Rabu, 2 Mac 2011

shalehudin

shalehudin


Anwar dikandang saksi tapi sebelah kaki dalam penjara...

Posted: 02 Mar 2011 07:41 AM PST

Anwar Ibrahim akan melangkah masuk ke kandang saksi esok dalam perbicaraan dalam perbicaraan selepas Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan peguam Karpal Singh berhubung penerimaan empat barang bukti yang diambil dari sel lokap, tempat tertuduh ditahan selama satu malam pada 16 Julai, 2008.

Peguam belanya, SN Nair mengesahkan demikian kepada pemberita bahawa Anwar akan memasuki kandang saksi pada 2.30 petang esok dan pihak pembelaan juga sedang mengkaji kemungkinan memanggil dua hingga tiga saksi untuk menunjukkan pendapat mereka bahawa penangkapan Anwar adalah tidak sah dan kenapa mahkamah perlu mengecualikan barang bukti yang diperolehi secara tidak sah.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu selepas mendengar penghujahan daripada pihak pendakwa dan pembela, bahawa pada umumnya mahkamah tidak mengambil tahu bagaimana barang bukti itu diperoleh.

"Memandangkan pihak pembelaan menuntut mahkamah menggunakan kuasa kebijaksanaannya bagi membenarkan permohonan mereka bagi perbicaraan dalam perbicaraan dan memandangkan dakwaan mengenai cara yang tidak sopan dan ketidakadilan dalam mendapatkannya dibangkitkan, dengan ini saya membenarkan permohonan ini," katanya.

Sebelum itu, Karpal Singh mahukan perbicaraan pada peringkat itu pada penghujung semua keterangan dikemukakan dalam mahkamah berhubung penangkapan ke atas Anwar seperti dicadangkan oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden. 

Karpal berhujah bahawa tertuduh perlu dilindungi secara munasabah oleh mahkamah dan mahkamah perlu menolak apa sahaja keterangan yang diperolehi polis melalui cara yang melanggar undang-undang.

"Mahkamah perlu menolak keterangan yang diperolehi melalui cara yang melanggar undang-undang, yang mana kami akan menunjukkan kepada mahkamah ini bahawa barang bukti dari sel diperoleh secara paksa," katanya.
Beliau menjelaskan beberapa kes undang-undang mengenai perbicaraan yang adil di mana tanggungjawab pendakwaan bahawa semua keterangan atau barang bukti diperoleh secara sewajarnya oleh polis melalui prosedur yang sesuai.

"Hak asas dan kebebasan seseorang individu tidak boleh dinafikan dan mahkamah perlu menolak keterangan-keterangan yang diperoleh secara haram," katanya.

Semalam, bekas Ketua Makmal Forensik PDRM Cheras, Supt Hamidon Adnan, memberi keterangan bahawa beliau memperoleh empat barang bukti iaitu rambut, botol, tuala dan berus gigi, dari sel yang dihuni oleh Anwar di tingkat 7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Anwar, 63, dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, yang juga bekas pembantu peribadinya, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Sementara itu, Mohamed Yusof berhujah bahawa isu mengenai perbicaraan dalam perbicaraan tidak dibangkitkan pada peringkat ini dan pihak pembelaan perlu menunggu sehingga semua keterangan dikemukakan di mahkamah sebelum membuat permohonan sedemikian.

Beliau berkata, hanya pagi ini pendakwaan dimaklumkan oleh pihak pembelaan bahawa menandakan barang bukti itu bukan isunya tetapi titik pertikaiannya adalah mengenai penahanan Anwar yang tidak mengikut undang-undang.

Mohamed Yusof berkata, pada peringkat ini isu sama ada keterangan yang dikemukakan terutama mengenai empat barang bukti yang diperolehi secara sukarela atau tidak, tidak berbangkit sama sekali.

"Di sini, mungkin mereka (pembelaan) perlu menunggu sehingga pegawai penyiasat (IO) masuk ke kandang saksi berhubung penangkapan (Anwar) bagi mengelakkan proses lebih panjang pada peringkat ini dalam perbicaraan dalam perbicaraan," katanya. - BERNAMA

Tebainya muka dia... kahkahkah...

Posted: 02 Mar 2011 05:51 AM PST

Pakatan Rakyat perlu memperjelaskan pada rakyat bukan saja masa pilihanraya kecik, tapi juga bila bila masa dan dimana mana saja bahawa pihak Pakatan Rakyat tidak pernah bermusuhan dengan Umno tapi sebaliknya, Pakatan rakyat menentang dan memerangi pemimpin-pemimpin parti Melayu kuno yang zalim kepada rakyat dan mengamalkan rasuah yang kini bermaharajalela dalam parti tersebut.

Rakyat perlu faham dan jelas bahawa Pakatan Rakyat hanya bermusuh dengan pemimpin yang zalim, yang tak selesaikan masalah rakyat dan mengamalkan rasuah... membelai kroni kroni yang boleh bagi pulangan lumayan pada kantung mereka.

Tapi apa yang lebih penting ialah, rakyat perlu diajak untuk bersama sama Pakatan Rakyat untuk menggeruni dan menentang penyalahguanaan kuasa bini oleh si SUAMI... kahkahkah... kita jangan biarkan negara digadai oleh SUAMI kerana si bini yang bangang dan dipergunakan oleh SUAMI... kahkahkah... kita jangan benarkan sama sekali sorang SUAMI yang berani melangkah kepala bini yang bodoh untuk memerintah negara... kahkahkah... kita jangan benarkan sama sekali sorang SUAMI yang terkenal dengan perangai penipu telah dengan penuh tak malunya berkata "Tengok muka saya puas-puas. Ada ke muka penipu? Tak ada kan?"... kahkahkah...

Pastikan rakyat faham dan yakin bahawa, hidup kita akan lebih sempurna tanpa mereka.... kahkahkah....

Ramainya Pengkhianat... kahkahkah...

Posted: 01 Mar 2011 11:32 PM PST

Buta perut tak dak akai.... ada akai tak reti pakai... kempen elok elok tak boleh... buat khianat yang depa pandai... kahkahkah... Buat malu ketuanan Melayu saja...

 
Kempen pilihan raya kecil dewangan undangan negeri Merlimau semakin kotor dengan beberapa lagi perbuatan khianat dilaporkan.

Kali ini, dua lagi kereta dipecahkan cerminnya manakala angin pada tiga motosikal dilepaskan dan tempat kunci dua lagi motosikal dirosakkan ketika pemiliknya menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, malam semalam. Seterusnya: Malaysiakini

Yang bodoh saja sokong Umno... kahkahkah...

Posted: 01 Mar 2011 11:09 PM PST

Umno dah tidur tak lena dengan pelancaran Buku Jingga yang disempurnakan oleh pihak Pakatan Rakyat di Markaz Induk Pilihan raya Kecil Kerdau pada 26 Februari lalu. Apa tidaknya, Buku Jingga ini dengan jelas memperincikan kekuatan dan iltizam Pakatan Rakyat dalam memberi perkhidmatan terbaik pada rakyat yang diangkat sebagai tuan dalam negara.

Kalau Umno masih selesa, masakan Zahid Hamidi berkicau kicau macam murai tercabut ekor. Kalau Umno tidur lena, masakan Piem dan TPiem sendiri turun nak jawab kejahatan Buku Jingga terhadap ekonomi negara... kahkahkah.... Sah Umno dah resah dan gelisah, sokongan rakyat pastinya melihat pada komitmen yang boleh di usulkan oleh pihak yang berkeupayaan. Kalau dah lebih 52 tahun memerintah tapi masih kontang... hanya rakyat yang bengap saja yang masih bergantung harap pada mereka mereka ini... kahkahkah...

Buku Jingga ialah pemuafakatan bersama dan dirancang serta diteliti oleh ketiga-tiga parti (PAS, PKR dan DAP) supaya mendapat keputusan bersama, bukan oleh satu parti sahaja. Buku Jingga juga pastinya dizahirkan hasil gembelingan idea dari pakar-pakar ekonomi yang sebulu dengan ketuanan rakyat.

Masaalah dengan Umno ni ialah, setiap perancangan yang baik untuk rakyat dianggap membazir dan boleh membawa bankrap manakala setiap cadangan untuk perut dan kroni mereka akan bersetuju kerana terbaik... kahkahkah...

Sah... HANYA RAKYAT YANG BODO DAN BENGAP SAJA MASIH MENYOKONG UMNO... kahkahkah...

AS hantar kapal perang ke Libya

Posted: 01 Mar 2011 05:14 PM PST



Gambar fail menunjukkan kapal pengangkut USS Kearsarge yang dihantar Amerika Syarikat berhampiran perairan Libya.

TRIPOLI - Kuasa-kuasa asing meningkatkan tekanan terhadap diktator Libya, Muammar Gaddafi kelmarin. Sebuah akhbar melaporkan langkah itu diambil selepas tentera Gaddafi menyerang pihak penentang di dua buah bandar yang terletak berhampiran dengan kubu kuatnya di ibu kota Libya, di sini.

Beberapa jet pejuang pasukan tentera yang setia pada Gaddafi turut mengebom sebuah depot simpanan peluru di timur negara itu.

Krisis politik di Libya semakin memuncak apabila Amerika Syarikat (AS) mula meletakkan kapal-kapal perangnya berhampiran perairan negara itu selepas para penunjuk perasaan bertempur dengan tentera upahan Gaddafi.

Para penunjuk perasaan itu menuntut peletakan jawatan Gaddafi selepas hampir 42 tahun beliau memerintah tetapi gagal untuk membantu rakyat miskin di negaranya.

"Kapal-kapal perang itu akan bertindak sekiranya diperlukan," kata jurucakap Pentagon, Kolonel David Lapan.

AS mengumumkan bahawa ia telah menggerakkan kapal induk USS Enterprise dan USS Kearsarge ke perairan Libya.

Washington juga meletakkan pesawat-pesawat pejuangnya di dua pangkalan tentera di selatan Itali dalam keadaan siap sedia untuk melakukan misi ketenteraan.

Pentadbiran Presiden Barack Obama memberitahu, Washington kini menimbang untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya.

Ia bertujuan menghalang Gaddafi daripada terus menggunakan jet-jet pejuang Libya untuk mengebom penunjuk perasaan.

Pendirian tegas itu disuarakan oleh Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton, yang tidak menolak untuk mengambil tindakan ketenteraan bagi menamatkan tindakan ganas Gaddafi terhadap rakyat Libya.

"Gaddafi tidak lagi berhak untuk memerintah Libya, Dia perlu berundur serta -merta tanpa keganasan lanjut," kata Hillary.

"Jika zon larangan terbang dikuatkuasakan, tentera asing boleh menembak jatuh pesawat pejuang tentera Gaddafi," tambahnya.

Komen Setiausaha Negara AS itu mengukuhkan pendirian Perdana Menteri Britain, David Cameron yang mahu menggunakan aset ketenteraan bagi 'menangani' rejim Gaddafi.

Sementara itu, Gaddafi memperlekehkan soalan stesen televisyen AS, ABC News yang menyoal sama ada dia akan meletak jawatan.

"Rakyat saya sayangkan saya. Mereka sanggup mati untuk saya," kata Gaddafi.

Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Susan Rice menyifatkan komen Gaddafi itu sebagai 'tidak waras'.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak penentang bergerak untuk menumpukan kekuatan mereka di timur Libya dengan pusat kekuatan tertumpu di bandar Benghazi.

Di barat Libya, tentera Gaddafi bagaimanapun berjaya merampas semula kawalan di sempadan Tunisia yang telah jatuh ke tangan pihak penentang.

Beberapa saksi berkata, tentera Gaddafi mengebom sebuah depot simpanan peluru di timur Libya.

Pengeboman tersebut dinafikan oleh Kementerian Pertahanan Libya.

Rejim Gaddafi turut memperhebatkan kepungan ke atas dua buah bandar yang dikawal pihak penentang erhampiran Tripoli iaitu Zawiya dan Misratah.

Kepungan tersebut bagaimanapun, dapat dipatahkan oleh pihak penentang. - Agensi

Tiada ulasan: