shalehudin |
- SPRM dan kekerasan
- Syyy... Tolong jangan komen
- Lubang taik jugak cuma tukar tong... kahkahkah...
- Curiga saja ka? DNA bukan main punya kalut... hihi...
- Hushh... AMK ni ada ketua rupanya... kahkahkah...
- Terkini: A slow-moving nightmare
- Muhyiddin takkan paham punya...
- Tokyo dah panik
- Terkini: Krisis nuklear Jepun sudah tak terkawal?
- Panas: Muhyiddin gelak guling guling baca berita lawak nih... hihi...
- Tentu depa bangga gila jadi bangsa Umno
- Bangang sampai mampuih... kahkahkah...
- Jebon terkejut kat jebon
- Jawapan bagi Muhyiddin... kahkahkah...
- Tahniah
- Man U mara tewaskan Marseille 2-1
- Terang terang fail geografi... kahkahkah...
- Video tsunami di Jepun
- Panas: Muhyiddin gelak guling guling baca berita lawak nih... hihi...
Posted: 16 Mar 2011 09:00 AM PDT Terima aduan pegawai SPRM guna kekerasan: Foong KUALA LUMPUR: Suruhanjaya untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock hari ini memberitahu terdapat beberapa aduan kekerasan yang digunakan oleh dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) terhadap saksi. Pengerusi Suruhanjaya yang juga Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen yang membaca dua SMS dari telefon bimbit miliknya berkata aduan itu adalah dari orang awam yang menyatakan mendapat kecederaan sehingga menimbulkan kesan yang ketara. Foong berkata dua pegawai yang terlibat adalah pemangku Penolong Pesuruhjaya SPRM di Selangor Hairul Ilham Hamzah dan Penolong Penguasa SPRM Mohd Ashraf Mohd Yunus. Dalam SMS itu menyatakan: "Pada 24 Jun 2009, seorang lelaki telah ditahan oleh pegawai SPRM iaitu Hairul Ilham dan Mohd Ashraf, kad pengenalannya telah disimpan sehingga 1 Julai 2009, kecederaan telah berlaku dan meninggalkan kesan lebam yang ketara, namun kes itu tertunda." Dalam satu lagi SMS yang diterima menyatakan:"Pada 2 Julai 2009, seorang lelaki ditahan di mana kad pengenalannya turut disimpan sehingga 7 Julai 2009 oleh Mohd Ashraf dan Hairul Ilham dan lelaki tersebut telah membuat laporan polis pada 8 Julai kerana terdapat kecederaan". Ketika disoal Foong sama ada Hairul Ilham mengetahui aduan kekerasan yang dikaitkan dengan Mohd Ashraf, Hairul Ilham menjelaskan beliau mengetahui tentang aduan itu namun tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan ke atas Mohd Ashraf. "Saya tahu ada laporan dan aduan mengenai Mohd Ashraf, namun saya tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan kerana ia dijalankan oleh Bahagian Tatatertib SPRM, Ibu Pejabat putrajaya," kata Hairul Ilham, yang juga saksi ke-22 dalam prosiding hari ini. Dalam prosiding itu, Foong memberitahu Mohd Ashraf turut digelar sebagai ''Budak Suruhan Hairul'' kerana sering dikaitkan dengan Hairul Ilham. Perkara itu turut disokong oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.Selventhiranathan. Mohd Ashraf sebelum ini pernah memberi keterangan dan merupakan saksi ke-20 dalam suruhanjaya itu yang menyiasat kematian setiausaha politik anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, yang ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu. Bagaimanapun, Hairul Ilham berkata aduan itu dibangkitkan selepas kematian Teoh dan sejujurnya beliau tidak mengetahui perkara ini kerana tidak dimaklumkan. Foong turut memaklumkan suruhanjaya akan menjalankan siasatan mengenai dakwaan itu sama ada benar atau palsu. Ketika ditanya pegawai pengendali Awang Armadajaya Awang Mahmud sekiranya Teoh meminta untuk pulang awal pada malam siasatan dijalankan, adakah dia akan membenarkan Teoh pulang, Hairul Ilham berkata: "Sekiranya Teoh memaklumkan dia akan berkahwin esok (16 Julai 2009), saya akan lepaskan dia atas budi bicara," katanya. Awang Armadajaya: "Ada tak rasa kesal sebab tak lepaskan Teoh atas cadangan Ean?." Hairul Ilham: "Ada dan ia sentiasa bermain di fikiran saya." Dalam prosiding hari ini, Foong turut memaklumkan semua telefon bimbit dan komputer riba milik pegawai SPRM iaitu Hairul Ilham, Mohd Anuar Ismail, Mohd Nazri Ibrahim, Timbalan Pengarah SPRM Selangor Hishamuddin Hashim, Raymond Nion Anak John Timban dan Khairul Anuar Alias dirampas untuk dianalisis oleh Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan turut disertai pegawai penyiasat bebas. Peguam yang mewakili SPRM Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah memohon agar beberapa saksi SPRM bagi kes yang sama turut dipanggil untuk memberikan keterangan termasuk Ean dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang Tan Boon Hwa. Peguam Christoper Leong dari Majlis Peguam, memaklumkan suruhanjaya bahawa Pakar Psikiatri Dr Benjamin Chan tidak dapat menyertai kerana tidak dapat meluangkan masa untuk membantu suruhanjaya itu. Selain Foong, suruhanjaya siasatan itu dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S.Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom. Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 26 Januari lalu, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat ''keputusan terbuka''. Prosiding bersambung esok. - BERNAMA |
Posted: 16 Mar 2011 07:02 AM PDT Pegawai MACC nafi campak keluar Teoh Oleh Boo Su-Lyn KUALA LUMPUR, 16 Mac — Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan beliau telah mencampak keluar Teoh Beng Hock dari Plaza Masalam dua tahun lalu selepas dia disoal siasat semalaman. Ketua unit siasatan SPRM Selangor Hairul Ilham Hamzah memberitahu Suruhanjaya Diraja Siasatan bahawa dia bukan pembunuh meskipun panik selepas mendengar kematian Teoh. "Adakah anda membuat apa-apa kesalahan seperti mencampak dia keluar dari tingkap?" soal pengerusi suruhanjaya Tan Sri James Foong hari ini. "Saya tidak melakukan itu," kata Hairul dengan mengangguk kepalanya. "Kami panik... ini kali pertama saksi kami mati. Saya tidak tahu apa yang perlu lakukan," tambahnya. Teoh, 30, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai 2009 selepas disoal siasat satu malam di tingkat 14 premis itu. Pejabat SPRM terletak di tingkat 14. |
Lubang taik jugak cuma tukar tong... kahkahkah... Posted: 16 Mar 2011 05:00 AM PDT Ni rupanya lawak dari Sabah... kahkahkah... Dok dalam lubang taik jugak cumanya tukar tong... kahkahkah... Tong taik nu dah penuh, tukar tong taik lain... kahkahkah... Tong taik brand ni lagi baguih pasai orang dah tak ramai... kahkahkah... Peluang lebih banyak... kahkahkah... Tong taik nu dah lubang banyak kantoi... kahkahkah... Tak syok dok lama lama... kahkahkah... ****************************************** Peter Pang digugur timbalan ketua menteri Sabah serta-merta KOTA KINABALU, 16 Mac — Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Karamunting Datuk Peter Pang En Yin digugurkan dari jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah berkuat kuasa serta-merta, demikian diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Bagaimanapun, Musa berkata Pang, 51, yang kini menyertai parti Gerakan kekal sebagai Menteri Belia dan Sukan negeri. Pengganti Pang sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah akan diumumkan kemudian, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet negeri di sini hari ini. Pang mengumumkan keluar Parti Liberal Demokratik (LDP) pada 1 September lalu selepas Timbalan Presiden LDP Chin Su Phin mengumumkan pucuk pimpinan parti itu tidak lagi boleh bekerja dengan Musa, yang juga merupakan pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri. Selepas beberapa bulan tidak menganggotai mana-mana parti, semalam, beliau bersama 118 penyokongnya menyerahkan borang keanggotaan kepada Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon di Sandakan, Sabah. — Bernama |
Curiga saja ka? DNA bukan main punya kalut... hihi... Posted: 16 Mar 2011 04:05 AM PDT Apa hal ngan PERKASA nih, dengan alkitab Injil dalam BM depa boleh curiga saja, tapi pasai DNA Anwar, riuh rendah satu Malaya.... DNA lebih besar bagi PERKASA dari kitab injil dalam BM... kahkahkah... Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) meluahkan rasa curiganya mengenai kumpulan Kristian, termasuk di Sabah dan Sarawak yang berkeras mahu menggunakan alkitab Injil berbahasa Melayu. Menurut presidennya, Datuk Ibrahim Ali tuntutan mereka supaya kitab-kitab berkenaan yang dirampas di Pelabuhan Kelang dan Pelabuhan kuching sejak beberapa bulan lalu dibenarkan masuk adalah tidak masuk akal. Apasal tak buat demo mintak umat Islam ditambahkan lagi kelas agama mereka, minta ditambah lagi ulama ulama yang top lagi terkenal mengajar umat Islam Malaysia bagi memastikan semua umat Islam Malaysia tahan iman mereka mendepani Injil dalam Bahasa Malaysia nih... Dah habis modal ka nak bercakap tentang ketuanan Melayu...? La ni dah jadi ketuanan DNA ka? Bukankah DNA tu stand for Datuk Najib Altantuya..? kahkahkah... |
Hushh... AMK ni ada ketua rupanya... kahkahkah... Posted: 16 Mar 2011 02:10 AM PDT Aku mati mati ingatkan AMK ni tak berketua... kahkahkah... dah sampai naik lunyai Anwar orang kerjakan, dah naik basi isu orang punya latam... baru hari ni dengar AMK nak cuba pertahankan... kahkahkah... Tak yakin ka hapa? Ka dok pikiaq tengok nak cakap lagu mana? Kahkahkah... KUALA LUMPUR, 16 Mac — Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat menyatakan pendiriannya mempertahankan ketua mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil mendakwa sebarang paksaan agar beliau menyerahkan sampel DNA merupakan pencabulan prinsip utama undang-undang. Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pihaknya menyifatkan tindakan pihak-pihak tertentu yang kelihatan bersungguh-sungguh mendesak Anwar untuk menyerahkan sampel DNA beliau adalah sebahagian daripada episod terancang bermotifkan politik jahat dan khianat. "Baik pihak pendakwaan mahupun NGO-NGO picisan yang bersungguh mendesak ini, kelihatan tidak faham akan prinsip asas undang-undang bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. "Dalam mana-mana kes mahkamah, adalah menjadi tugas pihak pendakwaan untuk membuktikan bahawa pihak tertuduh itu bersalah berdasarkan bukti yang jelas melampaui sebarang keraguan dan bukannya meminta atau mencipta bukti," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini. Dalam kes Anwar, kata Shamsul Iskandar, beliau tidak perlu mengemukakan hatta secebis bukti sekalipun kerana beliau sendiri telah mempunyai alibi yang kukuh untuk menyatakan bahawa tidak terlibat dalam dakwaan penuduh. Katanya, apa yang berlaku dalam kronologi kes fitnah kedua ke atas Anwar ini lebih bersifatkan pembunuhan karakter paling dahsyat pernah berlaku dalam sejarah politik negara. "Anwar dinafikan akses ke atas pelbagai dokumen, malah pihak peguambela sendiri terhalang daripada menjalankan pelbagai ujian bebas ke atas bahan-bahan bukti yang dikemukakan oleh pendakwa. "Isu DNA ini berterusan dimainkan agar dengan mudah pihak pendakwaan memalitkan tuduhan ke atas Anwar," kata beliau lagi. Shamsul Iskandar berkata percanggahan fakta sejak awal perbicaraan menunjukkan bahawa kes liwat kedua dihadapi Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, langsung tidak mempunyai asas undang-undang yang jelas dan fakta yang kukuh, ditambah pula dengan kredibiliti penuduh yang jahanam. Malah Shamsul Iskandar berkata tindakan pendakwaan bertentangan dengan Artikel 10 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948. Tambahan pula kata Shamsul Iskandar, pembocoran awal hujahan pihak pendakwaan dalam permohonan jahat mereka untuk memaksa Anwar menyerahkan sampel DNA membuktikan lagi hujah bahawa "usaha membunuh karakter beliau dilakukan secara terancang" oleh pihak pendakwaan dan media massa di bawah telunjuk Umno-BN. "Angkatan Muda PKR dengan tegas menyatakan bahawa tidak ada sebarang keperluan untuk Datuk Seri Anwar tunduk kepada desakan-desakan bebal yang sedang dilakukan oleh beberapa pihak. "Ini akan menyebabkan berlakunya perubahan terhadap prinsip asas undang-undang itu sendiri dan menjadikannya sebagai seseorang itu bersalah sehingga dibuktikan tidak bermasalah," katanya. Shamsul Iskandar juga berkata pihaknya yakin dan percaya bahawa kelompongan kes ditambah dengan kekarutan pihak pendakwaan serta penyalahgunaan kuasa oleh pasukan polis terbabit dalam kes yang sedang dipertontonkan ini, berpotensi besar merosakkan imej Malaysia di mata dunia, susulan daripada apa yang telah berlaku sebermula 1998.- TMI |
Terkini: A slow-moving nightmare Posted: 16 Mar 2011 01:50 AM PDT Kita perlu ingat, letusan debu radioaktif di loji nuklear Jepun sudah dalam keadaan yang tak terkawal sekarang ini. Ini bukan dari mat sembab, jauh sekali dari kerajaan mat monggol... mak badak? Jauh sekali... Ini berita sahih dari Jepun... Rakyat Tokyo dah panik, pekerja pekerja di loji tersebut dah pun diarahkan tinggalkan bangunan tersebut... apa jadi rakyat di Taiwan... apa jadi rakyat di China... apa jadi kita di Malaysia... bagitau mat monggol dan mat sembab, Jepun tu di Asia yang sama daerahnya dengan Malaysia... kahkahkah.... Mari kita saksikan bencana terburuk dunia ni live didepan mata... bagusnya kejadian ni terjadi sebelum Malaysia belum betul betul membinanya lagi... biaq ahli Umno tengok sendiri, lepas ni tanya depa betul betul ka depa tu mau lagi loji nuklear sendiri dibelakang rumah depa nanti... |
Muhyiddin takkan paham punya... Posted: 16 Mar 2011 01:25 AM PDT KRISIS NUKLEAR JEPUN MERUNCING FUKUSHIMA 15 Mac – Krisis nuklear Jepun yang disifatkan sebagai paling serius di dunia sejak malapetaka Chernobyl di Ukraine pada 1986, semakin meruncing hari ini apabila paras radiasi didapati meningkat ke tahap membahayakan kesihatan di sekitar sebuah loji nuklear setelah beberapa reaktornya meletup dalam tempoh empat hari lalu selepas berlaku gempa bumi Jumaat lepas. Perdana Menteri, Naoto Kan menyeru penduduk yang tinggal sekitar 30 kilometer dari loji nuklear Fukushima, 240 kilometer ke utara Tokyo, supaya tidak keluar rumah dan menjimatkan elektrik. Ketika bercakap mengenai paras radiasi di reaktor No. 4 yang meletup hari ini, Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano mengakui terdapat kemungkinan jelas kesihatan penduduk boleh terjejas. "Tidak syak lagi berlainan dengan situasi masa lalu, paras radiasi kini pada paras yang boleh membahayakan kesihatan manusia," kata Edano. Kedutaan Perancis dalam kenyataan pada 0100 GMT (9 pagi waktu Malaysia) memberi amaran, angin radioaktif paras rendah boleh sampai ke Tokyo dalam masa kira-kira 10 jam, tetapi pihak berkuasa mengesan paras radiasi melebihi normal lebih awal daripada itu di ibu negara Jepun itu. Paras radiasi di bandar Maebashi, 100 kilometer ke utara Tokyo mencecah 10 kali paras normal, manakala hanya radiasi paras rendah dikesan di ibu negara matahari terbit itu, yang 'tidak menjadi masalah', kata pegawai bandar raya menurut agensi berita Kyodo. "Berlaku kebakaran dan letupan di reaktor No. 4 dan paras radiasi di kawasan sekitar meningkat dengan ketara, kemungkinan berlaku lagi kebocoran bahan radioaktif bertambah meningkat," kata Kan dengan wajah suram dalam ucapan ke seluruh negara. Negara serantau juga semakin bimbang dengan risiko radiasi, termasuk China. Syarikat penerbangan Air China membatalkan penerbangan ke Tokyo sementara kerajaan Jepun mengumumkan zon larangan terbang sejauh 30 kilometer di sekitar reaktor di Fukushima. Media Jepun mula mengkritik Kan berhubung tindakannya menangani bencana itu dan membidas kerajaan dan operator loji nuklear, TEPCO kerana gagal menyalurkan maklumat lengkap mengenai insiden tersebut, terutamanya risiko terhadap kesihatan. "Keracunan radiasi yang sangat teruk, seperti yang berlaku di Chernobyl dan kepada pekerja Jepun di stesen tenaga nuklear itu, tidak mungkin menimpa penduduk awam," kata pakar patologi kimia di Universiti Hong Kong, Lam Ching-wan. Namun, letupan di reaktor itu boleh menyebabkan penduduk awam terdedah kepada radiasi jangka panjang, yang meningkatkan risiko kanser tiroid dan tulang serta leukemia terutamanya kepada kanak-kanak dan anak dalam kandungan, katanya. Sejumlah empat letupan berlaku di loji Fukushima sejak kompleks itu mengalami kerosakan dalam gempa bumi dan tsunami pada Jumaat lalu, dengan letupan terbaru di reaktor No. 2 dan No. 4, hari ini. – Reuters |
Posted: 15 Mar 2011 11:00 PM PDT Panik mula melanda Tokyo TOKYO - Kebimbangan mengenai peningkatan tahap radioaktif dalam udara akibat letupan loji nuklear menyebabkan sebahagian kecil penduduk Tokyo mula meninggalkan ibu negara itu dan yang lain menyimpan bekalan makanan dan barangan harian. Beberapa kedutaan negara luar di bandar besar itu turut mengarahkan pegawai dan rakyat asing meninggalkan kawasan terjejas selain pelancong membatalkan percutian ke Tokyo. Beberapa petugas media antarabangsa yang membuat liputan di Sendai, wilayah paling teruk terjejas dalam bencana itu, mula meninggalkan bandar itu selepas letupan keempat berlaku di loji nuklear itu, semalam. Media Jepun melaporkan, tahap radioaktif rendah mula dikesan di Tokyo dan radiasi di bandar terhampir dengan Tokyo adalah 40 kali ganda lebih tinggi berbanding tahap normal. Tahap itu tidak membahayakan kesihatan tetapi mencetuskan panik dalam kalangan 12 juta penduduk bandar metropolitan itu. Angin di kawasan loji nuklear di utara Jepun bertiup ke selatan menuju ke Tokyo sebelum dilaporkan berubah ke arah barat, semalam. Sinar Harian/- |
Terkini: Krisis nuklear Jepun sudah tak terkawal? Posted: 15 Mar 2011 10:42 PM PDT Ketua Setiausaha Kabinet Yukio Edano berkata kerja-kerja merenjis air ke atas reaktor-reaktor yang terlampau panas terganggu disebabkan arahan mengabaikan loji berkenaan. "Kesemua pekerja terpaksa menggantung operasi mereka. Kami telah menggesa mereka agar mengosongkannya dan mereka telah melakukannya," kata beliau. Pekerja-pekerja terbabit telah dibenarkan kembali setengah jam kemudian selepas kadar radiasi jatuh. Peningkatan kadar radiasi adalah ekoran kebakaran di Unit 4 kompleks tenaga nuklear terbabit, kata pegawai agensi keselamatan nuklear Jepun. Kejadian itu dipercayai telah merosakkan ruang tekanan reaktor, paip berisi air di luar teras nuklear yang merupakan sebahagian daripada sistem pendinginan kecemasan. Krisis nuklear ini mencetuskan kebimbangan antarabangsa dan membayangi sebahagian kerja-kerja mencari dan menyelamat ekoran tragedi Jumaat lalu. Bencana berganda ini, yang paling buruk dalam sejarah 140 tahun Jepun dikhuatiri telah menyebabkan kematian lebih 10,000 orang. Pihak berkuasa bekerja keras untuk mengelakkan malapetaka alam sekitar lebih buruk di kompleks tenaga nuklear Fukushima Daiichi, yang terletak ke utara Tokyo. Makin banyak mayat dikeluarkan dari kawasan teruk dilanda gempa bumi dan tsunami termasuk di Rikuzentakata, timur laut Jepun. — Foto Reuters TOKYO, 16 Mac — Jepun hari ini mengarahkan kesemua pekerjanya bertindak keluar dari kawasan loji tenaga nuklearnya di sebelah timur laut yang rosak teruk akibat bencana berganda Jumaat lalu. Arahan itu dikeluarkan ekoran peningkatan paras radiasi yang terbocor ekoran siri kebakaran dan letupan di kompleks tenaga nuklear Fujishima hari ini, lapor agensi berita Kyodo. Perkembangan itu sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa Jepun sudah tidak mampu untuk mengawal krisis nuklear ekoran tragedi gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu. Ketua Setiausaha Kabinet Yukio Edano berkata kerja-kerja merenjis air ke atas reaktor-reaktor yang terlampau panas terganggu disebabkan arahan mengabaikan loji berkenaan. "Kesemua pekerja terpaksa menggantung operasi mereka. Kami telah menggesa mereka agar mengosongkannya dan mereka telah melakukannya," kata beliau. Pekerja-pekerja terbabit telah dibenarkan kembali setengah jam kemudian selepas kadar radiasi jatuh. Peningkatan kadar radiasi adalah ekoran kebakaran di Unit 4 kompleks tenaga nuklear terbabit, kata pegawai agensi keselamatan nuklear Jepun. Kejadian itu dipercayai telah merosakkan ruang tekanan reaktor, paip berisi air di luar teras nuklear yang merupakan sebahagian daripada sistem pendinginan kecemasan. Krisis nuklear ini mencetuskan kebimbangan antarabangsa dan membayangi sebahagian kerja-kerja mencari dan menyelamat ekoran tragedi Jumaat lalu. Bencana berganda ini, yang paling buruk dalam sejarah 140 tahun Jepun dikhuatiri telah menyebabkan kematian lebih 10,000 orang. Pihak berkuasa bekerja keras untuk mengelakkan malapetaka alam sekitar lebih buruk di kompleks tenaga nuklear Fukushima Daiichi, yang terletak ke utara Tokyo. |
Panas: Muhyiddin gelak guling guling baca berita lawak nih... hihi... Posted: 15 Mar 2011 10:30 PM PDT Sekarang ni dah sah dah, Muhyiddin tergolong dalam golongan orang kurang upaya dalam berfikir. Dia mesti ingatkan Perancis tu melawak bila mengatakan nahas nuklear di Jepun sekarang ni sebagai serius. Dia mesti ingatkan Perancis tu bangang bila mengatakan nahas nuklear di Jepun sekarang ni sudah menghampiri nahas di Chernobyil, Ukraine pada 1986... *************************** Perancis: Serius nahas nuklear Jepun di paras enam, hampiri kes Chernobyl PARIS, 15 Mac — Pihak berkuasa keselamatan nuklear Perancis hari ini berkata keseriusan nahas nuklear loji Fukushima Daiichi di Jepun, milik Tokyo Electric Power, hari ini mencecah paras enam. Skala antarabangsa yang digunakan ialah satu hingga tujuh. Semalam, ASN memutuskan malapetaka itu di tahap lima atau enam. Loji itu terletak 240 kilometer ke utara Tokyo. Paras tujuh hanya digunakan sekali iaitu iaitu membabitkan loji Chernobyl di Ukraine pada 1986. Nahas di loji tenaga nuklear Three Mile Island di Amerika Syarikat pada 1979 hanya diklasifikasikan sebagai lima. Awal hari ini Perdana Menteri Jepun mengesahkan kebocoran radioaktif di loji itu manakala hampir 200,000 orang dipindahkan. — Reuters |
Tentu depa bangga gila jadi bangsa Umno Posted: 15 Mar 2011 08:30 PM PDT Nak kata apa lagi, kena kata tahniah ja la pasai tak lama lagi seluruh rakyat Malaysia... bukan saja ahli Umno BN yang akan menikmati kenaikan tarif elektrik. Ini saja hadiah yang layak dan tak lupa diberikan oleh KERAjaan BN yang kekal memerintah negara sejak lebih 53 tahun lalu. Depa memang tak lupa hadiah ni dan pengalaman mereka sejak lama dulu memerintah negara akan digembelingkan dengan bantuan kekuatan media negara bagi menipu rakyat lagi mengesahkan kenaikan tarif elektrik ini bukan kerana salah pengurusan negara tapi kerana faktor luaran lain. Ini dah pun disahkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin Fah Kui. Ia dijangka berlaku sekiranya harga minyak mentah seperti gas asli dan arang batu tiba-tiba meningkat dalam pasaran dunia, katanya dalam jawapan bertulis kepada anggota parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan.- Malaysiakini |
Bangang sampai mampuih... kahkahkah... Posted: 15 Mar 2011 08:22 PM PDT Pemuja pemuja Mahathir yang banyak bersarang dalam Umno bagaikan terpaku dengan keajaiban kitab tulisan Mahathir yang terbaru bertajuk, A Doctor In The House : The Memoir of Tun Dr Mahathir Mohammad. Keagungan garapan Mahathir ini telah diangkat sebagai paling berilmiah dari seorang tokoh tersohor bangsa Umno sehinggakan ada fatwa yang terbit mengatakan tidak sah Umno seseorang itu sekiranya mereka tidak angkat buku ini untuk dihafal. Jangan hairan kerana setakat ini sahajalah tahap minda bangsa Umno. Mereka meletakkan setiap patah ucapan dan garapan Mahathir bagai firman berupa formula hidup dalam kelompok bangsa Umno. Mereka langsung malah sengaja melupakan banyak fakta yang mengelirukan dan juga tidak benar berlingkar dalam buku tulisan mantan Piem bangsa Umno yang paling lama dalam sejarah negara itu. Beliau sengaja melarikan diri dengan menuding jari pada orang lain dari kesalahan lampau beliau. Tentu ramai yang masih ingat bagaimana Allahyarham Ustaz Ishak Baharom dipecat sebagai Mufti Kerajaan Negeri Selangor, pemecatan Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim negara, pembunuhan Ustaz Ibrahim Libya di Memali yang berlaku pada 19 November 1985. Tangkapan zalim di bawah akta zalim ISA. Menarik balik bantuan pada Sekolah Agama Rakyat (SAR) sehingga banyak SAR terpaksa ditutup. 22 tahun pemerintahannya bukanlah pendek malah terlalu banyak untuk kita senaraikan warna hitamnya... Namun aku yakin, pemuja pemuja Mahathir akan gagal lagi untuk melihat segala keburukan diwaktu pemerintahannya. Kerana gerhana gerhana yang tercipta dizaman Mahathir telah sekali lagi cuba dibersihkan oleh para pemujanya kononya dengan kegemilangan dan keagungan garapan memoir merapu hidup Mahathir itu... Sampai ke mati la jawabnya mereka mereka ni kena tipu dengan mantan Piem Umno tu yang tanpa siapa pun ketahui bagaimana rupanya bapa Mahathir... kahkahkah... http://shalehudin.blogspot.com/ |
Posted: 15 Mar 2011 06:00 PM PDT KDN terkejut jebon Salam semua... Kelmarin ni sari suntuk Pak Long perbetoi bumbung reban ayam Mak Long hang, dah sendai ngan zing tang mana yang bocoq. Kibaq layaq belah matahari naik tu pun dah uzoq... tampai ngan papan sikit, bukan apa... kena tutup gak lubang lubang nak elak jebon masuk reban... haha... Masaalah jebon ni kacang la sebenaqnya, nak marah kat dia pun tak boleh dah ayam tu makanan dia. Maknanya kita kena la perkemaih reban ayam kita malah kalau perlu, ajaq ayam ayam Mak Long hang tu... jumpa jebon lari mintak tolong ka atau pun terjerembab jebon waktu malam, buat buat pengsan... haha... Pa pun Pak Long nak ucapkan syabas la kat KDN pasai bersetuju nak lepaskan kitab Injil dalam bahasa Malaysia yang dirampaih dan ditahan di Kuching ngan Pelabuhan Klang tu... Bukannya apa, sayang kat Islam pun tak boleh dok penaya agama lain. Nak kembangkan Islam tak bermakna tekan hak orang lain. Nak jaga ayam ayam Mak Long hang pun tak boleh la sampai pi bakaq habih hutan tempat anak bini jebon dok istirehat. Nampak macam Islam ni tak tamadun sangat, ganaih dan zalim... Depa nak tulih kitab depa dalam bahasa apa pun mampuih pi kat depa la, kita tu yang kena perkemaih diri sendiri, anak bini kita tu bagi tebai iman tu lagi... agensi agensi kita yang berlambak dok makan gaji buta tu buat apa kalau segan nak buat kerja... jabatan agama Islam takkan nak tunggu artis kahwin cerai saja kot, perbetoi Islam anak bangsa, guna kuasa dakwah yang Nabi bagi kat kita... dok taroh buat hapa... Wassalam... |
Jawapan bagi Muhyiddin... kahkahkah... Posted: 15 Mar 2011 05:52 PM PDT HANYA INI JAWAPAN RAKYAT KALAU ANGKUH INI JAWABNYA!!! TPM : MALAYSIA AKAN TERUSKAN CITA CITA NUKLEAR - mikini Di sebalik kebocoran radioaktif di Jepun berikutan gempa bumi kuat yang mengegarkan negara itu, Malaysia tetap dengan cita-citanya membina loji tenaga nuklear, kata timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin. Katanya agensi tempatan akan melakukan yang terbaik bagi menjamin keselamatan di dua loji tenaga yang dijadual dibina di negara ini. "Semua negara di dunia memantau dan meneliti perkembangan di Jepun.Yang penting ialah soal keselamatan negara dan rakyat. Jadi dalam soal ini kita ada agensi yang bertanggungjawab. Mereka tahu apa yang mereka lakukan dan kita yakin mereka melaksanakan yang terbaik," katanya. jawapan: rakyat malaysia akan teruskan cita cita untuk menghumbankan gerombolan dan sekutunya!!! bagitu angkuh dan sombong bagitu sombong dan bongkak seperti firaun di mesir seperti dirinya wakil tuhan!!! nota: anak muda sedia bangun melawan (Sumber: Bro TT) |
Posted: 15 Mar 2011 04:55 PM PDT |
Man U mara tewaskan Marseille 2-1 Posted: 15 Mar 2011 04:54 PM PDT |
Terang terang fail geografi... kahkahkah... Posted: 15 Mar 2011 04:39 PM PDT Orang komen, dia pun kalut nak komen. Orang bercakap, dia pun kalut nak bercakap. Pantang orang tanya, nak komen saja. Pantang jumpak wartawan, mesti nak sua muka berminyak dia... kahkahkah... Hajat hati nak jadi perdana menteri, tapi hanya dapat jadi bini. Tapi acting mengalahkan laki... kahkahkah... Komen Rosmah Mansor bahawa berlakunya tsunami kerana kerajaan Jepun tidak menitik-beratkan faktor alam sekitar dan perubahan iklim dalam pembangunannya dikritik hebat dan menjadi tajuk utama berita antarabangsa, di laman sosial Facebook dan Twitter. Sapa jugak yang mengaku rakyat Malaysia di luar negara pastinya kudung kepala, malu woiii.... kahkahkah... Dakwaan isteri Piem itu bahawa kejadian tsunami di Jepun sebagai pengajaran kepada kerajaan Jepun amat dikesali dan memalukan. Ulasan bangang tersebut kini telah menjadi tajuk utama berita antarabangsa CNN dan kini menjadi pendebatan hangat di laman sosial Facebook dan twitter. Ini menunjukkan bahawa Rosmah tak belajar geografi langsung masa sekolah dulu, gagal memahami kedudukan geografi negeri Jepun itu sendiri sebelum ulasan tu dikeluarkan... Oooppsss... Umno, biasa laa... haha... |
Posted: 15 Mar 2011 03:18 PM PDT Sebagai pengajaran betapa kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t gagal ditepis oleh keangkuhan dan keeogoan manusia walau semaju mana pun kita... Kita hanya hamba yang wajib memuji dan mengingatiNya... |
Panas: Muhyiddin gelak guling guling baca berita lawak nih... hihi... Posted: 15 Mar 2011 12:36 PM PDT Sekarang ni dah sah dah, Muhyiddin tergolong dalam golongan orang kurang upaya dalam berfikir. Dia mesti ingatkan Perancis tu melawak bila mengatakan nahas nuklear di Jepun sekarang ni sebagai serius. Dia mesti ingatkan Perancis tu bangang bila mengatakan nahas nuklear di Jepun sekarang ni sudah menghampiri nahas di Chernobyil, Ukraine pada 1986... *************************** Perancis: Serius nahas nuklear Jepun di paras enam, hampiri kes Chernobyl PARIS, 15 Mac — Pihak berkuasa keselamatan nuklear Perancis hari ini berkata keseriusan nahas nuklear loji Fukushima Daiichi di Jepun, milik Tokyo Electric Power, hari ini mencecah paras enam. Skala antarabangsa yang digunakan ialah satu hingga tujuh. Semalam, ASN memutuskan malapetaka itu di tahap lima atau enam. Loji itu terletak 240 kilometer ke utara Tokyo. Paras tujuh hanya digunakan sekali iaitu iaitu membabitkan loji Chernobyl di Ukraine pada 1986. Nahas di loji tenaga nuklear Three Mile Island di Amerika Syarikat pada 1979 hanya diklasifikasikan sebagai lima. Awal hari ini Perdana Menteri Jepun mengesahkan kebocoran radioaktif di loji itu manakala hampir 200,000 orang dipindahkan. — Reuters |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan