertinggi dibuat sepanjang 2010 hanya melalui Pekeliling Resolusi, malah tidak dimaklumkan atau diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri mengikut kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 12 1993 (bersabit) arahan meningkatkan kualiti perancangan dan kawalan ke atas pengurusan syarikat-syarikat kerajaan," kata Khalid dalam satu kenyataan. Hasil audit itu turut mengesan banyak perbelanjaan yang tidak mengikut prosedur dan tanpa perancangan sehingga Yayasan Selangor mengalami defisit sebanyak RM7.41 juta sehingga November 2010, kata Khalid. " Antara tindakan yang menunjukkan tadbir urus korporat yang tidak baik ialah seramai 18 warga kerja berhenti kerja dan 50 lagi ditukar antara Mac hingga November 2010," tambah beliau. Dalam menjelaskan tindakan memecat Mohd Saifulruddin, Khalid berkata mesyuarat khas Lembaga Pengarah Yayasan Selangor pada 17 Februari lalu sebulat suara memutuskan untuk menamatkan kontrak beliau dalam tempoh 24 jam di atas peranannya dalam penganjuran sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu. Walaupun Mohd Saifulruddin diarah untuk bercuti semasa siasatan dijalankan, "semakan audit mendapati, Timbalan Pengurusan Besar (Pengurusan) tidak menghormati arahan itu dan hadir pada mesyuarat," kata Khalid lagi. Menteri Besar menegaskan kerajaan Selangor sentiasa berpegang teguh kepada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam mentadbir negeri dan tidak akan menyembunyikan salah saku pegawainya. " Kita juga tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang difikirkan perlu demi menjaga amanah yang diberikan rakyat Selangor,"katanya lagi. |
Video : Pemandangan dari darat sekitar kawasan di landa Tsunami, Jepun. Posted: 18 Mar 2011 02:25 AM PDT |
Posted: 18 Mar 2011 02:06 AM PDT "Jangan jadikan masalah peribadi anda sebagai masalah kerajaan." - Itu nasihat yang diberikan oleh ahli panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Robert Phang kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Phang, yang terkenal dengan kelantangannya bersuara berkata Gani pada 4 Januari lalu telah memberi taklimat kepada lima ahli panel SPRM. Pada perjumpaan itu, beliau memberitahu akan berurusan dengan media dan orang ramai bagi menjelaskan pemergian kontroversialnya ke tanah suci menunaikan ibadah haji. "Dua bulan sudah berlalu sejak perjumpaan itu dan saya tidak lihat Gani tampil menjelaskan perkara itu. "Seorang penulis blog mendakwa Gani dan keluarganya menunaikan haji dengan seseorang yang wataknya 'mencurigakan'. Saya tidak kata dia tidak jujur tetapi hanya mengulangi apa yang dimuat-naikkan dalam blog itu," kata Phang. "Tolong, jangan jadikan masalah perbadi anda sebagai masalah kerajaan. Tampil dan buat penjelasan kerana anda memegang jawatan yang berkuasa dan penting. Saya cuma membekalkan konduit bagi Gani untuk menjelaskan kepada orang ramai apabila berjanji berbuat demikian." Phang, bekas ahli Transparency International berkata demikian semasa sesi teh tarik bagi menceritakan segala-galanya yang dianjurkan oleh Malaysian digest.com petang semalam. Meskipun Phang tidak menamakan 'watak yang mencurigakan' itu, namun mengikut kebanyakan laporan, ia adalah Shahidan Shafie, yang pernah dikaitkan dengan bekas pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli. Gani dibidas tahun lalu setelah timbul dakwaan di Internet bahawa beliau mempunyai hubungan dengan Tajudin yang kini disiasat oleh SPRM. Phang yang antara mereka yang membidas Gani dan secara terbuka menuntut Peguam Negara itu menjelaskan kontroversi berkenaan. Namun, kedua-dua Gani dan Shahidan terus membisu. Gani dikatakan telah membuat penjelasan kepada SPRM tetapi sesetengah anggota panel dikatakan terus tidak berpuas hati dengan penjelasannya. Malaysiakini |
DNA : UMNO sudah tiada modal.. (Video Inside) Posted: 18 Mar 2011 12:01 AM PDT SHAH ALAM 18 MAC : Dalam usaha meraih kembali sokongan rakyat di negeri ini, Umno-Barisan Nasional dilihat semakin terdesak sehingga menggunakan pelbagai taktik tidak masuk akal, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anggerik, Yaakob sapari. Buntu untuk mengembalikan sokongan rakyat yang semakin menebal kepada Pakatan Rakyat, isu penyerahan DNA Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahimp pula dijadikan modal politik murahan Umno. "Mana ada prosedur mahkamah, dah habis perbicaraan baru cari bukti, bila cukup bukti baru prosiding mahkamah diteruskan, dah habis mahkamah baru nak cari bukti, ini mahkamah mana? Mahkamah serba boleh Barisan Nasional. "Pakar yang mengatakan, doktor mengesahkan, dalam dubur Saiful itu ada DNA sendiri, perkara ini dah jadi lawak dalam mahkamah, Umno kehilangan idea,"katanya. Beliau berkata demikian pada ceramah Mega "Ubah Sekarang, Tolak BN" di Dewan Beringin Seksyen 24, di sini, malam tadi. Bukan itu sahaja katanya, Umno-BN sekali lagi menggunakan strategi jahat mereka dengan memberikan kad pengenalan (IC) kepada golongan bukan warganegara Malaysia untuk memenangkan mereka pada pilihanraya. Jelas Yaakob, taktik sama pernah digunapakai oleh Umno-BN di Sabah apabila Parti Bersatu Sabah (PBS) kalah disebabkan projek IC ini apabila sebanyak 1.5 juta IC palsu dilepaskan. "Hari ini dia (BN) nak tawan Selangor, maka projek IC berlaku sekali lagi, Indonesia, Pakistan dapat IC. "Jadi mereka (BN) dah hilang punca, negara sanggup digadai yang penting pertahankan nak tawan Selangor,"katanya lagi. Turut hadir ceramah berkenaan ialah Ketua Penerangan Pas, Ustaz Idris Ahmad, Bob Lokman, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. TVS News |
Siasat Taib untuk elak indeks rasuah merosot Posted: 17 Mar 2011 11:56 PM PDT Badan pemantau anti-rasuah - Transparency International-Malaysia (TI-M) - menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Presidennya, Datuk Paul Low berkata "dakwaan serius rasuah luar biasa dan penyalahgunaan kuasa" itu terhadap keluarga ketua menteri itu boleh menyebabkan indeks rasuah negara terus merosot. Beliau mengulas dakwaan lamanweb anti-Taib Sarawak Report yang mendedahkan dokumen yang mendakwa wujudnya empayar perniagaan membabitkan ketua menteri Sarawak itu di peringkat global dan dakwaan rasuah. Beliau juga menggesa agensi-agensi penguatkuasa yang lain seperti Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara, untuk menyiasat Taib berhubung kemungkinan berlakunya aktiviti kewangan yang tidak sah. Taib akan menyambut 30 tahun mentadbir Sarawak pada 26 Mac ini. Malaysiakini |
Posted: 17 Mar 2011 09:47 PM PDT Ibnu Lazmi Sewaktu Dr. Mahathir merancang satu dasar kerajaan; iaitu penswastaan, beliau memberikan alasan yang sungguh kukuh iaitu meningkatkan mutu perkhidmatan dan mengecilkan saiz perkhidmatan awam. Ketika itu kakitangan kerajaan berjumlah 800 ribu orang. Maka bermulalah satu persatu agensi kerajaan diswastakan. Antara yang terawal ialah Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Pos Malaysia. Tercapai atau tidak dasar kerajaan untuk mengecilkan saiz perkhidmatan awam dan meningkatkan mutu perkhidmatan, ianya memerlukan satu kajian dan tulisan lain untuk membincangkannya. Hasrat kerajaan untuk mewujudkan persaingan yang sihat ternyata tidak menjadi kenyataan. Monopoli tetap wujud walaupun memang ada persaingan. Penswastaan Lebuh Raya Utara Selatan misalnya kepada United Engginering Malaysia Berhad (UEM) yang adalah satu anugerah terbesar kepada UEM yang dikawal oleh Hatibudi Nominees,yang merupakan syarikat pemegang amanah UMNO, parti komponen BN yang menerajui tampuk pemerintahan Negara (Yusof Ismail dan Khayati Ibrahim,2004). Ini menunjukkan penguasaan kuasa politik dan pentadbiran digunakan untuk mendapatkan kepentingan perniagaan bagi menampung kewangan parti di samping menambahkan kekayaan bagi golongan tertentu serta mengurangkan peluang organisasi lain untuk memperoleh peluang perniagaan. Walaupun mendapat kritikan pelbagai pihak, dasar penswastaan tetap diteruskan sehingga ke hari ini, di samping menimbulkan pelbagai masalah seperti usaha kerajaan Selangor untuk mendapatkan hak membekalkan air Selangor dari pihak Syabas. Sementara itu, kebanyakan pekerja sektor awam yang diswastakan berasa terancam, manakala sebahagian rakyat Malaysia mengambil sikap apathy (tak apa) atau terus menyokong dasar ini kerana mereka telah bosan dan marah terhadap pembaziran, ketidakcekapan dan rasuah dalam sektor awam. Ramai juga rakyat Malaysia mengaitkan pertumbuhan sektor awam dengan campurtangan kerajaan dan kekuasaan Melayu, kian bertambah di bawah Dasar Ekonomi Baru, dengan demikian menyokong Dasar Penswastaan ini sebagai perubahan dasar yang akan mengurangkan dasar-dasar melampau yang telah menganggu pelaburan dan pertumbuhan ekonomi. Ada juga yang menyalahtafsirkan campurtangan kerajaan sebagai sosialisme, dengan itu menyokong penswastaan sebagai langkah memulihkan kapitalisme yang lebih tulin. Walaupun kapitalisme pemerintah atau Negara tidak bererti sosialisme, ancaman kepada sektor awam terutama perkhidmatan awam, melalui penswastaan mempunyai implikasi kebajikan yang penting untuk rakyat jelata, khasnya pekerja sektor awam, pengguna dan rakyat miskin (Jomo KS,2010). Kini, Dasar Penswastaan telah berjalan hampir 30 tahun sejak ia mula dirangka oleh MAMPU di bawah jagaan Dr.Mahathir, juga ide dari Dr. Mahathir sejak ia mula diperkenalkan pada 1983. Apakah matlamat utama pensawstaan itu tercapai, umpamanya mengecilkan saiz perkhidmatan dan meningkat mutu perkhidmatan?. Kenyataannya Perkhidmatan Awam kini mempunyai 1.2 juta kakitangan berbanding pada peringkat permulaan era penswastaan hanya 800 ribu orang. Hal ini disebabkan timbulnya jabatan-jabatan dan kementerian baru sesuai dengan perkembangan semasa. Dari segi mutu perkhidmatan ya, mungkin ada peningkatan di samping meningkatkan jumlah konglomerat Bumiputra selaras dengan kehendak DEB. Namun masih terdapat banyak rungutan rakyat marhaen tentang perkhidmatan awam termasuk sektor kesihatan, perguruan,pentadbiran awam dan sebagainya. Bahkan dalam sesetengah keadaan soal politik diserapkan bersama dalam permasalahan perkhidmatan awam. Pelantikan Setiauasa Kerajaan Selangor baru-baru ini memperlihatkan kepentingan politik mengatasi kepentingan pentadbiran awam. Satu soal yang penting setelah hampir tiga puluh tahun penswastaan, ialah nasib pekerja-pekerja atau kakitangan yang diswastakan. Kini dikatakan kakitangan kerajaan lebih beruntung dari kakitangan swasta terbabit dengan gaji permulaan yang lebih tinggi,elaun yang lebih menarik, kebajikan yang lebih terserlah dan sebagainya. Di peringkat perkeranian umpamanya, kakitangan kerajaan menerima gaji permulaan melebihi RM1000 sebulan berbanding kakitangan syarikat yang diswastakan melalui proses penswastaan. Umpamanya kakitangan Pos Malaysia di peringkat perkeranian hanya menerima RM800 sebagai gaji permulaan. Elaun sewa rumah bagi kakitangan Pos Malaysia (kerani) hanyalah RM150.00 berbanding RM300 bagi kakitangan kerajaan. Begitu juga elaun kolar, atau elaun Bandar, kakitangan Pos Malaysia (kerani) hanya menerima separuh dari apa yang diterima oleh kakitangan awam. Dengan demikian tidak hairanlah jika berlaku penghijrahan semula ke dalam perkhidmatan awam dari Pos Malaysia dan lain-lain syarikat GLC memandangkan kemudahan-kemudahan yang disediakan. Satu perkara yang lebih penting ialah nasib kakitangan GLC yang telah bersara yang bekerja di zaman swasta dan bekerja di zaman kerajaan. Ertinya mereka merasa bekerja di kedua-dua era, era sebelum penswastaan dan era selepas penswastaan. Mereka ini apabila bersara akan menerima pencen minimum, di sekitar RM200 hingga RM400 sahaja kerana mereka diminta mencarum semula ke dalam skim KWSP sebaik satu-satu syarikat itu diswastakan. Apa yang terjadi ialah simpanan mereka (kerani) tidak melebihi RM200,000 setelah tamat tempuh perkhidmatan. Laporan-laporan yang diterima, termasuk yang didedahkan di mass media tempatan, mereka ini akan kehabisan wang simpanan KWSP dari satu hingga tiga tahun selepas persaraan. Tinggallah pencen minimum meraka di zaman kerajaan dahulu di sekitar RM200- RM400 sebulan. Apakah yang dapat dilakukan dengan wang sebesar itu pada zaman sekarang? Tanpa pilihan lain, akhirnya pesara-pesara syarikat kerajaan yang diswastakan ini terpaksa bekerja semula demi untuk menyambung sisa-sisa hayat mereka, dalam keadaan kesihatan yang mungkin sudah mula terganggu dan tenaga sudah berkurangan akibat faktor umur. Sesetengahnya terpaksa menjadi pemandu teksi, menjadi jaga (guard), atau terpaksa menjual nasi lemak demi untuk meneruskan survival hidup ini. Tekanan itu menjadi semakin bertambah andainya mereka masih mempunyai anak yang masih bersekolah di peringkat rendah atau menengah. Teknanan menjadi semakin kuat bila anak-anak mereka dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS yang memerlukan pembiayaan yang lebih besar. Pinjaman PTPTN ternyata semakin sukar, dan PTPTN hanya sekadar membayar yuran akademik sahaja, selebihnya soal makan dan tempat tinggal (asrama) terpaksa ditanggung oleh keluarga. Dengan demikian, apakah kebajikan yang dapat diterima oleh golongan ini? Apakah dasar penswastaan membela hidup mereka terutama selepas bersara? Tuntutan Kesatuan Sekerja untuk mendapatkan pencen dan gaji minimum disambut dengan sikap membisu kerajaan BN. Rasuah yang membarah dan PRU13 yang kian hampir menyebabkan tuntutan itu terbenam dalam fail sahaja. Jadi, di manakah dan siapakah yang untung dalam dasar penswastaan ini? |
Sidang DUN Perak, Diharap Tiada Sekatan Polis Posted: 17 Mar 2011 08:10 PM PDT KUALA LUMPUR 18 MAC: Pakatan Rakyat Perak meminta jaminan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya persidangan Dewan Undangan Negeri (Perak) pada April ini bebas daripada kawalan polis. Ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin pada sidang media di parlimen semalam berkata, jaminan itu diminta Pakatan Rakyat ekoran setiap kali berlangsungnya sidang DUN di negeri berkenaan, pasukan polis dikerah untuk mengadakan kawalan ketat. Ujar beliau, sekiranya kerajaan Perak kini merasakan mereka kerajaan yang sah, maka tidak perlu kawalan polis di sekeliling bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK). "Kami nak mintak supaya KDN beri janji pada sidang dun kali ini tidak ada pihak keselamatan polis. Kalau ada bermakna dia melanggar Kanun 124, mengganggu ahli dewan undangan negeri untuk masuk ke dalam dewan melaksanakan tugas kami. Jadi itu yang kami minta untuk menteri berlaku adil dan menunjukkan kerajaan haram ini perlu dipelihara oleh polis. Jika kerajaan ini haram biar rakyat menentukan," katanya. Tambahnya yang juga Adun Pasir Panjang, Menteri Besar Perak Datuk Zambry Abdul Kadir juga masih belum menjawab soalan-soalan yang dikemukakan Adun dari Pakatan Rakyat pada sesi yang lepas. "Kami telah diminta menghantar soalan-soalan lisan dan bertulis dan tarikh akhir pada 15 Mac.untuk sesi akan datang. Malangnya soalan-soalan lisan kami pada sesi yang lepas pun masih tidak dijawab," katanya. Sementara itu Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Khoo Ham menggesa rakyat Perak tidak tertipu dengan sistem demokrasi yang dikatakan masih dijalankan secara telus dan adil. Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak akan diadakan pada 5 April 2011. TVS News |
UMNO bergantung kepada jubur untuk 'mileage' politik Posted: 17 Mar 2011 10:48 AM PDT Artikel ini aku copy dari Blog orang UMNO sendiri.. patutlah ramai sangat yang meminta DNA Anwar tu sampai tak sabar-sabar menunggu perbicaraan berlangsung seolah-olah tidak berkeyakinan kepada mahkamah atau mahukan mahkamah untuk memutuskan keadilan mengikut kehendak demonstrasi jalanan... rupa-rupanya kesinambungan politik mereka sekarang bergantung pada jubur Saiful.. Bergantung kepada dubur untuk 'mileage' politik by Aspan Alias Saya terpanggil untuk memberi komen pendek tentang isu DNA Anwar yang hangat diperkatakan terutamanya oleh penggiat politik dan pertubuhan yang berkait dengan politik. Anwar telah dihadapkan ke mahkamah dan apa juga yang diperkatakan oleh sesiapa di luar mahkamah adalah salah daripada segi undang-undangnya. Biarkanlah mahkamah menyelesaikan isu itu dan lebih baik di sisi undang-undang dan di sisi etikanya agar pihak yang lain tidak masuk campur dalam menentukan Anwar menyerahkan DNA beliau atau tidak. Undang-undang ada untuk menyelesaikannya. Berdemonstrasi di jalanan untuk memaksa Anwar menyerahkan DNAnya itu secara automatik akan dianggap sebagai tindakan politik. Takkanlah kita guna isu dubur untuk mendapatkan atau untuk mengekalkan kuasa? Elok kita tunggu dan biarkan pihak mahkamah untuk melakukan apa yang sepatutnya. Kumpulan-kumpulan yang berkepentingan politik eloklah menggunakan isu lain untuk meraih sokongan dan janganlah kita menggunakan isu jelek ini untuk mendapatkan sokongan dan simpati orang ramai. Apa pun alasan yang diberikan oleh kumpulan yang mendesak ini ia tetap merupakan permainan politik yang tidak beretika. Masakan kumpulan yang menjerit-jerit meminta Anwar menyerahkan DNA itu mengambil tindakan yang betul dengan menggunakan kesempatan ini untuk melakukan tindakan yang desperado ini. Kumpulan-kumpulan ini seolah-olah tidak berkeyakinan kepada mahkamah atau mahukan mahkamah untuk memutuskan keadilan mengikut kehendak demonstrasi jalanan. Terlalu ramai penggiat politik sekarang ini mengingatkan dubur daripada mengingatkan perkara-perkara lain yang lebih berfaedah. Carilah isu lain untuk dijadikan bahan politik. Janganlah tunjukkan sangat desperado kita di khalayak ramai. |
Loji Nuklear : Barisan Nasional tak berhati perut.. Posted: 17 Mar 2011 09:55 AM PDT Seandainya kerajaan Barisan Nasional berpandangan jauh, atau masih berhati-perut (walaupun sukar ditemui) - mereka seharusnya mengkaji sedalam-dalamnya projek pembinaan loji nuklear, jangan sehingga rakyat Malaysia dan negara jiran terkorban di bawah kapitalisme. Jangan gadaikan nyawa untuk loji nuklear MerdekaReview Gempa bumi dengan ukuran 8.9 pada skala Richter yang melanda timur laut Jepun pada 11 Mac 2011 bukan sahaja mencetuskan tsunami, malah letupan reaktor loji nuklear di Fukushima Daiichi - krisis nuklear yang menyelubungi masyarakat global dengan kebimbangan. Ribuan mangsa disahkan mati, puluhan ribu orang pula kehilangan berikutan bencana alam tersebut. Seandainya keadaan letupan loji nuklear Fukushima Daiichi semakin kritikal, maka kemudaratannya mungkin lebih ketara daripada malapetaka bencana alam. Impaknya bukan sahaja dirasai populasi Jepun, tetapi rantau ini. Krisis nuklear di Jepun ini merupakan satu amaran kepada Malaysia, yang berkobar-kobar semangatnya untuk membina loji nuklear. Tragedi letupan loji nuklear Chernobyl pada 26 April 1986 masih dalam ingatan. Letupan ini telah menyebabkan pencemaran radioaktif, yang mana parasnya bersamaan dengan 200 kali ganda ketika bom atom digugurkan di Hiroshima and Nagasaki. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, International Atomic Energy Agency, WHO, UNDP, Ukraine, kerajaan Belarus dan pertubuhan lain PBB telah melengkapkan satu laporan pada September 2006, bahawa tragedi Chernobyl mengakibatkan kematian 4,000 orang, termasuk 47 orang penyelamat daripada WHO, dan sembilan orang kanak-kanak yang dijangkiti kanser tiroid (Thyroid cancer). Laporan penyiasatan WHO yang diumumkan pada April 2006 pula menunjukkan, mungkin 5,000 orang lagi yang mati di kawasan pencemaran radioaktif (termasuk Ukraine, Belarus, Russia dsb). Dengan kata lain, jumlah kematian manusia mungkin melebihi 9,000 orang. Pada tahun lalu, media asing melaporkan bahawa Tenaga Nasional Bhd berniat untuk membina sebuah loji nuklear pada tahun 2021. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin Fah Kui mengesahkan bahawa kabinet telah meluluskan rancangan untuk membina sebuah loji yang boleh menghasilkan 1,000 megawatt kuasa nuklear, dengan anggaran kos antara RM 6.6 bilion hingga RM13.34 bilion. Rancangan pembinaan loji nuklear bukan sahaja mengundang kritikan NGO yang berprihatin terhadap isu alam sekitar, malah pakar turut menganggap loji nuklear bukan pilihan Malaysia untuk menyelesaikan masalah bekalan tenaga. Ketua Pegawai Eksekutif The Red Solar Sdn Bhd, Rais Hussin pernah menulis dalam The Edge, memberi amaran bahawa dalam keadaan di mana persediaan yang tidak mencukupi, terutamanya dari segi sumber manusia, keterlibatan Malaysia untuk membina logi nuklear bakal mengundang kesan yang dahsyat. Selepas krisis nuklear lantaran gempa bumi di Jepun, Presiden City University of Hong Kong, Guo Wei yang juga seorang pakar tenaga nuklear berkata, loji nuklear melibatkan pengurusan kejuruteraan, dan bukan soal fizik. Jadi, unsur "manusia" adalah paling penting. Sistem penyejukan, latihan manusia untuk berdepan dengan pelbagai keadaan, adalah penting dalam soal loji nuklear. Pandangan kedua-dua pakar ini memperingatkan kita bahawa, seandainya loji nuklear dibina, maka kemampuan untuk menjaga keselamatan loji nuklear adalah perkara yang terpenting. Sesungguhnya, jikalau lampu hijau diberikan kerajaan, malah Tenaga Nasional sanggup membelanjakan wang, maka secara semulajadinya akan ada kumpulan syarikat yang sudi melabur dalam pembinaan loji nuklear. Lebih-lebih lagi, laporan Kajian Impak Terperinci Alam Sekitar (DEIA) hanyalah rubber stamp untuk meluluskan projek mega. Justeru itu, pembinaan loji nuklear hanyalah soal masa. Namun demikian, apa yang menjadi kebimbangan rakyat adalah, sejauh manakah kemampuan negara kita untuk mengekalkan keselamatan selepas loji nuklear dibina dan mula beroperasi? Ia bukan hanya melibatkan kepakaran yang boleh dikerah Tenaga Nasional, tetapi juga sama ada kerajaan mampu menyediakan persediaan, sumber dan kecekalan yang mencukupi, untuk memantau penjagaan keselamatan loji nuklear? Mereka yang tinggal di Malaysia sememangnya mengeluh dengan keberkesanan perkhidmatan kerajaan. Misalnya, hampir setiap tahun kita akan berdepan dengan tragedi kemalangan bas yang meragut puluhan nyawa, dan tragedi ini berkait rapat dengan penguatkuasaan unit pengangkutan awam yang tidak ketat, pemantauan yang tidak berkesan dan sebagainya. Malah, walaupun diswastakan seperti Tenaga Nasional, POS dan Telekom, keberkesanan perkhidmatannya juga tidak begitu memuaskan. Dalam keadaan sedemikian, kekhuatiran terhadap keselamatan diri kita selepas loji dibina adalah berasas. Adalah menjadi tanda soal sama ada negara kita mampu dari segi kemahirannya untuk menguruskan krisis, seandainya kemalangan berlaku dalam loji nuklear? Selepas "dasar penswastaan" dilaksanakan Perdana Menteri keempat Mahathir Mohamad sejak tahun 1980-an, tujuan asal penswastaan telah berubah menjadi "perniagaan", iaitu keuntungan dan longgakan kapital didahulukan, sebaliknya perkhidmatan awam dikemudiankan. Dengan kata lain, keuntungan diutamakan dengan menggadaikan kepentingan awam. Misalnya, Empangan Bakun di Sarawak dan Empangan Sungai Selangor - semuanya mencapai matlamat dengan mengorbankan hak kaum asal. Seandainya kerajaan Barisan Nasional berpandangan jauh, atau masih berhati-perut (walaupun sukar ditemui) - mereka seharusnya mengkaji sedalam-dalamnya projek pembinaan loji nuklear, jangan sehingga rakyat Malaysia dan negara jiran terkorban di bawah kapitalisme. Biar betapa bodohnya politikus sekalipun, mereka akan dapat memikirkan kesan pencemaran nuklear yang bakal memberi impak kepada generasi anak mereka, walaupun mereka mungkin telah terbaring di bawah natu nisan pada ketika itu. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan