Jumaat, 4 Mac 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Zahid Hamidi nie buat lawak ka?

Posted: 04 Mar 2011 05:35 AM PST

JASIN 4 Mac – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada pihak pembangkang jangan cuba wujudkan pergolakan politik di negara ini seperti yang berlaku di beberapa negara Asia Barat dan Afrika Utara baru-baru ini.

Mendedahkan mengenai usaha pembangkang untuk menghuru-harakan negara beliau berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah bersiap sedia menghadapi apa juga tindakan di luar jangkaan yang akan berlaku dalam tempoh terdekat ini.


``Saya ingin nyatakan pihak tentera telah bersiap siaga jika ada sebarang ancaman dilakukan oleh pembangkang untuk menghancurkan negara kita.

``Ini kerana di beberapa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau, tokoh-tokoh pembangkang menghasut rakyat supaya menimbulkan kekacauan,'' katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) di sini hari ini.

Menurutnya, tindakan itu mendapat perhatian daripada ATM kerana usaha pakatan pembangkang itu cukup jelas cuba menanam bibit kebencian, menghasut dan membohong dengan tujuan menghasut pengundi di Kerdau dan Merlimau untuk menimbulkan kekacauan.


Lidah Rasmi UMNO

Anwar - Ummi satu pertembungan... (Video Inside)

Posted: 04 Mar 2011 05:16 AM PST



Ceramah sulung melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ummi Hafilda Ali - saksi penting kes liwat 1998 - di Kerdau pada Khamis malam dicemari ejek-mengejek, sindir-menyindir dan jerit-menjerit antara penceramah dan penonton yang hadir.

Sejak awal lagi, perkara itu dijangka berlaku apabila Ummi Hafilda yang juga adik kepada Azmin - timbalan presiden PKR - mengadakan ceramah di Felcra Rumpun Makmur, di tempat yang sama dengan Anwar bagi "merungkai segala rahsia" ketua pembangkang itu.




Suasana panas seawal jam 9 malam lagi apabila pengerusi majlis juga saling cabar-mencabar antara satu sama lain, lebih-lebih lagi apabila tempat ceramah cuma dipisahkan sebatang jalan raya.




Ketika ceramah bermula, daripada 1,000 penonton - 700 di pihak Pakatan Rakyat dan 300 di pihak BN - ratusan orang masih berdiri di bahu jalan untuk menjerit, menyorak, mengejek dan mengebu lawan mereka.

Bagaimanapun, suara penyokong Pakatan Rakyat nyata menenggelamkan sorakan lawan mereka yang rata-rata terdiri daripada golongan tua.

Ummi Hafilda mula berucap kira-kira jam 10 malam diikuti Anwar sepuluh minit kemudiannya yang disambut suara takbir dan pelbagai laungan seperti "hidup rakyat", "reformasi", "hidup Anwar" dan "sokong Anwar".

'Peliwat, penipu, perogol bersiri'

Memulakan ceramahnya dengan menegaskan soal akhlak Islam, Anwar nampaknya tidak berminat menjawab segala dakwaan dan pelbagai label yang dilontarkan padanya seperti "peliwat", "penipu", "agen Yahudi" dan "perogol bersiri" oleh Ummi Hafilda.

Bagaimanapun sesekali beliau mencelah dan meminta hadirin ceramah tidak melayan wanita tersebut.

"Jangan layan dia. Lagi dilayan harganya makin naik, daripada upah RM500 jadi RM600," sindir Anwar sesekali.

Ummi Hafilda bagaimanapun dilihat terus mengasak Anwar dan mengulang-ulang hujah dan melontarkan label terhadap ketua umum PKR itu sambil meminta jawapan diberikan.

Dalam ucapannya, beliau juga memuji pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan bekas perdana Tun Dr Mahathir - tindakan yang menyebabkan Anwar secara berjenaka menyindir sekali lagi.

"Ada lagi ke Mahathir (dalam kerajaan)?" tanyanya sambil disambut gelak ketawa.

Sukar beri tumpuan

Suasana begitu bingit apabila pembesar suara daripada kedua-dua pihak boleh didengar daripada tempat masing-masing sehingga hadirin sukar memberikan tumpuan kepada butiran ceramah.

Anwar menamatkan ceramahnya dan diikuti Ummi Hafilda kira-kira 10 minit selepas itu.

Sepanjang ceramah, kira-kira 200 penyokong kedua-dua belah pihak terus berdiri di sepanjang jalan raya seakan-akan menanti sebarang kemungkinan berlakunya insiden atau pergaduhan.

Bagaimanapun, kawalan jalan raya oleh Unit Amal PAS, termasuk pihak polis di hujung ceramah berjaya melancarkan keadaan sekitar kawasan itu.

Tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Malam Rabu lalu, Ummi Hafilda turut berkongsi pentas dengan penceramah BN di Merlimau, tetapi dengan penampilan berbeza dengan suara yang menggeletar dan menangis ketika menceritakan apa yang berlaku pada tahun 1997 dan 1998.

Dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau pada 6 Mac ini, calon PAS Hassanuddin Salim akan menentang calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad.





Gambar dari WRLR
Berita dari Malaysiakini

Ummi Hafilda bercerita tentang seks, wang dan skandal (Video Inside)

Posted: 04 Mar 2011 03:55 AM PST

Sejurus sebelum dia meninggal dunia, ayah Ummi yang merupakan seorang guru agama menulis surat terbuka kepada Harakah. Dalam surat itu, dia menjelaskan sebab dia tidak lagi mengaku Ummi sebagai anaknya.

"Ayah Ummi meninggal dalam keadaan patah hati tanpa pernah mengampunkan anaknya itu atas peranan yang dimainkannya dalam memerangkap Anwar dalam tuduhan liwat,"

Sewajarnya Ummi Hafilda ini diberikan anugerah Pelakon Wanita terbaik kerana berjaya menjiwai jalan cerita yang dibawanya hingga mempersonakan hadirin yang tidak pernah mendengar ceritanya dan tidak tahu apa kisah sebenarnya..

Yusuf Haslam tak hendak ambil dia berlakon ke?




Muncul 13 tahun selepas menjadi saksi utama perbicaraan kes liwat pertama terhadap bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ummi Hafilda Ali kembali semula, kali ini berkempen untuk BN di pilihan raya kecil DUN Merlimau.


Bercakap dalam satu majlis 'pendedahan' anjuran biro antarabangsa Umno bahagian Jasin di Kampung Chinchin malam tadi, setiap butir bicara Hafilda, khusyuk diikuti oleh kira-kira 200 hadirin.

Bagi sebahagian besar hadirin, apa yang didedahkan oleh Ummi Hafilda tentang dakwaan skandal seks Anwar sebelum pemecatannya, dan tentang diri abangnya Azmin yang ketika itu merupakan pembantu peribadi Anwar dan sekarang timbalan presiden PKR adalah sesuatu yang baru pada mereka.

Dan menilai daripada ekspresi mereka malam tadi, hampir semuanya tampak percaya apa yang dikatakan oleh Ummi Hafilda, dalam suara yang menggeletar dan menangis ketika menceritakan apa yang berlaku pada tahun 1997 dan 1998.

Menyoroti semula ke hari dia mengetahu tentang "perkara yang membabitkan Anwar" dan sehinggalah saat dia bertemu dengan Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad, Ummi Hafilda memaparkan dirinya sebagai mangsa kepada "kuasa dan sikap tamak" ketua umum PKR itu.

Ummi Hafilda menceritakan mengenai kedatangan 50 anggota polis, termasuk yang bertopeng, menaiki 'black maria hitam', ke rumah kawannya tempat dia tinggal, dengan membawa pembesar suara, mengarahkannya keluar.

Katanya, dia enggan keluar dan menelefon ibunya, supaya berdoa untuknya dan dengan kehendak Allah, tambahnya, pintu tidak boleh dibuka.

Berikutan itu, katanya, anggota polis masuk melalui bumbung dan tindakan mereka itu, kata Ummi Hafilda telah menakutkan anak-anak kawannya yang menjerit ketakutan.

Katanya, dia tidak mengeluarkan setitis air mata pun ketika diseksa.

Kemudiannya, kata Ummi Hafilda, ketika dia bertemu Dr Mahathir, mata perdana menteri keempat itu digenangi air mata, apabila diberitahu apa yang diberitahunya itu adalah benar belaka.

Tidak seorang pun hadirin yang berganjak dari tempat duduk mereka sepanjang 90 minit Ummi Hafilda bercakap.

Mereka menunggu sehingga tengah malam, dan mahu Ummi Hafilda "mendedahkan" lebih banyak lagi.

Dia dilayan seperti seorang selebriti, dengan para hadirin datang berjabat tangannya dan bergambar dengannya.

Muhyiddin kata orang Kerdau dah menyampah kat Anwar

Posted: 04 Mar 2011 01:37 AM PST

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat, insiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dikasari di kawasan Felda di Kerdau mungkin disebabkan penduduk kawasan itu menyampah dengannya.

"Itu (terjadi) kalau orang Felda tak boleh menerima Anwar. Kerana itu kampung mereka sendiri, itu hak merekalah," kata Muhyddin yang juga timbalan presiden Umno.

"Mungkin kerana mereka dah menyampah, (dan) tidak hendak dengar lagi cerita karut-marut dan berdosa lagi. Jadi lebih baik (Anwar) jangan masuk."


Pagi tadi, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang Ahmad Ahmad Nizam Hamid mendakwa kereta yang dinaiki Anwar dikepung dalam dibaling batu oleh sekumpulan 30 orang di Felda Jengka 22 pada Khamis malam.

Bercakap dalam sidang media harian PAS di Kerdau pagi tadi, pengamal undang-undang itu menuduh ia dilakukan penyokong Umno yang memakai baju dan ves dengan logo BN.

Ahmad Nizam juga mendakwa petugas Umno dan BN menabur paku di sekitar tapak ceramah Anwar dan pihaknya difahamkan 50 motosikal dan beberapa tayar kereta mengalami merosakan.

'Siapa bayar Ummi Hafilda?'

Sementara itu, terdapat petugas media yang mendakwa dihalau daripada membuat liputan berhubung insiden dalam oleh pihak PKR malam tadi.

Diajukan perkara itu kepada Muhyiddin, beliau menjawab tindakan itu menunjukkan "gambaran sebenar" bahawa pembangkang tidak menghormati hak media walaupun selalu bercakap dengan nada berbeza.

"Kia kata patut media (jadi) bebas. Dialah juara kebebasan media. Jadi (sekarang) cakap tak serupa bikinlah," sindir Muhyiddin.

Sementara itu, ditanya tentang dakwaan saksi penting kes liwat 1998 Ummi Hamilda Ali dibayar oleh BN untuk berkempen di Kerdau, Muhyiddin menafikan perkara itu sama sekali.

"Siapa bayar?" soalnya kembali kepada pemberita.

"Dia hadir atas kesedarannya sendiri untuk memberikan penerangan sewajarnya. Kalau fitnah, jawab. Jadi jangan kaitan dengan kita."

Dalam program itu, majlis juga mengumumkan persetujuan Muhyiddin meluluskan pembinaan masjid baru di tempat itu - kampung Badok - bernilai RM500,000 bagi menggantikan masjid lama yang sudah uzur.


Malaysikini

Ummi! tak takut azab neraka ke? tanya Azwan

Posted: 04 Mar 2011 12:03 AM PST

KUALA LUMPUR: Ummi Hafilda Ali diingatkan supaya berhenti memfitnah orang lain sebaliknya berusaha membersihkan dosa yang dilakukan terutama terhadap keluarga sendiri. Peringatan tersebut dibuat oleh adik beradiknya sendiri, Azwan Ali.

Sejak akhir-akhir ini Ummi yang merupakan salah seorang watak utama dalam konspirasi pertama tahun 1998 muncul dan menjaja cerita kononnya beliau tahu keburukan abangnya Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.


Beliau juga sering mencaci peribadi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sikap Ummi semakin menjadi-jadi apabila ada pilihan raya kecil. Terbaru, ketika berucap di pentas BN dalam pilihan raya Merlimau, beliau memberi amaran kepada pengundi-pengundi kononnya Anwar merupakan seorang individu yang sangat merbahaya kepada agama dan juga negara.

Dalam SMSya kepada KeadilanDaily.com, Azwan mengingatkan adik beradiknya itu bahawa seksaan dari Allah menanti kepada mereka yang melakukan fitnah. "Tak takut azab neraka ker?" kata Azwan.

Sehubungan itu, Azwan yang juga personaliti TV terkenal menasihati Ummi supaya membersihkan diri sendiri sebelum bercakap mengenai orang lain.

"Bersihkan dosa pada adik beradik sebelum nak menyalak berpolitik sambil busukkan darah daging (sendiri). (Ia juga termasuk) dosa kepada saya," tambah Azwan.

Pada September 1998, ayahnya Haji Ali Omar (Allahyarham) melalui sebuah surat wasiat memutuskan pertalian zuriat dengan Ummi kerana sikapnya yang suka melakukan fitnah.

keadilandaily

PRK Kerdau : Pengganas mengganas di Kerdau

Posted: 03 Mar 2011 11:24 PM PST

TEMERLOH, 4 Mac: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengecam tindakan ganas yang didakwa dilakukan petugas Umno BN dengan mengepung dan membaling batu ke arah kereta yang dinaiki Datuk seri Anwar Ibrahim semalam.

Menceritakan kejadian itu, Ketua PKR Cabang Temerloh, Ahmad Nizam Hamid, berkata, kira-kira 30 orang pemuda, memegang sepanduk dan bendera BN menyekat kereta Anwar di Jengka 22 sambil menjeritkan perkataan lucah kepada ketua umum parti itu.

Dari kelibat dan gaya percakapan mereka, Ahmad Nizam berkata beliau yakin kesemua mereka adalah orang luar dan bukan masyarakat tempatan.


"Ini budaya baru yang dibawa, kerana dipahang tak pernah berlaku sebelum ini" kata Nizam pada sidang media di markas induk PAS bagi Pilihan Raya kecil Kerdau.

Sebelum itu katanya, sejumlah paku turut ditaburkan di atas jalan raya khususnya di jalan jengka 22 menuju ke tapak ceramah ketua pembangkang itu menyebabkan kira-kira 50 buah motorsikal dan beberapa kereta mengalami kerosakan tayar.

"Kami mengecam perbuatan biadap dan tidak bertamadun penyokong Umno BN tersebut yang jelas bukan sahaja melanggar tatasusila bangsa malah bersalahan dengan undang-undang.

"Pilihanraya sewajarnya diraikan sebagai pesta demokrasi namun Umno kelihatannya tidak menjadi matang dan meletakkan diri di tingkat paling bawah," jelasnya.

Bagaimanapun katanya, walau apa sekalipun provokasi yang dibuat pihak lawan, petugas Pakatan Rakyat tetap tidak akan termakan.

Belaiu turut berterima kasih ekoran tindakan pantas pihak polis menyuraikan para penyokong BN yang menunggu rombongan Datuk seri Anwar Ibrahim keluar dari jengka 22.


Harakahdaily

Lagi PRK?? bukan Mati tapi ADUN UMNO Rasuah

Posted: 03 Mar 2011 08:43 PM PST

ADUN dari UMNO/BN, Mustafa Salim ini pada 14 April 2010 lalu telah dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Seremban daripada tiga pertuduhan rasuah.

Keputusan itu telah dibuat oleh Hakim Amran Jantan selepas pihak pendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal membuktikan kes prima facie terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Tetapi hari ini Adun Lenggeng dari UMNO/BN itu, Mustafa Salim didapati bersalah menerima rasuah RM2,000 daripada seorang kontraktor sebagai sogokan mengeluarkan surat sokongan bagi aktiviti perlombongan pasir lebih dua tahun lalu.


Rasuah: Adun BN Lenggeng didapati salah, hukuman petang ini


SEREMBAN, 4 Mac — Adun Barisan Nasional (BN) Lenggeng Mustafa Salim didapati bersalah menerima rasuah RM2,000 daripada seorang kontraktor sebagai sogokan mengeluarkan surat sokongan bagi aktiviti perlombongan pasir lebih dua tahun lalu.

Keputusan itu dijangka akan membuka laluan kepada kemungkinan pilihan raya kecil di kawasan tersebut.

Tarikh akhir yang membolehkan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan ialahj 28 April. Kekosongan selepas tarikh itu tidak memerlukan pilihan raya kecil.

Wakil rakyat penggal pertama berusia 51 tahun itu bagaimanapun bebas dua tuduhan lain menerima rasuah M. Manimaran untuk tujuan yang sama.

Hakim Mahkamah Sesyen Amran Jantan menangguhkan prosiding untuk menjatuhkan hukuman pada pukul 2.45 petang ini.

Pada 3 November lalu, Mahkamah Tinggi Seremban memerintahkan Mustafa membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah yang dihadapinya pada 2008 selepas membenarkan rayuan pendakwaan.

Mustafa sebelum itu telah dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen atas semua pertuduhan pada 14 April lepas tanpa diarah membela diri di akhir kes pendakwaan.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Nasfy Yasin ketika itu berkata mahkamah membenarkan rayuan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas ketiga-tiga pertuduhan berkenaan.

Bagi pertuduhan pertama, Mustafa didakwa meminta RM3,000 daripada Manimaran, 37, melalui Mustafa Pendek, 58, di Lot 1321, Mukim Pantai, Seremban, pada 11 pagi, 28 Ogos 2008, sebagai balasan mengeluarkan surat sokongan bagi mendapatkan permit menjual pasir.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa meminta RM2,000 daripada Manimaran untuk tujuan sama di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sembilan di Jalan Datuk Klana Ma''amor, Seremban, pada 9.05 malam, 30 Ogos 2008.

Dan, bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa menerima suapan RM2,000 daripada Manimaran di Restoran Jabrin Maju, Taman Bunga Raya 2, Mantin, pukul 5 petang, 31 Ogos 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 iaitu boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM negeri, Fieza Fazlin Fandi manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Taqiuddin Yahya dan Fiesal Mustapha.


The Malaysian Insider

PRK Merlimau : Dalam terangpun Ali Rostam nak menipu..

Posted: 03 Mar 2011 07:49 PM PST

JASIN, 4 Mac — Kewujudan pertubuhan misteri yang menggunakan nama 1 Malaysia ketika kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau menimbulkan pelbagai persoalan besar mengenai motif sebenar badan itu.


Mohd Ali Rustam singgah untuk memberikan ucapannya tetapi berkata beliau tidak tahu-menahu program tersebut. — Foto oleh Jack Ooi

Malah pertubuhan itu, yang turut menganjurkan pelbagai jenis program termasuk majlis makan malam dikatakan mempunyai kaitan dengan Barisan Nasional (BN).


Selain itu, kewujudan pertubuhan misteri itu dilihat membantu kempen BN dengan menawarkan pelbagai hadiah dalam setiap program yang dianjurkan.

Difahamkan pertubuhan itu beroperasi atas nama 1Malaysia dan hanya muncul dalam kempen pilihan raya kecil untuk mengagihkan barangan keperluan termasuk mengedarkan kemeja-T tertera logo 1 Malaysia kepada pengunjung khususnya pengundi kawasan Merlimau yang hadir.

Gambar : Pemandangan luar lokasi program NGO 1 Malaysia dengan hadirin diwajibkan memakai kemeja-T 1 Malaysia.

Pertubuhan ini dikatakan mengadakan makan tengah hari dan makan malam secara percuma kepada pengundi. Difahamkan program itu dihadiri pengundi bukan Melayu yang jumlahnya begitu ramai.

Terbaru, pertubuhan itu telah mengadakan program makan malam bersama masyarakat India di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Merlimau di sini malam tadi.

Setiap pengundi diberikan tiket untuk menghadiri program tersebut. Mereka yang tiada tiket tidak dibenarkan masuk termasuk wartawan.

Selain itu, program anjuran pertubuhan misteri itu dikawal ketat petugas yang memakai kemeja-T 1 Malaysia.

Ketika ditanya mengapa wartawan tidak dibenarkan masuk, petugas terbabit berkata hanya mereka yang mempunyai tiket dibenarkan untuk menyertai program yang dianjurkan.

"Maaf, hanya mereka yang ada tiket sahaja yang boleh masuk. Ini adalah arahan pihak atasan, saya tidak boleh benarkan," kata petugas yang mengawal di pintu utama sekolah itu.

Selain makan malam, masyarakat India yang hadir turut dipersembahkan dengan dendangan lagu dan cabutan bertuah.

Wartawan yang menunggu di hadapan pintu masuk sekolah itu hanya dibenarkan masuk ketika Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam hadir memberikan ucapan.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai pertubuhan itu, Mohd Ali berkata beliau tidak tahu tentang kewujudannya.

"Saya tak tahu, saya datang sini sebab ada ramai orang, jadi saya singgah.

"Tapi kalau ia sokong 1 Malaysia saya juga sokong," katanya.

Pertubuhan 1 Malaysia ini pertama kali muncul pada kempen pilihan raya kecil di Galas November lalu dengan sejumlah sukarelawannya mengagihkan beg barangan itu kepada pengundi, khususnya di kawasan yang ramai pengundi berbangsa Cina.

Keadaan yang sama juga disaksikan pada pilihan raya kecil Tenang.


The Malaysian Insider

Tuduhan Liwat : Laporan perubatan tidak dibentang tapi disorok

Posted: 03 Mar 2011 06:58 PM PST

KUALA LUMPUR: Pendakwa raya tidak pernah membentangkan laporan perubatan yang dibuat ke atasnya sepanjang kes Fitnah II berlangsung, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap kepada media selepas perbicaraan hari ini, beliau berkata, tindakan itu menimbulkan keraguan dan sangat mencurigakan.

"Hakikat bahawa mereka tidak pernah merujuk laporan itu malah menyembunyikannya sepanjang perbicaraan berlangsung, sangat-sangat mencurigakan," kata Ketua Umum KEADILAN itu.


Malah, Anwar berkata, laporan itu hanya ditandatangani seorang dari dua doktor Hospital Kuala Lumpur yang memeriksanya walaupun nama kedua-dua doktor itu ada dalam laporan berkenaan.

Anwar diperiksa seorang doktor perunding, Datuk Dr Jayaindran Sinnadorai dan pakar bedah perunding, Dr Ee Boon Leong tetapi hanya Dr Jayaindran sahaja menandatangani laporan itu.

Hari ini berlangsung proses bicara-dalam-bicara ini bagi membolehkan Anwar untuk membidas kenyataan pendakwa raya sebelum ini yang menafikan beliau dibogel ketika tu diperiksa.

"Mereka nafi saya dibogelkan. Namun, ia ada dalam laporan tersebut. Bagaimana mereka dakwa boleh memeriksa saya tanpa membogelkan saya?" kata Anwar.

Kata Anwar, beliau dibawa ke HKL pada 16 Julai 2008 diiringi pegawai penyiasat DSP Jude Pereira, sebelum alat s***tnya diukur, malah d***rnya diperiksa dua doktor berkenaan.

Beliau membuat pendedahan itu ketika memberi keterangan sebagai saksi pertama peguam bela menolak bukti yang diambil secara tidak sah sewaktu ditahan secara ala gestapo itu.


Keadilandaily

Pemimpin Melayu PR Pulau Pinang sila baca!!

Posted: 03 Mar 2011 09:12 AM PST

Nampak ada kebenarannya artikel yang ditulis oleh pengkaji politik dan kolumnis MerdekaReview Wong Ching Huat ini, Walaupun Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang mempunyai dua pemimpin keturunan Melayu iaitu Mansor Othman selaku Timbalan Ketua Menteri I, dan Abdul Malik Kassim selaku EXCO Lim Guan Eng sering kelihatan tampil ke depan dalam isu yang melibatkan komuniti Melayu dan Islam.

Gambar : Ketika Majlis Penyerahan sumbangan RM1,000 dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan RM1,000 dari Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) untuk membiayai tambang kembali ke Mesir kepada Seramai 318 pelajar Pulau Pinang semalam

Ini sekaligus menjadikan Pulau Pinang ini kelihatan seolah-olah ditadbir oleh Lim Guan Eng seorang diri kerana apa saja isu yang timbul di Pulau Pinang ini Lim Guan Eng akan kelihatan akan kedepan biarpun isu itu melibatkan kaum Melayu dan sepatutnya dijawab atau diselesaikan oleh Pemimpin Melayu yang ada.



Antara pelajar yang menerima sumbangan.

Antara isu besar yang ditimbulkan oleh pembangkang (UMNO/BN) ialah isu Peniaga Bazaar Ramadhan di Komtar, Isu Pertelingkahan antara ADUN Komtar dan Peniaga Nasi Kandar dan yang terbaru ialah isu di Taman Pelangi biarpun Lim Guan Eng tidak kelihatan menonjol dalam hal ini, tidak juga kelihatan Pemimpin-pemimpin Melayu itu, yang kelihatan hanya sekumpulan Anak-Anak Muda Melayu dari Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang yang hanya boleh mendesak tapi tiada kuasa untuk bertindak cuba menyelesaikan isu berbangkit itu.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mansor Othman

YB Abdul Malik Kassim

Jadi bukanlah satu perkara yang menghairankan jika Wong Ching Huat menulis daripada 20 orang pengundi Melayu, hanya seorang tahu menyebut nama Timbalan Ketua Menteri I, apatah lagi pemimpin politik Melayu (selain Anwar Ibrahim) dalam Pakatan Rakyat.

Gambar kenangan bersama pelajar Mesir dari Pulau Pinang

Jika situasi ini dipandang ringan maka benar Pakatan Rakyat sememangnya akan terus berkuasa di Pulau Pinang, namun parti pemerintah ini mungkin kehilangan kesemua wakil rakyat keturunan Melayu-nya.

Hilang.. kerana dikatakan ada tetapi seperti tidak ada.. bekerja tetapi tidak diketahui apa yang dibuatnya kerana tiada Media yang sudi melaporkan aktiviti mereka dan tiada juga media yang sudi menyiarkan Kenyataan Media dari mereka..

Tapi… nak siarkan Kenyataan Media apanya.. kalau dalam satu tahun nak baca satu Kenyataan Media pun susah.. Tapi kalau Kenyataan Media dari Guan Eng pula dalam satu tahun rasanya kalau di print semuanya boleh dibuat Novel..

Tahniah buat Guan Eng dan Unit Komunikasinya yang diketuai oleh Hj Anuar (Orang YB Nizar ni..) kalau tak silap aku..


Lim Guan Eng dan "Dilema Melayu"-nya
Wong Chin Huat

"UMNO berdepan dengan 'Dilema Cina': Barisan Nasional akan kehilangan sokongan Melayu, seandainya memansuhkan hak keistimewaan Melayu untuk memikat hati Cina. Namun demikian, pengundi Cina tetap akan menolak BN, walau bagaimana BN memikat hatinya sekalipun." Demikianlah pengamatan Mahathir Mohamad selepas "tsunami politik" pada 8 Mac 2008.

Bahagian depan analisa ini bertitik tolak daripada logik "zero-sum-game" perkauman UMNO seperti biasa, namun kelihatan ada benarnya pada bahagian akhirnya. Mungkin lebih tepat jikalau disimpulkan sedemikian, "Sememangnya UMNO menghadapi 'dilema Cina', di mana BN terpaksa memikat hati Cina. Namun, bagaimana mereka berusaha pun, ia kekal sukar untuk BN meraih undi Cina."

Sesungguhnya, jikalau kita menggantikan istilah "Cina" dengan "Melayu Pulau Pinang", kemudian gantikan istilah "BN" dengan "DAP", maka kita akan menemui "dilema Melayu yang dihadapi DAP". Atau lebih tepat, "dilema Melayu yang dihadapi Lim Guan Eng". Maknanya, betapa pun DAP memikat hati Melayu Pulau Pinang, namun ia tetap sukar untuk mereka meraih undi Melayu.

Lim Guan Eng diserang kiri dan kanan

Sememangnya, ada bezanya antara "dilema Cina UMNO" dengan "dilema Melayu Lim Guan Eng". UMNO gagal meraih sokongan Cina, antaranya disebabkan tingkahlaku dan hujah PERKASA, Nasir Safar dan dua orang pengetua sekolah yang menyuruh anak muridnya balik ke China. Hujah sedemikian memberi gambaran bahawa UMNO masih berjinak-jinak dengan politik talam dua muka, malah masih terbawa-bawa dengan ideologi politik perkauman.

Namun punca sebenar Lim Guan Eng kehilangan sokongan Melayu bukan disebabkan terdapatnya kakitangannya yang angkuh (meskipun ia satu hakikat), malah bukan kerana keprihatinannya terhadap Melayu yang sekadar "kosmetik".

Lihat kepada kritikan Gerakan Pulau Pinang terhadap Lim Guan Eng, bahawa beliau terlalu menyebelahi Melayu, sehingga 90% daripada projek-projek kerajaan negeri Pulau Pinang diserahkan kepada kontraktor bumiputera. Ia memperlihatkan bahawa Lim Guan Eng sememangnya diserang dari kiri dan kanan, dan bukannya cakap tak serupa bikin. Pada hakikatnya, usaha beliau seperti penubuhan "Majlis Perundingan Kontraktor Kelas F", hinggalah pemberian RM100 kepada guru Kafa sempena sambutan Maulidur Rasul - menunjukkan bahawa beliau lebih prihatina terhadap masyarakat Melayu secara keseluruhannya, berbanding Koh Tsu Koon.

Jadi, apa yang mengakibatkan kerajaan negeri Pulau Pinang asyik dituding jari? Pertikaian yang terkini adalah penerbitan risalah myBALIKpulau, yang dituduh "lupa sejarah, hina Melayu"- jelas menunjukkan perangai mereka yang suka membesar-besarkan isu, mereka-cipta tuduhan dan menyalahkan kerajaan negeri baru atas apa yang dilakukan bekas kerajaan sebelum 8 Mac 2008.

Sesungguhnya politikus UMNO, Utusan Malaysia dan TV3 yang bisa menterbalikkan hitam dengan putih adalah punca kepada masalah, dan Parti Gerakan Pulau Pinang yang memihak kepada UMNO juga patut dipersalahkan. Persoalannya, apakah Lim Guan Eng dan kerajaan Negeri Pulau Pinang begitu sempurna, sehingga tiada ruang untuk diambil kesempatan musuhnya?

Pemimpin Melayu kurang terserlah

Perbincangan saya dengan seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat dari "generasi reformasi" baru -baru ini mencungkil satu jawapan yang counter-intuitive, berbunyi, punca Lim Guan Eng kehilangan sokongan Melayu bukan disebabkan terlalu sedikit usahanya, sebaliknya disebabkan usahanya yang terlebih!

Menurut wakil rakyat ini, Lim Guan Eng sering tampil ke depan dalam isu yang melibatkan komuniti Melayu dan Islam. Namun, ekoran daripada kesungguhan ini, pemimpin keturunan Melayu dalam kerajaan negeri Pulau Pinang seperti Mansor Othman selaku Timbalan Ketua Menteri I, dan Abdul Malik Kassim selaku EXCO, kelihatan kurang terserlah. Kononnya, daripada 20 orang pengundi Melayu, hanya seorang tahu menyebut nama Timbalan Ketua Menteri I, apatah lagi pemimpin politik Melayu (selain Anwar Ibrahim) dalam Pakatan Rakyat.

Dari segi prinsip, seseorang Ketua Menteri yang berketurunan Cina harus diberi pujian apabila berprihatin dan bertindak sendiri dalam isu Melayu dan agama Islam. Ini kerana beliau telah memburaikan mitos bahawa isu perkauman seharusnya dikendalikan wakil kaum masing-masing. Namun demikian, dalam realitinya, apakah mungkin seseorang pemimpin Islam-Melayu dipuji apabila beliau menguruskan isu komuniti Cina dan India? Sekiranya tidak, apakah pengundi Melayu-Islam yang serba salah selepas 8 Mac 2008 akan berasa lega, walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang amat prihatin terhadap Melayu, tetapi pemimpin Melayunya kelihatan kurang menonjol?

Wakil rakyat ini bertanya, mengapa pengundi Cina bencikan UMNO? Bukankah antara sebabnya, UMNO sering memperlekahkan MCA dan Gerakan yang dianggap sebagai wakil masyarakat Cina? Justeru itu, bagaimana Melayu menyukai kerajaan negeri Pulau Pinang, sekiranya mereka merasakan bahawa wakil politik mereka tidak berkuasa dalam kerajaan negeri?

Politik perkauman menuntut kaumnya berkuasa

Pada hemat saya, mentaliti komuniti Cina dalam soal "wakil kaum" ini mungkin jauh lebih fleksible berbanding Melayu. Selagi permintaan mereka disampaikan, komuniti Cina tidak begitu mementingkan sama ada wakil yang berdialog dengan Najib adalah MCA, Gerakan, Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia, atau tycoon yang enggan terdedah identitinya.

Komuniti Cina tidak menuntut agar wakil mereka dalam kerajaan terikat kepada seseorang atau kumpulan tertentu. MCA cuma mahu melanjutkan hayat politiknya apabila menyarankan pendekatan menonjolkan dirinya (high profile), namun ia bukan satu kemestian untuk mentadbir komuniti Cina. Ramai lagi ketua pertubuhan Cina yang bergelaran "Tan Sri", "Dato", dan "Doctor" akan menawarkan diri untuk menjadi wakil komuniti Cina, seandainya MCA gagal berbuat demikian.

Sebagai perbandingannya, masyarakat Melayu yang selama ini disemai dengan mesej "perpaduan kaum", menuntut bukan sahaja dasar yang memanfaatkan mereka, tetapi juga bangsa dirinya untuk berkuasa. Mentaliti ini tidak sukar untuk difahami. Katakanlah pegawai kerajaan Melayu mengubah sikapnya untuk lebih berprihatin terhadap komuniti Cina pada hari ini, apakah komuniti Cina tidak akan lagi menuntut lebih jawatan dalam kerajaan untuk disandang bangsa dirinya?

Sememangnya kesemua ini adalah sisa yang berbisa dari politik perkauman. Namun, dalam usaha kita untuk meruntuhkan tembok politik perkauman, apakah ia perwakilan kaum dan autonomi komuniti itu tidak mengandungi erti "inklusif" sama sekali?

Lim Guan Eng seorang yang bijak, namun orang bijak ada kalanya dikelirukan kebijakan dirinya. Orang sebegini hanya mahu melakukan sesuatu, gagal melihat keperluan untuk orang lain "melakukan sesuatu", seandainya dirinya tidak melakukan sesuatu itu.

Apakah kesudahan yang paling buruk seandainya Lim Guan Eng perlu mengendalikan sendiri hal ehwal Melayu-Islam? Sahabat wakil rakyat saya itu berkata, Pakatan Rakyat sememangnya akan terus berkuasa di Pulau Pinang, namun parti pemerintah ini mungkin kehilangan kesemua wakil rakyat keturunan Melayu-nya. Seandainya demikian, maka nampaknya Lim Guan Eng sendiri terpaksa mengendalikan semua hal ehwal Islam buat masa itu.


Wong Chin Huat ialah pengkaji politik dan kolumnis MerdekaReview.

Tiada ulasan: