AdukaTaruna |
Cerita benar untuk orang gomen. Posted: 01 Mar 2011 08:18 PM PST Oleh : AdukaTaruna Mood time menulis : Sakit + Panas Sebelum gua story dengan lanjut, gua perlu bagitau lu orang motif gua share. Supaya jadi iktibar kepada semua yang berkenaan, termasuk diri gua. Walau terpaksa mengumumkan sedikit peribadi fizikal gua, tapi gua perlu share. Dan gua akan print artikel ini, dan berikan kepada doktor berkenaan. Mudah2an dia mendapat satu sesi pembelajaran. Kalau boleh, mangsa2 keadaan macam gua, rakyat macam gua, berkurangan di masa hadapan. Ianya boleh membantu pihak yang berkenaan membuat keputusan dengan lebih tepat di masa hadapan. Kata macam bagus wal poyonya, biarlah gua rakyat Malaysia yang terakhir kena. Latar Belakang Cerita. Zaman jahiliyah wal brutal dulu, gua mengalami beberapa kemalangan yang teruk. Salah satunya membuatkan bahagian mulut gua, termasuk gigi gua cedera. Selain besi di kaki, gua mempunyai parut di bawah mulut, dan kecacatan gigi yang kekal. Gigi gua ditanam semula dan dibracket. Gua tak tahu sama ada istilah perubatan gua betul, tapi itulah yang gua cuba sampaikan. 2 helai gigi gua bertahun2 mengeluarkan darah. Satunya telah mereput dan dibuang. Kini sehelai lagi terjadi. So, gua tahu apa masalah gua, dari doktor tersebut. Cuma, keahlian gua membuat keputusan perubatan tiada. Dan secara falsafahnya ialah : Gua ahli dalam masalah gua sendiri - Dr gigi ahli dalam membuat keputusan terbaik dari segala maklumat yang disampaikan. Minggu 1. Gua ke klinik gigi untuk buang gigi. Keadaan gusi gua membengkak akibat gigi yang mereput membentuk tajam; akibat darah yang keluar bertahun2, di tempat yang sama. Bila nama gua dipanggil, gua masuk dan keluarkan kertas dan pen. Dr perempuan. Jenis muslimah. "Saya rasa saya perlu maklumkan maklumat mengenai masalah yang saya alami, Dr." "Takper2.. baring dulu, saya check." Mungkin pesakit ramai, mungkit tabiat berkerja yang mahu cepat, mungkin tidak memegang falsafah Islam, Dr tersebut memandang enteng apa yang gua sampaikan. Kalau kita ikut Melayu, kita Dr, dan pesakit berimej kutu rock, maka, kita lebih pandai. Kalau kita ikut Islam, lihat pada apa yang disampaikan, bukan pada siapa yang menyampaikan. Jangan ego ala pundek macam Hadi Awang. "Begini Dr. Saya ada hak untuk menjelaskan kepada Dr saya, terlebih dahulu, apa masalah yang saya alami, betul?" Gua pandang mata dia sebab dia pakai mask. "Baiklah." Gua lukis gambar gigi siap nombor. "1999 saya eksiden. Gigi saya rosak macam ni (gua tunjuk gigi)." "Gigi saya disusun semula dan dipakaikan braket. Tapi gigi yang saya nomborkan sebagai 1 ini mengeluarkan darah setiap hari. Lama kelamaan ianya mereput dan kini telah dibuang (gua tunjuk gigi lagi)." "Sekarang ini, gigi yang saya nomborkan sebagai 2 pula mengalami masalah yang sama. Dan telah mereput. Gusi skang bengkak. Saya cadangkan gigi saya ini dibuang." "Ok. Mari saya periksa." "Gigi adik just berlubang. Saya akan tampal." Sambil cakap omputeh dengan nurse dia yang gua tafsirkan sebagai peralatan yang perlu disediakan. "Saya rasa tampal tidak menyelesaikan masalah saya base on pengalaman yang saya ceritakan. Gigi nombor 1. Saya rasa, saya nak cabut." "Gigi awak berdarah sebab gusi awak tak sihat." "Kalau gigi saya tak sihat, kenapa berdarah di tempat sama? Setiap hari?" "Saya tak syorkan cabut sebab awak muda lagi. Tak sayang ke?" "Saya akan pakai gigi palsu. Satu hari nanti, saya akan tiada gigi juga." "Kalau macam tu, takperlah. Saya cabut." Gua dibius dan diminta keluar sebelum dipanggil semula. "Sebelum Dr buang, saya nak tahu. Dr cabut atau bedah?" "Cabut lah. Tapi jangan melawan. Just releks jer." "Saya rasa, kalau Dr cabut, gigi akan patah. Bila patah, Dr terpaksa cabut akar yang tertanam pula. Kalau gagal, Dr terpaksa bedah. Jadi, Dr kira berapa kali saya sakit kalau Dr salah buat keputusan." "Takper2.. kita try dulu." Nada panas hati maybe sebab kutu rock ajar dia. Kalau ikut Melayu inilah dia. Kalau ikut Islam, dia perlu dengar apa yang gua sampaikan, bukan siapa yang menyampaikan. Maklumat yang gua berikan boleh membantu dia membuat keputusan. Yang sakit gua. Gua bayar tax untuk gaji dia masa gua makan KFC Kubang Kerian hari tu. 6% GST ma.. Dia guna playar, kepitkan gigi gua, dan masa lebihkan daya untuk cengkaman playar, terus berbunyi serpih pecah. Darah keluar membuak. "Eh.. sakit ke dik?" Soalan paling lucu untuk hari itu. Gua angguk. "Kenapa tak cakap sakit. Gusi bernanah ni. Kalau sakit, kita tak cabut. Beginilah. Saya bagi temujanji. Adik makan antibiotik. Kena habiskan tu. Nanti minggu depan datang semula." (Sampai skang gua tak tahu apa penjelasan saintifik kenapa perlu habiskan antibiotik. Ada sesiapa boleh share?) Gua sakit sia-sia untuk 1 kali. Minggu 2. Gua hadir temujanji. Setelah dibius, gua dipanggil semula. Gua masuk. "Dr nak bedah ke, nak cabut?" Gua ulang semula. "Kita try dulu." Gua pasrah. Prap! Gigi gua patah dengan meninggalkan tunggul akar di dalam. "Eh... gigi adik patah dalam la." "Kan saya dah cakap.... (Pundek! Gua dah cakap dah.)" Gigi gua cuba dicabut dengan memegang akar kat dalam gusi. "Tahan yer, jangan lawan." Zap! Playar tergelincir dan menikam lelangit gua. Pergh... nyaris2 Dr tu kena siku kanan gua. Gua bingkas bangun dan terus ceramah ala2 Rusila. "Sebab tu saya cakap. Sepatutnya Dr ambil maklumat dari saya sebagai pesakit, untuk membantu Dr membuat keputusan, faham?" "Sabar dik, sabar. Bukan saya yang patahkan gigi ni. Gigi ni memang patah dari dalam." "Kalau gigi ni memang patah, baik saya cabut terus jer kat rumah (atau saya dah telan time saya makan nasik)." Stupid. "Adik. Adik kena respek saya sebagai Dr." "Sekarang ni Dr, kesilapan Dr membuat keputusan menyebabkan saya sakit 2 kali. Ni kalau Dr ambil keputusan bedah pula, saya sakit 3 kali. Kalau Dr terima maklumat dari saya hari tu, dah selesai dalam sakit pertama lagi. Bedah dan buang." "Awak Dr ke, saya Dr? Sila beri kerjasama." Gua diam (bull shit!). Gua pandang lu wanita jer. "Ok... macam ni... sekarang saya nak tahu. Apa pilihan yang Dr nak buat. Cabut atau bedah?" "Err.. dik.. lap dulu darah... banyak keluar tu." Nurse try cool downkan gua. Darah gua dah macam air aircond menitis keluar. Basah dagu gua. "Cabut atau bedah?" "Kita try dulu." "Dr kena buat keputusan yang tepat. Bukan try and error. Yang sakit saya." "Takperlah dik.. kita tengok dulu.." Nurse menyampuk lagi. (Baik... takper.. fine....) Gua baring.... Dr pun check lagi... "Ok... saya bagi temujanji. Minggu depan kita x-ray dan bedah." Gua angguk kesal, lemah, tak puas hati, tawar, etc. (Kan... gua dah cakap.) "Nak MC tak?" Gua angguk. Automatic ada idea. Walau MC, walau sakit, gua buat ijtihad; gua akan datang kerja. Manakala hak gua MC tersebut, akan gua gunakan untuk hadir demo BERSIH Jun ini. Pandailah gua mody tarikh. Ijtihad gua kalau salah 2 pahala. Betul 10 pahala. Up sket dari ulama Rusila. Gua sakit sia-sia untuk 2 kali. Kepada Dr Gigi Gua Yang Dicintai... Minggu 3 gua tak boleh tulis lagi. Tapi perenggan ini gua isikan untuk bacaan orang kerja gomen. Terutama Dr tersebut yang gua akan print screen kan artikel blog gua ini, dan serahkan kepada dia by hand. Pada minggu 3. Semoga lu ambil iktibar. Campak Melayu dalam lubang najis. Dan ambil Islam sebagai panduan dan pedoman. Lu kena faham ni dulu. Faham tu penting. Bab2 melaksanakan, istiqamah, kemampuan mentafsirkan Islam, barulah kita akur bahawa kita ini hanyalah manusia. Ada turun, ada naik. Ada kuat, ada lemah. Ada benar, ada silap. Tapi kalau faham pun takda, takda guna la lu hidup. Pembolehubah kepada masalah. Falsafah Islam tu dah sempurna dah. Tiada kelemahan dari mana-mana sudut, walau apa jua zaman. Meh gua cerita. Lu klik sini dan baca kefahaman yang perlu lu tahu tentang baka seorang Melayu. Sebab lu tak boleh klik, pasal lu baca melalui kertas yang gua bagi, lu masuk blog gua. adukataruna.blogspot.com Dari mana asal-usulnya lu sebagai Dr Gigi? Lu adalah Melayu standard. Anak Melayu yang baik. Yang dengar cakap mak bapak. Lu jadi Dr Gigi bukan pasal lu cerdik. Tapi pasal lu rajin belajar dan ikut nasihat mak bapak. Belakang parang kalau asah pun tajam. Lu Dr Gigi ke, lu ulama antarabangsa ke, genetik lu adalah Melayu. Kalaulah gua tak kenangkan falsafah tujuan gua share cerita ini pertamanya, lu Dr kategori wanita, muslimah pula keduanya, gua dah ambil gambar lu, atau sekurang2nya dedahkan nama dan di mana tempat gua cabut gigi. Jadi, buang kefahaman Melayu lu, bahawa, lu seorang Dr, lebih cerdik dari budak Tadika, atau kutu rock. Itu fahaman bodoh Melayu. Lu kena pegang fahaman Islam. Lu kena dengar maklumat, pandangan, idea dari tajuk APA, bukan dari tajuk SIAPA? (Kecuali dalam yang meriwayatkan hadis). Islam tu lengkap dan sempurna. Sifat Allah pencipta Islam itu sempurna. Faham? Gua harap, artikel ini membantu lu dalam menjadi Dr yang lebih baik. Menjadi ibu yang lebih baik. Menjadi rakyat Malaysia yang lebih baik. Gua tak cakap lu penjenayah selama ini. Tapi semoga kita semua, terutama gua, menjadi lebih baik dari semalam. Sekian dulu. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan