Jumaat, 4 Mac 2011

shalehudin

shalehudin


Rakyat cerdik bermakna Umno berkubur... kahkahkah...

Posted: 04 Mar 2011 08:00 AM PST

Rakyat mesti didedahkan dengan segala penyelewangan dan pengkhianatan Umno selama ini. Rakyat mesti disedarkan bahawa Umno lah perosak agama, bangsa dan negara. Rakyat yang cerdik dan faham akan menjauhi Umno dan sekaligus akan melenyapkan BN dari muka bumi.

Segala penyelewengan dan pengkhianatan Umno terhadap Melayu sejak memerintah negara 54 tahun lalu perlu dilondeh dan dibentangkan pada rakyat agar rakyat terdidik dan tahu bahawa selama ini Umno telah memijak lunyai agama demi perut, bangsa demi harta dan negara demi kuasa.

Kita kena pantas dan tangkas bertindak bagi mempastikan orang Melayu tidak tertipu lagi dengan pujuk rayu dan janji manis Umno. Kita perlu mengemukakan bukti-bukti pengkhianatan Umno terhadap bangsa dan agama ini sepanjang mereka berkuasa.

Boleh darah tinggi lagu tu la Umno nih... hihi...

Posted: 04 Mar 2011 05:29 AM PST

Politik kita amat memerlukan satu anjakan pemikiran yang sihat kearah mendidik anak watan berpolitik cara yang berhemah. Kita sudah jauh lari seebenarnya dari mengajak bangsa menghayati malah praktikkan bersuara menegakkan hak tanpa memisahkan suara suara ini pembangkang atau pun kerajaan. Suara rakyat adalah hak rakyat tanpa mengira parti politik anutan mereka.

Syabas buat pemimpin pemimpin muda dalam Pakatan yang kini sekali lagi terkehadapan dalam merintis jalan kearah mengujudkan satu organ suara kepada massa. Seperti yang diumumkan oleh Nurul Izzah, Utusan Rakyat akan menemui pembaca sebaik saja permitnya diluluskan kerajaan dan menggemparkan ialah, Hata Wahari bakal dilantik sebagai ketua pengarang pada akhbar Utusan Rakyat ini.

Mengikut Nurul, Utusan Rakyat bukan organ parti politik, sebaliknya merupakan akhbar berkecuali dengan wakil dari kedua-dua Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) serta pertubuhan bukan kerajaan akan diundang menyertai lembaga penasihatnya. Kita sangat-sangat memerlukan media arus perdana yang sedaya upaya akan membuat laporan secara objektif, profesional dan beretika.

Boleh darah tinggi lagi la BN, tak boleh lagi depa nak cari makan dengan isu yang dimainkan oleh media kawalan mereka. BN tak dak alasan untuk menolak dari mengganggotai lembaga penasihat akhbar ini nanti kerana ia dilihat sebagai anti pada suara rakyat yang tentunya menggungguli dan perjuangkan ketuanan rakyat di negara ini.

Macamana dia boleh kena ni...

Posted: 04 Mar 2011 12:45 AM PST

Macam tak percaya dan memang tak patut kena pun. Ini yang aku heran ni, mesti ada tang mana mana punya perancangan yang tak berjalan dengan lancar ni. Mana boleh sorang Adun dari Umno, yakni parti yang paling bersih diantara semua parti parti politik Malaysia boleh didapati bersalah dalam tuduhan rasuah.

Adun Lenggeng, Mustafa Salim hari ini didapati bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan bagi mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.

Mahkamah Sesyen Seremban akan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada jam 2.45 petang ini. Mustafa, 51, bagaimanapun dibebaskan daripada dua tuduhan menerima rasuah daripada M Manimaran untuk tujuan yang sama.

Aku yakin sangat, Adun Umno tu didakwa ikut seksyen yang salah tuu... kahkahkah... ataupun hakim salah eja nama kot... kahkahkah... atau... kahkahkah...

Hahaha... Karpal buat lawak...

Posted: 03 Mar 2011 11:56 PM PST

Kes liwat Anwar: Karpal mahu panggil Musa, Syed Hamid

KUALA LUMPUR 4 Mac – Karpal Singh tiba-tiba memaklumkan Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa barisan pembelaan hendak memanggil Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; dan bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar untuk beri keterangan dalam bicara dalam perbicaraan (TWT) ini. – Utusan

Tolong check nombor ahli Umno guru nih... kahkahkah...

Posted: 03 Mar 2011 11:29 PM PST

Ketua guru disiplin sekolah dituduh cabul 11 pelajar

Oleh SITI NOORALINA AHMAD

KUALA LUMPUR 4 Mac – Ketua guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah, Ampang di sini mengaku tidak bersalah atas 11 pertuduhan mencabul 11 pelajar berusia antara 15 dan 16 tahun, bulan lalu.

Majistret Azaraorni Abd Rahman membenarkan tertuduh, Ismazi @ Megat Ismazi Ismail, 49, yang berasal dari Pulau Pinang dijamin RM11,000 dengan seorang penjamin untuk semua pertuduhan. – Utusan

Hapus Umno, rasuah negara akan sifar... kahkahkah...

Posted: 03 Mar 2011 08:04 PM PST

Kata pelopor ketuanan Melayu, tapi rasuah tak pernah lekang dari keliling pinggang...
Sebut rasuah teringat Umno, tengok Umno nampak rasuah...

Tengok Umno nampak BN, sebut BN habih rosak negara Malaysia... Bila la BN ni nak jadi anak jantan... kahkahkah... BN dan rasuah dah tak dapat nak dipisahkan lagi. Dimana ada BN, disitulah kita dapat lihat salah guna kuasa dan rasuah bermaharajalela.

Jadi tak heranlah kita sekiranya penyelewengan pihak BN mengiringi sepanjang kempen PRK Dun Merlimau dan Kerdau. Tak pepasal basikal dihadiahkan pada murid murid sekolah dalam usaha memancing undi ibu bapa pelajar terbabit. Janji janji pilihanraya bertimbun timbun atas dasar pembangunan. Serupa lah pembangunan tu BN saja yang boleh bagi. Serupa lah pembangunan tu hanya layak diberi pada rakyat semasa adanya PRK saja di Malaysia nih. Tempat tempat yang tak dak PRK, berputih mata.

Selebriti Umno... kahkahkah...

Posted: 03 Mar 2011 07:23 PM PST

Dia dilayan seperti seorang selebriti, dengan para hadirin datang berjabat tangannya dan bergambar dengannya.- Malaysiakini

Malaysia hebat: setiap 15 minit ada perceraian... kahkahkah...

Posted: 03 Mar 2011 04:41 PM PST

Malaysia memang hebat, setiap 15 minit ada perceraian... tapi yang peliknya kata Dr Mashitah, perceraian disebabkan oleh pasangan yang tak solat... heran ya... berbilion bilion kerajaan buat masjid untuk umat solat, tapi tak dak orang bersolat... kahkahkah...

Awat yang biar pasangan kita tak solat... kahkahkah...
Awat yang biar anak anak kita tak solat... kahkahkah...
Awat yang biar rakyat kita tak solat... kahkahkah...
Awat yang biar ketua kerajaan kita tak solat... kahkahkah... 


****************************************


Satu pasangan bercerai setiap 15 minit
Oleh Hayati Ibrahim

PUTRAJAYA: Amat mengejutkan apabila kadar penceraian di kalangan pasangan suami isteri di negara ini berlaku dalam tempoh setiap 15 minit, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Mashitah berkata, beliau tidak menafikan ada peningkatan kes penceraian di negara ini setiap tahun, malah statistik pada 2009 menunjukkan setiap perkahwinan yang didaftarkan setiap hari pasti akan ada perceraian yang berlaku.

Beliau berkata, ada banyak faktor yang menyumbang ke arah penceraian pasangan suami isteri, antaranya suami atau isteri yang mengabaikan tanggungjawab dan tidak menjaga solat.

"Kita tidak dapat menafikan kelalaian menjaga solat menjadi punca kepada suami isteri mengabaikan tanggungjawab lain.

Askar ke Polis

Posted: 03 Mar 2011 04:33 PM PST

Anggota tentera boleh sertai polis

Mulai tahun ini, anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menamatkan perkhidmatan selepas 21 tahun boleh menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Proses penyerapan jawatan itu dirangka hasil kerjasama antara Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan menerusi program transformasi kerajaan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata setakat ini, 400 permohonan bekas anggota ATM diterima dan mereka yang diserapkan ke jawatan dalam PDRM itu akan memperoleh pendapatan mengikut skim gaji polis.

"Penyerapan jawatan dari ATM ke PDRM ini adalah satu daripada lima bidang kerjasama membabitkan kedua-dua pasukan keselamatan negara iaitu program kawalan bersama, perkongsian pusat latihan, kawalan sempadan dan pertukaran maklumat.

Tiada ulasan: