shalehudin |
- Anwar mesti suka berita ni
- Naik muntah hijau aku... kahkahkah...
- Dia ni lebih hebat dari Nik Aziz... kahkahkah...
- Anwar trauma
- Hapuskan hantu Umno di Felda
- Mengapa Anwar Ibrahim Dibicarakan?
- Sambutan dingin di Selangor, apa yang tak kena...
Posted: 07 Mar 2011 06:40 AM PST Aku tau Anwar mesti suka berita ni, Wan Azizah pun tentu gembira geli perut, Azmin gelak guling guling laa.. haha... Apa taknya, memang ini yang diorang harapkan. Ini yang diorang mahukan agar berita yang Pengasas Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Zaid Ibrahim kata ni akan menjadi kenyataan. Lagi cepat lagi bagus... kahkahkah.... Zaid membayangkan lebih ramai lagi pemimpin dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertindak meninggalkan parti itu dan menyertai KITA dalam tempoh terdekat ini. Katanya, kebanyakan mereka sudah menyatakan minat menyertai KITA kerana yakin dengan matlamat perjuangan dan hala tuju yang digariskan. Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama pemimpin berkenaan yang menyatakan pendirian untuk berbuat demikian. Pasai apa pulak Anwar suka berita ni? Sebabnya... Lepas ni tak dak sapa lagi dah nak cabar jawatan Anwar sebagai tuan penasihat... Tak dak sapa lagi dah yang berani cabar Wan Azizah sebagai Puan Presiden... Azmin boleh pegang jawatan Timb Presiden tu sampai bila bila selagi dia mahu... kahkahkah... Sebab PKR tu last last tinggal depa ni tiga orang saja... kahkahkah... |
Naik muntah hijau aku... kahkahkah... Posted: 07 Mar 2011 03:40 AM PST Kahkahkah.... Kahkahkahkahkahkah... Kalau depa dah menang, berbulu la puak Pakatan Rakyat kena tadah telinga. Dekat sebulan dok ulang ulasan bodo depa tu. Ulasan yang pelik pelik dan lawak gila lagi... bertali arus kita dengar. Hangpa tau apa yang Berahim Perkasa kata? Kahkahkah... naik termuntah hijau aku... kahkahkah... Berahim punya bodek Najib, sampai lubang kudis pun dah dijilatnya. Apa punya bangang punya statement nih... tak fikir langsung ka, Merlimau ngan Kerdau tu kerusi hangpa. Kampung halaman hangpa... kalau hangpa kalah hari tu, memang hangpa tak layak dah jadi kerajaan negeri... kahkahkah... Pas pi bertanding kat Merlimau hari tu semata mata nak rampas kerusi tu dari tangan maksiat pemimpin Umno. Pas pi cuba nasib bertanding kat Kerdau hari tu pasai nak selamatkan rakyat Kerdau dari terjerumus kelembah hina permainan Umno. Tu saja, tapi dah cakap cakap Pakatan Rakyat telah ditutupi dengan duit ringgit, nak kata apa lagi. Pak Cik ngan Mak Cik kat sana masih terkenang budi yang sekupang dua ditabur kat hangpa sana. Jadi tak dak kena mengena ngan mendung ka cerah. Langit ngan kekotoran tangan Umno mana nak boleh di umpamakan lagi. Tak usah bongkak sangat tentang kemenangan hangpa di Kerdau ngan Merlimau tu terutama sekali dalam keadaan demokrasi tempang mainan kuncu kuncu belaan korang... agensi kerajaan kononnya, tapi jilat jubur Umno... Megah ka menang camtu... |
Dia ni lebih hebat dari Nik Aziz... kahkahkah... Posted: 06 Mar 2011 11:57 PM PST Dia ni mesti hebat, dia ni la yang keluarkan kenyataan macam best saja kata Imej Nik Aziz sama Ayah Pin... Tapi rupanya jenih tudung nampak jambul jugak... tak pa laaa.. kot kot la jenih tudung sikit camni ilmu banyak kan... don't judge the book by it's cover kan... kahkahkah... Aikkk... ada lagi, gambar sapa pulak ni dah nak semacam pertandingan bogel dah nih... kahkahkah... Ooo... tuan putri yang maha hebat tu jugak laa... posing sambil memalu lagi, kontrol ayu gitu... ayu ka kalau dah tak sorok aurat kita dari pandangan bukan muhrim.... eee... geli laa... Kita ni kena la pastikan diri kita ni hebat dan betul sebelum ngutuk orang lelebih... haha... Nik Aziz tu manusia gak, bukan maksum pun... tapi pilih orang la yang nak ngutuk dia tu sapa... cari la orang lain yang hebat sikit nak kutuk Nik Aziz pun... haha... buat malu kompeni saja... kan dah kena... Sumber: DPPWM |
Posted: 06 Mar 2011 08:24 PM PST Hujah Karpal dalam bicara dalam perbicaraan hari ini dipetik; Anwar juga, tambahnya, mengalami trauma kerana menjalani pemeriksaan perubatan di mana bahagian sulit dan bulunya diukur, yang dianggapnya sebagai mengaibkan. Karpal mengingatkan mengenai keputusan mahkamah persekutuan bahawa sebarang bukti yang diperolehi secara muslihat hendaklah diabaikan dan ditolak.Karpal selesai berhujah.- Malaysiakini Mantan TPM Malaysia pun diaibkan macam ni punya teruk, hangpa ingat rakyat Malaysia yang lain tak dak peluang nak kena ka...??? |
Posted: 06 Mar 2011 07:45 PM PST Jelas, tak boleh nak pertikaikan lagi. Setelah negara melalui beberapa pilihanraya kecil yang melibatkan banyak rancangan Felda dalam negara, terbentang didepan mata bahawa Felda memang merupakan benteng terakhir Umno. Malah tak keterlaluan pemimpin pemimpin Umno dan BN menggunakan taktik kotor bagi mengepung sokongan orang Melayu terhadap parti itu sekelompok terasing dalam Felda. Segala maklumat telah disekat dari masuk secara terbuka ke tanah tanah rancangan. Lagi buta masyarakat Felda dengan informasi luar, lagi baik. Pakatan Rakyat ini terutama PAS dan KeADILan mestilah digambarkan sebagai pemimpin yang mengkhianati orang Melayu. Pemimpin yang mengkhianati Islam, pemimpin yang menderhaka terhadap Raja, pemimpin yang menjadi kuda tunggangan kepada orang Cina khususnya DAP. Momokon demi momokan malah maklumat yang jauh dari kebenaran dengan menggambarkan jika Umno-BN kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) kelak negara akan diperintah bukan Melayu. Malah ramai menaruh keyakinan masa depan politik Umno terancam jika Pakatan Rakyat berjaya meroboh benteng terakhir BN di tanah rancangan. |
Mengapa Anwar Ibrahim Dibicarakan? Posted: 06 Mar 2011 07:24 PM PST Sebab mengapa Anwar Ibrahim duduk di dalam kandang tertuduh setiap hari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada masa ini dengan menghadapi perbicaraan jenayah sememangnya difahami oleh mereka yang benar-benar waras. Anwar sedang dalam usaha untuk membuat perubahan-perubahan asas terhadap sistem pentadbiran negara ini dan juga ke atas wacana politik nasional. Perubahan ini semestinya menghakis pengaruh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pastinya akan menyingkirkan dari kekuasaan. Pemimpin dan kerajaan BN sememangnya tidak peduli tentang kewajaran perubahan ini yang memberi manfaat kepada rakyat. Apa yang mereka pentingkan adalah kelangsungan politik mereka sahaja. Selain hanya obsesi ke atas kelangsungan ini, mereka juga mengabaikan perkara-perkara yang memberikan manfaat kepada negara. Reformasi yang dibawa oleh Anwar akan menghapuskan ketidakcekapan pengurusan ekonomi dan pembaziran yang diakibatkan dari gejala rasuah dan kronisme; bebas dari kawalan institusi politik yang sepatutnya bersifat bebas; dan mengembalikan kebebasan politik kepada rakyat yang dirampas oleh kerajaan BN selama lebih 50 tahun. Struktur, imperatif dan para personaliti BN membuatkan ianya mustahil bagi mereka untuk melaksanakan perubahan dan memulihkan diri mereka. Maka mereka mengetatkan cengkaman ke atas negara yang sedang bergelut untuk bergerak ke depan menuju kebebasan dan kemakmuran untuk semua, dan menggunakan cara tertentu untuk melumpuhkan sesiapa yang berjuang untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat. Maka setiap hari Anwar didudukkan di dalam kandang tertuduh, dan nasib negara digantung tanpa tali. Adalah sesuatu yang tidak asing lagi buat rejim yang zalim untuk merencana pendakwaan fitnah terhadap musuh-musuh politik mereka. Dalam tahun 1930-an, Stalin merancang beberapa siri perbicaraan yang menyaksikan penyingkiran semua yang mengancam kekuasaan beliau. Pada 1995, Ken Saro Wiwa, seorang tokoh pengkritik yang dihormati di dalam kerajaan Nigeria telah didakwa dengan pertuduhan rekaan oleh tribunal tentera dan dijatuhi hukuman mati walaupun dikecam masyarakat antarabangsa. Pada 2009, ikon demokrasi Burma, Aung San Suu Kyi telah dijatuhi hukuman tiga tahun penjara dengan kerja berat selepas didakwa dalam perbicaraan palsu atas pertuduhan tidak masuk akal iaitu mengingkari perintah tahanan rumah. Dengan mencontohi tindakan-tindakan ini, Kerajaan BN mendakwa Anwar Ibrahim. Rakyat cuba diperbodohkan dengan perbicaraan ini yang dibalut dan disamarkan secara formal dengan perendahan undang-undang. Sebagai ketua pendakwaan, Pejabat Peguam Negara mestilah berubah secara komprehensif, dan kuasanya yang besar mesti dikaji. Pihak tertinggi polis dan kerajaan mestilah bertanggungjawab terhadap pencabulan perundangan awam dan pembaziran wang rakyat akibat dari perbicaraan ini. Tiada negara yang bergelut atas nama Kebebasan boleh ditekan sebegitu lama. Jalannya mungkin panjang dan sukar, namun saya menyeru setiap rakyat negara bertuah ini agar melihat semua ini. Kita berhutang dengan diri sendiri dan generasi akan datang. N SURENDRAN NAIB PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT |
Sambutan dingin di Selangor, apa yang tak kena... Posted: 06 Mar 2011 05:51 PM PST Ramai dah mula berak sebab makan kenyang...? SHAH ALAM, 6 Mac — Majlis pelancaran Buku Jingga dan sambutan tahun ketiga pemerintahan Pakatan Rakyat — PKR-DAP-PAS — di Selangor malam tadi tetapi hanya dihadiri sekitar 1,000 orang. Pihak penganjur menyifatkan kehadiran yang berkurangan daripada tahun sebelumnya itu disebabkan dua pilihan raya kecil serentak yang pengundiannya diadakan hari ini. Pengerusi penganjuran Datuk Dr Hasan Ali yang juga Exco kerajaan Selangor dalam ucapannya pada majlis itu berkata, kehadiran yang kecil jumlanya itu adalah kerana kemuncak kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kerdau dan Merlimau. Sementara itu Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam ucapannya berkata, Buku Jingga yang dilancarkan malam tadi merupakan janji Pakatan Rakyat yang akan dilaksana dalam tempoh 100 hari jika mereka berjaya mengambil alih Putrajaya. Beliau berkata kerajaan negeri itu juga akan melancarkan Pelan Tiga Tahun Selangor yang dipanggil Agenda Selangor Untuk Rakyat (Arus) pada 26 Mac ini. Buku Jingga yang terdiri daripada dasar kerajaan Pakatan Rakyat dan 10 inisiatif 100 hari pertama pemerintahan diperkenalkan pada konvensyen keduanya di Pulau Pinang Disember lalu. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan