Addin |
- PRK Kerdau : Cikgu Selamatkan Tuan Ibrahim..
- PRK Merlimau : Kempen Pakatan Rakyat Berjaya, Be End Tiru Pula
- Kakitangan Bank Bakal Di Penjara 1,120 Tahun
- PRK Kerdau : Panas!! Lagi Ahli UMNO Masuk PAS..
- PRK Merlimau : Lahabau Be End..Pengundi Hantu Dah Mai!!
PRK Kerdau : Cikgu Selamatkan Tuan Ibrahim.. Posted: 05 Mar 2011 09:55 AM PST
TEMERLOH, 5 MAC - Para pemimpin dan media Umno terbukti berbohong ketika mereka memfitnah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membeli tanah peneroka Felda kerana ianya sebenarnya dibeli oleh pihak lain. Ia sebenarnya dibeli oleh Ibrahim bin Osman, seorang guru yang hanya meminjam duit dari Tuan Ibrahim dan kini tanah itu dicagarkan oleh Ibrahim kepada MARA untuk satu pinjaman lain lapor Harakah Daily. "Sebenarnya apa yang berlaku adalah, seorang peneroka Felda telah mengiklan di merata-rata tempat mahu menjual tanahnya. Beliau juga telah menemui saya dan meminta saya membelinya."Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya. Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya bersetuju menggunakan nama isteri beliau sementara saya menjelaskan kesemua pinjaman itu. "Apabila saya mempunyai duit, saya telah mengambilalih tanah itu dan menggunakannya untuk dicagarkannya kepada pihak MARA atas nama syarikat saya, Syarikat Pintar Kesuma Sdn Bhd (gambar)," kata Ibrahim dalam sidang media khas di Markas PAS Kerdau lewat petang ini. Ibrahim menjelaskan fitnah yang dibuat Umno dan medianya terhadap Pengarah Pilihan Raya PAS Kerdau Datuk Tuan Ibrahim dengan mendakwa beliau membeli tanah peneroka Felda yang dalam kesempitan bukannya membantu beliau Blog Umno juga ada mendakwa Tuan Ibrahim sebagai lintah darat ekoran laporan itu."Saya sangat dukacita dengan tuduhan itu kerana hasrat beliau untuk membantu saya dan peneroka berkenaan telah bertukar menjadi satu fitnah terhadap beliau. "Hasil dari jualan tanah Felda tersebut, peneroka berkenaan telah berjaya membangunkan 15 ekar ladang sawit dan juga ternakan kambing dan lembu, bukannya menjadi dhaif sebagaimana didakwa," kata Ibrahim Osman. Oleh itu, katanya, soal Datuk Tuan Ibrahim membeli tanah Felda sehingga menganiaya peneroka Felda tidak berbangkit sama sekali dan satu dakwaan dan tuduhan yang tidak benar. Tuan Ibrahim dalam sidang media itu berkata, beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan isu ini dan hanya membantu meminjamkan wang kepada Ibrahim sahaja. "Media dan Umno hanya cuba mengalih isu sebenar di Kerdau iaitu masalah hutang kerajaan negeri dengan membangkitkan perkara yang tidak benar ini," kata Tuan Ibrahim./Harakahdaily | ||
PRK Merlimau : Kempen Pakatan Rakyat Berjaya, Be End Tiru Pula Posted: 05 Mar 2011 12:07 AM PST Sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil Dun Merlimau, Pas berjaya menyampaikan mesej perjuangan Pas dan Pakatan Rakyat walaupun terdapat beberapa kekangan dan halangan. Walaupun beberapa insiden yang tidak diingini berlaku seperti cermin kereta dipecah, poster dan risalah berunsur fitnah, tayar kereta dipancit dan gangguan ceramah. Cara kempen calon Pas mendahului calon UMNO. Malah pendekatan calon Pas ditiru pula oleh UMNO seperti pemberian bunga kepada wanita. Calon Pas membangkitkan masalah pengangkutan awam, maka terus pendududk Merlimau mendapat khidmat MARA Liner. Banyak rungutan yang sudah disampaikan kepada beliau sepanjang berkempen. Rupa-rupanya banyak masalah di Dun Merlimau yang masih terlindung di sebalik slogan yang indah. Alhamdulillah pengundi di Dun Merlimau merupakan masyarakat yang terbuka dan boleh berubah walaupun di luar nampak berwajah UMNO. Peluang ini memberi kesempatan kepada Pas untuk menerangkan dasar Pas yang berteraskan Islam kepada penduduk Dun Merlimau dengan secara dekat. Mungkin selama ini mereka menganggap Pas adalah parti yang pelik di kalangan mereka. Pas cukup bergembira sambutan pengundi Cina dan India kepada calon Pas sehingga menimbulkan keresahan kepada Umno. Orang bukan Islam sudah tidak gerun kepada Pas, walaupun berbagai tohmahan dan fitnah dilemparkan kepada Pas. Pas menyeru supaya pengundi Dun Merlimau memilih Yuhaizad Abdullah untuk menambah suara pembangkang di Dewan Undangan negeri Melaka./pasprkmerlimau | ||
Kakitangan Bank Bakal Di Penjara 1,120 Tahun Posted: 04 Mar 2011 09:26 PM PST MELAKA, 5 Mac - Seorang juruwang sebuah bank di Alor Gajah, dekat sini, bakal berdepan hukuman penjara maksimum 1,120 tahun jika sabit kesalahan melakukan 56 pertuduhan mendepositkan cek berjumlah RM1,925,500. Tertuduh, Roslizam Zabar, 40, bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan terhadap semua tuduhan dibaca jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Abu Bakar Katar di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, semalam. Berdasarkan pertuduhan pertama pertuduhan, Roslizam seorang yang diamanah bagi semua urusan kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Masjid Tanah dengan curangnya dan tanpa kebenaran pihak bank, didapati membuat deposit cek tidak wujud RM20,000 dan memasukkan ke dalam akaun Roslen Enterpise bernombor 04024010016444. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di BIMB Kompleks Perniagaan Masjid Tanah, Alor Gajah, 15 Disember 2008. Bagi pertuduhan kedua, tertuduh dari Batu Gajah, Merlimau, Jasin itu juga dengan curangnya dan tanpa pengetahuan serta kebenaran pihak bank, didapati membuat deposit cek tidak wujud sebanyak RM25,000 dan memasukkan ke dalam akaun dan tempat sama 26 Disember 2008. Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat dan denda jika sabit kesalahan. Selain itu, bagi 54 pertuduhan lain, dia dituduh melakukan kesalahan sama iaitu medepositkan cek bernilai antara RM5,000 hingga RM49,500 antara 5 Disember 2008 dan 17 Ogos 2010. Timbalan Pendakwa Raya, Haslinda Abu Bakar menawarkan mahkamah jaminan berjumlah RM1 juta diberi terhadap tertuduh, selain mencadangkan syarat tertuduh perlu melapor diri di balai polis setiap awal bulan dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah. Tertuduh diwakili peguambela, Shah Rizal Alias dan Shahrul Amali Shafie memohon mahkamah mengurangkan jaminan kerana akaun bank anak guamnya dibeku, walaupun digantung kerja bergaji penuh setiap bulan. Selepas mendengar permohonan dan rayuan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan, Abu Bakar membenar jaminan RM500,000 dan seorang penjamin serta menetapkan bicara mulai 13 Jun ini./Sinar Harian | ||
PRK Kerdau : Panas!! Lagi Ahli UMNO Masuk PAS.. Posted: 04 Mar 2011 08:24 PM PST TEMERLOH, 5 Mac - PAS terus mendapat lonjakan politik dengan penyertaan ahli-ahli Umno dari kawasan Felda Jengka 22 dan Jengka 23. Dalam satu majlis bersama Persatuan Anak Peneroka Feda Kebangsaan (Anak) di Jengka 23, PAS menerima kemasukan 18 orang keahlian baru yang kebanyakannya ahli Umno yang kecewa dengan pretasi Barisan Nasional selama ini. Dalam majlis tersebut, borang keahlian PAS mereka diserahkan kepada Pengarah Pilihanraya PAS PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Sementara itu, PAS terus mendapat sokongan daripada penghuni di Jengka 22 apabila 30 ahli baru yang kebanyakannya bekas ahli Umno juga mengambil keputusan menyertai perjuangan PAS. Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hasan Tantawi dalam satu mesej di Twitter mengumumkan bahawa Anak menerima 176 penyertaan ahli baru dari Felda Jengka 23, 22, 25, 16 dan 18 semasa Majlis Pelancaran Anak di Felda Jengka 23, malam tadi. Perkembangan terbaru ini menggambarkan harapan baik bagi PAS untuk pilihan raya kecil Kerdau kali ini. Hari ini, dijangkakan akan berlaku lebih ramai kemasukan ahli baru di beberapa peti undi lagi. Namun, Tuan Ibrahim, yang juga Naib Presiden PAS mengingatkan para petugas PAS untuk PRK Kerdau untuk berwaspada dengan strategi akhir yang digunakan oleh BN bagi mengugut pengundi dengan pelbagai tawaran kewangan yang telah dan akan diumumkan./Harakahdaily | ||
PRK Merlimau : Lahabau Be End..Pengundi Hantu Dah Mai!! Posted: 04 Mar 2011 07:35 PM PST JASIN, 5 Mac - PAS membuat dakwaan terbaru bahawa Barisan Nasional (BN) menawarkan "habuan" kepada penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk mengundi mewakili pengundi tertentu — bertindak sebagai "pengundi hantu" di kerusi Merlimau esok. Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, pihaknya mendapat maklumat BN telah memberi "habuan" yang besar kepada 750 pelajar untuk menjadi "pengundi hantu". "Kita dapat maklumat ada pelajar telah dibayar oleh BN untuk mengundi pada pilihan raya kecil esok."Pelajar ini dari sini (Merlimau), saya terima maklumat pelajar ini telah ditawarkan habuan untuk jadi pengundi, kira-kira 750 pelajar akan mengundi mewakili pengundi Merlimau," katanya kepada The Malaysian Insider. Selain pelajar, jelas Halim, ada juga pihak tertentu yang turut ditawarkan dengan "habuan" yang tinggi. "Maklumat kita dah terima yang mana ia juga ditawarkan kepada orang lain juga."Kesemua mereka ini akan mengundi menggunakan kad pengenalan orang lain iaitu kad pengenalan pengundi Merlimau, katanya. Beliau berkata "pengundi hantu" itu melibatkan kesemua semua daerah mengundi di Merlimau. Kata Halim, pihaknya masih belum mengetahui jumlah "habuan" yang ditawarkan. DUN Merlimau mempunyai tujuh daerah mengundi termasuk Ayer Merbau, Chinchin, Jasin Lalang, Merlimau Utara, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak. Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad dan Yuhaizat Abdullah dari PAS. Sebelum ini PAS mendakwa BN telah menjalankan kempen ala samseng dengan mengugut pengundi di DUN Merlimau, namun dinafikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Ditanya mengenai program anjuran pertubuhan misteri 1 Malaysia, Halim menyifatkan satu bentuk rasuah terhadap pengundi di Merlimau. "Ini adalah gejala rasuah terhadap pengundi, ini yang diamalkan BN sama ada melalui pertubuhan... tapi saya yakin itu adalah siri rasuah dan ia sepatutnya tidak berlaku. "Malam ini mereka akan bagi duit kepada pengundi sebagai rasuah," katanya. Jelas Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu, pihaknya berharap supaya BN mengamalkan kempen yang bersih bukan menawarkan "habuan" kepada pengundi. Kewujudan pertubuhan misteri yang menggunakan nama 1 Malaysia ketika kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau menimbulkan pelbagai persoalan besar mengenai motif sebenar badan itu. Difahamkan pertubuhan itu beroperasi atas nama 1 Malaysia dan hanya muncul dalam kempen pilihan raya kecil untuk mengagihkan barangan keperluan termasuk mengedarkan kemeja-T tertera logo 1 Malaysia kepada pengunjung khususnya pengundi kawasan Merlimau yang hadir. Pertubuhan ini dikatakan mengadakan makan tengah hari dan makan malam secara percuma kepada pengundi. Difahamkan program itu dihadiri pengundi bukan Melayu yang jumlahnya begitu ramai./Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan