Selasa, 15 Mac 2011

shalehudin

shalehudin


Akhirnya...

Posted: 15 Mar 2011 05:49 AM PDT

Penahanan alkitab Injil BM ditarik balik

Setelah dibidas pelbagai pihak, berhubung tindakan Kementerian Dalam Negeri yang menahan ribuan alkitab Injil berbahasa Melayu, kerajaan hari ini bersetuju untuk mengeluarkan kitab yang dirampas dan ditahan di Kuching dan Pelabuhan Klang.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, berkata tindakan kerajaan itu selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah membenarkan pengeluaran serta penyebaran Kitab Injil dalam Bahasa Melayu secara terhad dan terkawal.

Bagaimanpun semua kitab berkenaan mesti dicop dengan tag "Untuk penganut agama Kristian sahaja".

"Sejak tahun 1982, dengan akta tersebut, laporan menunjukkan bahawa tiada sebarang isu atau masalah yang dihadapi dalam pelaksanaannya. Dengan merujuk kepada fakta tersebut, Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk menggunakan warta 1982 yang sama dalam pengeluaran Kitab Injil.

"Setelah pemerhatian serta analisa yang teliti, Peguam Negara (AG) juga telah menetapkan bahawa pengeluaran Kitab Injil yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia tidak akan memberi kesan dalam kes mahkamah yang berkaitan isu Kalimah Allah.

"Oleh itu, dalam konteks berikut Kerajaan telah dapat secara amnya mengeluarkan buku Kitab Injil tersebut," kata Idris.

Menurut beliau, kerajaan sangat komited dan akan memberikan komitmen yang berterusan untuk menyelesaikan masalah atau isu-isu berkaitan agama dengan penuh adil dan saksama demi kebaikan negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Oleh itu, katanya, kerajaan akan terus mengadakan dialog khas untuk membincangkan jalan penyelesaian isu-isu tertentu dengan melibatkan semua penganut pelbagai agama.

"Kerajaan Sarawak juga bersetuju dan berpendapat bahawa penahanan buku Kitab Injil yang telah sekian lama ditahan seharusnya dikeluarkan," katanya.

Idris yang merupakan penganut agama Kristian dan berasal dari Sarawak berkata beliau telah berhubung dengan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM).

"Ini adalah satu kompromisi yang memanfaatkan kedua-dua belah pihak dalam menangani perbezaan pendapat antara penganut agama Kristian dan Islam di negara ini. Bagi penganut agama Kristian, kerajaan telah bersetuju untuk mengeluarkan Kitab Injil di Kuching mahupun di Pelabuhan Klang," katanya.

Dari perspektif penganut agama Islam pula, katanya, seperti yang telah ditetapkan oleh Peguam Negara, pelaksanaan ini tidak akan memberi kesan dalam kes mahkamah yang berkaitan isu Kalimah Allah.

"Kerajaan jelas sangat komited dalam menyelesaikan masalah berkaitan agama sejajar dengan konsep 1Malaysia," akhiri kenyataan itu.- Malaysiakini

Tahniah pengundi BN

Posted: 15 Mar 2011 04:41 AM PDT

Nak kata apa lagi, kena kata tahniah ja la pasai tak lama lagi seluruh rakyat Malaysia... bukan saja ahli Umno BN yang akan menikmati kenaikan tarif elektrik.

Ini saja hadiah yang tak lupa diberikan oleh KERAjaan BN yang kekal memerintah negara sejak lebih 53 tahun lalu. Depa memang tak lupa hadiah ni dan pengalaman mereka sejak lama dulu memerintah negara akan digembelingkan dengan bantuan kekuatan media negara bagi menipu rakyat lagi mengesahkan kenaikan tarif elektrik ini bukan kerana salah pengurusan negara tapi kerana faktor luaran lain. Ini dah pun disahkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin Fah Kui.

Ia dijangka berlaku sekiranya harga minyak mentah seperti gas asli dan arang batu tiba-tiba meningkat dalam pasaran dunia, katanya dalam jawapan bertulis kepada anggota parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan.- Malaysiakini

Demo rakyat dengan letusan nuklear... mana bahaya...

Posted: 15 Mar 2011 03:56 AM PDT

Aku heran betoi la cara kerajaan kita melihat sesuatu peristiwa tu. Apa letusan nuklear kat Jepun tu tak bahaya ka? Mana lebih bahaya antara demonstrasi rakyat dengan letusan nuklear kat Jepun?

Masa demonstrasi rakyat kat Mesir hari tu, berebut rebut puak BN ngan Pakatan Rakyat yang sponsor budak budak kita balik Malaysia, tapi bila terjadi gempa 8.9 skala richter dan tsunami kat Jepun dan diikuti 3 kali letupan nuklear kat Fukushima Jepun, statement ni saja yang kita dapat...

Semua Rakyat Malaysia Di Fukushima Selamat

KUALA LUMPUR: Semua warga Malaysia yang tinggal di daerah Fukushima, Jepun dilaporkan selamat kerana mereka berada di luar radius 50km dari Loji Tenaga Nuklear Daiichi yang meletup pada Sabtu, sehari selepas negara itu dilanda gempa dan tsunami.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan malam ini berkata mereka yang tinggal dalam radius 20km dari loji berkenaan telah diarahkan berpindah ke kawasan lebih selamat yang ditentukan oleh pihak berkuasa Jepun.

Letupan pertama di loji itu berlaku pada 2.30 petang (waktu Malaysia) pada Sabtu diikuti letupan kedua di reaktor Unit 3 sekitar 10.01 pagi (Waktu Malaysia) hari ini.

"Pihak berkuasa Jepun melaporkan bahawa keadaan tangki simpanan masih kukuh dan risiko sejumlah besar bahan radioaktif tersebar sangat rendah," katanya.

Kenyataan itu juga menerangkan bahawa pada 3.00 petang (4.00 ptg waktu Jepun) hari ini, Kedutaan Malaysia di Jepun telah dapat menghubungi 858 warga Malaysia termasuk pelajar di daerah yang paling teruk terjejas iaitu Miyagi, Fukushima, Iwate, Tochigi, Ibaraki, Chiba dan Saitama. "Kedutaan juga menghubungi warga Malaysia lain di kawasan yang kurang terkesan oleh gempa bumi. Semuanya selamat dan tidak terdapat laporan mengenai kemalangan jiwa warga Malaysia," katanya.

Kenyataan itu menjelaskan para pegawai kedutaan juga telah bertemu dengan sebahagian besar warga Malaysia di pusat pemindahan dengan menawarkan bantuan yang diperlukan.

Menurut para pegawai, sebahagian besar warga Malaysia tidak mahu berpindah ke Tokyo.

"Hanya kira-kira enam warga Malaysia (4 pelajar dan 2 warga Malaysia lain)memilih untuk pulang bersama pasukan pemantau ke Tokyo," kata mereka. Kedutaan akan terus memantau keadaan mereka dan menawarkan bantuan.

Menurut kenyataan itu, Bilik Operasi di Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Tokyo kini beroperasi 24 jam. -BERNAMA

Buta sampai mati... kahkahkah...

Posted: 15 Mar 2011 01:06 AM PDT

Pemuja pemuja Mahathir yang banyak bersarang dalam Umno bagaikan terpaku dengan keajaiban kitab tulisan Mahathir yang terbaru bertajuk, A Doctor In The House : The Memoir of Tun Dr Mahathir Mohammad. Keagungan garapan Mahathir ini telah diangkat sebagai paling berilmiah dari seorang tokoh tersohor bangsa Umno sehinggakan ada fatwa yang terbit mengatakan tidak sah Umno seseorang itu sekiranya mereka tidak angkat buku ini untuk dihafal.

Jangan hairan kerana setakat ini sahajalah tahap minda bangsa Umno. Mereka meletakkan setiap patah ucapan dan garapan Mahathir bagai firman berupa formula hidup dalam kelompok bangsa Umno. Mereka langsung malah sengaja melupakan banyak fakta yang mengelirukan dan juga tidak benar berlingkar dalam buku tulisan mantan Piem bangsa Umno yang paling lama dalam sejarah negara itu. Beliau sengaja melarikan diri dengan menuding jari pada orang lain dari kesalahan lampau beliau.

Tentu ramai yang masih ingat bagaimana Allahyarham Ustaz Ishak Baharom dipecat sebagai Mufti Kerajaan Negeri Selangor, pemecatan Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim negara, pembunuhan Ustaz Ibrahim Libya di Memali yang berlaku pada 19 November 1985. Tangkapan zalim di bawah akta zalim ISA. Menarik balik bantuan pada Sekolah Agama Rakyat (SAR) sehingga banyak SAR terpaksa ditutup.

22 tahun pemerintahannya bukanlah pendek malah terlalu banyak untuk kita senaraikan warna hitamnya... Namun aku yakin, pemuja pemuja Mahathir akan gagal lagi untuk melihat segala keburukan diwaktu pemerintahannya. Kerana gerhana gerhana yang tercipta dizaman Mahathir telah sekali lagi cuba dibersihkan oleh para pemujanya kononya dengan kegemilangan dan keagungan garapan memoir merapu hidup Mahathir itu...

Sampai ke mati la jawabnya mereka mereka ni kena tipu dengan mantan Piem Umno tu yang tanpa siapa pun ketahui bagaimana rupanya bapa Mahathir... kahkahkah... http://shalehudin.blogspot.com/

Angka rasmi 2,400 orang

Posted: 14 Mar 2011 06:56 PM PDT

Angka Kematian Rasmi Gempa Bumi Melebihi 2,400 Orang

TOKYO: Angka kematian rasmi akibat gempa bumi dan tsunami yang melanda perairan timur laut Jepun kini melebihi 2,400 orang, kata polis pada Isnin.

Agensi Polis Kebangsaan negara itu berkata, 2,414 orang disahkan maut dan 3,118 masih hilang manakala 1,885 mengalami kecederaan selepas bencana alam itu melanda petang Jumaat lalu. Jumlah kematiah sehingga semalam ialah 1,647 orang. -AFP

Meletup lagi...

Posted: 14 Mar 2011 06:46 PM PDT

Letupan di satu lagi reaktor nuklear

TOKYO: Satu lagi letupan besar kedengaran di reaktor nuklear berlaku di kawasan yang teruk dilanda nuklear awal hari ini, letupan ketiga sejak Sabtu lalu, kata operator loji.

"Ada letupan besar kedengaran di antara jam 6 pagi dan 6:15 pagi di reaktor nombor dua iaitu loji nuklear No 1 Fukushima," kata jurucakap Tokyo Electric Power Co.

Kerajaan juga melaporkan kerosakan di bahagian bekas yang melindungi reaktor yang sama di Fukushima iaitu 250 kilometer, timur laut Tokyo walaupun tidak pasti sama ada kejadian itu menyebabkan letupan.

Ketua Setiuasaha Kabinet, Yukio Edano pada sidang akhbar berkata, kolam penahan di reaktor nuklear nombor dua mengalami kerosakan. - AFP

Tiada ulasan: