shalehudin |
- Wajib baca sebelum ngundi esok...
- AWAS..!! Pasukan cantas khas... Pelik betoi demokrasi Malaysia ni...
- Buah maut BN
- Rakyat yang cerdik takkan undi Umno
- Empat mati ditembak
- Merayu rakyat warga Merlimau dan Kerdau
- Tercapai jugak cita2 budak ni nak masuk surat habaq... kahkahkah...
- Kita tengok depa gelap mata ka tidak... kahkahkah... agak agak..?
- Kempen pilihanraya kejadah apa ni?
- Tuuu diaaa... duit satu kapai... kahkahkah...
- Dok berebut kueh pau kot... kahkahkah...
- Gaddafi killer...
- Samseng belaan Umno kot...
- PERKASA tak mengaku umat... kahkahkah...
Wajib baca sebelum ngundi esok... Posted: 05 Mar 2011 10:24 AM PST Prk Kerdau : Kenyataan Media Pengarah PRK Kami, pada hari ini akan membariskan segala pelanggaran Akta Kesalahan (Penjalanan) Pilihanraya, 1954 bagi menguatkan hujjah kami bahawa bukan sahaja perilaku ini dibuat oleh Barisan Nasional akan tetapib lebih malang lagi tidak diambil apa-apa tindakan oleh pihak yang sepatutnya menjamin proses pilihanraya berjalan dengan bebas, adil dan bersih. Laporan-laporan kami kepada pihak berkuasa yakni SPR, PDRM dan SPRM pada 1 hb Mac dan 5 hb Mac, tidak langsung diberikan perhatian dan apa-apa tindakan oleh pihak berkuasa tersebut. Antara kesalahan dan pelanggaran Akta Pilihanraya 1954 yang dilakukan oleh Barisan Nasional adalah seperti berikut: i. Penggunaan secara berleluasa dan sewenang-wenang kemudahan premis awam seperti: a. padang awam Teluk Sentang, b. Masjid dan Sekolah Rendah Batu Sawar, c. Dewan Orang Ramai Felda Jengka 23, d. Pusat Jalur Lebar Komuniti Jengka 25 e. Balai Raya Kuala Tekal f. pejabat-pejabat Felda di Kerdau ini. Terang-terangan tindakan ini bersalahan dengan Akta Pilihanraya 154, menggunakan kemudahan awam sebagai tempat operasi kempen mana-mana parti, dan kami percaya mereka menggunakan tanpa permit daripada pihak berkuasa awam. ii. Pemberian secara terbuka dibuat oleh YAB Perdana Menteri bagi mendapat undi kaum Cina, India dan kaum asal dengan secara terbuka meluluskan peruntukan RM400,000 untuk Dewan Terbuka Kampongif Seri Kerdau, RM150,000 untuk Balai Bomba sukarela dan RM100,000 untuk Kuil Hindu adalah amat dikesali dan bercanggah dengan peruntukan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. iii. PM sekali terpaksa menjanjikan peruntukan RM9.25juta bagi menaikan taraf loji air Batu Sawar. Tindakan membekalkan air 3 hari sekali yang sedang berjalan adalah gambaran sebenar pengabaian nasib rakyat yang kini mahu dipancing undi mereka. Peruntukan berjumlah RM10.4 juta telah dibuat sendiri oleh PerdanaMenteri. iv. Ini tidak termasuk pemberian berbentuk hampers dan makanan yang diedar di kampong Baru Kerdau oleh Menteri Kesihatan sebagaimana dilaporkan oleh RTM dan 100 kotak pemberian makanan yang dihiasi gambar Najib dan Shahrizat dengan slogan "Mengakhiri Zaman Miskin". v. Paling mutakhir adalah bayaran wang SES RISDA Felda Jengka 22 sebanyak RM13,000 seorang peneroka atau berjumlah sebanyak RM3,367,558.00 yang bakal dibuat penyeraan cek pada Isnin 7 Mac 2011. Begitu juga bayaran SITS MPOB Felda jengka 23 kepada peneroka sebanyak RM4,00 seorang. Rasuah atau tidak akan tergantung secara kritikal kepada siapa yang mendapatnya. vi. Kalau ia disasarkan hanya kepada peneroka dalam DUN N28 maka, bayaran ini, yang sebenarnya hak peneroka yang tidak dibayar sekian lamanya, adalah jelas rasuah. Tetapi kalau semua peneroka getah dan kebun sawit dapat tanpa mengira samada mereka tinggal dalam N28 Kerdau atau tidak, maka itu adalah polisi bayaran yang dibuat secara menyeluruh tanpa berpilih-pilih atau selektif. Ternyata bahawa bayaran ini adalah selektif dan berpilih, maka jelas dan tegasnya bahawa ia adalah satu tindakan mempengaruhi pengundi dan bertentangan dengan Akta Pilihanraya. Bedasarkan realiti dan kenyataan di atas serta ketidakadilan dalam perjalanan PRK N28 Kerdau hari ini, maka kami melihat insiden ini sebagai kegagalan SPR menjamin perjalanan PRK bersih dari elemen rasuah, ugutan dan tekanan ke atas pengundi. Ketidakadilan ini mestilah ditentang oleh rakyat khususnya para pengundi di DUN Kerdau dengan menterjemahkan bantahan mereka dengan memberi undi protes terhadap pencabulan peraturan perunutkan Akta Kesalahan Pilhanraya 1954. Kami merayu dan menyeru para pengundi N28 Kerdau supaya mengambil iktibar di atas kegagalan wakil rakyat dari Barisan Nasional melaksanakan amanah membangunkan Kerdau yang jelas telah terpnggir selama lebih 50 tahun. Hal diakui sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri. Saya selaku Pengarah Jentera Induk PAS di PRK Kerdau, ingin menyeru seluruh pengundi dan para penyokong supaya mengekalkan keharmonian sepanjang tempoh pengundian berjalan. ______________________________ Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS merangkap Pengarah PRK N28 Kerdau. |
AWAS..!! Pasukan cantas khas... Pelik betoi demokrasi Malaysia ni... Posted: 05 Mar 2011 04:00 AM PST PRK Kerdau : Pasukan cantas khas Bukit Aman..Awas.!!! AWAS!!! Jentera PAS di semua peringkat di minta supaya berwaspada dengan Pasukan Cantas Khas Bukit Aman yang sedang berlegar-legas di kawasan pilihanraya DUN Kerdau. Pagi tadi, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Hj Abd Wahid bin Endut telah menjumpai sebuah kereta jenis Proton PErdana warna putih nombor pen daftaran, WEU 3632 yang menggunakan logo Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di cermin hadapan kereta tersebut. Pada kertas yang mempunyai logo PDRM itu, tertulis " PRK N28 DUN KERDAU, PAHANG PASUKAN CANTAS KHAS BUKIT AMAN (SILA BERI KELONGGARAN)." Apa yang menjadi kemusykilan tujuan pasukan ini di tubuhkan oleh polis bukit aman dan kemungkinan ia akan digunakan oleh jentera Barisan Nasional. Sehubungan dengan itu semua ahli dan jentera PAS dan Pakatan Rakyat diminta berhati-hati dan memerhatikan gerak-geri pasukan ini. Sekiranya terdapat perkara yang mencurigakan sila maklumkan terus ke bilik operasi pusat piliha raya PAS. |
Posted: 05 Mar 2011 02:10 AM PST Dalam pilihanraya, kekuatan sebenar sesebuah parti ialah betapa cepatnya maklumat, tak kiralah baik mempertahankan diri atau menyerang lawan dapat sampai ke sasaran yakni rakyat terbanyak. Baik media cetak ataupun media elektronik, kelebihan akan berpihak pada mereka yang menguasainya. Dalam pilihanraya, kekuatan media ini digunakan sepenuhnya terutama saat saat akhir kempen. Saat saat akhir kempen selalunya cukup kritikal. Buah last ni kalau kita buangkan pada pihak lawan terutama yang kurangnya kekuatan media untuk jengah rakyat, mereka sudah kesuntukan masa untuk menepis peluru akhir nih. Buah last ni dah kira buah maut dan buah maut ni la yang orang risau dalam mana mana pertandingan pun. Satu berita panas yang kini dimainkan BN disaat saat akhir kempen ialah tentang naib presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang didakwa membeli tanah peneroka dengan menggunakan nama isterinya. Naib presiden PAS itu tidak sepatutnya mengambil kesempatan daripada peneroka tanah rancangan yang kesempitan hidup dengan membeli tanah mereka. Kita nanti apa yang PAS dan Pakatan Rakyat akan lakukan menangkis serangan buah maut saat saat akhir kempen sebelum pengundian berlangsung esoknya... Alahaii Kerdau oii, alahai Merlimau ooii... hangpa telah saksikan satu kempen yang cukup jijik dalam sejarah PRK negara... kempen yang sepatutnya menjadi gelanggang tempat rakyat menilai objektif calon kini menjadi tempat menghambur segala dendam kesumat... |
Rakyat yang cerdik takkan undi Umno Posted: 05 Mar 2011 12:29 AM PST Ini kenyataan benar dimana mana tempat sekalipun bahawa rakyat yang cerdik takkan undi Umno. Umno akan berkubur bilamana tempat tu majoriti rakyatnya dah bijak... kahkahkah... Justeru, rakyat mesti didedahkan dengan segala penyelewangan dan pengkhianatan Umno selama ini. Rakyat mesti disedarkan bahawa Umno lah perosak agama, bangsa dan negara. Rakyat yang cerdik dan faham akan menjauhi Umno dan sekaligus akan melenyapkan BN dari muka bumi. Segala penyelewengan dan pengkhianatan Umno terhadap Melayu sejak memerintah negara 54 tahun lalu perlu dilondeh dan dibentangkan pada rakyat agar rakyat terdidik dan tahu bahawa selama ini Umno telah memijak lunyai agama demi perut, menghenyak bangsa demi harta dan menjual negara demi kuasa. Kita kena pantas dan tangkas bertindak bagi mempastikan orang Melayu tidak tertipu lagi dengan pujuk rayu dan janji manis Umno. Kita perlu mengemukakan bukti-bukti pengkhianatan Umno terhadap bangsa dan agama ini sepanjang mereka berkuasa. |
Posted: 04 Mar 2011 11:00 PM PST Empat penunjuk perasaan Yaman mati ditembak SANAA: Tentera Yaman membunuh empat penunjuk perasaan dan mencederakan tujuh yang lain apabila mereka melepaskan tembakan semasa demonstrasi antikerajaan di utara negara itu ketika bantahan merebak ke seluruh negara. Insiden itu yang menyusul sehari selepas pemimpin pembangkang dan agama menawarkan Presiden Ali Abdullah Saleh berundur secaravaman, berlaku di wilayah Amran, kira-kira 170 kilometer dari a Sanaa. Seorang pegawai keselamatan Yaman hanya boleh mengesakan berlakunya pertempuran bersenjata yang mana empat askar dan tiga lelaki bersenjata. Terdahulu, seorang pemimpin pemberontak menyatakan "dua penunjuk perasaan terbunuh manakala sembilan lagi cedera apabila askar melepaskan tembakan terhadap kumpulan penunjuk perasaan itu". Angka korban meningkat kepada empat apabila dua mangsa yang cedera meninggal dunia kemudian. - AFP |
Merayu rakyat warga Merlimau dan Kerdau Posted: 04 Mar 2011 10:37 PM PST Rayuan kepada pengundi Merlimau dan Kerdau Oleh Presiden PAS Urusan memilih pemimpin adalah satu urusan dan amanah yang sangat penting dalam Islam. Pemimpin yang kita pilih ini pula adalah melaksanakan amanah Allah SWT, dan membawa mandat rakyat yang memilih mereka. Kita pula akan melakukan kesilapan yang besar kesannya jika kita tersalah memilih pemimpin, terutamanya dari parti yang tidak amanah dan gagal melaksanakan amanah dengan jujur serta telus. Kesan memilih pemimpin ini bukan setakat perkiraan jalanraya baru berturap, bukan juga habuan ringgit sementara yang kita dapat semasa pilihanraya semata-mata, tetapi kesannya akan turut dirasai oleh anak cucu kita di waktu yang akan datang. Apatah lagi sekiranya perkiraan dosa pahala kita masukkan, tentunya urusan memilih wakil rakyat adalah satu agenda yang sangat penting. Bukankah anak cucu kita yang akan meneruskan kehidupan, dengan cabaran hidup dalam zaman ekonomi serba melambung, harga barang terus meningkat, dengan kita saban hari mendengar kegagalan pengurusan ekonomi oleh kerajaan BN di Malaysia ini, yang terus didedahkan oleh Laporan Audit Negara sendiri. Inilah lambang tenatnya pemerintahan negara pada hari ini. Dalam masa yang sama, Perdana Menteri memberikan gambaran salah dan hodoh kepada kumpulan 'Muslim Brotherhood' dan tokoh ulama dunia, Dr Yusuf Al Qardhawi kerana menyokong usaha rakyat Mesir menjatuhkan Presiden Mesir Hosni Mubarak yang mengumpul kekayaan negara sebanyak RM210 bilion, dalam keadaan rakyat Mesir hidup dalam kemiskinan yang parah. Ini seolah-olah menggambarkan kerajaan BN pimpinan Najib sememangnya menyokong dan cenderung kepada kumpulan yang merompak kekayaan negara dan membiarkan rakyat dalam kesusahan. Walaupun pilihanraya kecil DUN Merlimau dan Kerdau ini tidak akan mengubah kerajaan negeri dan negara, tetapi ia boleh menjadi medan rakyat menegur pemerintah. Rakyat di Merlimau dan Kerdau, mesti memberi peringatan kepada kerajaan yang tidak pentingkan rakyat. Berikan undi saudara-saudari sekalian kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kali ini. Kemenangan PAS di kedua DUN ini, mampu memberi tekanan kepada pemerintah agar segera berubah menjaga kepentingan rakyat atau diubah dalam pilihanraya umum akan datang. Saya mewakili Parti Islam Se-Malaysia Pas dan rakan-rakan Pakatan Rakyat, merayu kepada seluruh pengundi Melayu, Cina dan India di Merlimau dan Kerdau supaya memberi undi kepada PAS dalam pilihanraya kecil ini. Terimakasih di atas sokongan tuan puan sekalian. Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS |
Tercapai jugak cita2 budak ni nak masuk surat habaq... kahkahkah... Posted: 04 Mar 2011 10:25 PM PST Tiga Hari Sertai PAS, Muzammil Kembali Kepada Umno Oleh ARIFFUDDIN ISHAK TEMERLOH: Selepas tiga hari menyertai PAS, Muzammil Muallif, 51, pada Sabtu mengumumkan pendirian untuk kembali ke pangkuan Umno. Bekas Ketua Umno Cawangan Jengka 25 itu berkata, tindakannya menyertai PAS merupakan satu kesilapan besar apabila menyedari bahawa tidak ada mana-mana parti selain Barisan Nasional (BN) dan Umno yang boleh memperjuangkan nasib rakyat. Beliau juga menegaskan bahawa tindakannya kembali kepada Umno adalah pertimbangan peribadi tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. "Setelah difikir dengan semasak-masaknya, tanpa dipaksa, ditekan atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak, maka dengan ini saya mengisytiharkan untuk kembali kepada Umno. "Melihat kepada hasil perjuangan Umno dan BN terhadap rakyat di negara ini termasuk pembukaan Felda dan Felcra, saya tidak yakin mana-mana parti terutama PAS dan Pakatan Rakyat mampu menandingi sumbangan BN," katanya pada sidang media di sini. Dalam pada itu beliau yang juga bekas Naib Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) dan bekas pembantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanggang, Allahyarham Abdullah Kia turut menafikan membawa bersama 11 orang ahli Umno dari Jengka 25 menyertai PAS bersamanya seperti yang dilaporkan media sebelum ini. "Saya ingin menjelaskan di sini bahawa saya tidak membawa mana-mana ahli Umno Jengka 25 semasa saya keluar (Umno) tempoh hari. "Berkemungkinan 11 orang yang diuar-uarkan oleh PAS itu terdiri daripada penyokong PAS sendiri," katanya. Rabu lalu Muzammil dilaporkan bersama 11 yang lain menyerahkan borang keahlian PAS kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Tindakan itu disifatkan PAS sebagai tekanan kepada terhadap Umno. |
Kita tengok depa gelap mata ka tidak... kahkahkah... agak agak..? Posted: 04 Mar 2011 10:00 PM PST Prk Kerdau : RM 13 Ribu Tunai Isnin Ini, Dugaan Buat Peneroka Felda Dengan Ang Pow BN..!!! Oleh: wfauzdin_ns " ISNIN nanti dapat atau tidak Peneroksa Felda seramai 260 wang tunai sejumlah RM 13 Ribu seorang bagi pembayaran CESS? Wang itu dijanjikan oleh Maslan di Kerdau iaitu kawasan pilihanraya kecil yang mana majoritinya adalah pengundi dari Peneroka Felda. Jangan lupa, Ahad ini hari mengundi. Siapa pemenang belum tentu dan Kerdau dikatakan amat panas buat Umno sekarang. Pengundi mungkin tidak percaya cakap Najib, Muhyiddin jauh sekali mahu percaya anak terbuang Mak Cik Umi itu. Tetapi, bila sebut ada wang tunai seorang boleh dapat RM 13 Ribu, bagaimana agaknya? Hanya iman dan takwa berlandaskan kebijaksanaan yang boleh membuat keputusan. Jika perut diletakkan ke depan berbanding nilai maruah, maka sudah pasti wang tunai satu pilihan terbaik. Masalahnya, jika Umno tewas adakah wang tunai itu diserahkan? Tahniah, buat ANAK satu pertubuhan yang sanggup dikeji dan dihina semata-mata untuk menjaga kebajikan para Peneroka. Hasilnya, Isnin ini ada wang buat para Peneroka berkenaan. Fikir-fikirkanlah. |
Kempen pilihanraya kejadah apa ni? Posted: 04 Mar 2011 08:44 PM PST BN gandingkan Ibrahim Ali, Ezam, Raja Gelek Jimadie Shah Othman Sorak menyorak dan jerit-menjerit antara satu sama lain di Kerdau berlaku lagi apabila PAS dan BN sekali lagi mengadakan ceramah di tempat berdekatan di Felcra Rumpun Makmur pada Jumaat malam. Bagaimanapun, kehangatan kini beralih ke pihak BN apabila mereka menggandingkan tiga 'selebriti' dalam bidang masing-masing, iaitu Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali, Senator Ezam Mohd Nor dan Raja Gelek Datuk M Daud Kilau. Cuma dipisahkan sebatang jalan, Pakatan Rakyat menampilkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang kemudiannya berulang kali diperlekehkan oleh Ezam yang juga bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dengan gaya berpidato mirip Anwar, Ezam dilihat berjaya menarik tumpuan dan menaikkan semangat kira-kira 200 anggota Umno di samping memperlekehkan pemimpin PKR yang didakwanya "tidak pernah lihat gari dan pintu penjara." Beliau mengulangi beberapa kandungan ceramahnya sebelum ini, antaranya berhubung penjualan bir di Shah Alam, penyebaran gambar intim exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong dan 'hubungan'Anwar dengan pemimpin Yahudi. Bagaimanapun, penampilan kali pertama Ibrahim ke Kerdau terus menaikkan semangat dan mengikat penonton BN dengan penyampaiannya yang mencuit hari walaupun melalui penggunaan kata-kata keras seperti "balaci". Majoriti sehingga 3,000 Malah, secara berjenaka, sekiranya tidak percaya, beliau meminta penonton bertanyakan Ezam yang disifatkannya sebagai bekas "balaci nombor satu Anwar", menyebabkan penonton terus ketawa. Penampilan Ibrahim, walaupun dinafikannya atas nama PERKASA, bagaimanapun dilihat berjaya memberi momentum baru kepada BN yang kebiasaannya asyik tewas dengan sorakan penyokong Pakatan dalam ceramah-ceramah sebelum ini. Keadaan ini secara kebetulan tergambar dalam ucapan pembuka kata anggota parlimen Pasir Mas itu bahawa beliau datang untuk "menjual ubat yang lebih mujarab (daripada Pakatan), yang tahan lama dan keras". Mengambil kesempatan menjelaskan sebab beliau tidak lagi bekerjasama dengan PAS, Ibrahim berkata beliau mahu memastikan kepentingan agama, bangsa dan negara terjaga. Sehubungan itu, Ibrahim menyeru agar pengundi di Kerdau dapat memastikan supaya BN dapat memperoleh peningkata majoriti sehingga 2,000 hingga 3,000 undi bagi memastikan Pakatan tidak boleh menjaja isu itu di kemudian hari. "Mereka cuma hendak peningkatan majoriti. Kalau satu undi pun tak apa," katanya lagi. Perolok hasrat ke Putrajaya Memilih terus menyerang Anwar, beliau memperlekehkan hasrat Pakatan mahu menuju ke Putrajaya yang sering diulang-ulang kebelakangan ini. "Nak pergi, pergilah. Naik bas boleh, naik teksi boleh. Nak suruh saya hantar pun boleh. Tetapi tak boleh duduk dua-dua oranglah. Bahaya," katanya disambut gelak ketawa dan tepukan penonton. ketika itu, kira-kira 200 lagi penonton di sebelah kawasan Pakatan mula melaungkan perkataan "lompat, lompat" sebagai mengejeknya yang banyak bertukar parti sebelum ini. Di kemuncak ceramah, ramai yang tidak menyangka M Daud juga turut berkongsi pentas malam itu dengan sebuah lagu popularnya. Beliau diiringi pasukan kugiran lengkap. Tampil dalam pakaian hijau labuh berkilat-kilat, M Daud menarik perhatian menyebabkan penonton sesekali tampil mengikutinya menyanyi. Penonton BN ketika itu bertambah ke angga 300 orang, pertama kali melebihi jumlah penyokong pembangkang ketika itu. |
Tuuu diaaa... duit satu kapai... kahkahkah... Posted: 04 Mar 2011 07:46 PM PST GAMBAR menunjukkan pelabuhan Harwich yang me rupakan lokasi sebuah kapal membawa wang RM484.72 juta ditahan oleh pihak berkuasa di Britain. LONDON - Sebuah kapal yang membawa kira-kira AS$160 juta dalam mata wang Libya (RM484.72 juta) ditahan selepas ia berpatah balik semasa menuju ke Libya, kata seorang pegawai kerajaan semalam. Menurutnya, kapal itu kembali ke Britain selepas anak-anak kapal tersebut memutuskan untuk tidak berlabuh di sebuah pelabuhan di Tripoli, Libya kerana pergolakan yang berlaku di sana. Pegawai tersebut berkata, kapal itu dilaporkan kembali ke pelabuhan Harwich di timur England dengan diiringi oleh bot Agensi Sempadan Britain. Sejumlah kontena yang mengandungi mata wang tersebut dipindahkan dari kapal berkenaan ke sebuah lokasi yang rahsia. Britain sebelum ini memutuskan untuk melarang ekport mata wang Libya sejajar dengan sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas negara itu. Sementara itu, bedilan meriam dan letupan berlaku 20 kilometer dari pelabuhan Ras Lanuf di pantai Libya semalam. Askar-askar yang menentang pemerintahan Muammar Gaddafi menyatakan mereka menentang askar-askar yang setia kepada Gaddafi di Rauf Lanuf, 660 kilometer ke timur Tripoli. Menurut seorang askar Gaddafi yang berpaling tadah, Magdi Mohammed, para penentang dilengkapi dengan senjata kalashnikov AK-47, raifal dan pelancar roket. Misi para penentang itu ialah menguasai loji kemudahan minyak. Pergelutan turut berlaku di Tripoli apabila anggota-anggota pasukan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah para penunjuk perasaan semalam. Menurut seorang saksi yang menghubungi agensi berita AFP, beberapa anggota keselamatan melepaskan tembakan ke udara. Pertempuran turut berlaku di Zawiya bandar yang berdekatan dengan Tripoli. Pada awal semalam, askar-askar pro-Gaddafi melepaskan tembakan mortar dan bedilan daripada senjata antipesawat di Misrata. bandar ketiga terbesar di Libya. Dalam pertempuran itu tiada laporan mengenai kematian dilaporkan. Jumlah angka kematian rasmi akibat pertempuran antara para penentang Gaddafi dengan askar-askar upahan pemimpin itu masih belum diketahui. Para penentang itu menentang Gaddafi ekoran kebangkitan rakyat yang tidak berpuas hati dengan prestasi pemerintahannya. Sementara itu di Benghazi, para penunjuk perasaan sudah menguasai bandar itu daripada penguasaan askar-askar Gaddafi. Jet-jet pejuang Gaddafi turut membedil bandar Ajdabiya semalam. Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyatakan beliau mempunyai pilihan untuk memastikan Gaddafi berundur. Obama berkata kelmarin bahawa tindakan Gaddafi mengebom penduduknya sendiri menunjukkan bahawa beliau sudah kehilangan hak untuk memerintah dengan sah. - Agensi |
Dok berebut kueh pau kot... kahkahkah... Posted: 04 Mar 2011 07:20 PM PST GELOMBANG MERAH... Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga Ketua Wanita Umno mengetuai Wanita Umno melaungkan Hidup Barisan Nasional (BN) pada Program Gelombang Merah Wanita UMNO seluruh Malaysia di Padang Awam Kampung Badok dekat Temerloh, Pahang. Kira-kira 2,000 Wanita Umno menyertai program itu. - Foto BERNAMA |
Posted: 04 Mar 2011 06:31 PM PST Pertempuran merebak di Libya TRIPOLI: Tentera Muammar Gaddafi bertempur dengan pasukan pemberontak di beberapa medan di Libya dan kekacauan meletus di ibu negara apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan untuk menyuraikan kumpulan penunjuk perasaan yang melaungkan "Gaddafi adalah musuh Allah". Sambil berikrar untuk "menang atau mati", pemberontak yang berpangkalan di timur Libya mara ke arah barat dengan menyerang bandar pengeluar minyak Ras Lanuf dan mendakwa mereka sudah menguasai lapangan terbangnya. Di bahagian barat pula, pasukan keselamatan yang setia dengan Gaddafi menawan semula sebahagian daripada Zawiyah, sebuah bandar berhampiran Tripoli. Penduduk bandar itu mendakwa sekurang-kurangnya 30 orang awam terbunuh, termasuk pemerintah pasukan pemberontak bandar itu. Pemberontakan di Zawiyah - kawasan paling hampir dengan Tripoli yang ditawan pemberontak dan di mana satu lagi kilang penapis minyak terletak - memalukan pihak kerajaan. - Reuters |
Posted: 04 Mar 2011 06:25 PM PST Kereta Anwar dikepung dan dibaling batu. Oleh: WFAUZDIN NS MUHYIDDIN secara terang-terangan merestui tindakan tidak bertamaddun beberapa kumpulan yang mengkasari DS Anwar yang berkunjung ke Felda Jengka 22 pada Khamis malam lepas. Kereta yang dinaiki oleh DS Anwar dikepung dan dibaling batu oleh sekumpulan `monyet' upahan. Apa kata Muhyiddin selaku PM 1 Malaysia? Beliau memberi komen seperti orang bodoh iaitu katanya, "Insiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dikasari di kawasan Felda di Kerdau mungkin disebabkan penduduk kawasan itu menyampah dengannya. "Itu (terjadi) kalau orang Felda tak boleh menerima Anwar. Kerana itu kampung mereka sendiri, itu hak merekalah," kata Muhyddin yang juga timbalan presiden Umno. "Mungkin kerana mereka dah menyampah, (dan) tidak hendak dengar lagi cerita karut-marut dan berdosa lagi. Jadi lebih baik (Anwar) jangan masuk." (Malaysiakini) Itukah komen dari seorang PM? Bayangkan jika Muhyiddin bertandang ke Kalantan, Selangor atau P.Pinang yang ramai orang tidak suka kepadanya maka beliau dilakukan sedemikian? Agak-agaknya apa komen beliau? Agak-agaknya pihak polis akan buat apa? Mesti kecoh Utusan Meloya dan TV 3 suku akan ulas macam lalat hurung tahi. Dilaporkan sekitar tapak ceramah ditabur dengan paku dan beberapa kenderaan mengalami kerosakan. Ini kerja bangsat dan bacul oleh puak yang tidak beragama dan tidak bermoral. Pemimpin yang merestui puak ini pun setaraf dengan mereka juga. Satu kelemahan di pihak kita ialah kita mungkin tidak mempunyai satu Unit yang mampu mengawal pimpinan kita. Jika ada pun, kita mungkin tidak merancang serapi mungkin apakah tindakan yang boleh kita lakukan jika berlaku situasi seperti itu. Sebab itu saya ada menulis di sini betapa kita perlu wujudkan Unit Gerak Jihad. Tidak mustahil suatu hari nanti kita hanya mampu melihat Tuan Guru Nik Aziz atau Tuan Guru Hj Hadi dibaling batu atau diludah oleh `monyet-monyet' upahan Apco itu. Ini satu pengajaran buat kita yang sering lalai atau tidak peka dengan aspek keselamatan pimpinan dan para penyokong kita. Bagaimana mungkin puak mereka boleh datang ke tapak ceramah kita dengan melakukan kerja menabur paku-paku di serata tempat? Mana mungkin kenderaan yang membawa pimpinan kita tidak dikawal serapi mungkin? Kita mahu harapkan kawalan pihak Polis semata-mata? http://wfauzdin.blogspot.com |
PERKASA tak mengaku umat... kahkahkah... Posted: 04 Mar 2011 05:27 PM PST Apa kisah kat Merlimau Melaka ni...? Ketua Menteri punya perihatin nasib rakyat sampai tak tau apa cerita rakyat... kahkahkah... Nak sembang lebih lebih pun tak reti. Kelaku hodoh sungguh la jenih orang yang Umno angkat jadi pemimpin ni... kahkahkah... tak tau lain kali tanya, jangan dok memandai mandai dalam rumah orang... kahkahkah... tak pepasal kari biawak pi kata kari ayam... buat malu kompeni saja... kahkahkah... Lain kali hang ingat Ali ooiii, hang buat salah macam ni sekali lagi, PERKASA tak mau mengaku umat dah... kahkahkah... |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan