shalehudin |
- PULAPOL tutup
- Umno bangkrap
- Umno percaya la alasan camni... kahkahkah...
- Gobala terkam mangsa yang salah
- Hebat nyonya nih... hihi...
Posted: 10 Mar 2011 09:00 AM PST |
Posted: 10 Mar 2011 07:18 AM PST Hasil dari pendedahan Saifuddin terhadap Gobala, sudah terhimpun lagi satu bukti nyata bahawa Umno BN selama ini berhempas pulas menghulur imbuhan berupa wang ringgit untuk membeli wakil wakil rakyat Pakatan Rakyat. Cumanya kita tidak tahu berapa juta yang sebenarnya telah digunakan oleh Umno BN untuk membeli ahli-ahli parlimen dan Adun-Adun Pakatan Rakyat semenjak peristiwa "Rampasan Perak" tempohari. Makin jelas dimata rakyat yang semakin tak kehairanan ini sekiranya katak katak yang melompat tetiba menjadi "jutawan segera" yang mampu berbelanja mewah. Itu belum di ambil kira jutaan ringgit wang rakyat yang dibelanjakan dalam setiap PRK demi menagihkan sogokan pihak tertentu bagi mendapatkan kemenangan. Segala kemungkaran politik ini bakal meruntun Umno BN ke lembah hina dan bakal bangkrapkan dirinya dan negara. Umno BN bakal tumbang dengan sendirinya dan masa yang menentukannya. |
Umno percaya la alasan camni... kahkahkah... Posted: 10 Mar 2011 06:01 AM PST Macam tandatangan saya tapi bukan saya "Syarikat itu bukan milik saya, sebaliknya keluarga saya mempunyai kepentingan di dalamnya, bukan saya Sementara itu, pada sidang media berasingan, Gobalakrishnan menafikan menerima wang berjumlah RM1.4 juta seperti yang didakwa Saifuddin. Malah beliau turut bersedia disiasat oleh pihak berkuasa berhubung dakwaan berkenaan. "Saya sedia untuk disiasat pada bila-bila masa. Saya tidak pernah menerima apa-apa bayaran berjumlah RM1.4 juta daripada mana-mana pihak seperti yang dikatakan mereka. "Anda boleh periksa tandatangan saya, malah saya tak ada tunaikan apa-apa cek lagi pada tahun ini," katanya. Menurutnya lagi, syarikat Embun Megah Sdn Bhd yang dimaksudkan Saifuddin bukan miliknya. "Syarikat itu bukan milik saya, sebaliknya keluarga saya mempunyai kepentingan di dalamnya, bukan saya," katanya. |
Gobala terkam mangsa yang salah Posted: 10 Mar 2011 05:05 AM PST Secara peribadinya aku memang tabik la kat Saifuddin Nasution, cara dia berpolitik penuh isi... tak banyak cakap kosong, tak berdolak dalik atau ada udang disebalik mee... straight to the point... kahkahkah.... Cara dia perangkap Gobala pun kita dah nak tergelak dah, dari cara 'pendedahan' cek RM1.4j yang punya tandatangan Gobala saja pun kita dah dapat tau cara dia bekerja macamana. Budak budak baru dalam PKR kena belajar banyak dari Saifuddin ni... hihi... Selepas 'diserang' ahli parlimen Bebas dari Padang Serai, N Gobalakrishnan di Parlimen semalam, PKR 'menyerang balas' hari ini dengan mendakwa bekas rakan seperjuangan mereka itu telah dibayar untuk meninggalkan parti pembangkang dan menyerang kepimpinannya. PKR mengulangi pendiriannya bahawa tindakan wakil rakyatnya keluar parti, adalah didorong oleh insentif mewah yang tidak mungkin mereka perolehi jika kekal di dalam parti itu. Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution menyifatkannya sebagai satu godaan yang mendorong mereka menjadi mangsanya. Bercakap dalam satu sidang akhbar di Parlimen hari ini, beliau berkata, mereka ini kemudiannya mencipta pelbagai alasan yang tidak berasas untuk menjustifikasikan pengkhianatan mereka itu. Begitu juga, kata Saifuddin, dengan ahli parlimen Padang Serai yang juga keluar dari parti itu. Yang anehnya, dakwa beliau, secara tiba-tiba, Gobalakrishnan dapat membayar pajakan RM1,402,250 untuk Embun Megah Sdn Bhd dialamatkan 1525, Kulim Height 3, Kulim Golf and Country Resort Kedah - yang didakwa Saifuddin milik ahli parlimen itu - kepada Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad. Bayaran itu, dakwanya lagi, telah dibuat melalui dua cek lewat tarikh Bank Hong Leong Bank - satu bertarikh 12 Januari 2011 berjumlah RM700,000 dan yang satu lagi bertarikh 15 Mac 2011 berjumlah RM701,250, kata Saifuddin, sambil menunjukkan salinan fotokopi cek tersebut kepada pemberita.- Malaysiakini |
Posted: 10 Mar 2011 04:11 AM PST Pakar forensik dari Thailand, Dr Pornthip Rojasunan pada Khamis, dibenarkan mendapatkan khidmat pengawal peribadi sepanjang berada di Malaysia untuk memberi keterangan dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock. Permohonan pakar yang sinonim dengan imej funky dan rambut berwarna-warni itu dikemukakan menerusi Tetuan Malik Imtiaz Sarwar. Berdasarkan kenyataan media oleh Setiausaha Suruhanjaya, Datuk Saripuddin Kasim, permohonan tersebut telah dibenarkan.- mStar |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan