Selasa, 15 Mac 2011

PERAKITE

PERAKITE


Ulasan Rosmah Mansor mengenai tsunami Jepun memalukan negara

Posted: 15 Mar 2011 02:48 AM PDT

DS Rosmah Mansor Rosmah wajar memohon maaf kepada rakyat dan kerajaan Jepun kerana sikap tidak sensitivitinya dan juga kepada rakyat Malaysia kerana memalukan negara, kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddi.n

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Rosmah bahawa kejadian tsunami di Jepun sebagai pengajaran kepada kerajaan Jepun yang tidak menitikberatkan faktor alam sekitar dan perubahan iklim dalam pembangunannya.

"Ini menunjukkan beliau sebagai isteri Perdana Menteri tidak layak mewakili suara wanita Malaysia, apatah lagi mahu mengangkat diri beliau dengan gelaran First Lady of Malaysia (FLOM)," demikian menurut kenyataan medianya.

Katanya, kenyataan Rosmah yang dilaporkan kepada Awani, menjadi tajuk utama berita antarabangsa CNN, dan kini menjadi pendebatan hangat di laman sosial Facebook dan twitter menunjukkan bahawa Rosmah seolah tiada naluri sensitiviti kepada kesusahan rakyat dan kerajaan Jepun yang kini sedang dalam keadaan getir menghadapi bencana yang melanda.

"Ini adalah amat memalukan dan bertentangan dengan pengakuan beliau dan kerajaan Malaysia kononnya sebagai First Lady, beliau banyak membantu dalam hubungan diplomatik dengan negara-negara lain," katanya yang juga ahli Parlimen Ampang.

Akibat komennya yang dangkal, kata Zuraida seluruh Malaysia diketawakan dan dicemuh dunia.

Ini, tambahnya lebih teruk kerana ia berlaku selepas kontroversi kartun yang menghina sensitiviti rakyat Jepun dan seluruh dunia.

"Mewakili pimpinan PKR, ingin kami mengingatkan seluruh rakyat Malaysia bahawa peristiwa yang berlaku di Jepun adalah kuasa Allah yang telah menjadi ketentuan-Nya," ujarnya.

Malah, tambahnya rakyat Jepun patut dipuji kerana tenang dan menerima ujian itu dengan sabar.

Menurutnya lagi, semasa Malaysia dilanda tsunami dalam tahun 2004, Jepunlah antara negara pertama yang menghulurkan bantuan.

Ustaz menunggang Kapcai disaman menunggang melebihi had laju

Posted: 14 Mar 2011 03:58 PM PDT


ABDUL WAHAB menunjukkan saman yang diterima di samping motosikal jenis Honda 70cc

Seorang guru agama yang uzur terkejut menerima saman konon menunggang motosikal melebihi had laju di Kilometer 46, Jalan Alor Setar Butterworth tiga tahun lalu.

Abdul Wahab Tampal, 65, mendakwa disaman menggunakan motosikal berkuasa antara 90 dan 250 kuasa kuda.

Beliau yang hanya menunggang motosikal Honda 70cc sekitar sekitar lima kilometer sehari dan hanya menggunanya untuk ke masjid atau rumah saudara terdekat sahaja berkata:" Saya hanya menunggang motosikal buruk ini di sekitar kampung ini sahaja."

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Telok Durian, Kupang dekat sini, Abdul Wahab menunjukkan saman beliau didakwa menunggang motosikal jenis Honda bernombor Plat PCV 9314 dan melakukan kesalahan itu pada 10 September 2008 kira-kira pukul 7.30 pagi.

Tiada ulasan: