Khamis, 10 Mac 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Catatan Peribadi 10 Mac 2011.

Posted: 10 Mar 2011 02:38 AM PST

Oleh : AdukaTaruna

Jika diizinkan Allah, blog gua akan dirujuk oleh anak-anak gua. Baik ke abah dia, buruk ke abah dia, tetap abah dia gak. Tak maksum. Harap dia boleh pilih mana tauladan, mana sempadan. Sokong gua ikut tajuk. Jangan wala' seperti itik jawa. Jangan membuta tuli seperti babi.

Lama dulu, ada satu pembaca minta gua labelkan posting gua. Mana yang mengarut, dan mana yang ilmiah. Bercampur aduk. Tapi gua tak reti nak buat dan sebab gua pemalas ala2 Melayu, usaha gua ke arah itu tidak mencukupi. Maka, setelah hampir 3 tahun, N3 blog gua bersepah2 tanpa kategori.

Jadi, N3 kali ni adalah N3 untuk catatan peribadi gua. Untuk rujukan anak-anak gua. Lu orang pula, as pembaca, bolehlah kutip mana-mana yang baik, manakala mana-mana yang buruk lu tolaklah sendiri. Tak setuju, nak maki, maki jer kat sini. Tak perlu belasah gua kat luar. Insyaallah gua melawan punya. Tak payah sembang kalau lu jumpa gua, lu pun nak belasah gua la, itu la, ini la... jumpa dulu tengok. Melainkan gua terikat dengan niat tertentu macam kes Rusila tempoh hari.

Wallahualam.

Cerita 1.

Pada suatu petang, ketika gua bertugas, seekor burung Ketitir / Tekukur (gua tak kenal jenis burung) ntah dari mana ntah melayang rendah atas kepala gua. Macam susah nak terbang. Akhirnya tersungkur dalam longkang yang berair.

Gua ambil. Lap apa yang patut. Gua tak tau dunia burung. Member baik gua memang suka burung. Malah ada reban isi burung dan arnab. Dia cakap burung ni Ketitir. Budak lagi, so, tak bleh terbang.

Sepatutnya gua perlu lepaskan pada sarangnya. Tapi gua tak tau mana. Gua ask burung tu, dia buat muka kesian. Mata terkebil2 tgk gua. Gua kecek Klate pun tak paham, kecek luar pun tak paham. Nak gua lepaskan gitu sahaja, kompom org lain tangkap. Kalau kena makan kat kucing takper lagi. Rezeki kucing la. Kalau kena tangkap kek orang? Dah sia2 kena ISA. Gua dah rasa duduk lokap, gua tahu la siksanya. Walau secebis kalau banding tahap ujian Mat Sabu.

Last2, gua berijtihad, member gua simpan dulu la burung nih. Kemain la suka member gua nih. Dia bela dengan baik. Tidak gua nafikan. Bersama2 burung jenis BUKAN Ketitir / Tekukur.

Hampir 2 bulan selepas kejadian itu seingat gua, masa gua print baju bro C++, tiba2 terdengar bunyi burung. Bangsal tempat gua print dengan 'gok' burung tu sebelah2 jer.

"Weih Nal... tu burung yang gua tangkap dulu tu ke?"

"A ah."

Rancak bunyi burung tu. Bersambung2. Dan tiba2 gua terasa burung tu dah dewasa. Dia ada hak untuk bebas. Hak untuk mengawan, berkawan. Burung lain yang ada dalam tu adalah seekor burung ala2 pipit tapi warna-warni.

Nak gua minta lepaskan, ada sedikit segan sebab member gua bela dengan baik. Dia pun sayang burung tuh. Dari budak, sampai dah dewasa member gua jaga. Kena pula time tengah rancak berbunyi. Tapi gua perlu gedebe dalam menyatakan hak. Dalam terfikir2 cara untuk gua minta semula burung tu, gua bernazar sesuatu.

"Gua bernazar Ya Allah, sekiranya Lu __________, gua akan meminta burung itu. Sebab hati gua lemah, dengan kurniaan Lu yang demikian itu, dapat memberikan gua asbab membebaskan burung itu."

Cerita 2.

Kat rumah mak mertua gua, ada satu akuarium tersadai tak digunakan. Lama sudah bini gua minta izin gua beli ikan. Tapi gua tak izinkan. Pada satu malam di hari pasar malam, bila gua balik kerja jer, gua tengok... jeng jeng jeng......... ada sekumpulan ikan Pikok (macam ikan laga) dalam akuarium.

"Siapa beli ikan ni dik?" Gua tanya adik ipar gua.

"Kak Long belikan (untuk adik)... cantik, kan?"

Malam tu, time tidur, gua cakap dengan bini gua, bahawasanya, sekiranya ada berlaku penderitaan kepada ikan2 tu, lapar kerana lewat diberi makan misalnya, bergaduh sesama sendiri misalnya, rasa teraniaya misalnya, maka dosa2 perkara itu gua yang tanggung sebab gua suami. Maka, gua tak redha sebutir zarah pun terhadap bini gua mengenai dosa dia yang gua terpaksa tanggung itu. Berubah muka bini gua.

Gua anytime boleh lepaskan ikan2 tu kat retak (jambatan) Pok Nik Lah. Tapi gua tak cukup kuat kerana membabitkan keluarga bini gua. Pasal ikan Pikok, sampai membuka jalan syaitan menghasut benci-membenci, payah. Gua perlukan reason yang kuat.

"Gua bernazar Ya Allah, sekiranya Lu __________, gua akan lepaskan ikan itu. Sebab hati gua lemah, dengan kurniaan Lu yang demikian itu, dapat memberikan gua asbab melepaskan ikan itu."

Cerita 3.

Berkali-kali bini gua mohon gua bawa dia ke demo jika ada. Gua ni jenis berfahaman leceh bawak pompan. Cer lu tengok pilem2.. time hero nak lari, time tu la si heroin jatuh tertonggeng. Ak' anaaa....

Memang gua tak benarkan, walau beribu kaum lelaki tunjukkan kepada gua bagaimana mereka membawa anak dan isteri ketika berdemo. Bini gua hanya memendam rasa. Gua tak tahu apa yang dia minta menggunakan hubungan peribadi dia dengan Penciptanya. Tapi, memang gua tak izinkan.

Gua hanya perancang kerdil.

Gua hanya perancang kerdil yang memang mustahil untuk berada di luar perancangan Allah. Sejak akhil baligh, dalam ketentuan jodoh gua, gua melukakan ramai pihak. Gua sedar, dan untuk memohon maaf pun gua rasa tak layak. Apa yang gua perlu buat ialah, menjaga amanah yang Allah berikan kepada gua, sebaik mungkin gua sebagai manusia.

Setahun lebih berkahwin, gua masih belum dikurniakan anak. Gua adalah perancang kerdil yang mustahil untuk berada di luar perancangan Allah.

"Lu mandul kot. Kah3..." Member gua wat lawak ngeri.

Nauzubillah... gua tak sure sama ada gua qualified untuk menerima ujian bahawasanya gua mandul ke tak. Tapi gua mohon kepada Allah supaya menghindari yang demikian itu.

"Gile lu.. nauzubillah.. maybe kalau Allah bagi gua anak skang, gua slow macam uma kot. Projek Langgar Hadi pun tak jadi lagi nih."

Bini gua jenis yang kitaran haidnya kelam-kabut. 2 bulan sekali, 3 bulan sekali. Payah gua nak tetapkan waktu subur. Pembolehubah yang gua jumpa setakat itulah. Dan setahun kemudian, Allah temukan isteri gua dengan Primrose Oil yang memberi sebab kepada kitaran haid yang tetap.

Gua mengira waktu subur bini gua menggunakan google. Siang tu gua jog. Malam tu gua dog.

Pendesak belakang tabir.

Dulu gua selalu bagitau uma, bahawa gua nak berjuang secara belakang tabir. Ala2 pondan gitu. Pasal takut sikit jer. Maybe 30%, tapi pasal malas muka jadi dikenali. Gua bukannya baik. Kalau berjuang dengan muka dikenali, gua payah nak korek hidung kat public, kena pakai jubah time main bola, etc. Plan gua sebagai perancang kerdil lah.

Akhirnya, Allah publickan gua dengan kes menghina Sultan Johor dengan word mampos. Selepas berakhir fasa komfius mencari sebab2, gua tidak menoleh ke belakang lagi. Dan cuba untuk istiqamah. Allah hulurkan asbab Songkok Putih dan muktamar, gua On dengan Edyes. Allah hulurkan asbab Batu Api, dan gua ditakdirkan ke Rusila bersama bro C++. Berlakulah satu peritiwa kehinaan kepada orang yang tidak layak, tetapi mendedahkan diri kepada amanah.

Pendesak belakang tabir bukan sunnah kot.

Allah tunaikan nazar gua.

"Nal... gua nak bincang satu benda dengan demo."

"Ha..."

"Bla..bla... bla... bla..."

"Tahniah Jang. Tahniah.. Bereh kawe... nanti demo ghoyak la bilo demo nak lepaskan."

Alhamdulillah... segala puji dan sujud hanya untuk Lu. Kini gua diberikan reason yang kuat untuk melepaskan ikan2 Pikok ke sungai, walau kemungkinan gua melakukan jenayah biologi. Gua tiada choice.

Kini gua diberikan reason untuk meminta burung dan melepaskannya. Kini gua akan mengizinkan isteri gua mengikuti demo atas reason sejarah buat anak sulung gua. Isteri gua disahkan hamil sebulan lebih.

Anak sulung gua akan hadir demo BERSIH 2.0 ketika masih dalam kandungan! Jika Malaysiakini membuat kiraan 300 000 hadir, sebenarnya 300 001 orang.

Jika Allah izinkan, esok pada hari Jumaat, blog gua akan merakamkan detik2 gua dan isteri menunaikan nazar gua. Ianya akan ditatap oleh anak gua sendiri kelak. Ya Allah, semoga Lu mendidik anak gua sebagaimana Lu mendidik gua. Gua dididik dengan eksiden patah kaki, berbesi, motor yang tersadai berbulan2 pada malam plan gua cuba berlumba secara judi. Gua dididik dengan eksiden motor terbakar di conner Astro KL, pada hari pertama gua bertaruh untuk berlumba. Ahh... boleh buat buku untuk semua itu.

Dan gua tidak boleh menulis dengan gila2 jahat lagi. Tak tahu sampai bila gua bertahan, tapi gua akan cuba menaip sambil memegang tasbih kali ini. Maybe tulisan gua dah jadi macam uma. Atau lebih advance, maybe dah macam Saiful Islam. Weee....

Di kesempatan ini juga, gua memohon maaf kepada semua orang. Maafkan gua dalam bab silap dan salah. Doakan yang terbaik untuk gua. Gua hanyalah perancang kerdil. Thanks Allah. Terima kasih semua.

Hadi merelevankan Ketuanan Melayu.

Posted: 09 Mar 2011 09:53 PM PST

Oleh : AdukaTaruna

Gua nak tulis panjang dan detail, tak berapa cun la. Sebab gua masih belum sembuh. Tapi gua nak ajak lu orang fikir. Fikir dan timbang sendiri. Setuju, setujulah. Tak setuju, tak setujulah.

Pernahkah anda melihat benih lalang yang terapung2 di udara? Ke hulu benih itu melayang, ada sebab2 yang menyebabkan Allah mentakdirkan sebegitu. Allah tidak membuat sesuatu itu dengan sia-sia. Ke hilir semula benih itu melayang kembali, juga menpunyai sebab. Di mana benih itu mendarat, hidup atau mati, semuanya mempunyai sebab. Semoga kita termasuk dalam golongan orang2 yang berfikir. Amin.

Begitu juga dengan takdir peristiwa PRK untuk PAS. 3 kali berturut2. Memperlihatkan kejayaan UMNO mempengaruhi Melayu dalam isu Ketuanan Melayu. Bagaimana ianya bermula?

1. Skandal pertemuan gelap yang tercetus. PAS berlutut berjumpa UMNO, tapi guna alasan mendengar tawaran. Pelik. Nafi menggila babi dan ugut nak saman. Tapi kantoi. Heret Majlis Syura. Jangan tanya anda selaku 1 juta ahli PAS. Anda berjuang guna pembolehubah undi, bukan pembolehubah bersugi dan solat malam.

a. Jika 1 adalah markah tidak mendatangkan kekeliruan, kemarahan pengundi, manakala 5 adalah markah yang sagat2 keliru dan sangat2 marah, berapa markah yang anda bagi?

2. Idea UG dari Hadi yang dimanfaatkan UMNO bagi membentuk persepsi UG itu adalah gabungan PAS-UMNO. Ianya terus merebak dan marak sehingga kini. Jangan tanya diri anda sebagai 1 juta ahli PAS. Tanya 60% dari 27 rakyat Malaysia.

a. Apakah keperluan idea UG itu dilontarkan sebenarnya? Sejauh mana perlunya idea itu dilontarkan. Jika 1 adalah tidak perlu dan 5 adalah sangat2 perlu, berapa markah yang anda bagi?

b. Sejauh mana homework, detail, follow up yang dilakukan Presiden PAS selepas lontaran yang mencetuskan kekeliruan yang maha dasyat? Hanya siri penerangan yang dilakukan di London. Takut dibuat di Malaysia? Hanya tuduhan ahli PAS malas membaca diambang pemilihan muktamar. Jika 1 adalah markah lemah bagi tahap penjelasan UG, dan 5 adalah markah bagi kekuatan penjelasan UG, berapa markah yang anda bagi?

3. Pernahkah Presiden PAS mohon maaf kepada pengundi atas segala kekeliruan, segala kebodohan, segala keegoan, kekasaran kumpulannya selama ini?

Mengapa Allah takdirkan semua ini? Perencanaan Allah vs menghalang perencanaan Allah, muktamar dikatakan dibuat sejurus selepas demo BERSIH. Adakah bertujuan mode refresh selepas demo itu berjaya memadamkan tekanan kehinaan kepada kumpulan Presiden PAS?

Berbalik kepada cerita benih lalang yang setiap gerakannya mempunyai sebab, gua juga sedaya upaya gua menyerahkan gerakan Langgar Hadi kepada Allah. Bunyi mcm poyo, gua nak tulis pun segan. Tapi, blog gua, kan... gua just share. Setuju, setujulah.

Mac sudah masuk hampir setengah. Takdirnya gigi gua plak kena oprate. Sembuh cepat, cepatlah projek ni terlaksana. Tapi kalau Allah nak tangguhkan atau tak kasi langgung, semudah kunfayakun la. Semoga Allah tabahkan hati gua untuk tidak merungut. Amin

Akhir kata, semoga kita termasuk dalam golongan org2 yang berfikir. Amin.

Tiada judi di negeri UMNO.

Posted: 09 Mar 2011 08:54 PM PST

Terengganu tidak mempunyai premis perjudian bukan kerana larangan oleh pihak berkuasa tetapi tidak ada permohonan mengendalikan perniagaan itu, kata anggota exco Terengganu Toh Chin Yaw.

toh chin yaw"Sejak BN mengambil kuasa negeri itu pada 2004, hanya ada segelintir orang yang berkata mereka mahu mengendalikan premis berkenaan, tetapi ia hanya cakap-cakap. Tidak ada orang yang memohon secara rasmi," kata Toh, menurut laporan akhbar Sin Chew Daily, semalam.

Judi dan juga undang-undang tegas berhubung penjualan alkohol dikuatkuasakan oleh majlis tempatan selepas PAS menguasai kerajaan negeri pada 1999. Semua premis perjudian diarahkan ditutup.

Ditanya, sama ada beliau bermaksud kerajaan negeri akan meluluskan permohonan seumpama itu, Toh berkata beliau tidak dapat menjawap soalan itu kerana sehingga kini tidak ada sebarang permohonan.

Berdasarkan prosedur, kerajaan negeri atau majlis tempatan akan menimbangkan semua permohonan, katanya.

lim kit siang 03"Kita sepatutnya fokus pada situasi di Kelantan. DAP perlu sendiri jelaskannyanya. (Penasihat DAP) Lim Kit Siang seharusnya mengheret kerajaan negeri Kelantan ke mahkamah," kata Toh.

Beberapa pemimpin MCA dan Gerakan telah berulang-kali mendesak DAP menjelaskan pendiriannya berhubung keputusan kerajaan Kelantan pimpinan PAS yang menyerbu dua premis yang menjual tiket loteri secara tersembunyi.

Premis perjudian telah diharamkan sejak PAS menawan negeri itu pada 1990.

Isu ini menjadi sesuatu yang hangat kepada Pakatan Rakyat kerana MCA dan Gerakan menggunakannya bagi memaparkan bahawa PAS cuba mengekang kebebasan bukan Islam.

Tiada ulasan: